4 Mei 2009

Anwarkah Yang Merancang Kematian Tiga Wakil Rakyat UMNO/ BN dan PAS?

Begitu hebat sangatkah pemimpin PKR yang ramai orang mengkaguminya itu? Begitu berkuasa sangatkah seorang yang bernama Anwar Ibrahim itu hingga dapat menentukan hidup mati seseorang pemimpin di bumi Malaysia ini? Itulah antara persoalan yang melingkari fikiran saya selepas membaca artikel yang tersiar di dalam star online hari ini yang bertajuk, "Anwar Rancang 4 Hingga 5 Pilihanraya Kecil Lagi?". Baca artikel ini untuk mengetahuinya:

Di tengah-tengah tanggapan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai 'penggerak' beberapa pilihan raya kecil sejak Ogos lalu, penganalisis meramalkan Ketua Umum Pakatan Rakyat itu akan 'mencetuskan' antara empat hingga lima pilihan raya kecil lagi menjelang pilihan raya umum ke-13.

Malah, penganalisis berpendapat bahawa penstrukturan semula kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang diumumkan Isnin lalu, kemungkinan merupakan antara strategi parti itu khususnya Anwar bagi menghadapi siri pilihan raya kecil. Malah, Anwar yang juga Penasihat PKR dipercayai sudah mengambil langkah untuk membuka laluan bagi empat hingga lima pilihan raya kecil selepas ini. Pilihan raya kecil keenam membabitkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti di bahagian Permatang Pauh, yang Anwar merupakan Ahli Parlimennya, diadakan hujung bulan ini.

Menjelaskan perkara ini, Profesor Politik dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, Anwar telah membentuk satu kepimpinan baru yang akan menjadi penggerak utama PKR bagi menghadapi satu demi satu pilihan raya kecil yang telah pun dirancangnya.

"Anwar dah tentukan pilihan raya kecil ini... beliau sudah tentukan di mana, tentukan cara peperangannya dan tentukan hasil pilihan raya itu.

"Saya jangkakan sebelum pilihan raya umum ke-13, akan ada empat hingga lima pilihan raya kecil lagi yang sudah pun DIRANCANG oleh Anwar.

"Bila melihat senarai kepimpinan baru parti itu, maka itulah jagoan-jagoan PKR yang akan digunakan Anwar untuk menjayakan strategi itu," kata beliau ketika dihubungi mStar Online.

Isnin lalu, Anwar mengumumkan penstrukturan jawatan dalam PKR. Antara perubahan yang dilakukan adalah mewujudkan pasukan petugas yang dianggotai oleh semua Naib Presiden, diketuai Azmin Ali bagi memastikan kelayakan dan keberkesanan serta disiplin pimpinan negeri, bahagian, ahli-ahli Parlimen dan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri. Selain Presidennya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail diberikan semula peranan penting, Pengarah Strategik PKR, Saifuddin Nasution pula dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya pusat.

Sehubungan itu, Mustafa percaya Anwar MERANCANG untuk mengadakan pilihan raya kecil di kawasan-kawasan yang beliau yakin boleh peroleh kemenangan selesa.

"Anwar hanya RANCANG (pilihan raya kecil) di kawasan yang mana dia yakin akan peroleh kemenangan lebih 70 peratus.

"Kalau kurang daripada itu, dia tidak akan berani. Dia hanya menumpukan terhadap kawasan yang dipegang oleh PKR... DAP dan PAS tidak akan buat begitu (rancang pilihan raya kecil)," katanya.

Mustafa berkata, siri pilihan raya kecil itu bertujuan untuk memberi tekanan kepada Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang telah mengalami empat kekalahan dalam pilihan raya kecil sebelum ini.

"Anwar sengaja mengalihkan tumpuan Najib daripada menumpukan kepada ekonomi dan kebajikan rakyat kerana sibuk dengan politik. Najib telah pun dapat baca strategi Anwar ini dan sebab itu, beliau berkata, BN mungkin tidak bertanding dalam pilihan raya kecil Penanti bulan depan," katanya.


Apa pendapat anda selepas membaca pandangan Professor UUM itu? Mengikut kata beliau, Anwar begitu hebat dan berkuasa sekali hingga boleh menentukan di mana pilihanraya kecil akan diadakan, menentukan cara bagaimana pilihanraya dilangsungkan dan menentukan hasil pilihan raya itu. Hebat Anwar, hebat sungguh dia!

Jika apa yang Professor Mustafa kata bahawa Anwar yang menentukan di mana pilihanraya akan diadakan, bermakna apa yang berlaku hingga menyebabkan lima pilihanraya kecil diadakan sebelum ini iaitu di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai serta pilihanraya kecil Penanti; semuanya berlaku bukan secara semulajadi. Pilihanraya-pilihanraya ini rupanya semuanya berlaku gara-gara idea Anwar.

Jika pilihanraya kecil Permatang Pauh berlaku atas idea Anwar, mungkin ada yang percaya. Tapi jika ada yang berkata pilihanraya di Bukit Selambau dan Penanti berlaku juga idea Anwar, pasti ada yang berbelah bagi untuk mempercayainya. Maknanya Anwarlah yang merancang kehidupan V.Arumugam bekas ADUN Bukit Selambau bagi memastikan dia menghadapi masalah moral dan akhirnya meletakkan jawatan? Maknanya juga, Anwarlah yang merancang kehidupan Firdaus bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang dan ADUN Penanti bagi memastikan ia dicekup oleh SPRM dan akhirnya meletakkan jawatan? Jadi apa yang berlaku kepada Arumugam dan Firdaus rupanya konspirasi terancang Anwar dengan bantuan agensi-agensi tertentu seperti SPRM dan SPR yang selalu dikecamnya itu? Jika begitu hebat sungguh Anwar!

Dan bagaimana pula dengan pilihanraya kecil Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Batang Ai? Jika apa yang dikatakan professor Mustafa betul, bermakna Anwar juga merancang kekosongan kerusi-kerusi itu. Bermakna Anwarlah yang MERANCANG KEMATIAN ketiga-tiga penyandang kerusi tersebut yang kebetulan semuanya meninggal dunia kerana sakit jantung! Jika professor itu yakin dengan apa yang dikatakannya itu benar, beliau telah membuat satu tuduhan yang begitu serius terhadap Anwar kerana pemimpin pembangkang itu terlibat dengan kematian tiga orang Wakil Rakyat. Jahat sungguh rupanya orang yang bernama Anwar Ibrahim itu yang sanggup merancang kematian wakil rakyat BN dan PAS bagi memastikan agenda untuk memalukan kepimpinan BN tercapai.

Jika apa yang professor Mustafa katakan itu benar, memang Anwar sangat layak menjadi Perdana Menteri Malaysia kerana dia bukan sahaja merupakan seorang PERANCANG yang hebat, tapi nampaknya sudah menyamai kuasa DEWA-DEWA sakti di zaman purba yang dapat menentukan hidup mati seseorang! -pendikar gunung kriang



Isu kerajaan Nizar, BERSIH Seru Rakyat Berpakaian Hitam

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) tidak mahu lagi berbaju kuning, ia akan melancarkan kempen berbaju hitam sempena membantah sidang DUN Perak, Khamis ini.

NGO yang terkenal dengan demonstrasi besar pada 2007 kini membawa slogan baru, "1 Malaysia Gelita, Demokrasi Didahulukan, Adakan Pilihanraya Sekarang" - meniru slogan perdana menteri baru.

Jurucakapnya Faisal Mustaffa berkata Bersih menganggap slogan Datuk Seri Najib Razak itu sebagai "lawak jenaka kepada rakyat Malaysia" apabila rampasan kuasa Februari lalu membelakangkan perlembagaan.

