14 Mei 2009

Nizar Zambry : Jika Gagal Najib Bakal Hadapi Undi Tidak Percaya

Majoriti rakyat telah pun menyatakan suaranya bahawa : Pilihanraya adalah PERLU dilaksanakan di Perak untuk menamatkan kemelut politik Perak.

Samada ianya diterima atau tidak oleh Najib dan pihak istana adalah satu hal yang tidak perlu dijadikan persoalan kerana kemelut ini didatangkan dan dimulakan oleh Najib sendiri.

Hari ini Pakatan Rakyat bersatu hati menyatakan bahawa mandat seharusnya dikembalikan kepada rakyat negeri Perak untuk menentukan kerajaan yang sah, bukan dengan cara yang lain.


Sebelum ini pun telah timbul desakan supaya dewan undangan negeri dibubarkan termasuklah dari anggota kerabat BN sednri seperti dari Gerakan dan MCA juga ahli Parlimen Gua Musang.

Sebelum ini 43 Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang mewakili pelbagai bangsa menyerahkan satu memorandum kepada Sultan Perak memohon perkenan baginda membubarkan Dewan Undangan Negeri.

Memorandum yang berupa petition rakyat Perak memohon perkenan Sultan untuk diadakan pilihanraya bagi memberikan rakyat mandat untuk memilih kerajaan negeri yang mereka mahukan.

Jurucakap kumpulan NGO berkenaan Mohd Nazri Sahat berkata pihaknya bebas daripada pengaruh mana-mana parti politik tetapi perihatin kepada kemelut politik yang berlarutan di Perak.

Justeru itu, apakah yang menjadi masalah kepada Najib untuk menolak opsyen ini? Pihak istana enggan? Tidak mungkin kerana Najib juga yang merafak sembah membawa sekalian ADUN-ADUN BN termasuk 3 yang melompat mengadap dan mendesak Sultan sewaktu rampasan kuasa itu.

Kuasa siapakah yang menentukan kerajaan sesebuah negeri? Rakyat atau istana?

Oleh itu, apakah Najib mampu untuk menanggung risiko diberikan undi tidak percaya nanti sebagai perdana menteri yang lemah - lebih lemah dari Tun Abdullah - yang sebelum ini menjadi sasaran rakyat sehingga berlaku peralihan kuasa kepada Najib sebelum tempoh penggal pemerintahan Tun Abdullah berakhir?

Apakah Najib mahu peralihan kuasa beliau kepada timbalannya dipercepatkan sebelum beliau tamat mengemudi negara walau sepenggal? Fikir-fikirkanlah Najib.

Nizar Zambry : 97% Kata Pilihanraya Perlu DIadakan Di Perak

Setelah didedahkan mengenai kepincangan undian SMS yang diraui jawapannya, malam ini Edisi 7 membetulkan kembali dimana di dalam soalan "Perlukan diadakan pilihanraya untuk tamatkan kemelut politik Perak, 97% menyatakan PERLU manakala cuma 3% menyatakan TIDAK PERLU.

Sementara itu, Pakatan Rakyat sepakat menyatakan kesediaan bertemu Datuk Seri Najib Razak demi mengukuhkan demokrasi dan institusi kerajaan dalam mencari penyelesaian kemelut politik Perak.

Bagaimanapun mereka juga percaya langkah terbaik adalah melalui pembubaran DUN dan pilihanraya semula peringkat negeri seperti disarankan oleh beberapa pihak, termasuk ahli politik BN dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

"Pakatan Rakyat mengambil sikap terbuka dan bersedia untuk bertemu dengan perdana menteri untuk memperkukuh demokrasi dan institusi kerajaan Perak.

"Kami dari Pakatan Rakyat ingin mengulangi pendirian bahawa mandat seharusnya dikembalikan kepada rakyat negeri Perak untuk menentukan kerajaan yang sah,” kata ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kami mengambil maklum bahawa terdapat badan-badan dan individu seperti Suhakam, Majlis Peguam, ahli akademik, pemimpin, termasuk daripada komponen BN, yang dipertua Dewan Negara, dan pelbagai pihak lain.

“(Mereka) berpandangan bahawa penyelesaian terbaik bagi masalah Perak adalah dengan membubarkan DUN bagi membolehkan pilihanraya baru diadakan."

Anwar menjelaskan pendirian rasmi pembangkang selepas mesyuarat majlis pimpinan Pakatan Rakyat di ibu pejabat PAS, Kuala Lumpur petang ini.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, tokoh utama DAP Lim Kit Siang, Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa dan Timbalan Presiden PKR Syed Husin Ali turut hadir di sidang media tersebut.

Dua pemimpin kanan kerajaan Pakatan di Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Datuk Ngeh Ko Ham duduk di kiri Anwar di bilik mesyuarat tersebut.

Abdul Hadi turut menyokong saranan agar pilihanraya di peringkat negeri diadakan bagi menyelesaikan perebutan kuasa BN-Pakatan di Perak.

"Dan sekarang sudah ada pandangan daripada semua pihak bukan sahaja dari pihak PAS, PKR dan DAP, tetapi termasuk juga dari kalangan akademik dan termasuk kalangan Umno. Gerakan sendiri sudah membuat kenyataan terbuka (untuk mengadakan pilihanraya).

"Oleh itu sudah menjadi pandangan majoriti, dari segi mafhumnya, kembalikan kepada rakyat untuk menyelasaikan krisis ini. Kalau tidak ia akan menjadi berlarutan," katanya.

Diminta mengulas perbezaan pendirian Pakatan itu dan Najib yang enggan membubarkan DUN, Anwar berkata:

"Kita bersedia untuk mendengar. Kita beri pandangan kita. Kalau beliau nak bagi pandangan, kita dengarlah. Lepas kita jumpa (dengan Najib), kita beritahu."

Mesyuarat lebih sejam tersebut bermula kira-kira 2.30 petang.

Pada sebelah pagi, di tempat yang sama, lajnah politik PAS mengadakan mesyuarat, termasuk membincangkan kemelut politik negeri tersebut yang berlarutan sejak Februari lalu.

Pertemuan yang diketuai Abdul Hadi memakan masa lebih dua jam sejak 10 pagi dan dihadiri lebih kurang 20 anggota, termasuk barisan pemimpin kanan parti tersebut.

Seorang anggota lajnah tersebut Khalid Samad memberitahu Malaysiakini, perbincangan isu Perak bagi menyelaraskan pendirian PAS sebelum mesyuarat Pakatan Rakyat.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas butiran sikap PAS yang diputuskan dalam biro tersebut.

Perdana menteri hari ini mengulangi kesediaannya itu dengan menyatakan Pakatan Rakyat tidak wajar meletakkan sebarang syarat untuk menjayakan cadangan tersebut.

Dalam kenyataan awalnya hari ini, Lim berkata perdana menteri wajar memanggil "sidang puncak" dengan pemimpin Pakatan Rakyat untuk meredakan krisis tersebut - yang mencemarkan beberapa institusi penting negara dan merosakkan imej negara di mata dunia.

Bercakap kepada pemberita demikian selepas menghadiri satu froum umum di Petaling Jaya malam tadi, tokoh popular DAP itu berkata krisis Perak bukan suatu isu peringkat negeri semata-mata.

Sebaliknya, tambah beliau, adalah krisis yang menggambarkan perlembagaan dan institusi negara.


Bila Exco Samseng UMNO/BN Buat laporan Polis


Exco Haram Perak Hamidah Osman yang juga ADUN Sungai Rapat yang pernah menimbulkan kotroversi berkaitan dengan "ular" membuat laporan polis terhadap Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar yang didakwanya telah menyalahgunakan kuasa dengan menghalau tujuh Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional dan tiga ADUN Bebas keluar dari dewan pada persidangan DUN 7 Mei lepas.

Laporan Hamidah ini menimbulkan tafsiran yang sebaliknya bahawa sebenarnya Sivakumarlah Speaker yang masih sah sehingga sekarang.

Hamidah berkata tindakan Sivakumar jelas menunjukkan ia tidak menerima keputusan yang dikeluarkan mahkamah sebelum ini yang boleh dianggap sebagai menghina kredibiliti dan integriti mahkamah.

Sedangkan pada hakikatnya Sivakumar juga pada persidangan tersebut perlu diingatkan berkali-kali mengumumkan tindakannya menghalau mereka itu atas dasar untuk menghormati Jawatan Kuasa Hak dan Kebebasan Dewan yang dilantik secara sah dalam Dewan Negeri Perak yang telah memutuskan keputusan itu.

Hamidah mendakwa Sivakumar bertindak di luar bidang kuasanya dengan menghalau 10 ADUN yang sepatutnya bersidang dan enggan memulakan persidangan walaupun mahkamah telah membuat keputusan sebelum ini. Dia membuat laporan di Balai Polis Sungai Senam di sini malam tadi.

Selain itu tindakan ADUN Pakatan Rakyat yang berdiri di hadapan Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah ketika baginda hendak memulakan titah perasmian persidangan itu juga dianggap oleh Hamidah menghina institusi diraja.

