16 Okt 2013

[KALIMAH ALLAH] Bekas Mufti Perlis Libas "Fatwa" Bekas Mufti Johor

Dr Asri: Takkan seluruh dunia Arab murtad?

Tindakan memurtadkan umat Islam yang membenarkan penganut Kristian menyebut kalimah Allah mempunyai kesan yang amat besar sehingga melibatkan seluruh dunia Arab dan ulama-ulama terkemuka, kata Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Ini kerana, selain semenanjung Malaysia, seluruh dunia Arab, sejak zaman permulaan Islam lagi membenarkan golongan Kristian menyebut kalimah Allah, kata bekas mufti Perlis itu.

"Sejak seribu tahun lalu, sejak zaman Nabi Muhammad lagi mereka menggunakan perkataan Allah. Tiada isu selagi mereka menggunakannya merujuk kepada zat yang sebenar, bukan untuk berhala," katanya.

Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, Dr Asri bagaimanapun enggan merujuk langsung kepada mana-mana pihak sebaliknya hanya menyebut "pihak tertentu".

Dr Asri berkata, jika pandangan itu jika diambil kira, bermaksud sarjana terkemuka Islam Dr Yusof Qardawi dan Dr Wahbah Zuhaili - yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Kristian - juga dianggap murtad.

Menurutnya lagi, pandangan itu juga memberi kesan kepada negeri yang lagu rasminya menggunakan kalimah Allah, serta penggunaan tulisan Allah untuk logo polis dan tentera, termasuk bukan Islam.

"Kena hati-hati pada kesan sesuatu pandangan. Pandangan ini tidak munasabah. Jadi, pihak tersebut mesti tampil menjelaskan macam mana yang dikatakan sesat itu" katanya.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Nooh Gadut hari ini memberi amaran, umat Islam yang mempertikai keputusan Mahkamah Rayuan berhubung kes penggunaan kalimah "Allah" boleh menjadi kafir dan murtad.

Kalau Islam dihalang guna 'Isa' bagaimana?

Sementara itu, pendakwah bebas Wan Ji Husein pula tampil dengan beberapa persoalan berkaitan kalimah Allah yang menurutnya patut diperjelas oleh Nooh, antaranya:

Status ayat al-Quran yang menyatakan sembelihan Ahli Kitab (Yahudi dan Kristian) yang dibacakan nama Allah boleh dimakan.

(2) Status agama Yahudi dan Kristian yang menggunakan kalimah Allah sejak zaman Nabi Muhammad lagi.

(3) Suruhan Allah dalam al-Quran yang menyuruh orang Kristian bersumpah dengan nama Allah jika mereka menafikan sesuatu tuduhan jenayah.

(4) Yahudi dan Kristian sejak zaman penurunan wahyu sendiri mempunyai kefahaman yang berbeza dengan Islam apabila menyatakan Uzair dan Isa anak Allah, seperti dirakam dalam al-Quran.

"Makanya, apa logiknya kata Yahudi dan Nasrani dulu tak sama dengan Yahudi dan Nasrani zaman sekarang? Nooh Gadut ada jawapan tak?" tulis bekas anggota jawatankuasa Dewan Ulama PAS itu.

Wan Ji juga menimbulkan persoalan berhubung sikap umat Islam jika mahkamah di negara yang diperintah orang Kristian, seperti England, melarang umat Islam menyebut nama Nabi Isa dalam al-Quran dengan alasan

"Noh Gadut setuju atau tidak dengan mahkamah England itu?" soalnya lagi? -mk


[EDISI CUAI] Polis Tertembak Kanak-kanak 10 Tahun

Kuala Lumpur: Seorang kanak-kanak berumur 10 tahun mengalami cedera parah apabila ditembak secara tidak sengaja oleh seorang polis berpangkat Sarjan dari Ibu Pejabat Daerah Taiping.

Kejadian itu berlaku apabila Sarjan tersebut sedang mengosongkan senjatanya di hadapan rumah mertuanya di Kampung Belanja Kiri, Parit, pada Isnin.

Mangsa, Mohd Amar Mohd Azizi berada dalam jarak antara 30 ke 40 meter dari rumah tersebut semasa kejadian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Timbalan Superintendan Leong Ah Kow berkata Mohd Amar ditemui oleh orang awam yang berada di kawasan berhampiran lebih kurang 45 minit selepas kejadian.