Bersih akan mengadakan sidang media jam 10 pagi esok di Kuala Lumpur bagi mengumumkan pendiriannya tentang perkara tersebut.

Sementara itu, Speaker DUN V Sivakumar berkata beliau telah mengutuskan surat rasmi kepada Sultan Perak pagi ini, memohon baginda menangguhkan persidangan tersebut "buat sementara waktu" bagi mengelakkan insiden "yang sukar dikawal."

Beliau juga berharap persidangan DUN dapat diadakan selepas pertikaian antara menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dengan menteri besar BN Datuk Zambry Abd Kadir.

"Saya juga berasa bimbang akan berlaku perselisihan dan pertelingkahan yang sukar dikawal pada hari tersebut.

"Pada jangkaan saya, kedua-dua pihak akan bertikam lidah mempertahankan pendirian masing-masing.

Untuk menjaga keharmonian, kemuliaan dan kehormatan dewan, saya telah memohon kepada Tuanku Sultan menangguhkan persidangan ini buat sementara waktu," katanya dalam satu kenyataan.

"Saya berpendapat bahawa adalah tidak munasabah sidang dewan negeri diadakan dalam kedudukan YAB menteri besar Perak masih dalam pertikaian di mahkamah."

Dalam perkembangan berkaitan, Bernama melaporkan, polis memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak berhimpun berhampiran bangunan DUN itu sewaktu persidangan sedang berlangsung.

Ketua Polis Perak, Datuk Zulkefli Abdullah berkata polis banyak menerima maklumat terdapat pemimpin-pemimpin parti tertentu dalam ceramah mereka sebelum ini telah menyeru orang ramai supaya berhimpun di bangunan SUK dan seruan yang sama juga didapati di laman-laman blog tertentu dan media alternatif.

"Perhimpunan tanpa permit adalah perhimpunan haram dan menyalahi undang-undang dan tindakan akan diambil mengikut undang-undang sedia ada ke atas mereka yang terlibat dalam perhimpunan haram termasuk mereka yang merancang atau yang menganjurkan perhimpunan-perhimpunan tersebut," beliau dipetik berkata hari ini.

"Polis akan bertindak tegas ke atas sesiapa sahaja yang merancang atau melakukan apa-apa perbuatan yang boleh menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam."

Beliau juga menyeru pengguna-pengguna jalan raya tidak menggunakan jalan-jalan berdekatan dengan bangunan DUN pada hari tersebut dan menasihatkan orang ramai yang tiada kaitan dengan persidangan itu supaya tidak berkumpul dan mereka yang menerima jemputan sahaja dibenarkan masuk ke bangunan tersebut.

Zulkefli berkata satu perjumpaan antara polis dengan wakil-wakil dan ADUN PAS, PKR dan BN telah diadakan pagi tadi di ibu pejabat kontinjen Perak untuk berbincang bagi melancarkan perjalanan sidang dewan berkenaan tetapi beliau dukacita wakil parti DAP tidak turut serta walaupun telah dijemput sama dalam pertemuan tersebut.- MalaysiaKini.


UMNO BN Memang Takut Hadap Pilihanraya. Tuduh PR Mempunyai Agenda.

Parti UMNO/BN sememangnya takut dan kecut untuk mengadapi sebarang pilihanraya di waktu ini. Mereka akan mengemukakan pelbagai dalih untuk mengelak dari diaibkan lagi dengan kekalahan di setiap kali pilihanraya kecil diadakan.

Mereka akan mengemukakan pelbagai alasan untuk menyembunyikan ketakutan itu. Terbaru Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin menyatakan ada parti tertentu yang tidak mengambil sikap bertanggungjawab terhadap pengundi dan meletak jawatan atas niat mereka sendiri. Tidak ada sebab munasabah, katanya.

Kita ingin menyatakan kepada Muhyiddin bahawa tindakan UMNO/BN untuk mencemarkan nama baik pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat melalui kes-kes yang direka-reka akhirnya akan menjerat UMNO/BN semula. Seperti kes Mohd Fairus Khairuddin dimana tuduhan palsu sehingga memberikan tekanan yang kuat kepada wakil rakyat berkenaan meletak jawatan menyebabkan UMNO tersentak dan kemudian menuduh Pakatan Rakyat mempunyai agenda tertentu apabila wakil rakyatnya meletakkan jawatan.

Kalau ingin diikutkan bidasan pemimpin-pemimpin UMNO, di Selangor Pakatan Rakyat boleh menerima perletakan jawatan Elizabeth Wong yang dikaitkan dengan isu gambar tidak sopan, tetapi Pakatan Rakyat menolak perletakan jawatannya sehingga Khir Toyo dan rakan-rakan yang lain semacam tidak senang dengan tindakan Pakatan Rakyat Selangor tersebut.

Pakatan Rakyat boleh sahaja menerima perletakan jawatan Elizabeth Wong seperti didesak oleh UMNO, namun bersediakan UMNO/BN berhadapan dengan satu pilihanraya kecil di Bukit Lanjan dimana peluang kemenangan untuk BN terlalu tipis?

Justeru itu, lebih baik mengaku sahaja bahawa anda-anda pemimpin UMNO BN sememangnya takut kerana ombak tsunami politik yang melanda negara belum reda yang boleh pada bila-bila masa mencampak keluar UMNO/BN dari Putrajaya. Mengaku sahaja bahawa sememangnya UMNO/BN takut menghadapi pilihanraya daripada menyalahkan Pakatan Rakyat mempunyai agenda tersendiri. -GB

PENANTI : PAS Jangan Kacau, Perak : SPR Ikut Telunjuk UMNO BN

Mursyidul am PAS berkata beliau tidak mahu anggota parti itu membuat kacau dan membelakangi perjanjian dengan sekutunya dalam Pakatan Rakyat dengan menuntut PAS meletakkan calon pada pilihanraya kecil DUN Penanti.

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang juga menteri besar Kelantan, berkata PAS perlu berpegang pada janji yang dibuat dengan PKR berhubung pengagihan kerusi pilihanraya yang dibuat sebelum ini, lapor Bernama.

"Kalau itu kawasan PKR, hak dialah. Kita kena balik kepada perjanjian. Kita orang Islam pentingkan janji, jangan buat kacau, janji mesti sempurna.

"Macam di Kelantan, kita ikut perjanjian. Kita beri (kerusi) kepada PKR, dia nak menang ke, kalah ke, itu dia punya pasallah," beliau dipetik berkata di kediaman beliau di Pulau Melaka hari ini.

Nik Abdul Aziz mengulas desakan Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohd Hafiz Mohd Nordin supaya pimpinan parti itu menimbangkan untuk meletak calon PAS bertanding di DUN Penanti.

Kerusi itu kosong berikutan peletakan jawatan penyandangnya yang juga bekas timbalan satu ketua menteri Mohammad Fairus Khairuddin, 16 April lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon pada 23 Mei dan hari pengundian 31 Mei.

Semalam, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengulangi pendirian parti itu untuk menyokong calon PKR Mansor Othman dan keputusan itu adalah muktamad.

Beliau berkata keputusan itu dibuat berdasarkan beberapa faktor, antaranya, PKR telah bertanding di kawasan berkenaan pada pilihanraya umum tahun lepas dan memenanginya.

BN akan memutuskan hari ini, sama ada akan bertanding atau tidak pada pilihan raya kecil kali ini.

Di dalam satu perkembangan lain, Naib presiden PAS, Mohamad Sabu menegaskan pembubaran DUN Perak perlu dilakukan bagi membolehkan rakyat membuat pilihan mereka sendiri dan bersesuaian dengan amalan demokrasi.

