12 Okt 2009

Era Najib ALtantuya : Gangsterism, Undi Pos Sekat Kemaraan PR Tawan N9

Calon PAS Pilihanraya Kecil N31 Dewan Udangan Negeri Bagan Pinang, Zulkefly Mohamad Omar menerima keputusan pengundi Bagan Pinang dan melihat faktor ketakutan yang ditimbulkan UMNO Barisan Nasional sebagai faktor kekalahan pilihanraya kali ini.

Beliau juga tidak menolak faktor undi pos yang turut membawa kepada kekalahannya.

"Kita terima keputusan ini dengan hati yang terbuka. Dalam masa yang sama kami akan berbincang untuk baiki sistem undi pos. Kami juga akan meneliti permasalahan kejadian pergaduhan dan proses menakut- nakutkan pengundi semasa pilihanraya ini berlangung," ujarnya.

Pilihanraya kecil yang berlangsung semalam menyaksikan tindakan ganas penyokong UMNO Barisan Nasional membaling batu kepada penyokong Pakatan Rakyat di Pusat Pembuangan Undi Telok Kemang.

Tindakan mereka menimbulkan provokasi dengan memanggil penyokong PAS sebagai anjing dan babi dan pelbagai kata- kata kesat yang lain.

Krew Tv Antara yang turun ke lokasi melaporkan polis dan Unit Simpanan Persekutuan hanya bertindak sebagai pemerhati tanpa sebarang usaha untuk memulihkan keadaan berkenaan.

Pilihanraya kecil kali ini juga menyaksikan peningkatan ketara jumlah undi pos yang dipercayai turut menyekat kemaraan Pakatan Rakyat menawan kubu kuat UMNO Barisan Nasional.

Pakatan Rakyat sebelum ini menggesa Suruhanjaya Pilihanraya SPR merombak proses pengundian pos bagi memastikan pengiraan yang telus dan bersih. Undi tentera DUN ini sahaja mencecah 5 ribu undi dan menjadi batu halangan besar kepada gagasan kerajaan alternatif menewaskan calon pemerintah di Bagan Pinang.

UMNO Barisan Nasional meraih 8,013 undi berbanding Pas 2,578 undi, peningkatan sebanyak 1583 undi dari keputusan PRU-12 8 Mac tahun lalu.

Sementara itu, naib presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata tindakan ganas penyokong UMNO Barisan Nasional membawa budaya samseng menakut- nakutkan pengundi amat dikesali dan merosakkan suasana meriah pilihanraya.

"Kita terima dengan seadanya. Ada beberapa perkara yang akan kita dedahkan. Ada 2 perkara yang bagi saya menggugat piliharaya kecil. Pertama undi pos. Sistem undi pos ini akan kita perbaiki supaya sistem ini telus dan bersifat demokratik. Kedua budaya gensterism. Budaya ini menakut- nakutkan pengundi untuk keluar mengundi. Ini turut mempengaruhi undian pada pilihanraya kali ini," katanya lagi.

Pilihanraya kali ini amat kontra sekali dengan pilihanraya kecil DUN Penanti Mei lalu yang disifatkan sebagai pilihanraya teraman oleh SPR. Ini berikutan UMNO Barisan Nasional tidak meletakkan calonnya pada pilihanraya berkenaan.


Era Najib Altantuya : PR Akan Terus Berkhidmat Untuk Rakyat N9

Pakatan Rakyat akan terus berkhidmat kepada rakyat Negeri Sembilan walaupun gagal menawan kerusi DUN Bagan Pinang daripada jajahan UMNO Barisan Nasional.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata kekalahan itu bukan titik noktah kepada PAS dan Pakatan Rakyat untuk menabur jasa dan membela nasib rakyat yang ditindas oleh pemerintahan UMNO Barisan Nasional.

"Kita terima. Kita akan teruskan berkhidmat pada rakyat. Kita akan terus perangi rasuah. UMNO Barisan Nasional boleh berbangga sebab memenangi pilihanraya kali ini. Tetapi gagal menunjukkan komitmen mereka dalam memerangi rasuah. Memilih perasuah sebagai calon. Ini suatu kemalangan kepada politik negara."

