8 Apr 2012

Nizar Sudah Di Puncak Bumbung Tatkala Zambry Baru Sekadar Menjengah Bibir Asbestos


Klik untuk besarkan

Setelah gagal untuk menyahut cabaran Datuk Seri Nizar Jamaluddin, supaya mendedahkan semua dokumen dan minit mesyuarat berkaitan kontroversi kilang bijih besi Vale, Zambry Kadir menyerang Mohamad Nizar dengan mendakwa ADUN Pasir Panjang itu, Mohamad Nizar tidak menghiraukan permasalahan penduduk di kawasan yang diwakilinya.

Bernama hari ini melaporkan kenyataan MB Rayuan, Zambry, kononnya, sejak memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Panjang tiga tahun lalu, Mohamad Nizar tidak pernah sekali pun membangkitkan permasalahan penduduk di situ. "Sepanjang DUN bersidang sejak tiga tahun lalu, Nizar tidak pernah mengemukakan sebarang permasalahan penduduk di situ untuk diselesaikan.

"Beliau lebih gemar berpolitik, berceramah, memaki hamun kerajaan dan meracun pemikiran rakyat supaya terus membenci kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Pengundi di Pasir Panjang terbiar...jadi sebagai kerajaan yang prihatin dengan permasalahan rakyat, BN menerusi Penyelaras DUN Pasir Panjang terpaksa mengambil alih tanggungjawab untuk menyelesaikan setiap masalah di situ," katanya kepada pemberita selepas merasmikan serentak persidangan Cawangan-Cawangan UMNO Bahagian Lumut 2012 di Teluk Muroh dekat sini, hari ini.

Sedangkan umum mengetahui Mohamad Nizar adalah pemimpin yang prihatin terhadap masalah rakyat.

Beliau terus pergi bertemu rakyat yang menghadapi masalah, menyelesaikan masalah itu sehingga ke akar umbinya, tidak seperti Zambry yang sekadar melakukan penyelesaian di pinggiran.

Buktinya pada 3 Februari lalu, tatkala berpuluh-puluh buah rumah di Taman Sri Manjung, Fasa 3 hilang bumbung masing-masing apabila diserang ribut puting beliong, Mohamad Nizar sendiri gbantuan kepada mangsa ribut. Hal yang tak perlu dibincang di dalam Dewan dan bantuan segera untuk kepada mangsa berkenaan hasil dari sumbangan daripada pelbagai pihak termasuklah DS Nizar sendiri selaku Adun Pasir Panjang serta ahli-ahli Pas Lumut. Ajijoi ada maklumatnya:

Bantuan DS Nizar kepada mangsa ribut di Seri Manjung





Minggu lalu, ribut yang kuat telah melanda di Fasa 3A, Seri Manjung. Banyak rumah yang mengalami kerosakan terutamanya dibahagian bumbung yang diterbangkan oleh ribut tersebut.


Dato Seri Nizar telah meluangkan masa melawat tempat kejadian sambil menghulurkan bantuan segera bagi membaiki rumah yang terlibat dengan bencana alam itu.



DS Nizar meninjau dengan lebih dekat lagi keadaan rumah-rumah mangsa ribut

Bukan hanya bumbung rumah yang musnah, malah syiling dan harta benda didalam rumah juga turut terlibat sama

Bantuan segera yang tiba, dengan sumbangan daripada pelbagai pihak termasuklah DS Nizar selaku Adun Pasir Panjang serta ahli-ahli Pas Lumut. Bilangan atap asbestos yang diperolehi agak terbatas kerana kekurangan bekalan di Seri Manjung akibat kejadian ribut itu


DS Nizar meninjau sendiri keadaan bumbung rumah dengan memanjat sehingga ke tengah bumbung

Penulis teringin melihat Zambry melakukan perkara yang sama


DS Nizar bertanya khabar dengan salah seorang mangsa ribut

Makan tengahari bersama penduduk. Makan pagi dan tengahari disediakan oleh Pusat Khidmat Pasir Panjang

DS Nizar menyampaikan ucapan serta sedikit bantuan sebagai tanda simpati di Surau Fasa 3A yang dijadikan Pusat Gerakan Bantuan Bencana

Penduduk terbabit mengisi borang aduan

Pegawai-pegawai dari Pejabat Daerah Manjung juga berada disana

DS Nizar berbincang dengan Pegawai Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang bertanggungjawab mengenai hal ehwal bencana di daerah Manjung

Kejadian ribut kini kerap berlaku di kawasan Fasa 3A Seri Manjung ini. Kemungkinan semenjak dilakukan pembangunan dikawasan pantai berhampiran. MPM, perancang bandar, NYH Karsin, TNB Janamanjung dan Kilang Besi Vale perlu mengambil perhatian yang lebih serius terhadap kejadian ribut kencang sebegini.