Beliau menegaskan sidang Dun yang dijangka akan diadakan pada 7 Mei nanti bakal menghadapi banyak kerumitan.

"Sidang Dun Perak 7 Mei nanti akan ada dua Menteri Besar, Dua Speaker dan Dua kerajaan jadi kita amat khuatir kerumitan dan kesulitan yang sudah ada ini akan bertambah.

"Oleh yang demikian kita mendesak agar Dun Perak dibubarkan dan menyerahkan kepada rakyat untuk menentukan pilihan mereka," tegas Mohamad Sabu dalam satu sidang media yang diadakan di Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut, dekat sini tengah hari tadi.

Sehubungan dengan itu PAS akan mengadakan program solat hajat, doa munajat dan solat subuh pada 7 Mei ini jam 5.00 pagi di Masjid Al-Ittihadiyah, Kampung Tengku Husin Baru, Manjoi, Ipoh, Perak.

Program tersebut telah dipersetujui oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Dalam sidang media yang sama beliau juga menegaskan Jawatankuasa Mobilisasi Demokrasi PAS Pusat mengambil pendirian menolak peraturan baru yang dikenakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Tegas beliau, peraturan yang dibuat oleh SPR ini semata-mata mengikut kehendak Umno tanpa mengadakan perbincangan dengan parti-parti lain yang turut berdaftar di bawah suruhanjaya tersebut.



Isu Kerajaan Nizar : Lelongan Camry Hampakan Kerajaan Haram UMNO BN Zambry

Tindakan Menteri Besar kudeta Perak melelong kereta Toyota Cambry yang menjadi kereta rasmi MB dan Exco Pakatan Rakyat nampaknya tidak mendapat perhatian seperti mana yang beliau kehendaki.

Menurut Sekretariat Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri hanya tujuh borang tender diterima untuk membeli 16 kereta Toyota Cambry itu yang didaftarkan pada Januari lalu.

Harga tawaran untuk membeli kenderaan itu ialah pada harga pasaran RM148,000 setiap satu dan tempoh dibuka sejak 28 April lalu sehingga tengah hari ini.

Menurut Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Shamshuzaman Sulaiman sebanyak 40 borang telah dikeluarkan sejak minggu lalu.

MB kudeta Dr Zambry Abd Kadir sebelum ini yakin kesemua kereta Toyota Camry itu akan menjadi rebutan pembeli malah beliau berkata mungkin kereta tersebut akan dibeli pada harga yang lebih tinggi daripada harga asal.

Lelongan 16 kereta tersebut mendapat kritikan daripada Pakatan Rakyat yang menyifatkan tindakan Zambry lebih kepada unsur membalas dendam serta satu usaha pemaziran disebabkan kereta Toyota Cambry itu semuanya baru berusia tiga bulan.

Kononnya atas rasa patriotik Zambry mahu menggunakan Proton Perdana sebagai kereta rasmi beliau dan barisan Exco.

Namun kontroversi mengenai kos penyelenggaraan Proton Perdana yang tinggi menyebabkan kerajaan Terengganu pimpinan Ahmad Said memilih untuk membeli 14 buah kereta Mercedes Benz E200 Kompressor berharga RM3.43 juta Julai tahun lalu. -TVA



Isu Kerajaan Nizar : PAS Anjur Solat Hajat Jam 5 pagi Pada 7 Mei

Harakahdaily melaporkan, Jawatankuasa Mobilisasi Demokrasi PAS Pusat mendesak supaya Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak dibubarkan segera untuk mengembalikan hak rakyat menentukan kerajaan yang mereka kehendaki.

Pengerusinya, Mohamad Sabu menegaskan pembubaran itu perlu dilakukan bagi membolehkan rakyat membuat pilihan mereka sendiri dan bersesuaian dengan amalan demokrasi.

Beliau menegaskan sidang Dun yang dijangka akan diadakan pada 7 Mei nanti bakal menghadapi banyak kerumitan.

"Sidang Dun Perak 7 Mei nanti akan ada dua Menteri Besar, Dua Speaker dan Dua kerajaan jadi kita amat khuatir kerumitan dan kesulitan yang sudah ada ini akan bertambah.

"Oleh yang demikian kita mendesak agar Dun Perak dibubarkan dan menyerahkan kepada rakyat untuk menentukan pilihan mereka," tegas Mohamad Sabu dalam satu sidang media yang diadakan di Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut, dekat sini tengah hari tadi.

Sehubungan dengan itu PAS akan mengadakan program solat hajat, doa munajat dan solat subuh pada 7 Mei ini jam 5.00 pagi di Masjid Al-Ittihadiyah, Kampung Tengku Husin Baru, Manjoi, Ipoh, Perak.

Program tersebut telah dipersetujui oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Dalam sidang media yang sama beliau juga menegaskan Jawatankuasa Mobilisasi Demokrasi PAS Pusat mengambil pendirian menolak peraturan baru yang dikenakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Tegas Naib Presiden PAS itu, peraturan yang dibuat oleh SPR ini semata-mata mengikut kehendak Umno tanpa mengadakan perbincangan dengan parti-parti lain yang turut berdaftar di bawah suruhanjaya tersebut.

"Larangan SPR supaya tidak ramai penyokong hadir ketika hari penamaan calon jelas mengikut telunjuk Umno.

"Sedangkan setiap kali penamaan calon, media arus perdana sering melaporkan bahawa penyokong pembangkang sedikit jumlahnya berbanding penyokong Umno.

"Jadi kenapa takut dengan kehadiran penyokong pembangkang sedangkan media arus perdana laporkan kehadiran mereka sedikit sahaja," tegas beliau.

Beliau juga menegaskan jawatankuasa itu turut menolak peraturan baru SPR yang tidak membenarkan pondok panas didirikan di tempat mengundi.

Turut hadir dalam sidang media ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo'Lo Mohd Ghazali yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat


Penanti : UMNO BN Tak Umum Apa-apa Seperti Dijanji

Biro Politik Umno yang selesai mengadakan mesyuarat bagi menentukan kedudukan sama ada parti itu akan meletakkan calonnya bertanding pada pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti 31 Mei ini tidak membuat sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut.

Mesyuarat yang berlangsung kira-kira sejam itu dipengerusikan oleh Presiden parti, Datuk Seri Mohd najib Tun Razak di Pejabat Perdana Menteri tengah hari tadi.

MSTAR melaporkan Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan ketika dihubungi bagaimanapun berkata Najib yang juga Pengerusi Biro Politik akan membuat kenyataan media berhubung hasil keputusan mesyuarat tersebut.

"Datuk Seri Najib akan umumkannya... Presiden akan umumkan sendiri, kita sebagai ahli tak boleh cakap apa-apa.

"Presiden akan ke Sabah, mungkin beliau akan buat kenyataan di sana nanti," katanya kepada mStar Online.


Ramai penganalisis politik berpendapat Presiden UMNO telah terperangkap dengan kenyataannya sendiri di Pekan yang menyatakan kemungkinan UMNO BN tidak masuk bertanding di dalam pilihanraya kecil Penanti yang disifatkan sebagai satu pembaziran tenaga, masa dan wang ringgit.

Ia kemudiannya telah disambut oleh beberapa pemimpin-pemimpin UMNO dan BN yang menyetujuiny disamping beberapa media massa arus perdana yang mendetailkan lagi isu pembaziran yang dinyatakan oleh Najib.

