24 Dis 2009

Laporan Bedah Siasat Beng Hock Belum Diperolehi

Peguam mewakili keluarga Teoh Beng Hock, Gobind Singh Doe masih menunggu laporan hasil bedah siasat ke atas mayat mantan Setiausaha Politik Exco Kerajaan Negeri itu.

Katanya sehingga ke hari ini, pihaknya masih belum menerima apa-apa maklumat berhubung laporan itu.

“Tidak ada apa-pa perkembangan lagi, saya masih belum terima laporan itu,”katanya.

Gobind berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan terbaru inkues kematian Beng Hock.

Prosiding inkues bagi menyiasat kes kematian Beng Hock yang sepatutnya didengar di Mahkamah Majistret Shah Alam 17 Disember lalu terpaksa ditangguhkan ke 7 Januari tahun depan.

Penangguhan itu dibuat bagi menunggu laporan bedah siasat mayat Beng hock disiapkan oleh pakar patalogi dari Hospital Sungai Buloh.

Penangguhan ini merupakan penangguhan kedua selepas Koroner Azmil Munthapa Abas menetapkan 9 Disember lalu sebagai tarikh untuk meneruskan prosiding selepas bedah siasat kali kedua dijalankan.

Pada 22 November lalu, sekumpulan pakar patologi di Jabatan Forensik, Hospital Sungai Buloh yang diketuai Ketua Unit Patologi HSB, Dr Shahidan Md Noor selesai melakukan bedah siasat kali kedua ke atas mayat mendiang yang digali semula sehari sebelum itu.

Mayat Teoh dikebumikan semula pada 24 November di Taman Peringatan Nirvana, Semenyih.

Gobind berkata, beliau tidak tahu bila laporan itu dapat dityerima namun berharap pakar patologi dapat menyiapkannya sebelum prosiding diteruskan 7 Januari depan.

“Ya kita masih menunggu, saya tidak tahu (bila) tetapi harap sebelum kes pada tarikh yang akan datang,”katanya.

Beng Hock, 30, setiausaha politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di tingkat 5, Plaza Masalam, pada 16 Julai lalu, beberapa jam selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor yang berpejabat di plaza itu.

Bedah siasat kali kedua ke atas mayatnya dibuat setelah Pakar Patalogi dari Thailand, Dr. Pronthip Rojanasunand yang dilantik Kerajaan Negeri Selangor mendedahkan 80 peratus kemungkinan mendiang dibunuh. -TVS



ADUN Perupok Masuk Hospital, Urat Tumit Kaki Putus

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kerusi Perupok, Kelantan Datuk Omar Mohamad kini menerima rawatan di Hospital Pakar Perdana Kota Baru di sini akibat terputus urat tumit kaki kirinya sejak seminggu lalu.

Bekas ketua penerangan PAS pusat ini memberitahu kesan daripada itu beliau terpaksa menjalani rawatan fisioterapi mengikut jadual ditetapkan pihak hospital.

Semasa kunjungan The Malaysian Insider di wad rawatannya di hospital tersebut hari ini keadaannya kelihatan stabil.

“Pada awalnya saya rasa macam sesuatu tersentak di tumit, tetapi saya tidak jangka urat putus sebab tidak rasa sakit, tambahan pula pada masa itu saya boleh berjalan seperti biasa.

“Sehari kemudian baru tiba-tiba saya tak boleh berjalan (melangkah) lalu saya dihantar untuk pemeriksaan. Di situlah baru sedar bahawa urat tumit kaki putus,” katanya.

Omar yang juga bekas speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan kini berkhidmat sebagai wakil rakyat kerusi Perupok selama enam penggal.

DUN Perupok merupakan antara satu bahagian dalam Parlimen Bachok yang disandang Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa.

Ditanya punca kejadian, beliau berkata akibat keletihan yang keterlaluan.

“Punca utama ialah disebabkan keletihan. Bukan saya kata, tapi doktor yang beritahu saya begitu,” katanya.

Sebelum ini Omar pernah dimasukkan ke hospital kerana keletihan dan kelesuan akibat tidak cukup rehat. -Mohd Zuharman

Beranikah Juara Ketuanan Melayu Itu Tunaikan Janji?

