15 Mei 2009

NIZAR ZAMBRY : KES NIZAR DI MAHKAMAH RAYUAN DIPINDA DARI 18 MEI KE 21 MEI

Mahkamah Rayuan hari ini meminda tarikh awal yang ditetapkan sebelum ini dari 18 Mei ke 21 Mei 2009. Tidak ada sebarang alasan diberikan pelanjutan tarikh baru ini. Harap-harapnya tidak lagi ditunda atau ada lagi sebarang aral yang melintang atau aral yang sengaja yang dilintang pukangkan.

Ada dua rayuan yang akan didengar sekali gus oleh Mahkamah Rayuan iaitu rayuan Datuk Zambry Abdul Kadir terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang tidak mengiktirafnya sebagai Menteri Besar dan rayuan Menteri Besar Dato Seri Nizar untuk menolak penangguhan yang diterima oleh Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi sebelumnya.

Peguam Nizar, Amer Hamzah berkata beliau berharap mahkamah akan mendengar rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dahulu supaya mengekalkan pelaksaan keputusan yang memutuskan Nizar sebagai Menteri Besar yang sah.

Bermakna tarikh Nizar memasuki pejabatnya sendiri terpaksa juga ditunda lagi. Ini juga bermaksud lama lagi Zambry menduduki pejabat Menteri Besar. Bayangkanlah berapa banyak elaun dan gaji dari duit haram yang diambil oleh Zambry daripada pendapatan sebagai menteri besar yang tak layakpun diperolehinya kerana terbukti Mahkamah Tinggi telah mengesahkan hanya seorang sahaja Menteri Besar di Perak iaitu Nizar. -angkasanuri


Penanti : Larangan Pondok Panas, SPR Terlalu Prasangka

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membenarkan parti-parti politik untuk menyediakan meja semakan bagi para pengundi menyemak sanarai daftar pemilih di luar kawasan 50 meter dari tempat mengundi.

Bagaimanapun SPR tetap dengan keputusan untuk melarang parti-parti politik daripada mengadakan pondok panas pada hari pengundian.

"Pondok panas kita tetap tidak benarkan kerana berdasarkan pengalaman lalu barung atau pondok panas ini dijadikan tempat berkempen.

"Tapi atas permintaan dan cadangan Pakatan Rakyat, kita bersetuju untuk benarkan mereka untuk hanya menempatkan meja semakan daftar pemilih untuk pengundi," kata Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai hasil perbincangan antara SPR dan Pakatan Rakyat pada Selasa lalu berhubung beberapa perkara berkaitan peraturan pilihan raya yang akan dikuatkuasakan pada pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti.

Menjelaskan dengan lebih lanjut Abdul Aziz berkata, meja semakan yang dibenarkan itu mestilah tidak melebihi saiz 10 kaki x tiga kaki dengan satu payung untuk berteduh.

"Jadi kali ini atas permintaan kita hanya benarkan meja semakan yang hanya bertujuan untuk buat semakan...tidak lebih daripada itu," katanya.

Langkah SPR yang tidak membenarkan pondok panas dilihat sebagai sikap berprasangka SPR yang measih menuduh parti politik menggunakannya sebagai tempat untuk berhimpun dan berkempen sedangkan tujuan sebenarnya hanyalah untuk memberi keselesaan kepada para pemilih menunggu giliran melakukan semakan supaya tidak terdedah kepada cuaca yang mungkin panas terik atau hujan.

"Bayangkan golongan orang tua yang terpaksa beratur panjang di hari panas dan tidak ada kemah yang melindunginya, begitu juga kepada para petugas dan peralatan mereka yang terdedah tanpa ada pondok panas. Langkah SPR itu tidak logik dan tidak berperi kemanusiaan, ia lebih kepada sikap prejudis dan mempunyai motif tersendiri di dalam melaksanakan peraturan yang tidak masuk akal itu," kata seorang pemimpin parti politik yang menghubungi GB hari ini.


Selain itu, mulai pilihan raya kecil DUN Penanti, SPR juga akan menguatkuasakan larangan supaya parti-parti politik yang bertanding tidak menempatkan perayu dan peraih undi pada hari pengundian.

"SPR juga tidak benarkan lagi para perayu dan peraih undi untuk berkempen dan memancing undi pada hari mengundi.

