21 Mac 2009

SEKITAR PENGUMUMAN CALON BUKIT SELAMBAU - VIDEO

PEMILIHAN S.Manikumar sebagai calon KeADILan di Bukit Selambau menunjukkan komitmen parti PKR untuk menonjolkan bakat muda untuk memimpin rakyat.

Menurut Ketua Angkatan Muda KeADILan, Shamsul Iskandar Mohd Akin, pemilihan Manikumar adalah satu pilihan terbaik dari parti dan ini adalah kepercayaan parti terhadap orang muda.

“Calon yang dipilih oleh pimpinan adalah calon yang layak, muda serta berpendidikan, kami percaya beliau mampu membawa pembaharuan kepada rakyat Bukit Selambau dan seluruh negeri Kedah,”katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.

Semalam Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim mengumumkan Manikumar - usahawan tempatan yang berusia 35 tahun sebagai calon KeADILan, bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Selambau.

Manikumar yang menyertai KeADIlan semenjak dua tahun lalu merupakan graduan Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam bidang Pengurusan Pelancongan sebelum mendapat Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) daripada universiti yang sama.

Beliau yang juga pensyarah sambilan UUM itu berasal dari Taman Ria Jaya di sini, turut menjadi pensyarah sambilan di UUM serta fasih berbahasa Sepanyol selain bahasa Melayu, Inggeris dan Tamil.

Shamsul menambah, sebagai pemimpin Angkatan Muda, sayap pemuda bagi KeADILan, beliau menyokong penuh dan akan memastikan seluruh jentera membantu kemenangan Manikumar.

Sementara itu, Ketua AMK Kedah Saiful Izham Ramli berkata pemilihan Manikumar tidak akan mendapat tentangan dari pihaknya dan seluruh Angkatan Muda negeri.

“Kami menerima keputusan parti untuk memilih Manikumar sebagai calon serta akan memastikan jentera bekerja untuk kemenangan KeADILan di Bukit Selambau,” katanya kepada Suara Keadilan pagi ini.

suarakeadilan


Fairus Letak Jawatan Timbalan KM Pulau Pinang

Bernama melaporkan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin hari ini telah menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 dan juga EXCO kerajaan negeri kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Lim mengesahkan bahawa beliau menerima surat peletakan jawatan itu yang berkuatkuasa 8 April daripada Fairus melalui faksimili awal pagi ini.

"Kita menerima peletakan jawatan itu setelah mengadakan perbincangan dengan Pemimpin Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pengerusi Jawatankuasa Perhubungan PKR negeri Datuk Zahrain Mohamed Hashim," kata Lim kepada pemberita di sini hari ini.

Bagaimanapun, Lim yang juga setiausaha agung DAP enggan mengulas mengenai sebab-sebab peletakan jawatan Fairus.

Beliau berkata kerajaan negeri menerima peletakan jawatan Fairus sebagai EXCO kerajaan negeri iaitu sebagai pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Pembangunan Koperasi, Penerangan dan Perhubungan Masyarakat.

"Saya percaya Fairus ada sebab sendiri untuk meletak jawatan tetapi beliau masih kekal dengan PKR dan sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti," kata beliau.

Ditanya siapa yang sesuai untuk mengganti Fairus, Lim berkata: " kedudukan itu pada kini kosong sehingga 8 April sebelum surat peletakan jawatan itu berkuatkuasa", katanya.

Beliau berkata Fairus akan menghabiskan semua cuti tahunan sehingga 8 April sebelum peletakan jawatan itu berkuatkuasa.

Sebelum ini, ada spekulasi bahawa Fairus akan mengosongkan jawatannya Khamis lepas tetapi pemimpin parti mengatakan ia hanya khabar angin.

Semalam, Lim juga memberikan penjelasan dengan mengatakan bahawa Fairus bercuti pada minggu ini dan akan kembali bertugas Isnin ini melainkan beliau menyambung cutinya.