Dato Ahmad Ismail yang baru dibebaskan Umno kerana keceluparannya menghina kaum bukan Melayu tidak perlu diperkenalkan. Ketua Bahagian Bukit Bendera, Pulau Pinang itu terkenal kerana cuba menjuarai isu 'ketuanan Melayu', walaupun dia sendiri berketurunan India Muslim. Lelaki gempal ini juga adalah Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia.

Masih ingat apa janji Ahmad Ismail sebelum skuad sepaktakraw negara berlepas ke Vientiane untuk bertanding dalam Sukan SEA dulu? Ahmad dengan suara garang memberitahu, dia berjanji untuk menghadiahkan negara sekurang-kurangnya satu pingat emas. Jika skuad sepaktakraw gagal menggapai emas, dia sanggup meletak jawatan. Itu janji juara ketuanan Melayu itu.

Tapi skuad sepaktakraw hanya berjaya mendapat satu perak dan satu gangsa. Malah dengan pasukan kerdil yang baru belajar main sepaktakraw - Laos - itu pun Malaysia tewas 2-1. Sungguh memalukan!!!

Di mana hendak diletakkan muka apabila janji gagal ditunaikan? Sepaktakraw adalah sukan tradisi Melayu, tapi berlawan dengan budak-budak hingusan Laos itu pun kita kalah!

Dan juara ketuanan Melayu, beranikah hang tunaikan janji untuk letak jawatan? -pendikargunung


KUALA LUMPUR - Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) perlu muhasabah diri berikutan kegagalan meraih sebarang pingat emas pada Sukan Sea Laos yang berakhir minggu lalu.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Zolkples Embong berkata, persatuan itu tidak sepatutnya cepat melatah sebaliknya perlu mencari kekurangan diri.

“Kita (MSN) sentiasa bersedia dan terbuka untuk membantu mereka,” katanya ketika ditanya mengenai kegagalan skuad sepak takraw lelaki kebangsaan itu selepas menghadiri Konvensyen Sukan Kebangsaan 2009 semalam.

Beliau berkata, bukan MSN yang menjanjikan pingat emas pada Sukan Sea tetapi mereka (PSM) yang berbuat demikian.

“Kita sebenarnya memberi sepak takraw lebih daripada yang sepatutnya diterima sukan lain seperti tinju yang memenangi dua emas pada Sukan Sea, yang pastinya akan diberikan pendedahan secukupnya selepas ini kerana berpeluang cerah pada Sukan Asia dan Komanwel,” katanya.

Sepak takraw sebelum ini gagal menyerlah di Laos apabila sekadar meraih satu pingat perak dan satu gangsa menerusi acara berpasukan dan antara regu.

Mengenai kenyataan Ahli Majlis PSM, Tengku Adnan Tengku Burhanuddin yang mencadangkan skuad kebangsaan dibubarkan jika MSN tidak mahu membantu dari segi kewangan pada tahun depan, Zolkples berkata, itu adalah hak mereka.

“Di beberapa negara, presiden atau perdana menteri meletak jawatan kerana mereka gagal melaksanakan tanggungjawab. Tepuk dada tanya selera,” katanya.

Presiden PSM Datuk Ahmad Ismail sebelum ini turut dilaporkan bersedia untuk berundur berikutan prestasi buruk yang dipamerkan oleh skuad kebangsaan itu.

Namun beliau menyerahkan kepada ahli-ahli gabungan bagi menentukan nasibnya serta pegawai-pegawai lain persatuan dalam pemilihan akan datang yang dijadualkan Februari tahun depan.- Bernama



Kenyataan Bunuh Beng Hock : Lim Guan Eng Disiasat Polis

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng akan dipanggil memberikan keterangan berhubung ucapannya dalam Kovensyen Pakatan Rakyat 19 Disember lalu mengenai punca kematian mantan Setiusaha Politik Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teoh Beng Hock.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, ia dibuat rentetan satu laporan polis yang dibuat sabtu lalu terhadap Guan Eng kerana menyatakan Beng Hock dibunuh.

“Kita sudah menerima laporan polis yang mengatakan Lim Guan Eng ada menyebut pada Konvensyen Pakatan Rakyat baru-baru ini ada menyebut dalam ucapannya bahawa Teoh Beng Hock dibunuh.

