10 Apr 2012

[Video] "Hantu Altantuya" Semakin Menghampiri Najib

Bapa Altantuya bersua muka dengan Najib

Setev Shaariibuu, bapa kepada penterjemah Mongolia Altantuya Shaariibuu, bersua muka dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Parlimen semalam, tetapi gagal berhubung dengannya.

Shaariibuu, yang berada di Malaysia bersama dua pegawai kerajaan Mongolia untuk lawatan tiga hari berkata, beliau melihat Najib ketika menunggu lif di lobi Parlimen.

"Pada satu ketika, pintu lif itu terbuka dan Najib bersama beberapa lagi dalamnya, tetapi beliau tidak keluar dan saya tidak dapat hendak bersalam pun," katanya kepada Malaysiakini melalui penterjemah.

Shaariibuu berkata, ini kali kedua beliau datang untuk menemui Najib selepas cubaan pertama pada 2007.

Shaariibuu hadir ke Parlimen untuk mengadakan sidang akhbar bersama anggota parlimen Pakatan Rakyat bagi menyatakan kekecewaannya terhadap saman sivilnya masih belum bermula walaupun dua anggota polis yang dituduh membunuh Altantuya sudah didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman gantung. -mk

Altantuya tunjuk gambar Najib sebelum mati, dakwa ayahnya

Setev [kiri sekali] dalam sidang media di pejabat Suaram hari ini

Bapa kepada Altantuya Shariibuu, gadis Monggolia yang mati dibunuh dengan kejam di Malaysia, Setev Shariibuu memberitahu, anaknya menunjukkan sekeping gambar sebelum pergi ke Kuala Lumpur menjelang pembunuhannya.

Di dalam gambar itu terdapat tiga orang iaitu Datuk Seri Najib Razak, Abdul Razak Baginda dan anak beliau, Altantuya.

Semasa menunjukkan gambar itu, anaknya memberitahu, dia akan pergi mencari orang-orang ini.

Setev berkata demikian dalam sidang media yang diadakan di pejabat Suaram hari ini.

Suaram adalah NGO yang sedang berusaha untuk membongkar skandal pembelian kapal selam Scorpean di mahkamah Paris, Perancis.

Altantuya dipercayai terlibat dalam pembelian kapal ini sebagai penterjemah. Beliau dikatakan mati dibunuh dengan kejam di hutan dekat Puncak Alam, Selangor.

Dua pembunuhnya iaitu pegawai polis yang bertugas menjaga keselamatan Perdana Menteri telah dijatuhkan hukuman mati.

Mahkamah Perancis baru-baru ini bersetuju membincangkan perkara itu di mahkamah terbuka.

"Semasa kali terakhir sebelum anak saya dibunuh, dia telah tunjuk kepada saya satu gambar.

"Dalam gambar itu ada Najib, Razak Baginda dan anak saya," cerita Setev dalam sidang medianya hari ini.

Namun, gambar itu tidak ada lagi dalam simpanan beliau.

"Jika saya tahu apa-apa akan berlaku, sudah tentu saya akan simpan gambar itu," kata Setev dalam sidang medianya.

Ketika itu, kata Setev, anaknya memberitahu, dia mahu jumpa orang-orang yang terdapat dalam gambar itu.

Setev Shaariibuu semalam bersua muka dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Parlimen, tetapi gagal berhubung dengannya.

Shaariibuu, yang berada di Malaysia bersama dua pegawai kerajaan Mongolia untuk lawatan tiga hari berkata, beliau melihat Najib ketika menunggu lif di lobi Parlimen.

"Pada satu ketika, pintu lif itu terbuka dan Najib bersama beberapa lagi dalamnya, tetapi beliau tidak keluar dan saya tidak dapat hendak bersalam pun," katanya kepada Malaysiakini melalui penterjemah.

Shaariibuu berkata, ini kali kedua beliau datang untuk menemui Najib selepas cubaan pertama pada 2007.

Shaariibuu hadir ke Parlimen untuk mengadakan sidang akhbar bersama anggota parlimen Pakatan Rakyat bagi menyatakan kekecewaannya terhadap saman sivilnya masih belum bermula walaupun dua anggota polis yang dituduh membunuh Altantuya sudah didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman gantung
. -HD




Ulasan GB

GB sudah kata dulu, "hantu Altantuya" akan terus memburu Najib untuk menuntut keadilan.

Maksudnya ke mana saja Najib pergi, dia tidak boleh lari dari perasaan bersalah dihatinya lantaran kes yang melibatkan rakan rapatnya Razak Baginda sehingga menyebabkan individu itu tidak dipanggil untuk membela diri dalam kes pembunuhan kejam dan kematian wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu.

