3 Ogo 2013

[EDISI BINGAI] Pakai Camry Tak Patriotik, Pakai Accord Pula Sangat Patriotik?


Kita dikejutkan dengan Surat Pekeliling Kerajaan Persekutuan yang mengarahkan agar pengantian model kereta rasmi Proton Perdana kepada Honda Accord.2.0 L

Admin merasakan Kerajaan Persekutuan/UMNO mungkin merasakan rakyat telah lupa bahawa suatu ketika dahulu,Kerajaan Persekutuan melalui UMNO menentang keras cadangan dan tindakkan Kerajaan Negeri Perak yang diterajui PAKATAN RAKYAT, Dato Seri Nizar membuat keputusan menggantikan model Proton Perdana Kepada model Camry.

Malah media-media cilaka UMNO terutamanya Utusan Malaysia/Berita Harian/TV3/RTM menyerang dan menghentam habis-habisan cadangan dan keputusan tersebut seolah-olah tindakkan tersebut tidak patriotik dan pelbagai,malah di muat kenyataan dari rakyat yang mempertikaikan tindakkan tersebut.

Apa yang boleh Admin katakan,rakyat Malaysia tidak mudah lupa apa yang berlaku sebelum ini,rakyat kini bukanlah seperti rakyat Malaysia era tun Mahathir yang mudah lupa.jadi jgn nak kelentong rakyatlah.mungkin UMNO boleh mengelentongkan masyarakat luar bandar yang tidak terdedah kepada sumber maklumat selain dari media propaganda celaka UMNO tu.

Di sini anda boleh imbas kembali bagaimana RTM iaitu media rasmi Kerajaan Malaysia yang menjalankan Propaganda Celaka UMNO dalam Menghantam/menyerang apa saja tindakkan dan keputusan Kerajaan negeri yang di tadbir PAKATAN RAKYAT.

Anda lihat dan nilailah sendiri betapa bertuahnya rakyat Malaysia apabila memilih golongan DAJJAL mentadbir Kerajaan Persekutuan. ANDA YANG MEMILIH DAJJAL LIDAH BERCABANG DUA.

Jika anda seorang yang bijaksana..PRU14 nanti sematkan di fikiran agar ini kalilah UMNO/BN

Lihat dan nilailah sendiri betapa bercabangnya lidah Media UMNO ni, Dajjal amat sangat menci tul Admin.

Katakan tidak kepada UMNO/BN pada PRU14 nanti. -wallybandits


Apa Rasionalnya Tukar Kereta Rasmi Kerajaan Malaysia Kepada Honda Accord @NajibRazak



Tiada lagi kereta Proton sebagai kereta rasmi Kerajaan Malaysia? Kerajaan Malaysia telah mengumumkan secara rasmi melalui pekeliling yang dikeluarkan sendiri melalui Ketua Setiausaha Perbendaharaan Negara Malaysia bertarikh 29 Julai 2013, bahawa kereta Nasional, Proton Inspira (dahulunya Proton Perdana) yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia telah ditukar kepada model Honda Accord 2.4L dan Honda Accord 2.0L.

Bukankah Proton Inspira yang ada sekarang masih baru? Kenapa masih hendak ditukar kepada kereta Honda Accord? Agaknya berapa ribu unit yang hendak ditukar? Kalau ditolak campur Gred Pegawai JUSA A, B dan C termasuk pegawai turus ditambah dengan Menteri-Menteri yang ada, jumlahnya mungkin mencecah 18,000 pegawai daripada 1.4 juta Penjawat Awam Persekutuan. Katakan seunit Honda Accord berkenaan harganya RM80,000 (harga kepada Kerajaan setelah ditolak duti eksais dan duti import semua), kiraan mudah adalah seperti berikut:

18,000 pegawai x RM80,000 = RM1.440 billion.

