23 Jun 2012

Orang Kuat Menipu Akan Disilapkan: Najib Kata Tun Hussein Onn PM Pada 1986

BBog Pro PR Tipu: PM Tak Sebut Pun Nama Huseein Onn. Jom Tengok Video Ori PM Sebelum Ia Ghaib (VIDEO)

Yong baca keratan berikut dari blog Anak Sungai derhaka dan beberapa blog pro-PR. Siap dengan komen sekali tentang seorang PM yang buta sejarah (Tahun 1986 PM Malaysia ialah Madey). Ini keratan beritanya:




Yong ni bukan jenis yang mudah percaya cerita dari bloggers, walaupun pro-PR. Jadi Yong cari sumber berita tu kot-kot ada dalam Sinar Harian. Yong jumpa ini. Takde pun nama Hussein Onn. Udah jadi biskut chipmore ke Weh?! 



Jangan bimbang! Bukti kebodohan sejarah tetap ada. Hahhaha.... Cepat komer tengok video ni. Sebelum video ni jadi biskut chipmore jugak!




Dalam video ni memang PM 1Malaysia sebut tahun 1986, Tapi ada tak dia sebut PM Hussein Onn? Hahaha! Siapa kantoi??? -yongsukakuning

Ulasan GB

Begini Yong, orang yang kuat menipu & berdusta akhirnya akan "disilapkan" oleh tabie dengan dia dilupakan fakta sebenar tentang sesuatu perkara. Itu hukum kebenaran dan keadilan.

Mana mungkin seorang yang memmegang jawatan tertinggi di dalam kabinet tiba-tiba terlupa siapa PM pada tahun 1986 semata-mata untuk menipu umat Islam bagi mengadakan pilihanraya pada musim haji!

Debat Bukan Budaya Kita, Tapi Baling Batu, Telor, Tarian Pungkoq & Kata Haramjadah

Kalau takut debat, jangan kata bukan budaya'

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali membidas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menolak perdebatan atas alasan bukan budaya politik di negara ini.

"Kalau takut berdebat dengan pemimpin pembangkang, janganlah kata ini bukan budaya (kita) sebab ada di kalangan pemimpin Umno yang sedia berdebat.

"Jadi yang budaya kita itu apa?" kata Mustafa (kanan) dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.

Perdana menteri semalam terus mengelak apabila ditanya mengenai cabaran debat ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana ia bergantung kepada keadaan dan bukan "budaya politik secara menyeluruh dalam sistem kita."

Ditanya sama ada beliau menolak berdebat dengan Anwar, Najib tidak menjawab secara langsung tetapi berkata, yang penting rakyat ada maklumat cukup membuat keputusan sama ada BN lebih baik atau pembangkang.

Menurutnya tindakan Najib itu juga mungkin berlaku kerana beliau takut "gilirannya akan tiba" memandangkan pemimpin Umno lain seperti Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Saifuddin Abdullah sudah pun berdebat dengan pemimpin Pakatan Rakyat.

"Barang kali yang ada dalam kepala Najib, lain kali kalau ada debat lagi mestilah tak boleh 'turun ke bawah' dan akan 'naik ke atas'.

"Naik ke atas (giliran) dialah. Kalau ketakutan, jawab sahajalah 'saya takut'," kata Mustafa sambil ketawa kecil secara sinis.

Menurutnya lagi, dakwaan Najib itu juga tidak tepat kerana agama Islam sendiri menganjurkan perdebatan sebagai perkara yang boleh dilakukan

"Ada ayat menyatakan kalau kamu berdebat, berdebatlah dengan cara yang paling baik," katanya. -mk

Budaya kita baling batu , telor dan kata haramjadah bukan debat

Kata PM Najib dalam laporan Malaysiakini Najib: Debat bukan budaya kita antara lain Najib kata ,"Kita tengok keadaan. Kalau perlu debat antara pemimpin, perlulah ada debat. Tapi ia bukan budaya politik secara menyeluruh dalam sistem kita.

"Yang penting sekali rakyat ada maklumat secukupnya (dalam) membuat pilihan.

"Dan kita beri peluang parti-parti politik untuk menyiarkan manisfesto masing-masing bila sampai pada masanya," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi Umno di ibu negara petang ini.

Ditanya sekiranya lanjut sekiranya beliau menolak untuk berdebat dengan Anwar, Najib sekadar berkata rakyat ada maklumat secukupnya untuk membuat keputusan.

"Saya tak kata apa. Saya kata itu bukan... Yang penting sekarang ini rakyat ada maklumat secukupnya untuk membuat keputusan sama ada agenda kita lebih baik atau pembangkang," katanya.

Najib turut berkata, bukan soal debat yang menjadi keutamaan, sebaliknya, maklumat kepada rakyat mesti dikhabarkan.