Kredit foto buat fb Hamidun Ahmad


Dedahkan Kandungan CCTV Kepada Umum, Ujar Gobin Kepada AG

Ahli Parlimen Puchong, Gobind Sigh Deo hari ini menuntut Peguam Negara mendedahkan kandungan rakaman litar tertutup (CCTV) berhubung insiden pergaduhan anak lelaki Datuk Seri Nazri Aziz kepada umum supaya tidak timbul persoalan berhubung perkara berkenaan.

Menurut Gobind (gambar), Peguam Negara juga perlu memberi penjelasan mengapa pihaknya sudah membuat rumusan sebelum kes itu disiasat kerana ia akan mempertikaikan kredibiliti pihak berkuasa.

“Rakaman CCTV itu perlu didedahkan kepada umum dan siasatan dijalankan supaya tidak timbul keraguan rakyat terhadap isu ini.

“Peguam Negara juga perlu menjelaskan mengapa pengumuman berkenaan hasil siasatan itu dibuat sedangkan siasatan masih berjalan kerana kredibiliti pihak polis akan dipertikaikan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pemimpin PKR sebelum ini turut menggesa pihak polis menjelaskan perkara itu.

Naib Presiden PKR, N.Surendran mempersoalkan pihak polis bertindak sedemikian sedangkan laporan media menunjukkan terdapatnya bukti berhubung insiden pergaduhan anak lelaki Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz dengan pegawai keselamatan itu.

Pihak polis mendakwa telah menyelesaikan perkara itu hanya selepas empat hari kes tersebut didakwa berlaku.

Ketua Balai Polis Brickfield mengesahkan insiden tersebut dan menegaskan insiden pergaduhan berkenaan hanya melibatkan pengawal peribadi Mohamad Nedim dengan pengawai keselamatan berkenaan.

PKR turut mendakwa kemungkinan berlakunya insiden penyalahgunaan kuasa berhubung perkara itu kerana ia melibatkan anak kepada pemimpin kanan Umno Barisan Nasional (BN).

Tambah Surendran, kes tersebut boleh diklasifikasikan sebagai serangan dan membawa kepada kecederaan di bawah Kanun Jenayah seksyen 321, 350, dan 351, dan kes itu harus dipindahkan daripada balai polis Brickfield kepada badan siasatan bebas.

Video shows Nazri's son assaulting guard: report

Apr 7: Despite the claim by Brickfields police OCPD Wan Abdul Bari Wan Abdul Talib that the son of minister in the Prime Minister's Department was not involved in assaulting a security guard last month, a CCTV video has emerged to show otherwise.

According to news portal Malaysiakini, the video shows Mohamad Nedim, son of Nazri Aziz, joining two others in assaulting a condominium security guard for insisting that he register as a guest at the guard house as required by condominium rules.

The portal said what depicted in the video would also raise questions about the police's classification of the case as a minor offence - causing affray - which provides for a mere six-month imprisonment or RM1000 fine as the maximum sentence upon conviction.

Last month, Malaysiakini cited sources who said a police report was lodged by the security guard against Nedim and his bodyguard.

It was said that Nedim, driving his Porsche into the condominium, had refused to alight from his car to register at the guard house. Upon being told that he should also register, despite his accompanying bodyguard's claim that Nedim was a "royalty", both Nedim and the bodyguard allegedly grabbed the security guard before assaulting him.

News of the assault not only led to calls for a transparent investigation by the police, but also fuelled speculation over why Nazri had earlier come out strongly against a proposal by the Malaysian Anti-Corruption Commission to have cabinet members and their families declare their wealth.

A quick check by Harakahdaily on the internet revealed a set of photographs of Nedim, some in compromising situations, published on various sites. Their authenticity has yet to be verified.

One website, awesomepowered.com, dedicated to the expensive hobby of motorsports, shows Nedim emerging with his father on January 8 at an event in Kuala Lumpur to celebrate the participation of Aylezo Motorsports - of which Nedim is its principal - in a motorsports race in Abu Dhabi.

Rights lawyer and PKR vice president N Surendran, who earlier blasted Wan Abdul Bari's clearance to Nazri's son, has urged the MACC to investigate the sources of funds for the Porsche and luxury MPV used by Nedim and his bodyguards respectively.