Saya ulang RM1.44 billion!!! RM1.44 billion Kerajaan baziran duit Rakyat Malaysia buat apa? Kerajaan Malaysia sekarang banyak duit sangatkah? Habis 18,000 kereta Proton Inspira yang sedia ada nak buat apa? Jual besi buruk? Dulu masa DS Nizar Jamaluddin, manta Menteri Besar Perak menukar kereta Proton kepada Toyota Camry, berkokok-kokok pemimpin-pemimpin BN kata tak patriotik la, tiada semangat kebangsaan la, tidak membeli barangan buatan Malaysia la, membazir la. Sekarang apa sudah jadi? - cucutokselampit

Di Tempat Muhyiddin, Ada Penduduk Yang 80 Tahun Guna Air Hujan


Mariamah (kanan) menunjukkan tadahan air hujan dalam pembetung yang digunakannya.

Muar – Seorang warga emas hidup dalam keadaan serba kekurangan tanpa kemudahan asas yang sempurna dengan bergantung sepenuhnya kepada tadahan air hujan.

Mariamah Saimin, 80, dari Kampung Parit Mislam, Seri Menanti dekat sini, mengakui sudah biasa menggunakan air hujan sejak dilahirkan hingga membuatkannya tidak berminat untuk beralih kepada penggunaan air paip yang lebih bersih serta terjamin keselamatannya.

“Tadahan air hujan dalam pembetung ditapis guna kain, kemudian disimpan dalam tempayan untuk kegunaan memasak dan mandi.

“Saya pernah cuba minum air paip yang dimasak tetapi tekak tidak dapat terima dan membuatkan saya kekal guna air hujan sehingga kini,” katanya kepada Sinar Harian.

Mariamah berkata, dia tinggal sendirian di rumah usang itu sejak kematian suami, kira-kira 15 tahun lalu.

"Mujurlah dengan hasil jualan kelapa sawit dan buah kelapa, saya mampu meneruskan hidup dan berharap akan terus dikurniakan kesihatan yang baik serta dijauhi dari sebarang penyakit yang serius," katanya.

Kisah Mariamah itu mendapat perhatian Persatuan Penternak Kupang Daerah Muar apabila menghulurkan bantuan barangan dapur kepada warga emas berkenaan yang turut disertai Adun Sungai Balang, Zaiton Ismail, baru-baru ini. -SH

Kenyataan Muhyiddin Berbaur Hasutan, Terlupa UMNO Lebih Banyak Menghina Islam


Tindakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilihat menuduh orang bukan Islam terlibat dalam video jurulatih anjing boleh mencetuskan kekecohan, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Ia ternyata boleh mencetuskan emosi kebencian dan sakit hati di kalangan orang-orang Islam terhadap orang-orang bukan Islam dan akhirnya akan tercetus kekecohan.

"Adakah Timbalan Perdana Menteri mahu bertanggungjawab jika kenyataannya yang ternyata bersifat hasutan itu mencetuskan tindakan bersifat fizikal orang-orang Islam ke atas orang-orang bukan Islam?" beliau mempersoalkan.

Bagaimanapun, kata Mahfuz, beliau yakin Muhyiddin tidak akan diambil tindakan atas kenyataannya yang bersifat hasutan itu.

"Sekali lagi rakyat boleh melihat bahawa pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli Umno semakin yakin bahawa mereka kebal undang-undang.

"Sebab itulah kita mendengar ada pemimpin Umno yang tumbuk, tampar dan sepak orang sesuka hati, para penyokong Umno menyerang ceramah-ceramah, baling selipar dalam masjid malah berapa banyak kita lihat kenyataan pemimpin Umno yang menghina Islam," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Beliau juga kesal dengan sikap Muhyiddin yang secara borong dan gelojoh menuduh orang lain menghina Islam sedangkan para pemimpin Umno sendiri ramai yang menghina Islam.

"Sehingga sekarang pun, tetap tersebar di kalangan rakyat kenyataan-kenyataan para pemimpin Umno yang menghina Allah dan Islam melalui penghinaan mereka terhadap undang-undang Islam.

"Para pemimpin Umno patut bertanya diri sendiri, sebelum pihak mereka membuat pelbagai kenyataan yang menghina Islam, adakah orang-orang seperti Presiden MCA atau blogger lucah yang baru-baru ini ditangkap berani memperlekeh dan mempersendakan agama Islam?" Mahfuz mempersoalkan lagi.