"Sama ada kemampuan kita laksanakan, tunaikan ataupun pembangkang (yang) lebih meyakinkan rakyat," kata Najib lagi.-m'kini

Kalau nak debat pun takut,nak sangat buat pru 13 musim Haji kerana takut kalah apa lagi yang ada pada Najib.Malu la dapat PM macam Najib cakap tak ketawan hala flip-flop.

Kalau debat bukan budaya apa budaya yang baik untuk selesaikan isu berbangkit? Takkan budaya kita ialah baling batu dan telor dalam ceramah parti lawan? Takkan budaya Umno ialah buat kacau,pukul dan tumbuk penyokong parti lawan?

Takkan budaya kita macam Najib yang kata Haramjadah kepada peneroka yang enggan terima penyenaraian Felda Global Ventures Holding Bhd. Budaya kita terajang rakyat yang berdemontrasi yang hanya bawa garam dan botol air mineral.

Budaya kita versi Najib sebar video lucah sampai tak kira waktu. Budaya haram jadah yang sesuai dengan Umno itu budaya kita.B udaya kita yang tak sesuai dengan Umno itu bukan budaya.

Satu cara supaya gerombolan terus berkuasa ialah gerombolan tidak mahu rakyat jadi celik dan peka dengan isu semasa. Jika rakyat terus diasah pemikiran mereka jadi tajam dalam berpolitik maka riwayat Umno akan tamat serta merta.


Ini gambar johan debat Bahasa Malaysia Piala Perdana Menteri 2011. Kalau debat bukan budaya kita buat apa ajar budak -budak sekolah berdebat.
-misaimerah


Milik Siapa Syarikat Minyak Yang Baru Ini?



Semenjak saham Exxon/Mobil dibeli oleh syarikat pembuat arak terbesar di Asia Tenggara, San Miguel Corporation, semua stesen minyak Esso dan Mobil diseluruh negara akan berubah wajah..pakai jenama Petron..San Miguel Corporation bukankah anak Tun Mahathir Mohamad, Mirzan Mahathir ada kepentingan?.. -FB

Dah Dasar Hidupnya Menipu, Dapat Bakal Menantu Pun Seorang Penipu, Fair & Square

Kes bakal menantu: Tak mustahil Najib pun boleh ditipu – Srikandi

KUALA LUMPUR, 22 Jun: Jika Daniyar Nazabayez boleh menipu bapa tirinya sendiri, tidak mustahil beliau juga boleh menipu bakal bapa mertuanya iaitu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Peringatan itu diberikan Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aishah Shaik Ismail mengulas mengenai bakal menantu Najib yang banyak terlibat dalam banyak kes penipuan dan jenayah.

“Takkan Najib ingin bermenantukan seorang penjenayah? Kalau bapa tirinya senidiri boleh ditipu, tak mustahil Najib pun boleh ditipu. Ini dah macam penipu (Daniyar) menipu penyamun (Najib),” katanya.

Justeru beliau mendesak Najib menyatakan pendirian terhadap status pertunangan anak perempuannya kerana ia melibatkan maruah negara dan imej Perdana Menteri sendiri.

Portal New York Post minggu lalu mendedahkan Daniyar, 24, menipu bapa tirinya Bolat Nazarbayez, seunit kondominium bernilai USD20 juta (RM60 juta).

Daniyar turut memalsukan dokumen kelulusan hingga membolehkannya belajar di Universiti Columbia iaitu tempat beliau berkenalan dengan Noryana Najwa.

Portal itu turut melaporkan ibu Daniyar, Maira Nazarbayez dikehendaki pihak berkuasa dalam kes jenayah termasuk penculikan dan peras ugut.

Bercakap kepada Keadilan Daily, Aishah berkata, penipuan dilakukan Daniyar bukan perkara remeh kerana ia melibatkan nilai yang besar dan menjadi buah mulut masyarakat dunia.

Lebih memalukan katanya, Najib juga dikaitkan dengan skandal Scoorpene dan pembunuhan model Monggolia, Altantuya Shariibu yang kini turut menjadi perhatian antarabangsa. -KD

Ulasan GB

Itulah hukum kebenaran dan keadilan. Tuhan mempertemukan dua keluarga dari satu jenis perangai yang serupa. Walau pun jauh beribu batu, tidak sukar bagi Tuhan untuk mendekatkan mereka.

Tahniah dari rakyat Malaysia.

Tun Ghafar Pernah Kata: UMNO Besar Macam Gajah Tapi Kakinya Lembik Macam Plastik

Tasek Gelugor - Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu berkata, apa yang pernah dinyatakan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Ghafar Baba kepada Umno kini menjadi kenyataan.