Namun, dengan senario politik yang ada disamping beberapa pendapat dari kalangan UMNO sendiri yang menyatakan UMNO BN wajar bertanding meletakkan Najib berada di dalam keadaan serba salah.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh penamaan calon bagi kerusi DUN Penanti ialah 23 Mei ini dan jika ada pertandingan, hari pengundian akan diadakan pada 31 Mei.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan penyandangnya, Mohammad Fairus Khairuddin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti 16 April lalu.

Pada Selasa lalu, PKR memilih Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Pulau Pinang, Mansor Othman sebagai calon parti itu untuk merebut kerusi DUN Penanti.

Selain PKR, calon Bebas, Aminah Abdullah yang juga bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang turut menyatakan hasrat untuk bertanding.


Kerajaan Nizar : Speaker Mohon Sultan Tangguhkan Sidang Dewan

Speaker Dewan Undangan Negeri Perak V. Sivakumar hari telah menghantar sepucuk surat kepada Sultan Perak untuk menyatakan memohon perkenan mempertimbangkan supaya peridangan Dun Perak ditangguhkan sehingga satu tarikh yang ditetapkan oleh Tuanku Sultan sendiri.

“Saya telah menulis surat kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Seri Sultan Perak Sultan Azlan Muhibuddin Shah pada hari ini,” jelas Sivakumar dalam kenyataan beliau hari ini.

“Surat telah dihantar ke Pejabat Istana Kinta lebih kurang jam 11.00 pagi. Saya telah memohon kepada Tuanku Sultan untuk mempertimbangkan supaya persidangan ditangguhkan,” kata beliau lagi.

Sivakumar membuat permohonan ini kerana kedudukan Menteri Besar Perak masih dalam pertimbangan mahkamah kerana Kes Zambry Abdul Kadir dan Mohammed Nizar Jamaluddin sedang dalam proses perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

“Saya berpendapat bahawa adalah tidak munasabah sidang Dewan Negeri diadakan dalam kedudukan Menteri Besar Perak yang masih dalam pertikaian di mahkamah,” jelas Sivakumar.

“Tambahan pula, saya juga merasa bimbang akan berlaku perselisihan dan pertelingkahan yang sukar dikawal pada hari tersebut.

Pada jangkaan saya, kedua-dua pihak akan bertikam lidah mempertahankan pendirian masing-masing. Untuk menjaga keharmonian, kemuliaan dan kehormatan dewan, saya telah memohon kepada Tuanku Sultan menangguhkan persidangan ini buat sementara waktu,” kata Sivakumar mengakhiri kenyataan beliau.

Walau bagaimanapun, kes Zambry dan Nizar akan didengar di Mahkamah Tinggi pada jam 2 petang ini. -sk

Nasionalisme Umno Sudah Tiba Ke Penghujungnya

Fahaman nasionalisme atau asabiyah adalah teras penubuhan dan perjuangan Parti Kebangsaan Melayu Bersatu atau Umno yang diasaskan pada 11 Mei 1946.

Dengan menjual slogan untuk Agama, Bangsa dan Negara, Umno yang diberikan mandat untuk British menerajui politik Malaya sejak sebelum merdeka, selepas parti-parti kiri Melayu diharamkan penjajah dari bertapak kukuh meraih sokongan orang-orang Melayu.

Fasal 3 Perlembagaan Umno mencatatkan asas dan tujuan penubuhan parti itu, antara lainnya (fasal 3.3) untuk menegak, mempertahankan dan mengembangkan Islam; (3.4) memajukan ekonomi rakyat Melayu khasnya Bumiputera; dan (3.5) menjamin kedudukan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu).

Dalam erti kata lain, fahaman nasionalisme Umno, membawa maksud parti itu diasaskan sebagai parti pencinta agama, bangsa dan negara yang patriotik.

Perlembagaan Malaysia dirangka dengan membuat tafsiran bahawa Melayu didefinisikan dengan ciri-ciri, pertama; beragama Islam, kedua; beradat-istiadat Melayu, dan ketiga; bertutur dalam bahasa Melayu.

Selama lebih 50 tahun majoriti orang Melayu bergantung kepada Umno dan menyokong Umno, dan ini telah memberikan kemenangan berturut-turut kepada Umno-BN sehingga dua belas kali pilihan raya umum.

Sehingga selepas PRU ke 12, barulah Melayu tersentak dan sedar dari lamunan, bahawa sokongan membuta tuli yang diberikan kepada Umno sudah memakan diri orang-orang Melayu dan menjadikan mereka terkebelakang dalam segenap bidang, kecuali hiburan.

Sokongan itulah juga yang merosakkan Umno, sehingga menjadi parti yang penuh dengan pengamal rasuah politik wang. Dari segi perundangan pengamal politik wang adalah penjenayah rasuah.

Dari segi hukum Islam, amalan rasuah adalah haram. Demi merebut kuasa, dengan kepentingan wang, seseorang pemimpin itu boleh cenderung untuk menodai kesucian agama, maruah bangsa dan kedaulatan negara.

Penjenayah-penjenayah ini dilepaskan daripada hukuman kerana Umno adalah parti yang berkuasa mengawal undang-undang.


Malangnya jenayah Umno terhadap orang-orang Melayu-Islam diteruskan selepas pucuk kepimpinan Umno dan negara berubah.

Diperkenalkan konsep "One Malaysia", sekaligus membunuh jatidiri bangsa Melayu.

Dimansuhkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi tempat pergantungan peniaga-peniaga kecil Melayu.

Dihapuskan kuota 30 peratus bumiputera dalam sektor perkhidmatan dan terbaru sekali kerajaan Umno-BN menetapkan anak-anak kekal agama asal meskipun ibu bapanya bertukar agama.

Dalam masa yang sama hak Melayu untuk mendapat kedaulatan bahasa melalui penghapusan Pengajaran dan Pembelajaran Sains Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI), terus dinafikan pemimpin Umno-BN.

Rata-rata orang Melayu amat hampa dengan Umno-BN kerana kesemua langkah-langkah Umno ini hanya membunuh masa depan Islam dan bangsa Melayu.

Tindakan Umno ini, jelas bercanggah dengan hak Melayu sebagaimana pentafsiran Perlembagaan Malaysia.

Tindakan Umno ini juga bercanggah dengan asas dan tujuan penubuhannya, sebagaimana yang dicatatkan dalam Perlembagaan Umno.

Hakikatnya, perjuangan nasionalisme atau asabiyah Umno sudah gagal. Orang-orang Melayu semakin sedar bahawa Umno sedang menggali kubur untuk perjuangan nasionalisme mereka.

Hayatilah pesanan Nabi Muhammad s.a.w yang bersabda (mafhumnya)."Tidak ada beza antara orang Arab dengan orang Ajam (selain daripada Arab), melainkan dengan Islamnya."

Hadis ini membawa tafsiran, bahawa tiada kemuliaan bagi orang-orang Melayu di Malaysia khususnya, melainkan dengan Islam.

Tinggalkanlah perjuangan nasionalisme, kembalilah kepada Islam sepenuhnya. Sebagaimana pesan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat, hanya Islam sahaja boleh menjaga Melayu.

Inilah masa yang terbaik untuk meninggalkan Umno dan menyokong PAS
.- mohdrashidi hassan


Isu kerajaan Nizar : Idham Pertahan Dakwaan Isu 'bomoh' Zambry

Harakahdaily melaporkan bahawa "Pada kesempatan ini saya ingin memberi penjelasan dan penegasan sekali lagi bahawa saya bukan orang yang mudah mengeluarkan kenyataan tanpa ada bukti dan alasan yanag kukuh.

"Oleh itu dalam persoalan ini saya mengulangi sekali lagi pendirian bahawa Dewan Negeri telah dimasuki oleh "Bomoh" dan saya mempersoalkan pihak yang bertanggung jawab kepada dewan negeri pada masa ini," katanya dalam blognya.