Sedangkan Pihak Pakatan Rakyat telah memaklumkan tindakan itu cuba diputar belit oleh BN dan sekali ini oleh Hamidah pula walaupun tujuan ADUN PR adalah untuk melaporkan apa yang berlaku di dalam Dewan kepada Raja Nazrin.

Saya suka memaklumkan dalam keadaan ADUN PR, yang berdiri lebih ramai adalah di kalangan polis yang dibawa masuk oleh BN dengan membuat benteng rantai tangan mengelelilingi pentas Diraja dan telah dititahkan DYTM Raja Nazrin untuk keluar dewan setelah mendapat sembah laporan dari DS. Nizar.- Idhamlim.


Kisah Seorang Penjaga Negeri - Mahatma Zambry

Datuk Dr Zambry Abdul Kader sudah naik tocang apabila dia nak samakan kedudukan dan apa yang sedang berlaku di Perak dengan apa yang dialami oleh pejuang kemanusiaan Afrika Selatan dan Negarawan Dunia Nelson Mandela dan wira rakyat dan pejuang hak kesamaan manusia Mahatma Ghandi.

Agak keterlaluan bagi Zambry untuk menyamakan dirinya dengan Mandela mahupun Ghandi apatah lagi untuk memetik ucapan pejuang hak asasi manusia Amerika Syarikat Dr Martin Luther King sebagai sesuatu yang nak membenarkan apa yang sedang dialaminya.

Kedudukan Zambry sendiri masih menjadi tanda tanya walaupun dia mendapat perintah Mahkamah Rayuan yang diadili oleh seorang hakim. Perintah Mahkamah Rayuan itu masih samar-samar.

Hakim Ramly Ali yang bersidang seorang diri di Mahkamah Rayuan Putrajaya hanya membuat perintah menangguh penghakiman Mahkamah Tinggi KL bahawa MB Perak yang sah dari segi undang-undang adalah Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin, dan bukan membuat perintah bahawa MB yang sah adalah Zambry.

Perintah yang dibuat adalah tangguh, bukan batal atau ketepikan perintah Mahkamah Tinggi. Jika tangguh bermakna akan disambung semula satu hari kelak. Jika Mahkamah Rayuan perintah untuk membatalkan atau mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi, maka ia dengan sendirinya menafikan kesahihan Ir Nizar sebagai MB. Oleh kerana perintah sedemikian tidak dibuat, maka Ir Nizar masih MB yang sah, bukan Zambry.

Keliru? Ya, ramai yang keliru termasuk mereka yang bergelar peguam. Peguam yang pro-UMNO membuat tafsiran pro-UMNO dan peguam yang pro-PR membuat tafsiran pro-PR.

Apa kesudahannya?

PM Najib Tun Razak nampaknya tidak mahu mengembalikan mandat memilih pentadbiran baru kepada rakyat melalui pilihan raya sedangkan itulah cara paling baik untuk cuba menyelesaikan kemelut politik Perak.

Kenapa Najib tidak mahu berbuat demikian sedangkan tokoh veteran UMNO seperti Tengku Razaleigh Hamzah, timbalan presiden MCA Dr Chua Soi Lek dan SU Agung Gerakan dan SUHAKAM sependapat bahawa penyelesaian terbaik adalah di adakan pilihan raya sekali lagi bagi DUN Perak.

Jawapannya mudah. Maklumat yang sampai kepada Najib melalui sumber-sumber risikan rasmi dan tidak rasmi menunjukkan kemenangan tidak akan memihak kepada BN sekiranya diadakan pilihan raya. Itulah sebabnya.

Oleh kerana BN akan hilang kuasa di Perak maka BN tidak mahu pilihan raya diadakan. BN lebih suka kuasanya yang seakan-akan telur di hujung tanduk itu dikekalkan melalui cara dan kaedah lain.

Jika apa yang diperkatakan ini tidak betul dan BN memang mendapat sokongan rakyat seperti yang didakwa oleh para pemimpin BN, kenapa takut untuk berdepan dengan rakyat sekali lagi? Bukankah berani itu kerana benar dan takut itu kerana salah?

Ayuh! Mohon perkenan Sultan supaya DUN Perak dibubarkan. Rakyat dah naik meluat dengan apa yang sedang berlaku.

Jangan biarkan kemeluatan rakyat berpanjangan kerana padahnya akan dapat dilihat pada Pilihan Raya Umum ke-13. -kudaranggi


Nizar Zambry : Seluruh Rakyat Patut Buat Laporan Polis Ke Atas UMNO/BN

Bernama melaporkan 27 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Perak daripada Barisan Nasional (BN) bersama tiga Adun Bebas membuat laporan polis hari ini terhadap bekas Speaker V Sivakumar yang didakwa menyalahgunakan kuasa berhubung kekecohan yang berlaku semasa Persidangan DUN, 7 Mei lalu.

Mereka yang menaiki sebuah bas kerajaan negeri tiba di Balai Polis Sungai Senam di sini jam 2.15 petang untuk membuat laporan mereka.

Exco Kanan Kerajaan Perak, Datuk Hamidah Osman, berkata Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dijangka membuat laporan serupa esok.

Mengulas kejadian tersebut, seorang pemimpin Pakatan rakyat menyatakan bahawa seluruh rakyat Perak boleh membuat laporan polis mengenai hal yang sama untuk membuktikan bahawa 27 ADUN-ADUN berkenaanlah yang telah menimbulkan kekecohan di dalam sidang DUN Perak 7 hb yang lepas.

Tindakan ADUN-ADUN berkenaan hanya untuk menutup perilaku hodoh dan jijik mengusung Sivakumar yang dilakukan oleh penceroboh-penceroboh yang dibawa masuk ke dalam dewan pada hari berkenaan.


Malah wakil rakyat DAP menggesa pihak berkuasa menyiasat dakwaan mereka bahawa senjata, termasuk sepucuk pistol, dibawa masuk ke dalam sidang DUN Perak pada 7 Mei lalu.

Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming berkata, senjata itu dibiarkan dibawa masuk walaupun terdapat kawalan keselamatan yang ketat dan pengesan logam turut dipasang pada hari berkenaan.

Beliau juga menyebutkan contoh ADUN Jelapang, Hee Yit Fong memiliki satu alat penyembur pemedih mata, sebagai satu lagi contoh senjata dibawa masuk ke dalam dewan.

“Mungkin (kakitangan keselamatan) hanya berminat memeriksa Pakatan (Rakyat),” kata Nga dalam sidang akhbar di ibupejabat DAP Perak di Ipoh hari ini.

Satu klip video turut ditayangkan dalam sidang akhbar tersebut yang menunjukkan seorang lelaki berpakaian putih, dilihat seperti mencapai satu objek yang terselit di belakang seluarnya. Objek itu bagaimanapun tidak dapat dilihat dengan jelas.

“person suspected to carry a weapon in perak state assembly building on 070509 130509.” Insiden tersebut berlaku sejurus selepas berbelas individu yang tidak dikenali menyerbu masuk ke dalam dewan untuk membawa keluar Speaker V Sivakumar.

Ditanya sama ada terdapat sebarang peraturan tetap dewan yang melarang senjatapi dibawa masuk ke dalam DUN, Sivakumar berkata, tidak ada, tetapi larangan itu merupakan amalan yang digunakan di seluruh dunia.

Katanya, terdapat sebuah bilik khas yang disediakan di bangunan SUK bagi membolehkan individu menyimpan senjata mereka sebelum masuk ke dalam DUN


UMNO Kena Pilih Di antara Dua, Kalah Di Perak Sekarang Atau Kalah Di Seluruh Malaysia Pada PRU13

Parti UMNO/BN perlu membuat keputusan sekarang samada ingin menyokong pembubaran DUN Perak dan mengadakan pilihanraya di negeri itu sekarang atau bersiap sedia untuk menerima hukuman dari rakyat dengan lebih teruk di dalam pilihanraya umum ke 13 nanti dimana ketika itu rakyat seluruh negara akan bersimpati dengan apa yang berlaku di Perak.

Demikian dinyatakan oleh seorng pensyarah Sains Politik hari ini yang mengulas kenyataan mantan perdana menteri Tun Mahathir yang menyatakan Pakatan akan menang jadi mengapa perlu UMNO/BN nak adakan pilihan raya.

Mahathir juga telah menyarankan pula supaya Barisan Nasional (BN) mengemukakan undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin jika mempunyai suara majoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

"Jika langkah itu yang diambil oleh UMNO/BN, ia akan menaikkan lagi kemarahan rakyat Perak yang kini berdiri teguh di belakang Nizar," tambahnya.

"Bintang Nizar semakin bercahaya, beliau baru sahaj menjadi ahli parlimen, siapa pula Mahathir yang bintangnya semakin malap dan sedang menurun?" tegasnya.

Mahathir yang kini menjadi penasihat tidak rasmi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah berjaya mempengaruhi Najib membuat keputusan memilih anaknya Mukhriz yang tewas di dalam jawatan merebut Ketua Pemuda menjadi seorang timbalan menteri.