Menurutnya, Tun Ghafar selepas bersara sering berkata bahawa 'Umno nampak saja besar macam gajah tapi kakinya lembik macam plastik' dan kini benar-benar terjadi apabila parti itu rosak akibat perbuatan pemimpin mereka sendiri.

"Kini apa yang dikatakan oleh Tun Ghafar Baba sudah jadi kenyataan. Umno nampak gah kerana adanya media dan wang ringgit tetapi pada hakikatnya parti itu menuju keruntuhan akibat perbuatan kepimpinan mereka sendiri, " terangnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di ceramah perdana anjuran PAS Kawasan Tasek Gelugor di Padang Awam, Kampung Jarak Atas semalam.

Menurut Mohamad, beliau masih ingat lagi perkataan tersebut, disebut berulang kali oleh Tun Ghafar semasa beliau dan Ahli Jawatankuasa PAS ketika itu, Haji Subky Latif menziarahinya yang terlantar sakit.

Kejatuhan Umno juga jelas Mohamad bakal disumbang oleh sikap pemimpin generasi baru parti itu yang dilihat sudah terpesong matlamat perjuangan mereka berbanding generasi terdahulu.

Sebab itu katanya, ramai dikalangan vateran Umno kini sudah sedar dan keluar dari Umno kerana kecewa dengan sikap pemimpin yang baru yang lebih mementingkan kedudukan berbanding kebajikan rakyat.

"Ramai dalam Umno sudah terpesong perjuangan bukan seperti orang veteran.

"Ramai yang tidak tahu perit getir perjuangan yang diterokai, tahu-tahu sudah pegang jawatan yang di dalamnya kantong besar. Apa lagi berebutlah mereka mendapatkanya, " katanya.

Namun, beliau tetap memberi peringatan kepada selruh jentera Pakatan Rakyat agar tidak mengambil sikap selesa walaupun Umno diibarat gajah berkaki plastik.

"Macam Tun Ghafar kata, istilah gajah yang ditujukan kepada Umno nyata besar tapi ingat kaki dia plastik.

"Jadi kita kena ambil api dan layangkan kepada kaki plastik tersebut tentu jadi lembut dan akhirnya gajah yang besar rebah ke bumi," katanya. -HD

[VIDEO] Senaman Pungkoq Ditangguh, Dapat SMS Amaran Dari Isteri Zahid

Veteran tentera dakwa terima amaran dari isteri menteri

Persatuan Veteran Tentera Melayu menangguhkan rancangannya untuk berdemonstrasi di hadapan Kementerian Pertahanan pada 29 Jun ini, kata presidennya Mohd Ali Baharom.

Menurut Ali, penangguhan itu dilakukan kerana Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi tidak berada di pejabat Kementerian Pertahanan (Mindef) pada tarikh tersebut.

"Kami dapat risikan Datuk Seri Zahid Hamidi tiada di Mindef pada tarikh itu. Dia ingin lari ke kem komando Mersing untuk rehat selama dua hari," katanya.

Pada masa yang sama juga, Ali mendakwa isteri Zahid Hamidi juga menghantar SMS memberikan amaran kepadanya berhubung perhimpunan tersebut.

Ali kemudian menunjukkan satu kiriman SMS di telefon bimbitnya yang berbunyi: "Perlu diingat Datuk Seri Zahid Hamidi bukan sendirian dan (dia) bermaruah. Saya tak fikir orang-orang akan berdiam diri dan senang-senang nak buat kacau bilau depan Mindef".


Sementara itu, ketika dihubungi, isteri Zahid Hamidi, Datin Seri Hamidah Khamis enggan memberikan sebarang komen berkenaan dakwaan Ali itu.

Beliau sebaliknya mencadangkan Malaysiakini menghubungi Zahid sendiri berhubung perkara tersebut.

Pada masa sama, Ali berkata SMS itu tidak sedikit pun menggentarkan semangat PVTM untuk terus berdemo dan menuntut pembelaan buat veteran tentera.

"Kalau saya tiup wisel, beribu-ribu (ahli PVTM) akan turun ke Mindef. Saya tak ambil 'pot' pun dengan SMS itu," katanya dengan nada tegas dan yakin pada sidang media petang tadi.

Beliau bagaimana pun tetap menggesa Zahid mengambil berat akan kebajikan veteran tentera terutamanya mereka yang bersara tanpa pencen.

Beliau menggariskan 11 tuntutan veteran tentera dan di antaranya adalah pemberian saguhati tahunan kepada mereka yang tidak berpencen.

Ali menggesa Jabatan Hal Ehwal Veteran Tentera (JHEV) supaya mengagihkan dana rayuan Hari Pahlawan kepada presiden-presiden kelab tentera secara adil dalam program khas.