“Kita akan membuka kes di bawah akta hasutan,” katanya.

Khalid berkata, siasatan akan dilakukan di bawah seksyen 4(1) Akta Hasutan.

Beng Hock, 30, setiausaha politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di tingkat 5, Plaza Masalam, pada 16 Julai lalu, beberapa jam selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor yang berpejabat di plaza itu.

Inkues kematiannya yang ditanguhkan buat kali kedua selepas bedah siasat kedua ke atas mayat mendiang dibuat, ditetapkan pada 7 Januari depan.

Bedah siasat kali kedua ke atas mayatnya dibuat setelah Pakar Patalogi dari Thailand, Dr. Pronthip Rojanasunand yang dilantik Kerajaan Negeri Selangor mendedahkan 80 peratus kemungkinan mendiang dibunuh. -TVS

Rakyat Dibodohkan, Projek BN Diutamakan

Sesi persekolahan yang bermula pada 3 Januari depan terpaksa ditangguhkan di beberapa kawasan di negeri ini (Kelantan) ekoran kegagalan kontraktor menyiapkan 14 buah sekolah menengah dan dua buah sekolah rendah seperti yang ditetapkan.

Inilah akibat melantik kontraktor gred F daripada kroni. Semua projek rakyat gagal dan menyusahkan rakyat. Mana perginya slogan Altantuya? Harapkan slogan tetapi menyusahkan rakyat. Slogan baru yang paling sesuai untuk Najib Altantuya adalah “Rakyat Dibodohkan, Projek BN Diutamakan”.

Maka sungguh tertipulah rakyat yang menyokong BN. Apakah kerajaan akan melantik kontraktor secara tender runding demi menjaga kroni serta melihat kegagalan atau mahu melantik secara tender terbuka spaya ada persaingan yang lebih sihat?

Akibat terlalu banyak mahu memenuhi poket, projek dibiarkan tertangguh sehinggakan banyak sekolah gagal disiapkan dalam tempoh yang telah ditetapkan. Sungguh kecewa Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi akan kegagalan menyiapkan sekolah-sekolah tersebut.

"Kementerian Pelajaran amat dukacita terhadap kegagalan kontraktor terlibat menyiapkan projek pembinaan sekolah baru itu mengikut jadual - kijangproperties


Sesi persekolahan yang bermula pada 3 Januari depan terpaksa ditangguhkan di beberapa kawasan di negeri ini ekoran kegagalan kontraktor menyiapkan 14 buah sekolah menengah dan dua buah sekolah rendah seperti yang ditetapkan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi (gambar) berkata, kegagalan menyiapkan sekolah-sekolah tersebut amatlah mengecewakan.

"Kementerian Pelajaran amat dukacita terhadap kegagalan kontraktor terlibat menyiapkan projek pembinaan sekolah baru itu mengikut jadual.

"Sebagai tindakan, semua kontraktor terlibat akan disenarai hitam sebagai pengajaran dan mereka tidak akan diberikan projek di bawah Kementerian Pelajaran selepas ini," katanya.



Mencari Kebenaran....

Sdra semua, semoga sentiasa dalam rahmat Allah,

Berikut ialah dari laman web pas “Memperkukuh Pakatan Rakyat

Wujudnya Pakatan Rakyat bertujuan Islah dengan berasaskan masyarakat majmuk, ianya lahir daripada kesedaran bersama di kalangan parti-parti yang bersatu untuk menangani masalah negara dan masyarakat, yang membebani seluruh rakyat tanpa mengira perbezaan bangsa, agama, ideologi politik, semuanya hasil dari kegagalan Barisan Nasional (BN) yang berterusan dan terus berkuasa dalam tempoh yang begitu panjang, setelah setengah abad negara mencapai kemerdekaan.

Selepas pru 12, TGHH menyebut “Giliran Pas menerajui ummah”:


Konvensyen medan perkukuh Pakatan - Presiden PAS

SHAH ALAM, 19 Dis - Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mahu konvensyen yang berlangsung hari ini memberi natijah terbaik kearah keutuhan ketiga-tiga parti PAS, PKR dan DAP untuk terus memperkasa Pakatan Rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.

