4 Apr 2013

Taib Mahmud Perlekeh SPRM, Apakah Tiada Tindakan Terhadapnya?


Taib enggan beri kerjasama pada SPRM

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, beliau "tidak akan bekerjasama" dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berhubung siasatan mengenai urusniaga belakang tabir didakwa melibatkan anggota keluarganya.

SPRM juga tidak layak mendapat kerjasama darinya kerana kerana suruhanjaya itu didakwa bertindak "nakal” dan “tidak jujur”, kata Abdul Taib ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat dewan tertinggi BN di Kuala Lumpur hari ini.

Abdul Taib juga menegaskan beliau tidak takut untuk disiasat oleh badan anti-rasuah itu.

"Mereka tidak layak terima kerjasama dari saya kerana mereka nakal dan tidak bertindak jujur.

"Biarkan mereka (SPRM) buat kerja. Selagi mereka berlaku adil saya tidak takut," katanya ketika ditemui pemberita di PWTC hari ini.

Taib juga menafikan tanggapan bahawa isu yang dibongkarkan melalui satu video oleh NGO antarabangsa Global Witness itu akan menjadi bebanan kepada BN dalam pilihan raya akan datang.

Malah, beliau juga berjaya mendapatkan majoriti dua pertiga kepada BN di Sarawak dalam pilihan raya umum ke-12.

"Saya bebanan? Saya telah menang pada pilihan raya lalu dengan lebih dua pertiga majoriti dan mereka tidak kisah pun tentang perkara ini," katanya lagi.

Ditanya lagi sama ada pendedahan tersebut memberi kesan terhadap sokongan rakyat di Sarawak terhadap BN, Taib berkata kesannya amat kecil.

"(Kesannya) Minimum. Ia tidak bersesuaian dengan sentimen penduduk tempatan," katanya lagi.

SPRM pada 20 Mac lalu mengesahkan bahawa siasatan sedang dijalankan ke atas maklumat video yang didedahkan Global Witness itu.

Bukti video berkenaan antara lainnya merakam dakwaan yang menunjukkan bagaimana ahli keluarga Abdul Taib dan rakan perniagaannya menyalahguna lesen pembalakan untuk memperkayakan diri mereka.

Suruhanjaya itu turut menjalankan serbuan ke atas pejabat seorang peguam yang dikaitkan dalam video terbitan NGO antarabangsa itu.

Ulasan GB

Maruah dan keredibiliti SPRM tercabar.

Teramat nyata sekarang pemimpin BN sendiri memperleceh dan memperlekehkan SPRM.

Rakyat kini menunggu apakah tindakan SPRM selepas ia diperlekehkan sedemikian rupa dengan keengganan Taib Mahmud memberikan kerjasama terhadap siasatan yang sedang dijalankan oleh SPRM.

Apakah SPRM bersedia untuk mendapatkan waran tangkap kepada pemimpin BN Sarawak itu?

Jikalah yang bercakap sedemikian adalah pemimpin Pakatan Rakyat, GB rasa dah hiruk pikuk satu Malaysia...

Jika tiada tindakan dari SPRM, itulah bukti nyata SPRM adalah kuda tunggangan UMNO BN fullstop

PRU13: Pakatan Rakyat Perlu Ganti BN Kuasai Putrajaya


Barisan Nasional (BN) tidak patut lagi diberi peluang untuk kekal memerintah negara kerana selama lebih lima dekad pemerintahannya, rakyat terus dihantui dengan pelbagai masalah, termasuk isu perkauman dan korupsi, salah guna kuasa dan gagal menyatukan semua kaum di negara ini.

Ini membuktikan kerajaan BN gagal menangani masalah pokok yang membelenggu rakyat negara, termasuk kenaikan harga barang kerana mereka lebih utama memperkayakan kroni.

“Slogan 1Malaysia sekadar slogan tanpa pelaksanaan jujur, BN biarkan golongan fanatik dan NGO perkauman terus-menerus membakar sentimen kaum dan agama, ini tidak sihat dan bahaya untuk kita,” kata Pembantu Khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Gasing, Kasthuri Patto.

