4 Dis 2009

Nik Aziz Sangkal Tuduhan Hadi

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui bahawa beliau tidak mengetahui individu yang didakwa memberi nasihat yang salah kepadanya sebagaimana yang dinyatakan oleh Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, sebarang nasihat yang diterima akan dipertimbang dan difikirkan dengan sebaiknya sebelum beliau memutuskan sama ada menerima atau menolak cadangan yang diberikan.

“Saya pun tidak tahu siapa dia penasihat saya yang tidak betul... orang beri nasihat, saya pilih yang betul... saya tidak tahu... tanya dialah( Abdul Hadi) siapa yang betul, siapa yang tidak betul,” katanya selepas hadir di Majlis Sambutan Hari Integriti Peringkat Negeri Kelantan 2009 di Kota Darul Naim di sini, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Abdul Hadi yang mengatakan Nik Aziz menjalankan tugas dengan ikhlas, tetapi individu di sekelilingnya tidak memberi nasihat perundangan dan politik yang betul kepada beliau.

Ditanya adakah beliau menerima semua nasihat yang diberikan penasihatnya, Nik Aziz berkata: “Bila diberi nasihat pada saya, saya bincang dulu... kalau saya berasa puas hati saya terima, tak puas hati saya tolak... Bergantung kepada sayalah... saya tak terima bulat- bulat.”

Dalam pada itu, mengulas mengenai tahap integriti yang ada dalam Kerajaan Negeri, Nik Aziz berkata, beliau masih belum berpuas hati dan perkara itu boleh dipertingkatkan dari masa ke semasa.

“Mana ada puas hati, kita manusia mana boleh puas hati... kita nak tidur pun tidak puas hati ada nyamuk ada sejuk... puas hati ini tidak berlaku di muka dunia,” katanya. -SH

Ulasan GB

GB telah ulas perkara ini di hari pertama Presiden PAS keluarkan kenyataan medianya yang menuduh Nik Aziz tidak mendapat nasihat perundangan dan politik yang betul dari penasihat sekelilingnya di SINI.

Satu tuduhan yang berat ke atas seorang yang bergelar Mursyidul Am PAS.

Kenyataan Hadi tersebut menyamai tuduhan-tuduhan para blogger penyokong UG dan anaknya sendiri Nik Mohd Abduh yang menyokong kuat gagasan Kerajaan Perpaduan yang dibawa oleh Abdul Hadi.

Sekalipun UG dikatakan ditutup, Abdul Hadi masih terus menyerang Nik Aziz melalui kenyataan biadabnya untuk sorang yang bergelar Mursyidul Am.

We Love Tok Guru

We Love Tok Guru ...

lagi dicerca.... lagi dijulang....
Lagi dihina.... lagi terbilang...
Lagi difitnah.... lagi disokong...
Subhanallah.....

Royalti dan wang ehsan.... bezanya ternyata....
Terengganu terbukti dalam sejarah....
Mengapa Najib masih berbohong...
Katanya sama wang ehsan dan royalti....
1Malaysia tahu Najib berbohong...

Siakap Sonohong... Gelama Ikan Duri....
Bercakap Bohong...Jadi Perdana Menteri...
Itulah Najib PM Terkini...

Oleh sharpshooter



Ulasan GB

Itulah riaksi spontan rakyat terhadap kebiadaban UMNO BN.
Najib-Muhyiddin dan UMNO BN bakal menerima padahnya apabila aura ini terus merebak ke seluruh negara.

Tak dikerah, tak dipanggil, tak dipaksa
takder bas, takder nasi bungkus, takder fulus dihulur

terkedulah Najib, Muhyiddin, UMNO, boneka UMNO bernama UG dan semua musuh-rakyat
TGNA pemimpin untuk semua.
WE LOVE TOK GURU



Gambar ikhsan Pinkturtle, TopengPerak etc.


















UMNO Belasah Nik Aziz Kerana Boneka UG Gagal - Halik Zaman

Gagalnya Boneka Kerajaan Perpaduan, UMNO Belasah Nik Aziz
Oleh Datuk Halik Zaman

Para pemimpin UMNO dilihat dari hari kesehari semakin ketandusan subjek untuk menyerang kepimpinan Pakatan Rakyat. Mangsa terkini ialah YAB Tuan Guru Nik Aziz Menteri Besar Kelantan yang kita sendiri tidak begitu pasti apakah dosa dan khilafnya Tuan Guru Nik Aziz terhadap halatuju niat kearah kepimpinan para pemimpin UMNO?