Selain itu beliau tidak berhajat menyeret mufti dalam isu tersebut namun jika di waktu kempen pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang Mufti sangat cepat mengeluarkan pandangan, adalah wajar memberi respon yang segera juga dalam hal terbabit.

"Mufti sangat cepat mengeluarkan pandangan mengenai hukum orang bukan Islam baca Quran, apalah salah saya kalau saya meminta mufti mengeluarkan pendapatnya menurut hukum Islam kalau Dewan sampai di jampi sedemikian rupa," katanya yang juga Adun Titi Serong.

Semalam dilaporkan Zambry telah membuat satu laporan polis berhubung kenyataan Idham itu yang turut mengaitkan isu provokasi dan gangguan pihak tidak bertanggungjawab terhadapa Adun-Adun Pakatan Rakyat menjelang Sidang Dun 7 Mei ini.

Berikut adalah antara petikan kenyataan Idham di dalam blognya baru-baru ini :-

"Oleh itu saya sebagai Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat (BBC-PR) yang juga ADUN Titi Serong bersama-sama ADUN PR yang lain menyatakan :-

1.Membantah tindakan semacam "provokasi" untuk menakut-nakutkan ADUN Pakatan Rakyat sebelum Sidang DUN pada 7 Mei depan.

2.Mempersoalkan apakah tujuan rumah ADUN berkenaan dilawati secara tidak diundang dan apakah tujuan gambar dan kehadiran ramai polis.

3. Kami akan sentiasa mematuhi undang-undang yang sedia ada dan sanggup berkerjasama dengan pihak keselamatan tetapi bukan dengan cara "tidak diundang" dan kami tidak tahu menahu dengan kehadiran mereka kalau tidak dimakulum oleh keluarga dan jiran.

4. Apakah kesalahan dan tindakan melanggar undang-undang yang telah dilakukan oleh ADUN Berkenaan ?

5. Pada kesempatan ini saya mempersoalkan tindangan Zambry dan BN membenarkan Dewan Negeri dimasuki oleh "bomoh" untuk menjampi kerusi speaker. Oleh itu saya mendesak Mufti Kerajaan Negeri Perak untuk mengeluarkan fatwa mengenai perkara tersebut."


SPR, Kuda Tunggangan UMNO BN Diseru Tarik Balik Had 5000 Penyokong

Larangan terbaru Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar parti-parti politik yang bertanding tidak membawa penyokong melebihi 5,000 orang pada hari penamaan calon disifatkan oleh Pakatan Rakyat sebagai satu tindakan karut.

Malah beberapa pemimpin Pakatan Rakyat yang dihubungi menggesa agar SPR menarik balik larangan yang dianggap tidak munasabah itu.

MSTAR melaporkan Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali dengan tegas berkata SPR cuba memperkenalkan satu larangan yang karut dan tidak berasas.

"Karut...ini semua tindakan karut yang tidak berasas," katanya kepada mStar Online.

Beliau turut mendakwa SPR sebagai sebuah badan bebas yang mengendalikan pilihan raya mengambil tindakan seolah-olah tidak memahami situasi politik di Malaysia.

"Apa ni? Apa yang boleh saya katakan mereka (SPR) tak faham keadaan politik dan situasi pilihan raya di Malaysia.

"Ini satu tindakan yang cukup tidak praktikal... bagaimana kita boleh kawal jumlah orang yang nak datang?

"Kita bantah keputusan ini dan kita mahu SPR tarik balik larangan ini," katanya dengan tegas.

Semalam, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata keputusan mengehadkan kehadiran jumlah penyokong pada hari penamaan calon agar tidak melebihi 5,000 orang telah diputuskan semasa pertemuan antara suruhanjaya itu dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Khamis lalu.

Pendekatan itu akan dikuatkuasakan semasa pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Pulau Pinang bulan ini.

Dalam pada itu Naib Presiden PKR, R. Sivarasa turut berpendapat bahawa pendekatan terbaru SPR itu dilihat tidak praktikal untuk dilaksanakan.

Jelas beliau tindakan melarang kehadiran penyokong yang ramai akan lebih mendatangkan lebih banyak masalah.

"Macam mana mereka nak hadkan jumlah orang yang mahu datang? Sebab itu dari awal lagi kita sudah nyatakan tindakan seumpama ini adalah sangat tidak praktikal.

"Saya bimbang, lagi kita larang, lagi banyak masalah yang akan timbul.

"Sukar kita nak halang penyokong agar tidak datang, tujuan mereka ialah untuk memberi sokongan kepada calon," katanya.

Tambah beliau kekecohan mungkin akan berlaku apabila sesuatu kawasan penamaan calon itu dikawal ketat oleh pasukan polis biasa dan juga Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).

"Kalau mereka nak halang orang ramai datang, sudah pasti lebih banyak FRU akan ditempatkan.

"Situasi akan menampakkan lebih ketegangan dan mungkin kadang-kala kekecohan akan berlaku apabila polis mengambil tindakan," katanya.

Manakala Setiausaha Publisiti Nasional (DAP), Tony Pua mempersoalkan pendekatan yang bakal diambil oleh SPR dan polis bagi mengehadkan jumlah penyokong yanga akan hadir pada hari penamaan calon.

"Macam mana mereka nak buat? Perkara ini perlu diperjelaskan dahulu.

"Adakah mereka nak bagi nombor kepada setiap orang yang akan datang, siapa nak tentukan jumlah penyokong sesebuah parti itu sudah cukup atau belum?

Tambah beliau, Pakatan Rakyat juga ragu dengan penetapan jumlah penyokong yang buat pertama kalinya akan dilaksanakan pada pilihan raya kecil DUN Penanti nanti.

"Kalau mereka tentukan jumlah tak boleh lebih 5,000 orang, siapa boleh beri jaminan jumlah penyokong BN (Barisan Nasional) dan Pakatan Rakyat betul-betul seimbang?

"Kami tak mahu nanti wujudnya tindakan berat sebelah," katanya.

Sementelah lagi seorang pemimpin Pakatan Rakyat menyatakan ada ribuan mereka yang berada di atas pagar yang juga ingin turut datang bersama-sama di hari penamaan calon. Bagaimana SPR hendak mengkelaskan mereka?

"Menjadi bertambah jelas tindakan SPR terlalu berpihak kepada UMNO/BN," tambahnya.

Semenjak beberapa siri pilihanraya kecil yang lalu sambutan rakyat terhadap BN semakin pupus tetapi bertambah banyak kepada Pakatan Rakyat. Justeru itu SPR kini telah menampakkan belang sebenarnya bahawa mereka adalah kuda tunggangan UMNO/BN.

"Pengerusi dan Timbalan SPR perlu meletakkan jawatan dan bertanding di atas tiket BN jika mahu bermain politik," tegas seeorang pemimpin PR disini.

UMNO PAS - Penanti : Nik Aziz Tegur PAS Pulau Pinang

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata beliau tidak mahu ahli parti itu membuat kacau dan membelakangi perjanjian dengan sekutunya dalam pakatan Pas-DAP-PKR dengan menuntut Pas meletakkan calon pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Pas perlu berpegang pada janji yang dibuat dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhubung pengagihan kerusi pilihan raya yang dibuat sebelum ini.

"Kalau itu kawasan PKR, hak dialah. Kita kena balik kepada perjanjian. Kita orang Islam pentingkan janji, jangan buat kacau, janji mesti sempurna.