Menurutnya, mangsa kemudiannya dibawa ke Klinik Kesihatan Parit untuk mendapatkan rawatan namun terpaksa dipindahkan ke Hospital Batu Gajah apabila mendapati kecederaan yang dialami mangsa adalah serius.

“Bagaimanapun, selepas ujian imbasan x-ray dijalankan, doktor menemui anak peluru sudah masuk ke dalam kerongkong mangsa.

“Berikutan itu, mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk menjalani pembedahan bagi membuang peluru berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Leong berkata, pihak polis kemudiannya telah merampas satu pistol jenis P99 dan satu magazine berisi 14 butir peluru termasuk kelongsong peluru daripada Sarjan tersebut.

Leong turut berkata kes ini disiasat di bawah Seksyen 39 Akta Senjata Api 1960 atas kesalahan melepaskan tembakan di tempat awam. -astroawani

Larangan Pemakaian Hijab Dibantah


Isu mengharamkan wanita Muslim memakai purdah ketika di tempat awam baru-baru ini menjadi antara topik hangat yang dibincangkan ahli Parlimen di Britain selepas dua kes berkaitannya mendapat liputan meluas media antarabangsa.

Bermula dengan kisah seorang hakim, Peter Murphy mengarahkan seorang wanita menanggalkan purdah ketika membuat rayuan di mahkamah atas alasan, memudahkan juri mengesahkan identiti defendan.

Selepas itu, Birmingham Metropolitan College mencetuskan kontroversi baru apabila mengharamkan pelajar dan kakitangannya memakai atau mengenakan purdah atau apa-apa pakaian menutup muka termasuk tudung, topi dan hoodies.

Alasannya, bagi tujuan keselamatan dan supaya mudah dikenal pasti pada setiap masa. Namun, larangan itu nyata diselar kebanyakan pelajar dan ia ditarik semula selepas kempen dan bantahan diadakan bagi menentang keputusan itu.

Berbeza keadaannya di sebuah sekolah persendirian Islam pertama di Britain iaitu Sekolah Al-Madinah yang mengarahkan kakitangan memakai tudung dan melarang pelajar menyanyi serta membaca kisah dongeng.

Malah, guru wanita di sekolah itu, perlu menandatangani kontrak baru yang mewajibkan memakai tudung walaupun bukan beragama Islam. Selain itu, mereka turut dilarang membawa makanan tidak halal ke sekolah dan memakai barangan kemas.

Sebagai sekolah persendirian, Al-Madinah ditubuhkan September tahun lalu beroperasi di luar bidang kuasa pihak berkuasa tetapi masih layak mendapat pembiayaan daripada kerajaan.

Perdana Menteri Britain, David Cameron menyokong tindakan institusi yang mengharamkan pemakaian purdah di kalangan wanita Islam di negara itu.

“Ini adalah negara yang bebas dan semua orang bebas memakai apa jua pakaian sama ada ketika di tempat awam atau pun tidak.

“Bagaimanapun, kita perlu menyokong undang-undang sesebuah institusi supaya ia dapat memainkan peranannya dengan baik,” katanya.

Menurutnya, jika pihak sekolah ingin mempunyai kod etika pakaian khas yang mewajibkan pelajar memakai tudung, kerajaan perlu memberikan sokongan. Begitu juga dengan mahkamah dan pihak imigresen.

Ketika mengulas mengenai pendapatnya mengenai cadangan hakim perlunya ada garis panduan kebangsaan mengenai pemakaian niqab di mahkamah, beliau bersetuju dengan cadangan itu.

“Sudah tentu ketika berada di mahkamah hakim perlu melihat muka seseorang. Saya pernah berada di tempat itu dan sememangnya perkara itu perlu dilakukan sebagai seorang hakim.

“Apabila seseorang datang ke sesebuah negara, pegawai imigresen perlu melihat mukanya dan apabila berada di sekolah proses pengajaran dan pembelajaran adalah sukar, melainkan dapat melihat ke dalam mata pelajar,” katanya.