"Ini juga merupakan bentuk kempen dan bertentangan dengan undang-undang pilihan raya... kalau boleh kita mahu yang datang pada hari mengundi itu hanyalah para pengundi," katanya.

Mengulas lanjut mengenai hasil perbincangan itu lagi, Abdul Aziz juga berkata cadangan untuk menghadkan kehadiran penyokong tidak melebihi 5,000 orang pada hari penamaan calon tidak akan dilaksanakan.

Jelas beliau setelah mendengar pandangan dan saranan yang dikemukakan, SPR mengambil keputusan untuk tidak melaksakan cadangan tersebut namun menasihatkan agar parti-parti politik tidak membawa jumlah penyokong yang terlalu ramai.

"Kita akui sukar untuk hadkan jumlah penyokong, tapi kita amat berharap agar parti politik boleh memainkan peranan mereka agar tidak membawa penyokong yang ramai kerana ia boleh menyukarkan proses.

Nizar Zambry : Sivakumar Saman Ganesan

Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V Sivakumar pagi tadi memfailkan saman terhadap Speaker haram lantikan Barisan Nasional, Datuk R. Ganesan kerana tindakan yang dikatakan menghina beliau dan ekoran dikurung semasa semasa sidang DUN Perak 7 Mei lalu.

Dalam kenyataan tuntutannya yang difailkan di Mahkamah Tinggi Ipoh pada kira-kira jam 11.45 pagi ini, Sivakumar memohon perintah mahkamah terhadap Speaker baru yang dilantik oleh BN, Datuk R Ganesan, daripada mengganggu beliau menjalankan tugas.

Sivakumar juga memohon gantirugi terhadap tindakan kekerasan terhadapnya sewaktu sidang DUN Perak pada 7 Mei lalu, di mana beliau diheret keluar dari dewan secara kekerasan oleh anggota polis atas arahan Ganesan.

Sehubungan itu, Sivakumar juga memohon perintah mahkamah terhadap Ganesan untuk menghalangnya daripada terus bertindak secara kekerasan oleh (Ganesan) dan/atau ejen atau pesuruhnya.

Jika kesemua perintah mahkamah itu berjaya diperolehi, maka Pakatan akan dapat menghalang sebarang usaha BN untuk mengadakan sidang khas bagi mengemukakan usul tidak percaya terhadap Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar.

Isnin lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengisytiharkan Nizar sebagai menteri besar Perak yang sah.

Bagaimanapun, menteri besar BN, Datuk Zambry Abd Kadir kemudiannya berjaya mendapatkan perintah mahkamah untuk menangguhkan penghakiman mahkamah tinggi itu.



Nizar Zambry : DUN PERAK BUBAR ATAU TIDAK?

Pertama sekali ingin saya tegaskan bahawasanya pada pandangan saya jalan penyelesaian bagi kemelut di Negeri Perak Darul Ridzuan hanyalah melalui pembubaran DUN Perak dan seterusnya membolehkan satu pilihanraya peringkat negeri dijalankan.

Namun jika Zambry Kadir dan Barisan Nasional masih lagi berdegil tidak mahu membenarkan pembubaran DUN Perak, maka satu jalan penyelesaian tengah perlulah diambil bagi kepentingan semua rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan.

Oleh yang demikian, ingin saya cadangkan satu lagi jalan penyelesaian yang releven bagi mengatasi semua kemelut ini iaitu dengan menggantung kedua-dua pakatan parti Politik (Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat) daripada menduduki kuasa Menteri Besar Perak. Kedua-dua pihak (Zambry Kadir dan Nizar Jamaluddin) ditegah daripada menjawat kedudukan Menteri Besar Perak.

Maka sebagai satu penyelesaian, jawatan Menteri Besar Perak (sementara) perlulah diberikan kepada Nazrin Shah selaku Raja Muda Perak untuk menjawatnya. Jawatan Menteri Besar Perak (sementara) ini perlulah dipikul oleh Raja Muda Perak sehingga sampai tarikh PRU13 (iaitu lebih kurang 3 tahun dari sekarang). Dengan cara ini maka dapatlah rakyat Negeri Perak menjalankan urusan pentadbiran negeri tanpa kacau bilau (atas sebab tindakan bangang yang dilakukan oleh Barisan Nasional).