"Macam di Kelantan, kita ikut perjanjian. Kita beri (kerusi) kepada PKR, dia nak menang ke, kalah ke, itu dia punya pasallah," katanya ketika ditemui wartawan di kediamannya di Pulau Melaka, di sini, hari ini.

Beliau mengulas desakan Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohd Hafiz Mohd Nordin, supaya pimpinan parti itu menimbangkan untuk meletak calon Pas bertanding di DUN Penanti, selepas kerusi itu kosong berikutan peletakan jawatan penyandangnya yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin, 32, berkuat kuasa 16 April lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Isnin lalu, menetapkan tarikh penamaan calon pada 23 Mei dan sekiranya ada pertandingan, hari pengundian pada 31 Mei.

Semalam, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, turut mengulangi pendirian parti itu untuk menyokong calon PKR, Mansor Othman dan keputusan itu adalah muktamad.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan beberapa faktor antaranya PKR sudah bertanding di kawasan berkenaan pada pilihan raya umum (PRU) tahun lalu dan memenanginya.

Setakat ini, Barisan Nasional (BN) masih belum memutuskan sama ada akan bertanding atau tidak pada pilihan raya kecil DUN Penanti ini. -BERNAMA

PAS UMNO : Mustapha Ali Tidak Bertanding Apa-apa Jawatan Pada Muktamar Nanti

Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Dato’ Mustafa Ali mengumumkan beliau tidak akan bertanding mana-mana jawatan dalam pemilihan parti pada Muktamar PAS pusat akan datang.

Beliau yang juga Pesuruhjaya Perhubungan PAS Terengganu berkata demikian ketika berucap merasmikan Muktamar Pemuda PAS Negeri Terengganu di Kuala Ibai, disini semalam.

Selain dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemilih, katanya, beliau tidak bersedia lagi untuk bertanding sebarang jawatan.

“Saya nak sebutlah hari ini, tidak timbullah nak naik pangkat sebab saya tidak bertanding. Saya tidak bertanding dah dalam pilihanraya PAS,

“saya pengerusi Jawatankuasa Pemilih, tidak boleh bertanding, bukan kerana jadi Pengerusi itu maka saya tak bertanding, saya memang tidak bersedia lagi,”katanya.

Sebelum itu beliau menekankan bermuafakat dalam memilih kepimpinan parti adalah satu perkara yang amat penting.

Katanya hanya di negeri Terengganu yang mengekalkan amalan pemilihan ‘segugus’ atau pun ‘syura’ dalam kepimpinan samada pemuda ataupun (peringkat) kawasan.

“Muafakat, berpakat supaya tidak belawan sebenarnya satu benda (perkara) yang baik dalam Jamaah,

“kepada Pemuda saya nak beritahu, amalan yang kita namakan pilih segugus, syura, dalam kepimpinan samada Pemuda ataupun Kawasan, yang kita mulakan sejak tahun 80an,

“yang kekal sebenarnya, ialah di negeri Terengganu ini, yang lain tidak kekal, semua negeri lain berlawan belaka,”katanya. - buletinonline


Isu Kerajaan Nizar : Satu Malaysia Di belakang Sivakumar

Semalam Speaker DUN Perak, V. Sivakumar seperti yang dilaporkan BERNAMA membuat keputusan berani mengenai perjalanan sidang DUN pada minggu hadapan.

Sebelum ini hanya 13 media elektronik dan cetak pro-BN iaitu RTM, Bernama TV, TV3, The Star, The New Straits Times, Berita Harian, Utusan Malaysia, China Press, Sin Chew Daily, Nanyang Siang Pau, Tamil Nanban, Tamil Nesan dan Bernama dibenarkan membuat liputan Persidangan DUN Perak yang dijadualkan pada 7 hingga 13 Mei ini. Keputusan itu berdasarkan arahan Pejabat SUK Perak dalam satu notis bertarikh 30 April lepas yang memutuskan bahawa media cetak tersebut itu saja dibenarkan membuat liputan.

Namun hari ini V. Sivakumar membuat ketetapan bahawa semua pihak media akan dibenarkan untuk membuat liputan persidangan DUN Perak akan datang. Sivakumar berkata semua media termasuk yang dihalang untuk membuat liputan sebelum ini diminta untuk membuat permohonan bertulis di Pejabat Speaker, Aras 2, Bangunan Perak Darul Ridzuan mulai pukul 9 pagi esok.

"Saya akan mengeluarkan surat kebenaran kepada media-media mengikut pertimbangan saya. Di sini, saya menggunakan Perintah-Perintah Tetap 84 (DUN Perak) yang memberi kuasa kepada Yang Dipertua Dewan Negeri untuk mengeluarkan kebenaran am kepada wakil manamana jurnal menghadiri persidangan Dewan. Perintah-perintah tetap ini juga membolehkan Yang Dipertua Dewan untuk membatalkan kebenaran yang diberi," katanya dalam satu kenyataan media di Ipoh tadi.

Syabas Siva, anda membuat keputusan berani dan tepat bagi menjamin demokrasi dan kebebasan media terus dipertahankan di negara ini. Anda melakukan apa yang sepatutnya dilakukan mengikut undang-undang dan bukan mengikut perasaan untuk cuma menjaga periuk nasi seperti yang dilakukan oleh SUK Perak. sebelum ini. Anda melakukan atas prinsip rakyat harus mengetahui apakah yang berlaku dalam persidangan Dewan secara telus. Biar rakyat mengadili apa yang pemimpin mereka lakukan pada 7 Mei ini. Biar SATU MALAYSIA tahu siapa yang menjunjung prinsip demokrasi, siapa yang meminati autokrasi. Biar SATU MALAYSIA tahu siapa pemerintah yang dipilih rakyat , siapa yang pemerintah yang membelakangkan suara rakyat. SATU MALAYSIA ingin tahu apa yang sebenarnya berlaku di Ipoh Khamis depan. Jangan biarkan SATU MALAYSIA marah kerana kebebasan mendapatkan maklumat dihalang.

Syabas Siva, SATU MALAYSIA di belakang anda. - pendikargunungkriang



Isu kerajaan Nizar : Belum ada Speaker di negara Komanwel terima usul tidak percaya terhadapnya

Mungkinkah apa yang dilakukan kerajaan kudeta Barisan Nasional (BN) di Perak sekarang seumpama kata bidalan 'berniaga buluh kasap, hujung hilang pangkal lesap'.

Lebih mengaibkan lagi apabila Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato' Dr Abdul Rahman Hashim dan setiausaha Dewan Undangan Negeri, Abdullah Antong Sabri tiba-tiba mengambil alih tugas Speaker, V Sivakumar.

Begitu juga dengan Menteri Besar kerajaan kudeta, Dato' Dr Zambry Abdul Kadir bercadang mencalonkan Speaker baru, Dato' R Ganesan pada persidangan Dun 7 Mei ini.

"Inilah satu keanehan yang berlaku di Perak dan negeri itu akan mencatat sejarah dalam di negara Komanwel jika Speaker membenar undi undi tidak percaya terhadapnya.

"Speaker mempunyai hak mutlak menentukan susunan urusan Dun di mana terdapat beberapa keadaan yang membolehkan Speaker menolak usul yang dibawa mana-mana Adun," kata bekas Speaker Dun Kelantan, Dato' Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.

Beliau yang mempunyai lebih 10 tahun sebagai Speaker berkata, tindakan Adun BN mengemukakan usul tidak percaya kepada Sivakumar secara jelas menggambarkan politik buli yang Umno amalkan masih menebal.

Baru-baru ini Dr Zambry mengemukakan usul kepada pejabat Setiausaha Dun Perak untuk melucutkan Sivakumar dan melantik Speaker baru pada persidangan Dun yang akan bermula Khamis ini.