Ada sahaja patah perkataan dan perbuatan Tuan Guru yang menjadi subjek serangan politik para pemimpin UMNO pada ketika ini. Orang nak pegi haji salah, cakap salah. Serba tak kena di buatnya. Tuan Guru Nik Aziz dimata kepimpinan para pemimpin UMNO bagaikan duri dalam daging. Sakit mata dan hati mereka dengan insan yang bernama NIK AZIZ !!

Kerana sakit hati atas pencapaian Kerajaan Negeri pimpinan Pakatan Rakyat yang gilang gemilang lantas nak sedekah korban pun SPRM nak tangkap dan siasat. Orang niat nak sedekah naikan haji keMekah pun SPRM menyibuk nak siasat. Komisen beli kapal scomi dan Musa Aman menyalahgunakan kuasa memberi kelulusan ratusan ribu ekar balak kepada Michael Chia, membawa masuk wang haram dari Hongkong keMalaysia itu SPRM diam diam sahaja. Perkara remeh temeh Tok Guru Nik Aziz di highlight kan oleh para pemimpin UMNO dan SPRM, ini yang rakyat meluat dengan UMNO.

Jika dilihat, dari motif serangan ini sekiranya di kaji dan di perhalusi sebaiknya, kita akan sampai ke satu asas sahaja. Yakni semua ini berlaku kerana Tuan Guru Nik Aziz tidak bersetuju dengan kewujudan Kerajaan Perpaduan sebagai penyambung oksigen pernafasan para pemimpin UMNO untuk memanjangkan pemerintahan mereka dibalik UMNO/BN.

Kerajaan Perpaduan ini kita semua sedar dan amat maklum amat dinanti-nantikan dan di harap-harapkan oleh keseluruhan kepimpinan para pemimpin UMNO dan tidak kurang juga segelintir kepimpinan PAS yang kita yakin mula tergoda dengan fulus dan jawatan yang bakal tersandang di bahu masing-masing andai impian Kerajaan Perpaduan menjadi kenyataan.

Jadi pada mata mereka kini, Pok Nik tak ubah bagaikan penghalang besar atas impian-impian mereka selama ini. Tidakkah anda sedar betapa kemaruknya kerajaan UMNO/BN kepada Kerajaan Perpaduan ini ? Para pemimpin UMNO perlukan kewujudan Kerajaan Perpaduan kerana mereka telah mengenalpasti bahawa sokongan dan kepercayaan rakyat terhadap mereka sudah pupus dan jika dibiarkan ianya bakal menjadi sejarah hitam dalam hidup para pemimpin UMNO yang penuh sandiwara dengan rakyat Malaysia yang dicogankatakan sebagai 1Malaysia yang haprak.

Oleh sebab itulah para pemimpin UMNO tersangat memerlukan Kerajaan Perpaduan dengan PAS untuk 'menjernihkan' kembali hubungan rakyat dan diri para pemimpin UMNO yang telah terjejas teruk dalam PRU13. Para pemimpin UMNO terpaksa menumpang populariti PAS untuk kembali di yakini rakyat Malaysia. Tidakkah semua rakyat 1Malaysia sedar niat para pemimpin UMNO yang busuk dan yang telah patah kemudi kearah yang dituju itu selain bertaut idea Kerajaan Perpaduan dengan PAS?

Tanpa Kerajaan Perpaduan sokongan PAS UMNO akan ghaib, BN akan menjadi nostalgia. Justeru itu keghairahan mewujudkan Kerajaan Perpaduan begitu meluap-luap. Begitu pentingnya Kerajaan Perpaduan dimata Najib, Muhyiddin dan semua pemimpin UMNO.


Bila ada kepimpinan yang tidak bersetuju, maka pemimpin itulah mereka gasak, kehidupan pemimpin itu akan mereka cerobohi bagi mencari hatta sekelumit kesilapan untuk mereka perbesarkan dan jadikan isu yang bisa membangkitkan kemarahan rakyat. Sedar atau tidak, para pemimpin UMNO berharap kontroversi ini mampu mengalihkan setitik sokongan dari rakyat.