Beliau dalam ucapan perdananya pada konvensyen pertama Pakatan Rakyat hari ini menekankan betapa pentingnya Pakatan Rakyat mencari pendekatan terbaik untuk terus diberi kepercayaan oleh rakyat melakukan perubahan.

-------
Konvensyen lulus Dasar Pakatan Rakyat

SHAH ALAM, 19 Dis: Tepat jam 5.30 petang 19 Disember, bertempat di Auditorium MBSA, Dasar Pakatan Rakyat diluluskan sebulat suara dalam konvensyen pertamanya.

Ia diluluskan apabila semua perwakilan berdiri dan mengangkat tangan tanda setuju apabila ditanya oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim berdasarkan cadangan Lim Kit Siang.

-------

Pas tidak bermusuh dengan Umno

Sinar Harian (20/12/09): Pas sedia bekerjasama dengan Umno untuk berbincang mengenai beberapa perkara yang mempunyai persamaan antara kedua-dua parti, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menurutnya, Pas tidak pernah bermusuhan dengan Umno, sebaliknya hanya berbeza pendapat dalam sesetengah isu.

-------
Pendaftaran Pakatan Rakyat di tangan ROS - Presiden PAS

KUALA LUMPUR, 22 Dis - Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang hari ini menjelaskan semula apa yang dimaksudkan oleh beliau dalam kenyataannya baru-baru ini adalah Pakatan Rakyat masih belum dapat didaftarkan secara rasmi kerana ia masih dalam proses pertimbangan Pendaftar Pertubuhan atau ROS.

@@@

apakah, pada TGHH, proses pendaftaran dan proses pertimbangan itu dua perkara yang berbeza, yang tidak ada kena mengena di antara satu sama lain?

-------

PAS akan lancar kempen 'Umno Pengkhianat Rakyat'

KUALA LUMPUR, 14 Dis - PAS akan melancarkan kempen 'Umno Pengkhianat Rakyat' pada 9 Januari 2010 bagi membongkar segala pembohongan dan juga kezaliman yang telah dibuat oleh Umno hingga ke hari ini kepada rakyat khususnya bagi orang-orang Melayu dan umat Islam.

-------
Pas tidak bermusuh dengan UMNO

PUTRAJAYA- Pas sedia bekerjasama dengan UMNO untuk berbincang mengenai beberapa perkara yang mempunyai persamaan antara kedua-dua parti, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menurutnya, Pas tidak pernah bermusuhan dengan UMNO, sebaliknya hanya berbeza pendapat dalam sesetengah isu.

@@@

Apa tujuan kempen ‘umno pengkhianat rakyat’ sedangkan ‘pas tidak bermusuh dengan umno’? Apakah kempen tersebut bertujuan untuk memberitahu rakyat akan kebejatan umno terhadap rakyat. kalau ia bukan untuk memberi kesedaran kepada rakyat supaya rakyat tolak umno dan undi pakatan rakyat, khususnya pas di mana pas bertanding menentang umno. tercapaikah matlamat kempen tersebut dengan kekeliruan yang timbul dari ‘pas tidak bermusuh dengan umno’ dan sedia berkerjasama dengan umno?

-------

Blogger jangan syok sebar fitnah-Presiden PAS

KUALA LUMPUR, 20 Dis : Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mengingatkan para blogger supaya tidak ghairah menyebarkan maklumat yang boleh memecahbelahkan masyarakat biarpun maklumat tersebut difikirkan benar.

Bercakap sewaktu merasmikan konvensyen blogger di Taman Melewar hari ini, Hadi berkata tidak semua yang benar boleh didedahkan apatah lagi jika yang benar itu boleh membawa kepada mudarat yang besar terhadap masyarakat.

"Tak semua fitnah itu bohong, fitnah ada bohong ada benar, tetapi tidak semua fitnah boleh disebar begitu sahaja walaupun ianya benar, benar tapi jahat.

@@@

kebenaran boleh menjadi jahat? apakah kerana kebenaran yang dinyatakan itu memalitkan pemimpin pas lalu ia bersifat jahat? lalu jahatkah Allah apabila mengkhabarkan “binasalah kedua tangan abu lahab dan sesungguhnya dia akan binasa”? na’uzubillah!
-------

"Kita perlu meletakkan yang benar pada tempat yang betul," katanya.