Saya rasa rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan dapat menerima pandangan saya ini. Pastinya inilah satu jalan penyelesaian terbaik sekiranya pihak Sultan Perak (Sultan Azlan Muhibbuddin Shah) tidak mahu membubarkan DUN Perak.

Namun kesan langsung daripada tindakan ini pastinya akan memberikan satu lagi momentum besar kepada Pakatan Rakyat dari segi impak politik dimana pastinya suara rakyat marhaen akan digembleng sebaik mungkin bagi memastikan Barisan Nasional tersungkur habis-habisan pada PRU13.

Untuk pengetahuan semua, Rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan hanya mahukan pembubaran DUN Perak dan pastinya tidak juga mahukan ujudnya Menteri Besar Sementara yang dijawat oleh Raja Muda Perak walaupun inilah antara penyelesaian yang paling munasabah.

Persoalannya sekarang, adakah Barisan Nasional berani untuk membubarkan DUN Perak, atau adakah sanggup Raja Muda Perak menjawat jawatan Menteri Besar Perak secara sementara? Dalam kedua-dua senario, pemenang yang pasti adalah suara rakyat yang pastinya akan menyebelahi Pakatan Rakyat dalam semua keadaan. Akhir kata, kemenangan nampaknya lebih terserlah kepada Pakatan Rakyat.

Ketua Perusuh
Bekas Felo Kanan
Institut Kajian Strategik Dan Antarabangsa – ISIS

NIZAR ZAMBRY - BERULANGKAH SEJARAH 2004 UNTUK PR?

Gerakan reformasi tahun 1998 telah menghasilkan sedikit pulangan pada tahun 1999 apabila pembangkang memenangi banyak kerusi di Dewan Undangan Negeri dan juga Parlimen. Kedudukan Pas di Kelantan semakin kukuh manakala Terengganu berjaya dirampas. Haji Hadi menjadi ketua Pembangkang dan Ketua Barisan Alternatif.

Sama ada orang bersetuju atau tidak.. kemenangan BA masa itu banyak dibantu oleh laman-laman web reformasi yang tumbuh macam cendawan. Benar…isu masa itu ialah kezaliman yang dilakukan terhadap Anwar. Tanpa laman-laman web ini, maklumat tentang apa yang berlaku terhadap Anwar mungkin tidak sampai. Tetapi dengan kecanggihan teknologi masa itu, laman-laman web ini telah berjaya menimbulkan kesedaran kepada orang ramai dan menimbulkan kebencian kepada Umno.

Tetapi selepas menang.. kita lupa diri. Laman-laman web yang mengkritik BA akan dianggap sebagai pemecahbelah BA. Mereka yang mengkritik Pas akan dianggap sebagai anti-islam. Mereka yang mengkritik Keadilan akan dianggap sebagai barua Umno…SB…ejen BN dsbnya.

“Reformasi” telah di rampas oleh Parti Keadilan dan dijadikan modal politik. “Reformasi bukan lagi gerakan rakyat tapi sebagai modal politik untuk meraih sokongan. Manakala Pas pula telah menganggap kemenangan tahun 1999 itu sebagai tanda penerimaan rakyat terhadap perjuangan Pas.

Kita seperti kera mendapat bunga. Terkinja kesana…terkinja kesini.. kononnya sudah ada anak dara yang jatuh cinta kepada kita. Kita lupa diri. Haji Hadi membuat keputusan ikut suka dia. Dan akhirnya DAP keluar dari Barisan Alternatif.

Dan ketika pilihanraya umum 2004 sudah semakin hampir…Pas mengemukakan Dokumen Negara Islam. Apabila Keadilan tidak bersetuju… Keadilan dianggap sebagai anti-Islam. Dan apabila Syed Husin Ali, diletakkan sebagai calon di Kota Bharu, beliau dilabelkan sebagai sosialis…sama macam adik komunis.

Pas juga mempunyai alasan mengapa mahu menguasai Keadilan…kerana jentera Keadilan dalam keadaan kacau bilau.

Akhirnya.. dalam pilihanraya 2004, kita lingkup. Terengganu kembali keasalnya… Kelantan nyaris-nyaris terlungkup…dan Keadilan hanya mempunyai seorang Ahli Parlimen.. Wan Azizah.