UMNO Barisan Nasional sebelum ini lantang menjulang pedang kononnya ingin memerangi rasuah dan korupsi dalam pemerintahannya. Namun ternyata ianya retorik semata- mata apabila berkeputusan meletakkan bekas menteri besar negeri sembilan Isa Samad sebagai calon bagi pilihanraya kecil kali ini.

Isa Samad pernah digantung keahliannya dari UMNO selepas terbukti bersalah apabila terbabit dalam rasuah semasa pemilihan UMNO 2004.

Bagaimanapun dari satu sudut Mahfuz melihat kemenangan UMNO Barisan Nasional dari kacamata yang positif.

"Kemenangan UMNO Barisan Nasional ada hikmah kepada Pakatan Rakyat pada pilihanraya Umum ke 13 nanti. Isa Samad akan cetus pergelutan politik dalam UMNO Barisan Nasional. Rakyat akan rasa muak dan putus asa pada UMNO Barisan Nasional."



Era Najib Altantuya : PRK Bagan Pinang Paling Ganas

Pilihanraya kecil N31 DUN Bagan Pinang merupakan pilihanraya paling ganas sejak pilihanraya umum mac tahun lalu. Begitulah disimpulkan oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Keadaan ini cukup berbeza dengan pilihanraya kecil DUN Penanti Mei lalu yang disifatkan paling aman oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). Ini berikutan UMNO Barisan Nasional tidak mengambil bahagian dalam pilihanraya berkenaan. Keputusan tidak bertanding itu merupakan pertama kali dalam sejarah parti itu.

"Kita ucap terima kasih pada pengundi di Bangan Pinang. Kita hormati keputusan itu dan kita akan ambil ikhtibar serta baiki strategi dan gerak kerja. Istimewanya pilihanraya kali ini ialah undi pos. Kita secara konsisten mendesak hapuskan undi pos."

"Undi pos telah memberikan kelebihan kepada UMNO Barisan Nasional. Seperti yang kita lihat peningkatan sangat ketara pada undi pos. Strategi yang dimainkan ialah menakut-nakutkan pengundi. Inilah pilihanraya paling ganas," ujar shamsul.

Pakatan Rakyat sebelum ini menggesa Suruhanjaya Pilihanraya SPR merombak proses pengundian pos bagi memastikan pengiraan yang telus dan bersih. Undi tentera DUN ini sahaja mencecah 5 ribu undi dan semestinya mempengaruhi corak undian pengundi pilihanraya kecil kali ini.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali sebelum ini mengadakan pertemuan dengan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan ahli- ahli SPR yang lain di ibu pejabat SPR, Putrajaya berikutan hasil siasatan menyeluruh PAS yang mendapati wujudnya pengundi bertindih melibatkan orang awam dan juga dikalangan tentera.

Namun, Timbalan pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar memilih untuk menafikan tuduhan berkenaan, walaupun segala butir- butir siasatan dalam gengaman mereka.

Shamsul berkata, pihaknya tidak akan berdiam diri dan akan membawa perkara ini ke muka pengadilan.

"Saya dan rakan- rakan akan berbincang untuk membawa isu ini ke Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM). Terutama dalam konsep 1 orang 1 undi. Kita akan minta SUHAKAM siasat isu keganasan kepada pengundi semasa pilihanraya ini. Pilihanraya kali ini juga menyaksikan UMNO Barisan Nasional tidak komited dalam memerangi rasuah apabila mengemukakan calon yang terpalit dengan jenayah rasuah."



Era Najib Altantuya : PAS Tumpas, Rasuah Menang Di Bagan Pinang

Seperti yang dijangka, gergasi Barisan Nasional Tan Sri Isa Samad menewaskan calon Pas Zulkefly Mohamad Omar dengan majoriti besar 5,435 undi.

BN meraih 8,013 undi berbanding Pas 2,578 undi, peningkatan sebanyak 1583 undi dari keputusan PRU-12 8 Mac tahun lalu.

Dalam PRU lalu, Allahyarham Azman Mohd Nor menumpas calon Pas Ramli Ismail dengan majoriti 2,333 undi.