DAP buat laporan polis terhadap Muhyiddin Yassin


DAP hari ini membuat laporan di Balai Polis Jinjang berikutan kenyataan berunsur hasutan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini.

Laporan itu dibuat Pembantu Khas Ahli Parlimen DAP Segambut, Yew Jia Haur bersama jawatankuasa DAP cawangan Taman Segambut.

Beliau menegaskan polis harus melakukan siasatan terhadap Muhyiddin kerana mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan keharmonian agama.

“Laporan polis itu dibuat untuk menggesa Muhyiddin disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 4 Akta Hasutan 1948.

“Walaupun kita kurang optimis polis akan menyiasat terhadap Muhyiddin tapi sekarang kes ini sudah dibuka, jadi kita harap polis akan menjalankan tugas mereka,” katanya yang juga Ketua DAP Cawangan Taman Segambut pada sidang media selepas membuat laporan polis.

Laporan itu dibuat berdasarkan kenyataan Muhyiddin pada 31 Julai lalu yang menyatakan ‘umat Islam tidak menghina agama bukan Islam seperti Kristian dan Hindu, tetapi orang bukan Islam menghina agama kita’.

Kenyataan Muhyiddin dibuat sebagai respon kepada klip video Maznah Mohd Yusof, yang digambarkan menyambut Aildilfitri bersama tiga anjing peliharaannya.

Menurut Jia Haur, pihak polis mestilah berlaku adil dan tidak boleh memilih bulu untuk segera melakukan siasatan.

“Jika Maznah yang didakwa menghina agama terus disiasat, tindakan yang sama juga perlu dilakukan terhadap Muhyiddin mengikut akta yang sama.

“Kenyataan Muhyiddin itu bukan saja berbaur hasutan, malah merupakan serangan terhadap penganut agama lain di Malaysia, jadi tidak ada sebab mengapa beliau tidak boleh disiasat.

Jia Haur juga menegaskan kenyataan Muhyiddin itu juga mengelirukan kerana menyamakan Maznah dengan apa yang dilakukan Alvin Tan dan Vivian Lee sebelum ini.

Muhyiddin juga seolah-olah tidak tahu bahawa Maznah adalah seorang Muslim.

Ketua DAPSY Kepong, Ng Wei Kong menambah, kata-kata sedemikian tidak seharusnya dikeluarkan oleh orang yang berkedudukan tinggi dalam kepimpinan negara.

“Beliau perlu mewujudkan keharmonian dengan menjadi pemimpin untuk semua, bukannya membuat kenyataan seperti itu dan harus berfikir daripada perspektif Malaysia, bukan hanya perspektif Islam semata,” ujarnya.
-Roketkini.

[VIDEO] Siasat Pemimpin Tertinggi FELDA Dalam Rasuah RM30 Juta, kata Rafizi

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat pemimpin tertinggi negara berhubung penyelewengan dalam anak syarikat Felda, KPFQ Foods Sdn Bhd.

Katanya, siasatan dan pendakwaan kes berkenaan tidak boleh terhenti di peringkat kepimpinan korporat KPFQ Foods Sdn Bhd semata-mata kerana ia juga melibatkan keputusan di peringkat tertinggi Felda.

Rafizi mendakwa, KPFQ Foods Sdn Bhd adalah syarikat usahasama diantara Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPFMB) dan Silver Bird Group Berhad (SBGB) yang ditubuhkan khusus untuk menjadi ejen pemasaran barang makanan dan pertanian di seluruh negara.

“Saya menggesa supaya siasatan terhadap kes ini tidak dihadkan semata-mata kepada kesalahan dan penyelewengan yang melibatkan kepimpinan KPFQ Sdn Bhd.

“Tetapi perlu diluaskan kepada aspek kecuaian dan ketidaktelitian pimpinan tertinggi negara yang terbabit supaya ada kebertanggungjawaban kerana agensi-agensi ini adalah dibawah tanggungjawab mereka,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Rafizi mendakwa SBGB mempunyai hubungan rapat dengan agensi kerajaan yang lain termasuk Tabung Haji.

