5 Mac 2014

[ISU MoU AIR] Majlis Pimpinan PR Minta Khalid Usah Terburu-buru


MoU Air: Pakatan Rakyat hantar tiga wakil jumpa MB

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat hari ini memutuskan untuk menghantar tiga orang wakil bagi menyampaikan pandangan pakatan rakyat kepada Kerajaan Negeri Selangor berhubung Memorandum Persefahaman (MoU) air.

Tiga mereka yang mewakili parti masing-masing adalah Timbalan Presiden DAP Tan Kok Wai, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Ahli Jawatankuasa Pusat PAS Dr Dzulkefly Ahmad.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini turut meminta agar Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim tidak tergesa-gesa menandatangi perjanjian awal dengan kerajaan pusat berhubung MoU itu.

"Pandangan harus diberikan penjelasan lebih terperinci tentang kesan kepada Selangor, hal tarif dan beberapa aspek perjanjian termasuk Langat 2 kepada pimpinan (Pakatan) sebelum ditandatangi perjanjian.

"Kita memberi ruang kepada Khalid untuk memberi penjelasan, sebelum ini kita nyatakan sokongan terhadap langkah-langkah yang telah diambil," jelasnya.

Tambah beliau, Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat tidak bermaksud untuk mencampuri urusan kerajaan negeri tetapi setiap keputusan yang diambil perlu memberi keutamaan kepentingan rakyat.

Sementara itu, Setiausaha Agong PAS, Datuk Mustafa Ali memberitahu, pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat belum melihat kandungan MoU tersebut.

"Perkara ini perlu diambil, apa-apa keputusan dibuat biar lebih teratur sebab itu pimpinan haru tahu isi kandungan.

"Kita ada persefahaman setiap apa yang dibuat perlu diketahui semua dan dari itu kita akan dapat melihat apa kesan yang dialami oleh rakyat," kata beliau.

Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Khalid memberi jaminan bahawa perjanjian persefahaman antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat tidak akan menyebabkan pengguna menanggung kos lebih tinggi.

"Tidak," kata Khalid ringkas pada sidang media hari ini tanpa menjelaskan lebih terperinci mengenainya.

Khalid berkata, Perjanjian Awal menyatakan tiada kenaikan tarif air dalam tempoh tiga tahun akan datang. -HD


PR Sekat Khalid Tanda Tangan Perjanjian Air Dengan Pusat


Nasib Memorandum Persefahaman (MoU) perjanjian pengstrukturan semula air di Selangor dan Wilayah Persekutuan kini menjadi tanda tanya selepas pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat (PR) pada Rabu mengarahkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim tidak menandatangani sebarang perjanjian dengan kerajaan pusat tanpa kelulusan mereka.

Keputusan ini dibuat bagi membolehkan PR meneliti secara mendalam implikasi perjanjian tersebut ke atas Selangor.

Beberapa jam sebelum itu, Khalid telah pun mengumumkan dalam satu sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat minggu exco negeri yang Selangor telah bersedia dan bersetuju untuk menandatangani perjanjian berkenaan minggu depan dengan kerajaan persekutuan.

Sebelum ini kerajaan Selangor telahpun bersetuju dengan kandungan perjanjian itu dan menandatangani MoU dengan kerajaan persekutuan.
-mstar




ULASAN GB

Alhamdulillah.

GB sudah ulas dua kali terhadap isu MOU yang cukup meragukan ini, walaupun hati GB agak sedikit gelisah apabila harakahdaily sebelum ini terus-menerus keluarkan kisah MOU hanya dari satu sudut sahaja iaitu dari phak MB Selangor.

Petikan:

Nampaknya beberapa orang pemimpin BN telah memberikan pujian mereka kepada MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Apabila "musuh politik" memberikan pujian kepada kita maka sudah sampai masanya untuk kita membuka mata... pasti ada sesuatu yang tida kena di sana. Jika tidak ada apa-apa masakan tempua bersarang rendah.

Apakah MOU itu sebagai satu platform empuk untuk Kerajaan Pusat "menipu" kerajaan Selangor?

Apa kata jika di tengah perjalanan, Kerajaan Pusat membatalkan MOU berkenaan lantaran ia bukan satu perjanjian yang mengikat untuk dipatuhi?