Dari Perisek-Rakyat

Benarlah telahan kami Mohammad Fairus Khairuddin menghidapi masalah mental kronik yang perlu rawatan segera.

Apa tidaknya, TKM 1 itu mengugut akan memenggal kepala Exco Angkatan Muda (AMK) Pulau Pinang sekiranya mereka meneruskan hasrat menghantar memorandum kepadanya.

“Dia telefon saya mengugut akan parang kepala kami seorang demi seorang sekiranya kami meneruskan hajat untuk menghantar memorandum kepadanya,” tegas seorang Ketua AMK Bahagian.

Sementara itu, temannya yang juga ketua AMK bahagian turut menerima ugutan yang sama.

“Dia menefon saya lebih daripada enam kali. Dia marah-marah sambil ugut akan potong kepala kami,” ceritanya.

“Biarpun saya telah memberi penjelasan, dia masih bertegas enggan menerima sebarang memorandum sebaliknya mahu AMK hanya menghantar kepada dua exco lain,” katanya.

Jelasnya kejadian berlaku pada Selasa petang, ketika dia dan beberapa AJK Biro Politik AMK negeri dalam perjalanan untuk menyampaikan memorandum berupa cadangan dan pandangan bagi membantu tiga exco kerajaan negeri (keADILan) meningkatkan prestasi dan tugas mereka.










SAMY VELLU BAKAL TERKANGKANG DIKERJAKAN AHLI MIC

Keputusan SMS menunjukkan pencabar Sammy Vellu untuk jawatan Presiden MIC, Datuk M Muthupalaniappan bakal memenangi jawatan Presiden MIC apabila 97% menyatakan Samy Vellu akan gagal pertahankan jawatannya bagi penggal ke 7.

Muthupalaniappan bekas Naib Presiden MIC mengesahkan beliau mendapat cukup pencalonan dari ketua cawangan MIC untuk layak bertanding jawatan tersebut.

"Sehingga hari ini, saya telah memperolehi 51 pencalonan untuk melayakkan saya bertanding," katanya.

Jumlah minima untuk layak bertanding jawatan presiden MIC ialah 50 pencalonan.

Memandangkan setiap pencalonan dicadangkan oleh seorang ketua cawangan dan disokong oleh lima ketua cawangan yang lain, maka ini bermakna Muthupalaniappan mendapat sokongan daripada lebih 300 ketua cawangan MIC.

"Jika pemilihan diadakan secara adil, peluang saya untuk menang adalah amat, amat cerah," kata beliau yang juga seorang peguam di Seremban.

Jawatankuasa pusat MIC telah menetapkan tarikh pencalonan pada 22 Mac manakala pemilihan bagi jawatan presiden diadakan pada 12 April.

Kali terakhir Samy Vellu - yang memegang menjadi presiden MIC sejak lebih tiga dekad yang lalu - berdepan dengan cabaran ialah pada 1989 oleh Timbalannya ketika itu, Datuk S Subramaniam.

PAS GESA SPRM JALANKAN SIASATAN KE ATAS ALI RUSTAM

PAS menggesa supaya Ketua Pesuruhajaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ahmad Said Hamdan supaya menjalankan siasatan ke atas Ketua Menteri melaka, Dato' Seri Mohd Ali Rustam yang telah disabitkan dengan kesalahan politik wang oleh Lembaga Disiplin UMNO baru-baru ini.

PAS Tanjung di Pulau Pinang telah membuat laporan ke pejabat SPRM Pulau Pinang terhadap Mohd Ali yang telah dilarang bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden di dalam pemilihan UMNO dan tiga orang agennya telah digantung keahlian dalam UMNO.

Sekalipun telah didapati bersalah Mohd Ali terus dibenarkan memegang jawatan Ketua Menteri Melaka dan keahlian UMNOnya kekal.