"While the public are suffering from low wages and rising prices, BN leaders and their families have accumulated enormous wealth by virtue of their government positions and political influence ...The existence of this super-rich Umno-BN elite exposes the insincerity of the Prime Minister's promises of reform and change," said Surendran.

Wan Abdul Bari, who is in charge of the Brickfields police, is also known as someone who could not keep his cool in public. In 2009, he instructed the arrest of twenty candlelight vigil participants and lawyers gathered outside the Brickfields police station. Video clips of the incident are available on YouTube, showing an irate Wan Abdul Bari venting out his anger and yelling at members of the public, repeatedly screaming "Tangkap! Tangkap!"
-en.harakahdaily


Laporan sebelum ini
klik untuk baca




[Video] Jet Pejuang F-18 AS Rempuh Pangsapuri

Virginia Beach - Pasukan bomba menyelongkar serpihan sebahagian bangunan pangsapuri di Amerika Syarikat (AS) yang runtuh semalam selepas dirempuh sebuah jet pejuang F-18 milik Tentera Laut AS.

Insiden tersebut mencetuskan satu kebakaran besar yang mencederakan sembilan orang termasuk dua juruterbang kelmarin tetapi tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

Jet berkenaan merempuh bangunan pangsapuri di sini, dalam negeri Virginia, sejurus selepas ia berlepas dari sebuah pangkalan tidak jauh dari lokasi kejadian.

Seorang pegawai tentera laut AS, Kapten Mark Weisgerber menyalahkan kerosakan mekanikal sebagai punca nahas.

Menurutnya, kedua-dua juruterbang sempat mengaktifkan kerusi anjal mereka untuk menyelamatkan diri sebelum pesawat terhempas.

Beberapa pegawai penyelamat pula memberitahu, sekitar 40 pangsapuri didapati musnah atau rosak dalam nahas tersebut.

Bahagian-bahagian pesawat yang berkecai dapat dilihat di belakang beberapa buah bangunan di sekitar lokasi kejadian selepas pasukan bomba menyembur cecair buih bagi mengelakkan api daripada merebak.

Beberapa saksi berkata, jet itu menjunam secara tiba-tiba manakala kebakaran merebak dengan cepat akibat tumpahan bahan api pesawat.

"Bangunan pangsapuri itu seperti mula hendak runtuh," kata seorang lelaki, Zack Zapatero kepada saluran berita CNN.

Seorang saksi lain, Jon Swain menceritakan detik cemas jet pejuang itu merempuh blok pangsapuri berkenaan.

"Saya melihat api keluar dari bahagian belakang pesawat dengan ia terbang semakin rendah. Saya kemudian melihat seorang juruterbang melantun ke udara sebelum jet itu terhempas," katanya.

Jet F-18 berkenaan ditempatkan di Stesen Udara Tentera Laut Oceana, di sini yang merupakan pangkalan kepada 19 skuadron AS.

Punca kejadian masih disiasat. - Agensi




Bas Terbalik Di Lebuhraya PLUS, 29 Penumpang Terselamat

Gopeng – Seramai 29 penumpang dan dua pemandu nyaris maut apabila bas persiaran yang dinaiki mereka terbabas dan terbalik di Kilometer 300 Lebuh Raya Utara-Selatan, menghala ke utara dekat Gua Tempurung di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, bas yang dipandu seorang lelaki berusia antara 40-an dalam perjalanan dari Genting Highland ke Batu Gajah dipercayai hilang kawalan selepas melanggar lopak air.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Abd Aziz Salleh berkata, 15 mangsa yang cedera ringan mendapat rawatan pesakit luar di Hospital Kampar dan Hospital Tapah dan Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.

“Bas berkenaan dipercayai hilang kawalan selepas melanggar lopak air. Keadaan cuaca yang hujan lebat berserta angin kuat menyebabkan bas itu senget ke bahagian kiri jalan selepas menuruni bukit.

“Bagaimanapun, semua penumpang berjaya menyelamatkan diri dengan merangkak menerusi cermin hadapan yang pecah. Bas berkenaan terbalik dengan keempat-empat tayar di atas,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam.

Menurutnya, pemandu bas berusia 40-an tidak mengalami apa-apa kecederaan dan akan diambil keterangan berhubung kejadian itu.

“14 penumpang lagi telah pulang ke rumah kerana tidak mengalami apa-apa kecederaan,” katanya.

Sementara itu, jurucakap bilik gerakan Balai Bomba Goepng berkata, pihaknya menerima panggilan jam 6.11 petang dan tiga jentera dari Balai Bomba Gopeng, Tapah dan Simpang Pulai dikejarkan ke tempat kejadian.