Dan kemudian GB ulas lagi. Petikan:

Ada sekurang-kurang dua perkara pokok yang jelas tempang dan boleh dipertikaikan.

Pertama, didapati hanya ada satu "perjanjian yang mengikat" iaitu Artikel 5(b) bersabit kelulusan Projek Langat 2, sedangkan hal-hal lain bukan perjanjian tetapi hanya persefahaman. Ia benar-benar tempang dan berat sebelah.

Kedua, kuasa yang ada pada Menteri Besar adalah mengikut Perlembagaan Negeri dan perlu dimandatkan terlebih dahulu melalui Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (EXCO). MOU ini ternyata tidak dibentangkan di EXCO kerana hanya diketahui dan dimuktamadkan kandungannya hanya satu jam sebelum tandatangan, maka ia sudah tentu tidak melalui Mesyuarat EXCO.

Oleh itu, kerana ianya tanpa kelulusan Mesyuarat EXCO, kesahihan MOU ini bukan saja boleh dipersoalkan, malah ia adalah actionable (boleh dikenakan tindakan mahkamah) dan boleh terbatal dengan perintah mahkamah.

Kedua-dua perkara di atas bukan ANDAIAN, tetapi KENYATAAN.


Mujurlah Majlis Pimpnan PR cepat bertindak, jika tidak kita pun tak tahu bagaimana nasib PR Selangor setelah cuba dipermainkan oleh kerajaan Persekutuan melalui MOU yang berat sebelah itu.

Faisal Rohban Ahmad Disahkan Pemilik Blog Yang Fitnah Husam, Diperintah Bayar Kos RM50,000

Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan rayuan yang dibuat oleh Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu yang sebelum ini menolak tuntutan Husam terhadap seorang blogger, Faisal Rohban Ahmad yang mengendalikan blog "Ruang Bicara Faisal" (RBF).

Panel hakim yang diketuai oleh Datuk Azahar Mohamed dan turut dianggotai Datuk Ariff Md Yusof dan Datuk Dr Hamid Sultan Abu Backer memutuskan bahawa bukti yang dikemukakan oleh Husam sepanjang perbicaraan mencukupi untuk mahkamah membuat keputusan di atas imbangan kebarangkalian bahawa defendan merupakan pemilik blog "Ruang Bicara Faisal" tersebut.

Mahkamah seterusnya membatalkan semua perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini termasuk perintah mengenai kos.

Selain itu, mahkamah memerintahkan kos sebanyak RM50,000 dibayar kepada Husam sebagai perayu.

Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan mengarahkan jumlah gantirugi ditaksirkan di Mahkamah Tinggi Kota Bharu.


Husam diwakili peguam Gurbachan Singh, Rueben Netto, Hisham Fauzi dan Ahmad Mustaqim manakala responden diwakili oleh Adzly Ab Manas dan Sallehuddin Bajuri.

Mahkamah Tinggi sebelum ini menolak saman Husam terhadap Faisal kerana tidak dapat mengesahkan sama ada defendan adalah penulis dalam blog RBF itu.

Husam menyaman Mohd Faisal Rohban Ahmad, 37, berikutan penyiaran artikel bertajuk ‘Husam & Tamrin Balun Balak Kelantan RM15 juta’, di ruangbicarafaisal.blogspot.com pada Sabtu, 3 Oktober, 2009.

Antara kenyataan fitnah itu termasuk menyatakan plaintif sengaja berkonspirasi dan berkomplot dengan satu pihak ketiga untuk memberi 4,000 hektar tanah kawasan balak kepada seseorang bernama Tamrin Ghaffar.

Balak itu cuba dijual kepada seorang tauke dengan harga RM25 juta. Pembahagiannya pula adalah plaintif sebanyak RM10 juta, pihak ketiga pula RM10 juta dan PAS Pusat RM5 juta.


Plaintif mendakwa, keseluruhan artikel tersebut juga sengaja memfitnahnya dengan mengatakan kawasan balak berkenaan tidak dapat dijual dengan harga RM25 juta dan hanya dijual pada harga RM15 juta dan wang tersebut dibahagikan; plaintif mendapat RM5 juta, pihak ketiga RM6 juta dan PaS Pusat RM3 juta. – TMI

ULASAN GB

Orang yang memfitnah tidak akan terlepas dari hukuman Tuhan. Itulah adalah hukum kebenaran dan keadilan.