Kini ayah Altantuya, Steve Shaaribu sudah pun berjaya melihat kelibat Najib di dalam lif.

Kita tunggu episod selanjutnya...


KTM Komuter Rosak 500 Penumpang Terperangkap

Kuala Lumpur - Kira-kira 500 penumpang KTM Komuter terperangkap apabila tren yang dinaiki mengalami kerosakan ketika berada di laluan berhampiran Bank Rakyat di sini malam ini. Gambar fail

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata, dalam kejadian kira-kira 7.30 malam itu, seorang wanita cedera ringan selepas cuba menyelamatkan diri dengan terjun daripada gerabak.

Beliau berkata, pihak bomba menerima panggilan pada 7.50 malam dan jentera pertama tiba 10 minit kemudian.

"Operasi menyelamat mengambil masa selama sejam dan membabitkan tiga jentera dari Balai Bomba Pusat dan Sentul," katanya ketika dihubungi Bernama.

Wanita yang cedera itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan lanjut. - Bernama


Lampu Hijau Untuk BERS✔H 3.0 - Ulasan GB

Kerajaan benarkan perhimpunan BERSIH 3.0

Kerajaan tiada masalah membenarkan perhimpunan BERSIH 3.0 dilangsungkan seperti dirancang selagi penganjur mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2011 dan tidak menimbulkan sebarang gangguan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, atas semangat akta yang baru digubal itu, kerajaan tidak akan melarangnya.

Ditanya dalam sidang media di bangunan parlimen hari ini, Hishammuddin berkata kumpulan itu boleh berhimpun tetapi tidak boleh menyusahkan orang awam atau menjejas ketenteraman awam.

Ditanya sekiranya penganjur boleh menggunakan Dataran Merdeka sebagai lokasi perhimpunan, Hishammuddin bagaimanapun tidak memberikan jawapan jelas.

Sebaliknya, beliau berkata penganjur perlu berbincang dengan polis dan mencari lokasi lain supaya tidak menjejaskan orang awam.

Penganjur perhimpunan itu, BERSIH 2.0, sebelum ini mengumumkan bahawa perhimpunan berkenaan akan dijalankan selama dua jam bermula jam 2 petang pada 28 April di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Perhimpunan dengan tema "Duduk Bantah" itu juga akan diadakan serentak di lokasi tertentu seluruh negara dan negara lain.

Perhimpunan berkenaan juga akan disertai oleh Himpunan Hijau – perhimpunan untuk membantah loji nadir bumi Lynas Advanced Materials Plant di Gebeng, Pahang. -mk


Hishammuddin nasihat Bersih 3.0 runding dengan polis

SHAH ALAM - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kerajaan tidak menganggap perhimpunan Duduk Bantah Bersih 3.0 pada hujung bulan ini, yang berkaitan dengan pilihan raya, sebagai satu isu ancaman keselamatan.

Sebaliknya Hishammuddin meminta pihak penganjur supaya mengadakan perundingan dengan polis. -SH


Ulasan GB

Kita berharap tiada lagi suara sumbang mana-mana pemimpin UMNO BN atau NGO terhadap Perhimpunan BERSIH 3.0 ini.

Ia bukan satu ancaman terhadap keselamatan.

Dan paling utama kita berharap tiada insiden provokasi yang tidak diingini di hari tersebut seperti insiden letupan bom yang mencederakan lima orang dan merosakkan tujuh buah kereta di perhimpunan aman 901 di mahkamah tahun lalu.

Polis juga diminta bekerjasama di hari tersebut dengan mempastikan perhimpunan tersebut berjalan aman dan selesa. Tiada lagi penangkapan kerana berbaju kuning. Tiada lagi provokasi molotov koktail. Tiada lagi sekatan-sekatan jalanraya seperti dulu-dulu sehingga menyebabkan kesesakan lalulintas dan tiada tembakan gas pemedih mata untuk menghuru-harakan perhimpunan.

Ayuh kita ke Dataran Merdeka 28 April 2012!

Laporan sebelum ini
klik untuk baca



[BONGKAR] Terdapat Lebih 400,000 Pengundi Meragukan Dalam Daftar Pemilih

400,000 pengundi meragukan mungkin penentu 35 kerusi, kata penganalisis

KUALA LUMPUR, 10 April — Lebih 400,000 pengundi meragukan dalam daftar pengundi mampu untuk mengubah 35 kerusi bagi menentukan Pakatan Rakyat (PR) menawan Putrajaya atau Barisan Nasional (BN) kembali memperolehi dua pertiga majoriti di Parlimen, kata penganalisis politik tanah air.

