27 Mac 2009

Dua Hari Berturut-turut Khairy Perasuah UMNO Kena Boo

Sudahlah selepas memenangi jawatan Ketua Pemuda, Khairy perasuah telah disorak "KJ! ...Rasuah!..."

Semalam semasa namanya disebut oleh juruacara sebelum mengundi oleh Pengerusi Mesyuarat, dia telah di boo oleh para-para perwakilan yang hadhir. Hari ini, ada seorang jurubahas dari Pemuda Kelantan yang cuba menyebut nama Khairy perasuah, sekali lagi namanya di boo.

Pasti pada hari terakhir, dia akan berucap dalam sesi penggulungan. Kemungkinan sekali lagi, dia akan menerima di boo.

Walaupun kalah, sepanjang dua hari semalam dan hari ini, baik Dato Mukhriz atau Dato Seri Dr Khir Toyo mendapat sambutan baik dari perwakilan atau hadhiran di PWTC.

Bisikan-bisikan di PWTC mengatakan sudah ada laporan polis mengenai salahlaku politik wang Khairy perasuah. Pagi tadi, blog bigdogdotom melaporkan ada ura-ura hari ini atau besok akan ada laporan polis satu lagi terhadap Khairy perasuah.

Kenapa teruk sekali reaksi pelbagai pihak kepada kekalahan?

Buat setakat ini, hampir semua perwakilan dan pemberi sumber maklumat dalaman mengatakan Khairy perasuah menang kerana kesetiaan kepada Agong pertama (diatas kertas.)

Diberitahu bahawa kumpulan Khairy perasuah menawarkan wang kepada mereka yang mengundinya sejumlah RM10,000 ke RM30,000 bergantung kepada kecondongan mereka kepada calun pesaing.

Cara duit itu diberi adalah sebahagian dibayar sebelum dan selebihnya setelah mereka memberikan undi. Untuk mengesahkan undi telah sah diberikan kepada Khairy perasuah, perwakilan yang mengundi dikatakan membuka kertas undi untuk dapat dilihat jelas oleh orang-orang tertentu yang menjadi wakil Pengesah Khairy perasuah.

Selepas Najib menyebut "Berani Berubah" dalam ucapannya pada malam Selasa, pihak Khairy perasuah dikatakan telah bekerja keras dengan operasi carpet bombing malam itu. Selain pemberian di pusat operasi Lubuk Khairy perasuah di Hotel Corus, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, satu sumber memberitahu penyerahan juga dilakukan malam itu di sebuah Hotel di Shah Alam.

Pembayaran selebihnya dilakukan semalam di satu lokasi yang perlu di rahsiakan dahulu.

Selain itu, kebanyakkan pihak yang veteran dalam hel ehwal UMNO mengatakan sangat anih pengiraan untuk hanya 790 undi memakan masa hampir enam jam. Pelbagai boleh disyaki. Ramai difahami bahawa keputusan menjadi lambat disebabkan beberapa kali recount.

Yang hairannya, recount selalu berlaku apabila keputusan agak rapat dan untuk kepastian. Apabila ianya diumumkan, ramai hairan jauhnya jumlah undi Khairy yang melebihi 50 undi berbanding dengan Dr Khir dan hampir 70-80 undi dari Mukhriz.

Satu sumber memberitahu bahawa ada keanihan apabila satu kotak terakhir dipenuhi oleh undi Khairy perasuah sahaja.

Adakah ini sebabnya penyokong-penyokong baik dari Mukhriz atau Dr Khir Toyo naik birang hingga menyorakkan Khairy perasuah sebagai perasuah dan perwakilan-perwakilan menyorak boo dua hari berturut-turut?

Selalunya orang biasa menerima kekalahan, tetapi marah hingga naik birang jika ditipu.

Samada laporan polis dan SPRM akan benar berakhir dengan nasib Khairy perasuah seperti yang dialami oleh Tan Sri Isa Samad, itu bakal memakan masa.

Bagaimana Khairy perasuah akan merapatkan barisan Pemuda UMNO yang majoritinya adalah yang tidak menyokong Khairy perasuah? Lebih segera, bagaimana Khairy akan dapat menyediakan jentera Pemdua untuk pilihanraya kecil di Bukit Gantang dan Bukit Selambau dengan dirinya tidak diterima?

