28 Apr 2012

[Gambar & Video] Kezaliman Polis: Tembak Gas Pemedih & Rempuh Orang Awam Di Sogo

Pengalaman pedih 709 berulang apabila FRU membedil gas pemedih mata terhadap kira-kira 10 ribu orang yang berkumpul di persimpangan jalan berdekatan Dataran Merdeka.

Peserta perhimpunan BERSIH 3.0 yang antaranya orang tua dan budak berlari lintang pukang untuk menyelamatkan diri daripada asap gas pemedih mata.

Sungguhpun diadakan sekatan jalan raya, dan Dataran Merdeka ditutup dengan kawat besi, namun ia gagal menghalang kebanjiran manusia dari rata-rata ke lokasi perhimpunan. Mereka duduk sambil melaungkan slogan, kadang-kala bangun dan menyanyikan lagu Negaraku, dari kira-kira jam 9 pagi hingga tengah hari.

Beberapa orang pemimpin, termasuk ahli jawatankuasa pemandu BERSIH Wong Chin Huat, Naib Presiden PAS Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, Naib Presiden PKR Tian Chua, dan pemimpin mahasiswa menyampaikan ucapan mereka.

Malah dalam ucapan Wong Chin Huat, yang memegang perlembagaan persekutuan dalam tangannya, berkata selagi hati dan jiwa rakyat adalah bebas dan merdeka, maka tempat yang berkumpul itu dinamakan "Dataran Merdeka".

Segala-galanya berjalan dengan lancar, dan hampir menutup tirai pada jam 3 petang. Namun, dengan pembedilan gas pemedih mata pada jam 3 petang, perhimpunan Duduk Bantah berakhir sebagaimana yang berlaku pada 9 Julai 2011.

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim tiba untuk berucap di persimpangan yang berhampiran dengan Dataran Merdeka pada kira-kira jam 3 petang. Beliau memberi ucapan ringkasnya dengan pembesar suara yang tidak begitu baik fungsinya. Peserta menjerit agar kawat besi dibuka.

Anwar pada mulanya menunjukkan isyarat "tidak". Namun beberapa orang peserta di situ kelihatan telah berjaya melonggarkan kawat berduri dan berpusu-pusu mahu menembusi halangan tersebut. Dalam keadaan yang sesak, gas pemedih mata telah dilepaskan. Dan meriam air juga ditembak ke atas peserta perhimpunan.

Ramai yang berlari lintang pukang setelah gas pemedih mata dilepaskan. Malah gas pemedih mata dilepaskan bertalu-talu sehingga peserta perlu melarikan diri ke lorong-lorong kecil. Terdapat juga kanak-kanak yang ketangisan, di samping orang tua yang sesak nafasnya. Malah wartawan berjumpa seorang unit amal sedang diselamatkan seorang peserta di atas kereta kerana kesesakan nafas.

Tangkapan dan kekerasan yang digunakan

Meskipun Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein mengakui bahawa kerajaan mungkin "bertindak terlampau" (over react) ketika mengendalikan perhimpunan BERSIH 2,0 pada 9 Julai lalu, namun cara polis menangani BERSIH 3.0 nampaknya tidak banyak berbeza dengan dahulu. Tangkapan terus berlaku, malah mereka yang ditangkap mengadu dirinya dikasari oleh polis. Pada masa yang sama, wartawan dan jurugambar juga dilarang mengambil gambar aksi-aksi polis ketika menangkap peserta perhimpunan BERSIH 3.0.

Beberapa orang pengsan kerana terhidu terlalu banyak gas pemedih mata, dan dihantar ke hospital. Malah tindakan polis dan FRU telah mencungkil kemarahan rakyat, sehingga sebuah kereta polis diterbalikkan. Ketegangan antara polis dengan peserta perhimpunan tidak kurang ketaranya berbanding 709. -MR

Polis tembak gas pemedih mata

KUALA LUMPUR: Polis melepaskan gas pemedih mata ke arah peserta perhimpunan Bersih 3.0 kira-kira jam 3 petang menyebabkan mereka lari bertempiaran di persekitaran Dataran Merdeka.

Sebahagian mereka merempuh tembok yang dibina oleh DBKL bagi melindunginya dari dimasuki orang ramai.

Tidak kurang juga yang terpaksa lari ke lorong-lorong belakang di sekitar Dataran Merdeka.