Berilah apa alasan pun…tetapi bagi aku..kita kalah kerana kita tidak boleh dikritik.. tidak boleh ditegur…keras kepala…angkuh!

Baik Pas… baik Keadilan. Sama sahaja.

Selepas pilihanraya 2004, Anwar dibebaskan. Lebihkurang seminggu sebelum Anwar dibebaskan…Raja Petra menutup laman Free Anwar Campaign (FAC) dan memulakan Malaysia Today.

Raja Petra adalah seorang reformis.. termasuk isterinya Marina. Sebelum itu, beliau adalah orang kuat Parti Keadilan tetapi apabila reform yang diperjuangkannya tidak disambut didalam parti..beliau meninggalkan PKN.

DiMalaysia Today…beliau membuka ruang untuk kebebasan bersuara. Diperingkat awal…MT menjadi medan untuk rakyat melepaskan geram. Komen-komen tidak terkawal sehingga penuh dengan maki hamun dan kelucahan. Itu diperingkat awal…dimana rakyat yang tidak pernah mendapat kebebasan…tiba-tiba diberi ruang untuk menyuarakan isi hati mereka. Macam kera dapat bunga.

Disatu pihak pula.. mereka yang kena serang menjadi marah.. kerana selama ini tidak ada sesiapa yang berani mengkritik mereka. Maka timbullah bermacam-macam label dan gelaran yang diberikan kepada mereka.

Konflik adalah normal… terutama apabila dua pihak tidak pernah memahami antara satu sama lain. Ketika Pakatan Rakyat memenangi negeri Perak..Ustaz Ahmad Awang telah dijemput kesatu majlis yang dianjurkan oleh DAP. Dan diatas meja Ahmad Awang tersedia botol-botol Carlsberg.

Adakah DAP menghina Ahmad Awang? Tidak. Cuma mereka tidak pernah cuba memahami budaya orang lain.

Dalam kenduri yang dianjurkan oleh Pas, mereka menjemput kaum India dan menghidangkan daging lembu. Adakah Pas menghina penganut Hindu? Tidak. Tetapi kerana ustaz-ustaz ini tidak pernah memahami adat-adat Hindu.

Kalau Ahmad Awang terus keluar dari majlis dan terus melabel DAP sebagai menghina orang Islam.. sampai sekarang DAP tidak akan tahu pantang larang orang Islam.

Kalau Pas tidak mendengar kritikan orang-orang Hindu supaya jangan menghidangkan daging lembu, sampai sekarang sudah pasti orang-orang India tidak akan menghormati Pas.

Ramai pemimpin Pas bersedia menerima teguran dan kritikan… tetapi masih ramai pengikut Pas masih tidak boleh menerima teguran dan kritikan… terutamanya diperingkat bawahan.

Cikgu Azmi.. Presiden TERAS telah menggariskan beberapa langkah yang perlu diambil bagi memperkukuhkan Pakatan Rakyat negeri Perak. Ada empat peringkat… Konflik, Penyesuaian, Persefahaman, Perpaduan.

Beberapa bulan pertama PR memerintah Perak, Pulau Pinang Kedah dan Selangor.. kita berada dalam peringkat pertama… konflik. Baik dalam soal EXCO, soal ahli majlis, soal Ketua Kampung. Semuanya bertekak.

Selepas itu barulah kita memasuki peringkat kedua iaitu penyesuaian. Ada kawasan-kawasan dimana kepimpinan Pas dan PKR agak terbuka dan penyesuaian amat mudah dilakukan. Tetapi dikawasan-kawasan dimana YDP atau Ketua Bahagian yang keras kepala..penyesuaian ini amat perlahan. Malah masih ada yang berkonflik hingga sekarang.

Kalau Malaysia Today memerlukan hampir setahun untuk mengajar pengkomen-pengkomen supaya beretika dan berbahas secara baik dan bertanggungjawab..berapa lamakah yang diperlukan untuk proses penyesuaian dalam Pakatan Rakyat?

Pas dan PKR Pulau Pinang masih lagi dalam peringkat konflik. Ini berlaku kerana tidak ada kepimpinan yang terserlah… baik Pas atau PKR di Pulau Pinang.