Bukankah GB sudah ulas sebelum ini... petikan:

Namun, kebal macamana pun papagomo yang dilindungi oleh polis, dengan hukum kebenaran dan hukum Tuhan, kita akan menyaksikan papagomo pasti hancur binasa!

Bukan saja papagomo, sekalian blogger pencacai UMNO yang menyebarkan dan menyemarakkan budaya fitnah, lucah dan porno juga akan binasa. Termasuklah polis yang selama ini bersikap double standard!

[VIDEO] "Ustaz" UMNO Fitnah Mat Sabu Bekal Pemuas Nafsu Semasa Muktamar

Biarpun Pilihanraya di Kajang hanyalah satu pilihanraya kecil bukannya satu Pilihanraya Umum dan yang bertanding di situ adalah calon dari PKR, DS Anwar Ibrahim namun serangan dari pihak Barisan Nasional tidak mengenal batas..

Mereka menyerang seolah-olah Anwar Ibrahim sedang bertanding untuk merampas kerusi Perdana Menteri..

Apa atau siapa sahaja yang difikirkan oleh mereka punya pertalian persahabatan dengan DS Anwar Ibrahim habis dihentam mereka..

Tak kiralah samada mereka itu dari PKR sendiri mahupun mana-mana parti yang berada dalam Pakatan Rakyat baik PAS mahupun DAP.

Dalam satu ceramah yang telah diadakan pada 2 Mac 2014 lalu di Taman Melati, Kajang seorang penceramah dari BN, Ustaz Datuk Shamsul Najmi Shamsuddin telah mendakwa Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu adalah pembekal pemuas nafsu dalam muktamar PAS..

Berikut adalah catatan dari sebuah Blog otai yang membekalkan info dari Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat yang dikenali dengan nama Minaq Jinggo ..

Nota ringkas :

1. Normah wanita yang ditangkap khalwat dengan Mat Sabu pada 31/1/1995 di Hotel Perdana, Kota Baru mengaku telah bertaubat nasuha. Ketika ditangkap beliau langsung tidak rasa bersalah kerana yakin beliau berjuang kerana Allah.

2. Normah mendakwa Mat Sabu dan Mahfuz Omar telah menyakinkan beliau bahawa .."perempuan solehah, mana-mana perempuan baik yang melepaskan keletihan mana-mana pemimpin Islam yang berjuang Fisabilillah maka dia mendapat pahala Fisabilillah dari Allah SWT"

3. Malah suami yang mengzinkan perbuatan isteri tersebut juga mendapat pahala Fisabilillah.

4. Fahaman bahaya ini telah menular di dalam PAS sebagaimana Normah mendakwa Mat Sabu telah menggunakan wanita-wanita pelayan nafsu untuk melayan nafsu serakah perwakilan yang menghadiri Muktamar PAS pada tahun 2011 sebagai habuan untuk mendapatkan undi menjadi Timbalan Presiden PAS, menewaskan Ust Nasharudin Mat Isa.

Dan ini adalah video ucapan penceramah itu...
-ASD




ULASAN GB

Firmanullah s.w.t: FITNAH seakan sudah menjadi budaya dan darah daging UMNO, daripada presidennya, para menterinya, akhbarnya, bloggernya, para ulamak tua dan mudanya.

Tak serik-serik lagi dengan apa yang telah nditimpakan ke atas para peemfitnah seperti papagomo.

Janji Allah swt itu tetap benar.

Orang yang memfitnah orang mukmin (yang lelaki) dan mukminah (yang perempuan), kemudian mereka tidak bertaubat, bagi mereka azab jahanam dan neraka yang membakar. Al-Buruj : 10

Bukan "TAHNIAH", Tapi "TAHINAH" Untuk Taib Mahmud?

Parti ucap 'Tahinah' buat Taib

Satu iklan ucapan tahniah kepada Tan Sri Abdul Taib Mahmud dalam akhbar Utusan Sarawak atas pelantikan sebagai gabenor Sarawak mendapat perhatian utama pengguna media sosial yang mengesan kesalahan ejaan dalam siaran tersebut.