@@@

saya serahkan pada kalian semua untuk nyatakan dimanakah tempat yang betul, yang TGHH maksudkan?

------

Ada sesetengah blogger katanya syok apabila diberikan sesuatu maklumat lalu menyebarkannya tanpa memikirkan kesan negatif tersebut kepada masyarakat.

@@@

‘kesan negatif kepada masyarakat’, tak boleh. ‘kesan negatif ‘terhadap pas, ok? agak bengkok sedikit pemikiran sebegini!

-------

Ada dikalangan mereka suka mendapat upah untuk menyebarkan maklumat yang bohong.

@@@

bukankah ini fitnah? ianya setaraf jika saya katakan bahawa TGHH juga turut mendapat upah dengan kenyataan2nya yang sentiasa mengundang fitnah terhadap pas! ia setaraf jika saya katakan blog antihusam turut mendapat upah, malah dibiayai dan direstui dalam kempen “mempertahankan kepimpinan ulama” menjelang muktamar ke 55 dulu!

-------

Lebih penting katanya, para blogger perlu memahami bagaimana islam mengajar kita agar teliti dalam setiap penyebaran maklumat mahupun berita.

Beliau turut memberi contoh bagaimana islam mementingkan empat orang saksi sebelum mengabsahkan sesuatu fitnah, manakala jika tiada empat orang saksi, sebarang fitnah itu tidak dikira sah biarpun ianya benar-benar belaku.

@@@

Ketelitian dalam menyampaikan maklumat bukan dikhusukan kepada blogger sahaja. bagaimana dengan pemimpin? bagaimana boleh berlaku penafian kepada ‘pertemuan dalam gelap dengan umno’? apakah pengakuan oleh orang yang ditemui masih memerlukan 4 orang saksi?

-------

Penulisan dengan menyebarkan maklumat yang baik katanya akan menghasilkan pahala yang berpanjangan, manakala penyebaran berita dengan niat jahat menghasilkan dosa berterusan.

@@@

Maklumat baik bagi siapa? Baik walaupun mengampu? Bagaimana TGHH boleh pasti bahawa setiap yang ditulis blogger berniat jahat? Sungguh mudah bagi hadi menghukum dan berhukum! setiap pendedahan oleh blogger adalah berniat jahat walaupun apa yang didedahkan itu benar kerana ia tidak menyokong TGHH. Apakah semua blogger, mulai dari hari ini, mesti memuji setiap kenyataan hadi khususnya berkaitan perpaduan demi ‘melayu-islam’ hasil ijtihad ‘pertemuan dalam gelap’?

-------

"Jihad paling afdal adalah bercakap benar," katanya lagi.

@@@

1. bertemu dgn umno, dinafikan.

2. org yg ditemui kata dah TIGA kali berjumpa.

3. nasha pun tambah, dipersetujui oleh majlis syura ulama.

dimanakah “jihad paling afdal adalah bercakap benar”, dalam pocet ? jihad yang semudah itu pun, “berkata benar” tak mampu nak dilaksanakan? semuanya songsang. hasil ijtihad ‘pertemuan dalam gelap’ mengatasi segala2nya!!!

-------

Beliau turut mengakui bahawa peranan blog cukup penting di kurun ke 21 ini.

Ianya telah dibuktikan dengan kemenangan besar Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke 12 lalu.

Suhubungan itu, melibatkan diri dalam aktiviti blog sekarang ini adalah satu kemestian yang perlu dipelajari.

"Wajib mengambil peluang dari perkembangan teknologi ini dan perli di lakukan dengan akhlak," katanya.

Blogger yang disifatkan beliau sebahagian dari dunia media mampu mempertahan mahupun menjatuhkan kerajaan.

"Tulisan blog boleh menjadi senjata tajam jika diguna untuk membela islam, tetapi boleh menjadi racun berbisa merosakkan masyarakat jika disalah guna," katanya.

@@@

Ni saraf TGHH bodek bloggers. tulisan jadi senjata tajam bila bela islam, tapi racun berbisa jika salah guna. bagaimana pula dengan ucapan2/kenyataan TGHH sendiri? Tak nampakkah dengan perkembangan muktakhir akibat tindakan TGHH yang tidak sedikit mencemar imej pas. Peduli apa dengan imej pas, gitu? peduli apa dengan persepsi, gitu? Bloggers semua kena bela TGHH, Islam / PAS tak payah, gitu? hmm, ‘biar pas kalah asal Islam menang? strategi paling distinction pernah saya terserempak. “strategik” perkataan yang paling saya benci dari mulut pemimpin pas!