DiSelangor..PKR lebih dominan. Sama seperti Kedah dimana Pas lebih dominan. Tetapi diPerak..Pas dan PKR sama-sama kuat. (dari sudut kerusi yang dimenangi). Kalau tidak ada kepimpinan yang terserlah..maka Pas dan PKR Perak sudah pasti akan terus didalam mode konflik macam Pulau Pinang.

Disini terserlah kemampuan Nizar dalam mengemudikan konflik antara Pas dan PKR. Kemampuan Nizar menyatupadukan PKR, Pas dan DAP…sama macam kemampuan Anwar menyatupadukan BA dan akhirnya Pakatan Rakyat.

Tetapi Nizar memerlukan sokongan. Dia memerlukan sokongan..baik dari dalam Pas mahupun PKR dan DAP. Dan perlu diterima hakikatnya bahawa masih ramai lagi pemimpin-pemimpin Pas dan PKR yang masih didalam mode konflik.Masing-masing mementingkan survival politik mereka…bukannya kesejahteraan rakyat.

Kalau orang-orang Pas boleh menerima Anwar… mengapa orang-orang PKR tidak boleh menerima Nizar?

Kalau penyesuaian dan persefahaman yang diperlukan..maka pemimpin-pemimpin yang enggan keluar dari mode konflik ini perlu ditegur…dikritik supaya mereka sedar bahawa matlamat kita ialah mengukuhkan perpaduan Pakatan Rakyat.

Tetapi sekiranya menegur itu dianggap menentang…dan mengkritik itu dianggap sabotaj..maka bersedialah kita kembali kepada era 1999-2004. -perakexpress


NAJIB ALTANTUYA TURUN PADANG, TAPI BERANIKAH TURUN PILIHANRAYA?

Kita mesti lihat kepada hala tuju negara, kita mesti faham, mesti merasai denyutan nadi rakyat, nadi negara, kuasa rakyat, kita mesti merasainya," beliau dipetik berkata ketika menyampaikan amanat pada majlis perhimpunan Hari Pekerja Sektor Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. Menurut Bernama, Najib berkata sebaik sahaja beliau mengambil alih pentadbiran negara, agenda pertama yang dilakukan ialah "turun padang" yang disifatkannya sebagai tinjauan mesra seperti di Puduraya.
~~Sumber Malaysiakini.

Petikan di atas adalah merupakan kata-kata Najib `Perdana Menteri Rakyat Satu Malaysia 'yang dipetik melalui sumber Malaysiakini/BERNAMA. Alangkah bertuahnya rakyat Malaysia mempunyai PM sedemikian yang sanggup `turun padang' hatta ke Pudu Raya. Selepas Pudu Raya, mungkin Najib akan turun pula ke mana-mana bandaraya, Kota Raya dan berjumpa pula dengan rakyat jelata di Hari Raya. Cuma satu, mungkinkah kita boleh berjumpa Najib di dalam pilihanraya? Najib berkata, kita mesti merasai nadi rakyat. Syabas buat Najib yang begitu prihatin pada denyutan nadi rakyat.

Apalah kiranya jika kita mencadangkan agar Najib turun padang ke bumi Perak dan merasai denyutan nadi rakyat Perak. Tidak perlu najib merasai denyutan nadi Zambry dan kuncu-kuncunya sahaja, tetapi nadi rakyat Perak sekarang siapa yang tahu. Najib juga disarankan agar berjumpa dengan kaum keluarga tahanan Akta ISA dan rasai denyutan nadi mereka. Jika ini boleh dilakukan oleh Najib, maka sah lah beliau ada secebis jiwa kemanusiaan.

DS Anwar telah memulakan cabaran buat Najib untuk mengusulkan kepada DYMM Sultan Perak agar membubarkan Dun Perak. Saya seperti berangan mengharapkan Najib berani menyambut cabaran DS Anwar. Bukankah berkali-kali DS Anwar mencabar Najib dalam berbagai isu termasuk di dalam dan di luar Dewan Rakyat. Tetapi, anak kepada negarawan Tun Abdul Razak ini terlalu fobia dengan DS Anwar. Ini membuatkan saya bertambah yakin bahawa Najib tidak akan menyahut cabaran DS Anwar untuk mengusulkan agar Dun Perak dibubarkan. Fobianya beliau terhadap DS Anwar sehinggakan bumi Permatang Pauh yang bakal diadakan PRK Dun Penanti akan datang ini menjadikan Najib dalam dilema samada Umno/Bn perlu meletakkan calon atau tidak di sana.