Sejarah pemerintahan Mahathir dipenuhi dengan pelbagai peristiwa hitam yang mencacatkan demokrasi dimana di zamannyalah berlaku pelbagai bentuk penyalahgunaan kuasa dan penangkapan pemimpin-pemimpin pembangkang di bawah ISA.

"Malah beliau pernah memecat ketua hakim negara yang membuat keputusan yang tidak berpihak kepada partinya," kata seorang penganalisis politik.



Tuduhan Mohamad Daud Iraqi Berbahaya dan Merugikan Jemaah

Mohammad Daud Iraqi, Ketua Dewan Ulamak PAS telah membuat kenyataan yang berbahaya kepada jemaah parti dimana beliau telah membuat TUDUHAN bahawa wujud gejala membeli undi menjelang muktamar agung parti itu Jun ini.

Tuduhan itu dibuat secara terbuka tanpa bukti dan telah dieksploitasikan oleh musuh yang menyamakan PAS sebagai parti-parti politik lain.

Pucuk pimpinan PAS telah diminta memberi perhatian serius terhadap kenyataan Daud Iraqi tersebut.

Anggota Lujnah Politik Pas Kelantan, Abdul Fatah Harun, berkata Mohamad yang mendedahkan perkara itu perlu membuat laporan rasmi agar tindakan dapat diambil terhadap mereka yang terbabit.

"Jika dakwaan itu tidak benar, dan beliau sengaja mengada-adakan cerita, maka tindakan wajar diambil terhadap beliau," katanya kepada Bernama.

Abdul Fatah, yang juga Pengarah Pilihan Raya Pas Kelantan, berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Mohamad bahawa ada individu tertentu yang sanggup memberi "hadiah" kepada perwakilan menjelang muktamar agung parti itu di Shah Alam Jun ini.

Abdul Fatah berkata kenyataan itu memeranjatkan ahli parti dan keadaan ini memperlihatkan Pas seolah-olah sama dengan parti lain.

Selain dari perkara di atas banyak lain kenyataan serta ada kritikan yang dilemparkan oleh sesetengah pemimpin PAS kepada golongan yang lain, malah diantaranya dengan sanggup pergi lebih jauh dengan menuduh mereka yang tidak sehaluan dengan mereka dengan panggilan-panggilan kurang baik malah melakukan serangan secara terbuka di blog-blog.

Kita melihat satu golongan di dalam jemaah PAS yang begitu keterlaluan dengan mengeluarkan istilah-istilah mee celup, menganggap orang lain sesat, menyindir pemimpin lain supaya bertanding ke jawatan yang lebih tinggi dan kini lemparan tuduhan rasuah di dalam jemaah. Ini amat menyedihkan. -tiung merah

Nizar Zambry : Mahathir Dedah Sikap Hipokritnya

Jika sebelum ini mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir menyifatkan langkah merampas kuasa yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib sebagai satu tindakan yang gopoh dan menyatakan bahawa seorang Raja tidak mempunyai hak untuk memecat seorang ketua kerajaan, tetapi hari ini Mahathir menyarankan pula supaya Barisan Nasional (BN) mengemukakan undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin jika mempunyai suara majoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Sikap hipokrisi darjah tertinggi Mahathir itu jelas apabila beliau mengakui bahawa BN akan kalah jika DUN dibubarkan untuk memberi laluan bagi pilihan raya baru.

"Kalau nak buat pilihan raya, kita sudah tahu apa kesudahannya.

"Pakatan akan menang jadi mengapa kita nak adakan pilihan raya, tapi itu hanya pandangan saya. Saya tak buat apa-apa survey, undian. Ia hanya pandangan saya selepas melihat perkembangan di Bukit Gantang dan juga cakap-cakap dengan orang," katanya selepas menyampaikan ucapan bertajuk 'Malaysia - Today Knowledge Economy' di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai cadangan beberapa pihak untuk mengadakan pilihan raya negeri bagi menyelesaiakn krisis di Perak.

Bekas Perdana Menteri itu juga berkata, rakyat hari ini sudah bosan dengan pilihan raya kecil. Namun ramai berpendapat kenyataan Mahathir itu adalah lantaran kecewanya apabila rakyat telah menolak UMNO/BN di Bukit Gantang llu dimana beliau telah turut turun padang untuk berkempen bagipihak BN tetapi masih kalah juga.

Kini beliau senada dengan Najib apabila mendakwa pilihanraya kecil sebagai sesuatu yang membazir.

"Rakyat 'sakit' dengan pilihan raya...lagipun ia akan menggunakan wang yang banyak untuk pilihan raya," katanya.

Mengulas lanjut mengenai krisis pertukaran Menteri Besar di Perak yang masih belum selesai, beliau berkata, isu itu perlu diselesaikan dengan segera kerana ia akan memberi pandangan yang negatif terhadap dunia luar.

"Tak elok bile dunia asyik tengok kita sentiasa bertukar Menteri Besar di Perak.

"Mula-mula kata anda bukan lagi Menteri Besar.

"Esok pula kata, keputusan itu tak boleh digunapakai lagi, perlu beri masa...ini macam permainan musical chair...ia tak baik," katanya.


Nizar Zambry : Pilihanraya Di Perak Sesuatu Yang Mesti Untuk Tamatkan Krisis Perak

Rata-rata penganalisis politik berpendirian bahawa pembubaran DUN dan plihanraya negeri perlu diadakan bagi menamatkan krisis politik yang diakibatkna oleh rampasan kuasa kerajaan UMNO BN beberapa bulan yang lalu.

"Samada disukai atau tidak samada oleh kerajaan atau istana, pilihanraya adalah satu kemestian sekalipun Najib berpendirian bahawa ia bukan sesuatu yang harus," tegas seorang pensyarah Sains Politik mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyatakan pilihan raya semula adalah satu daripada opsyen yang ada untuk menyelesaikan kemelut politik di Perak tetapi ia bukanlah sesuatu yang harus.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis perhimpunan Hari Pekerja Sektor Awam hari ini, Najib berkata pilihan raya semula adalah satu daripada opsyen yang ada untuk menyelesaikan kemelut politik di Perak tetapi ia bukanlah sesuatu yang harus.

Najib berkata Barisan Nasional (BN) tidak gentar untuk menghadapi apa jua kemungkinan termasuk pilihan raya sekiranya itu yang diputuskan.

"Jika sudah demikian maka Najib boleh menasihati Sultan Perak untuk menerima usul yang dikemukakan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar supaya DUN dibubarkan dan pilihanraya diadakan semula. Sampai bila nak bertangguh? Adakah PM dan pihak suka negeri Perak terus huru-hara? Tentu sekali tidak." tegas pensyarah Sains Politik tersebut.

Sementara itu pemimpin-pemimpin kanan Pakatan Rakyat mengadakan perjumpaan hari ini bagi membincangkan isu berhubung krisis politik Perak.

Mesyuarat tersebut dijadualkan diadakan di ibu pejabat PAS di Jalan Rajat Luat jam 2 petang ini.

Satu sidang media akan diadakan kira-kira jam 3 petang di tempat yang sama.

Pada sebelah pagi, di tempat yang sama, lajnah politik PAS mengadakan mesyuarat khas membincangkan kemelut politik negeri tersebut yang berlarutan sejak Februari lalu.

Ahli parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang berkata, perbincangan itu isu Perak akan menjadi "agenda utama" dalam pertemuan para pemimpin atasan gabungan pembangkang, termasuk kesediaan perdana menteri berjumpa dengan mereka.


Laporan SPRM dibuat terhadap ADUN UMNO BN Sungai Rapat

Bapa kepada dua anaknya yang dibelasah oleh sekumpulan samseng di sebuah restoran di Pekan Razaki, Gunung Rapat di sini, memfailkan satu laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kerana mendakwa terdapat campur tangan pihak atasan dalam kes tersebut.

Jurucakap, Fauzi Muda berkata, bapa tersebut, Sahul Hamid Rowther Mohamed Bawa tidak berpuas hati apabila samseng yang didakwanya kongsi gelap yang memukulnya anak-anaknya dibebaskan ekoran dilindungi dan dijamin oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rapat, Datuk Hamidah Othman (gambar)

“Mangsa dan bapa mangsa telah dimaklumkan oleh pegawai penyiasat bertugas bahawa suspek terpaksa dilepaskan atas campur tangan ADUN itu Hamidah dan pegawai itu terpaksa akur arahan pihak atasan,” katanya.

Fauzi yang juga Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Ipoh Barat berkata, punca kejadian tersebut adalah kerana salah seorang dari kumpulan samseng tersebut tidak mahu mangsa Mohamed Faizal,18. dan Mohamed Nor Fadhzil, 24. meminta hutang darinya.

Menurutnya, kejadian itu berlaku pada 7 Mei pada kira-kira jam 10 malam di sebuah restoran di Gunung Rapat.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa itu telah dibelasah oleh kira-kira 40 orang samseng.