“Bomba mengambil masa kira-kira dua jam untuk menarik bas berkenaan selain memastikan tiada kebocoran bahan bakar bagi mengelakkan sebarang letupan,” katanya. -SH



Faekah Selar Khir Toyo: Tak Tahu Tanya, Jangan Bodoh Sombong!

Shah Alam, 8 April: Tindakan Mantan Menteri Besar Selangor, Khir Toyo menuduh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berbohong berhubung perlaksanaan Geran Selangorku mendapat reaksi Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin.

Berikut adalah petikan penuh kenyataan Faekah.

Tindakan Khir Toyo yang menuduh Tan Sri Khalid berbohong benar-benar tidak melambangkan sifat seorang mantan Menteri Besar. Beliau yang mengulas berkenaan pelaksanaan Geran Selangorku kononnya beliau hairan mengapa geran digunakan untuk projek infrastruktur bukan bantuan kepada peniaga kecil.

Khir Toyo sepatutnya menjadi orang terakhir yang boleh komen pasal Geran Selangorku. Dua sebab saya katakan sedemikian;

Geran Selangorku adalah wang yang diperolehi oleh Pakatan Rakyat hasil dari kutipan hutang yang gagal beliau kutip semasa pentadbirannya. Hutang Talam yang kesemuanya lebih 400 juta berjaya dikutip kerajaan hari ini melalui pembayaran tunai dan perolehan aset.

Wang itu jugalah yang kita salurkan semula kepada rakyat melalui 17 program utama. Kegagalan Khir yang dengan sengaja tidak mengutip hutang tersebut sepatutnya menjadikan beliau malu untuk menyebut apa-apa yang berkenaan Geran ini, apatah lagi mencela pelaksanaannya.

Sebab kedua ialah kerana Khir gagal menghadirkan diri semasa Dewan bersidang. Malah upacara pembukaan Dewan oleh DYMM Tuanku juga sanggup di kesampingkannya. Khir Toyo tidak ubah umpama orang buta takutkan tongkat. Lebih tepat lagi, bodoh sombong.

Lain kali elok bertanya jika rasa ragu bukan sekonyong-konyong menuduh orang lain menipu. Sikap Khir yang suka ponteng Dewan, menjadikannya begitu naif dengan program-program yang berada dalam ruang lingkup Geran Selangorku.

Sepanjang yang saya lihat hanya separuh hari sahaja Khir datang ke Dewan itupun bagi menutup malu kerana ditempelak Adun Sekinchan beliau memohon cuti sakit tetapi aktif mengeluarkan kenyataan di blog; laman sosialnya.

Meskipun hebat di dalam Blog namun semasa hadir selama separuh hari tersebut, tidak ada satu patah perkataanpun yang dikeluarkannya di dalam Dewan, jauh sekali untuk berbahas ataupun memberi pandangan bernas. Malang sekali rakyat Sungai Panjang bila Adunnya hanya mampu bermonolog di blog.

Untuk pengetahuan Khir, infrastruktur adalah sebahagian dari program Geran Selangorku dan hanya melibatkan 50 juta, selebihnya adalah untuk belia, wanita termasuklah program keusahawanan.

Kalau Khir boleh memaparkan carta geran, ini bermakna Khir boleh mendapat maklumat tepat tentang Geran. Nampaknya Khir sengaja menulis di blog sekadar untuk mengadu domba dan berniat jahat.

Geran Selangorku mempunyai Jawatan Kuasa Pemandu yang terdiri daripada pegawai kerajaan dan golongan professional termasuk Timbalan Pengarah JKR, Jurutera JKR dan QS JKR. Mengatakan ianya diterajui pegawai MB memang tersimpang sekali. Apatah lagi, Datoí Menteri Besar langsung tidak terlibat di dalam pemilihan projek mahupun pemilihan kontraktor.

Perlaksanaan geran ini pula dikendalikan oleh Pejabat Tanah Dan Daerah dan PBT yang menjalankan proses tender. Tidak ada satupun projek yang dilakukan secara runding terus. Sekali lagi Khir cuba memperlekeh kewibawaan pegawai kerajaan yang cuba menjalankan tugas dengan telus.

Nampaknya Khir sukar mempercayainya dan begitu janggal sekali. Masakan tidak, semasa pentadbirannya ratusan juta projek dilaksanakan secara runding terus dan lebih hebat lagi projek diberikan kepada pemaju dan kontraktor yang sama. Inilah yang dikatakan orang, jika seseorang itu biasa mencuri, maka dia selalu menyangka orang lain juga akan mencuri sepertinya.