"Kita datang untuk membuat laporan kerana menyahut cabaran Ketua Pesuruhjaya SPRM yang suruh sesiapa juga yang tidak puashati di atas perkara Ali Rustam untuk (tampil) membuat aduan kepada SPRM," kata Berahim Mohd Said, Timbalan Ketua PAS Tanjung.

"Dia telah didapati bersalah di atas kesalahan rasuah, kita tidak berpuashati apabila dia masih duduk sebagai Ketua Menteri Melaka. Seorang perasuah ialah seroang penjenayah, seorang penjenayah (masih) menjadi Ketua Menteri. Kita mahu negara kita sekarang ini bebas dari pemimpin-pemimpin yang (amalkan) rasuah," tambahnya.

Semalam satu demonstrasi dan serahan memorandum telah diadakan di Masjid MITC Melaka meminta Mohd Ali Rustam meletak jawatannya oleh Pakatan Rakyat.

Rayuan Mohd Ali untuk bertanding telah di tolak oleh Panel Rayuan parti UMNO yang bersidang petang semalam.



BUKIT GANTANG : PENGUNDI DISERU TOLAK BN

P" engundi Bukit Gantang harus menolak Barisan Nasional dan memilih Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang nanti" demikian seruan Dato' Seri Anwar Ibrahim ketika ceramah isu semasa di Bukit Cempedak Parlimen Bukit Gantang kelmarin.

Ceramah yang pada awalnya dijadualkan diadakan di Simpang terpaksa dipindahkan ke Bukit Cempedak atas alasan keselamatan oleh pihak polis. Difahamkan beberapa trak FRU telah berkampung di Simpang bagi menghalang ceramah dan oleh kerana itu ceramah ini telah dibuat di Bukit Cempedak.

Dalam ceramah yang turut dihadiri oleh Dato' Seri Nizar Jamaluddin, K Sevan dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim menyelar sikap pemimpin BN yang menculik dan meng"BN" kan 3 ADUN dari Pakatan Rakyat sehingga menyebabkan berlaku krisis politik yang berpanjangan. Pemimpin BN juga sanggup memfitnah dan memutarbelitkan fakta tentang perkataan "sembah derhaka" yang ditulis dalam sepucuk surat oleh Dato' Seri Nizar kepada tuanku sultan bagi menjelaskan kenapa beliau enggan meletak jawatan sebagai MB Perak.

Kesempatan ini telah digunakan oleh pemimpin BN yang kemaruk kuasa di Perak dengan mencanang dalam televisyen dan surat akhbar milik UMNO bahawa Dato' Seri Nizar telah menderhaka padahal perkataan " sembah derhaka" itu adalah satu perkataan protokol ketika menyatakan sesuatu pandangan yang tidak selari dengan tuanku.

Dalam ucapan yang dihadiri oleh ribuan pengundi Bukit Gantang ini, beliau sekali lagi menempelak sikap dan kebodohan pemimpin BN yang tidak berapa mengkaji sejarah khususnya kisah-kisah yang ditulis dalam buku hikayat Hang Tuah yang telah pun ada perkataan " Sembah Derhaka" ketika mana Dato' Bendahara ingin memaklumkan kepada Sultan Melaka bahawa Hang Tuah masih hidup. Kebodohan ini telah menyebabkan rakyat sendiri hilang keyakinan dan merasa muak dengan sandiwara pemimpin BN ini.

Dalam mengulas isu pembentangan mini bajet oleh Dato' Najib di parlimen, Beliau dengan nada sinis mempertikaikan peruntukan bajet yang dibentangkan kerana ianya lebih menguntungkan kontraktor-kontraktor berbanding rakyat yang semakin hari-semakin tersepit akibat kenaikan harga barang dan kemelesetan ekonomi dunia.

Di akhir ceramah, Dato' seri Anwar Ibrahim sekali lagi menyeru kepada semua pengundi di Parlimen Bukit Gantang khususnya yang masih dalam UMNO supaya menyokong PAS kerana hanya Pakatan Rakyat yang dapat memulihkan kekalutan dalam negara kita sekarang akibat kesombongan dan keangkuhan pemimpin-pemimpin BN.

warong pak katib


MELAKA AKAN DAPAT KETUA MENTERI BARU?