“Kumpulan samseng itu didakwa berkata dengan sombong bahawa mereka adalah dari kumpulan samseng di kawasan Gunung Rapat dan tiada siapa yang boleh berbuat apa-apa terhadap mereka,” katanya. -sinarharian






Tindakan Zambry Sungguh Memalukan - Khalid

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menyifatkan permohonan penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung isu Menteri Besar Perak oleh Datuk Seri Dr Zambry Kadir sebagai cukup memalukan.

Beliau berkata, tindakan Zambry memalukan kerana dilihat seolah-olah enggan menerima keputusan mahkamah selain ingin mempertahankan statusnya sebagai Menteri Besar.

Menurutnya lagi, penangguhan itu tidak akan membawa sebarang perubahan memandangkan mahkamah telah membuat keputusan bahawa Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar yang sah.

“Mahkamah Tinggi dah putuskan bahawa beliau (Zambry) bukan menteri besar yang sah sebaliknya jawatan itu adalah kepunyaan Nizar.

“Tapi beliau tak boleh terima dan buat permohonan untuk menangguhkan keputusan mahkamah tersebut. Memang memalukan” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Isnin lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Abdul Aziz Abdul Rahim mengisytiharkan Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah selepas memutuskan Ahli Dewan Undangan (ADUN) Pasir Panjang itu tidak mengosongkan jawatan sebagai menteri besar kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti ADUN.

Bagaimanapun, Nizar hanya sempat menyandang jawatan itu kembali selama 19 jam apabila Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Ramly Ali membenarkan permohonan Zambry bagi penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi.

Dengan keputusan tersebut, Zambry kekal sebagai Menteri Besar Perak sehingga Mahkamah Rayuan menyelesaikan kes rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi.

Khalid berkata, Zambry tidak mempunyai justifikasi untuk membuat rayuan tersebut dan mempertahankan jawatan sebagai menteri besar.

“Atas alasan apa beliau nak buat rayuan? Kalau ditangguhkan sekalipun, beliau bukannya boleh mengubah keputusan Mahkamah Tinggi,” katanya.


Bapa Nurin Ambil Tindakan Undang-undang Ke Atas Polis

Bapa Nurin Jazlin, Jazimin Abdul Jalil mengemukakan permohonan supaya mahkamah menentukan sama ada Ketua Polis Negara dan tiga defendan lain bertanggungjawab terhadap penyebaran beberapa keping gambar bedah siasat kanak-kanak itu di internet.

Jazimin, 35, memfailkan permohonan setelah defendan-defendan melalui penyataan pembelaan mereka mengaku kecuaian Lans Koperal Amran Arifin yang membawa balik draf dan lebihan laporan bedah siasat menyebabkan gambar-gambar bedah siasat anaknya itu tersebar melalui telefon bimbit berkamera dan internet.

Permohonan dikemukakan melalui Tetuan Akberdin & Co di Mahkamah Tinggi di sini, semalam.

Berdasarkan pengakuan liabiliti defendan-defendan, Jazimin memohon supaya kes tidak lagi perlu dibicarakan sebaliknya mahkamah terus memutuskan isu sama ada mereka perlu membayar pampasan kepadanya.

Dalam permohonan itu Jazimin menyatakan, beliau mengambil tindakan kerana kecuaian defendan-defendan dalam pengendalian gambar-gambar bedah siasat tersebut hingga tersebar sedangkan gambar-gambar adalah dokumen sulit yang sepatutnya hanya untuk kegunaan pihak berkuasa bagi menjalankan siasatan kes penculikan dan pembunuhan anaknya.

“Saya menghantar surat bertarikh 4 Mei 2009 kepada Peguam Persekutuan sebagai saranan supaya tindakan undang-undang segera diambil terhadap anggota polis berkenaan yang bertanggungjawab terhadap penyebaran gambar-gambar tersebut.

“Bagaimanapun defendan-defendan tidak mahu membayar sebarang pampasan dan keengganan amat tidak wajar memandangkan defendan-defendan jelas memalukan, mencemarkan nama baik, reputasi dan menjatuhkan martabat saya dan keluarga,” kata Jazimin dalam permohonan tersebut.

Menurut kenyataan alasan Jazimin, akibat kecuaian defendan, ketenteraman dan maruah terganggu selain memberikan impak dahsyat kepada emosinya dan keluarga selepas kematian Nurin.

“Ini kerana gambar-gambar tersebut bersifat sulit dan peribadi sepatutnya berada dalam kawalan dan jagaan defendan-defendan untuk menjalankan siasatan bukannya untuk tatapan umum.

“Defendan-defendan dalam penyataan pembelaan menyatakan bahawa gambar-gambar tersebut dirakam oleh anggota polis bertugas semasa bedah siasat Nurin dijalankan untuk maksud penyiasatan dan anggota tersebut kemudiannya diarahkan untuk memusnahkan lebihan laporan,” katanya.

“Bagaimanapun Amran tidak mematuhi arahan sebaliknya membawa balik lebihan laporan mengandungi gambar-gambar bedah siasat tersebut ke rumah dan menunjukkannya kepada jiran.

“Gambar-gambar tersebut telah dirakam dan disebarkan melalui telefon berkamera dan internet (e-mel) selanjutnya defendan-defendan menegaskan tindakan Amran membawa balik lebihan laporan adalah berasaskan motif peribadi yang tiada kaitan dengan skop pekerjaan tugasnya,” katanya.

Dalam permohonannya juga dinyatakan, pekerja di syarikat keselamatan itu memfailkan saman pada 21 Ogos tahun lalu terhadap Ketua Polis Negara, Ketua Polis Selangor, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya dan kerajaan Malaysia, dengan dakwaan kecuaian berhubung penyebaran gambar bedah siasat anaknya melalui Internet.

Kemudian pihak defendan dalam pernyataan pembelaan mereka pada 5 Disember tahun yang sama mengaku bahawa gambar yang disiarkan adalah gambar bedah siasat kanak-kanak itu bagaimanapun mendakwa kejadian adalah di luar kawalan mereka.

Memetik laporan media sebelum ini, adik Nurin Jazlin, 8, hilang pada 20 Ogos 2007 selepas keluar seorang ke pasar malam berhampiran rumahnya di Wangsa Maju.

Selepas 27 hari berita kehilangannya tersebar, seluruh negara kemudiannya gempar dengan penemuan mayatnya dalam sebuah beg sekolah yang diletakkan di hadapan sebuah kedai di Petaling Jaya.

Hasil bedah siasat menyatakan, kanak-kanak comel itu mati akibat didera secara seksual dengan kejam oleh pembunuhnya.


Nizar Zambry : Pemuda PAS Mohon Pemangku Sultan Perak Perkenan Bubar Dun

.PEMANGKU Sultan Perak, Raja Muda Nazrin Shah dirayu membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak secepat mungkin demi menjaga kesejahteraan rakyat yang kini 'terumbang-ambing' ekoran politik yang kian tidak stabil, lapor Roy Rasul.

Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub berkata, dalam menghadapi kemelut politik Perak yang kian celaru itu, jasa baik pihak istana membubarkan Dun amat diperlukan.

"Cara terbaik bubarkan saja Dun Perak itu dan saya mengharapkan Tuanku Sultan Perak terutama Raja Nazrin sendiri yang melihat bagaimana berlakunya kejadian-kejadian yang tidak dingini dalam persidangan Dun Perak pada 7 Mei lalu.

"Pada hari itu, berlakunya pergelutan dan kejadian yang sangat memalukan di mana Speaker diangkat dengan kerusinya sekali," katanya mengulas keputusan Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Dato' Seri Zambry Abd Kadir untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 12 Mei lalu, yang mengisytiharkan Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Beliau berkata, dalam keadaan sekarang, setelah kemelut di Perak berlangsung lebih kurang 100 hari, jalan terbaik untuk kebaikan rakyat Perak, negeri Perak sendiri dan menjaga nama baik raja-raja maka seharusya sultan perkenan Dun Perak itu dibubarkan.

Beliau bimbang urus tadbir rakyat akan terabai dan rakyat akan menerima kesan yang sangat buruk.

Mengulas tentang keputusan Mahkamah Rayuan pada 12 Mei lalu, Salahuddin sudah mengandaikan perkara tersebut akan memihak kepada Zamry.

"Semalam pun kita minta ditolak dan hari ini (12 Mei) mereka pergi ke mahkamah rayuan dan mereka akan mendapat perintah itu. Sebeb itu, kita tidak terkejut sebab mereka akan berbuat apa saja untuk menghalang kemenangan kita semalam," katanya ketika dihubungi.

Pada 12 Mei lalu, Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Zambry untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengisytiharkan Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Penangguhan keputusan mahkamah itu diberikan sementara menunggu selesai rayuan yang dikemukakan oleh Zambry berhubung perkara tersebut.