Menurutnya, perjuangan DAP sejak dulu hingga kini komited untuk menjadikan Malaysia untuk rakyat Malaysia dan tidak bermusim seperti yang dilaksanakan BN.

“Kita mahu perpaduan rakyat seluruh bangsa yang ada di Malaysia dengan perpaduan sebenarnya. Bukan perpaduan plastik. Kita mahu perpaduan yang kukuh, di mana seluruh rakyat senang dan tidak berprasangka buruk antara antara satu sama lain,” katanya pada majlis makan malam, di sini, mlam tadi.

Menurut Penasihat Strategi Media Sosial DAP, Yeo Bee Yin pula, wujud jurang perbezaan yang besar antara pentadbiran BN dan Pakatan Rakyat (PR).

“Bila PR berjaya mentadbir Selangor, kerajaan negeri tidak menaikkan tarif air negeri ini malah membelanjakan RM650 juta setiap tahun untuk memberi air percuma kepada rakyat. Nilai rezab kerajaan negeri juga meningkat daripada RM400 juta kepada RM2.7 bilion. Ini membuktikan ketelusan dan kecekapan urus tadbir kerajaan negeri.

“Begitu juga di Pulau Pinang, kerajaan negeri mampu memberi insentif kepada rakyat. Ini semua bukan hutang, hutang negeri pula dapat dikurangkan daripada RM630 juta kepada RM30 juta. Ini juga kerana pentadbiran yang telus dan berintegriti,” ujar beliau.

Justeru itu, beliau menyeru rakyat bertekad melakukan perubahan kerajaan pada pilihan raya umum nanti.

“Kali ini kita perlu ubah kerajaan (pusat) yang ada kepada kerajaan PR,” katanya bersemangat. – Roketkini

Its Now Or Never - Ini Kalilah TUKAR!


SAMM: Wajah sugul Najib bubar Parlimen beri bayangan hilang kuasa

Najib Razak membubarkan parlimen semalam dalam keadaan sedih dan dukacita. Apakah yang sebenarnya berlaku? Mengapa tidak ada keceriaan langsung sedangkan membubarkan parlimen itu wajar menjadi satu kepuasan?

Di sebalik Najib memerlukan lebih masa tambahan, ingin menunaikan umrah dan melaksanakan ‘rasuah-rasuah’ pembelian undi seterusnya, ketika yang sama Timbalan Perdana Menteri memberi tekanan supaya parlimen dibubarkan bagi memberi laluan PRU dalam bulan ini juga, bukan bulan Mei seperti dijangka.

Apakah kesugulan ini memberi gambaran awal betapa sebuah empayar yang memerintah negara selama 57 tahun akan berakhir? Sudahlah dengan wajah sugul, Najib tersasul pula menyebut pembubaran pada tarikh 3 April tahun 2012 daripada sepatutnya tahun 2013.

Kesedihan Najib Razak gagal disembunyikan, mengambil kira kemungkinan besar dirinya akan menjadi Perdana Menteri dari Umno yang terakhir dalam sejarah peradaban negara. Jika ini benar menjadi kenyataan maka ia adalah sebuah kemenangan rakyat, kerana perlawanan PRU-13 adalah perebutan kuasa di antara elit pemerintah dan juga rakyat marhein.

Rakyat cuba dibeli semahunya. Sepanjang menunggu hari pembubaran, puluhan bilion diumumkan oleh Najib Razak untuk dihabiskan demi rakyat kononnya ia adalah pemberian parti Barisan Nasional. Tetapi ia berlaku ketika hayat pemerintahan Umno dan Barisan Nasional dipenghujungnya, tidak pernah berlaku sejak 57 tahun lalu. Jikapun berlaku, hanya sebulan sebelum parlimen dibubar dan ia dinamakan gula-gula pilihanraya.

Walaubagaimanapun, rakyat bukan lagi budak-budak. Rakyat hari ini telah matang dan dewasa, tidak termakan umpan berupa gula-gula pilihan raya. Kejahatan pemerintah tidak dapat disorokkan lagi dengan pemberian penuh extravaganza semata-mata. Bagi rakyat, apa yang diberi adalah tanggungjawab yang selama ini telah tidak dilaksanakan malah seharusnya ia tidak cukup.