Penganalisis bebas Ong Kian Ming berkata Projek Analisis Daftar Pengundi Malaysia (Merap) yang dijalankannya mendapati terdapat kira-kira 100,000 ribu nama bermasalah dan digabungkan dengan beberapa isu sebelum ini akan “menjadi 400,000 pengundi meragukan”.

Membersihkan daftar penfundi adalah tuntutan utama pembangkang. Dan kumpulan aktivis walaupun BN menegaskan kemenangan PR di lima negeri membuktikan tidak berlaku sebarang keraguan terhadap daftar berkenaan.

Ong (gambar) berkata kepada The Malaysian Insider, perkara itu “hanyalah sebahagian masalah kecil” daripada pelbagai masalah lain yang belum dapat dikenal pastioleh kebanyakan pihak dengan jumlah pengundi sebanyak 12 juta.

“Sekiranya dibahagikan 40,000 dengan 222 kerusi, dianggarkan sekitar 1,800 pengundi. Ini berupaya untuk menentukan 35 kerusi,” katanya merujuk kepada kerusi yang memperolehi kemenangan tipis.

“Sekiranya sentimen pengundi sama seperti 2008, ini akan menambah 30 kerusi PR, atau lapan lagi kerusi BN untuk memperoleh majoriti,” tambah penganalisis politik ini lagi.

Kerajaan BN hanya memperolehi 140 kerusi, dengan kehilangan majoriti dua pertiga majoriti di Parlimen ketika pilihan raya 2008 termasuk empat negeri, dan Kelantan yang kekal di tangan PAS sejak 20 tahun lalu.

Perikatan itu memerlukan 112 kerusi Parlimen untuk mendapat majoriti dan 148 untuk dua pertiga.

Projek Ong itu turut mengenal pasti 100,000 pengundi dengan 10 isu berkenaan - pengundi berusia lebih 85 tahun, jantina tidak selari dengan kad pengenalan (IC), nama dan tarikh lahir yang sama, dilahirkan di luar negara, pengundi di Lembah Klang yang tidak mempunyai alamat rumah, pengundi pos dengan IC awam, pasangan polis yang menjadi pengundi pos, pasangan polis dan tentera yang mempunyai jantina yang sama, polis dan tentera melebihi had umur persaraan, dan pengundi pos tentera dan polis yang melebihi had umur rekrut.

Namun begitu, menurutnya itu tidak termasuk masalah lain, kerana beribu pengundi didaftarkan pada alamat yang sama dan 42,000 pengundi dengan IC yang tidak ditemui di pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Ong turut menjelaskan terdapatnya bilangan yang meragukan pengundi di Selangor, negeri terkaya di negara ini yang mana Datuk Seri Najib Razak pernah berjanji akan menawan kembali dengan “apa cara sekalipun”.

Tambahnya, daftar pengundi daripada suku 2011 menunjukkan jumlah pengundi di Selangor mengalami peningkatan mendadak kepada 340,000 atau 21.8 peratus kepada 1.9 juta pengundi sejak pilihan raya 2008 dibandingkan kadar nasional sebanyak 16.3 peratus.

Beliau menunjukkan contoh di Hulu Selangor sahaja mengalami peningkatan 17,000 pengundi, peningkatan 27.1 peratus sejak pilihan raya pada Mac 2008.

Kredibiliti daftar pengundi seringkali dipersoalkan sejak Jawatankuasa Khas Piihan Parlimen (PSC) dibentuk pada tahun lepas bagi menambah baik sistem pilihan raya.

Panel itu telah menyiapkan laporan dalam tempoh enam bulan dan menyerahkan laporan lengkap tersebut kepada Parlimen minggu lepas, namun pembangkang dan pertubuhan awam telah mengkritik berikutan terdapatnya kekurangan cadangan bagaimana ia akan membersihkan daftar pengundi.

Pemerhati pilihan raya Bersih kemudiannya mengumumkan akan mengadakan perhimpunan ketiganya menuntut pilihan raya yang bersih dan adil pada 28 April.

Perdana Menteri Najib telah mengumumkan pembentukan jawatankuasa dwipartisan pada Ogos 2011, selepas dikritik hebat berkenaan pentadbirannya menguruskan perhimpuanan Bersih pada 9 Julai yang menyaksikan ribuan rakyat mengadakan protes jalanan. -TMI


Apa guna dakwat kekal jika daftar pemilih bohong

KUALA LUMPUR, 4 April: Jingga 13 akan membantu segala bentuk mobilisasi sedaya upaya menggerakkan kempen-kempen di media sosial mahupun turun ke lapangan bagi memastikan seluruh kekuatan rakyat untuk Duduk Bantah terhadap penipuan dan mendesak SPR dan kerajaan Malaysia mendengar dan mengambil tindakan yang penuh bertanggungjawab.