Berkemungkinan di seluruh ceruk Dun Penanti sekarang bertebaran ejen-ejen perisik atau SB yang sedang memantau perkembangan dan sokongan rakyat terhadap PR atau pun Umno/Bn. Laporan akan dimajukan untuk memudahkan Najib membuat keputusan samada wajar atau tidak Umno/Bn bertanding di sana. Saya percaya, apa pun laporan yang diperolehi oleh Najib, Umno/Bn mesti menghantar calonnya di Dun Penanti kerana persiapan awal telah dimulakan oleh SPR dengan berbagai peraturan yang agak ganjil. Mereka kini hanya menanti isu yang boleh merosakkan PR di sana, malangnya sehingga kini mereka gagal perolehi sebarang isu. Isu bekas Exco P.Pinang dan juga bekas Adun Penanti Fairus telah berjaya diselesaikan oleh DS Anwar dengan bijaksana. Isu sokongan PAS Permatang Pauh terhadap PKR di kawasan tersebut juga telah selesai dengan kebijaksanaan pimpinan PR.

Semenjak Najib mewarisi kerusi PM dari Pak Lah, rakyat hanya dapat melihat slogan indah berupa retorik yang hanya boleh dikhayalkan sahaja. Retorik semata-mata dengan ucapan berapi-api tidak cukup untuk membuat rakyat sejahtera. Najib bukan sahaja mewarisi masalah yang ditinggalkan oleh Pak Lah, tetapi beliau turut menambahkan lagi masalah yang ada. Satu kejayaan terbesar di bawah Najib adalah pembebasan tahanan Akta ISA khususnya YB Manoharan, Adun Kota Alam Shah. Kejayaan terbesar beliau dengan pembebasan Adun tersebut ialah tiadanya PRK di Dun Kota Alam Shah. -wfauzdin


MAHKAMAH RAYUAN TIDAK BUAT PENGHAKIMAN BERTULIS KES RAYUAN ZAMBRY

Peguam Menteri Besar Perak Dato Seri Ir Nizar Jamaludin berhadapan kesukaran apabila Hakim Mahkamah Rayuan Dato Ramly Ali yang membenarkan penangguhan keputusan Mahkamah Tinggi Rayuan Khas yang mengesahkan Nizar sebagai Menteri Besar tidak menyediakan penghakiman secara bertulis.

Ini menyebabkan peguam Nizar berhadapan masalah untuk mengkaji alasan penghakiman yang di buat Hakim Mahkamah Rayuan Dato Ramly Ali yang membenarkan rayuan Datuk Zambry Abdul Kadir untuk mencabar keputusan berkenaan di Mahkamah Rayuan 18 Mei ini.

Pendedahan ini membuktikan ada sesuatu yang tidak kena berkaitan kes rayuan Zambry yang sebelum ini begitu efisen, cekap dan pantas dalam membuat keputusan hanya 2-3 jam sahaja. Berbeza dengan prosedur yang diambil oleh Mahkamah Rayuan dalam langkah Nizar mencabar keputusan menangguhkan keputusan mahkamah Tinggi yang hanya akan didengar pada minggu hadapan.

Patutlah keputusan tempohari dapat dilakukan oleh begitu pantas, rupa-rupanya hakim tak perlu buat alasan bertulis penghakiman. Semua ini menambah kemusykilan dan menjadikan keadaan di Perak semakin bersimpul-simpul. -angkasanuri

Kepimpinan Nik Aziz Diakui Oleh Thailand

Timbalan Menteri Dalam Negeri Thailand, Thavon Semiam hari ini mengunjungi Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi mendapat pandangan menyelesaikan konflik di selatan Thai.

Beliau berkata, pandangan Menteri Besar Kelantan supaya diadakan pertemuan dengan pemimpin masyarakat Islam di selatan Thailand akan digunapakai.

Malah katanya, sejak Thailand di bawah kerajaan baru diketua Abhisit Vejjajiva sudah berkurangan pertumpahan darah.