Nizar Zambry : Politik Perak Dan Makna Slogan: SATU MALAYSIA SUDAH GILA

Tajuk di atas sudah wajar digunakan oleh semua akhbar di Malaysia, untuk menggambarkan keadaan politik Perak dan makna sebenar slogan Satu Malaysia yang dijeritkan oleh UMNO. Slogan Satu Malaysia dengan bengis menjeritkan rakyat diutamakan, supaya semua kerja selesai. Tetapi di Perak slogan itu ditahan buat sementara, seperti Mahkamah Rayuan menahan sementara perintah Mahkamah Tinggi yang telah membuat keputusan Ir. Mohd. Nizar sah sebagai MB Perak.

Berapa lama slogan Satu Malaysia itu akan ditahan sementara di Perak? Tidak ada jangka masa tertentu, malah sudah jelas slogan itu tidak boleh dipakai di DUN Perak sehingga UMNO/BN pasti mereka akan berkuasa selama-lamanya di Perak. Adakah ini bermakna rakyat tidak diutamakan di Perak? Sebenarnya rakyat diketepikan di seluruh Malaysia, bukan di Perak saja. Itulah maksud sebenar Satu Malaysia wajib dikuasai kekayaan ekonominya oleh UMNO/BN dengan menguasai semua kerajaan, Persekutuan dan Negeri.

Sekarang rakyat sudah jelas apa maksud sebenar slogan Satu Malaysia itu. Orang UMNO tentu menafikannya, tetapi itulah yang mereka buat. Mereka telah menafikan hak rakyat Perak untuk menentukan siapa yang akan jadi pemerintah Perak. Seperti sudah terbukti dalam masa lebih 50 tahun ini, rakyat tidak pernah mendapat keutamaan dari UMNO/BN, oleh itu rakyat ditindas dan didera di Kelantan kerana memilih PAS, dan sekarang penderaan itu dilakukan di semua negeri yang jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.

Supaya UMNO/BN kelihatan sangat prihatin terhadap rakyat, semua akhbar yang dikuasai UMNO/BN, termasuk TV dan Radio, menjeritkan setiap minit dan dalam setiap berita atau ulasan berita di akhbar bahawa pihak pembangkang gila kuasa, tamak kuasa, rakus kuasa, dengan cuba berkuasa melalui pilihan raya, padahal mereka sepatutnya memberi kuasa itu kepada yang berhak, yakni UMNO/BN.

Apa sebab? Kerana UMNOlah yang layak memerintah Malaysia, setelah memerintah lebih dari 50 tahun dengan aman sentosa dan telah melahirkan pemimpin UMNO/BN yang kaya raya dengan harta dan gelaran Datuk, Tan Sri, Tun dan macam-macam lagi gelaran yang menggambarkan jasa besar mereka kepada rakyat dan negara yang mereka jadikan hak mereka dan anak-beranak mereka.

Oleh itu tepat sekali tajuk “Satu Malaysia Sudah Gila” dijadikan tajuk berita utama di semua akhbar Malaysia untuk menggambarkan jahatnya parti pembangkang yang ingin merebut kuasa dengan menggunakan mahkamah. Setelah 50 tahun tertipu, tidak munasabah jika ada rakyat Malaysia yang belum faham! (13/5/2009) - Mohd Affndi Hassan

Nizar Tidak Gila Kuasa Macam Zambry

Nizar menuntut haknya di mahkamah bukan untuk kepentingan diri sendiri tetapi untuk kepentingan dan kebaikan rakyat Perak. Beliau bukan kemaruk atau gila kuasa nak jadi MB. Beliau boleh berbuat demikian sewaktu UMNO menawarkan untuk tubuh kerajaan campuran dengan PAS. UMNO menawarkan Hj Nizar sebagai MB dan kesemua ADUN PAS sebagai EXCO. Tawaran ini dikemukakan oleh mereka yang diutus oleh UMNO untuk berunding dengan Pesuruhjaya PAS Perak. Tawaran tersebut ditolak mentah-mentah oleh PAS Perak termasuk Hj Nizar sendiri.

Menuntut haknya sebagai MB yang sah adalah bagi membolehkan DUN dibubarkan. Dengan kuasa sebagai MB, beliau boleh mengadap Tuanku sekali lagi bagi memohon perkenan supaya DUN dibubarkan. Beliau tidak mahu mengkhianati rakyat yang telah memberi mandat kepada PR untuk memerintah negeri Perak.

Seluruh rakyat Malaysia tahu sebelum ini Dato' Seri telah menghantar tiga pucuk surat kepada istana untuk mohon mengadap. Surat tersebut tidak mendapat maklum balas dari istana. Ada makluman mengatakan Tuanku hanya menerima mengadap MB yang sah sahaja ketika itu untuk mengadap. Hj Nizar dianggap MB yang tidak sah. Sebab itu, permohonan mengadap tidak diperkenan. Kita menghormati Tuanku dalam hal ini.

Sebaik Mahkamah Tinggi memutuskan Hj Nizar adalah MB yang sah, kenyataan pertama Hj Nizar ialah mohon mengadap Tuanku dan minta perkenan DUN dibubarkan. MB nizar mahu konflik dan kemelut politik segera berakhir.

Berbeza dengan Zambry, beliau memohon Mahkamah Rayuan menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi bagi membolehkan beliau berkuasa semula sebagai MB yang haram. Sepatutnya, kalaupun Mahkamah Rayuan mahu menerima rayuannya, Zambry hanya boleh masuk pejabat tapi tidak boleh menjalankan tugas untuk membuat keputusan-keputusan kerajaan, tidak boleh memberi arahan, tidak boleh meluluskan , tidak boleh menjalankan mesyuarat EXCO dan tidak boleh mewakili kerajaan dalam program-program rasmi kerajaan. Itu baru adil namanya. Duduk je la dalam bilik untuk terima elaun haram.

Jadi yang gila kuasa dan kemaruk kuasa sebenarnya adalah Zambry dan seluruh EXCO dan ADUN-ADUN BN.

Hj Nizar dalam tuntutannya asalnya juga memohon perintah gantirugi . Namun di atas kesedaran bahawa wang bukanlah matlamat tindakan Mahkamah ini, maka Hj Nizar telah menarik balik tuntutan gantirugi . Jika tidak ditarik terdapat kemungkinan besar Mahkamah Tinggi juga akan menganugerahkan gantirugi kepada Hj Nizar yang mungkin jika ditaksirkan akan mencecah jumlah yang agak tinggi.

Hj Nizar juga tidak memohon agar Zambry perlu membayar kos kepada beliau meskipun menjadi satu prinsip undang-undang pihak yang kalah seperti Zambry perlu membayar kos kepada pihak yang menang ( iaitu Hj Nizar ). Jika Hj Nizar tidak menarik balik perintah kos tersebut saya boleh bayangkan ratusan ribu ringgit yang mungkin Zambry perlu membayar kepada Hj Nizar. Sekali lagi matlamat kewangan bukan faktor yang mendorong Hj Nizar mencabar Zambry di Mahkamah.

Sekali lagi menunjukkan Hj Nizar menuntut haknya bukan kerana gila kuasa dan bukan juga kepentingan diri sendiri, tetapi kepentingan rakyat.

Bila DUN bubar, pilihanraya akan berlaku. Keputusan pilihanraya tiada siapa yang jangka, semua kemungkinan boleh berlaku. PR boleh jadi menang, boleh jadi juga tidak kalah. BN begitu juga, boleh jadi kalah, boleh jadi juga tidak menang.

Melalui pilihanraya, rakyat dan semua parti politik akan puas hati. Biasanya kempen-kempen pilihanraya, media arus perdana akan berkempen habis-habisan. UMNO BN akan dibantu oleh semua agensi kerajaan, UMNO BN tidak ada masalah dari sudut material. PR hanya menggunakan kudrat parti dan kekuatan ahli semata-mata. Jadi apa UMNO BN bimbang sangat dengan bubar DUN. Kita lawan la. Menang kalah rakyat penentu dan hakim yang paling adil. -misbahulmunir

Mampukah Pakatan Rakyat Menewaskan UMNO-BN?

Sejak lama dulu hinggalah sekarang soalan ini sentiasa diulang tanya oleh ramai orang. Apabila PAS, DAP, S'46, APU, PKN, PKR, BA atau PR menewaskan UMNO-BN di satu dua kawasan dalam pilihanraya, soalan itu tenggelam seketika. Apabila UMNO-BN ditewaskan dalam perbicaraan kes dimahkamah, soalan itu hilang sekejap. Apabila UMNO menang lagi sama ada dalam pilihanraya atau di mahkamah, ramai yang kembali bertanya "mampukah kita menewaskan UMNO-BN?"

Hakikatnya tiadalah yang mustahil di alam ini. Namrud, Firaun, kaum 'Ad, kaum Thamud, kerajaan Rum, kerajaan Farsi dan Soviet Union adalah antara contoh kekuatan dan kuasa yang kelihatan hampir mustahil untuk ditumbangkan. Namun akhirnya kuasa itu tewas juga.

Apalah sangat UMNO jika dibandingkan dengan kekuatan kuasa-kuasa kejahatan itu berbanding pihak yang bangkit menentang. Kelebihan UMNO cuma teknik dan teknologi kezaliman yang lebih moden berbanding kuasa kejahatan zaman silam itu.