“Pemegang-pemegang saham besar di dalam SBGB adalah Tabung Haji dan Tan Sri Vincent Tan, yang menunjukkan bahawa SBGB adalah sebuah syarikat perniagaan yang ada hubungan yang baik dengan kerajaan,” dakwa Ahli Parlimen Pandan itu.

Menurut Rafizi, akhir-akhir ini Kerajaan Pusat menggunakan banyak dana rakyat untuk membiayai projek usahasama di antara agensi kerajaan dan swasta yang menimbulkan beberapa persoalan.

Selepas skandal membabitkan lembu NFC, Rafizi mempersoalkan bagaimana kerajaan menilai bentuk kerjasama antara kerajaan dan syarikat swasta dalam membabitkan dana daripada wang rakyat.

Rafizi turut mempersoalkan peranan wakil kerajaan di dalam agensi dan syarikat usahasama untuk memantau kemajuan projek dan memastikan tiada penyelewengan berlaku.

“Apakah peranan dan pertanggugjawaban kepimpinan kerajaan apabila projek-projek usahasama di bawah tanggungjawab mereka gagal dan membazirkan wang rakyat?” soalnya lagi. -selangorku


Penyokong Mursi Bersedia Untuk Mati: Bunuh Kami & Minum Darah Kami Yang Berwana-warni


Penyokong Mursi kini ikrar sedia mati

Kerajaan Mesir yang disokong tentera pada Khamis memberi amaran kepada penyokong presiden Mohamed Mursi yang digulingkan supaya meninggalkan kem tunjuk perasaan di Kaherah, dengan menjanjikan jalan keluar selamat tanpa pertempuran.

Rayuan itu dibuat oleh jurucakap kementerian dalam negeri Hany Abdel Latif dalam saluran televisyen negara selepas kerajaan pada Rabu memberi amaran bertindak menamatkan tunjuk perasaan dua minggu oleh ribuan penyokong Mursi.

Sejak tentera menggulingkan Mursi, pemimpin kumpulan Islamis pada 3 Julai, pemimpin-pemimpin gerakan Ikhwanul Muslimin dituduh menghasut keganasan.

Amaran terkini dikeluarkan berhubung kemungkinan berlakunya pertumpahan darah akibat ketegangan berterusan.

Latif berkata, jika penunjuk perasaan meninggalkan tapak bantahan mereka secara aman, mereka akan menjamin keselamatan kumpulan itu. Tiada tarikh akhir ditetapkan.

"Tiada tarikh tepat (ditetapkan). Kami akan terus melihat keadaan di lapangan," kata Latif kepada Reuters.

Sehingga Khamis, penunjuk perasaan tidak menghiraukan kenyataan itu dan bersedia untuk kemungkinan terburuk.

Di kem Rabaa al-Adawiya, sampah sarap dibersihkan bagi memudahkan laluan ambulans. Pasir-pasir ditimbun di sekitar kawasan untuk menimbus kanister gas pemedih mata yang mungkin dilepaskan.

Di balik benteng pasir, batu-batu juga dikumpulkan untuk dijadikan senjata jika perlu.

"Kami sudah bersedia. Kami bersedia untuk mati demi legitimasi. Serangan boleh berlaku pada bila-bila mata sahaja," kata Mohamed Saqr, aktivis Ikhwan yang mengawal laluan masuk tempat perkhemahan di masjid di Kaherah Utara.

Polarisasi di Mesir sekarang paling ketara sejak autokrat yang disokong Amerika Syarikat Hosni Mubarak digulingkan pada 2011, sekali gus bermulanya peralihan politik penuh pergolakan.

Mursi menjadi pemimpin pertama Mesir yang dipilih secara demokratik oleh rakyat pada Jun 2012 tetapi menghadapi tentangan kemudiannya apabila gagal menyelesaikan masalah sosial dan ekonomi yang sentiasa menjadi ketakutan di negara itu.