Khir juga sanggup berbohong apabila berkata semasa menjadi MB, tiada projek kerajaan yang tidak melibatkan Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pegawai Kewangan.

Baru 4 tahun tidak menjadi MB, beliau lupa bahawa projek di bawah ICU langsung tiada jawatankuasa. Semua projek dilaksana setelah mendapat unjuran dari Adun melalui Pengarah Pembangunan Negeri untuk disampaikan kepada ICU untuk dipilih dan pengeluaran waran peruntukan. Ianya langsung tidak melibatkan Pegawai Kewangan mahupun Setiausaha Kerajaan Negeri.

Kerajaan Selangor terpaksa menyediakan Geran untuk infra kerana setelah PR mengambil alih negeri, banyak peruntukan untuk infra tidak disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan. Malah tuntutan Jabatan Pengairan dan Saliran ( JPS ) bagi Rancangan Malaysia Ke-10, sejumlah 1 bilion juga tidak diutamakan.

Apabila banjir berlaku semua pemimpin UMNO-BN Selangor bertempik kononnya pegawai kerajaan tidak cekap mengawal banjir. Bagaimana JPS mahu melaksanakan tugas mereka dengan berkesan jika wang peruntukan penyelenggaraan sungai dan tebatan banjir tidak disalurkan?

Butiran Geran Selangorku telah dibentang pada Exco dan semua data diberikan kepada ADUN semasa Dewan. Hanya ADUN yang benar-benar prihatin kepada kebajikan rakyat akan ambil pusing perkara ini. Bagi ADUN yang suka ponteng, pasti tiada maklumat. Barang pasti golongan ini akan malu bertanya tetapi mahu menunjuk pandai. Golongan inilah yang dikatakan sebagai bodoh sombong, umpama si buta bencikan tongkat.

Faekah Husin.
Setiausaha Politik
Menteri Besar Selangor


Ulasan GB

Kan dah pecah lubang!

Rupanya Khri Toyo kerap ponteng persidangan Dewan.
Lepas tu nak ulas benda yang beliau masih samar dan tak tahu hujung pangkal.
Bodoh sombong pulak tu, tak mahu semak atau bertanya, main buran semacam...
sekarang dah kena....

GB kan dah pesan dulu kepada Khir Toyo,
duduk rumah berzikir banyak-banyak
awak tu, sebelah kaki dah di dalam penjara...

Dengan sebab awak, Najib terpaksa labuhkan muka minta maaf kepada rakyat Selangor,
pun belum tentu rakyat Selangor boleh maafkan. PRU13 nanti baru ada jawapannya.

Selain Jenayah Acu Parang Dileher, Kini Jenayah Tembak Pula Menjadi-jadi

Parah kena tembak

BALING - Seorang tukang kasut cedera parah setelah ditembak oleh individu tidak dikenali di kawasan berbukit Air Tepus, Hutan Simpan Ulu Muda, tiga hari lalu.

Mangsa, Mat Isa Yaakup, 45, dari Kampung Charuk Bunting bersama seorang rakannya dikatakan keluar dari rumah pada 31 Mac lalu untuk mencari ikan tengas di kawasan hutan tersebut.

Ayah kepada tiga orang anak itu rebah setelah terkena tembakan pada lewat petang 4 April lalu.

Keadaan itu mengakibatkan rakan mangsa turun semula dari kawasan bukit untuk membuat laporan polis seterusnya mendapatkan bantuan penduduk setempat.

Sehubungan itu, gerakan menyelamat mangsa dilancarkan oleh polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) dan penduduk kampung.

Anggota penyelamat terpaksa meredah hutan dan bukit lebih lapan jam untuk sampai ke kawasan mangsa ditembak.

Berikutan keadaan jalan yang tidak sekata, berisiko malah mengambil masa yang terlalu lama, pihak berkuasa terpaksa menggunakan bantuan helikopter untuk membawa mangsa keluar dari kawasan hutan itu.

Sementara itu, isteri mangsa, Faridah Yaakup, 39, berkata, suami hanya memberitahunya akan ke Bukit Lasau tanpa menjelaskan tujuannya.

“Suami saya memang sering ke Bukit Lasau untuk mencari ikan tengas. Dia akan pergi bersama rakan-rakannya dan akan bermalam selama beberapa hari di kawasan hutan itu.