Wan Rahim yang juga anggota Parlimen Kota Bharu berkata, Sivakumar tidak boleh dipecat selagi beliau mampu menjalankan tugas dengan baik dan mengikut peraturan Dewan atau undang-undang Tubuh Perak.

"Ini kerana amalan Speaker dari kalangan pembangkang bukannya perkara luar biasa di negara Komanwel. Di England pernah berlaku Speaker dari parti Konservatif ketika parti Buruh memerintah.

"Namun Umno tidak bertamadun apabila mahu memecat Speaker kerana alasannya berlainan parti. Mereka sedang bermain sandiwara untuk melantik Speaker lain," katanya ketika ditemui di sini.

Beliau juga memberitahu pada persidangan Dewan Rakyat sebelum ini, Speaker menolak usul undi tidak percaya yang dibawa Pakatan Rakyat terhadap Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika masih menerajui kerajaan.

Begitu juga katanya di Dun Melaka Speaker menolak usul undi tidak percaya terhadap Ketua Menteri.

"Usul undi tidak percaya boleh berlaku tetapi bagi Speaker ia merupakan tindakan yang tidak sopan selagi Speaker boleh menjalankan tugas yang diamanahkan," ujarnya.

Beliau menegaskan terpulang kepada Speaker untuk membuat keputusan menerima atau tidak usul yang akan dibawa wakil rakyat BN di Perak.

Ditanya tindakan kerajaan kudeta BN yang mahu menghadkan media membuat liputan di Dun Perak katanya, BN tidak mahu rakyat mendapat gambaran sepenuhnya persidangan yang berlangsung.

Dalam perkembangan yang sama hari ini Sivakumar menjelaskan semua media dibenarkan untuk membuat liputan persidangan Dun Perak bermula 7 Mei ini.

Menurutnya Perintah Perintah Tetap 84 (Dun Perak) kuasa diberi kepada Yang Dipertua Dewan Negeri untuk mengeluarkan kebenaran am kepada wakil mana mana media menghadiri persidangan dewan.

Isu Kerajaan Nizar : SUK Rampas Kuasa Nizar

Dato' SUK Negeri Perak sudah hilang pertimbangan apabila merampas kuasa Speaker Dewan Negeri Perak. Beliau telah mengeluarkan perintah melarang media memasuki persidangan Dewan Undangan Negeri pada 7 Mei ini melainkan media-media yang dibenarkan sahaja, sudah tentu media yang dibenarkan itu media arus perdana yang laporan menyebelahi mereka.

Tindakan Dato' SUK dianggap melangkaui bidang tugasnya yang sebenar. Beliau langsung tidak ada hak dan kuasa menentukan perjalanan Sidang Dewan. Perjalanan Dewan Negeri adalah di bawah kuasa Speaker.

Speaker yang menentukan agenda mesyuarat, berapa hari bersidang, menentukan dan menyusun soalan-soalan lisan dan bertulis untuk dijawab oleh pihak kerajaan. Orang lain boleh tidak boleh campurtangan dalamm urusan ini.

Satu dunia tahu bidang kuasa Speaker. Kita hairan bagaimana seorang SUK, pegawai kerajaan yang paling tinggi jawatannya di Perak tetapi jahil dalam bab ini. Atau dia ingat Speaker kita ini boleh diperbodohkannya.

Sebelum ini, Dato' SUK juga yang membuat kenyataan sidang DUN tergempar 3 Mac yang lalu tidak boleh dijalankan dan tidak sah, dia juga yang menghalang Speaker dan semua ADUN PR memasuki bangunan Perak Darul Ridzuan untuk bersidang. Sedangkan Speaker dan semua ADUN ada hak memasuki bangunan Perak Darul Ridzuan apatah lagi memasuki Dewan Undangan Negeri samada ketika bersidang ataupun tidak.

Sebenarnya pengalaman 11 bulan di pejabat Menteri Besar Perak, dari awal pemerintahan PR sememangnya Dato' SUK ini tidak sangat memberi kerjasama kepada kerajaan PR.

Dato' Seri Hj Nizar sering merungut perihal SUK yang lambat bertindak, tidak memberi kerjasama yang sebaiknya kepada MB apabila diminta bertindak terhadap sesuatu perkara, pertukaran pegawai-pegawai kerajaan yang penting juga tidak pernah dimaklumkan kepada MB, cadangan MB untuk melantik pengarah atau pegawai baru dalam mana-mana jabatan yang kosong juga tidak pernah diendahkan oleh Dato' SUK.

Kita akui ada yang diambil tindakan tetapi lambat dan lembab. Kalau hendak didedahkan perangai SUK ni memang banyak, tetapi memadaliah setakat ini.

Sementara itu tindakannya menyekat media membuat liputan sidang Dewan Undangan Negeri 7 Mei depan bertentangan dengan bidang kuasa Speaker

Menurut Perintah-Perintah Tetap 84, Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak, Speaker sebagai yang dipertua Dun boleh mengeluarkan kebenaran kepada wakil mana-mana organisasi media untuk menghadiri persidangan Dewan di bawah apa-apa peraturan yang dikeluarkannya dari semasa ke semasa.

Hanya sekiranya mana-mana wakil media didapati melanggar peraturan-peraturan itu, maka kebenaran itu boleh dibatalkan.

Sivakumar mencabar SUK sama ada perintah-perintah tetap ini memberi kuasa kepada beliau untuk mengeluarkan arahan menyekat mana-mana media membuat liputan sidang.

Apa yang dilakukan jelas merupakan salah guna kuasa menurut Sivakumar lagi.

Isu Kerajaan Nizar : Zambry Terdesak Buat Laporan Polis Ke atas ADUN Titi Serong

Bernama melaporkan Menteri Besar kerajaan haram UMNO BN Perak Dr Zambry Abdul Kadir membuat laporan polis dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Titi Serong, Khalil Idham Lim yang didakwa membuat tuduhan melampau kepada beliau dan Barisan Nasional (BN) menerusi satu kenyataan media hari ini.

Zambry yang juga Adun Pangkor berkata tuduhan melampau dan keterlaluan itu turut disiarkan dalam laman blog milik Khalil Idham di idhamlim.blogspot.com.

"Ini sikap seorang Adun yang menjijikkan, memualkan dan tidak mempunyai prinsip agama dengan membuat tuduhan keterlaluan dan melampau.

Banyak pihak menyifatkan tindakan Zambry itu sebagai satu tindakan yang bakal akan mendedahkan lagi apa yang sebenarnya dilakukan oleh kerajaan haram BN Perak yang diterajuinya.

Zambry tidak menyedari perbuatan beliau bersekongkol dengan Najib untuk merampas kerajaan Pakatan Rakyat di Perak itu lebih menjijikkan, memualkan dan tidak mempunyai prinsip agama.

Malah kedudukan Menteri Besar yang sedang dipegangnya kini tidak mendapat pengesahan dari mana-mana pihak, gagal mendapat restu rakyat di Bukit Gantang, gagal mendapat perisytiharan di mahkamah.

Sepatutnya sebagai seorang yang jika mempunyai harga dan maruah diri, meletakkan jawatannya sesegera mungkin sebelum dihukum oleh rakyat dengan lebih dasyat di dalam pilihanraya akan datang.

Zambry mengulas entri bertajuk 'Kenyataan Media Adun Titi Serong' yang disiarkan di laman blog Adun berkenaan.

Entri itu antara lain mendakwa Zambry dan BN telah membenarkan bangunan Dewan Undangan Negeri dimasuki oleh 'bomoh' untuk menjampi kerusi Speaker DUN dan mendesak Mufti Perak supaya mengeluarkan fatwa berhubung perkara berkenaan.

