25 Ogo 2014

PAS Menang Isu Saman Zoo Bukit Takal


Tiga panel Mahkamah Rayuan, Putrajaya hari ini menolak rayuan Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) berhubung saman fitnah mereka terhadap PAS dalam itu “Zoo Bukit Takal”.

Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (JUHAM) Pemuda PAS dalam kenyataannya berkata, Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Zaharah Ibrahim memutuskan bahawa Mahkamah Tinggi membuat keputusan betul berkaitan isu itu sebelum ini.

Mahkamah Tinggi sebelum ini memutuskan MPK gagal membuktikan artikel yang dikatakan fitnah bertajuk "Fakta Zoo Bukit Takal" itu ditujukan kepada pihak berkuasa tempatan itu.

Mahkamah Rayuan hari ini turut memerintahkan MPK membayar kos RM10,000 terhadap PAS, menurut JUHAM lagi.

Hakim Mahkamah Rayuan lain yang turut bersidang ialah Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Mah Weng Kwai.

PAS diwakili peguam Noorazmir Zakaria yang juga pengarah JUHAM.

MPK memfaikan saman pada 22 Mac tahun lalu terhadap PAS yang didakwa mengedarkan pamflet mengandungi kesalahan dan kata-kata fitnah tentang Zoo Bukit Taka -mk.









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



Nizar Mengaku Tidak Bersalah Fitnah Najib


Ipoh - Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, pagi ini, atas pertuduhan memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada tahun 2012.

Beliau yang diwakili 12 peguam didakwa melakukan kesalahan itu dalam ucapan kepada orang ramai antara jam 9 malam hingga 12 tengah malam di Taman Desa Pakatan pada 23 April 2012.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Bagaimanapun, Hakim Madihah Harullah menetapkan jaminan sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin dan sebutan semula pada 26 September ini.

Sekiranya disabit kesalahan atau dipenjara sekurang-kurangnya sebulan atau dendan RM2,000 atau lebih, Nizar yang juga ADUN Changkat Jering akan gugur kelayakan sebagai ADUN.

Nizar didakwa memfitnah Najib dan pasukan pertahanan dalam ceramahnya di Ipoh dua tahun lalu.

Nizar didakwa melakukan kesalahan itu di Taman Desa Pakatan antara jam 9 malam hingga tengah malam pada 23 April, 2012.

Kertas pendakwaan menyatakan Nizar, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Changkat Jering mengeluarkan kenyataan: "Saya dimaklumkan Najib akan hubungi semua jeneral tentera untuk melakukan sesuatu jika Barisan Nasional (BN) kalah dalam pilihan raya."

Beliau didakwa mengeluarkan kenyataan berkenaan ketika satu ceramah menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Sebelum ini seorang peguam telah berkata:

"Jika perdana menteri berasa Nizar memfitnahnya, Najib patut mengupah peguam untuk menyaman (Nizar) untuk gantirugi, bukannya menggunakan badan kehakiman untuk menganiaya pemimpin pembangkang,”

Tambahnya, tuduhan fitnah jenayah juga amat jarang digunakan dan akan menjejaskan imej Najib sebagai pemimpin yang berjanji untuk melaksana dasar demokratik.









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



Azmin: Hanya Wan Azizah, Tiada Pelan 'B', PAS Bermesyuarat Hari Ini

Isu MB Selangor: Hanya Wan Azizah, memang tiada pelan 'B' - Azmin

SHAH ALAM: Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali menyifatkan tiada pelan alternatif dibuat berhubung isu pencalonan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu, demikian lapor astro awani.

Tegasnya, apa akan jadi seterusnya dalam isu ini hanya akan ditentukan Sultan Selangor, Sultan Sharifuddin Idris Shah sendiri.

"Kita harus beri peluang kepada Tuanku untuk membuat keputusan, janganlah buat macam-macam tafsiran. ‎

"Ini masalahnya, kita mendahului Tuanku. Sultan ada seorang sahaja dan jangan jadi seperti jurucakap Tuanku. Kita kena hormat Institusi Raja-raja Melayu, patuh kepada sistem dan perlembagaan, serahkan kepada Tuanku untuk membuat keputusan," katanya ketika ditemui selepas hari pertama Kongres PKR ke-10 di Stadium Malawati di sini pada Sabtu.

Mohamed Azmin diminta mengulas mengenai isu menteri besar seandainya nama Wan Azizah yang dicalon Pakatan Rakyat (PR) tidak diterima Sultan Selangor.

Sebelum ini, sumber dalaman PKR memaklumkan, Sultan Selangor mahu beberapa nama selain Wan Azizah sebagai calon menteri besar.

Sumber turut memaklumkan, kemelut itu tidak akan berpanjangan dan dijangka selesai selewat-lewatnya minggu hadapan.

Dalam pada itu, Mohamed Azmin berkata beliau sudah mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan PAS kerana mencalonkannya dengan Wan Azizah sebagai calon menteri besar.

"Saya sudah menyebut saya berterima kasih kepada Tok Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) dan juga PAS kerana mencalonkan saya, dan sebagai Timbalan Presiden saya patuh kepada keputusan parti saya untuk mencalonkan Wan Azizah, tetapi sekarang kita tunggulah keputusan istana," ujarnya.

Tambahnya, PR juga sudah mendapat sepakat untuk memilih Wan Azizah sebagai menteri besar selain mengakui mahu krisis ini diselesaikan segera. ‎

"Dalam bentuk akuan bersumpah ada 30, setakat hari ini PAS tidak menandatanganinya dan yang telah dihantar ke istana ada 30.

"Kita telah mendapat majoriti, jadi sekarang ini terpulanglah kepada kebijaksanaan Tuanku Sultan melihat semua dokumentasi ini untuk membuat keputusan," jelasnya.