Peratusan keluar mengundi bagaimanapun tidak mencatatkan peningkatan ketara. Hanya 81.62 peratus bersamaan 11,157 dari 14,912 pengundi berdaftar keluar membuang undi berbanding 81.59 peratus atau 11,579 pengundi dalam PRU lalu.

Pas dijangka menghadapi laluan sukar menewaskan calon popular Isa Samad di kubu kuat BN ini. Mantan Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun itu diketahui popular dan Umno mengerahkan seluruh kekuatan jenteranya bagi memastikan kemenangan pertama di Semenanjung tanah air.

Pakatan Rakyat sebelum ini menggesa Suruhanjaya Pilihanraya merombak proses pengundian pos bagi memastikan pengiraan yang telus dan bersih. Undi tentera mencecah 5 ribu dan menjadi batu halangan besar kepada gagasan kerajaan alternatif menewaskan calon pemerintah di Bagan Pinang.

Meskipun Bagan Pinang melunaskan kekontangan Umno-BN, pemerhati politik bersetuju kemenangan Isa Samad memudaratkan imej Umno, dan merencat reformasi lanskap politik negara.

Isa Samad pernah digantung keahliannya dari Umno selepas terbukti terbabit rasuah dalam pemilihan Umno 2004. Dari Pakatan Rakyat hingga ke pemimpin veteran Tengku Razaleigh Hamzah dan Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat bahawa kemenangan Isa adalah kemenangan untuk rasuah dan penyelewengan.

Perdana Menteri Najib Abdul Razak bagaimanapun menepis rekod rasuah Isa Samad, asalkan Umno menang dalam pilihanraya kali ini.

Gerombolan pemuda berbaju Barisan Nasional dan 1Malaysia mengempur markas Pas sebermula kempen menyebabkan beberapa orang petugas cedera.

Pada waktu itu terdapat 40 orang petugas berada di dalam markas.

Keganasan berlanjutan sehingga ke hari penamaan. Sepanjang proses pengundian berlangsung, 2 orang anggota polis mengalami cedera ringan, 3 orang ditahan dan 13 laporan berkenaan dengan kecederaan dilaporkan.

Menurut Ketua Polis Negeri sembilan, Datuk Osman Salleh tujuh kertas siasatan telah dibuka dan ia disiasat di bawah 324 kanun keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan 160 kanun keseksaan kerana mencetuskan pergaduhan.



Era Najib Altantuya : BN Manipulasi Undi Pos

Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang adalah bukti undi pos masih dimanipulasi oleh BN untuk menang.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali berkata, beliau pernah bertemu dengan seorang pemimpin tertinggi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) beberapa tahun lalu untuk mencadangkan agar undi pos dihapuskan.

Menurutnya, pemimpin SPR tersebut mengakui telah membawa usul tersebut kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, bagaimanapun Najib menolak cadangan tersebut kerana menyatakan bahawa undi pos adalah ‘survival’ dalam BN.

“Bayangkan jika seorang pemimpin tertinggi dalam SPR sendiri menyatakan perkara sedemikian, jadi adalah tidak mustahil kemenangan Isa di Bagan Pasir adalah disebabkan oleh undi pos.

“Secara logiknya, mengapa undi pos perlu ada? Bukankah kebanyakan anggota tentera berada di kem kecuali mereka yang berada di luar negara untuk misi-misi tertentu,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Ahli Parlimen Gombak, di Taman Melawati, semalam.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa berkata, di luar negara, anggota tentera diberi peluang untuk mengundi di sekolah berhampiran dengan kawasan kem.

“Tetapi itu semua tidak berlaku dalam negara kita. Malahan isteri-isteri anggota tentera juga wajar bebas membuang undi di kawasan tempat tinggal mereka,” katanya.

Era Najib Altantuya :Prestasi Menurun Di 3 Kawasan, PAS Perlu Lakukan Kajian

PAS gagal untruk memenangi semula ketiga-tiga daerah mengundi yang dimenangi dalam pilihanraya umum tahun yang lalu perlu dikaji secara mendalam supaya dapat diatasi segera menjelang PRU akan datang.

Tiga kawasan tersebut ialah:
Pekan Siliau (BN 349 dan PAS 113 undi);
Ladang Atherton (BN 218 dan PAS 115); dan
Sua Betong (BN 371 dan PAS 149).