“Selalunya, suami akan pulang dengan keadaan selamat malah akan membawa hasil sungai dan hutan yang banyak untuk dijual,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Menurutnya, dia tidak begitu risau kerana suaminya tahu selok belok dalam kawasan hutan tersebut sehinggalah dimaklumkan jiran bahawa suaminya cedera terkena tembakan.

“Tiada apa yang dapat saya lakukan melainkan berdoa agar suami berjaya diselamatkan. Tambahan pula, kebanyakan penduduk mengatakan suami saya telah meninggal dunia di atas bukit itu.

“Saya runsing kerana tidak mendapat maklumat tepat sehinggalah dimaklumkan polis bahawa suami selamat tetapi parah.,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Mat Daud Mat Hassan mengesahkan kejadian tersebut.

“Mangsa dijangka dibawa keluar dengan helikopter," katanya.

Difahamkan, ketika berita ini ditulis, usaha menyelamat dihentikan kerana hujan. -SH

Ulasan GB Baru semalam GB ulas mengenai banyak kejadian Kes Lelaki Bertopeng Acu Parang Di Leher Menjadi-jadi, kini muncul jenayah yang lebih hebat, menembak mangsa.

Pada 4 April lalu Seorang Pemuda Mati Ditembak Dalam Kereta Di Pasir Mas, kini kejadian di atas, sSeorang tukang kasut cedera parah setelah ditembak oleh individu tidak dikenali di kawasan berbukit Air Tepus.

Rakyat semakin ragu tentang kebenaran kenyataan Negara Paling Selamat. Begitu juga kenyataan Najib yang menyatakan di bawah NKRA mengurangkan jenayah, indeks jenayah telah turun sebanyak 15.1 peratus manakala jenayah jalanan sebanyak 39.6 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Ia seperti satu penipuan kerana kenyataan di depan mata, jenayah semakin berleluasa.

Wanita Cerita Pengalaman Pahitnya "Berkahwin" Dengan Lelaki Afrika

Derita jadi pemuas nafsu

KUALA LUMPUR: Kemaruk mahu bersuamikan lelaki asing yang dikatakan lebih kacak, gagah, romantis dan pandai mengambil hati berbanding lelaki tempatan, rumah tangga dibina seorang wanita bagaikan neraka apabila dia hanya dijadikan tempat pemuas nafsu selain mangsa sepak terajang.

Lebih teruk, tidak sampai setahun berkahwin dan sebaik hartanya habis dikikis, lelaki Nigeria dikahwininya menghilangkan diri.

Itu antara pengalaman dilalui Seri, 29, angkara termakan umpan cinta Khazem, 38, yang pada mulanya memberikan layanan istimewa untuk memikatnya.

Bagaimanapun, sebaik berkahwin, istana cinta diimpikan bertukar neraka apabila dia dilayan seperti pelacur selain keringatnya dikerah untuk mencari duit bagi menyara hidup suaminya.


Menceritakan detik pertemuan mereka, Seri berkata, dia diperkenalkan kepada Khazem oleh rakannya yang turut menjalin hubungan dengan lelaki Afrika ketika belajar di sebuah kolej di Subang Jaya.

“Pada mulanya saya tak terfikir nak mengenali Khazem dengan lebih rapat. Namun disebabkan belajar di kolej sama, hampir setiap hari kami bertemu dan bermula dari situlah dia mengambil berat mengenai saya berbanding rakan lelaki lain.

“Boleh dikatakan setiap kali keluar bersama, dia mengeluarkan belanja, malah ketika saya tak cukup duit untuk membayar sewa rumah, dia yang datang membantu,” katanya ketika ditemui Metro Ahad.

Asyik dengan layanan istimewa Khazem, Seri akhirnya jatuh hati walaupun tidak mengetahui latar belakangnya.

“Saya tak tahu nak cakap perasaan saya kepadanya. Kalau ikutkan perasaan, ramai lagi rakan lelaki lain yang saya suka, tapi bila dengan Khazem saya jadi lupa dan sentiasa ingin bersamanya.

“Dia beritahu saya, keluarganya mempunyai perniagaan di Nigeria dan segala perbelanjaannya ditanggung keluarga,” katanya.

Menurut Seri, empat bulan selepas perkenalan, dia kehilangan ‘mahkotanya’ pada Khazem selepas lelaki itu membawanya ke sebuah kelab malam.

“Sebenarnya saya tak sedar waktu itu, mungkin kerana diberi dadah. Saya hanya tahu sudah terlanjur dengannya apabila bangun keesokannya dan mendapati Khazem tidur di sebelah saya tanpa pakaian.