Justeru itu, kesedihan yang terpacar di wajah Najib Razak ketika membubarkan parlimen sebentar tadi ada asasnya. Najib menyedari kegagalan demi kegagalan berlaku walaupun telah berhabisan ‘menjual negara’ melalui defesit kewangan yang melampau di era pentadbirannya.

Antara cubaan terakhir untuk Najib untuk mengembalikan sokongan ialah dengan menjadi hero di Lahad Datu. Cubaan ini juga sangat gagal apabila kasualti nyawa sepatutnya boleh dielak jika isu pencerobohan Lahad Datu dikendali dengan tegas dan bijak. Najib cuba menjadikan peristiwa Margeret Thacther merebut kepulauan Falkland sebagai rujukan tetapi tetap menemui jalan gagal.

Apalagi yang tinggal? Hasrat untuk lewatkan pembubaran hingga ke maksima juga tidak berjaya setelah ditekan oleh Muhyiddin Yassin yang dilihat lebih mengutamakan ‘maruah’. Mungkin Muhyiddin merasakan kekalahan itu tidak dapat dibendung maka lawanlah dengan saki-baki maruah yang ada. Lagipun, Muhyiddin tidak akan dihukum gantung jika Barisan Nasional tumbang pada PRU-13.

Tanggal 3 April 2013 adalah satu permulaan sejarah, menghampiri sekuel tsunami politik yang akan berlaku dalam masa 60 hari dari tarikh hari ini. Inilah permulaan yang dinanti dengan sabar oleh rakyat, akhirnya tiba juga hari ini.

Sesungguhnya, rakyat tidak sabar untuk pembaharuan yang sudah lama ditunggu-tunggu, lima kali 8 Mac itu bagaikan terlalu lama. Rakyat tidak sabar untuk sesuatu yang baru atau lebih spesifik – kerajaan rakyat yang baru. Dengan pembubaran parlimen ini, ayuh kita pastikan tanahair dapat diselamatkan kali ini, hanya kali ini. It’s now or never.

Percayalah, rakyat akan menang dan tidak akan menanggung azab untuk lima tahun atau 10 tahun atau 50 tahun lagi. Perubahan akan berlaku di umur kita, dan wajah sugul Najib ketika bubarkan parlimen akan tetap menjadi ingatan.

Edy Noor Reduan
Aktivis Blogger
Solidariti Anak Muda Malaysia

Artikel & Gambar Fitnah: 2 Jam Hamidah Osman Dipanggang Peguam Hanipa


Hamidah teruk di'grill' oleh peguam

Perbicaraan kes Khalid Samad menyaman Datuk Hamidah Othman, Adun Umno dan Exco Kerajaan Perak di Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam menyaksikan Hamidah teruk di 'bakar' (grill) oleh peguam Mohamed Hanipa Maidin apabila beliau disoal balas hampir 2 jam.

Hamidah disaman oleh Khalid Samad berhubung satu artikel yang diterbitkan di dalam blog beliau pada awal bulan Januari 2010 bertajuk "Umat Islam Perlu Bersatu".

Antara lain artikel tersebut mengandungi gambar ubahsuai (super imposed) Khalid Samad berpakaian seperti seorang paderi dan juga kata-kata yang menunjukkan Khalid Samad adalah termasuk dalam golongan Islam liberal, melacur agama dan menaikkan semangat pihak kafir untuk menjahanamkan iman umat Islam.

Dalam perbicaraan yang berlangsung selama 3 hari berturut bermula dari 1 April hingga 3 April di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Hashim bin Hamzah, Khalid Samad memberikan keterangan beliau dan Hamidah juga memberikan keterangan.

Hamidah dilihat cuba menafikan kononnya artikel di blog beliau itu mempunyai gambar super imposed Khalid Samad.

Alasan beliau Khalid Samad telah gagal menunjukkan posting asal artikel yang diterbit pada 2 haribulan Januari 2010 jam 12.09 pm tersebut.

Namun Khalid Samad telah memanggil saksi yang juga pakar IT yang menunjukkan meskipun posting asal di dalam blog Hamidah telah dipadam namun ia masih boleh diakses melalui www.archieve.org.com. yang menunjukkan posting asal artikel tersebut masih wujud dan jelas mempunyai gambar Khalid berpakaian seperti seorang paderi.