Dengan terhalangnya Dato' Seri Mohd Ali Rustam bertanding sebagai Timbalan Presiden UMNO di dalam pemilihan minggu hadapan, berertinya beliau bakal akan digugurkan dari jawatan Ketua Melaka, sementelah lagi terdapat ramai yang mempertikaikan kedudukannya yang terus menjadi Ketua Menteri setelah didapati bersalah di dalam politik wang oleh lembaga Disiplin UMNO.

Berakhirlah era Mohd Ali sebagai Ketua Menteri Melaka.

Tetapi seorang pemimpin UMNO peringkat bahagian menyatakan sebenarnya kejahatan Mohd Ali di dalam UMNO sendiri bukan sekadar politik wang. Itu adalah hal biasa bagi mana-mana pemimpin UMNO. Yang paling jelas Mohd Ali ialah orang yang sanggup melakukan apa saja untuk berkuasa.

"Beliau akan mencatas orang-orang yang tidak sehaluan dengannya dan melantik mereka yang boleh menjadi pak angguk kepadanya," kata pemimpin UMNO bahagian yang dimaksudkan itu.

"Apa yang berlaku kepada Datuk Dr Mohd Ruddin (bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Sains, Teknologi dan Innovasi) yang telah dicantas oleh Mohd Ali tetap menjadi ingatan. Sekarang DUN Melaka dipenuhi oleh mereka yang hanya pak angguk dan pak geleng. Ada yang hanya berkelulusan SPM gred 3 pun boleh menjadi ADUN," tambahnya.

Kini Melaka menghadapi dilemma untuk mencari pengganti kerana rata-rata tidak ada yang layak lagi selepas semua mereka yang berpendidikan tinggi telah dicantas oleh Mohd Ali yang tidak suka kepada orang lain yang lebih daripadanya.

"Melaka akan menghadapi era kemalapan, semalap era masa depan Mohd Ali di dalam UMNO," katanya.

"Dan buruk perilakunya itu akan memungkinkan Melaka akan jatuh ke tangan parti lain selepas ini," tambahnya.

Esok Pasti TV3 Akan Mensensasikan Berita Dari Bukit Gantang Ini!!

Perang psikologi atau lebih tepatnya reverse psychology yang kotor lagi jijik itu sudah bermula di Bukit Gantang. Yang terbaru seperti yang tersiar dalam blog al-banjari ialah penyebaran poster dalam saiz B5 yang memaparkan gambar Mufti Perak dan Sultan Perak yang dicetak serta digambarkan dengan wajah yang sungguh hina!

Bagi mereka yang berfikiran waras, tidak mungkin penyebaran poster itu dilakukan oleh penyokong PR. Jika ada juga penyokong PR yang melakukannya, pastinya ia manusia tidak siuman atau warga UFO yang tersesat di Trong barangkali! Jika penyokong PR yang melakukannya memang sengaja mencari nahas untuk membunuh pakatan itu!

Kepada mereka yang berfikiran waras ia adalah bukti satu lagi provokasi yang dilakukan untuk memburukkan PR. Tidak ubah seperti cerita surat layang yang memburukkan Sultan Kedah untuk memburukkan Kerajaan PR Kedah. Mengapa mereka sanggup menghina Sultan dan Mufti Perak yang tiada kena mengena dengan pilihan raya kecil ini? Jelas sekali penyebaran poster itu berniat sangat jahat untuk 'mengena' PR!

Mengikut al-banjari, berdasarkan laporan saksi, suspek yang menyebarkan risalah secara by-hand di perkarangan masjid jamek Trong itu turut serta menyebarkannya secara rawak kepada orang ramai. Ia dipercayai dilakukan oleh individu berbangsa Melayu berumur dalam lingkungan 50an. Apabila saksi mendekati suspek, beliau dengan pantas melarikan diri.