Sehubungan itu, Setiausaha Jingga 13, Vickneswaran Krishnan berkatanya, pihaknya menyambut baik langkah untuk melaksanakan satu lagi perhimpunan pilihanraya bersih dan adil, Bersih 3.0 seperti yang diumumkan dalam sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Selangor Kuala Lumpur oleh Jawatankuasa Pemandu Bersih 3.0, hari ini.

Bersih 3.0 mengumumkan perhimpunan itu pada 28 April ini, jam 2.00 petang di Dataran Merdeka dengan tema ‘Duduk Bantah’.

“Kekecewaan rakyat terhadap salah laku dan percubaan terang-terangan oleh SPR bagi mengelirukan daftar pemilih induk wajar dikecam dan diselar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, ini kerana ia adalah bukti terang-terangan bahawa terdapat usaha tersusun untuk mengekalkan Umno Barisan Nasional di Putrajaya walaupun jelas gelombang rakyat sudah menolak mereka.

Justeru, katanya Jingga 13 mempersoalkan integriti Pengerusi SPR yang dilihat bersekongkol dengan penipuan tersebut dan usaha untuk membersihkan senarai daftar pemilih induk itu tidak serius dilakukan dan bantahan demi bantahan dibiarkan berlalu tanpa tindakan tegas.

“Jingga 13 juga menyelar Suruhanjaya Pilihan Raya yang tidak mengendahkan 8 tuntutan Bersih 2.0 yang dilangsungkan Julai lalu dan hanya membenarkan penggunaan dakwat kekal pada Pilihanraya Umum akan datang,” katanya.

Beliau turut mempersoalkan adakah relevan penggunaan dakwat kekal itu jika daftar pemilih induk meragukan dengan data-data yang penuh pembohongan dan berat sebelah seperti yang didedahkan oleh Dr Ong Kian Meng dari UCSI.

“Maka menjadi kewajiban rakyat Malaysia mendesak SPR dan kerajaan Malaysia untuk mengembalikan hak rakyat mendapatkan satu pilihan raya bersih dan adil seperti yang sepatutnya,” katanya lagi.
-HD


Ulasan GB

Apa yang diutarakan oleh Dr.Ong Kian Ming menyamai dengan "pemerhatian" yang GB buat satu ketika dulu (14/10/2011) . Petikan:

Bukankah pendusta dan penipu namanya tu apabila baru sekarang membuat pengakuan yang 40,000 nama di dalam daftar pengundi adalah meragukan?

Sedangkan sebelum ini beliau sendiri yang membuat kenyataan bahawa kesilapan SPR hanyalah 0.0001 peratus berbanding 12.4 juta pengundi?

Justeru itu kita merasakan bahawa keseluruhan SPR ini perlu disiasat. Tiada satu pun perkataan mereka boleh dipakai kerana sekali lencong keujian, seumur hidup tidak boleh dipercayai.

GB yakin angkanya melebihi 40,000. Malah mungkin melebihi 400,000. Maka sebab itu SPR kini sedia untuk menghapuskan 40,000 nama berkenaan kerana daftar pemilih itu masih belum dibersihkan sepenuhnya.

Bersihkan daftar pemilih, malah bersihkan SPR sebelum pilihanraya umum ke 13 dipanggil!



Laporan sebelum ini
klik untuk baca




[Video] Penyanyi Ismail Haron Kembali Ke Rahmatullah

Penyanyi veteran Singapura, Ismail Haron meninggal dunia, semalam. Penyanyi popular mendapat jolokan Tom Jones Singapura itu meninggal dalam tidur kira-kira jam 2 petang di rumah kakaknya di Jurong West, Singapura. Beliau berusia 65 tahun dan masih bujang.

Beliau popular era 70-an menerusi paduan duet bersama diva Anita Sarawak menerusi lagu Menunggu Nasi Minyak dan Kesah Dol dan Minah.

Menurut pengurusnya, Maria Sata, beliau terkejut menerima panggilan daripada kakaknya, Halimah Haron dimaklumkan Ismail meninggal dunia. Bagaimanapun belum ada pengesahan sebarang implikasi penyakit daripada doktor.