Di satu kawasan, polis telah menyekat orang ramai dari lari menembusi sekatan yang mereka buat.

Hanya wartawan dan jurugambar sahaja yang dibenarkan melalui sekatan mereka.

Polis mula membunyikan locing amaran kira-kira jam 3 petang diikuti dengan semburan water canon dan tembakan gas pemedih mata untuk menyuraikan mereka.

Ada juga yang ditangkap termasuk ahli DAP dari Cheras, Mr Liu Yang, kata anggita Parlimen, Lim Lip Eng menerusi twitternya.

Menurut salah seorang peserta itu, Syed Marwan melaporkan, dia baru saja terkena gas pemedih mata.

"Baru terkena gas pemedih mata, Perit. Sakit. Ada yang pengsan. Moga Allah balas perbuatan zalim mereka," tulis beliau menerusi twitter.

Ada juga mangsa yang terkena gas terpaksa mencari perlindungan di kedai-kedai berhampiran dengan tempat kejadian.

Mereka yang pengsan akibat terhidu gas juga dibawa berlindung di situ.
-HD


2 peserta Bersih cedera parah dirawat di HKL

KUALA LUMPUR: Dua peserta Bersih 3.0 yang cedera parah dimasukkan ke wad kecemasan Hospital Kuala Lumpur petang tadi.

(Haji Habizal [kiri] dan Su Kwang Hong terlantar di wad kecemasan HKL)
Haji Habizal bin Nadzir cedera pada kepalanya akibat terkena tembakan botol gas pemedih mata yang dilepaskan oleh polis.

Beliau dikatakan parah dan ditempatkan ke wad kecemasan HKL.

Seorang lagi, Su Kwang Hong cedera akibat dilanggar oleh kereta polis ketika bersama-sama orang ramai dalam perhimpunan itu.

Beliau juga dilaporkan parah dan sedang dirawat di wad kecemasan HKL.

Menurut sumber, ramai lagi yang cedera semasa perhimpunan kali ini sedang dirawat di HKL.

Mereka ditempatkan di wad bersebelahan dengan wad kecemasan dan tidak dibenarkan orang awam melawatnya.
-HD


Malaysians clash with police at rally for reform

Malaysian police have fired tear gas and water cannons at thousands of protesters gathered in Kuala Lumpur's central square.

Witnesses say the protesters trampled through barbed-wire barricades set up around the heavily-guarded Merdeka Square, in defiance of a court order that had banned them from the square.

Protesters also battled with police at a train station nearby, throwing bottles and chairs at officers who responded by firing tear gas rounds.

Most of the protesters had dispersed about an hour after the violence began, but several hundred remained and were still taunting police.

Australian Independent Senator Nick Xenophon is in Kuala Lumpur and says he has seen the police teargassing the crowd.

"The police have lobbed at least a dozen canisters that I've seen in my immediate vicinity," he said.

"We've seen people here who've collapsed, who've been vomiting as a result of the tear gas and some people have become quite ill.

"Even though I'm a couple of hundred metres away from it it's actually starting to sting.

"It's just an extraordinary scene. There is a bit of panic here. It's getting pretty messy here and there's a bit of a crush in the crowd."

Political risks

The violence could carry risks for prime minister Najib Razak if it is seen as unjustified.

Mr Najib's approval rating tumbled after July last year when police were accused of a heavy-handed response to the last major electoral reform rally by the group.

There are suggestions he could delay elections, which must be called by next March but which could be held as early as June.

Some media sites put the number of protesters as high as 50,000, which would make it the biggest since Reformasi demonstrations in 1998 against then prime minister Mahathir Mohamad.

In Melbourne, hundreds of people staged a rally in support of the Malaysian protesters.

Victorian MP Hong Lim told the crowd the protesters were fighting for much-needed democratic reform.

"To see, to hear the younger generation of Malaysia, who talk profoundly of their country and their concern for the country, and not about Chinese, and not about Malay, and not about India but Malaysia, Malaysia - it's so touching," he said as the crowd cheered him on.
ABC/Reuters
























[Gambar & Video] Sambungan Lintas Lansung BERS✔H 3.0 - "Perang" Bermula!

Sambungan Lintas Lansung

8.15pm: Gabungan menuntut pilihan raya bersih dan adil (BERSIH) berkata perhimpunan hari ini berjaya dan berkata 250,000 rakyat Malaysia turun menyertai BERSIH 3.0 menuntut reformasi pilihan raya.