“Kerana sayangkannya, saya mengambil keputusan berkahwin dengannya tanpa pengetahuan keluarga dan berhenti belajar,”
katanya.

Seri berkata, selepas tiga bulan, dia terpaksa keluar mencari kerja apabila suaminya memberitahu tidak lagi menerima wang daripada keluarga dengan alasan berkahwin tanpa pengetahuan mereka, selain sukar mendapat pekerjaan kerana berstatus warga asing yang memegang pasport pelajar.

Walaupun pada mulanya Seri mendapat tawaran bekerja sebagai penyambut tetamu dengan gaji RM1,500 sebulan, namun selepas didesak Khazem, dia hanya sempat bekerja sebulan dengan alasan bayaran diterima tidak setimpal.

“Kerja kedua saya sebagai pelayan kelab malam dengan gaji RM2,300 tak termasuk elaun serta tip pelanggan.
Saya terima kerja ini setelah Khazem berjumpa pengurus kelab itu bagi mendapatkan kerja untuk saya.

“Mulanya saya tak mahu, tapi setelah Khazem berjanji ia hanya sementara sebelum dia mencari pekerjaan tetap, saya terus bersetuju,” katanya.

Bagaimanapun, Seri berkata, sebaik bekerja sebagai pelayan kelab malam, suaminya mula menunjukkan belang apabila hanya menjadikannya sebagai pemuas nafsu dan mengikis gaji serta tip diterimanya.

“Saya bekerja dari jam 10 malam hingga jam 4 pagi. Jadi kebanyakan waktu siang saya di rumah. Sepanjang saya di rumah, Khazem keluar dengan alasan merancang perniagaan bersama rakan selain menguruskan dokumen perjalanan di negara ini.

“Kami hanya berjumpa sekejap sama ada kerana dia mahu layanan seks, minta duit atau balik untuk menyalin pakaian hinggalah pada satu hari dia memukul saya kerana tiada wang,” katanya.

Bagaimanapun, menurutnya, Khazem bijak menyusun kata untuk memujuknya.

“Jika saya dipukul kerana tiada duit atau keinginan seksnya tidak diendahkan, keesokannya dia balik membawa makanan serta sedikit duit bagi memujuk.

“Bagaimanapun, kalau hampir setiap hari dipukul, wanita mana boleh tahan. Banyak kali juga saya minta cerai tapi apabila dia balik ke rumah, memujuk serta berjanji untuk mengubah perangai, saya jadi cair dan makin sayang dengannya.

“Bayangkan, saya berani ke kelab malam untuk berhibur, minum arak, terlanjur dan bekerja di kelab malam, semuanya kerana Khazem. Walaupun awalnya menolak, selepas dipujuk rayu saya jadi cair dan terus mengikut katanya,” katanya.

Bagaimanapun, ketika usia perkahwinan mencecah setahun dan disahkan hamil serta tidak dapat lagi meneruskan kerja sebagai pelayan kelab malam, suami dicintai tiba-tiba menghilangkan diri hinggalah dia melahirkan anak pada Oktober tahun lalu.

“Saya kesal mengenalinya kerana jika diimbas kenangan bersamanya, tiada yang indah. Sudahlah terpaksa bekerja, setiap sen gaji yang saya terima habis dikebasnya.

“Lebih dikesali, perkahwinan kami tidak mendapat pengesahan jabatan agama, menyebabkan saya tidak dapat mendaftarkan nama anak saya
,” katanya.

[PANAS] Task Force IC Warga Asing, Mahfuz Ada Bukti Bikin Wan Ahmad Pucat Lesi

Alor Setar - Datuk Mahfuz Omar mencadangkan penubuhan satu suruhanjaya diraja dan bersedia memberi kerjasama bagi menyiasat dakwaannya mengenai kewujudan pasukan khas yang bertanggungjawab memberi kewarganegaraan kepada warga asing untuk mengundi dalam pilihan raya umum.

Naib Presiden Pas ini berkata, pendedahan yang dibuatnya adalah serius kerana ia mungkin membolehkan golongan itu mengundi dalam pilihan raya kelak.

“Saya sudah usulkan cadangan supaya diwujudkan suruhanjaya diraja ini segera dalam perbahasan belanjawan tahunan di Parlimen baru-baru ini.

"Saya harap ia dipertimbangkan kerana mempunyai asas yang kukuh dalam dakwaan itu,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena ketika ditemui selepas Ceramah Pelancaran Kempen Bersih 100 Peratus peringkat negeri Kedah, di Kompleks Hijau Kuning, malam tadi.