Komen itu diperoleh selepas Pejabat Menteri, Jeremy Browne mencadangkan ahli parlimen perlu berbincang semula sama ada kerajaan perlu campur tangan dalam mengharamkan wanita Islam memakai purdah ketika di tempat awam.

Sementara itu, Turki juga mengumumkan penarikan semula pengharaman memakai penutup kepala di kebanyakan pejabat awam, kerana pengkritik berpendapat fahaman Islam boleh meneguhkan sesebuah negara sekular.

Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan berkata, beberapa pengecualian penjawat awam dibenarkan menutup kepala selepas larangan itu dikuatkuasakan sejak sekian lama.

“Bagaimanapun, pengharaman tetap dikekalkan kepada hakim, pendakwa, polis dan anggota tentera,” katanya dalam ucapan sempena memperkenalkan pembaharuan politik negara itu.

Penarikan semula larangan adalah sebahagian daripada pembaharuan politik yang diumumkan Erdogan bagi meningkatkan hak kumpulan minoriti termasuk 15 juta Kurd di negara tersebut.

Menurutnya, ia juga adalah satu langkah ke arah pemulihan sekali gus mengakhiri era kegelapan di negara itu selepas lebih 70 tahun.

Surat Pegawai JPA Bermentaliti Lembu Malukan Negara Di Mata Dunia


Adelaide, Kerajaan memberi amaran kepada pelajar Malaysia di Australia agar ‘menjauhkan diri’ dari menghadiri sesi awam bersama Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ‘Festival of Ideas, Dissent and Democracy’.

Surat amaran tersebut dikeluarkan pegawai penasihat pelajar, Sharezan Md Sheriff dari Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) dipercayai kepada semua penerima biasiswa JPA.

“Jauhkan diri anda dari menyertai aktiviti ini. Saya tidak ragu-ragu untuk mengambil tindakan keras ke atas penerima biasiswa JPA yang terlibat.

“Anda bijak untuk berfikir daripada melakukan aktiviti yang boleh menyulitkan anda mengekalkan gred yang menyebabkan biasiswa daripada ditarik semula.

“Anda cukup tahu apa yang ditandatangani,” kandungan surat amaran dipetik dan dikirmkan kepada Keadilandaily.


Amaran yang dikeluarkan kerajaan Malaysia itu turut dilapor media Australia, Australian Broadcasting Corporation (ABC).

Anwar dijangkakan menyampaikan pidato dan berdialog di ‘Festival of Ideas, Dissent and Democracy’, di Adelaide University pada hari Sabtu, 19 Oktober 2013.

Penganjur ‘Festival of Ideas, Dissent and Democracy’ menyatakan, acara tahun ini fokus kepada insttusi politik dan idea-idea demokrasi. -KD

[WARNA-WARNI AIDIL-ADHA] Lembu Lepaskan Diri Lari Ke Lebuhraya


Puchong: Pengguna yang melalui Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) berhampiran Masjid Batu 12, Puchong di sini gempar apabila seekor lembu jantan untuk korban sempena Aidiladha terlepas dari tempat penyembelihan hingga menghalang lalu lintas, semalam.

Kejadian berlaku jam 10.30 pagi apabila haiwan seberat 300 kilogram itu dikatakan tiba-tiba ‘naik minyak’ ketika orang kampung berusaha menumbangkannya sewaktu hendak disembelih menyebabkan tali yang diikat pada pokok putus sebelum ia melarikan diri dua kilometer.

Menurut sumber, dua unit peronda polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang dikejarkan ke tempat kejadian dan mengambil masa setengah jam menangkap haiwan itu.

Bagaimanapun, keadaan kembali terkawal selepas haiwan itu ditangkap semula sebelum dibawa ke masjid dan disembelih.

“Sebelum kejadian, saya datang ke masjid untuk sembahyang sunat Aidiladha dan membantu orang kampung menyembelih lembu korban. Namun tidak menyangka terpaksa mengejar lembu.

“Lembu itu adalah lembu ketiga yang mahu disembelih. Saya difahamkan sejak kelmarin ia menunjukkan ciri-ciri seperti mahu naik minyak,” katanya.

Menurutnya, orang ramai juga menjadi panik apabila haiwan itu bertindak liar dan nyaris merempuh orang kampung dan beberapa anggota polis yang mengejarnya.