Perselisihan faham antara kepimpinan adalah satu perkara yang biasa dalam parti. Bilamana berlaku sedikit perselisihan dalam Pakatan Rakyat, maka para pemimpin UMNO mencari ruang dan peluang meriuh-rendahkan lagi situasi dan memperbesar-besarkan dalam setiap media. Walhal kepincangan dan kemusnahan yang berlaku dalam UMNO/BN tidak mereka endahkan.

Sudah-sudahlah buat kerja tak berfaedah ni. Ini bukan cara terbaik untuk menawan kembali hati rakyat yang sudah dilukai oleh para pemimpin UMNO. Orang yang kamu kerjakan adalah seorang Ulama' agama. Buat sayang air liur sahaja kamu semua mengutuk beliau, sedangkan pengundi dan rakyat Kelantan lebih kenal siapa itu YAB Tuan Guru Nik Aziz.

Ketua SPRM Letak Jawatan

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan memberitahu, Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Ahmad Said Hamdan memohon menamatkan kontrak perkhidmatannya lebih awal berkuatkuasa pada 31 Disember ini.

Ahmad Said telah mengemukakan notis bertulis supaya kontrak perkhidmatannya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang sepatutnya tamat pada 25 Mei 2010 dipendekkan kepada 31 Disember 2009.

Sehubungan itu, Datuk Abu Kassim Mohamed dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya baru SPRM berkuatkuasa 1 Januari depan. .

"Bagi mengisi jawatan yang akan dikosongkan Ahmad Said, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berdasarkan peruntukan subseksyen 5(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694] telah memperkenankan supaya Abu Kassim…dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru, berkuat kuasa mulai 1 Januari 2010," kata Mohd Sidek dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Permohonan Ahmad Said menamatkan kontraknya lebih awal, sekaligus mengundang pelbagai persepsi, apatah lagi selama ini, kewibawaan SPRM sering dipertikaikan termasuklah ‘dakwaan terpilih’.

Kematian setiausaha sulit kepada Exco Selangor, Teoh Beng Hock yang mayatnya terdampar jatuh di tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam yang menempatkan ibu pejabat SPRM Negeri Selangor mengundang pelbagai tanggapan sehingga mahkamah memutuskan sesi soal jawab penyiasatan tidak boleh dibuat selepas waktu pejabat.

Sejak akhir-akhir ini, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat menyifatkan SPRM dan Polis adalah antara parti komponen Barisan Nasional (BN). Mereka cekap mengendalikan kes-kes yang membabitkan pemimpin Pakatan Rakyat sekalipun ia hanya berdasarkan laporan media tetapi menghadapi pelbagai masalah mengendalikan kes-kes melibatkan pemimpin BN sekali pun bukti diserahkan kepada mereka.

Rakyat Berbilang Kaum Nyatakan Sokongan Kepada Tok Guru

Kira-kira 5,000 (angka sebenar puluhon ribu - GB) warga Kelantan berhimpun di Dataran Ilmu dekat ibu pejabat PAS negeri di sini pagi ini bagi mengisytiharkan sokongan kepada kepimpinan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Perhimpunan tersebut bermula kira-kira pukul 10.30 pagi sebaik sahaja tamat kuliah mingguan oleh Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan.

Kumpulan yang terdiri daripada anggota pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Kelantan itu juga menyokong usaha kerajaan negeri dalam membuat tuntutan royalti minyak.

Turut hadir dalam perhimpunan itu adalah barisan kepimpinan negeri termasuk anggota exco kanan kerajaan negeri Datuk Husam Musa.

Husam dalam ucapannya semasa perhimpunan itu menegaskan tidak ada salahnya dengan doa Nik Aziz dalam usaha menuntut pembayaran royalty petroleum.

“Tidak membayar royalti itu satu kezaliman jadi dalam Islam kita diharuskan berdoa,” kata Husam dalam ucapannya.

Perhimpunan tersebut, yang diadakan sebagai reaksi kepada perhimpunan anti-Nik Aziz sebelum ini, bersurai selepas menyerahkan memorandum sokongan kepada Menteri Besar.

Selasa lepas Jemaah Prihatin Rakyat Kelantan yang dipimpin Timbalan Ketua Umno Pasir Mas, Che Johan Che Pa mengadakan tunjuk perasaan di pintu masuk pejabat pentadbiran kerajaan negeri Kelantan di Kota Darul Naim menuntut Nik Aziz meletakkan jawatan atas doanya kepada Datuk Seri Najib Razak dan Umno.

