10 Dis 2014

Rumahtangga Mereka Berantakan Gara-gara "Smartphone"


Gara-gara hadiah telefon pintar

MANJUNG - Seorang suami tidak menyangka hadiah telefon bimbit pintar yang diberikan kepada isterinya telah disalahgunakan.

S Selvaratnam, 36, menghadiahkan sebuah telefon bimbit pintar kepada isterinya, M Ritha, 34, enam bulan lalu apabila didesak oleh isterinya.

Menurutnya, telefon pintar itu digunakan untuk bersembang di laman sosial Facebook.

“Gara-gara bersembang di Facebook isteri saya terpedaya dengan kata-kata manis seorang lelaki sehingga sanggup meninggalkan saya dan dua anak.

“Telefon itu saya berikan untuk kemudahannya dan tidak menyangka disalahgunakan,” katanya yang tinggal di Taman Krishnan, Sitiawan di sini.

Selvaratnam berkata, sejak mempunyai telefon berkenaan, isterinya tidak pernah lekang dengan gajet itu walaupun ke tandas.

Jelasnya, perbuatan isterinya berhubung dengan lelaki lain disedari apabila melihat perbualan mereka menerusi akaun Ritha.

“Saya bertindak menyiasat perkara itu dan mendapati isteri ada menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki dari Singapura.

“Mereka kini dipercayai berada di Johor dan saya sangat kesal kerana dia sanggup meninggalkan anak, S Vaishanavi, 11 dan S Yuvanraj, 8,” katanya.

Selvaratnam berharap isterinya pulang semula ke pangkuan keluarga kerana anak-anak begitu merindui Ritha.

Katanya, sehingga sekarang dia tidak tahu mahu mencari Ritha di mana dan berharap orang awam yang mengetahui keberadaan isterinya dapat menghubungi Selvaratnam dengan segera.

“Saya juga mahu masyarakat menjadikan kisah saya ini sebagai pedoman agar tidak membiarkan anak-anak atau isteri terlalu bebas melayari internet sehingga menimbulkan kesan negatif seperti ini,” katanya. -SH

Isteri, anak ‘ghaib’

Simpang Renggam: "Perasaan saya jadi tidak menentu kerana selepas 11 tahun berkahwin, ini kali pertama saya berpisah dengan Noraini.

"Saya tidak tahu mengapa Noraini sanggup menghilangkan diri dan membawa bersama anak tunggal kami, Ain Nursyahirah yang berusia 10 tahun. Usaha mengesan kedua-duanya juga gagal," kata peniaga, Shahrizan Sulaiman, 32.

Shahrizan berkata, isterinya, Noraini Mohd Wahid, 32, dan Ain Nursyahirah menghilangkan diri dari kediaman mereka di Kampung Setia Jaya di sini, jam 4.30 petang pada 4 Disember lalu.

Menurutnya, dia hanya menyedari kehilangan kedua-duanya apabila pulang ke rumah.

"Pada mulanya saya menyangka mereka ke rumah jiran namun terkejut apabila mendapati pakaian kedua-duanya tiada.
-HM


ULASAN GB

banyak kes yang berlaku mutakhir ini adalah kerana gara-gara smartphone dengan keupayaan untuk berhubung dengan orang lain menggunakan aplikasi-aplikasi seperti Whatsapps, Wechat, Telegram dan seumpamanya.

Isteri dilarikan orang, suami berlaku curang, anak-anak diculik....

Di dalam kes kedua di atas juga dipercayai berlaku adalah gara-gara smartphone walaupun tidak dinyatakan.

Oleh itu, sentiasalah berwaspada di zaman digital ini... smartphone apabila disalahgunakan akan berupaya mengharu-biru dan meruntuhkan rumahtangga.

Mashitah Disiasat: Apakan Peguam Negara Akan Kata "Tiada Niat" Juga?


Polis siasat Mashitah dakwaan bakar al-Quran

Polis sudah menyoal siasat pemimpin Wanita Umno Datuk Dr Mashitah Ibrahim, berhubung dakwaannya terdapat orang bukan Islam membakar al-Quran di Kedah.

Ketua Wanita Umno Baling itu memberi keterangan di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi pada petang Ahad, lapor Agenda Daily.

Bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dilapor ditemani suaminya Datuk Seri Abdul Shakor Abu Bakar.

Bagaimanapun, lapor portal itu, Dr Mashitah yang dihubungi enggan menyatakan butiran keterangan yang diberikan kepada pihak polis.

Dua wartawan Malaysiakini turut disiasat berhubung laporan berkaitan perkara itu pada 4 Disember lalu.

Ia berkaitan kenyataan Mashitan yang dibuat semasa perhimpunan agung Umno lalu.

Kes itu disiasat bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan berkaitan khianat awam dan kenyataan mengapi-apikan kesalahan ke atas sesuatu golongan atau kaum.

Beberapa perwakilan termasuk Mashitah dalam perhimpunan itu menggesa perwakilan Wanita Umno dan umat Islam tidak menjadi 'majoriti senyap' apabila kewibawaan Islam tercabar.

Beliau mengaku dimaklumkan bahawa terdapat orang bukan Islam di sebuah negeri di utara membakar helaian al-Quran pada waktu sembahyang.

Sementara itu, anggota parlimen DAP Teo Nie Ching juga menulis di Facebook bahawa beliau juga disiasat polis ekoran laporan polisnya terhadap Mashitah. -mk

ULASAN GB

Seluruh negara sedang enunggu hasil siasatan polis.

Dan jika polis nmendapati ada kes terhadap Mashitah, apakah peguam negara akan mengheret bekas Timbalan menteri itu ke mahkamah? Atau beliau akan memberi alasan bahawa Mashitah tiada niat sepertimana alasan yang diberikan untuk tidak mendakwa Ibrahim Ali?

Selama ini Akta Hasutan terpakai untuk mendakwa ahli-ahli politik Pakatan Rakyat, tetapi tidak untuk pemimpin UMNO BN.

Jika hal demikian berterusan hukum kebenaran dan keadilan akan berjalan, kerajaan UMNO BN akan dihumban keluar dari Putrajaya!

Sahabat Baik Si Itik Dan Si Monyet Ini Kini Sudah Tiada Lagi...


Masihkah anda ingat akan gambar monyet dan itik ini? Gambar mesra antara dua ekor spesies yang berbeza ini pernah mendapat perhatian ramai di media sosial Facebook pada satu ketika dahulu. Kini mereka berdua telah terbunuh dalam satu kebakaran yang berlaku pada 1 Disember lalu ( Isnin).

Kebakaran yang berlaku di alamat No 495 Moo 1. Plutaluang. Sattahip, Chonburi, Thailand itu, telah menjadi titik pengakhiran antara mereka dua ekor. Persahabatan dan hubungan intim mereka hingga hujung nyawa.

Trailer Jualan, 44 tahun, pemilik rumah kayu papan itu berkata, " kebakaran itu berlaku dengan pantas sekali apabila api besar mula merebak." Namun, dia memberitahu sempat putuskan wayar eletrik bagi menghalang api daripada terus merebak lagi besar.

Si Itik dikatakan sedang mandi di dalam bilik air ketika kebakaran itu berlaku. Si itik tidak dapat meloloskan diri kerana terperangkap dengan nyalaan api. Lantas, sahabat baiknya Si Monyet yang ketika itu sedang memanjat pokok kelapa, bertindak nekad masuk ke dalam rumah untuk menyelamatkannya. Tapi malangnya, mereka gagal keluar bersama.


Keadaan Michael dan Cotton yang kaku selepas menemui ajal.

Tuhan lebih menyayanginya apabila mereka berdua ditemui mati bersama di dalam bilik air akibat lemas dengan asap kebakaran.

Pihak Bomba mengambil masa kira-kira satu jam untuk memadamkan api yang marak itu. Bagaimanapun, jasad Si Monyet dan Si Itik itu tidak dijilat api kerana mereka berada di kedudukan yang strategik.

Selepas itu, hujan gerimis mulai turun seakan menangisi pemergian mereka berdua.

 

Orang ramai juga kelihatan sebak melihat tragedi yang menyayat hati itu

Lebih sebak lagi, tuan kepada dua ekor bintang itu yang memelihara sejak mereka lahir lagi.

Jasad mereka dikebumikan bersama-sama di bawah pohon kelapa.