"Dalam erti kata tersebut, ia adalah satu kejayaan," kata pengerusi bersama BERSIH, Datuk S Ambiga dalam sidang media selepas perhimpunan tersebut.

8.05pm Kematian melibatkan pegawai polis sepertimana yang digembar-gemburkan adalah tidak benar, menurut tweet polis.

7.54pm Polis siarrakaman video di Internet punca kereta polis terbabas dan sebabkan kemalangan.

Video tunjukkan orang ramai kerumuni kereta polis dengan membaling objek. Malah seorang lelaki kelihatan melompat dan menginjak-injak bumbung kereta dan seorang lagi melompat menendang cermin depan.

7.30pm Menurut polis, sehingga jam 7 petang, seramai 222 orang ditahan.

7.05pm Sewaktu serbuan polis beramai-ramai wartawan The Sun dikenali sebagai Radzi tercedera di mulut dan terlentang. Mulutnya berdarah. Dia mendapat pertolongan cemas dan di bawa ke hospital HKL.

Menurut seorang saksi, ketika seorang lelaki memakai baju BERSIH dan berada di hadapan Radzi, berlaku rempuhan daripada polis yang membuat serbuan.

"Suasana yang hebat dan bilangan yang ada di situ - ia amat besar."

6.22pm: Jln Sultan Abdul Samad - Kereta membawa Datuk Bandar dalam rombongan polis terpaksa membuat pusingan-U berhampiran Masjid Jamek apabila bertembung dengan penyokong BERSIH yang melemparkan kasut dan objek ke arahnya.

6.10pm Jalan dari SOGO ke Dataran dibuka. Bagaimanapun kira-kira 600 peserta masih berlegar di sekitar.

6pm Jalan TAR - Beratus anggota polis berada di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR), yang sesak kerana sekatan jalan raya. Para pemandu membunyikan hon tanpa henti, memaksa polis bersurai dan berkumpul semula di persimpangan Jalan Tun Perak. Mereka mula membenarkan lalulintas di situ.

5.50pm: Naib Presiden PKR Tian Chua dakwa melalui Twitter, beliau ditahan polis bersama Pakar Perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari. Tian juga dakwa ramai dipukul ketika ditahan.

5.45pm Masjid Jamek - Sesetengah peserta masih mahu masuk ke Dataran Merdeka, tetapi polis datang balik dan mengejar mereka. Beberapa peserta ditahan. Ada di antara mereka yang membaling kasut dan botol ke arah polis.

5.30pm: JLN TAR Wartawan Malaysiakini antara 200 ditahan bersama 200 peserta dan wartawan lain. Mereka ditempatkan sementara di Kelab Diraja Selangor. Barangan dirampas dan ditumbuk polis.

6.10pm Jalan dari SOGO ke Dataran dibuka. Bagaimanapun kira-kira 600 peserta masih berlegar di sekitar.

5:28 pm: Diberitakan seorang peserta Bersih meninggal dunia akibat dilanggar oleh kenderaan polis di hadapan Sogo. -harakahdaily

5.21pm Dua anggota polis tercedera dan pistol yang hilang dijumpai semula, kata menteri dalam negeri melalui Twitter.

5.20pm Simpang Jalan Tun HS Lee-Jalan Tun Tan Cheng Lock (berhampiran Pasar Seni) - Anggota polis FRU kelihatan mula berehat-rehat selepas Unit Amal PAS membuat pengumuman mengerahkan peserta BERSIH bersurai.

5:01pm JLN TAR Kelihatan 4 trak polis menuju Jln Chow Kit. Peserta tidak tunjukkan tanda-tanda mahu bersurai.

5.03pm JLN TAR Seorang gadis pengsan dan dibawa mendapatkan rawatan oleh St John Ambulance.

4.56 pm: Sebuah kereta yang diparkir di hadapan Dataran Maybank pecah cermin belakang akibat terkena peluru gas pemedih mata.


4.55pm JALAN TAR Tapak pasar malam, sekumpulan peserta BERSIH dan polis bertumbuk.

4.45pm Polis tuduh pistolnya dirampas peserta BERSIH di hadapan SOGO, menurut tweet polis.

4.19pm Jalan TAR - Sekumpulan orang ramai yang marah bertindak menterbalikkan kereta polis selepas ia didakwa melanggar peserta di situ.