Nik Aziz dalam khutbah Aidiladha minggu lepas menggesa para jemaah supaya berdoa agar hati Najib dibuka untuk membayar royalti minyak kepada kerajaan Kelantan.

Beliau juga berkata akan mendoakan kecelakaan ke atas Najib dan Umno sekiranya royalti minyak itu tidak dibayar.

Doa kontroversi Nik Aziz itu telah digunakan oleh pemimpin Umno untuk menekan Mursyidul Am PAS itu.

Selain perhimpunan hari ini, pemimpin PAS di Mekah turut menganjurkan majlis sembahyang hajat di tanah suci umat Islam itu memohon bantuan Tuhan bagi menyelesaikan kemelut tuntutan royalti minyak negeri itu. -MI


Nik Aziz: Kita doa sampai pecah perut

Membalas bantahan sekumpulan penyokong Umno terhadap Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada Selasa lalu, ribuan penyokong menteri besar itu hari ini mengadakan satu demonstrasi di Kota Bharu.

Perhimpunan itu diadakan di Jalan Dato' Pati bermula jam 10 pagi tadi, sejurus selepas kuliah mingguan tokoh besar PAS itu di depan pejabat perhubungan PAS Kelantan.

Para penyokong Nik Abdul Aziz memakai lilitan kepala warna merah bertulisan putih "We Love Tok Guru" sambil mendengar ucapan beliau, exco kanan kerajaan negeri Datuk Husam Musa, pemimpin Pemuda PAS Dr Rosli Alani Abdul Kadir dan beberapa pemimpin lain.

Dalam ucapannya, Nik Abdul Aziz antaranya menyifatkan penafian terhadap bayaran royalti minyak seperti dituntut kerajaan negeri sebagai "melanggar keadilan asasi".

"Perkara ini bercanggah dengan (prinsip) keadilan asasi. Selagi tidak bagi (royalti petroleum), kita doa sampai pecah perut orang itu," kata mursyidul am PAS, dengan sorakan para penyokongnya.

Nik Abdul Aziz mengaitkan perkara itu dengan bantahan masyarakat bukan Islam yang menentang peraturan kawalan arak ketika beliau baru memimpin Kelantan, 19 tahun lalu.

"Ada (ahli masyarakat) yang kata hendak buat pesta minum arak. Bila wartawan tanya saya (perkara itu), saya kata, bagi dia minum sampai pecah perut," katanya, disambut gelak ketawa penyokong.

Tambahnya, hasil penjelasan itu, semua pihak menyambut baik tindakan kerajaan negeri.

Selasa lalu, ratusan penyokong Umno, yang diketuai seorang pemimpin bahagian Pasir Mas, mengadakan demonstrasi di depan kompleks Kota Darulnaim bagi mendesak Nik Abdul Aziz memohon maaf kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung ugutan untuk berdoa bala terhadapnya.

Mereka, yang menggunakan nama Jemaah Rakyat Prihatin Kelantan, juga mendesak menteri besar melepaskan jawatannya.

Nik Abdul Aziz menyatakan hasratnya untuk berdoa sedemikian sebagai reaksi terhadap keengganan kerajaan persekutuan menyerahkan bayaran royalti minyak kepada Kelantan, sebaliknya sekadar menyerahkan wang ehsan.

Sementara itu, mengulas kritikan terhadap kepimpinannya akhir-akhir ini, Nik Abdul Aziz berkata, serangan itu dibuat ekoran "rasa cemas" BN dalam usaha menutup masalah dalaman parti-parti komponennya.

"Dia (BN) hendak tipu budak-budak dengan hantu boleh. Tetapi hendak tipu pengundi Kelantan tidak boleh," katanya.

Perhimpunan sejam itu berakhir dengan laungan takbir para penyokongnya. Tiada sebarang perarakan dibuat, walaupun terdapat ura-ura mengenainya sebelum ini.

Kepemimpinan Nik Abdul Aziz akhir-akhir ini menerima pelbagai kritikan susulan beberapa isu, antaranya pelantikan menantunya Abdul Ariffahmi Ab Rahman sebagai ketua pengarah eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dan tajaan haji daripada seorang kontraktor.

Anak syarikat kerajaan (GLC) itu juga sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berhubung dakwaan berlakunya penyelewengan dan salah guna kuasa.