Berbalik kepada pertembungan terkini antara UMNO-BN dan rakyat negeri Perak, mampukah rakyat mendapat kemenangan di kamar mahkamah?

Mahkamah Rayuan akan mendengar kes yang dibawa oleh DS Nizar pada hari Isnin 18 Mei ini. Kalau hakim berbaik budi seperti ketika menerima permohonan Zambry maka dapatlah perbicaraan disegerakan. Kes Zambry selesai didengar dan diputuskan dalam masa dua jam. Mungkinkah kes DS Nizar juga boleh selesai dalam tempoh masa yang sesingkat itu? Wallahu' a'lam.

Kalau DS Nizar berjaya mendapatkan perintah mengenepikan keputusan mahkamah 12 Mei, Zambry akan meninggalkan pejabat MB sekali lagi. Tetapi berapa jam sahaja DS Nizar boleh berada sekali lagi dalam pejabat MB? Zambry pasti akan failkan rayuan sehingga ke Mahkamah Persekutuan. Sehingga keputusan yang paling akhir dalam sistem kehakiman Malaysia itu, UMNO-BN dipercayai ada seribu jalan untuk menghalalkan MB haram berumahtangga di pejabat MB. Amat menakjubkan pula kalau keputusan yang paling akhir itu berpihak kepada DS Nizar. Kalau benar berlaku begitu, maka sungguhlah Malaysia telah berubah.

Pendapat dan perasaan yang paling popular ialah DS Nizar akhirnya akan kalah. Zambry menang. UMNO-BN menang. Sepanjang menjajah Malaysia, UMNO-BN telah membuktikan kemampuan mereka dalam menentukan semua kehendak mereka tercapai. Rekod kejahatan UMNO-BN itu masih belum dapat ditandingi oleh mana-mana parti dalam dunia.

Maka apakah ada harapan bagi rakyat Malaysia untuk bebas daripada pemerintahan authoritarian dictatorship UMNO-BN yang dah berusia 52 tahun?


Sekali lagi elok diingatkan bahawa tiada yang mustahil. UMNO-BN boleh dikalahkan. Mereka bukan Tuhan. Mereka hanya manusia biasa sama seperti Namrud, Firaun, Napoleon Bonaparte, Mussolini, Gorbachev, Shah Iran, Ion Antonescu dan Marcos.

Persoalannya ialah bagaimana untuk menewaskan mereka?

Setakat ini rakyat tak ada banyak pilihan. Perlawanan dari sudut perundangan hanya boleh berlaku di mahkamah. Maka apabila ada kes yang bersifat perundangan, mahu tidak mahu terpaksalah juga rakyat merujuk ke mahkamah seperti kes-kes yang melibatkan krisis politik di negeri Perak. Walaupun dalam keadaan 'harap ada, percaya tiada', rakyat terpaksa juga mengheret UMNO-BN ke mahkamah. Mudah-mudahan akan sampai masanya hati yang arif hakim-hakim akan terdetik untuk mendaulatkan undang-undang.

Selain daripada mahkamah, jalan yang masih ada ialah pilihanraya. Itu pun dalam keadaan serba tidak adil. Dari sudut undang-undang pilihanraya sehingga kepada kesaksamaan hak berkempen, semuanya berat sebelah. UMNO-BN juga telah membuktikan kesanggupan mereka memanipulasi semua jentera kerajaan untuk tujuan menang pilihanraya. Pengundi hantu terus wujud walaupun mereka sejuta kali menafikannya. UMNO-BN boleh menang besar di kawasan yang ada penempatan tentera. Polis sibuk menjadi mata, telinga, kaki dan tangan UMNO-BN dalam keadaan penjenayah bermaharajalela di merata pelosok negara.

Tetapi setakat ini kita masih mampu menang di beberapa kawasan bahkan semakin memberangsangkan ketika PRU12 sehingga berjaya membentuk kerajaan di lima buah negeri. Majoriti dua pertiga BN di Parlimen pun dapat dinafikan buat kali yang pertama.

Realiti ini memungkinkan lambat laun rakyat akan berjaya menumbangkan paksi kejahatan Malaysia yang bernama UMNO-BN itu.

Selain daripada dua cara ini mungkin ada yang terfikir bahawa rakyat perlu bangkit dengan lebih agresif seperti kebangkitan di Iran, Filipina, Indonesia dan Thailand. Namun sebenarnya realiti Malaysia agak jauh berbeza daripada negara-negara revolusi itu. Persekitaran Malaysia unik dan tersendiri. Yang paling pasti ialah gerakan ke arah itu akan dipatahkan dengan pantas oleh UMNO-BN. Mereka adalah pakar membendung kebangkitan fizikal. Kalau ada yang berani bersuara sepatah dua mengajak rakyat ke jalanraya atau ke Putra Jaya, usia suara itu tak akan lama. Kem Kemunting dan pagar besi penjara akan menyambut yang empunya suara.

Ada yang mengherdik kenyataan seperti ini sebagai pengecut, bacul dan pondan. Namun inilah realiti. Majoriti rakyat Malaysia belum cukup berani menanggung risiko bergurau senda dengan penjara atau bermain-main dengan nyawa. Walaupun rakyat sama-sama melaungkan "kalau takut dengan risiko, usah bicara soal perjuangan" (pinjam kata-kata DSAI), namun risiko yang disanggupi oleh rakyat Malaysia hanya terbatas pada saiz yang kecil dan sederhana. Mungkin kerana sejarah dan persekitaran semasa yang unik dan tersendiri itu.

Sementara kesanggupan itu belum lahir, pilihan yang ada hanya mahkamah dan pilihanraya. Sementelah mahkamah kelihatan tidak mesra rakyat maka tinggal hanya satu cara yang ada iaitu pilihanraya. Memang pilihanraya bukanlah kaedah yang boleh menjamin kemenangan rakyat tetapi setakat hari ini hanya itulah satu-satunya kaedah yang boleh dilagang dan dicuba.

Maka rakyat perlu serius dalam urusan pilihanraya. Pakatan Rakyat perlu very smart dalam hal pilihanraya. Gelanggang pilihanraya adalah gelanggang taktikal dan strategi. Gelanggang pilihanraya adalah gelanggang isu dan propaganda. Gelanggang pilihanraya adalah gelanggang jiwa, minda dan persepsi.

Rangkalah taktik dan strategi terbaik. Uruslah isu dengan sempurna. Sentuhlah jiwa dan minda pengundi supaya persepsi positif dan negatif mereka terarah ke tempat yang betul.

Pengurusan seni pilihanraya adalah pengurusan yang complicated dan mencabar. Ia bukan medan retorik dan bombastik. Ia bukan medan angan-angan dan percaturan syok sendiri. Ia bukan gelanggang ajaib atau medan jampi mentera. Ia bukan medan tempur peluru tabur. Ia bukan gelanggang 'sembang pandai'. Ia bukan medan teori dan andaian. Ia bukan medan tunjuk dan tuding. Ia bukan medan suruh dan perintah semata-mata.

Pemimpin wajib merakyat. Rakyat wajib memimpin. Yang banyak teori ayuh turun ke gelanggang. Menonton dari atas grand stand tak sama dengan berlari dan menggelecek di atas padang. Kalau anda nampak yang ini tak betul yang itu tak tepat, dipersilakan turun ke lapangan. Bukan sekadar untuk tunjukkan yang mana tak betul dan tak tepat, tetapi tunjukkan bagaimana yang betul dan bagaimana yang tepat. Bukan sekadar tunjukkan, tetapi buat yang betul dan tepat itu untuk dilihat, difahami dan dicontohi oleh rakan-rakan yang telah lama berada di atas padang di dalam gelanggang.

Rakyat mampu menewaskan UMNO-BN! -cyberboron


Nizar vs Zambry - Terhebat dan Tergampang ?

Krisis di Perak benar-benar mengundang kemarahan dan kebencian rakyat bukan sahaja rakyat di Perak, bahkan rakyat seluruh Malaysia termasuk pemerhati politik di luar negara. Namun demikian, negara kita amat bertuah kerana masyarakatnya masih bertamaddun, berakhlak dan mempunyai budi pekerti yang tinggi. Jika di negara lain, kita tidak pasti apa yang telah berlaku akibat peristiwa kejam ini. Mudah-mudahan situasi seperti yang ada sekarang akan dipertahankan demi keamanan rakyat dan negara tercinta ini.

Setiap insan sudah tentunya mempunyai tahap-tahap kesabarannya dan kita cukup bimbang jika sikap bertamaddun dan akhlak masyarakat kita yang amat sederhana ini diambil kesempatan pula oleh pihak-pihak tertentu untuk memperkotak-katikkan rakyat. Bukan sedikit cerita yang kita dengar dan bukan juga remeh apa yang kita lihat apabila rakyat yang bangun untuk memperjuangkan hak mereka tanpa senjata bahkan sehelai sepinggang dilayan umpama penjenayah ataupun komunis. Begitulah sukarnya untuk memperbetulkan amalan demokrasi di negara ini dan tidak hairanlah apabila dunia luar melihat Malaysia bukan lagi contoh terbaik untuk diikuti.