------

Para penulis blog juga tegasnya perlu sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan agar penyebaran sebarang maklumat memberi manfaat kepada semua.

@@@

Macamlah bloggers ni semuanya bodoh, padan muka hangpa semua? takkan hadi tak faham, yang lemah tu siapa? Semua pihak tak nafi TGHH dalam ilmu agamanya. Setaraf jika tidak lebih dari Nik Aziz. tapi TGHH dilihat sangat lemah dalam ilmu politik, berbanding bloggers.

------

Manakala penganjuran konvensyen blogger PAS ini juga katanya langkah terbaik untuk memastikan bloger mempunyai matlamat jelas dan tahu untuk berperanan secara strategik.

"Oleh kerana kewajipan ini besar, maka adalah lebih baik ianya ditanzimkan (diorganisasikan)", katanya.

@@@

Senang nak kawal (cucuk hidung macam lembu, maa) bloggers macam stail umno kawal media. ni bukan tahap pemikiran hadi. agak2 pemikiran siapa. harakah dah terkawal…sampai berita mursyidul am pun digelapkan? penulisan dr zul pun ditarik balik?

apa pas nak jadi macam kat bawah ni:

"PAS Selangor at a crossroads?"

Jahatkah niat saya dengan komen2 di atas? jahat2 lah. kepada Allah saya berserah.

wallahu’alam. - Hussin

Nik Aziz Kesal Sikap Mahfuz Bangkit Isu Ariffahmi

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kesal dengan sikap Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar yang masih membangkitkan isu berhubung peletakan jawatan menantunya, Ir Abdul Ariffahmi Abdul Rahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Nik Aziz berkata, terpulang kepada Mahfuz untuk menyuarakan apa sahaja pandangannya kerana pucuk pimpinan Pas sudah membuat keputusan mengenainya.

“Ikut dia (Mahfuz) la, keputusan kita buat dah. Presiden sendiri (sudah berikan pandangan). Berapa kali nak ulang benda itu. Ikut dia nak kata apa pun. Dia tahu siapa dia, presiden di mana.

“Cukup la tutup fail dah. Mari la datuk mana sekali pun saya kena dengar keputusan daripada pusat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat di Wisma YAKIN di sini, semalam.

Nik Abdul Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Mahfuz yang meminta Ariffahmi mempertimbangkan secara serius desakannya untuk melepaskan jawatan itu secepat mungkin.

Kelmarin Mahfuz dilaporkan berkata, tindakan itu perlu demi menjaga kepentingan parti dan kepentingan semua pihak, terutama imej Kerajaan Kelantan yang sering menjadi mangsa tohmahan Barisan Nasional (BN).

Sebelum ini, Mahfuz menyarankan agar peletakan jawatan Abdul Ariffahmi disegerakan bagi mengelak persepsi buruk terhadap Kerajaan Negeri selain menghentikan kontroversi ini.

Mahfuz turut mencadangkan agar Abdul Ariffahmi diberikan dua pilihan sama ada menerima sebulan gaji dan terus berhenti atau memberikan notis tiga bulan untuk melepaskan jawatan tetapi diarahkan bercuti.

Sementara itu, mengulas isu yang sama, Pengarah Jentera Pilihan raya Pas negeri Kelantan, Abdul Fattah Haron menyarankan kepada semua pimpinan Pas supaya tidak lagi membuat sebarang kenyataan berhubung isu tersebut kerana ia dianggap sudah selesai.

Abdul Fattah berkata, pimpinan Pas tidak perlu membangkitkan kembali isu ini sebaliknya mereka kini perlu memperkukuhkan benteng dan perancangan bagi menghadapi Barisan Nasional pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

“Saya minta kepada semua pemimpin Pas jika tidak keberatan agar menyerahkan kepada Tok Guru (Nik Abdul Aziz) menyelesaikan masalah itu dan kita pula perlu tumpukan kepada kerja masing-masing.