Belum reda isu itu, Nik Abdul Aziz menimbulkan pula kontroversi baru apabila mendakwa terdapat usaha menjatuhkannya yang didalangi oleh seorang pegawai tentera yang dikenali sebagai "Kolonel Mat." - malaysiakini



Foto ehsan Pinkturtle




Sokongan Utk Tok Guru : Dari Mekah Ke Kota Baru

Menjelang perhimpunan rakyat di sini hari ini Kelab Penyokong PAS (BBC) Kelantan akan mengadakan solat hajat di hadapan Baitullah di Mekah al-Mukarramah.

Timbalan Presiden BBC Zainuddin Awang Hamat memaklumkan perkara ini ketika menghubungi The Malaysian Insider.

Perhimpunan Rakyat anjuran barisan kepimpinan PAS negeri dengan sokongan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) negeri itu akan diadakan di Dataran Ilmu dekat sini bagi mempertahan kedudukan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar, Mursyidul Am dan Pesuruhjaya PAS negeri walaupun ditekan dengan pelbagai isu sehingga ada sesetengah pihak mendesaknya meletakkan jawatan.

“Dan ini adalah sebahagian daripada bukti di mana PAS Kelantan khususnya tetap setia dan menyokong kepimpinan tok guru,” kata Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri, Mohd Zaki Ibrahim.

Solat hajat di Mekah pula diadakan bagi menyambut seruan Nik Aziz agar para jemaah berdoa minta lembutkan hati Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk membayar royalti minyak kepada kerajaan kelantan.

Nik Aziz membuat seruan itu melalui khutbah Aidiladhanya Jumaat lalu.

Beliau juga berkata akan mendoakan kecelakaan Najib dan Umno sekiranya royalti minyak itu tidak dibayar.

Langsung seruan itu menjadi kontroversi, sekali gus dipergunakan pemimpin Umno untuk menekan Mursyidul Am PAS itu sehingga sanggup mengadakan tunjuk perasaan sebagai tanda protes mereka.

Selasa lepas Jemaah Prihatin Rakyat Kelantan dipimpin Timbalan Ketua Umno Pasir Mas, Che Johan Che Pa mengadakan tunjuk perasaan di pintu masuk pejabat pentadbiran kerajaan negeri Kelantan di Kota Darul Naim.

Solat hajat tersebut akan diadakan di sepertiga malam ini disertai jemaah yang terdiri daripada puluhan ahli serta penyokong termasuk pimpinan PAS yang berada di tanah suci sekarang ini.

Zainuddin menyifatkan kumpulan terbabit sebagai tidak bermoral dan tidak berilmu kerana mudah diperalatkan Umno menjadi kuda tunggangan mereka.

“Persoalannya di mana pemimpin-pemimpin atasan Umno yang hanya mampu mengguna atau menggadai anak-anak ayamnya yang masih berhingus membuat demonstrasi.

“Kalau betul-betul berani, punya kemantapan dalam ilmu politik, sepatutnya mereka sendiri (pemimpin atasan Umno) tampil kehadapan dengan cara profesional” jelasnya. Zainuddin menambah, tidak salah dari sisi hokum mengenai doa yang disarankan Nik Aziz berdasarkan hadis Rasulullah yang bermaksud antara doa yang dimakbulkan ialah doa orang yang dizalimi.

“Maknanya tidak ada larangan bagi orang yang dizalimi itu berdoa di atas kezalimannya. Jadi apakah bukan kezaliman namanya apa yang dilakukan Umno? menafikan hak Kelantan, hak rakyat Kelantan, terutama dalam perkara royalty minyak ini,” soalnya. -Mohd Zuharman

Benar, Dia Dibuat Untuk Rakyat Malaysia

Tidak ramai (mungkin tiada) pemimpin PAS yang berminda tinggi sebegini. Pemimpin Umno juga tidak ada, mungkin.

Kini alam sedang menghukum manusia kerana apa yang dibuat oleh tangan-tangan mereka sendiri. Penipisan lapisan ozon, pencairan ais, peningkatan paras air laut dan macam-macam lagi, membingungkan manusia cerdik seperti saintis.

Mereka bingung bukan kerana tidak tahu puncanya, tetapi bingung mengenai cara mendidik manusia supaya lebih akrab bersahabat dan mesra bergaul dengan alam.