Presiden PAS Tuan Guru Hj Hadi Awang di dalam satu ceramahnya baru-baru ini mula bercakap dengan nada yang amat berlainan sekali. Meskipun beliau seorang Ulamak, tetapi Ulamak juga manusia biasa yang mempunyai tahap kesabarannya apatah lagi melihat di sekelilingnya rakyat terus dizalimi. Apalah ertinya seorang Ulamak jika hanya mampu menadah tangan memohon pertolongan dari Allah SWT semata-mata. Ungkapan beliau "Bodoh, jahat dan Gila" mungkin agak kasar dan emosi bagi seorang Ulamak seperti beliau.

Tetapi, tiada yang lebih hina dan keji dari ayat " Celakalah Abu Lahab..." seperti yang terkandung di dalam Al-Quran. Ungkapan itu amat sesuai dan padan dengan perangai Abu Lahab. Wajarkah Tuan Guru Hj Hadi berkata demikian terhadap mereka yang merosakkan demokrasi serta melanggar undang-undang negeri di Perak? Saya secara peribadi tidak bersetuju dengan ungkapan Tuan Guru Hj Hadi tersebut kerana bagi saya terdapat lagi lain perkataan yang lebih `molek' dan sesuai dengan mereka yang saya sendiri tidak tergamak untuk menyebutnya.

Kita percaya suatu hari nanti perosak-perosak masyarakat ini akan sedar betapa tinggi dan rendahnya langit ini. Hari ini mereka boleh tersenyum dengan kuasa yang ada pada mereka. Dengan senyuman serta penuh ego mereka mendakwa mereka berjuang untuk rakyat dan mereka lah `Gandhi' yang dilahirkan untuk menyelamatkan rakyat di bumi Perak. Setelah mereka mengaitkan istana dan gunakan mahkamah, kini terpaksa menggunakan kehebatan tokoh dari India tersebut.

Mungkin ada yang terkeliru dan bersetuju bahawa itulah `Gandhi' generasi baru di Perak kerana melihat kepada warna kulit yang sama. Tidakkah mereka ketahui bahawa kulit yang sama bukan bererti mempunyai hati yang sama? Gandhi adalah tokoh terbilang serta berani dan dikenali diseluruh dunia kerana membela rakyatnya. Begitu juga dengan Nelson Mandela tokoh dari Afrika yang sanggup terpenjara berpuluh tahun demi membela rakyat dan negaranya. Tetapi `Klon Gandhi' yang baru lahir di Perak ini, untuk melaksanakan pilihanraya sahaja sudah cukup menggeletarkan kedua-dua lututnya.

Kita percaya di bawah kepimpinan Tuan Guru Hj Hadi di samping ketokohan DS Anwar dan kehebatan Lim Kit Siang serta rakan-rakan PR yang lain, kita akan sanggup berdepan dengan mereka yang semakin hari semakin rakus ini. Permainan kotor mereka semakin terserlah dan kita sudah tentu terpaksa mengikut rentak tarinya agar `permainan' ini tidak kelihatan sumbang. Percayalah di dalam jemaah PAS, apabila Tuan Guru mereka berubah suara, pengikut pasti mengubah rentaknya. - albanjari

Nizar vs Zambry : Sikap Double Standard Mahkamah Rayuan

Mahkamah Rayuan menetapkan Isnin(18/5/09) ini bagi mendengar permohonan Mohammad Nizar Jamaluddin untuk mengetepikan perintah Mahkamah Rayuan yang diperoleh Zambry Abdul Kadir semalam, yang menangguhkan pelaksanaan pengisytiharan Mahkamah Tinggi bahawa Mohammad Nizar adalah MB Perak yang sah.

Tarikh itu ditetapkan selepas Mohammad Nizar memfailkan notis usul itu di pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan di sini pada jam 2.20 petang menerusi firma guaman Tetuan Leong & Tan.Turut disertakan bersama notis usul itu ialah sijil supaya kes itu disegerakan.

Hakim Datuk Ramly Ali sudah membenarkan permohonan Zambry semalam untuk supaya ditangguhkan pelaksanaan perintah pengisytiharan itu sehingga kes rayuannya selesai diputuskan oleh mahkamah.

Dalam permohonannya, Mohammad Nizar, 52, mahu Mahkamah Rayuan mengetepikan perintah pelaksanaan itu dan secara alternatifnya memohon mahkamah meminda perintah pelaksanaan itu dengan memasukkan terma-terma yang difikirkan wajar.

Dalam afidavit sokongannya, Mohammad Nizar berkata, keputusan Mahkamah Rayuan semalam untuk memberikan perintah penggantungan itu kepada Zambry adalah salah dan beliau (Nizar) mengemukakan permohonan untuk membetulkan perkara itu.

Nampaknya Mahkamah rayuan tidak mahu bertindak sebegitu pantas seperti mana yang dilakukan kelmarin bila Zambry memohon untuk ketepikan perintah Mahkamah Tinggi dalam tempoh 2 jam setelah Zambry menfailkannya. Kedua-dua permohonan itu adalah atas dasar kepentingan awam,tetapi kenapa bagi Zamry dibuat dalam tempoh 2 jam sedangkan Nizar kena tunggu sampai hari Isnin?

Kalau ini bukan sikap double standard, apakah jadah namanya?...... mungkin mahkamah kita dah tahu membeza antara orang gomen dengan orang pembangkang kot! -tumpang sekole

Kenapa Beri Tiket Mudah Untuk UMNO BN?

Sekalut mana pun UMNO-BN, mereka akan mendapat tiket mudah melalui keretakan Pakatan Rakyat. Semua parti dalam Pakatan Rakyat boleh menjadi Tumit Achilles kepada Pakatan Rakyat, tambahan dalam persekitaran politik kita yang gagal meraikan kepelbagaian.

Gagal? Ya. Tapi ia tidak beerti selama-lamanya.

DAP sedang berusaha mengikis imej parti Cina yang ada pada mereka. PKR sedang membaiki jangkaan pendokong mereka yang meleset - ramai berebut tak mahu jadi calon dan hanya mahu jadi orang belakang, tengok-tengok menang! Dan PAS sedang bergelut menentukan slogan PAS for All yang mereka canang mampu direalisasikan.

Pergelutan kepimpinan ulama' dan professional dalam PAS buat masa ini akan menjadi Tumit Achilles paling dinantikan UMNO berbanding yang lain. Kelemahan DAP tidak memberi manfaat banyak kepada UMNO kerana kebergantungan mereka kepada undi Melayu, bukan selainnya. Sebab itu UMNO masih mahu mendakwa bangga memiliki jumlah kerusi paling banyak di Parlimen. Mereka gagal melihat kebencian rakyat kepada mereka sebagai Tumit Achilles kepada rakan-rakan yang membina Barisan Nasional. Sebab itu Ali Rustam pernah mengeluarkan kata biadab tentang ini.

Tapi PKR dan PAS akan memberi bonus yang banyak kepada BN. PKR kerana menjadi jambatan kepada hubungan Pakatan Rakyat. PAS kerana mereka adalah alternatif kumpulan Melayu terutama di luar bandar.

Penyatuan PAS dan UMNO hanya akan mengheret politik kita pada tema politik perkauman yang tak sudah. Ya, ramai melihat penyatuan ini baik untuk orang Melayu.

Aku pilih untuk berbeza.

Kepimpinan adalah soal peranan, bukan hak. Peranan adalah bersabit persoalan nilai dan bentuk yang ada adalah terjemahan nilai yang dipegang. Bentuk autoritarian, perkauman dan favouritism ternyata bukan dari nilai Islam - biar yang menyebutnya bernama Ulama', Professional dan sebagainya. Demokratik, keadilan dan kebebasan adalah nilai yang cocok dengan Islam, biar yang menyebutnya hanya seorang peniaga burger. -pewaris reformasi


Isu Kerajaan Nizar : Akurlah Kehendak Rakyat, Bubarkan DUN Segera

Ampun tuanku sembah patik harapkan diampun.

Andaikata melalui PRU baru UMNO menang, maka kami rakyat yang tidak menyokong UMNO akan menerima dengan fikiran dan hati yang terbuka akan sesiapa sahaja pembesar negeri daripada kalangan UMNO yang diwatikahkan. Pembesar dan rakyat negeri tuanku akan kembali tenang dan damai untuk merangka dan melaksanakan kembali segala program ekonomi dan sosial di negeri ini. Kami rakyat yang bukan pengundi UMNO akan sabar menunggu PRU baru lima tahun lagi. Kami sentiasa mendoakan ke hadrat Illahi agar tuanku dan kerabat, pembesar negeri dan rakyat termasuk patik dilimpahi dengan rahmatNya.