Apa pun, diharap pihak polis dapat melakukan siasatan bagi memastikan mereka yang menyebarkan poster itu menerima hukuman sewajarnya. Kepada pengundi diharap tidak membuat kesimpulan melulu pihak yang bertanggung jawab menyebarkan poster sehina itu. Biar polis menyiasatnya. Kita perlu ingat dalam politik ala-Machievelli ini, tujuan menghalakan cara. Demi kemenangan, permainan sekotor mana pun rela dilakukan asalkan musuh dapat dimusnahkan.

Jika TV3 dapat menghidu berita ini, ia akan menjadi satu lagi modal terbaik untuk memburukkan PR. Siapa tahu, esok provokasi mengenainya akan dimulakan oleh TV3!!

Pendikargunung


NIZAR TETAP MB YANG SAH - KATA RAKYAT PERAK

UMNO dan BN boleh mendakwa apa saja, tetapi bagi rakyat Perak, Dato Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar Perak yang sah di sisi Perlembagaan.

Bagi rakyat Perak juga, Zambry yang dilantik sebagai Menteri Besar melalui rampasan kuasa ditolak oleh rakyat Perak.

Beberapa tokoh politik veteran tanahair seperti mantan Perdana Menteri dan Tengku Razaleigh Hamzah turut memperakui kenyataan bahawa rampasan kuasa di Perak tidak sama sekali boleh melucutkan Nizar dari jawatan Menteri besarnya.

"Anda tidak boleh menurunkan seorang menteri besar atau perdana menteri tanpa adanya undi tidak percaya di dalam dewan. Tiada peruntukan lain," tegas Mahathir di dalam satu majlis anjuran MUBARAK, pertubuhan bekas-bekas wakil rakyat.

"Usul pada Dun sahaja yang boleh menyingkirkan Nizar daripada jawatan itu, selain itu tak kiralah berapa banyak majlis angkat sumpah, lompat melompat, sidang akhbar dan perisytiharan, atau apa jua iklan, paparan, sogokan atau tindakan dibuat ke atas persoalan ini tidak terpakai," kata Tengku Razaleigh dalam satu kenyataan akhbarnya.

"Perlembagaan tiada memperuntukkan kuasa untuk menyingkirkan Nizar dengan apa cara sekalipun, termasuk petisyen atau arahan daripada sesiapa juapun," tambah beliau.

Beliau telah menjelaskan lagi,

"Menurut Perlembagaan, Dato’ Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar sehinggalah beliau meletak jawatan atas kerelaannya, atau disingkirkan melalui undi tidak percaya menerusi persidangan dewan undangan negeri.

Perlembagaan tidak mempunyai sebarang peruntukan untuk menyingkirkannya melalui cara lain, termasuk melalui petisyen atau arahan daripada mana-mana pihak berkuasa."



Norza Zakaria Tidak Dibenarkan Bertanding

Ahli Majlis tertinggi UMNO Datuk Norza Zakaria tidak dibenarkan bertanding di dalam pemilihan parti minggu depan.

Sumber dalaman parti UMNO menyebut keputusan telah dibuat untuk menghalang Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan itu, yang menhadapi tuduhan dengan dua tuduhan melakukan rasuah untuk tujuan kempen pemilihan.

Beliau adalah pemimpin kedua yang dilarang untuk bertanding di dalam pemilihan parti setelah Mohd Ali Rustam di halang dari bertanding untuk jawatan no.2 parti oleh Lembaga Disiplin.

Rayuan Ali telah ditolak oleh Panel Rayuan hari ini.

Para penganalisa berpendapat tindakan yang diambil terhadap kedua-dua pemimpin dan amaran kepada beberapa yang lain adalah sebagai satu usaha pembersihan penyokong-penyokong kuat Presiden parti Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.