‎@aminiskandar PDRM langgar dua orang di sebelah Sogo dengan van. Revolusi!!!





4.10pm - Jalan TAR - Sekumpulan peserta duduk di sepanjang jalan TAR yang ditutup. Seorang penjual ais-krim laris perniagaannya apabila menjadi tumpuan peserta untuk menghilangkan dahaga mereka.

FRU melepas tembakan air bercampur kimia ke arah mereka di depan kedai Kamdar di Jalan TAR.


Tengok apa yang polis lakukan terhadap perhimpunan yang pada mulanya berjalan aman

4.04pm Sebelum itu, beberapa wartawan yang berdiri di belakang FRU turut tertolak polis ke arah peserta ketika gas pemedih mata ditembak, mendedahkan mereka kepada gas yang memedihkan mata.

3.58pm Seorang lelaki berusia 35 tahun mengalami kesukaran bernafas berhampiran Dataran Maybank akibat gas pemedih mata. Dia pulih selepas diberi rawatan oleh pasukan perubatan.

3.58pm Masjid Jamek - Beratus-ratus peserta sedang berehat di taman di belakang Masjid Jamek untuk pulih daripada serangan meriam air dan gas pemedih mata.

3.50 pm: Polis mula menyembur gas pemedih mata ke arah Puduraya.
Peserta himpunan dari Jalan Tun Perak lari bertempiaran ke Jalan Raja Chulan selepas ditembak FRU.

3:49pm - JALAN RAJA LAUT Kira-kira 35 peserta BERSIH ditangkap dan dikumpulkan di hadapan bangunan DBKL.

3:49pm Serang peserta perhimpunan cedera di depan bangunan DBKL dan dibawa mendapatkan rawatan oleh St John Ambulance.

3.50pm Pusat membelibelah Sogo - Beberapa peserta berundur dari Dataran Merdeka di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) dan dikejar polis.

3:29pm Majlis Peguam - Selepas arahan untuk bersurai dikeluarkan, tembakan meriam air dan gas pemedih mata dilepaskan ke atas orang ramai di luar bangunan Majlis Peguam di Lebuh Pasar Besar.

3.15pm - Lagi gas pemedih mata di tembak di kawasan Coliseum di Jalan TAR.

3.13pm - Sebahagian peserta berundur ke jalan Pudu ekoran tembakan gas pemedih mata.

3.10am Masjid Jamek - lebih banyak gas pemedih mata dilepaskan berhampiran stesen LRT Masjid Jamek. Difahamkan beberapa peserta yang cuba melanggar larangan memasuki Dataran Merdeka, telah ditangkap.

3.05 pm: Peserta yang tersekat di Jalan Tun Perak berpatah balik ke Dataran Maybank setelah FRU menembak gas pemedih mata.







3.00 pm: Loceng amaran FRU dibunyikan. Sebahagian orang ramai merempuh masuk ke Dataran. Water cannon sudah mula ditembak dan gas pemedih mata dilepaskan. Orang ramai berlari ke bangunan DBKL.

3:00pm: Polis melepaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air di persimbangan jalan Tun Perak-Jalan TAR. Difahamkan polis bertindak demikian selepas ada peserta melanggar larangan memasuki Dataran Merdeka.

2.58 pm: Arahan bersurai kali kedua dikeluarkan pihak polis

2:34pm Masjid Jamek - Pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga berkata perhimpunan BERSIH 3.0 telah berjaya dan menggesa orang ramai supaya bersurai.

Bagaimanapun, orang ramai melaungkan "Dataran! Dataran!"

Sebelum ucapan Ambiga, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata rakyat telah menyatakan dengan jelas bahawa mereka tidak akan bertolak ansur dengan politik kotor.

Anwar adalah sebahagian daripada kumpulan yang berarak dari Masjid Negara.

2.30 pm: Para pimpinan Pakatan Rakyat termasuk Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu sedang berucap di tengah-tengah jalan Tun Perak menghala ke Jalan Pudu di depan Wisma Permim. Sambil melaungkan "Hidup Rakyat".

2.24 pm: Peserta yang berkumpul di jalan berdekatan Dataran Merdeka melaungkan "We Want Dataran", diselangi laungan "Buka, buka, buka Dataran".

2.15pm: Puduraya - Kumpulan 10,000 dari Masjid Negara sampai ke Puduraya dalam perarakan panjang ke Dataran Merdeka.