Tahukah kita mengenai ‘Rumah Hijau’? Kalau manusia bermusuh dengan alam, mereka tetap akan tewas.

Demikianlah hukum alam. -Ust Zolharnain Abdin


Ulasan GB

Satu pengakuan ikhlas dari Exco Dewan Ulamak PAS, Ustadz Zolkharnain terhadap idea dan gagasan Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa.

TG Nik Aziz menyifatkan Husam sebagai "Husam ini Allah buat bukan untuk Kelantan sahaja tetapi untuk rakyat Malaysia, dia budak yang cerdik, pengalaman banyak dan pemikiran jauh ke depan.

“Rakyat Kelantan banyak menerima buah fikiran yang baik dari Husam seperti ambil balik tanah Felcra yang banyak, wujudkan sistem kifalah yang memberi banyak manfaat kepada rakyat dan orang kurang upaya (OKU),”


Namun di dalam partinya sendiri ada yang cemburu dan tidak berkenan dengan Husam. Diantaranya termasuklah anak TG Nik Aziz sendiri, Nik Abduh dan Nik Amalina. Sedangkan kedua-duanya tidak ada apa sumbangan yang bermakna bukan kata untuk umat esjagat, malah untuk ahli PAS sendiri. Yang dilakukan hanyalah luahan dengki hati dan cemburu terhadap kejayaan orang lain serta meratap tangis apabila ditimpa sedikit ujian kerana telah sekian lama hidup dalam kesenangan.

Begitu juga terhadap pengkritik-pengkritik Nik Aziz dan Husam.

GB telah tegaskan berkali-kali sekarang bukan zaman bijak berpidato sahaja atau mengkritik sahaja. Sekarang zaman untuk bekerja, zaman untuk memikirkan sesuatu yang berguna untuk umat. Sesuatu yang berfaedah untuk rakyat terbanyak jika benar ingin jadikan PAS, sebuah parti untuk kerajaan yang dinanti.

Dan Allah Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa untuk mengangkat darjat orang-orang yang Dia sendiri kehendaki sekalipun tidak disukai oleh mereka yang pepnuh penyakit di hati.


Banjir: Husam cadang tangani pemanasan global dengan guna baja organik
Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 2 Dis: Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa berpendapat Kerajaan Persekutuan perlu menangani masalah pemanasan global, sekiranya serius mahu menangani masalah banjir di Malaysia.

Cadangan itu, disampaikan dalam rancangan Agenda Awani, suatu rancangan terbitan Astro saluran 501 semalam.

“Kalau dari segi banjir, ianya berkaitan pemanasan global. Salah satu dari puncanya adalah pembebasan karbon (dioksida).

“Kalau kita terlalu memikirkan bagaimana menangani fenomena banjir yang besar, tanpa memberikan penyelesaian pada puncanya, saya ingat ianya (kos pengurusannya) akan menjadi mahal,” kata Husam.

Beliau yang juga AJK PAS Pusat mendakwa kerajaan tidak serius menyelesaikan masalah banjir, jika diukur pada polisi pertanian padi menggunakan bahan kimia.

“Saya lihat Malaysia masih belum serius menangani pemanasan global ini...kalau kita gunakan baja organik menggantikan baja kimia, kita boleh mengurangkan pembebasan karbok (dioksida) yang tinggi ini.”

“Kita ambil penaman padi umpamanya, saya lihat kerajaan masih menggalakkan penggunakan bahan kimia, yang juga penyumbang pada pembebasan karbok (dioksida) yang tinggi,” kata Husam.

Di Kelantan, Husam memperkenalkan penanaman padi organik yang tidak menggunakan bahan kimia. Ia dijadikan contoh oleh kerajaan negeri untuk diamalkan di seluruh negeri Kelantan.

Husam turut dilihat memanfaatkan kesempatan di udara selama 30 minit turut menasihatkan kerajaan Pusat pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak agar bersikap terbuka dengan kerajaan negeri, dalam hak menguruskan wang royalti minyak Kelantan.

“Kita perlu ada sikap terbuka dengan idea yang baru dan yang berbeza yang berasaskan keadilan...Perdana Menteri kita (iaitu) Datuk Seri Najib Tun Razak perlu beri duit itu kepada (kerajaan) negeri.