Manakala BN mengekalkan penguasaannya di Ladang Bradwall dengan memperolehi 215 undi dan PAS mendapat 90 undi.

Dalam pilihanraya umum 2008,
Pekan Siliau (PAS 275 undi dan BN 194 undi - majoriti 81 undi
Ladang Atherton (PAS 208 undi dan BN 124 undi - majoriti 84 undi
Sua Betong dengan (PAS 290 undi dan BN 244 undi - majoriti 46 undi

BN pula menang di Ladang Bradwall dengan mendapat 172 undi dan PAS memperolehi 131 undi (majoriti 41 undi).

Bagi undi pos, BN mendapat 3,521 undi, manakala PAS memperoleh 601 undi daripada keseluruhan 4,604. Pada pilihanraya yang lalu, BN mendapat 3080 undi pos sedang PAS memperolehi 1189.

Era Najib Altantuya : PAS Tak Pernah Kalah

Sekilas pandang kita kita kalah dalam PRK di bagan Pinang tapi secara teori ia memang kalah tapi secara ilmiah nya PAS sudah mencapai kemenangan.

Di kala tekanan dari media dan BN untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat,kerjasama utuh bangsa yang berbilang untuk berkempen memenangkan PAS seakan nampak menarik dan di kalan BN mencari formula baru menyelesaikan krisis dalam yang terus antara komponen nya pakatan Rakyat sekali lagi berjaya membawa persetujuan dan persamarataan dalam PR.

Secara peribadi,saya sedikit kecewa dan seakan menitis air mata dewasa kerana kekalahan PAS di Bagan Pinang. Tapi perjuangan ISLAM tidak pernah kalah malahan kekalahan itu ada hikmah nya. Mungkin kita ada kelemahan dari beberapa sudut dan sedikit alpa dalam beberapa bab sehingga jika kita terus di buai kemenangan berterusan kita akan lalai dan leka. Lalai dari kehendak tuan Alam dan amanah sebagai khalifah Allah .

Dari sudut Islam, menang atau kalah di dalam perjuangan itu penting. Tetapi yang lebih penting ialah ketika menang atau kalah, akidah, syariat dan akhlak perlu dijaga. Jangan sebab menang lupa Allah dan jangan sebab kalah menyalahkan takdir. Jangan sebab menang lupa sembahyang dan jangan sebab kalah subuh tadi terlewat. Jangan sebab menang hilang akhlak dan jangan sebab kalah hilang pertimbangan.

Kita sebagai ahli PAS dan pendokong agama Allah swt harus beristiqomah dalam perjuangan kerana akhir nya kemenangan itu adalah PASTI. Untuk menang mungkin perlu pengorbanan darah kita,nyawa kita mungkin jua kemanangan itu perlukan doa kerdil kita.

Ingatlah kita akan ayat Allah swt

Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segalasesuatu.( Ali Imran ayat 26)

Sejauh mana kita kalah, kita perlu bersenyum dan setinggi mana kita menang kita perlu senyum dengan nikmat Allah swt yang Maha Luas. Perjuangan dalam menegak kan dustur Allah bukan barang kecil kerana perjuangan inilah kita mungkin di pandang hina oleh rakan kita,di putuskan hubungan oleh saudara mara kita dan di sekat harta kedudukan oleh manusia . Tapi kita perlu yakin Allah swt sentiasa bersama kita.

“Sekilas Itu Realiti, Realiti Itu Kehidupan”

Dalam politik kekalahan ini yang mematangkan kita jua saya samakan dengan kehidupan kerana kegagalan itu adalah jalan baru untuk bangun.

Dare to fail… kita wajar berusaha dan tidak takut untuk kalah. Kerana kekalahan itu adalah subjective sifatnya. Kita ada Allah dan doa itu adalah senjata kita . Saidina Umar Ra pernah berkata


Kiranya aku tahu doaku tidak di makbulkan Allah maka akan aku terus berdoa dan berdoa


InsyaAllah, kemenangan pihak mustakbirin adalah tiket untuk Allah menghancurkan mereka. Allah tidak akan membela golongan mustakbirin malahan golongan musta’affin akan sentiasa di lindungi Allah. -pejuangkite