Selain itu, berlaku juga kesesakan jalan raya 20 minit apabila pemandu terpaksa memberhentikan kenderaan masing-masing kerana bimbang melanggar haiwan itu. -HM

Bahaya Hidup Membujang

Sungguh, hampir saja kaki kita tergelincir kepada maksiat-maksiat besar kalau Allah tidak menyelamatkan kita. Dan kita boleh benar-benar memasukinya (na’udzubillahi min dzalik tsumma na’udzubillahi min dzalik) kalau kita tidak segera meniatkan untuk menjaga kesucian kemaluan kita dengan menikah.

Awalnya menumbuhkan niat yang sungguh-sungguh untuk suatu saat menghalalkan pandangan mata dengan akad nikah yang sah. Mudah-mudahan Allah menolong kita dan tidak mematikan kita dalam keadaan masih membujang.

Rasulullah Muhammad saw. pernah mengingatkan:
“Orang meninggal di antara kalian yang berada dalam kehinaan adalah si bujangan.”

Rasulullah saw. juga mengingatkan bahwa, “Sebagian besar penghuni neraka adalah orang-orang yang bujang.”

Seorang laki-laki yang membujang harus menanggung beban syahwat yang sangat berat. Apalagi pada masa seperti sekarang ini ketika hampir segala hal memanfaatkan gejolak syahwat untuk mencapai keinginan. Perusahaan-perusaan obat memanfaatkan gambar-gambar wanita untuk menarik pembeli. Perusahaan-perusaan rokok juga memanfaatkan gadis-gadis muda yang seronok untuk mempromosikan rokoknya di stesyen-stesyen dengan merelakan diri mengambilkan sebatang rokok sekaligus menyalakan apinya ke laki-laki yang sedang lengah ataupun sengaja “melengahkan” diri.

Tidak sekadar sampai di situ, acara-acara TV, radio bahkan artikel-artikel kesihatan dan olahraga di akhbar dimanfaatkan untuk mendedahkan rangsang pornografi demi meningkatkan jualan. Kadang malah acara-acara keislaman yang diselenggarakan organisasi keislaman, tanpa sadar tergelincir untuk untuk ikut memanfaatkan hal-hal semacam ini lantaran terikut-ikut dengan prosedur protokol di TV.

Maka, tak semua dapat menahan fikiran dan angan-angannya. Dorongan-dorongan alamiah untuk mempunyai teman hidup yang khusus ini telah menyita konsentrasi. Daya serap terhadap ilmu tidak tajam. Apalagi untuk solat, sulit merasakan kekhusyukan. Ketika mengucapkan iyyaKa na’budu wa iyyaKa nasta’in yang muncul bukan kesadaran mengenai kebesaran Allah yang patut disembah, melainkan bayangan-bayangan kalau suatu saat telah menikah. Malah, sebagian membayangkan pertemuan-pertemuan.

Solat orang yang masih belum menikah memang sulit mencapai kekhusyukan, apalagi memberi bekas dalam akhlak sehari-hari. Barangkali itu sebabnya Rasulullah Muhammad saw. menyatakan, “Solat dua rakaat yang didirikan oleh orang yang menikah lebih baik daripada shalat malam dan berpuasa pada siang harinya yang dilakukan oleh seorang lelaki bujang.”

Maka, bagaimana seorang yang masih membujang dapat mengejar derajat orang-orang yang sudah menikah, kalau solat malam yang disertai puasa di siang hari saja tak mampu disejajarkan dengan derajat shalat dua rakaat mereka yang telah didampingi isteri. Padahal mereka yang telah mencapai ketenangan batin, penyejuk mata dan ketenteraman jiwa dengan seorang isteri yang sangat besar cintanya, bisa jadi melakukan solat sunnah yang jauh lebih banyak dibandingkan yang belum menikah. Maka, apa yang dapt mengangkat seorang bujang kepada kemuliaan di akhirat?