“Beliau memang kurang sihat dan demam sejak dua tiga hari lalu. Sepanjang saya tahu, beliau tidak pernah menghidap apa-apa penyakit. Pemergian beliau satu kehilangan besar kepada seni suara tempatan di Singapura dan Malaysia. Saya menghormati beliau kerana berpendirian tegas dan serius mempersiapkan diri sekiranya mendapat undangan persembahan di mana-mana saja.

“Beliau bukan jenis suka membaca lirik di depan mata atau ‘standboard’ sebaliknya lebih suka mempersiapkan diri menghafal lagu sebaik mungkin. Malah, beliau akan membuat persiapan seminggu sebelum menyanyi untuk memastikan persembahannya ‘tip-top’.

Semoga roh arwah dicucuri rahmat,” kata Maria sewaktu dihubungi di Singapura yang bertindak sebagai pengurusnya sejak 2008.

Antara rakan dan sahabat menziarahi beliau semalam adalah rakan seangkatan seni suara seperti Rahimah Rahim, Aziz Ahmad dan Mahani Mohamad.

Upacara pengebumian akan disempurnakan di tanah perkuburan Islam Pusara Abadi 2, Jalan Bahar, Singapura, jam 10 pagi ini. -hm

Ulasan GB

Alfatihah.

Lagu-lagu popular Ismail Haron yang sering disiarkan semasa GB.fm beroperasi dulu semasa setiap kali kempen pilihanraya ialah lagu Insan Mulia dan Ilham Pujangga.

Petikan dari lirik Ilham Pujangga

Ia anak muda tidak kerana tergelincir kakinya
tetapi matinya anak muda itu kerana tergelincir lidahnya
berdiam dirilah kamu kepada perkara yang bukan-bukan
bersuaralah kamu kepada perkara yang memberi kebaikan

Kasih sesama manusia
Agar "di atas" sayangkan diri anda
Pandang yang satu kepada yang ramai sayang
Pandang yang ramai kepada yang satu







Artis & Sasterawan Berbondong-bondong Sertai PAS

Kuala Lumpur, 9 April: Jika anda ingin melihat kejatuhan sesebuah kerajaan, tunggulah apabila golongan sastrawan dan artis juga menyertai usaha menjatuhkannya.

Gambar: Aishah bergambar dengan banner XPDC Dakwah PAS Batu ke Cambodia

Kini, semua ramuannya sudah mencukupi. Golongan sastrawan dan artis berbondong-bondong menyertai gerakan untuk mengubah wajah negara ini.

Pihak sastrawan diketuai oleh Sastrawan Negara, Tan Sri Samad Ismail turun ke gelanggang. Ia sudah setahun berlalu.

Kini, golongan artis pula yang berbondong-bondong menyertai PAS.

Terbaru, penyanyi suara emas, Aishah atau nama penuhnya Wan Aishah Wan Ariffin menyertai PAS.

Bukan itu sahaja, beliau telah bercakap di atas pentas PAS bahkan di Markas Tarbiyah PAS, Taman Melewar pula.

Setahun lalu, apabila Bob Lokman mengumumkan penyertaannya ke dalam PAS, ramai yang tidak memandang serius penyertaan beliau.

Namun selepas satu tahun, kesan yang dibawa oleh Bob Lokman jelas kelihatan.

Bukan Aishah sahaja, gitaris paling hebat negara, Sham Kamikazi juga menyertai PAS.

"kontroversi saya masuk PAS ni. Tambah-tambah pula berucap lagi di Markas Tarbiyah PAS ni," kata Aishah dalam ucapannya kira-kira setengah jam di Taman Melewar Jumaat lepas.

Menurut Aishah beliau mula serius mendekati PAS apabila mendapat layanan kurang baik dari seorang menteri wanita yang beliau dekati untuk mendapatkan pertolongan dan nasihat ekoran masalah penjagaan anak-anaknya selepas beliau berpisah dengan suaminya yang bukan Melayu.

"Saya jumpa Datuk Seri bukan nak minta lembu...tetapi untuk kepentingan aqidah anak saya," cerita Aishah.

Selepas beliau memakai tudung, Aishah berkata, pihak yang paling awal menyambutnya adalah Nisa'.

"Saya lihat kumpulan ini jauh berbeza," kata Aishah memuji pendekatan yang diambil oleh kumpulan NGO yang rapat dengan PAS itu.

Menurut Aishah, menyertai PAS bukannya satu kerja mudah bagi beliau kerana beliau menerima tentangan dari kaum keluarga yang rapat dengan beliau sendiri.

Sepupu beliau menyindir bahkan mempetikaikan langkahnya itu.