Kalau benar ini semua berlaku, kenapa cara dilakukan hingga menimbulkan keyakinan penipuan dan rasuah sudah berlaku? Dalam zaman Internet dan SMS, sesuatu mudah disebarkan.

another brick in the wall

Isu Kerajaan Nizar - Kes Sivakumar vs SPR Didengar 28 Mei

Kes Sivakumar bagi mendapatkan kebenaran agar satu semakan undang-undang dijalankan berhubung permintaan mereka supaya Suruhanjaya Pilihan Raya mengadakan pilihan raya kecil bagi kerusikerusi Dewan Undangan Negeri Perak kawasan Behrang, Changkat Jering dan Jelapang akan didengar di Mahkamah Tinggi pada 28 Mei ini.

Hakim Lau Bee Lan menetapkan tarikh itu selepas perkara itu dikemukakan kepadanya di kamar hari ini.

Pihak yang hadir dalam prosiding hari ini terdiri lima peguam mewakili pemohon dan Peguam Kanan Persekutuan Azizah Nawawi mewakili responden.

Sivakumar bersama anggotaanggota Dewan Undangan Negeri Perak, Chen Fook Chye (DAP-Keranji), Tai Sing Ng (PKR-Kuala Sepetang) dan A. Sivanesan (DAP-Sungkai) serta tiga pengundi, Ahmad Sabry Wahab (Behrang), Abdul Latif Ariffin (Changkat Jering) dan Foo Hon Wai (Jelapang), membuat permohonan semakan perundangan itu terhadap ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi, ADUN Changkat Jering, Mohd Osman Mohd Jailu, dan ADUN Jelapang, Hee Yit Foong.

Mereka memohon perintah mahkamah bahawa kerusi Behrang, Changkat Jering dan Jelapang adalah kosong setelah ketiga-tiga wakil rakyat itu keluar daripada parti masing-masing untuk menjadi wakil Bebas.

Mereka juga memohon perintah injunksi melarang Jamaluddin, Osman dan Hee daripada melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat.

Dalam pilihan raya umum lepas, Jamaluddin dan Osman menang sebagai calon PKR manakala Hee menang atas tiket DAP.

Bulan lepas, mereka keluar parti masing-masing bagi menyokong Barisan Nasional, dan ini menyebabkan kerajaan pakatan DAP, PAS dan PKR, yang memerintah Perak dirampas oleh BN.

Pada 3 Feb, Sivakumar memberitahu SPR bahawa ketiga-tiga kerusi itu kosong dengan alasan Jamaluddin, Osman dan Hee telah meletak jawatan.

Tetapi SPR telah dipercayai bertindak di luar bidang kuasanya dengan menolak writ yang dikemukan oleh Sivakumar dan enggan mengadakan pilihan raya kecil bagi ketiga-tiga kerusi itu.


90% Sokong Syor PAC Bekukan Gaji MB dan Exco BN Perak

Sebanyak 90% dari responden Edisi 7 malam ini menyokong syor Jawatankuasa Kira-kira Wang (PAC) DUN Perak yang mencadangkan pembayaran gaji dan elaun menteri besar BN Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam exconya dibekukan serta-merta dengan alasan pelantikan mereka masih menjadi pertikaian.

Pengerusi jawatankuasa itu Wong Kah Woh berkata, tindakan itu perlu kerana BN telah mengisytiharkan mereka sebagai kerajaan baru sewaktu gabungan DAP, PAS dan PKR mendakwa mereka masih kerajaan sah, lapor Bernama.

"Keputusan ini akan dimaklumkan kepada semua bahagian terbabit untuk pelaksanaan dan kami memberi amaran kepada kakitangan kerajaan berkenaan agar mematuhi arahan ini bagi mengelak mereka dikenakan tindakan," beliau dipetik berkata kepada media di bangunan setiausaha kerajaan negeri yang menempatkan DUN itu.

Wong berkata PAC juga memutuskan bahawa pelantikan tiga penasihat Dr Zambry - yang bertaraf exco - dan seorang ketua penerangan kerajaan negeri sebagai tidak sah.

Menurut agensi berita itu lagi, PAC mahu Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim mengambil tindakan agar pejabat yang digunakan oleh empat penasihat tersebut dikosongkan dan semua kemudahan kepada mereka ditarik balik.

Banyak pihak telah menyatakan sokongan terhadap syor PAC itu kerana selama ini BN sentiasa menggunakan hujjah bahawa mahkamah belum memutuskan siapa Menteri besar Perak yang sah apabila mereka tersepit sepertimana jawapan Najib sewaktu Speaker Perak Sivakumar menggantung Zambry dan para exco BN dari menghadiri sidang DUN Perak.