Di dalam soal balas hampir 2 jam oleh Hanipa, Hamidah disoal bertalu- talu sehingga Khalid Samad keluar beberapa kali kerana berasa kesihan melihat Hamidah di'grill' oleh Hanipa.

Antara lain Hanipa menyoal balas Hamidah seperti berikut : -

S : Datuk, anda menafikan di dalam keterangan anda bahawa artikel di dalam blog anda mengandungi gambar Khalid Samad berpakaian paderi?

J : Ya.

S : Kalau benar dakwaan datuk, mengapakah di dalam pernyataan pembelaan datuk, datuk sendiri mengakui kewujudan gambar di dalam artikel tersebut? Kalau gambar tidak wujud mengapa datuk tidak nafikan di dalam pembelaan datuk? Mengapa datuk tidak batalkan saman Khalid?

J : Saya menafikan gambar itu di super imposed oleh saya.

S : Tapi datuk ...Khalid Samad tidak katakan dalam saman beliau bahawa datuk telah super imposed gambar tersebut, apa yang dia kata di dalam blog datuk wujud gambar super imposed itu bersama-sama artikel itu, jadi mengapa datuk nak nafikan apa yang Khalid tidak kata dalam samannya? Ertinya mengapa datuk perlu nafikan gambar itu disuper imposed oleh datuk apabila Khalid sendiri tidak tuduh benda itu? Apa yang dituduh datuk tak nafi, apa yang tidak dituduh datuk nafi pula, boleh jelaskan?

A : errr...

S : Datuk, adakah datuk sedar dalam pembelaan datuk, datuk bergantung kepada pembelaan justifikasi. Tahukah datuk kesan kepada pembelaan ini?

J : Itu saya serah pada peguam saya.

S : Datuk saya katakan bahawa apabila anda bergantung kepada pembelaan justifikasi, hakikatnya datuk menyatakan apa yang datuk terbitkan di dalam blog datuk adalah benar.. iaitu jika datuk terbitkan Khalid berpakaian paderi maknanya datuk boleh buktikan memang benar beliau berpakaian paderi, begitu juga jika datuk kata Khalid melacur agama datuk boleh buktikan memang benar dia melacur agama, soalan saya adakah datuk mempunyai bukti-bukti tersebut?

J : Tiada.

J : Dengan bergantung kepada pembelaan justifikasi, saya katakan datuk tidak boleh kata datuk tidak terbitkan artikel dalam blog datuk itu.. kerana adalah pelik dari satu segi datuk kata datuk tidak terbit artikel itu, tapi dari segi yang lain pula datuk kata apa yang datuk terbitkan itu adalah benar..mana satu ni datuk?

J : Yang Arif, saya tidak boleh jawab kerana saya tidak lihat artikel asal saya.

Hanipa juga di dalam soal balas beliau merujuk kepada apa yang ditulis di dalam blog Hamidah bahawa beliau mengingatkan para pembaca yang ingin membuat komen di blog beliau perlu berhemah, mempamerkan akhlak dan tidak menggunakan guna bahasa yang kasar. Hanipa bertanya

S : Sebenarnya peringatan datuk ini kena pada dato sendiri kerana hakikatnya datuk yang guna kata-kata tidak berhemah apabila datuk guna kata-kata seperti Plaintif melacur agama dan menolong menaikkan semangat pihak kafir menjahanamkan iman umat Islam...betul tak datuk?

J : Saya hanya ingatkan pembaca supaya beri komen yang berhemah..

Perbicaraan akan disambung semula pada 12 April ini.

Khalid Samad diwakili oleh Mohamed Hanipa Maidin dan Azhana Mohd Khairudin manakala Datuk Hamidah diwakili oleh Datuk Hafarizam Harun.


Laporan sebelum ini
klik untuk baca

[VIDEO & GAMBAR] ‘Tolak’ Umno-BN: Anak Muda Kutip Tantatangan 1 Kilometer


Gabungan Anak Muda Tolak Umno-BN (Tolak) melancarkan kutipan tandatangan rakyat Malaysia bagi merubah pimpinan pentadbiran negara.