Melihatkan kepada reaksi mereka, membuat beliau terfikir, "apa yang kita nak terangkan kepada mereka macam ni..

"Bagi mereka taat kepada pemerintah seperti taat kepada raja, bila kita bantah, seperti kita menderhaka...

"Nasib baik mak saya dah tak da ...kalau dia tahu dan berceramah pulak, di markas lagi ni...saya tak tahulah," cerita Aishah.

Menurut Aishah, menyokong pembangkang juga dianggap salah di negara ini padahal ini adalah hak demokrasi masing-masing.

Kerana keengganan beliau untuk bersalam dengan bukan muhrim sahaja beliau telah cuba digam dari sebuah stesyen TV.

"Bila kita sokong pembangkang, kita dianggap jahat...

"sebelum ni saya tak ambil pot lah apa yang berlaku di negara ini...tetapi bila dah kena batang hidup sendiri, ini tak boleh jadi, tak kan nak biar je.." tegas Aishah dalam ucapannya itu.

Turut berucap di majlis 'Artis Berubah, Rakyat Merobah, BN Rebah' adalah Bob Lokman sendiri serta Naib Pengerusi DHPP, Vincent Lee. -HD



Ibu Saudara Sahkan Sri Wani Adalah Seorang Perempuan

Sampai bila pun dia tetap perempuan’

Teka-teki berhubung jantina pengusaha produk kecantikan, Sri Wani Choo Abdullah, akhirnya terungkai dengan pengesahan bahawa dia adalah seorang perempuan.

Pengesahan itu dibuat secara eksklusif kepada Sinar Harian oleh ibu saudara Sri Wani, Connie Chee, 45, seorang kerani di sebuah syarikat swasta, di sini, semalam.

Connie memberitahu, Sri Wani diserahkan kepada ibu bapanya (Connie) sejak lahir dan anak saudaranya itu membesar sebagai seorang perempuan.

“Sampai bila-bila pun dia tetap perempuan kerana itu adalah dia. Saya ada bukti kukuh. Saya dan adik-beradik lain membesar bersamanya, malah saya yang mandikan dia.

“Dari kecil sampai sekarang, Sri Wani tidak rahsiakan apa-apa dengan saya. (Oleh itu) hentikanlah fitnah. Kasihankan dia,” katanya dalam nada sedih mengenangkan nasib Sri Wani. -SH

Laporan sebelum ini
klik untuk baca




Alang-alang Ke Kota Bharu, Aku Tak Lepaskan Peluang Jumpa Tok Guru - Uthaya

Bertemu Tok Guru di Kota Bharu

Saya sangat bertuah kerana berpeluang bertemu dan berbual-bual bersama Menteri Besar Kelantan, Datuk Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat (Tok Guru) pada 13 Mac 2012.

Pada kali pertama saya ke Kota Bharu pada 1995 sempena Perhimpunan Penulis Muda Nasional di Kem Kijang, saya turut berpeluang bertemu Tok Guru di rumah beliau di Kampung Pulau Melaka.

Pada kali ini pula, pertemuan diatur dengan kerjasama Setiausaha Politik MB, Wan Nik Wan Yussof dan Nik Faridah Mamat serta beberapa individu yang mengalu-alukan kunjungan saya ke Kota Bharu.

Sejak awal, saya sudah menyatakan bahawa tujuan – atau “motif” – saya ke Kelantan adalah untuk melihat sendiri apakah negeri berkenaan benar-benar “mundur” dan “miskin” seperti heboh diperkatakan pihak tertentu sejak belakangan ini.

Alang-alang pergi ke Kota Bharu, tentulah saya tidak mahu melepaskan peluang bertemu Tok Guru. Tambahan pula, setahu saya, beliau amat mesra dan tidak mengamalkan protokol apabila orang biasa mahu bertemu beliau.

Pada mulanya, saya dijadualkan mengadakan pertemuan dengan MB Kelantan di Hotel Raudah selepas Persidangan Orang Kurang Upaya (OKU) Darul Naim Peringkat Kebangsaan.
Bagaimanapun, bagaikan pucuk diundang, ulam mendatang, peluang diberikan untuk saya mengadakan pertemuan tertutup bersama Tok Guru di kediaman rasmi beliau.

Hadir bersama-sama saya ialah Rohani Deraman dari Johor Bahru, Zainab Ngah dari Kuala Terengganu serta Nur Hidayah, Wan Asyeah Wan Nawang dan Abdul Mutalib Awang dari Kota Bharu.