Shahrir Letak Jawatan, Azalina, Syed Hamid dan Rais Bila Lagi?

Datuk Shahrir Abdul Samad memutuskan untuk meletakkan jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna setelah tidak terpilih sebagai anggota Majlis Tertinggi (MT) dalam pemilihan Umno semalam dan ia adalah muktamad.

"Ini adalah prinsipnya berparti dan sekiranya tidak dapat sokongan di kalangan perwakilan untuk menjadi anggota MT, perlu sanggup berundur dari jawatan menteri," katanya.

"Kita kena ada prinsip dan kena patuh. Dalam politik terutamanya, kerja kita akan lebih mudah kalau kita mempunyai kekuatan moral," tambahnya.

Ketika ditemui pemberita di luar Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini semasa sesi perbahasan Perhimpunan Agung Umno berhenti rehat, Shahrir berkata beliau akan mengundurkan diri pada mesyuarat Kabinet Rabu depan.

Ketua Umno Bahagian Johor Baharu itu berkata adalah sukar untuk melaksanakan tugas sebagai Menteri sekiranya tidak mempunyai sokongan daripada parti.

"Itu jadi masalah bagi saya. (Orang akan mengatakan) YB ini, parti pun tak terima, kalah dalam pemilihan parti, macam mana boleh jadi menteri," katanya.

Sehubungan itu ramai tertanya-tanya bila pula menteri-menteri UMNO yang lain ingin mengikut jejak langkah Shahrir. Selain Shahrir, Azalina yang dikaitkan dengan politik wang serta menyogok dan "belanja makan" kepada pegawai-pegawai SPRM baru-baru ini turut kalah di dalam merebut jawatan majlis Tertinggi.

Selain mereka berdua, lima timbalan menteri dan empat menteri besar turut tewas dalam pertandingan sengit itu.

Begitu juga menteri-menteri UMNO yang celupar serta "tunjuk lagak hero" turut kecundang di dalam merebut jawatan Naib Presiden. Mereka adalah Menteri Dalam Negeri, Syed Hamid Albar dan Menteri Luar Negeri, Datuk Rasi Yatim..

Banyak pihak menggesa kedua-dua menteri ini wajar meletakkan jawatan untuk mengikut jejak langkah Shahrir yang lebih berprinsip.


Bukit Selambau - Anwar Gesa Tolak Fitnah dan Sogokan BN

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Anwar Ibrahim menggesa penduduk Bukit Selambau untuk terus menolak sogokan politik dan fitnah Barisan Nasional pada pilihanraya kecil 7 April ini.

Rasuah politik masih tegar di dalam pemilihan UMNO baru-baru ini yang menunjukkan perkara yang sama bakal digunakan di dalam pilihanraya kecil Bukit Selambau untuk menarik sokongan pengundi-pengundi di kawasan tersebut.

Ribuan rakyat dari pelbagai kaum hadir di dalam ceramah tersebut yang diadakan di Taman lembah Permai.

Anwar menggesa pengundi Bukit Selambau untuk menolak BN sekali lagi di dalam pilihanraya kecil Bukit Selambau yang menggunakan taktik buruk untuk memenangi ilihanraya kecil itu dengan memfitnah Pakatan Rakyat serta menawarkan gula-gula politik kepada pengundi.

"Saya yakin kira rakyat bawahan boleh menang klau kita cerdik kerana selama ini dengan sedikit sogokan kita ditipu dan bagi sokongan (kepada BN)," kata Anwar.

"Tapi saya tengok di Kerah, orang dah cerdik," tambah Anwar lagi.

Mengenai pemilihan Manikumar sebagai calon menentang S.Ganeson dari BN, Anwar menyatakan Manikumar adalah dari barisan muda dari Pakatan Rakyat yang mewakili semua kaum di Bukit Selambau dan gandingan mantap kepimpinan lama dan kepimpinan baru akan menghasilkan kejayaan.



Bukit Gantang Bukit Selambau Batang Ai - Cabaran Pemimpin Baru UMNO

Pilihanraya kecil di tiga kawasan pada 7 April ini akan menjadi medan penentuan untuk mengukur kemampuan pemimpin-pemimpin baru UMNO.

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengetuai ketiga-tiga pilihan raya kecil yang akan bermula Ahad ini.

