15 Feb 2014

[EDISI KARUT] Akhbar TheStar Milik MCA Reka Cerita MB Selangor Enggan Letak Jawatan


Naib Presiden PKR: Laporan The Star tentang Khalid Ibrahim tidak berasas

Naib Presiden PKR, Chua Tian Chang berkata laporan akhbar milik MCA, The Star yang melaporkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim enggan menandatangani surat peletakan jawatan bagi membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih jawatan menteri besar Selangor sebagai tidak berasas.

Katanya, fokus PKR dan Pakatan Rakyat (PR) pada ketika ini adalah untuk memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dan soal siapa menteri besar Selangor tidak timbul.

"Laporan itu tiada asas. Sekarang ini fokus kami hendak menang PRK Kajang dan semua pihak termasuk Abdul Khalid bekerjasama untuk menjayakannya," kata Chua yang lebih dikenali sebagai Tian Chua kepada The Malaysian Insider di Kuala Lumpur.

"Tidak betul, tiada isu tentang surat letak jawatan. Isu menteri besar Selangor akan dibincang nanti (selepas PRK),” katanya.

Hari ini, The Star melaporkan Abdul Khalid enggan menandatangani surat peletakan jawatan bagi memberikan laluan kepada Anwar untuk menjadi menteri besar Selangor menerusi pelan "Langkah Kajang".

Menurut The Star, berdasarkan sumber peringkat tertinggi PKR, Abdul Khalid dijadualkan perlu menandatangani surat peletakan jawatan yang disediakan oleh kepimpinan parti bertarikh 23 Mac, hari sama dengan hari pengundian bagi PRK DUN Kajang.

Surat peletakan jawatan sulit itu merupakan sebahagian daripada pelan becita-cita tinggi untuk memberi laluan kepada Anwar memimpin Selangor selepas menang PRK Kajang.

"Beliau merasakan dipermainkan oleh Anwar," lapor The Star memetik sumber kerajaan negeri yang turut mengatakan Abdul Khalid sudah menyatakan hasratnya untuk tidak berundur kepada Sultan Selangor semasa pertemuan mingguan pada Rabu.

Menurut laporan akhbar itu, Abdul Khalid kini berdepan cabaran untuk mengekalkan sokongan Pakatan Rakyat (PR) Selangor terutamanya daripada DAP.

Laporan itu menyatakan Abdul Khalid berkecil hati dengan pemimpin PKR seperti Rafizi Ramli yang mengatakan beliau tidak cukup kuat untuk memimpin cabaran serangan Umno di Selangor.

Kerusi DUN Kajang kosong selepas Lee chin Cheh dari PKR meletakkan jawatan secara mengejut.

Lee, 42, merupakan seorang peguam dan bekas ahli parti Gerakan selama 10 tahun.

Dalam PRU13, Lee mendapat 19,571 undi, berbanding calon BN, Lee Ban Seng yang mendapat 12,747 undi.

Komposisi pengundi di Kajang membentuk 49% Melayu, 40% Cina, 10% India dan 0.91% lain-lain.

PR sudah mengumumkan Anwar sebagai calon mereka bagi PRK Kajang manakala BN masih lagi belum berbuat demikian.

Tetapi, spekulasi mengatakan Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun bakal diletakkan untuk melawan Anwar. -TMI

[BERGAMBAR] Asrama Maahad Tahfiz Terbakar, 17 Pelajar Tinggal Sehelai Sepinggang


Kuantan -Tujuh belas pelajar Maahad Tahfiz Muhammadiah Bukit Rangin, di sini, tinggal sehelai sepinggang apabila bangunan madrasah yang menempatkan asrama mereka musnah dalam kebakaran, malam kelmarin.

Kejadian kira-kira 10 malam itu dipercayai bermula dari setor di tingkat atas yang turut menempatkan pejabat, surau, dua bilik asrama.

Ketika kejadian, semua pelajar terbabit sedang mengikuti kuliah agama di balai Islam di Permatanag Badak, di sini.

Kebakaran menyebabkan tingkat atas bangunan dua tingkat itu hangus, termasuk memusnahkan barangan peribadi pelajar terbabit.