Di atas kain putih, Tolak mensasarkan tandatangan sepanjang satu kilometer dan kempen ini akan menjelajah ke seluruh negara.

Pelancaran di hadapan kompleks membeli belah Sogo jam 12 tengahari semalam berjaya menarik perhatian orang ramai menurunkan tandatangan.

Lebih 26 NGO lain bersama Tolak selain sokongan pimpinan utama NGO lain seperti Royalti, Felda dan Lynas.

Pengerusi Tolak, Mohd Azan Safar menyatakan, pengumuman pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menandakan paluan gelombang pilihan raya dipalu.

“Tolak bersiap sedia untuk membawa gelombang ini ke seluruh Malaysia agar Umno-BN tidak lagi diberikan mandat pada PRU-13,” katanya.

Tujuh tuntutan tolak adalah:

1- Umno-BN mengamalkan politik lucah, fitnah dan samseng bagi mempengaruhi rakyat demi survival politik mereka

2- Umno-BN mengamalkan rasuah dan kronisme sebagai budaya dalam parti dan pentadbiran negara.

3- Umno-BN gagal menguruskan ekonomi negara sehingga membebankan rakyat dengan hutang dan kos sara hidup yang tinggi.

4- Umno-BN campur tangan dalam IPT dan menyekat kebebasan akademik mahasiswa dan universiti

5- Umno-BN melakukan ketempangan dalam sistem demokrasi negara dan perjalanan pilihan raya.

6- Umno-BN menafikan hak rakyat dan mengadakan kepentingan bangsa Melayu dan pilihan raya.

7- Umno-BN gagal mengangkat martabat kaum wanita dan menunaikan hak-hak asasi golongan itu

Minggu lalu, Tolak memulakan siri jelajah di sekitar Lembah Klang dan berakhir di hadapan kediaman Perdana Menteri di Putrajaya.

Dalam kejadian berkenaan, lima pimpinan Tolak ditahan polis ketika berhimpun.

Perdana Menteri semalam mengumumkan pembubaran Parlimen sekaligus memberikan laluan untuk Pilihan Raya Umum ke-13 diadakan.








[VIDEO AL-JAZEERA] Hutang Negara Meningkat Era Najib Tetapi Salahkan Anwar


Pentadbiran Najib lemah, rasuah punca ekonomi negara teruk

Pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang lemah dan rasuah mengakibatkan Malaysia mengalami defisit yang teruk dan hutang negara melonjak kepada RM540 bilion, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Lebih RM400 bilion hanya ketika Najib memerintah. Pentadbiran lemah dan rasuah, flip flop dalam ekonomi. Saya Menteri Kewangan lapan tahun, saya tahu kedudukannya.

“Kerajaan harus memperbaiki ekonomi dengan membanteras rasuah dan memastikan kerajaan ditadbir secara telus dan penuh tanggungjawab,” katanya kepada stesen TV antarabangsa, Al-Jazeera sempena pembubaran Parlimen hari ini.

Beliau menjawab demikian kepada soalan kononnya ketidakstabilan politik di Malaysia akibat perjuangan Pakatan Rakyat yang diterajuinya sebagai punca ketidaktentuan ekonomi di Malaysia.

Ia sebahagian soalan ‘berat’ yang diasak kepada Anwar sepanjang wawancara empat minit secara siaran langsung bermula jam 6.10 petang tetapi dijawab Ketua Umum KEADILAN itu dengan jitu.

Sambil kesal kerana pembangkang pula dipersalah berikutan masalah ekonomi negara, Anwar berkata: “Tentunya, kita tak dapat diterima (tuduhan itu).

Secara fakta, Anwar sebelum dipecat melalui konspirasi politik pada 1998 dan berperanan sebagai Menteri Kewangan berjaya mengurangkan hutang dan Malaysia mengalami lebihan belanjawan.

Sebaliknya, pada era Najib, hutang negara melambung kepada RM456 bilion pada akhir 2011 iaitu 53 peratus dari Keluaran Dalam Negara Kasar – melonjak lima kali ganda berbanding baki hutang pada 1997.