Perkara itu diputuskan dalam satu pertemuan dengan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bersama tiga lagi Naib Presiden yang baru dilantik dalam pemilihan semalam.

Kata beliau Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akan mengetuai pilihan raya kecil kawasan Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau dan Datuk Seri Shafie Apdal bagi DUN Batang Ai.

Penamaan calon ketiga-tiga pilihan raya kecil itu diadakan Ahad ini.

Hari pengundian ditetapkan pada 7 April.

Secara tradisinya mana-mana pilihan raya akan di ketuai oleh Timbalan Presiden.

Selaku Timbalan Presiden ini kali pertama Muhyiddin mengetuai mana-mana pilihan raya kecil.

Muhyiddin dan ketiga-tiga Naib Presiden berkenaan merupakan muka baru bagi jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden yang dipertandingkan semalam.

Ketika ditanya mengenai peluang memenangi ketiga-tiga pilihan raya kecil kali ini, Muhyiddin berkata, beliau berkeyakinan boleh menang.

Bagaimanapun katanya, beliau bersikap pragmatik dan realistik bahawa ketiga-tiga pilihan raya kecil ini diselubungi isu-isu nasional dan tempatan yang perlu ditangani bersama.

Sementara itu ramai penganalisis politik melihat bahawa berdasarkan senario politik semasa dengan ditambahi dengan arus tsunami politik yang masih bergelora, Pakatan Rakyat mampu memenangi ketiga-tiga pilihanraya kecil berkenaan.

Apatah lagi Perhimpunan UMNO kali ini telah banyak mendedahkan kelemahan-kelemahan UMNO yang gagal untuk mereka tangani seperti gejala politik wang sehingga terdapat pemimpin yang telah diisytiharkan terlibat dengan politik wang menang di dalam merebut jawatan yang pastinya menyebabkan parti itu akan terus ditolak bukan sahaja oleh rakyat umum namun oleh ahli UMNO sendiri.

Kes Sivakumar vs SPR didengar 28 Mei

Kes Sivakumar ba gi mendapatkan kebenaran agar satu semakan undang-undang dijalankan berhubung permintaan mereka supaya Suruhanjaya Pilihan Raya mengadakan pilihan raya kecil bagi kerusikerusi Dewan Undangan Negeri Perak kawasan Behrang, Changkat Jering dan Jelapang akan didengar di Mahkamah Tinggi pada 28 Mei ini.

Hakim Lau Bee Lan menetapkan tarikh itu selepas perkara itu dikemukakan kepadanya di kamar hari ini.

Pihak yang hadir dalam prosiding hari ini terdiri lima peguam mewakili pemohon dan Peguam Kanan Persekutuan Azizah Nawawi mewakili responden.

Sivakumar bersama anggotaanggota Dewan Undangan Negeri Perak, Chen Fook Chye (DAP-Keranji), Tai Sing Ng (PKR-Kuala Sepetang) dan A. Sivanesan (DAP-Sungkai) serta tiga pengundi, Ahmad Sabry Wahab (Behrang), Abdul Latif Ariffin (Changkat Jering) dan Foo Hon Wai (Jelapang), membuat permohonan semakan perundangan itu terhadap ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi, ADUN Changkat Jering, Mohd Osman Mohd Jailu, dan ADUN Jelapang, Hee Yit Foong.

Mereka memohon perintah mahkamah bahawa kerusi Behrang, Changkat Jering dan Jelapang adalah kosong setelah ketiga-tiga wakil rakyat itu keluar daripada parti masing-masing untuk menjadi wakil Bebas.

Mereka juga memohon perintah injunksi melarang Jamaluddin, Osman dan Hee daripada melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat.

Dalam pilihan raya umum lepas, Jamaluddin dan Osman menang sebagai calon PKR manakala Hee menang atas tiket DAP.

Bulan lepas, mereka keluar parti masing-masing bagi menyokong Barisan Nasional, dan ini menyebabkan kerajaan pakatan DAP, PAS dan PKR, yang memerintah Perak dirampas oleh BN.

Pada 3 Feb, Sivakumar memberitahu SPR bahawa ketiga-tiga kerusi itu kosong dengan alasan Jamaluddin, Osman dan Hee telah meletak jawatan.

Tetapi SPR telah dipercayai bertindak di luar bidang kuasanya dengan menolak writ yang dikemukan oleh Sivakumar dan enggan mengadakan pilihan raya kecil bagi ketiga-tiga kerusi itu.