Selepas membacakan tuntutan-tuntutan itu, beliau memberikan Zahid tempoh 136 jam untuk berdialog dengan PVTM.

Jika gagal berbuat demikian, PVTM akan menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk memecat Zahid.

"Kita ramai-ramai akan turun Mindef (minta Najib) pecat Zahid Hamidi sebagai Menteri Pertahanan," katanya. -mk




Laporan sebelum ini
klik untuk baca




Kisah Seorang Wanita Tua Dengan Seekor Kucing Di Tanah Suci Mekah

Wanita ini, kerana sudah tua dan uzur, lutut pun lemah dan sentiasa sakit, menggunakan kerusi roda semasa tawaf dan saie. Dia mengupah petugas Arab menolaknya, tujuh kali pusingan tawaf dan tujuh kali berulang alik antara Bukit Safa dan Marwah.

Beliau menunaikan tawaf rukun dan saie saja. Yang sunat tak mampu kerana uzur. Lagi pun wangnya hanya cukup-cukup saja.

Namun, ada satu amalan mulia dimiliki Muslimah ini. Yakni mencontohi sunnah Nabi s.a.w., mengasihani dan menyayangi kucing di desanya.

Dia amat suka memelihara kucing. Di rumahnya banyak kucing. Dia melayan makan dan minum kucing. Dia pungut kucing yang dibuang orang, diberikan makan dan minum, dirawat dan dimandikan dengan sabun wangi.

Walaupun banyak kucing jalanan itu lemah, sakit, kurus kering atau lumpuh, tetap diambilnya untuk dirawat di rumahnya. Ada yang berkudis dan sakit serius. Pendeknya rumahnya menjadi pusat kucing kurap.

Maka terkenal lah rumahnya jadi pusat rawatan kucing. Mana-mana kucing yang mati dikuburkan di kebunnya. Demikian begitu kasih Muslimah ini kepada makhluk Allah yang lemah lembut itu.

Justeru, ada kucing-kucing peliharaannya manja, gemuk dan sihat, serta cantik-cantik belaka, berkat khidmatnya, yang ikhlas.

Tahun itu beliau berangkat, menunaikan haji dengan menggunakan perkhidmatan Tabung Haji. Gembira dan sayu nian kalbunya, kerana hajatnya untuk ke Tanah Suci, solat di Masjidilharam dan melihat Baitullah di depan mata sudah terkabul sudah.

Ingin di hatinya untuk tawaf banyak-banyak seperti orang muda dan sihat. Tetapi apakan daya, lututnya sakit manakala badan uzur. Setelah solat fardu sentiasalah beliau memanjatkan doa dan pertolongan Allah, agar hajatnya dimakbulkan.

Pada suatu hari, semasa hendak pergi solat di Masjidilharam dengan keadaan bertongkat, beliau terjumpa seekor kucing yang kurus, comot, lemah dan lapar.

Apabila kucing itu hendak bangun berjalan, ia jatuh berkali-kali. Kasihan nian wanita tua itu melihat makhluk Allah itu menderita dan sengsara di kota suci Makkah.

Lantas diambilnya kucing itu, diurutnya tubuhnya yang lemah itu. Dibelikan sebungkus nasi berlauk dan diberikan minum air zam-zam yang murni.

Dengan takdir Allah, kucing itu pulih dan sihat. Kucing itu telah menggesel kaki Muslimah tadi, lalu menjilat kedua-kedua tapak kakinya. Ajaib sungguh, kaki dan lututnya yang sakit tadi, tiba-tiba menjadi sihat dan kuat, seperti orang muda.

Muslimah tua tadi dapat tawaf sebanyak-banyaknya, ikut suka hatinya. Tertunailah hajat yang terbuku di hatinya selama ini, berkat menolong seekor kucing di Makkah yang mulia itu..


Setelah tawaf wida (selamat tinggal) dan menziarahi Masjid Nabawi, hajah yang solehah tadi berserta rombongannya bersiaplah untuk pulang ke Malaysia.

Sewaktu hendak menaiki tangga pesawat di Jeddah, Muslimah tua tadi terlopong melihat seekor kucing yang mirip kucing yang ditolongnya sewaktu di Makkah dulu.

Kucing itu duduk di sisi tangga pesawat itu sambil matanya merenung sayu padanya. Apabila Muslimah tadi sampai ke anak tangga teratas, kucing tadi ghaiblah daripada pandangannya.

Demikianlah ganjaran dan berkat orang yang mengasihi kucing, seperti Nabi kita s.a.w. mengasihinya di dunia ini, lebih-lebih besarlah pahala menunggunya di alam akhirat nanti. Amin

WallahuA'lam


Artikel berkaitan
klik untuk baca