"Sepanjang empat bulan pertama tahun ini hanya lebih kurang 15 kali sahaja berlaku pertumpahan darah. Sedangkan sebelum ini berpuluh-puluh kejadian huru hara berlaku.

"Ini menunjukkan sudah ada persefahaman di antara kerajaan Thailand dengan umat Islam," katanya pada persidangan media selepas pertemuan tersebut yang diadakan di JKR 10.

Thavon juga berkata, konsep keadilan sejagat turut menjadi amalan kerajaan Thailand di mana tidak lagi memberi perhatian kepada satu kaum sahaja.

Katanya, kerajaan Thai di bawah pimpinan Abhisit amat mengambil berat keselamatan di selatan Thailand dan sentiasa berhubung dengan pimpinan masyarakat Islam di empat wilayah selatan.Image

Sementara itu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata beliau tidak layak menjadi orang tengah menyelesaikan konflik di selatan Thailand kerana jawatannya hanya Menteri Besar sebuah kerajaan kecil.

"Tetapi untuk memberi nasihat dan pandangan saya sanggup selagi rakyat Thailand ingin menerimanya," kata beliau.

Menurutnya, konsep PAS Untuk Semua yang diamalkan di Malaysia sebenarnya seakan sama dengan hasrat kerajaan Thailand yang berada di bawah Raja Siam.

Turut hadir Timbalan Menteri Besar, Dato' Ahmad Yakub dan seramai 62 delegasi yang terdiri daripada ahli parlimen, Gabenor Wilayah Selatan, pegawai kerajaan dan Jawatankuasa Keadilan Selatan Thai.

Image Menteri Besar Kelantan percaya penyelesaian masalah di selatan Thailand hanya dapat dibuat melalui meja rundingan.

Sebelum itu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz diberi peluang oleh media Thailand untuk memberi ucapan kepada umat Islam di Thailand.

Beliau menasihatkan umat Islam di Thailand menjadikan keamanan sebagai asas dalam kehidupan seharian dan sentiasa berbincang dalam menyelesaikan masalah umat Islam. -harakahdaily

Ujian Pertama PM Rakyat Menunggu Najib Altantuya Di Perak

Kelmarin, Perdana Menteri mengumumkan dirinya sebagai "Perdana Menteri Rakyat".

Definisi "Perdana Menteri Rakyat" seperti yang diumumkan Najib di PICC Putrajaya pagi kelmarin ialah:

i) "Saya sentiasa bersama-sama dengan rakyat dan akan terus bersama-sama dengan rakyat,"

ii) "Kita mesti faham, mesti merasai denyutan nadi rakyat, nadi negara, kuasa rakyat, kita mesti merasainya."


Bagaimana Najib hendak membuktikan dirinya Perdana Menteri Rakyat? Perdana Menteri Rakyat tidak sekadar berjalan menyusuri Puduraya dan jalan-jalan sekitar Kuala Lumpur diiringi sepasukan pengawal keselamatan seramai 10 orang. Perdana Menteri Rakyat seperti kata Najib perlu bersama-sama rakyat serta merasai denyutan nadi dan kuasa rakyat!

Tidak payah dulu untuk Najib turun ke bendang bersama lintah dan pacat, menyusuri denai dan bukit bukau atau membiarkan kulitnya yang putih kemerah-merahan itu dibakar teriknya mentari di tengah laut bersama nelayan untuk membuktikan dirinya Perdana Menteri Rakyat. Tak perlu lagi setakat ini beliau pergi sejauh itu.

Ujian pertama Najib untuk menunjukkan dirinya Perdana Menteri Rakyat ialah di Perak. Najib perlu merasai denyutan nadi rakyat dan kuasa rakyat yang memohon DUN Perak dibubarkan. Jadi Najib dan panglima-panglima di bawahnya perlu lakukan sesuatu agar DUN Perak dibubarkan. Pergilah mendapatkan perkenan Sultan ke arah itu. Selepas DUN Perak dibubarkan, Najib bolehlah memberitahu rakyat dia telah memahami dan melaksanakan salah satu dari denyutan nadi rakyat dan kuasa rakyat.

Jika ujian pertama yang semudah itu gagal dilakukannya, bagaimana rakyat hendak mengiktirafnya sebagai Perdana Menteri Rakyat? -pendikargunungkriang