15 Mac 2013

[VIDEO] Jenayah Pengganas UMNO Serang Bas Pakatan Rakyat Di Kuala Krau, Pahang


Genap seminggu selepas diserang sekumpulan samseng Umno BN di Bukit Katil, Melaka; bas Jelajah Merdeka Rakyat dibaling batu dan kayu pula dalam program sama ke negeri kelahiran Perdana Menteri, malam tadi.

Ketua Cabang KEADILAN Kuala Krau, Suhaimi Said, berkata bas itu ‘dilencong’ dari laluan asal selepas dihampiri sebuah lori dengan bendera PAS yang seolah-olah penunjuk arah untuk ke tapak ceramah di Kuala Mai, Kuala Krau, kira-kira jam 11 malam.

“Bagaimanapun, lori berkenaan berhenti mengejut di tapak ceramah Umno sebelum pemandu melarikan diri.

Ketika itu bertalu-talu batu dibaling dan kayu ditusuk ke bas.

“Apabila berita tersebar, penyokong Pakatan di tapak ceramah berhampiran datang untuk menghalang.

Berlaku sedikit pergaduhan tetapi tiada yang cedera.

“Bas kemudian meneruskan perjalanan ke tapak ceramah Pakatan,” katanya dan menambah lapan trak Unit Simpanan Persekutuan (FRU) membantu menyurai kumpulan samseng Umno yang lari lintang pukang.

Sementara itu, seorang remaja yang terlibat dalam perbuatan itu mengaku dibayar RM20 untuk membaling batu dan kayu, selain RM15 sebagi kos motosikal.

“Remaja itu mengaku Umno yang upah mereka tapi takut untuk dedahkan individu terlibat,” katanya seorang penyokong Pakatan yang mengenali remaja berkenaan dan bertanya insiden itu.

p/s sudah sampai masanya parti pengganas UMNO sudah tak layak lagi mentadbir negara malaysia yg tercinta ini.......

hapuskan UMNO dan Barisan nasional dari bumi malaysia ini di PRU13 nanti....



[PANAS] Mazidul Akmal Tanya Di FB 'Siapa Sokong Anwar Ibrahim'. Apa Jawapan Anak Muda?


MMungkin dia fikir semua anak muda masih nak mengampu Najib dan Umno. Sebab itu dia berani tanya soalan macam tu. Boleh saksikan sendiri apa jawapan lebih 500 pengguna FB yang terdiri dari anak muda.

Walau bagaimanapun, perjuangan rakyat dan Pakatan Rakyat itu sendiri tidak berdiri di atas tubuh Anwar Ibrahim seorang. Siapapun yang memimpin PR, rakyat sudah bersedia untuk membuat perubahan dan menyimpan Umno dalam muzium sejarah.

Kes ini samalah dengan kes Najib tanya 'Are you ready for BN' yang dibalas dengan jawapan 'NOOOOO'. Lepas ini Umno mungkin akan keluarkan arahan, haram bertanya soalan2 yang boleh memalukan Umno-BN. Kah kah kah. Ini kalilah!:







 Untuk besarkan KLIK IMEJ berkenaan. Sumber dan lagi imej berkaitan DISINI


sumber: pastitiwangsa

[EDISI BONGKAR] Shafie Apdal, Menteri Kabinet Malaysia Berketurunan Sulu!


Dia seorang ahli politik Tausug dari Semporna, Sabah.

Datuk Seri Shafie Apdal, datuknya dari etnik Sulug, Jolo dan ibunya dari etnik Sama-Bajau adalah orang yang bertanggungjawab menghidupkan Pesta Lepa-Lepa atau Pesta Sambulayang yang diadakan setiap tahun di Semporna.

Pesta Lepa-Lepanya menjadi kejutan budaya kepada Sabahan yang selama ini tidak pernah didedahkan dengan Pesta Kesultanan.

Sebenarnya Pesta lepa-Lepa ialah Pesta Sambulayang iaitu suasana perarakan di laut menyambut Sultan Sulu dan para Datu Diraja.

Sultan Sulu semenjak dulu telah memberi keistimewaan kepada etnik Sama-Bajau di laut untuk mengarak atau menyambut ketibaan Sultan.Satu protokol yang telah membudaya dalam institusi Kesultanan Sulu.

Etnik atau kaum Taguimah mempunyai perhubungan yang panjang dengan etnik Sama-Bajau yang mahir dilaut dan penyelam yang handal.

Para sarjana barat menggelar etnik Sama-Bajau di Sulu adalah penyelam yang terbaik di dunia.

Malah ketika era Sulu Zone, Sama-Bajau lah yang menjaga laut bersama etnik Iranun.

Maka, sebagai mengingati sejarah, Datuk Seri Shafie Apdal telah berjaya melestarikan kebudayaan Tausug & Kesultanan Sulu di Semporna. -nanatanjungcafe74


Pemuda Disyaki Pengganas Memakai Baju Bergambar Shapie Apdal


Naib Presiden UMNO Datuk Shafie Apdal meminta kerajaan menyiasat hubungan Anwar dengan Nur Misuari.

Bagaimana dengan yang ini tak nak minta disiasat ker?

Pengganas yang ditangkap di lahad Datu baru-baru ini bukan sahaja memakai baju Shafie Apdal bahkan TIDAK DIGARI SAMA SEKALI!.

Shafie patut disiasat sama!
-fb Ghazali Suhaili.



Siasat Shapie Apdal, Bukan DSAI


Baru sekarang si Bedal dan bebal ni nak bersuara.

Semasa Lahad Datu di serang di mana dia?Tiba-tiba muncul suruh siasat DSAI apa lu cita!!!..

Kalau nak siasat DSAI rasanya tak ada masalah dari pihak DSAI mau pun PR..

Aku juga minta pihak kerajaan Malaysia siasat Shafie Apdal sekali kerana salah seorang pengganas Sulu yang di tangkap memakai baju BN yang ada muka dia.

Dan satu lagi Shfiea Apdal juga salah seorang yang berketurunan sulu amacam!!!..

Kalau setakat bergambar dan ada perhubungan baik antara DSAI dan Misuari itu menjadi isu bagaimana pulak dengan pemimpin Umno yang terang-terang ada ahlinya dari kalanggan orang Sulu macam mana pulak?

Sehinggakan ada yang menyertai pehimpunan Umno…Kenyataan Puteri Jacel Kiram yg menyatakan krisis Sulu adalah rancangan pemimpin tertinggi UMNO dan Presiden Aquino kena juga disiasat..!!

Shafie Bedal dan kepimpinan Umno harus di siasat sebenarnya bukan DSAI..Kerana segala berpunca dari pemberian IC oleh Tun Mahathir,Seharusnya Tun Mahathir harus di siasat bersama Najib dan bukannya DSAI..

Kalau benar kerajaan Malaysia tidak terlibat bagaimana sehinggakan 200 orang yang di lengkapi dengan senjata boleh membolosi perairan Negara dengan begitu mudah.

Siapa yang menjadi dalangnya.

Isu ini tidak di timbulkan sedangkan ini isu keselamatan negara..Kenapa kerajaan mengambil mudah sehinggakan tiada siasatan menyeluruh tentang bagaimana pengganas Sulu boleh menembusi kawalan keselamatan negara kita dengan begitu mudah.Ini yang sepatutnya di siasat bukan isu bergambar dan sering bertemu dengan Misuari..

Najib juga terlibat dengan perjanjian pemberian tanah kepada pengganas Sulu..Najib kena perjelaskan dulu tentang janji ini sebelum menyiasat DSAI..

Safie Afdal kena cermin muka tu dulu ya..siasatan skandal hang dengan artis pun dah tak dengar cerita…

HANGPA PIKIAQ LA SENDIRI!!!
-nanatanjungcafe74


[BERGAMBAR] Sultan Kelantan Hadiri Majlis Tahlil Wira Negara Yang Terkorban Di Lahad Datu


Sultan Kelantan DYMM Sultan Muhammad V telah berkenan berangkat menghadiri Majlis Tahlil Arwah, Wira Negara Allahyarham Ahmad Hurairah Bin Ismail Di Kg Bayu Lalang, Dun Meranti.















sumber: FB Unit Komunikasi MB Kelantan

Najib Bakal Hadapi Tuduhan Sebagai "Penjenayah Antarabangsa" (?)


Manila, Filipina - Pasukan keselamatan Malaysia di Sabah yang memburu pengikut Sultan Sulu boleh dihadapkan tuduhan melakukan jenayah terhadap kemanusiaan diatas laporan perbuatan pencabulan hak asasi manusia, pakar undang-undang antarabangsa Harry Roque berkata Khamis (hari ini).

Roque yang mengetuai Pusat Undang-Undang Antarabangsa berkata, malah Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak boleh menghadapi tuduhan sekiranya terbukti bahawa pemimpin Malaysia itu menyedari penyalahgunaan sedang dilakukan terhadap Suluk atau penduduk Filipina Sabah, tetapi tidak berbuat apa-apa untuk mencegah kekejaman.

"Ia mungkin tidak hari ini, ia tidak mungkin di Malaysia, tetapi pasti di masa hadapan dan di mana-mana tempat dalam dunia ini, dia akan ditanggungjawabkan bagi jenayah-jenayah ini. Ini adalah pelajaran yang telah dipelajari oleh Saddam Hussein, Slobodan Milosevic, Charles Taylor dan Tomoyuki Yamashita, "kata Roque.