Selalunya, apabila saya menyatakan kepada rakan-rakan di Lembah Klang berkenaan keinginan untuk bertemu Tok Guru, ada dua reaksi klise yang diberikan.

Pertama, ramai yang bertanya adakah saya mahu bertemu Tok Guru untuk “masuk Islam”.

Tentu sahaja golongan yang bertanya begitu adalah kumpulan yang cetek ilmu, tidak menyedari kehebatan sebenar Tok Guru, serta mereka itu ternyata tidak tahu cara berdakwah yang betul.

Kedua, ada yang tertanya-tanya motif sebenar saya bertemu Tok Guru. Misalnya, pengarang terkenal dari Kelantan, Leo AWS memberitahu saya baru-baru ini: “Saya ditanyakan tentang kehadiran saudara di Kota Bahru sehingga ketemu Tok Guru – apakah motif sebenarnya.”

(Konco-konco Tokoh Lidang Bercabang, Raja Serigala Bahasa, Encik Limau, Penerima Anugerah Laut dan Timah Wangi pula khabarnya sedang rancak menyebarkan berita palsu kononnya saya ada motif politik mengatur pertemuan dengan “pembangkang”.)

Reaksi yang kedua tadi jelas membuktikan betapa sempit pemikiran orang tertentu.

Pasti mereka hanya melihat Tok Guru sebagai orang politik dan bukan sebagai tokoh unggul yang disegani tanpa mengira kaum dan agama, serta tidak melibatkan pegangan politik.

Agamamu, agamaku

Malah, beberapa individu kaum India yang berasal dari Kelantan memberitahu saya bahawa mereka meletakkan Tok Guru di tempat yang tinggi; hampir sama seperti kedudukan Mahatma Gandhi dalam hati masyarakat India; tanpa ada sebarang kaitan parti politik.

Sejak awal, tujuan – atau “motif” – lawatan saya ke Kota Bharu adalah amat jelas; iaitu melihat sendiri benarkah wujud “kemiskinan” dan “kemunduran” fizikal, rohani, sosial dan mental seperti dipropagandakan pihak tertentu.

Maka, tentulah amat wajar sekiranya saya bertemu MB Kelantan untuk mendapatkan pandangan beliau. Apa yang saya lakukan bukan wawancara yang skema. Sebaliknya perbualan secara santai tanpa ikatan politik dan tanpa sebarang agenda.

Antara perkara pertama yang saya perhatikan apabila bas ekspres yang saya naiki memasuki sempadan Kelantan melalui Gua Musang pada 11 Mac adalah kehadiran gereja, tokong, masjid dan kuil.

Nah! Kewujudan rumah-rumah ibadat ini sendiri sudah membuktikan hakikat bahawa kebebasan beragama dipraktikkan di negeri Kelantan yang membangun bersama Islam.

Saya menyebut perkara ini semasa perbualan bersama-sama Tok Guru dan huraian yang beliau berikan semakin membuktikan kehebatan beliau sebagai tokoh agama.

Tok Guru memetik ayat keenam dalam Surah Al-Kafirun iaitu surah ke-109 dalam al-Quran untuk menjelaskan realiti yang wujud. Terjemahan ayat itu adalah “untukmu agamamu, dan untukku agamaku”.

Daripada perbualan kami, amat jelas bahawa Kerajaan Negeri Kelantan mengamalkan cara pemerintahan Islam yang sebenar; sebagaimana dituntut Islam serta pernah diamalkan oleh Nabi Muhammad (s.a.w) dan para sahabat baginda.

Memandangkan pentadbiran negeri Kelantan adalah berasaskan Islam, saya masih tertanya-tanya apakah sebenarnya “kemunduran” dan “kemiskinan” yang heboh diperkatakan pihak tertentu. Mungkin mereka hanya melihat aspek “kemajuan” dan “pembangunan” dari segi bangunan pencakar langit dan jumlah “duit kopi” yang mampu dihulurkan.

Apa yang saya sebutkan sebentar tadi mengenai pertemuan dengan Tok Guru adalah antara hakikat yang tidak diketahui “dunia luar” kerana sering kali fakta diputar-belit dan dimanipulasi demi kepentingan politik pihak tertentu yang mahu terus berkuasa dengan apa cara sekali pun.

Misalnya berkaitan Hukum Hudud yang mahu dilaksanakan mengikut Enekmen Pentadbiran Jenayah Syariah II Kelantan 1993 (Enekmen Hudud).

Orang ramai di luar Kelantan khasnya sering dimomokkan dengan kata-kata bahawa Hudud akan memberikan kesan negatif serta menghakis hak penduduk agama-agama lain.