Sebelum ini, Wan Azizah turut dipilih sebagai calon pilihan PR bagi jawatan menteri besar dalam satu kaji selidik yang dibuat Merdeka Centre.

Sementara itu, Jawatankuasa PAS Pusat akan bermesyuarat hari ini bagi memuktamadkan calon Menteri Besar Selangor.

Difahamkan mesyuarat berkenaan dipanggil untuk Setiausaha Agong PAS, Mustafa Ali ingin terlebih dahulu mendapat persetujuan daripada J/K Pas Pusat bagi menandatangani surat menyatakan sokongan kepada Wan Azizah sebagai MB untuk di hantar kepada Sultan Selangor.

PAS sebelum ini telah menamakan Wan Azizah dan Azmin sebagai calon MB Selangor bagi menggantikan Khalid Ibrahim.







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



MAS & MRT Ditimpa Musibah Lagi...


Pesawat MAS ke Tokyo patah balik ke KLIA selepas 50 minit penerbangan

Pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH70 dalam perjalanan ke Tokyo, Jepun dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) diarahkan berpatah balik selepas 50 minit perjalanan kerana faktor keselamatan, lapor The Star.

Akhbar itu melaporkan berdasarkan laporan di portal berita, pesawat itu berlepas dari KLIA ke Lapangan Terbang Narita di Tokyo pada 10.50 pagi tadi.

Sebaik saja tiba kembali ke KLIA, penumpang dimaklumkan penerbangan itu dijadualkan berlepas semula pada 1.15 petang menggunakan pesawat lain.

The Star melaporkan laman web MAS memaparkan MH70 berlepas dari KLIA pada 1.22 petang dan tiba di Tokyo pada 8.44 malam waktu Malaysia.

Setakat ini, akhbar itu berkata syarikat penerbangan negara MAS masih belum dapat dihubungi untuk mengulas berhubung insiden itu.

Kelmarn, negara baru saja berkabung menangisi mangsa tragedi pesawat MAS penerbangan MH17 yang dalam perjalanan pulang ke KLIA dari Amsterdam ketika ditembak hingga terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai.

Semua 298 penumpang dan anak kapal dalam pesawat Boeing 777-200ER itu maut dengan 43 daripadanya adalah warganegara Malaysia. Semalam, 20 jenazah menjadi kumpulan pertama dibawa pulang ke tanah air untuk disemadikan.

Tadi, tiga lagi jenazah rakyat Malaysia tiba di KLIA jam 8.30 pagi manakala kumpulan ketiga jenazah mangsa MH17 itu masih belum mendapat tarikh untuk dibawa pulang.

MAS ditimpa malang dan menjadi perhatian dunia ketika empat bulan sebelum itu, pada 8 Mac pesawat MAS penerbangan MH370 dalam perjalanan ke Beijing lesap daripada radar awam dan hingga kini kapal terbang dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal itu masih gagal ditemui.

Operasi mencari bagi fasa kedua mula dilancarkan bulan ini di Lautan Pasifik dan pengerusi Jawatankuasa MH370 dari Malaysia akan berlepas ke Australia tidak lama lagi untuk meneruskan perbincangan kaedah seterusnya digunakan bagi mencari MH370.


12 tetulang konkrit MRT terjatuh dari lori

KUALA LUMPUR: Dua belas tetulang konkrit untuk projek pembinaan MRT terjatuh dari sebuah lori 51 tan pagi tadi di Jalan Cheras, berhampiran Taman Bilion.

Kemalangan itu berlaku pada pukul 11 pagi apabila lori itu terpaksa melakukan brek kecemasan apabila lalu lintas di hadapannya tiba-tiba berhenti.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan oleh MRT Corp, lori berkenaan membelok sedikit tetapi tidak dapat mengelak melanggar kenderaan di hadapan.

"Bahan yang jatuh tidak menyebabkan apa-apa kecederaan kepada sesiapa. Tiada kereta yang rosak dari bongkah konkrit yang jatuh.

"Kemalangan itu telah menyebabkan penutupan lorong ke arah bulatan Taman Billion. Semua kenderaan kini disalurkan kepada satu lorong di bulatan berkataan," kata kenyataan itu.

MRT Corp berkata mereka sedang menyiasat kejadian itu dan tindakan akan diambil terhadap pihak-pihak yang didapati bertanggungjawab bagi kemalangan itu.

Pada awal minggu ini tiga orang pekerja warga Bangladesh maut dalam runtuhan bahagian konkrit landasan projek Mass Rapid Transit (MRT) di Kota Damansara, di Petaling Jaya.

Ketiga-tiga mangsa dikenali sebagai Muhamad Faruk Khan, 38; Mohammad Elahi Hossain, 27 dan Mohammad Alauddin Mollik, 34.

etika kejadian jam 8.30 malam itu, tiga lelaki terbabit sedang melakukan kerja-kerja pemasangan satu bahagian konkrit pada ketinggian 38 meter bersama seorang lagi pekerja apabila ia terlucut daripada tiangnya dan jatuh ke tanah.

Semasa runtuhan berlaku seorang pekerja sempat menyelamatkan diri dengan terjun dari lokasi pemasangan konkrit dan mengalami kecederaan.

Susulan kejadian itu, Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Datuk Azhar Abdul Hamid telah mengumumkan perletakkan jawatannya.

“Sebagai peneraju MRT Corp, saya ambil tanggungjawab peribadi atas insiden yang berlaku dan ia (letak jawatan) tindakan yang betul untuk dilakukan," katanya.

Beliau juga berkata, keputusan meletakkan jawatan itu sudah dimaklumkan kepada Pengerusi MRT Corp Tan Sri Ali Hamsa.










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI