5 Sep 2009

Era Najib Altantuya : Demonstran Lembu Gagalkan Dailog

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memutuskan bahawa cadangan memindahkan Kuil Hindu di Seksyen 19, ke Seksyen 23 dibekukan sementara, ekoran bantahan keras daripada penduduk.

Khalid berkata, kontroversi yang tercetus daripada rancangan pemindahan kuil tersebut akan ditangguhkan sehingga tapak alternatif yang sesuai dikenalpasti.

“Kerajaan negeri sangat prihatin tentang perkara ini, kita merasakan kita terpaksa melihat semula cadangan tersebut, saya telah meminta masyarakat di seksyen 23 supaya mereka tidak lagi membincangkan perkara ini kerajaan negeri akan melihat bagaimana usaha2 ini dapat diteruskan,” katanya.

Tan Sri Khalid berkata demikian kepada media di kediaman rasminya selepas Majlis Dialog bersama penduduk Seksyen 23 berhubung isu pemindahan kuil tersebut di Dewan Bankuet MBSA, pagi tadi.

Katanya, Kerajaan Negeri prihatin terhadap keinginan masyarakat India yang inginkan kuil itu dibina dan akan berusaha untuk mencari tapak alternatif yang sesuai.

“Kita akan berbincang dengan PKNS supaya dapat mengenalpasti satu lagi tempat yang sesuai yang boleh diterima oleh Jawatankuasa Kuil Seksyen 19 dan boleh diterima oleh penduduk di persekitaran Seksyen tersebut,

“ini akan kita lakukan seberapa segera sebab kita rasa masalah pemindahan kuil ini mesti diselesaikan kalau tidak ini boleh menjadi perkara-perkara yang menjadi isu antara penduduk,” katanya.

Beliau berkata, hasrat memindahkan kuil berkenaan akan diteruskan, tetapi ditangguhkan buat masa ini sambil berharap penduduk tidak menimbulkan ketegangan lagi.

Katanya, ekoran bantahan penduduk dalam sesi dialog pagi tadi, kerajaan negeri terpaksa menilai semula cadangan memindahkan kuil Sri Mariaman itu ke Sekyen 23.

"Kita faham, perkara yang melibatkan agama merupakan isu sensitif. Tetapi kita tidak akan menyapunya ke bawah permaidani (mengelak daripada menyelesaikannya)," katanya.

Sambil menegaskan beliau tidak kecewa dengan insiden ini, Tan Sri Khalid berkata, bantahan itu telah dijangka, berdasarkan tunjuk perasaan yang dibuat oleh penduduk setempat sebelum ini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menyifatkan insiden yang berlaku pagi tadi berpunca daripada salah faham ekoran terdapat anggapan bahawa keputusan telah dibuat, sedangkan perkara itu masih di peringkat cadangan.

“Saya tengok daripada perbincangan yang telah diadakan tadi ada miss information, telah dihasilkan oleh pihak-pihak tertentu, mereka yang datang sudah menganggap pembinaan telah dilakukan, ini memberi gambaran bahawa kita buat tanpa berbincang dengan penduduk, sekiranya mereka mendapat maklumat yang tepat ia tidak akan berlaku,” jelasnya.

Beliau turut menyeru media agar menyampaikan maklumat dengan tepat dan tidak mencetuskan perbalahan dan salah faham penduduk.

Bagaimanapun, Khalid meminta perkara itu tidak dipanjangkan kerana ia telah diselesaikan dengan mencari tapak lain sebagai alternatif. -TVA/TVS



Era Najib Altantuya : Jika Zambry Boleh cabar Speaker, Kenapa Tidak Saya? - Gobi

Semalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menyaksikan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak dibenarkan sama sekali untuk bersuara apatah lagi membela diri apabila usul yang menyebabkan dirinya digantung sebagai ahli parlimen dibentangkan.

TV Antara menghubungi talian telefon bimbit beliau untuk mendapatkan kepastian, mengapa keadaan menjadi sedemikian rupa, dan ini reaksi spontan beliau.

"Ya, apabila mereka bawa usul itu, semasa usul itu dibincangkan di parlimen, saya tidak diberikan hak untuk bercakap. Itu yang kita kata salah. Barisan Nasional macam itu lah. Tak nak bagi kita cakap sebab dia tahu, kalau saya cakap, memang saya akan buktikan" .

Pada 23 April lalu, Gobind telah memfailkan kes penggantungannya ke mahkamah dan mencabar keputusan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Gobind sebelum ini dikatakan dengan lantangnya menyebut dalam Dewan Rakyat menyatakan penglibatan Datuk Seri Najib Razak yang memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri ketika itu, terlibat dalam pembunuhan model Monggolia, Altantuya Shaariibu.

Dalam persidangan 12 Mac itu, Gobind diminta memohon maaf namun beliau enggan berbuat demikian kerana yakin dengan apa yang dikatakannya.

Dengan itu, speaker Dewan Rakyat, Tan sri Pandikar Amin Mulia memutuskan untuk menggantung Ahli Parlimen Puchong itu tanpa memberi peluang kepada beliau membela diri.

Gobind digantung selama setahun dan keistimewaanya sebagai ahli parlimen dibekukan. Elaun beliau sebagai ahli parlimen serta pembiayaan perubatan juga dibekukan dalam tempoh itu.

Demi mempertahankan haknya, Gobind yang diwakili oleh peguam handalan Karpal Singh mencabar keputusan Speaker Dewan Rakyat, Tan sri Pandikar Amin Mulia di Mahkamah Tinggi semalam.

Gobind dalam hujahnya berkata, sekiranya Mahkamah Persekutuan mempunyai kuasa membatalkan penggantungan Menteri Besar Perak, Zambry Abdul Kadir seperti yang diarahkan Speaker V. Sivakumar, maka keputusan ke atasnya juga boleh dipertikaikan.

Lantaran tindakan Mahkamah Persekutuan itu, mereka juga boleh "menggulingkan" keputusan Dewan Rakyat. Karpal juga menyifatkan, Mahkamah Persekutuan lah yang membuka ruang dan mereka hanya mengikut perundangan yang telah dijalankan sebelumnya.

Dalam satu temubual yang lain, Pakar Undang-Undang Perlembagaan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Profesor Dr Abdul Aziz Bari berkata beliau tidak terkejut dengan perkembangan ini.

Aziz berkata ramalannya bahawa tindakan Umno-BN mengheret mahkamah dalam urusan legislatif Perak akan menghasilkan lebih banyak kes dari penyelesaian sepertimana yang dapat dilihat dalam hal Gobind ini.

Umno telah menyebabkan mahkamah meletakkan ketetapan bahawa kuasa Speaker boleh dicabar dan dibatalkan, maka rayuan Gobind untuk mencabar keputusan Speaker Parlimen juga harus diterima.

“Dalam kes Gobind tiada beza dalam keadaan yang berlaku di Perak, Peguam Negara berhujah tindakan speaker dan tidak boleh dipersoal tetapi mengapa di peringkat persekutuan dan negeri tiba-tiba lain.

“Sedangkan undang-undangnya sama sepatutnya di Perak dan Kuala Lumpur sama sahaja. Saya tidak suka menyebut ini tetapi sudah orang sebutkan satu undang-undang untuk Umno-BN satu undang-undang untuk orang lain. Maknanya undang-undang BN semua menguntungkan dia,” katanya.



Era Najib Altantuya : Sidang DUN Perak 2 Sept Sah

Tindakan Speaker DUN Perak V. Sivakumar bersama 24 ADUN Pakatan Rakyat mengadakan Sidang DUN pada 2 September lalu di Hotel Herittage adalah sah dari segi Perlembagaan.

Pakar Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Profesor Dr Abdul Aziz Bari berkata malahan usul yang dikemukakan pada Sidang berkenaan juga merupakan usul yang sah.

Beliau berkata, V. Sivakumar masih lagi Speaker Dewan kerana ia diangkat keluar dari Dewan secara paksa pada Mei lalu dalam cubaan rampasan kuasa Umno-BN.

“Ganesan hingga kini masih lagi tidak sah dan tidak jelas. Dan beliau telang melanggar Perlembagaan Negeri yang melarang seseorang memegang dua jawatan dalam satu masa. Beliau masih jadi peguam sewaktu dilantik jadi Speaker Dewan. Sebenarnya yang bermasalah adalah Datuk Ganesan bukannya Sivakumar.

“Apa yang diputuskan dalam Sindang DUN itu adalah sama statusnya dengan yang di bawah pokok hari itu sah kerana pada satu-satu masa hanya boleh ada satu DUN sahaja. DUN di pengerusikan Ganesan tidak sah dan ia masih di bawah Sivakumar,” katanya.

Aziz yakin pihak setiausaha kerajaan negeri dan polis sedar bahawa sidang Dun Pakatan Rakyat itu adalah sah kerana pihak berkuasa kelihatan teragak-agak untuk mengambil tindakan.

“Ini dikutuk oleh sebuah laman web penyokong Umno berasa tidak senang dengan tindakan yang dianggap lembut oleh pihak polis di Ipoh walaupun sebenarnya kalau diperhatikan sudah kasar apa yang diakukan oleh polis terhadap Nizar dan Nge Khoo Ham,” katanya.

Mengulas mengenai kemelut politik di Perak, Aziz berkata Umno-BN mengheret mahkamah dalam kancah politik negara bagi merealisasikan rampasan kuasa yang dilakukan di Perak.

Beliau berkata mahkamah tidak seharusnya mencampuri hal ehwal Dewan Negeri mahupun Dewan Negara, sejajar dengan konsep pemisahan kuasa legislatif-eksekutif-kehakiman.

“Kalau mahkamah telah melanggar Perlembagaan siapa lagi yang kita harapkan untuk jaga Perlembagaan kerana hakim-hakim harus menjunjung dan pertahankan Perlembagaan.

“Perlembagaan kata mahkamah tidak ada kuasa untuk campur atau kaji atau periksa prosiding Dewan, dia buat juga maknanya mahkamah telah melanggar Perlembagaan. Jadi sekarang dalam keadaan kelam-kabut dan keputusan mahkamah dipersoalkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai keputusan Mahkamah Persekutuan Putrajaya memutuskan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak V. Sivakumar tidak mempunyai kuasa menggantung Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan enam Exconya daripada menghadiri sidang Dewan Negeri berkenaan.

“Umno heret Istana untuk sahkan kedudukan ini satu tindakan yang tidak betul dan mengkompromikan kedudukan neutral dan atas politik istana,” katanya.

Katanya DUN Perak perlu dibubar demi kepentingan negeri berkenaan khususnya dari segi kestabilan politiknya.

“Siapa Istana untuk menentang ini, kita harus faham latar belakang mengapa kuasa budi bicara diberikan pada Sultan bukan kuasa mutlak, apa yang berlaku di Perak jelas keengganan Sultan membubarkan Dewan telah memalitkan Istana dengan politik. Ia jelas dan semua nampak ia tidak boleh dinafikan,” katanya.



Era Najib Altantuya : Penganut Hindu Bantah Tindakan Seret Kepala Lembu (updated)

Kira-kira 100 orang penduduk India mengadakan majlis sembahyang khas, seminggu selepas sekumpulan orang menghina agama hindu dengan mengheret kepala lembu bagi membantah pemindahan sebuah kuil di Shah Alam.

Tunjukan perasaan di depan pintu masuk bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor itu pada Jumaat lalu, dikatakan didalangi oleh beberapa pemimpin peringat cawangan dan bahagian Umno.

Malam tadi, kira kita 100 penduduk, pemimpin politik dan aktivis masyarakat India berkumpul dan mengerjakan sembahyang khas di sebuah kuil di Padang Jawa, di samping membantah tunjuk perasaan berbau perkauman Jumaat lalu.

Mereka mengutuk perbuatan yang dianggap melampau itu kerana lembu adalah binatang suci di kalangan penganut agama hindu.

Seekor anak lembu juga dibawa dalam upacara sembahyang yang bermula jam 8 malam dan mengadakan ceramah pendek sehingga jam 10 malam tadi.

Mereka mahu pihak berkuasa menangkap pihak yang terlibat untuk mendapatkan keadilan yang sewajarnya.

Seorang wakil penduduk Seksyen 19, Moorthi mahu kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat.

“Kita di sini hidup aman damai, kita berbilang kaum, katakana berbilang kaum kenapa kita tidak boleh mengadakan sebuah rumah ibadat kita untuk sembahyang, adakah ini yang dikatakan berbilang kaum di Malaysia, jadi saya harap kita bertindak tegas, beri amaran kepada kaun yang meletakkan lembu itu di depan itu, dan menangkap dia dan masukkan ke dalam ISA.

“Kerajaan perlu mengambil tindakan dengan keadilan, di sini tak kira melayu, cina dan India, kita bersatu bersama untuk mendapatkan keadilan,” tegasnya.

Bekas tahanan ISA, V Ganabatirau ketika ditemui berkata, polis sepatutnya bertindak lebih awal bagi mengelakkan kejadian buruk ini.

“Saya percaya, jika Kementerian Dalam Negeri dan polis serius dalam menangani masalah perkauman secara bebas, perkara ini tidak akan berlaku. Patut mereka ditahan sebelum lagi mereka berkumpul,” katanya.

Beliau berkata, beberapa pihak yang mengutuk tindakan itu, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu benar-benar menunjukkan keikhlasan mereka dengan menangkap dan menghukum mereka yang terlibat.

“Apa yang kami nak suarakan hari ini ialah berkeras ingin membantah tindakan dan mengutuk tindakan ekstrimis, namun demikian disebabkan kawasan orang melayu daripada pakatan rakyat dan pm juga mengutuk tindakan mereka, tapi jangan hanya mengutuk, tunjukkan keikhlasan kamu dengan menangkap dan memberi hukuman yang setimpal kepada mereka,” ujarnya.

Beliau yakin, bantahan ini dilakukan oleh kumpulan tertentu yang mahu memecah belahkan perpaduan rakyat di kawasan berkenaan.

Ketua Pemuda MIC, T Mohan turut membidas tunjuk perasaan mengheret kepala lembu itu dan berkata ia harus dikecam oleh semua pihak.

“Saya rasa komuniti pada masa ini, termasuk orang Melayu sudah cukup matang. Jika tapak kuil itu benar-benar tidak sesuai, mungkin kita mempunyai altenatif lain, tetapi jika ia hanya desakan segelintir pihak, kerajaan perlu bertindak tegas dan terus dengan keputusan mendirikan kuil di tempat yang telah dicadangkan, jika tidak ia akan berulang lagi jika dipindahkan ke kawasan lain,” katanya.

Jumaat lalu, sekumpulan 50 orang mengheret kepala lembu di depan pintuk masuk SUK sebagai membantah langkah kerajaan memindahkan sebuah kuil dari Seksyen 19 ke Seksyen 23, Shah Alam.


Era Najib Altantuya : PR Yakin Tawan Bagan Pinang Jika BN Telus

Pakatan Rakyat sudah siap siaga untuk menempuh satu lagi pilihanraya kecil DUN N31 Bagan Pinang berikutan kematian penyandangnya sebelum ini.

Allahyarham Azman Mohd Noor merupakan ADUN BN meninggal dunia semalam akibat jangkitan dalam darah kira-kira jam 2.30 petang di Pusat Pakar Seremban.

Dalam Pilihanraya Umum ke 12 (PRU12) Azman telah menewaskan calon Pas,Ramli Ismail dengan majoriti 2,000 undi lebih.

ADUN Sikamat, Aminudin Harun ketika dihubungi oleh TV Antara berkata, jentera Pakatan Rakyat sudah bersedia untuk berjuang dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang dan mengharapkan proses pengundian berjalan dengan penuh ketelusan.

"Pilihanraya kecil yang akan diadakan di kawasan ini merupakan kawasan campuran di antara pengundi pos yang mana lebih kurang 50 peratus dan undi awam dalam 50 peratus. Jadi saya merasakan bahawa jika ada ketelusan, Pakatan Rakyat masih mempunyai peluang tapi kita khuatir jika tiada ketelusan, ini akan memberikan peluang yang lebih kepada Barisan Nasional lah" kata Aminudin Harun, ADUN Sikamat.

" Kalau kita lihat pada pilihanraya yang lepas, pengundi awam kepada kita cukup menarik iaitu kita menang tetapi apabila dicampur dengan undi pos, kita tewaslah.

Jadi, di sini memberi ruang kepada kita bagaimana pilihanraya itu akan diadakan.

Sama ada akan diadakan secara telus, atau pun kita akan lihat bagaimana ia akan diadakanlah" tambahnya lagi.

Menurut Aminudin, apa yang menjadi halangan kepada Pakatan Rakyat hanyalah tektik kotor yang mungkin digunakan oleh pihak lawan demi meraih kemenangan.

" Jadi saya merasakan bahawa pilihanraya ini memang cukup memberi satu tempat di mana kita terpaksa bekerja 200 kali ganda untuk memastikan kemenangan kerana dengan adanya undi pos yang terlalu banyak akan memberikan kesan yang banyak kepada Pakatan Rakyat" menurut Aminudin.

Sementara itu, ADUN Chuah, Chai Tong Chai pula menyatakan rasa terkejut beliau diatas kematian Azman sambil menyifatkan arwah seorang yang penuh hemah dalam menjalankan tugas beliau.

Namun apabila ditanya kepada beliau tentang persediaan Pakatan Rakyat untuk menempuh pilihanraya kecil dalam masa yang terdekat, ini jawapan beliau.

"Kita ada peluang besar untuk menang. Kita yakin sebab isu yang masih dikembangkan, yang ramai rakyat masih tidak berpuas hati seperti pentadbiran dan harga barang naik dan sebagainya, harga minyak pun sudah naik harga, nombor dua pula komposisi di sini pun nampaknya agak selesa untuk berbilang kaumlah. Jadi adalah peluang yang baik untuk Pakatan Rakyat".

Dengan kekosongan ini, kerusi N31 merupakan pilihanraya kecil kesembilan selepas PRU12 lalu.

Bagan Pinang merupakan kawasan Dun dalam Parlimen Telok Kemang. Empat lagi Dun dalam parlimen tersebut ialah Chuah (PKR), Lukut (DAP), Linggi (BN) dan Port Dickson (PKR). -TVA



Najib Altantuya Akan Lakukan Apa Saja Untuk Menang Bagan Pinang

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Barisan Nasional (BN) akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang pada pilihan raya kecil kawasan itu berikutan kematian penyandangnya, Azman Mohammad Nor, petang semalam.

Beliau yang juga Pengerusi BN berkata, adalah menjadi dasar parti untuk bertanding di kawasan yang dikosongkan akibat kematian atau sesuatu yang mengikut peruntukan perlembagaan.

“Kita (BN) telah membuat keputusan dari segi dasar iaitu jika satu-satu kawasan itu dikosongkan atas sebab kematian atau berdasarkan peruntukan perlembagaan, kita akan bertanding. Apatah lagi kawasan ini (DUN Bagan Pinang) adalah kerusi milik kita (BN),” katanya ketika diminta mengulas kekosongan kerusi DUN Bagan Pinang.

Beliau berkata "Kita akan buat segala-gala yang perlu untuk mencapai kejayaan dan saya berharap pilihanraya-pilihanraya kecil sebelum ini dijadikan iktibar kepada kita..."

Dalam pada itu para pemimpin PAS Negeri Sembilan bersama dengan AJK PAS Pusat, Datuk Husam Musa adalah antara orang ramai yang memberikan penghormatan terakhir kepada Allayarham Azman .

Husam bersama dengan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkifli Mohd Omar serta Yang Dipertua PAS Kawasan Teluk Kemang, Ramli Ismail mengiringi jenazah Allahyarham ke tanah perkuburan malam tadi.

Husam yang bergegas dari Kuala Lumpur sampai menjelang jam lapan malam di Tanah Perkuburan Islam Bagan Pinang, Teluk Kemang. Ketika itu, jenazah masih dalam perjalanan ke tanah perkuburan Islam itu.

Sejurus kemudian, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad tiba bersama anaknya, Mohd Najib. Dan sejurus selepas itulah, menjelang jam 8 malam jenazah sampai.

Ketika jenazah sedang dikebumikan, rombongan Menteri Besar, Datuk Mohamad Hassan tiba diikuti beberapa exco kerajaan negeri. Namun tidak ada seorang pun tokoh Umno dari Pusat tiba.

Mohd Isa adalah Ketua Umno Cawangan Bagan Pinang di samping Ketua Umno Bahagian Teluk Kemang.

Beliau sempat bercakap-cakap dengan rombongan PAS itu.

Husam sememangnya mempunyai program di Teluk Kemang semalam. Ia telah dirancang beberapa bulan lalu lagi. Beliau mengambil peluang untuk menziarahi jenazah Allahyarham dan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Menurut Isa, Allahyarha memang beberapa bulan lalu sudah sihat selepas menjalani pembedahan jantung dan kanser.

"Beberapa hari lepas beliau datang menyertai majlis gotong royong membersihkan tanah perkuburan ini," cerita beliau kepada Husam.



Era Najib Altantuya : Demo Kepala Lembu - Satu Penilaian

Banyak pihak memberi komen tentang demonstrasi kepala lembu di depan bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor beberapa hari yang lalu. Dalam banyak komentar yang ada, kelihatan dua jalur pihak yang membincangkan perkara ini. Umumnya, orang ramai menolak demonstrasi sambil membawa kepala lembu, namun ada underlying issue yang wajar dibincangkan dengan lebih khusus iaitu penempatan kuil di Seksyen 23.

Jelasan YB Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam yang menerangkan sebab pemindahan kuil dari Seksyen 19 ke Seksyen 23 berlaku. Beliau juga memberi justifikasi kenapa cadangan asal pemindahan ke Seksyen 22 dibatalkan.

Saya juga mendengar dan membaca hujah-hujah mereka yang berdemonstrasi membawa kepala lembu ini dan mereka yang menyokong demonstrasi ini. Antara pertikaian mereka ialah Seksyen 23 adalah majoriti Melayu-Muslim dan kenapa kerajaan negeri tidak mengekalkan cadangan asal untuk memindahkan kuil ini ke Seksyen 22.

Daripada hujah dua pihak yang dianggap bertentangan oleh penyokong masing-masing ini, saya melihat ada persamaan yang tidak ditonjolkan oleh orang ramai iaitu:

Apabila demonstran yang membawa kepala lembu ini mempersoalkan kenapa tidak dikekalkan saja cadangan asal memindahkan kuil ini ke Seksyen 22, ia bermakna mereka bersetuju bahawa kuil ini memang wajar dipindahkan daripada Seksyen 19. Ini persoalan asas sebagai prinsip yang penting untuk diketengahkan.

Untuk saya, persoalan asas sebagai prinsip ini penting kerana saya masih terbaca hujah-hujah daripada pendokong demonstrasi kepala lembu ini yang tidak mencerminkan pemahaman terhadap isu. Apa yang tertera daripada hujah kelompok ini ialah hujah-hujah perkauman, anti-agama selain apa yang mereka anuti dan penuh kepentingan politik kepartian, bukan politik kenegaraan.

Ada mereka yang berhujah bahawa Rasulullah s.a.w. pernah memusnahkan berhala di Mekah sebagai landasan sikap keras mereka terhadap isu pemindahan kuil ini. Apa yang tidak dinyatakan oleh mereka ialah Rasulullah s.a.w. menjamin kebebasan beragama umat pada zamannya malah Piagam Madinah itu sendiri berasaskan persetujuan dan jaminan terhadap hak yang sama kepada semua pihak. Kebebasan beragama secara konsep tentu saja diterjemahkan dengan wujudnya rumah ibadat kepercayaan-kepercayaan lain.

Dengan memahami persoalan asas sebagai prinsip sebagaimana yang saya tebalkan hurufnya di atas, maka yang tinggal untuk kita bincangkan ialah persoalan teknikal.

Dalam hujah demonstran yang membawa kepala lembu ini, mereka menyatakan bahawa Seksyen 23 adalah kawasan majoriti Melayu. Saya boleh bersetuju bahawa Seksyen 23 memang kawasan majoriti Melayu, tetapi di mana kawasan di Shah Alam yang bukan kawasan majoriti Melayu? Dalam Islam, hujah majoriti bukanlah hujah kebenaran melainkan sebagai alat pertimbangan yang boleh saja dikecualikan jika perlu.

Kita jangan pula mengendahkan bahawa persoalan binaan melibatkan persoalan tanah. Justeru, jika benar para demonstran ini mahu menolak binaan kuil di Seksyen 23, adalah wajar mereka mencadangkan di mana kawasan tanah yang sesuai dengan memenuhi beberapa prinsip yang wajar misalnya akses ke tempat itu mudah dan punya cukup ruang untuk kegiatan ritual bagi penganut kepercayaan berkenaan dan mengambil kira persoalan parkir dan bunyi bising yang mungkin timbul daripadanya.

Untuk saya, penjelasan YB Khalid Samad adalah memadai. Kuil di Seksyen 19 berusia 150 tahun, jauh lebih tua daripada Perlembagaan dan juga kewujudan kawasan perumahan di Shah Alam. Justeru, saya tidak nampak kenapa kita wajar berlebihan dalam mengatakan ketidakwajaran pemindahan kuil ini. Jujurnya, saya tidak tahu berapa banyak wang cukai telah digunakan untuk membina masjid dan surau di hampir setiap kawasan perumahan yang ada di Malaysia dan berasaskan ini, wajar tolak ansur mengambil tempat.

Berkenaan kepala lembu, saya kira ianya pandangan yang dangkal untuk mengatakan “kami tidak tahu siapa yang membawa kepala lembu” dan “kepala lembu itu hanya simbol kebodohan kepada pemimpin Melayu-Muslim”. Pandangan pertama itu jelas menyembunyikan ‘tangan ghaib’ yang punya kepentingan politik. Pandangan kedua itu saya boleh fahami sebagai usaha untuk meredakan sentimen agama yang mengambil tempat. Cuma sebagai manusia waras, ia tidak patut muncul pun sejak mula, itu pun jika benar para demonstran itu berbuat atas nama agama. Bukankah Allah s.w.t. telah berfirman dalam surah Al-An’am ayat 108 bahawa “dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan”.

Antara helah yang cuba dipaparkan ialah para demonstran tersebut ada ahli PAS dan PKR. Untuk saya ia helah yang tidak perlu. Saya tertanya sendiri sama ada dakwaan ini benar kerana saya belum pernah menemukan ahli PAS dan PKR yang tidak terasa canggung melihat kepala lembu diarak di samping adanya kain rentang bertulis “take beer”. Apa yang saya pasti, kain rentang jenis ini memang sinonim dengan Umno dan kita tahu ada program ahli Umno di Shah Alam yang sengaja dibuat di tepi kuil dengan menyembelih lembu.

Untuk saya, hujah ini tidak perlu kerana saya berpegang kepada prinsip persamaan di mata hukum (equality before the law). Justeru, ia tidak mengambil kira sama ada ia ahli PAS, PKR atau Umno.

Tidak ada tindakan polis sebagaimana dalam banyak siri demonstrasi yang lain serta kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein jelas menggambarkan kepada orang ramai bahawa demonstrasi kepala lembu tempoh hari didalangi Umno sebagai sebahagian siri tekanan kepada kerajaan negeri Selangor.

Isu lain yang berkaitan dan mesti dibincangkan ialah toleransi agama.

Dalam konteks suasana politik hari ini, ramai yang berpendapat tindakan toleransi agama oleh sebilangan segmen masyarakat sebagai satu bentuk penerimaan kepada pluralisme agama dan ada yang melihat wakil rakyat Melayu-Muslim tunduk kepada tuntutan mereka yang bukan Melayu dan bukan Muslim. — aminahmad.com

Era Najib Altantuya : Ada Pihak Sengaja Wujudkan Ketegangan

Segala usaha Kerajaan Selangor untuk menyelesai isu pemindahan kuil dengan mengadakan dailog bersama penduduk Seksyen 23 tidak dihargai, sebaliknya Majlis dialog antara kerajaan negeri dan penduduk itu yang diadakan di Wisma MBSA bertukar kecoh.

Ia bermula dengan perang mulut antara lima penduduk yang melepaskan kemarahan mereka kepada anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Yang jelas penduduk Seksyen tersebut telah datang bukan untuk mencari penyelesaian tetapi untuk merendah-rendah kewibawaan kerajaan negeri serta ada diantaranya dipengaruhi sentimen kebencian kepada kerajaan Selangor akibat tewasnya UMNO-BN di negeri itu.

Apa yang diucapkan sama seperti pendemo-pendemo kepala lembu, lebih bersentimenkan perkauman dan lagak ekstrim, satu cara tipikal orang-orang UMNO apabila tertekan seperti pemimpin mereka yang menjujung keris sewaktu perhimpunan UMNO.

Mereka dikatakan bertindak demikian apabila anggota penguatkuasa berkenaan tidak membenarkan dua warga emas dari kawasan berkenaan masuk ke dalam dewan bankuet, MBSA, tempat majlis dialog itu diadakan, lapor Malaysiakini.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 10.30 pagi. Difahamkan sebuah rumah hanya dibenarkan menghantar seorang wakil sahaja, tetapi warga emas itu dipercayai mengikuti anaknya ke situ.

Bagaimanapun, selepas lima minit berlaku pertengkaran tersebut, dua warga emas itu dibenarkan masuk.

Sejurus kemudian, berlaku kekecohan kedua apabila beberapa penduduk bertindak menghalau keluar empat anggota unit amal PAS yang berada di dalam dewan tersebut kerana mereka bukan penduduk Seksyen 23.

Kira-kira 250 penduduk dari Seksyen 23 menghadiri majlis dialog berhubung isu bantahan penduduk terhadap keputusan untuk memindahkan sebuah kuil dari Seksyen 19 ke tempat mereka.

Ketika itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan ADUN Batu Tiga, Rodziah Ismail sedang masuk ke dewan.

Sejurus selepas itu, beberapa penduduk bertindak menghalau keluar seorang wanita yang membawa kamera dan mengambil gambar mereka yang hadir di dalam dewan tersebut.

Selepas itu, apabila pengerusi majlis menyebut nama menteri besar dan ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad disebut, ada penduduk yang mengeboo mereka.

Majlis bermula dengan Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mazlan Md Noor memberi taklimat mengenai kuil di Shah Alam dan rancangan awal mengenai pemindahan kuil dari Seksyen 19 itu.

Bagaimanapun, taklimat sering diganggu oleh penduduk yang tidak puas hati dengan isu tersebut.




Era Najib Altantuya : Musa Hassan Dibidas

Berapa orang penganut ugama Hindu menyelar kenyataan Ketua Polis Negara yang menghalang mereka untuk menyertai upacara menyalakan lilin yang dijadual akan diadakan petang ini sebagai memprotes insiden kontroversi kepala lembu yang dibawa oleh penduduk Seksyen 23 Shah Alam di hadapan bangunan SUK Negeri Selangor baru-baru ini.

"Tindakan Ketua Polis Negara itu jelas satu diskriminasi. Mereka (polis) lansung tidak menghalang ekstremis Melayu yang mengarak kepala lembu minggu lalu, tetapi mereka cuba halang kita untuk berhimpun secara aman sekadar menyalakan lilin," kata Palani yang mengulas kenyataan Musa itu.

Musa sebelum ini menyatakan perhimpunan menyalakan lilin itu adalah satu perhimpunan haram tanpa permit dan tindakan tegas akan diambil ke atas sesiapa sahaja yang mengambil bahagian.

“Siasatan berhubung insiden ini masih dalam siasatan polis dan pada pandangan pihak polis tidak ada keperluan untuk mana-mana pihak menganjurkan apa-apa aktiviti berbentuk perhimpunan mengenainya,” ujar beliau

Namun masyarakat Hindu merasakan tindakan polis yang melambat-lambatkan siasatan jelas menunjukkan mereka cuba untuk "mencari jalan" memberikan keringanan kepada ektremis tersebut. Sehingga kini tidak ada sebarang tangkapan dibuat. Tiada sebarang pendakwaan dibuat.

"Saya percaya mereka (polis) bersama Peguam Negara merancang sesuatu untuk menunjukkan mereka berkerja tetapi sebenarnya mencari jalan untuk membuat pendakwaan dan kemudian akan menyebabkan mahkamah menjatuhkan hukuman yang ringan," tambah Palani lagi.

Beberapa orang pemimpin pakatan rakyat turut menyelar kenyataan Musa itu dan ia menunjukkan polis masih tidak mengamalkan konsep keadilan dan kesaksamaan.

"Kalau Pakatan Rakyat terus sahaja dibelasah, dipukul dan ditangkap walaupun tidak lansung menyentuh isu perkauman seperti insiden Gobala dan Kishvinder Singh, tetapi kalau UMNO terlibat, sehelai bulku roma pun mereka tak sentuh," tegas seorang pemimpin Pakatan Rakyat.

"Kita akan pastikan Polis diajar secukupnya di Bagan Pinang nanti dengan kalahkan UMNO BN yang mereka asyik ampu sekarang ini," ujarnya lagi.

Era Najib Altantuya : UMNO Terbelit Dengan Sentimen Kebangsaannya

Logiknya, apabila kita diberi petunjuk jelas tentang kehadiran Lailatulqadr - malam yang lebih baik daripada 1,000 bulan - pada malam-malam ganjil di hari-hari sepuluh terakhir Ramadan, tentu tiada siapa yang akan meremehkannya.

Ya, apa sukarnya untuk menghidupkan malam dengan melakukan ibadah sepenuhnya hanya pada beberapa malam tertentu itu, tetapi ganjarannya cukup luar biasa?

Namun realitinya, insan begitu mudah alpa dan leka, tawaran sehebat mana pun, jika tidak didahului dengan jiwa tauhid yang mantap dan latihan yang konsisten, maka pada saban tahun, segalanya akan berlalu begitu sahaja.

Saya cuba mengingatkan diri yang kerdil ini - berkali-kali - bahawa kita masih belum terlambat untuk merebut tawaran Ilahi itu. Ramadan, bulan di mana nafas orang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada wangi kasturi. Bulan di mana setiap malamnya Allah akan membebaskan seratus ribu orang yang sebelumnya diwajibkan ke atas mereka neraka.

Justeru, penuhkanlah malam dan siangnya dengan al-Quran, istighfar, zikir, taubat, sedekah, solat sunat dan beribadah dengan khusyuk. Sucikanlah hati, mohonlah keampunan seikhlasnya, cantas segala keinginan syahwat, moga-moga Allah menerima amalan kita yang sedikit ini.

II.

Hari Jumaat bulan Ramadan adalah hari baik di bulan yang baik. Tapi pada hari itulah juga sekumpulan penduduk di Shah Alam mengarak kepala seekor lembu sambil melaungkan slogan provokatif dan mempamerkan ungkapan menghina.

Mereka membantah proses pemindahan kuil Hindu dari Seksyen 19 ke Seksyen 21. Rupanya Ramadan 'tidak cukup' untuk melatih mereka agar bersifat sabar, menundukkan nafsu amarah dan melihat isu kontroversi itu dari gambaran lebih menyeluruh serta terpisah dari sentimen perkauman sempit yang ternyata cuba diapi-apikan pihak tertentu.

Lebih berbahaya apabila tindakan mengusung kepala lembu yang masih berdarah itu boleh ditafsirkan dari sudut penghinaan kepada amalan agama tertentu. Sebenarnya tidak sukar untuk menelah siapa dalang di belakang peristiwa yang sarat dengan agenda politik itu.

Malah jika diteliti perancangan Umno - dengan restu Presidennya, Najib Razak sendiri - untuk merampas kerajaan negeri Selangor daripada Pakatan Rakyat dengan apa cara sekalipun, banyak pihak bimbang jika sentimen keagamaan dieksploit semahu mungkin untuk menjayakan misi berkenaan. Umno di negeri termaju itu kian kelemasan selepas bertaraf pembangkang.

Umno sebenarnya dalam keadaan terhimpit. Malah pemimpin dan para strategisnya juga keliru untuk mencari jalan keluar. Selama ini Umno merasakan ia berjaya melalui propaganda perkaumannya, seperti selalu dikumandangkan dalam program-program anjuran BTN. Zaman sudah berubah. Senjata perkauman menikam dirinya sendiri.

Tetapi Umno ternyata begitu sukar untuk mengambil iktibar dan belajar dari sejarah kegagalannya dalam pilihan raya umum 2008. Bekalan intelektual dan kematangan fikiran pimpinannya boleh dipersoalkan.

Dalam keadaan pengundi Cina dan India semakin menjauhi BN terutama selepas kes kematian Teoh Beng Hock dan perarakan kepala lembu, ditambah jika 'permainan perkauman' Umno kali ini membelit dirinya, riwayat Umno-BN sebagai parti pemerintah dijangka berakhir dalam pilihan raya umum ke-13 nanti.

Bagaimanapun, seperti yang selalu saya tekankan juga, pengundi Melayu harus seberapa segera disedarkan daripada terus dibuai keyakinan palsu terhadap Umno. Jelas terdapat kempen besar-besaran mahu meniupkan sentimen perkauman Melayu melalui beberapa isu di Selangor.

Pendedahan maklumat dan pengedaran berita yang lebih cepat dan tepat melalui media baru diharap dapat membantu menjernihkan tanggapan orang Melayu terhadap Pakatan Rakyat.

III.

Memang ia satu kejutan dan hadiah hari merdeka yang tidak sepatutnya. Kenaikan harga minyak biar sekecil mana pun pasti mempunyai kesan berantai yang cukup negatif kepada pengguna. Apatah lagi ia diumumkan menjelang hari perayaan dalam suasana kelembapan ekonomi yang masih ketara.

Sekali lagi, apakah Najib tidak mengambil iktibar daripada eksperimen buruk Abdullah Ahmad Badawi dahulu? Rakyat yang cukup perit dengan bebanan kenaikan kos sara hidup mengajar Abdullah melalui peti undi.

Keuntungan besar Petronas ternyata tidak dimanfaatkan untuk meningkatkan keperluan asas. Banyak projek (lihat saja di Terengganu) hanya untuk mengisi tembolok para kroni dan membawa masalah selepas disiapkan.

Semasa rakyat masih termangu-mangu dengan skandal PKFZ berbelas bilion ringgit, istana bekas menteri bernilai puluhan juta, projek membazir yang menghanguskan dana awam, tiba-tiba mereka hendak dibebankan lagi.

Saya menjangkakan rentetan slogan muluk Najib boleh menjerat lehernya sendiri, mengulangi mimpi ngeri Abdullah. Kini, rakyat berhak bertanya, siapa yang didahulukan dan siapa pula yang diutamakan? -Ahmad Lutfi Othman

Era Najib Altantuya : UMNO Guna Taktik Lapuk Tarik Sokongan

Kecenderunagan UMNO menggunakan isu sensitiviti kaum bagi meraih sokongan penduduk melayu hanyalah taktik lama yang sudah diketahui umum.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, UMNO mengunakan peluang ini bagi meraih sokongan melayu adalah taktik yang sudah 50 tahun dipakai dan rakyat Selangor kini sudah pandai menilainya.

“Saya seronok dari segi politik melihat pihak umno mengunakan teknik ini, kerana telah digunakan 50 tahun tapi dengan taktik ini belangnya akan keluar ekor akan terlihat, dan hidungnya pun berbau, kita akan dapati makin lama rakyat negeri Selangor makin tidak memilih cara kepimpinan tersebut,” katanya.

Beliau berkata, Pemilihan Pakatan Rakyat pada pilihan raya lepas membuktikan bahawa masyarakat Selangor kini lebih matang dan berpengetahuan dalam menilai sesuatu isu, mereka bukan hanya mendapat maklumat melalui media utama malah maklumat lebih telus dari pelbagai sumber.

Katanya, Masyarakat telah memahami tentang isu-isu di Selangor dan hidup secara bertimbang rasa antara satu sama lain, dan mahukan yang terbaik dalam pentadbiran negeri.

“Persoalan bagaimana membendung sesuatu isu tentang penjualan beer atau beberapa pelkara ini tidak dapat boleh dikaburkan mata masyarakat negeri Selangor itu dari mereka menjadi johan menyemarakkan kemarahan orang orang tertentu,

“Mereka telah paham bagaimana hidup sesebuah masyarakat mempunyai timbang rasa antara satu sama lain, mereka sangat tegas bagaimana menentukan masyarakat tidak terjebak dan tahu bagaimana sukar untuk menyekat sesuatu kerja yang mengakibatkan kesan negatif pada social,” katanya. -selangorkini

Era Najib Altantuya : Isu Perak Akan Terus Diperjuangkan

Rakyat Perak tetap akan mendesak supaya pilihanraya diadakan semula di negeri Perak.

Sekalipun Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tiada keperluan bagi mana-mana pihak untuk terus mendesak pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak kerana mahkamah telah memutuskan bahawa kerajaan negeri Barisan Nasional dan Menteri Besar sekarang adalah sah, namun SAH pada pendirian UMNO BN bukan pada pendirian rakyat.

Di dalam sebuah kerajaan negeri yang berdaulat adalah ditentukan oleh rakyat, bukan ditentukan oleh mana-mana pihak, mahkamah, istana ataupun kerajaan pusat.

Muhyiddin dengan angkun berkata: "Mahkamah sudah buat keputusan, desak macam mana pun tak jalan...ikut prinsip perlembagaan, mahkamah dah tetapkan Menteri Besar dan kerajaan sah jadi apa lagi nak desak," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Aidilfitri di Kampung Kepayang di sini Jumaat.

Beliau berkata demikian semasa diminta mengulas tindakan anggota DUN pembangkang yang mengadakan "sidang DUN" di sebuah hotel di sini kelmarin yang dianggap pelbagai pihak sebagai usaha berterusan mereka untuk mendesak pembubaran DUN bagi diadakan pilihan raya negeri.

Muhyiddin berkata langkah yang dibuat oleh pembangkang itu hanyalah mainan politik mereka dan kerajaan tidak akan terpengaruh dengan gangguan seperti itu yang dianggap sebagai perkara yang tidak berfaedah.

Banyak pihak telah menyuarakan bahawa kemelut politik Perak tidak akan berkesudahan selagi tidak diadakan pilihanraya di negeri itu.

Isu Perak akan terus dibangkitkan di mana-mana kempen pilihanraya kecil dan yang pasti ia adalah senjata utama Pakatan Rakyat untuk mempastikan calon-calon Barisan Nasional kecundang di dalam setiap pilihanraya kecil, sehinggalah pilihanraya umum.

"UMNO boleh mendakwa kerajaan Perak yang ada kini sah, namun UMNO tidak pernah dipilih sebagai parti untuk menjadi kerajaan Perak. Yang berlaku ialah rampasan kuasa paling jelek berlaku di abad ini oleh Najib," kata seorang pemimpin Pakatan Rakyat.

"Dan Perak akan tetap kembali kepada Pakatan Rakyat, lebih lama mereka berkuasa secara haram, lebih tinggi sokongan kepada Pakatan Rakyat," ujarnya lagi

Era Najib Altantuya : Pakatan Rakyat Tetap Kukuh Di Selangor

Wakil-wakil rakyat negeri Selangor Pakatan Rakyat tetap berdiri teguh menyokong kepimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Ini membuktikan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor tetap kukuh dan usaha Barisan Nasional untuk menggoncang kerajaan negeri Selangor tidak akan berhasil.

Perkara ini dinyatakan oleh wakil rakyat dari Pakatan Rakyat iaitu ADUN Sri Muda, Mat Suhaimi Shafie, dan Ahli Parlimen Kapar, S.Manikavasagam dalam satu temubual ekslusif bersama TVSelangor di pejabat TVSelangor, hari ini.

Menurut Suhaimi, mereka akan berpegang teguh dengan akauntabiliti Tan Sri Khalid sebagai pemimpin yang berdedikasi dan mempunyai reputasi yang tinggi dalam pemerintahan.

“Saya berpegang teguh daripada segi profesionalisme, keputusan membuat sesuatu, ketelusan melaksanakan sesuatu, kita katakan akauntabiliti Tan Sri Khalid yang memang seorang yang mempunyai reputasi yang tinggi, dari segi pengurusan kerajaan negeri, saya nampak bagus, kalaupun ada, sedikit,” katanya.

Katanya, kerajaan BN hanya memainkan propaganda untuk memburuk-burukkan Pakatan Rakyat dan apa yang pasti, mereka tetap dengan pendirian dan pegangan tinggi terhadap pimpinan Pakatan Rakyat.

Sementara itu, S.Manikavasagam berkata, tidak akan timbul isu lompat parti dalam Pakatan Rakyat di Selangor.

Walaupun BN dilihat sangat berminat dengan Selangor, namun pendirian kuat wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat tetap kukuh sekaligus menghalang BN menguasai Selangor.

“Bukan nak lompat, tidak ada seorang pun yang akan lompatlah, kerana rakyat memilih kita, kita akan kekal, termasuk Adun Pelabuhan Klang yang saya jumpa baru-baru ini, saya rasa beliau tidak akan lompat, akan bersama dengan parti media yang mainkan,” katanya.

Menurut Suhaimi, pendekatan yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat di Selangor sekarang adalah berbeza dengan pemerintahan kerajaan BN yang lepas.

Segala isu dan masalah yang berbangkit akan dibincangkan dalam mesyuarat bulanan parti PKR dan kerajaan Selangor yang mana beberapa pandangan dan pendapat akan diambil untuk mengatasinya.

“Di mesyuarat tersebut, akan mengeluarkan pandangan dan memberikan idea-idea dan cara terbaik bagaimana kita merapatkan dan membantu rakan-rakan kita yang lain diperingkat kerajaan negeri.

“Dan diperingkat kerajaan Selangor dipengerusikan oleh Menteri Besar dan semua isu-isu yang agak sensitif diperbincangkan,” katanya.

Begitu juga bagi S.Manikavasagam, perbincangan dalaman akan dilakukan bagi mengelakkan sebarang salah faham dalam parti yang merangkumi parti PKR, Pas dan DAP.

“Isu-isu semua patut Menteri Besar panggil semua, termasuk adun, ahli parlimen, semua boleh selesai, semua remeh..takde masalah parti, tapi UMNO-Barisan dapat ada isu-isu memainkan isu ini dibesar-besarkan.

“Patut ada perbincangan dalaman sendiri, sepatutnya sering diadakan untuk memahami antara satu sama lain dalam tiga parti berkenaan,” katanya.


Pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor Dapat Sokongan Tinggi: Merdeka Center

Kajian sebuah organisasi bebas di Selangor, mendapati kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendapat sokongan tinggi daripada rakyat Selangor, sejak mengambil alih pentadbiran, 8 Mac tahun lalu.

Kajian yang dijalankan oleh Merdeka Center antara 5 Jun dan 15 Jun, 2009 mendapati 60% daripada rakyat Selangor, merasakan Kerajaan Negeri berada dalam hala tuju yang betul dan 63% berpuas hati dengan prestasi Menteri Besar.

Sebanyak 64% rakyat negeri Selangor berpuas hati dengan prestasi Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, selepas memenangi Pilihan Raya Umum pada Mac 2008, manakala 22% lagi tidak berpuas hati.

Mengikut pecahan kumpulan etnik pula, kajian yang mengumpulkan pendapat orang ramai itu mendapati 59% Melayu, 69% Cina dan 69% India, menyatakan puas hati terhadap hala tuju kerajaan pakatan rakyat sekarang.

Antaranya, mereka berpuashati terhadap program kebajikan yang dilaksanakan, ketelusan dan pentadbiran yang cekap serta menolak amalan rasuah dalam pentadbiran baru kerajaan negeri Selangor.

Kenyataan Pejabat Menteri Besar hari ini mengatakan, kajian itu melaporkan, dalam tempoh 100 hari pentadbiran, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor, termasuk beberapa program kebajikan seperti Tabung Warisan Anak Selangor, Skim Mesra Usia Emas, 20 meter padu air percuma kepada rakyat, dana pendidikan anak pekerja ladang dan Hadiah Anak Masuk Iniversiti.

Dalam urusan pentadbiran ekonomi negeri pula, 58% menyatakan mereka berpuas hati iaitu 13 % teramat yakin, manakala 45% lagi menyatakan yakin.

Kerajaan Negeri Selangor telah mendapatkan khidmat Merdeka Center untuk menjalankan kajian ini dengan tujuan menilai pandangan dan persepsi rakyat Selangor terhadap prestasi pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat.

Kajian ini juga mengenalpasti beberapa bahagian yang perlu diperbaiki, termasuk sistem komunikasi, mewujudkan kesedaran tentang program yang telah dilancarkan, mengurangkan karenah birokrasi dan penyampaian perkhidmatan yang lebih baik untuk rakyat.

Kerajaan Negeri amat berterimakasih di atas keyakinan yang diberikan oleh rakyat Selangor dan kepercayaan ini akan menjadi pemangkin kepada kepimpinan negeri bagi meningkatkan lagi mutu pentadbiran, berlandaskan agenda “Merakyatkan Ekonomi Selangor.”



Era Najib Altantuya : Penganut Hindu Bantah Tindakan Seret Kepala Lembu

Kira-kira 100 orang penduduk India mengadakan majlis sembahyang khas, seminggu selepas sekumpulan orang menghina agama hindu dengan mengheret kepala lembu bagi membantah pemindahan sebuah kuil di Shah Alam.

Tunjukan perasaan di depan pintu masuk bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor itu pada Jumaat lalu, dikatakan didalangi oleh beberapa pemimpin peringat cawangan dan bahagian Umno.

Malam tadi, kira kita 100 penduduk, pemimpin politik dan aktivis masyarakat India berkumpul dan mengerjakan sembahyang khas di sebuah kuil di Padang Jawa, di samping membantah tunjuk perasaan berbau perkauman Jumaat lalu.

Mereka mengutuk perbuatan yang dianggap melampau itu kerana lembu adalah binatang suci di kalangan penganut agama hindu.

Seekor anak lembu juga dibawa dalam upacara sembahyang yang bermula jam 8 malam dan mengadakan ceramah pendek sehingga jam 10 malam tadi.

Mereka mahu pihak berkuasa menangkap pihak yang terlibat untuk mendapatkan keadilan yang sewajarnya.

Seorang wakil penduduk Seksyen 19, Moorthi mahu kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat.

“Kita di sini hidup aman damai, kita berbilang kaum, katakana berbilang kaum kenapa kita tidak boleh mengadakan sebuah rumah ibadat kita untuk sembahyang, adakah ini yang dikatakan berbilang kaum di Malaysia, jadi saya harap kita bertindak tegas, beri amaran kepada kaun yang meletakkan lembu itu di depan itu, dan menangkap dia dan masukkan ke dalam ISA.

“Kerajaan perlu mengambil tindakan dengan keadilan, di sini tak kira melayu, cina dan India, kita bersatu bersama untuk mendapatkan keadilan,” tegasnya.

Bekas tahanan ISA, V Ganabatirau ketika ditemui berkata, polis sepatutnya bertindak lebih awal bagi mengelakkan kejadian buruk ini.

“Saya percaya, jika Kementerian Dalam Negeri dan polis serius dalam menangani masalah perkauman secara bebas, perkara ini tidak akan berlaku. Patut mereka ditahan sebelum lagi mereka berkumpul,” katanya.

Beliau berkata, beberapa pihak yang mengutuk tindakan itu, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu benar-benar menunjukkan keikhlasan mereka dengan menangkap dan menghukum mereka yang terlibat.

“Apa yang kami nak suarakan hari ini ialah berkeras ingin membantah tindakan dan mengutuk tindakan ekstrimis, namun demikian disebabkan kawasan orang melayu daripada pakatan rakyat dan pm juga mengutuk tindakan mereka, tapi jangan hanya mengutuk, tunjukkan keikhlasan kamu dengan menangkap dan memberi hukuman yang setimpal kepada mereka,” ujarnya.

Beliau yakin, bantahan ini dilakukan oleh kumpulan tertentu yang mahu memecah belahkan perpaduan rakyat di kawasan berkenaan.

Ketua Pemuda MIC, T Mohan turut membidas tunjuk perasaan mengheret kepala lembu itu dan berkata ia harus dikecam oleh semua pihak.

“Saya rasa komuniti pada masa ini, termasuk orang Melayu sudah cukup matang. Jika tapak kuil itu benar-benar tidak sesuai, mungkin kita mempunyai altenatif lain, tetapi jika ia hanya desakan segelintir pihak, kerajaan perlu bertindak tegas dan terus dengan keputusan mendirikan kuil di tempat yang telah dicadangkan, jika tidak ia akan berulang lagi jika dipindahkan ke kawasan lain,” katanya.

Jumaat lalu, sekumpulan 50 orang mengheret kepala lembu di depan pintuk masuk SUK sebagai membantah langkah kerajaan memindahkan sebuah kuil dari Seksyen 19 ke Seksyen 23, Shah Alam. -TVA