“Jika (kerajaan Pusat) mahu menguruskan bersama duit royalti dengan (kerajaan) Negeri, itu boleh dibincangkan, tetapi janganlah diletakkan di bawah ketiak kita, kerana itu duit orang (kerajaan Kelantan),” katanya.

Beliau turut menganggap alasan Najib tidak logik – Kelantan tidak layak mendapat royalti minyak kerana perjanjian petroleum dilakukan antara Malaysia dan Thailand, bukannya antara Kelantan dan Thailand.

“Duit itu milik rakyat Kelantan, mengapa diletakkan di bawah pusat dengan alasan-alasan yang tidak lojik.

“Kawasan Perairan Bersama (JDA), paling dekat Kelantan iaitu 150 kilometer, tetapi paipnya tidak dinaikan di Kelantan (dan) sengaja dinaikkan di Songkla (Thailand) yang jauhnya 230 kilometer,” dakwa Husam.

Baginya, penafian hak kerajaan negeri Kelantan menguruskan wang royalti minyaknya membuktikan kerajaan pusat berfikiran primitif.

“Kalau perkara sekecil itu pun, (kerajaan) Pusat masih berfikiran primitif, sudah tentu sukar bagi kita menemui kebijaksanaan yang baik untuk Malaysia,” katanya.

Rancangan yang dihoskan oleh Suhaimi Sulaiman turut menampilkan Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed selaku panel regu Husam.- Harakahdaily


Pakatan Rakyat Terus Mara Perjuang Royalti Minyak

Pakatan Rakyat tidak akan berganjak sehingga Kerajaan Pusat menyerahkan wang royalti minyak kepada rakyat Kelantan.

Ahli Parlimen Kuala Selangor Dzulkifli Ahmad berkata saranan membahaskan isu royalti minyak akan tetap diusulkan ke Dewan Rakyat walaupun ditolak berulang-kali oleh Speaker.

Beliau berkata demikian ketika dminta mengulas tindakan Speaker Datuk Seri Utama Pandikar Amin Mulia menolak usul Pakatan Rakyat membincangkan kemelut royalti di Dewan Rakyat hari ini.

“Kami akan terus mengangkat isu ini kerana antara lain, yang pertamanya Tengku Razaleigh telah pun menyatakan pendirian beliau. Pendirian beliau adalah pendirian yang tidak berpihak kepada mana-mana kepentingan”.

Sementara itu Ahli Parlimen Pokok Sena Mahfuz Omar mencadangkan kerajaan mengadakan satu wacana bebas bagi membincangkan isu royalti ini.

“Ini pun kalau kerajaan merasakan mereka mempunyai penghujahan yang cukup baik untuk mempertahankan apa yang meraka katakana Kelantan tidak layak mendapatkan royalti tersebut” katanya.

Pakatan Rakyat sebelum ini mencadangkan satu jawatankuasa khas diwujudkan untuk membincangkan mengenai tuntutan royalti minyak Kelantan dan mencadangkan mantan Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah mengetuai kokus berkenaan.



SAMM Serah Laporan Rasmi Kes Rasuah Politik Ke Bukit Aman

Solidariti Anak Muda Malaysia dan Majlis Integriti Angkatan Muda Malaysia memfailkan tiga laporan polis terhadap tiga pegawai kanan kerajaan atas tuduhan rasuah dan salahguna kuasa.

Diketuai Penyelaras Badrul Hisham Shaharin, delegasi 12 orang dari dua gerakan belia itu tampil ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman seawal jam 9.55 pagi.

“Laporan ini juga sebagai Litmus Test kepada Ketua Polis Negara dan Institusi PDRM itu sendiri, sama ada benar bebas atau sekadar alat kepada regim pemerintah”kata Badrul.

Laporan setebal lima puluh dua mukasurat itu diserahkan kepada Inspektor Mohamad Sail Hassan Cawangan Perhubungan Awam Bukit Aman.

Laporan pertama menggesa polis menyiasat penyiasat kontroversi P Balasubramaniam, yang mengaku telah menerima sogokan RM750,000 dari proksi Perdana Menteri Najib Abdul Razak.

Bekas anggota Cawangan Khas ini turut mendakwa cuba disogok RM5juta oleh saudagar permaidani Deepak Balkishan, yang dikatakan rapat kepada Isteri Pertama Negara, Rosmah Mansor supaya menarik balik akuan bersumpah terhadap Najib.