Iklan tersebut didapati disiarkan dengan ucapan “Tahinah” bersama satu gambar Taib yang mengangkat sumpah jawatan barunya.

Lebih memeranjatkan, iklan tersebut ditempah oleh parti diwakili Taib sendiri – Parti Pesaka Bumiputera Bersatu, yang mengetuai gabungan parti BN di Sarawak.

Iklan tersebut disiarkan di halaman 10 akhbar berbahasa Melayu itu, yang ditubuhkan sejak pertengahan 1990.

Malaysiakini sedang mendapatkan maklumat lanjut dari jabatan pengiklanan Utusan Sarawak. - mk

Akhbar Sarawak minta maaf iklan ucapan ‘tahinah’ kepada Taib

Akhbar berbahasa Melayu Utusan Sarawak hari ini meminta maaf atas kesilapan ejaan sebuah iklan ucapan tahniah kepada bekas ketua menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, atas perlantikannya sebagai Yang Di-Pertua Negeri.

"Pihak pengurusan Utusan Sarawak ingin mohon maaf atas kesalahan ejaan yang tidak disengajakan itu," kata akhbar itu, yang dimiliki Sarawak Press Sdn Bhd pimpinan anak bongsu Taib, Datuk Hanifah Hajar Taib-Alsree.

Semalam, akhbar tersebut menerbitkan iklan muka penuh tajaan parti Taib, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), tetapi perkataan “Tahniah” disalah eja sebagai “Tahinah”.

Willian Chan, pengarang kumpulan Sarawak Press Sdn Bhd, bagaimana pun berkata, tiada tindakan akan diambil terhadap mana-mana pekerja akhbar berkenaan.

Dipercayai PBB terlebih dahulu memastikan pruf iklan tersebut bebas dari kesilapan sebelum ia dihantar untuk penerbitan.

Utusan Sarawak merupakan antara akhbar tertua di negeri itu, dan sebelum ini pengarangnya pernah diberhentikan kerana menerbitkan laporan kurang menyenangkan mengenai pentadbiran Taib.

Taib mengumumkan perletakan jawatan sebagai ketua menteri pada 28 Februari, dan dilantik menjadi Yang Di-Pertua baru mulai 1 Mac.

Pada 2006, akhbar The Sarawak Tribune yang diterbitkan bersama Utusan Sarawak, digantung permitnya kerana memaparkan kartun Denmark yang menghina Nabi Muhammad.

Akhbar berbahasa Inggeris itu muncul sekali lagi sebagai New Sarawak Tribune pada 2010.
-TMI


ULASAN GB

Samada sengaja atau pun tidak, demikianlah hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Terima sajalah ucapan TAHINAH yang diberikan... apakah mungkin ucapan itu lebih bersesuaian? Orang Sarawak lebih maklum dan tahu.

p/s gempar agaknya jika ucapan yang sama disiarkan oleh Utusan Malaysia kepada Najib dan Rosmah.. :)

[BERGAMBAR] PAS Perlu Jelaskan Kedudukan Sebenar Hafiz Nordin!


Apa status mamat Hapiz Nordin nie..?? Banyak tindak tanduknya dari dahulu menjaja dan membawa nama PAS.. Jadi PAS kena perjelaskan adakah beliau masih lagi AHLI PAS ataupun sudah di PECAT..

Jika di PECAT dimana kenyataan dan surat pemecatan kerana sampai sekarang PAS nafi pun tidak.. Sekadar membiarkan isu tersebut berlalu macam itu sahaja.. -kedahlani




ULASAN GB

Mengikut laporan harakahdaily bertarikh 2.12.2013, Hafiz Nordin telah dipecat dari PAS bersama-sama Ustaz kazim Alias, Hassan Basri dan Norman Taha. Persoalannya, beliau (Hafiz Nordin) dan konco-konconya menggunakan bendera PAS dengan sewenang-wenangnya sehingga boleh mengelirukan masyarakat apakah ia membawa suara PAS.

Tindakan tegas perlu diambil demi menjaga nama baik parti dan jemaah.