Alhasil, membujang rasanya lebih dekat dengan kehinaan, sekalipun janggut yang lebat telah membungkus kefasihan mengucapkan dalil-dalil suci Al-Qur’an dan Al-Hadis. Benarlah apa yang disabdakan oleh Rasulullah, “Orang meninggal di antara kalian yang berada dalam kehinaan adalah bujangan.” Bujangan. Tanpa seorang pendamping yang dapat membantunya bertakwa kepada Allah, hati dapat terombang-ambing oleh gharizah (instink) untuk memenuhi panggilan biologis, oleh kerinduan untuk mempunyai sahabat khusus yang hanya kepadanya kita bisa menceritakan sisi-sisi hati yang paling sakral, serta oleh panjangnya angan-angan yang sulit sekali memangkasnya. Dalam keadaan demikian, agaknya sedikit sekali yang sempat merasakan khusyuknya shalat dan tenangnya hati kerana zikir. Dalam keadaan demikian, kita boleh disibukkan oleh maksiat yang terus-menerus.

Sesekali dapat melepaskan diri dari maksiat memandang wanita ajnabi (bukan muhrim), tetapi masuk kepada maksiat lainnya. Fikiran disibukkan oleh hal-hal yang kurang maslahat, sedang mulut mengucapkan kalimat-kalimat yang memiriskan hati.

Semoga Allah ‘Azza wa Jalla melindungi kita dari kematian dalam keadaan membujang, sementara niat yang sungguh-sungguh untuk segera melangsungkan pernikahan, belum tumbuh. Semoga Allah Swt. menolong mereka yang telah mempunyai niat. Kalau belum lurus niatnya, mudah-mudahan Allah mensucikan niat dan prasangkanya. Kalau telah kuat tekadnya (‘azam), semoga Allah menyegerakan terlaksananya pernikahan yang barakah dan dipenuhi ridha-Nya. Kalau mereka masih terhalang, mudah-mudahan Allah melapangkan dan kelak memberikan keturunan yang memberi bobot kepada bumi dengan kalimat laa ilaha illaLlah.

Ingatlah terhadap hal-hal yang sangat dikecam dan diberikan peringatan mengenai bahayanya, biasanya Islam memberikan penghormatan yang tinggi untuk hal-hal yang merupakan kebalikannya. Kalau membujang sangat tidak disukai, kita mendapati bahawa menikah mendekatkan manusia kepada syurga-Nya. Ketika dikabarkan kepada kita bahawa kebanyakan penghuni neraka adalah bujangan, kita banyak mendapati di dalam hadis tentang kemuliaan akhirat dan bahkan keindahan hidup di dunia yang insya-Allah akan didapatkan melalui pernikahan. Seorang yang menikah, berarti menyelamatkan setengah dari agamanya. Bahkan, bagi seorang remaja, menikah berarti menyelamatkan dua pertiga dari agamanya.

Kita menjumpai hadis yang memberikan pertanyaan retoris sebagai sindiran, “Apa yang menghalangi seorang mukmin untuk mempersunting isteri? Mudah- mudahan Allah mengaruniainya keturunan yang memberi bobot kepada bumi dengan kalimat laa ilaha illaLlah.” Maka kita juga menjumpai hadis-hadis yang menjaminkan kepada kita yang ingin menikah demi menjaga kehormatan dan kesucian farjinya.

Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah Saw. bersabda, “Tiga orang yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah adalah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah swt., seorang penulis yang selalu memberi penawar, dan seorang yang menikah untuk menjaga kehormatannya.” (HR. Thabrani)

Dalam hadis lain dalam derajat shahih, Rasulullah Saw. bersabda:
“Tiga golongan orang yang pasti mendapat pertolongan Allah, yaitu hamba mukatab yang bermaksud untuk melunasi perjanjiannya, orang yang menikah dengan maksud memelihara kehormatannya, dan orang yang berjihad di jalan Allah.” (HR Turmudzi, An-Nasa’i, Al-Hakim dan Daruquthni).

Masih ada hadis senada. Namun demikian, ada baiknya kalau kita alihkan perhatian sejenak kepada peringatan yang disampaikan oleh Rasulullah, “Bukan termasuk golonganku orang yang merasa khawatir akan terkungkung hidupnya kerana menikah kemudian ia tidak menikah.” (HR Thabrani).

Mudah-mudahan kita termasuk orang-orang yang memiliki keyakinan. Tanpa keyakinan, ilmu akan kosong maknanya. -islampos