Tetapi andaikata keputusan PRU nanti sama seperti sebelum ini, tuanku boleh menetapkan syarat kepada bakal pembesar negeri daripada kalangan PR ketika tuanku memperkenankan pembubaran DUN nanti. Mungkin patik boleh mencadangkan begini. Memanda menteri besar mesti Melayu daripada PAS atau PKR. Exco bukan Melayu mestilah tidak melebihi lima orang atau separuh daripada jumlah exco. Exco DAP tiga orang termasuk exco Melayu jika ada. Exco PAS juga tiga. Manakala Exco PKR pula empat iaitu dua Melayu, satu Cina dan satu India. Ringkasnya jumlah exco Melayu daripada PAS dan PKR mesti sekurang-kurangnya lima orang. Ini bermakna pentadbiran negeri akan dikuasai oleh Melayu. Ini juga bermakna tidak ada lagi gelaran memanda boneka oleh UMNO.

Tuanku, janganlah pula tuanku mencadangkan penggabungan UMNO dengan PAS. Cadangan sebegini hanya akan menambahkan lagi kemelut politik di negeri tuanku. Ini kerana buat ketika ini rakyat tuanku terbahagi kepada dua, sama ada menyokong BN atau PR. Biarlah kami rakyat yang menentukan corak politik yang kami kehendaki.

Ampun tuanku sembah patik mohon diampun.

Di hati kecil patik, patik memohon kepada tuanku mengeluarkan titah untuk mendakwa memanda dan pembesar-pembesar PR sekiranya mereka telah melanggar perlembagaan atau undang-undang negeri di sepanjang 10 bulan mereka memegang jawatan di negeri ini. Nyatakan secara jelas tentang perlembagaan atau undang-undang mana yang mereka telah langgari. Kami rakyat akan bersama tuanku menghukum mereka sekiranya kesalahan mereka dapat dibuktikan.

Tuanku, patik juga mohon titah perintah tuanku terhadap timbalan memanda negara yang telah memberi nasihat yang salah kepada tuanku sehingga Dewan Negeri tuanku bersidang di bawah pokok. Malunya patik kepada dunia sebagai rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan. Jikalau patik rakyat kecil inipun terasa bahang aibnya, tuanku mesti lebih lagi terasa hinanya. Hina dan aib negeri ini angkara timbalan memanda negara.

Ampun tuanku sembah patik yang tidak beradab ini mohon diampun.

Patik mohon kepada tuanku, perkenankanlah permohonan membubarkan DUN oleh Memanda DS Nizar pada hari Selasa ini. Jadikanlah kesilapan rakyat atau tuanku sebulan yang lalu sebagai satu iktibar untuk kami rakyat tuanku menyanjung kembali institusi istana. Kami rakyat mahu terus setia bernaung di bawah payung tuanku.

Ampunkan patik tuanku.
Daulat tuanku.

- mamamat


Nizar vs Zambry : Dimana Pemimpin Pakatan Rakyat ?

Belum sempat dengung disebabkan ubat kaki tiga aku hilang. Belum sempat hingus akibat selsema aku berhenti meleleh..belum sempat aku salin seluar dalam…kerajaan Perak bertukar tangan lagi.

Dalam aku dok kata… ia berlaku lagi. Mahkamah Tinggi kata A, Mahkamah Rayuan kata B. Kita nak kata apa? Tahan saja la…kena buli.

Berapa lama hangpa nak tahan? Berapa lama hangpa nak kena buli? Kalau hangpa masih percaya kepada demokrasi ala Malaysia…jangan komplen.Terima saja.

Aku tak mau cakap pasai keputusan mahkamah. Yang tu loyar buruk pun boleh sembang tujuh cawan.

Cuma yang aku nak tanya…siapa yang menangani krisis Perak ini dari sudut Pakatan Rakyat?

Pakatan Rakyat tak ada Pemerintah. Anwar hanya jadi Ketua Pembangkang dan Ketua Umum PKR… tapi bukan Ketua Turus Pakatan Rakyat. Penglibatan Anwar dalam kes Perak cukup sikit. Takat datang bagi ceramah dan keluar kenyataan. Anwar gagal membimbing Pakatan Rakyat Perak… malah membiarkan saja Perak dikemudikan oleh Nizar sendirian.

Haji Hadi pun serupa. Takat bersuara kat masjid Rusila.


Mungkin depa sebok…tak pa la. Tapi ketua-ketua Pas dan PKR Perak pi mana? Hangpa pernah dengar kenyataan atau arahan dari Ahmad Awang dan Hj. Osman?

Pernah dengar ulasan atau pendapat dari Ahmad Awang atau Hj. Osman?

Daripada mula krisis Perak sampai sekarang, penglibatan Ketua PKR dan Pesuruhjaya Pas Perak langsung tak nampak. Dalam sidang media pun tak ada. Nak kata buat sidang media pun tak jugak. Habih depa buat apa?

Krisis Perak memerlukan kepimpinan yang kuat.dan pemimpin itu perlu ada di centre of activity setiap masa. Kalau Anwar sebok di Kuala Lumpur, Hj. Hadi sebok di Terengganu… pemimpin PR Perak perlu ada di Ipoh. Tapi kalau Ahmad Awang pun sibuk di Bagan Serai, Hj. Osman sibuk di Kelang… sapa nak jaga negeri?

dan apa kejadahnya Ketua PKR Perak duduk di Kelang? Nak jaga Perak atau nak jaga Selangor?

DAP dah cukup kuat. Tapi Nizar masih belum cukup kuat. Betul… dia Menteri Besar.. tapi dia tak boleh nak buat keputusan bagi pihak Pas sebab dia bukan Pesuruhjaya Pas Perak. Dia boleh suruh rakyat Perak turun ke Ipoh.. tapi kalau Ahmad Awang kata… ”tak payah turun la..”, cakap Nizar tak laku.

PKR Perak…tak tau nak kata apa. Dah la keruntuhan PR Perak disebabkan oleh dua katak PKR yang melompat. Bila jatuh…apa yang PKR Perak buat? Setiap kali pemimpin Pakatan Rakyat Perak bermesyuarat..selalunya selepas tu ada sidang media. Dan orang pun bertanya…mana pemimpin PKR?

Kalau dilihat kepada apa yang berlaku sekarang.. orang yang mengendali krisis Perak ini hanyalah Nizar dan Ngeh. Orang-orang parti.. baik Pas atau PKR hanya menunggu perkembangan kat markas atau kedai kopi.

Sekurang-kurangnya.. orang Pas ada juga buat ceramah. Tapi orang PKR buat apa?

Anwar kena ambil perhatian kepada Perak. PKR Perak makin hari makin teruk. Ketua PKR Perak duduk di Selangor. Timbalan Ketua PKR Perak dah jadi calon bebas menyokong Umno. Sapa yang mengemudikan PKR Perak? Kalau Anwar pun tak ambil pot tentang PKR Perak… kalau lingkup pun memang patut.

Haji Hadi pun kena ambil serius tentang Pas Perak. Respek kat Hj. Ahmad Awang tu satu hal…tapi memimpin Perak dalam keaadaan gawat ni satu hal.

Mungkin ada yang akan tanya…pasai apa tiba-tiba aku dok balun Hj. Hadi dan Anwar? Sebab aku dah tak percaya kat mahkamah. Kalau aku percaya kat mahkamah…aku tak payah sebut Anwar dan Hj. Hadi. Serahkan saja nasib Perak ni kepada Sulaiman Abdullah dan Hanipa Maidin. Tapi kedua-dua lawyer ni hanya mampu geleng kepala..melihat bagaimana mahkamah diperkudakan.

Nak harap Sultan? Semalam Sultan ada peluang terbuka untuk membubarkan DUN. Surat permohonan untuk membubarkan DUN dihantar jam 9.25 pagi. Kalau Sultan atau Raja Muda memperkenankan pembubaran DUN semalam…selesai krisis Perak ni. Tapi.. pengurniaan pingat lebih penting dari menyelesaikan kemelut Perak.

Nak harap sapa lagi?

Jalan terakhir ialah menggerakkan kuasa rakyat. 54% rakyat Perak menyokong Pakatan Rakyat. Dan dengan segala kedurjanaan UBN di Perak…sokongan itu makin meningkat. Itu sebab UBN takut mengadakan pilihanraya DUN. Cuma…tidak ada keseriusan dikalangan kepimpinan Pakatan Rakyat.

Kalau Anwar benar-benar serius dengan Ketuanan Rakyat…buat la sesuatu. Kalau tidak…aku akan mengatakan Ketuanan Rakyat itu hanyalah gimik politik…sebab akhirnya kita masih bertuankan Umno dan Barisan Nasional. Kalau Ketuanan Rakyat gagal..Anwar gagal.

Kalau Hj. Hadi mahu memartabatkan perjuangan Islam…buat la sesuatu. Kalau tidak.. rakyat Perak terpaksa jugak bertuankan iblis.

Jangan salahkan rakyat Perak.. sebaliknya rakyat Perak akan mengatakan.. Anwar dan Hj. Hadi gagal. -perakexpress