Menurutnya, berdasarkan laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bersetuju dengan cadangan penubuhan suruhanjaya itu untuk menyiasat pemberian kerakyatan warga asing di Sabah.

“Secara tidak langsung, PSC mengakui perkara seperti itu memang berlaku di Sabah, tetapi saya cadangkan untuk semua negeri kerana difahamkan gerakan itu menyeluruh dan berlaku di setiap negeri,” katanya.

Mahfuz sebelum ini mendedahkan wujudnya pasukan khas ini yang diketuai Penasihat Khas Perdana Menteri, Datuk Osman Razak; Setiausaha Majlis Keselamatan Negara, Datuk Tajuddin Wahab dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar.

Bagaimanapun Wan Ahmad dalam ulasannya kepada Sinar Harian kelmarin telah menafikan dakwaan Mahfuz.

Ketika ditanya mengenai keseriusan beliau mendedahkan nama individu terbabit, Mahfuz berkata, ia bukan cakap kosong tetapi akan disertakan dengan bukti.

“Saya ada bukti sebab itu saya berani cakap. Tetapi saya hanya mahu bekerjasama dengan suruhanjaya diraja untuk siasat perkara ini,” katanya.

Menurutnya, pendedahan ini dibuat kerana bimbang masa depan negara kelak ditentukan oleh warga asing, dan pada masa yang sama menafikan hak rakyat untuk mengundi secara telus.

“Ini suatu ancaman kepada negara dan amat bahaya. Saya tahu saya menanggung risiko besar mendedahkan perkara in dan menyerahkan keselamatan saya kepada ALLAH SWT kerana tidak mahu membiarkan tanah air tergadai,” katanya.

Mahfuz berharap suruhanjaya itu dapat ditubuhkan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).



Task force IC: Pemuda PAS Alor Setar lapor polis

ALOR SETAR, 6 April: Pemuda PAS Alor Setar hari ini membuat satu laporan polis berhubung pendedahan wujudnya task force khas di bawah Jabatan Perdana Menteri yang memberikan kerakyatan kepada warga asing untuk membolehkan mereka mengundi BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) nanti.

Laporan polis itu dibuat Ketua Pemuda PAS Alor Setar Norazam Razak di Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Setar di sini kira-kira jam 11 pagi ini.

Turut mengiringinya, AJK PAS Pusat Mazlan Aliman, Setiausaha Akbar Presiden PAS, Nasaie Ismail serta 10 penyokong.

“Bagi saya pendedahan itu sangat serius seolah-olah nak jual Negara kepada orang asing.

“Ini sesuatu yang tidak boleh dimaafkan kerana ianya pengkhianatan kepada Negara,” kata Mazlan ketika dihubungi Harakahdaily.

Beliau turut berada di sana sempena lawatan kerja Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat yang dipengerusikannya.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar Rabu lalu mendedahkan, bahawa wujud satu pasukan khas yang didakwa memberi kerakyatan kepada warga asing untuk membolehkan mereka mengundi.

Ianya antara lain turut dianggotai wakil SPR, adalah pegawai-pegawai kanan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Bagaimanapun beberapa nama yang dikaitkan dengan task force itu menafikan dakwaan itu termasuk Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar dan Setiausaha MKN Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab.

“Kita mintak perbuatan jijik ini dihentikan segera oleh pihak-pihak terlibat.

“Saya juga menggesa dewan pemuda, muslimat kawasan di seluruh Negara untuk membuat laporan sama,” kata Mazlan.
-HD



Ulasan GB

Oleh kerana isu ini besar dan penting, semua dewan-dewan pemuda, muslimat dan ulamak serta kawasan-kawasan & perhubungan negeri sepatutnya membuat laporan polis di tempat masing-masing.

Ia perlu dipandang serius oleh parti. Ini kerana SPR sudah terbukti tidak mempunyai integriti lagi. Pemberian IC kepada warga asing untuk membolehkan mereka mengundi demi mempastikan kemenangan UMNO BN adalah satu pengkhianatan terhadap unsur demokrasi disamping satu penderhakaan terhadapan kedaulatan negara yang tidak boleh dipandang sepi. Apatah lagi yang terlibat sama adalah pegawai PM sendiri.

Wan Ahmad dan mereka yang terlibat di dalam task force itu perlu ditangkap, diadili dan dihumbankan ke penjara.

Sementara ahli-ahli yang lain, jangan lupa untuk menghadiri BERSIH 3.0 pada 28 April ini nanti.


Laporan sebelum ini
klik untuk baca