Pada hakikatnya, orang bukan Islam tidak perlu bimbang atau takut kerana pelaksanaan Hukum Hudud adalah untuk orang Islam. Malah, orang Islam yang tidak ada niat melakukan jenayah hudud juga tidak perlu bimbang kerana “hudud” adalah hukuman bagi beberapa jenayah berat sahaja.


Urus Setia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan sebenarnya menerbitkan pelbagai brosur dan buku yang mengandungi maklumat tepat, lengkap, jelas dan benar mengenai pelbagai isu. Selain membacanya, saya juga berpeluang mendengar sendiri penjelasan daripada MB Kelantan.

Pemimpin berjiwa rakyat

Akan tetapi, soalnya, berapa ramai yang berpeluang membaca buku-buku berkenaan walaupun diedarkan secara percuma? Dan berapa ramai (dari luar Kelantan) yang berpeluang bertemu secara bersemuka dengan Tok Guru untuk berbual-bual secara santai berkenaan pelbagai topik dalam usaha mencari penjernihan, kebenaran dan fakta?

Bagi saya, dalam kebanyakan hal, saya tidak sekadar bergantung pada “penerangan” dan “penjelasan” yang disampaikan oleh Tok Guru secara lisan. Sebaliknya, melihat wajah beliau yang tenang dan ikhlas sudah memadai untuk “menceritakan” peribadi mulia yang dimiliki.

Saya juga berpeluang memiliki senaskhah buku bergambar berjudul “Imbasan 20 Tahun” (2010) terbitan Urus Setia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan. Dipaparkan foto-foto dan maklumat berkaitan pembangunan di negeri itu sejak Tok Guru menjadi MB pada 23 Oktober 1990.

Apa yang menarik adalah bahawa maklumat dan foto berkenaan dipaparkan seadanya; iaitu tanpa kerja-kerja melobi dan mengampu seperti yang sering berlaku pada penerbitan buku-buku “tokoh” yang biasa diterbitkan sebagai bahan propaganda politik bagi si polan dan si polan.

Bagi Farizal Yusoff, seorang guru dari Kubang Kerian, Tok Guru adalah seorang pemimpin berjiwa rakyat.

“Beliau senang didekati dan tidak menjadikan jawatan MB sebagai penghalang untuknya berdakwah. Pintu rumah sentiasa terbuka dan ikhlas melayan setiap permasalahan rakyat,” katanya menerusi mesej yang dikirim kepada saya menerusi Facebook, minggu lalu.

Isma Muhammad pula mengimbau kenangan lebih 20 tahun lalu iaitu apabila seorang pelajar menulis surat kepada Tok Guru mengenai kesulitan yang dihadapi pelajar Madinatul ‘Ilmi untuk keluar masuk ke sekolah kerana jalan tanah merah.

“Dalam suatu majlis penyampaian hadiah di sekolah kami, Tok Guru menyebut tentang surat misteri itu serta meminta ADUN Perupok menjadikan sekolah kami sekolah angkat.

“Menteri Besar juga meluluskan pembinaan jalan bertar sepanjang hampir dua kilometer dengan kos sekitar RM15,000 demi keselesaan para pelajar,” katanya.

Bagi Roshidayu Che Mat dari Shah Alam, beliau terpesona dengan kezuhudan pemimpin itu.

“Beliau satu-satunya pemimpin yang tidak bersifat ‘tuan’ dan ‘tuhan’ kepada orang lain. Sebaliknya menjadi pemikul tanggungjawab yang tidak korup,”
katanya.

Abdullah Abdul Rahman dari Pasir Putih, Perak pula menyimpulkan Tok Guru sebagai pemimpin yang karismatik.

“Beliau ilmuan berjiwa hamba sebenar dan memiliki keupayaan membangkitkan keyakinan terhadap kepimpinannya sebagai seorang MB. Pengiktirafan selaku ‘50 Pemimpin Islam Paling Berpengaruh di Dunia’ menjelaskan kredibiliti sebenar beliau,” katanya.

Saya yakin bahawa ketokohan Tok Guru sebagai pemimpin Islam (bukan hanya “Islam” pada nama) menjadi asas pemerintahan (pentadbiran) yang adil dan disukai penduduk pelbagai kaum dan agama di Kelantan; khususnya sejak 1990.

Itulah juga sebabnya kedudukan Tok Guru sukar digugat walaupun pelbagai cara yang licik dan penuh tipu-helah khabarnya telah, sedang dan akan cuba digunakan “kuasa luar”
. -FMT

Laporan sebelum ini
klik untuk baca