“Bagi yang bekerja untuk parti tumpukan kepada persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13 dan bagi yang bekerja dengan kerajaan tumpukan kepada kerja masing-masing.

“Saranan ini adalah bagi meredakan keadaan. Sekarang ini kita perlu ambil peluang di sebalik apa yang berlaku kepada UMNO,” katanya.

Abdul Fattah berkata, ahli dan pimpinan Pas sepatutnya mengambil peluang ini untuk mengatur strategi dan bukannya mencari salah masing-masing yang akan melemahkan parti.

“Saya berharap semua dapat bekerja keras untuk mengukuhkan parti. Buangkan tradisi lama Pas yang mana kita sering leka apabila lawan kita lemah dengan cara kita mencari salah sesama sendiri tetapi sebaliknya pula jika kita menghadapi lawan yang kuat.

“Dalam keadaan UMNO yang lemah sekarang kita perlu bersatu menyusun dan mengubah strategi bagi menghadapi lawan pada pilihan raya akan datang,” katanya.

Mengulas mengenai isu yang melanda Kelantan, Abdul Fattah berkata, biarkan Kelantan menangani dan menyelesaikannya sendiri.

“Telah banyak bukti yang menunjukkan bahawa kita mampu menangani dan menyelesaikan masalah kita sendiri,” katanya. -SH

Ulasan GB

Tak cukup puas lagikah mana-mana pimpinan PAS yang ada untuk melukakan hati TGNA?

Sedangkan Presiden PAS sendiri TGHH telah mengeluarkan pandangannya dan ia diterima baik dan rendah hati oleh TGNA sendiri yang parti telah melantiknya sebagai Mursyidul Am itu.

Mangsa Keganasan BN Sambut Baik Keputusan Mahkamah

Sivarasa Rasiah mengalu-alukan keputusan Mahkamah Tinggi mengisytiharkan kerajaan telah berlaku salah dan melanggar undang-undang terhadap peserta Persidangan Timor Timur Asia Pasifik ke-2.

Dalam kejadian 13 tahun lalu itu, persidangan membincangkan konflik Timor Timur itu dihentikan gerombolan pemuda BN. 60 peserta persidangan termasuk Sivarasa Rasiah dikasari gerombolan terbabit dan ditahan polis tidak lama kemudian.

Meskipun keadilan lambat kunjung tiba, Sivarasa berkata keputusan mahkamah semalam menunjukkan penahanan mereka oleh pasukan polis adalah tidak sah.

“Kita mengalukan keputuasan mahkamah bahawa polis telah bertindak secara salah dan melanggar undang- undang ketika membuat tangkapan pada tahun 1996, apabila kita semua hampir 60 peserta tempatan ditangkap dan ditahan.

“Keputusan ini menjelaskan pendirian kita dari mula iaitu Persidang Apcet itu adalah sah, tidak patut diberhentikan dan tindakan pemuda Barisan Nasional (BN) pada masa itu adalah tindakan liar. Mereka bertindak sebagai perusuh dan melakukan sesuatu yang tidak sah,” katanya.

Hakim Datuk Wan Adnan @ Addinan Muhamad semalam memerintahkan supaya Kerajaan Malaysia dan polis membayar ganti rugi RM30,000 kepada setiap 29 peserta persidangan Apcet pada tahun 1996.

Gantirugi itu berdasarkan kesusahan mereka ditahan selama 24 jam iaitu dari 9 hingga 10 November 1996.

Bagaimanapun, Sivarasa menyatakan rasa kecewanya kerana menyifatkan hakim tersilap dalam membuat keputusan kerana tidak mengambil kira jumlah tahanan tambahan lima hari yang dijalani beliau dan beberapa peserta lain.

Sivarasa yang juga Ahli Parlimen Subang Jaya berkata, hakim menetapkan tahanan lima hari itu adalah sah kerana telah mendapat reman daripada Mahkamah Majistret.

“Bagi saya itu tidak logik kerana jika tangkapan itu tidak sah dan tangkapan pada hari pertama itu tidak sah, macam mana perin tah Mahkamah Majistret boleh menghalalkan tahanan yang tidak sah itu. Itu aspek yang kita kecewa,” katanya.

Sehubungan itu, beliau akan berbincang dengan peguam sama ada mahu mengemukakan rayuan atau tidak.