Zambry berkata beliau telah membuat satu laporan polis berhubung perkara itu di Balai Polis Kampung Rapat di sini.

Beliau menyifatkan tindakan itu berniat jahat dan cuba menanam serta mengapi-apikan kebencian rakyat terhadap beliau dan BN dalam keadaan di mana DUN akan bersidang Khamis ini.

Semua rakyat bukan sahaja rakyat Perak malah rakyat seluruh negara tahu berapa banyak program maksiat dilaksanakan oleh kerajaan Perak sejak ianya dirampas dari Pakatan Rakyat. Program yang mempersendakan Islam melalui tarian separa-bogel yang diadakan semasa kempen pilihanraya Bukit Gantang serta program Jom Heboh yang bertentangan dengan fatwa mufti yang menganggap program tersebut sebagai haram dilaksanakan oleh oleh UMNO BN di bawah pimpinan beliau. -GB


Isu Kerajaan Nizar : SUK Rampas Kuasa Nizar

Dato' SUK Negeri Perak sudah hilang pertimbangan apabila merampas kuasa Speaker Dewan Negeri Perak. Beliau telah mengeluarkan perintah melarang media memasuki persidangan Dewan Undangan Negeri pada 7 Mei ini melainkan media-media yang dibenarkan sahaja, sudah tentu media yang dibenarkan itu media arus perdana yang laporan menyebelahi mereka.

Tindakan Dato' SUK dianggap melangkaui bidang tugasnya yang sebenar. Beliau langsung tidak ada hak dan kuasa menentukan perjalanan Sidang Dewan. Perjalanan Dewan Negeri adalah di bawah kuasa Speaker.

Speaker yang menentukan agenda mesyuarat, berapa hari bersidang, menentukan dan menyusun soalan-soalan lisan dan bertulis untuk dijawab oleh pihak kerajaan. Orang lain boleh tidak boleh campurtangan dalamm urusan ini.

Satu dunia tahu bidang kuasa Speaker. Kita hairan bagaimana seorang SUK, pegawai kerajaan yang paling tinggi jawatannya di Perak tetapi jahil dalam bab ini. Atau dia ingat Speaker kita ini boleh diperbodohkannya.

Sebelum ini, Dato' SUK juga yang membuat kenyataan sidang DUN tergempar 3 Mac yang lalu tidak boleh dijalankan dan tidak sah, dia juga yang menghalang Speaker dan semua ADUN PR memasuki bangunan Perak Darul Ridzuan untuk bersidang. Sedangkan Speaker dan semua ADUN ada hak memasuki bangunan Perak Darul Ridzuan apatah lagi memasuki Dewan Undangan Negeri samada ketika bersidang ataupun tidak.

Sebenarnya pengalaman 11 bulan di pejabat Menteri Besar Perak, dari awal pemerintahan PR sememangnya Dato' SUK ini tidak sangat memberi kerjasama kepada kerajaan PR.

Dato' Seri Hj Nizar sering merungut perihal SUK yang lambat bertindak, tidak memberi kerjasama yang sebaiknya kepada MB apabila diminta bertindak terhadap sesuatu perkara, pertukaran pegawai-pegawai kerajaan yang penting juga tidak pernah dimaklumkan kepada MB, cadangan MB untuk melantik pengarah atau pegawai baru dalam mana-mana jabatan yang kosong juga tidak pernah diendahkan oleh Dato' SUK.

Kita akui ada yang diambil tindakan tetapi lambat dan lembab. Kalau hendak didedahkan perangai SUK ni memang banyak, tetapi memadaliah setakat ini. -misbahulmunir


ISU AGAMA ASAL : Pakatan Rakyat Jelaskan Pendirian

Pakatan Rakyat hari ini mencapai kata sepakat dalam isu hak menentukan agama anak.

Presiden Pas Abdul Hadi Awang berkata gagasan sebulat suara bersetuju tidak harus ada paksaan untuk seseorang anak menganut agama Islam.

Pada masa sama, pucuk pimpinan Pakatan Rakyat bersetuju menubuhkan sebuah jawatankuasa khas ke arah mencapai satu penyelesaian tuntas terhadap isu berkenaan .

“Islam menghormati kebebasan beragama, tiada paksaan dalam beragama, dan hak ibu-bapa tidak terputus dengan anak mereka walaupun perceraian itu berlaku,” tegas Hadi.

Presiden Pas itu berkata jawatankuasa yang ditubuhkan Pakatan Rakyat akan memastikan maklum balas pelbagai pihak diambil kira dalam merumuskan penyelesaian yang adil dan berkesan.

“Perbincangan atau muzakarah yang melibatkan semua pihak adalah penting. Kabinet telah membuat keputusan yang salah tanpa merujuk kepada ulama, pakar agama, pakar akademik, dan pemimpin agama negeri-negeri,” kata Hadi.

Menyentuh isu yang sama, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Anwar Ibrahim berkata Islam dengan jelas telah mengariskan pendirian yang jelas dalam isu anutan agama serta hak ibu-bapa keatas anak.

“Dalam kaca mata Islam, penjagaan kepada ibu tetapi nafkah menjadi tanggungjawab si bapa. Si bapa juga berhak kepada maslahah dan kebajikan anak,” kata Anwar.

Kewujudan jawatankuasa khas, kata Anwar, perlu bagi meneliti enakmen agama Islam di peringkat negeri-negeri serta mencapai satu penyelesaian tuntas “supaya kontroversi membabitkan agama dalam diselesaikan secara harmoni di masa hadapan.”

Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata Pakatan Rakyat berharap kewujudkan jawatankuasa ini dapat menyumbang kepada rakyat Malaysia.

“Kewujudkan jawatankuasa ini bagi melihat pelbagai aspek berkisar sekitar kontroversi agama mutakhir ini serta mencapai keputusan-keputusan yang bertaut pada hikmah dalam masyarakat plural,” kata Kit Siang. -TVA


Kerajaan Najib Altantuya Perlu Bebaskan Manoharan Jika Tak Mahu PRK Lagi

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendesak kerjaan pusat suapaya membebaskan M.Manoharan, dan lain-lain tahanan ISA yang disifatkan sebagai satu undang-undang yang zalim dan menganiaya tahanan.

Beliau berkata partinya akan membuat keputusan dalam tiga hingga empat minggu lagi berhubung hasrat anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah di Selangor M. Manoharan untuk meletak jawatan.

Lim, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, berkata keputusan Manoharan itu bagaimanapun belum muktamad sebaliknya hanya menyuarakan hasrat berbuat demikian kerana kecewa tidak dapat berkhidmat kepada pengundi di kawasannya.

"Memang parti berpendapat beliau tidak wajar berbuat demikian bagaimanapun kita perlu menghormati pendirian beliau.

"Beliau rasa kecewa kerana ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan tidak dapat berkhidmat kepada pengundi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Semalam, Manoharan mengesahkan bahawa beliau sedang memikirkan untuk mengosongkan kerusi itu, dan pengumuman rasmi mengenainya akan dibuat selepas bertemu dengan Pengerusi DAP Karpal Singh di Kem Tahanan Kamunting, Taiping, Perak, pada 19 Mei ini.

Manoharan, Penasihat Undang-Undang pertubuhan haram Hindraf, bersama empat lagi pemimpin pertubuhan itu ditahan mengikut ISA pada 13 Dis 2007.

Pada pilihan raya umum 8 Mac 2008, Manoharan, yang bertanding atas tiket DAP, memenangi kerusi DUN Kota Alam Shah setelah menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Ching Su Chen dengan majoriti 7,184 undi.