Anggota Bomba dan Penyelamat dari balai Indera Mahkota, Bukit Ubi dan Taman Tas berjaya memadamkan kebakaran kira-kira setengah jam kemudian dan punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.

Warden asrama, Zamroni Husaini, 22, berkata ketika kejadian dia sedang tidur di sebuah bilik di tingkat bawah.

"Tiba-tiba saya terasa bahang panas dan apabila tersedar saya lihat api sudah marak.

"Saya berlari keluar tanpa dapat menyelamatkan apa-apa," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Katanya, dia kemudian menghubungi bomba memaklumkan kejadian berkenaan.

"Syukur ketika kejadian pelajar tidak berada di sini kerana mereka menghadiri kuliah di tempat lain," katanya. -HM




BANTUAN DIPERLUKAN


Saya tiada follower yang ramai, bukan beribu jauh sekali beratus ribu tetapi saya rasa kalau dapat 10 orang repost image ini dan direpost 10 orang lain setiap seorang saya rasa kita dapat mengurangkan beban kepada mangsa kebakaran Maahad Tahfiz Muhammadi, Bukit Rangin Kuantan.

Mungkin kita tak boleh tolong banyak tetapi jangan tidak tolong langsung.

Bantulah mereka dengan pelbagai cara atas teras kasih sayang sesama Islam. Man la Yarham, la Yurham (barangsiapa yang tidak menyayangi, dia tidak akan disayangi).

Bayangkan betapa besarnya rahmat bila golongan yang dijanji Allah ke syurga ini dapat kita bantu kerana setiap butir bata yang kita sumbangkan menjadi penjana survival Islam.

Kesian mereka dahulu tenggelam dek banjir tetapi kini hangus dek api.

Sebarang sumbangan boleh disalurkan kepada
Maahad Tahfizh Muhammadi
0601-0002791-712 (Bank Muamalat)
Tengku Muhamad B. Tengku Jaafar
06-019-02-018201-3 (Bank Islam)

Atau hubungi terus:-
Ustaz Tengku Mohamad
- 013-938 0762
- 09-536 6409
Ustaz Zamroni Al Hasaeni
- 019-374 9419


Sembelih Ayam Banyak-banyak, Lagi Mudah Anwar Menang

Isu sembelih ayam kempen percuma kepada Anwar

SHAH ALAM – Penganalisis politik berpandangan tindakan sekumpulan NGO Melayu yang bertindak menyembelih dua ekor ayam dan melumur darahnya pada kain rentang sebagai bantahan hanya memberi kempen tambahan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelang PRK Dun Kajang pada 23 Mac ini.

Menurut pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff, laporan media berhubung perkara itu secara tidak langsung mempromosikan Anwar.

“… pada pengamatan saya kontroversi yang tercetus ini telah memberi banyak kelebihan kepada Anwar.

“Ianya secara tidak langsung telah memberi kempen percuma kepada Anwar, mereka seolah-olah membantu kempen PKR secara tidak sedar, ini kerana harus diingat masyarakat di Kajang berada dalam kategori bandar yang sentiasa terdedah dengan perkembangan terkini negara, mereka dengar dan mereka tahu,” katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.

PRK Dun Kajang akan diadakan pada 23 Mac ini, susulan tindakan penyandangnya Lee Chin Cheh meletakkan jawatan sebagai Adun di kerusi tersebut, ekoran itu Anwar dinamakan sebagai calon untuk mengisi kekosongan kerusi tersebut.

Terbaru MCA mengumumkan bahawa calonnya akan bertanding di kerusi tersebut bagi menentang Ketua Umum PKR itu.

Untuk rekod, kontroversi ‘sembelihan ayam’ baru-baru ini dilakukan oleh sekumpulan individu yang menggelarkan diri mereka “Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia” telah bertindak menyembelih dua ekor ayam dan melumur darahnya pada kain rentang yang tertera gambar pemimpin Cina DAP dan PKR.

Kain rentang itu memuatkan wajah Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dari DAP dan Adun Machang Bubuk, Lee Khai Loon dari PKR. – SH