Beliau turut kesal dengan tindakan hakim yang disifatkan sebagai tidak membuat keputusan tepat sama ada terdapat konspirasi antara kerajaan dan polis dalam insiden berkenaan.

“Ada bukti jelas Timbalan Menteri pada masa itu, Datuk Megat Junid membuat pertemuan dengan polis dan Umno-BN dan mengarahkan mereka memberhentikan persidangan Apcet itu. Itu membuktikan ada konspirasi tetapi kita lihat hakim telah gagal dari aspek ini,” katanya. -TVS

Ulasan GB

Sekalipun keputusan memihak kepada defenden namun bersiap sedia berkemungkinan keputusan itu bakal diterbalikkan.



Apcet II decision: Prepare to be disappointed! — P Ramakrishnan

DEC 23 — Aliran hails the Kuala Lumpur High Court decision ordering the government to pay RM30,000 to each of the 29 human rights activists and journalists wrongfully detained during the Apcet II conference in Kuala Lumpur.

Rowdy elements from Umno Youth stormed the conference and disrupted a peaceful gathering that sought a settlement for East Timor. The former deputy home minister, the late Tan Sri Megat Junid Megat Ayub, was implicated in the unbecoming and rambunctious demonstration that shamed the country more than a decade ago on Nov 9, 1996.

Appeals Court Judge Datuk Wan Adnan Muhamad delivered his decision on Dec 22, 2009, saying that “the facts here are clear and straightforward and the judgment is based on facts submitted by both parties”.

Aliran has been keeping track of recent court decisions and with this knowledge we must warn the jubilant litigants not to get carried away easily. This is Round 1 and Round 1 usually goes in favour of truth and justice. It is here where the facts are scrutinised diligently and justice has its sway. It is as far as justice can go!

In Round 2, this decision will almost certainly be overturned, as has been the case on many occasions. It is here where facts don’t matter but technicalities will be the overriding factor and justice will be forced to take a back seat.

This glaring outcome is inevitable in our system of justice. We have witnessed this without fail in Anwar’s cases, in the Perak Pakatan government’s tussle for democracy, in the Kampung Buah Pala residents’ plea for justice and in the MACC case involving Tan Boon Wah’s human rights.

God save our judiciary!

Pelik kes enjin hilang tiada dalam Laporan Audit: Azan

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail menggesa kerajaan terutama Kementerian Pertahanan memberi penjelasan mengapa kes kehilangan dua enjin jet pejuang F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tidak dimuatkan dalam Laporan Ketua Audit Negara bagi tahun 2007 dan 2008.

Menurutnya, kerajaan tidak sepatutnya terlepas pandang perkara berkenaan, memandang kehilangan aset TUDM bernilai kira-kira RM100 juta itu berlaku pada 2007 dan ia sepatutnya dimasukkan dalam laporan berkenaan.

Azan berkata, siasatan terhadap kehilangan enjin pesawat pemintas itu bergantung ada laporan dan asas terbaik kepada siasatan adalah Laporan Ketua Audit Negara.

“Agak mengecewakan apabila laporan yang dikeluarkan untuk tahun 2007 dan 2008 langsung tidak menyentuh berhubung perkara berkenaan dan tiada sebarang laporan audit bagi Kementerian Pertahanan untuk tahun 2008.

“Persoalannya, mengapa perkara ini boleh berlaku, sedangkan semua kementerian perlu membuat semakan aset setiap tahun dan tidak terkecuali Kementerian Pertahanan,” katanya dalam satu sidang media di sini, semalam.

Beliau berkata, kerajaan sepatutnya lebih telus, memandangkan isu ini perlu ditangani segera bagi mengelak tanggapan negatif bukan sahaja di kalangan rakyat, malah melibatkan pelabur asing.

“Isu ini amat mengejutkan apabila aset TUDM yang selama ini melalui prosedur kawalan ketat boleh hilang dan pihak terbabit boleh terlepas pandang.

“Sekiranya ada laporan dibuat berhubung kehilangan itu, ia sepatutnya dilaporkan dan diaudit untuk tindakan lanjut seperti kes-kes pembaziran wang peruntukan kerajaan yang dilaporkan baru-baru ini,” katanya. -SH