2.15 pm: Lokasi Dataran Maybank - Peserta perarakan Bersih berhenti di Dataran Maybank, menanti kumpulan perarakan yg lain. Jumlah peserta kini mencecah angka ratusan ribu.

2.05 pm: Malaysiakini melaporkan anggaran 75,000 penuhi KL. Orang ramai kini bertumpu di tiga kawasan utama - Jalan Tun Perak (dari Masjid Jamek ke Dataran Merdeka), Lebuh Pasar Besar (berhampiran ibu pejabat Majlis Peguam) dan Masjid Negara di mana jemaah bersolat Zohor.

Ini bermakna Dataran Merdeka sudah dikelilingi sepenuhnya oleh orang ramai dari Utara dan Selatan.

2.00 pm: Para peserta Bersih dari CM sedang berarak menuju Dataran, bagaimanapun perarakan agak perlahan di depan Bangkok Bank kerana sekatan polis di hadapan BAR Council.

1.40 pm: Lokasi Masjid Negara - Perarakan bermula dan peserta dianggar seramai 10 ribu orang.

1.37 pm: Lokasi Masjid Negara - Presiden Pas TG Abdul Hadi tiba di lokasi dan akan bersama-sama berarak ke Dataran.

1.20 pm: Polis dalam keadaan bersedia melepaskan tembakan gas pemedih mata.




1.15 pm: Sebahagian besar masih tetap di persimpangan Jalan Tun Perak dan Jalan Tunku Abdul Rahman berhampiran Dataran.

1:13pm: Sejam menjelang perhimpunan BERSIH 3.0, jumlah peserta yang hadir setakat ini dianggarkan telah mencecah sekitar 50,000 orang.

- Pudu/Kotaraya/Petaling Street (orang ramai berarak dari KLCC) - 20,000

- Pasar Seni (bergabung dengan orang ramai dari Brickfields) - 15,000
- Masjid Jamek - 10,000
- TAR / Jalan Tun Perak / Jalan Parlimen - 10,000
- Masjid Negara - 5,000

1.05 pm: Lokasi Masjid Negara - pihak polis membuat sekatan ketat dilaluan menghala ke Dataran Merdeka dengan anggota melebihi 200 orang bagi tujuan menghalang kemaraan pemimpin PR dan peserta Bersih di Masjid Negara dianggar melebihi 10 ribu orang.

1.04 pm: Peserta di Dataran Merdeka mula berundur ke jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Tun Perak berhampiran Masjid Jamek.

1.02 pm: Pasukan FRU bersedia melepaskan tembakan.

12.59 pm: Amaran bersurai diumumkan pihak polis.

12.55 pm: Pemimpin-pemimpin utama, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan beberapa orang lagi memulakan ucapan semangat sementara menunggu masuknya waktu Zuhur di Masjid Negara.

12.43 thr Masjid Negara - PKR presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan ketua umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba bersama dengan pemerhati antarabangsa.

12.40 thr Pasar Seni - Pengerusi DAP Karpal Singh tiba di hadapan Majlis Peguam, disambut dengan laungan "BERSIH".

12.35 thr Jalan Tun Perak - Senator Australia Nicholas Xenophon hadir, untuk memerhatikan perhimpunan tersebut.

"Ini adalah satu suasana yang menarik dengan lebih daripada 10,000 orang. Setiap orang bersemangat tinggi," katanya.

"Ini adalah perhimpunan aman tanpa sebarang keganasan. Orang muda dan tua bersama-sama berada di sini. Saya pasti rakyat Australia dan rakyat Malaysia memahami bahawa ini adalah demonstrasi untuk pilihanraya yang bebas dan adil."

12.32pm Pasar Seni - Polis membentuk benteng manusia di Hang Kasturi Walk, laluan baru di sebelah Pasar Seni, walaupun beberapa peserta sudah lama melepasi mereka melalui satu kaki lima di situ

Peserta yang berdepan dengan benteng polis itu menyanyikan lagu Negaraku.





























\



Gambar : Anak Tuan Guru Nik Aziz di Makkah.



BERSIH 3.0 di Penang


BERSIH 3.0 di Ipoh


BERSIH 3.0 di Johor



BERSIH 3.0 di Jordan



BERSIH 3.0 di Melbourne Australia















Sentiasa dikemaskinikan setiap 10 minit. Sila refresh


Laporan sebelum ini
klik untuk baca