"Najib harus menghentikan jenayah ini jika tidak dia akan ikut tersenarai dalam senarai yang terkenal kerana kejahatannya," katanya.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib telah menafikan dakwaan penderaan yang dilakukan oleh pasukan keselamatan Malaysia di Sabah.

Roque berkata Malaysia harus berfikir dua kali sebelum meneruskan untuk melakukan perbuatan jenayah di bawah undang-undang antarabangsa, menambah bahawa sementara kekal sebagai persoalan sama ada kebuntuan sekarang ini (stand-off) ditadbir oleh undang-undang kemanusiaan antarabangsa, 200 lebih pejuang Tentera Diraja Sulu bukan ejen negeri.

Menurut Roque, undang-undang antarabangsa menghukum tindakan sistematik atau serangan yang meluas terhadap orang awam.

"Ini dikenali sebagai jenayah terhadap kemanusiaan. Tidak seperti jenayah perang, jenayah terhadap kemanusiaan tidak memerlukan pertalian dengan konflik bersenjata. Ia cukup bahawa perbuatan tidak berperikemanusiaan, sama ada deportasi, penangkapan, atau rawatan yang tidak berperikemanusiaan, menjadi meluas atau sistematik, "kata Roque.

Roque berkata bahawa di bawah undang-undang antarabangsa, jenayah terhadap kemanusiaan juga boleh dilakukan, selain daripada pembunuhan, melalui pemindahan penghapusan, perhambaan, deportasi atau secara paksa penduduk, penjara, penderaan, rogol, dan penganiayaan terhadap kumpulan yang dikenal pasti kepada warga seperti Filipina di Sabah yang sengaja menyebabkan penderitaan yang besar atau badan yang serius atau kecederaan mental.

"Ia semakin jelas bahawa pihak berkuasa Malaysia tidak mempedulikan hal kewajipan mereka di bawah undang-undang hak asasi manusia antarabangsa untuk melindungi dan menggalakkan hak untuk kehidupan Filipina di Sabah," kata Roque.

Sumber Malaysia melaporkan bahawa seramai 63 anggota Tentera Diraja Sulu telah terbunuh dan sekurang-kurangnya 100 penyokong telah ditangkap.

"Namun , tidak kelihatan apa-apa tanda bahawa pihak berkuasa Malaysia juga akan memperlahankan keazaman mereka untuk melumpuhkan pemilik sejarah Sabah," kata Roque. -philstar com


Respect press freedom in Sabah coverage, M’sia told

A regional network of media defence lawyers has urged Malaysia to respect press freedom in the coverage of the Sabah crisis which climaxed on Tuesday.

Media Defence Southeast Asia president Prof. H. Harry L. Roque Jr. said freedom of the press should be protected in times of crisis as it represented legitimate issues of public interest.

"Both the Malaysian and the Philippine public have a right to know what has been happening in the (three-week) standoff (with Southern Philippines armed intruders)," said Harry in a statement posted on his blog.

Harry pointed out that both countries are signatories to the International Covenant on Civil and Political Rights.

"Article 19 of the covenant recognises the duties of state parties to protect and promote freedom of expression and of the press," he said.

Harry referred to the arrest of an Al-Jazeera news team near Lahad Datu on Feb 20 in condemning what the regional group describes as an "utter disregard and violation" of freedom of the press.

"Henry Omaga Diaz of Abs-Cbn news was also asked to leave the area and was threatened by Malaysian authorities with arrest," he added.

In Lahad Datu, theSun photographer Norman Hiu lost about 40 photographs on Sunday after he was instructed by several army personnel to delete a picture of an army roadblock which he had taken in the morning.

Authorities had declared several areas as "no-go-zones" for the press but it was not clear whether the information was clearly conveyed to media personnel on duty.
-thesundaily





[VIDEO] Langkah Pertama Wasatiyah Ialah Nyahkan UMNO...


Wasathiyah menyelamatkan Orang Melayu dari UMNO parti kawan syaitan.

Beberapa minggu yang lalu, saya menyertai ceramah anjuran PAS di Sungai Buaya, Kuala Langat.

Ketika itu, saya telah mengulas ajakan Najib supaya rakyat Malaysia mengamalkan wasathiyah.

Hari ini, dia menggesa rakyat Malaysia, terutama orang Melayu mengguna dan mengamalkan wasathiyah.

Maka kita jawab, ya memang benar dan tepat, kita mahu menggunakan dan mengamalkan wasathiyah.

Langkah pertama dan utama memulakan wawasan tersebut ialah mengenyahkan UMNO dan pemimpin UMNO yang rasuah, perompak dan lanun dari menjadi kerajaan.

Ikuti ceramah saya di Sungai Buaya yang di emelkan kepada saya oleh pihak penganjur. -sakmongkol