“Maknanya Bala ada dua kenyataan bersumpah yang bercanggah.Sudah tentu salah satu daripadanya adalah kenyataan bersumpah yang salah dengan niat menipu.Dan sehingga kini Balasubramaniam tidak didakwa dan diambil tindakan terhadap perkara tersebut.Ini dilihat ada persenkongkolan untuk menutup rahsia besar pemimpin Negara”,tambah Badrul lagi.

Laporan kedua difailkan terhadap Menteri Besar Negeri Sembilan, Mohamad Hassan, yang dituduh menyeludup sejumlah RM10juta ke luar Negara.

Dalam laporan mereka, Mohamad Hassan dituduh mensabotaj ekonomi Malaysia dengan menyalur keluar wang negara melalui sebuah syarikat pengurup wang, Salamath Ali.

Badrul berkata,“Ini merupakan usaha sabotaj ekonomi.Hantar wang tunai kepada Negara secara haram,itu sabotaj ekonomi.Maknanya,ada pemimpin Barisan Nasional yang dibiar dan dilindungi kerana mengkhianati ekonomi Negara”.

Manakala laporan terakhir difailkan terhadap Setiausaha Politik Najib Abdul Razak, Shafie Abdullah yang dituduh menggunakan wang ringgit dan pengaruhnya untuk mengancam lawan-lawan politik dalam Umno.

“Jadi hari ni,maknanya kita rasa kecewa Najib janji untuk mempertingkatan intergriti itu satu pembohongan selagi beliau menyimpan orang seperti Shafiee dalam pejabatnya”,jelas Badrul.

Badrul berkata laporan telah difailkan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada 2 Januari lalu, namun suruhanjaya itu belum lagi mengambil sebarang tindakan terhadap Shafie.

“Dimana kita ishtiharkan SPRM mati ketika lahir langsung tidak ada yang boleh dibanggakan dari SPRM.Dan kita masih ada sedikit harapan dalam agensi polis.Kalau mereka tidak mahu membuktikan kepada rakyat yang dia telus,terpulang pada mereka”.


Hadiah Sempena 100 Hari Najib Masih Kabur

Ahli Parlimen Pakatan rakyat hari ini mempersoalkan salah satu daripada “hadiah” Perdana Menteri, Najib Abdul Razak sempena 100 hari memerintah negara ini.

“Hadiah” yang dimaksudkan ialah diskaun 20 peratus yang diberi kepada pengguna-pengguna tol sebanyak 80 kali sebulan.

"Salah satu yang dikatakan beliau, diskaun 20 peratus akan diberikan kepada pengguna tol yang menggunakan tol 80 kali sebulan, namun tidak ada polisi dan maklumat detail yang dinyatakan".

Ketika membahaskan skim ini di Dewan Rakyat, Nie Ching mempersoalkan apakah rebat yang dijanjikan telah dilaksanakan, dan siapa yang menanggung diskaun berkenaan.

Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia, Dato’ Yong Khoon Seng menjawab diskaun 20 peratus itu ditanggung oleh syarikat konsesi lebuhraya atas dasar tanggungjawab sosial.

Namun jawapan bertulis Perdana Menteri Najib Abdul Razak kepada Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Phua Kiam Wee mendedahkan sebaliknya.

"Walau bagaimanapun, semalam ahli parlimen petaling Jaya Utara turut bertanyakan soalan yang sama, yang pertama perkembangan pemberian diskaun 20 peratus itu sehingga ke hari ini dan jumlah yang telah dibayar, dan soalan siapa pembayar kos diskaun tersebut".

"Anda boleh lihat di peranggan akhir, jawapan dari Perdana Menteri, pihak kerajaan membiayai kos diskaun tersebut bagi meringankan beban pengguna lebuhraya bertol”.

Nie Ching berkata skim ini tidak ubah seperti satu penipuan jika pembayar cukai dipaksa menanggung rebat 20 peratus ini.

Setakat ini, lebih kurang 120 ribu pengguna tol dikesan layak menerima rebat 20 peratus bermula September sehingga Oktober tahun ini.

Namun dari jumlah itu, hanya 30 ribu pengguna yang mendapat manfaat rebat ini.

Jumlah yang telah dikreditkan kepada 30 ribu pengguna ini sebanyak RM788 ribu bagi bulan September dan RM 877 ribu bagi bulan Oktober.