22 Feb 2013

[VIDEO & BERGAMBAR] Treler Negara Berkebajikan Disambut Meriah


Rakyat setempat teruja treler Negara Berkebajikan.

Bayan Baru: Pengunjung sekitar tapak perniagaan up-town Bandar Perda di sini teruja dengan treler Jelajah Negara Berkebajikan PAS yang dijadikan pentas ceramah dalam masa yang singkat.

Konvoi jelajah yang tiba di destinasi kedua pada pukul 10.30 malam tadi selepas Manjoi, Perak memberi peluang kepada penduduk sekitar untuk melihat lebih dekat keistimewaan treler tersebut.

Dalam pada itu, pihak Badan Bertindak Hapuskan Tol Jambatan Pulau Pinang (Hapus) turut mengambil kesempatan untuk berucap di pentas ceramah treler itu.

Pengerusinya, Zolkifly Md Lazim berharap rakyat Pulau Pinang terus mengekalkan pemerintahan Pakatan Rakyat demi pembelaan yang lebih terjamin.

Malah menurut beliau lagi, Hapus akan terus berjuang untuk menuntut agar kerajaan menghapuskan tol jambatan Pulau Pinang dan bukannya bertindak menyambung terus konsesi.

"Rakyat Pulau Pinang perlu terus mengekalkan pentadbiran yang ada sekarang demi kesejahteraan yang berkekalan.

"Dengan tindakan ini saja kehidupan kita akan terus terjamin, pembelaan rakyat terus diutamakan sepenuhnya," kata beliau.

Zolkifly yang bangga kerana dapat berdiri di atas pentas treler jelajah yang menjadi kebanggaan PAS itu merasakan ia merupakan satu isyarat jelas Pakatan Rakyat akan tampil sebagai Kerajaan Pusat pada pilihanraya umum nanti.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Bayan Baru, Dzulfahmi Abu Bakar menghargai anggota konvoi jelajah itu dan komitmen mereka merupakan pemangkin kepada kejayaan PAS pada pilihanraya nanti.

Beliau yang mahu setiap anggota jentera PAS dan rakyat terus memberi sokongan kepada konvoi jelajah yang singgah di setiap daerah dan negeri.

Katanya, dengan adanya konvoi jelajah itu, PAS dapat mendekati rakyat dan menyampaikan segala maklumat yang perlu diketahui mereka.










Jasri kongsi pengalaman pandu treler jelajah PAS



PULAU PINANG: Jasri Abdul Wahab, 45, tidak dapat menyembunyikan rasa terujanya apabila dipilih untuk memandu rasmi traler Jelajah Negara Berkebajikan yang baru dilancarkan oleh Presiden PAS semalam.

.

Beliau yang berasal dari Gurun Kedah itu menyatakan, peluang yang diberikan ini adalah satu yang amat berharga bagi dirinya dalam usaha membantu PAS dalam pilihan raya umum ke-13 ini.

Jasri yang merupakan seorang pesara askar sebelum ini pernah menjadi pembantu peribadi kepada Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar.

Beliau juga pernah bekerja sebagai pemandu lori lebih 3 tahun.

"Peluang yang ditawarkan pada saya ini walaupun sebagai pemandu amat bermakna dan tidak akan saya lepaskan.

"Memandu traler jelajah PAS ini memberi peluang kepada saya untuk melihat sendiri secara dekat terhadap sokongan dan sambutan yang diberikan kepada jelajah PAS kali ini," jelas beliau yang tiba di Kuala Lumpur semalam.

Tambahnya lagi, sepanjang pemanduan di lebuhraya menghala ke utara, pemandu-pemandu yang sehala dengannya sentiasa memberikan sokongan dengan membunyikan hon.

Malah katanya lagi, ini sesuatu pengalaman yang luar biasa dialaminya berbanding sebelum ini ketika beliau hanya memandu lori syarikat majikannya.

"Hilang kesunyian sepanjang saya memandu di lebuhraya apabila kebanyakan pemandu membunyikan hon dan mengangkat tangan tanda sokongan.

"Malah perjalanan terasa dekat apabila situasi sebegini berlaku, ini merupakan pengalaman yang sukar untuk saya lupakan," tambah beliau lagi.

Beliau juga teruja dengan sambutan dan kerjasama yang diberikan oleh semua pihak terutamanya ditempat-tempat persinggahan yang telah menyenangkan laluan perjalanan.

Dalam pada itu, beliau merasakan sambutan dan sokongan orang ramai terhadap kehadiran treler tersebut sebagai peluang cerah buat PAS berdepan pilihan raya nanti.

Jasri yang mempunyai enam orang cahaya mata itu berjanji akan memikul tanggungjawab dan amanah yang diberikan dengan ikhlas.

"Saya akan tunaikan sepenuhnya amanah yang diberikan, saya akan pastikan segalanya berjalan dengan lancar dan tiba di destinasi mengikut masa yang ditetapkan.

"Ini merupakan sebahagian dari sumbangan saya untuk menumbangkan Umno-Barisan Nasional pada pilihanraya nanti, tak ada duit kita tolong cara lagu ni la," sambung beliau lagi.

Harapan beliau agar satu perubahan dilakukan oleh rakyat demi mewujudkan satu suasana baru yang lebih menjamin kemakmuran rakyat.

Dasar Syaitan Dikenali Tak Reti Bahasa, Simbah Cat Merata-rata


Pantai Kundur: Satu laporan polis telah dibuat berhubung sabotaj yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Sebanyak 4 papan iklan billboard Tawaran Pakatan Rakyat dirosakkan dengan balingan cat dan spray berwarna merah.

Laporan polis dibuat oleh Ust Mohd Noor Omar, Penyelia PAS DUN Pantai Kundur. -fb Rakyat Dihati Kami


Ulasan GB

Agaknya pihak syaitan yang dikenali ini mahu kita doakan agar tangan-tangan yang menyimbah cat dan membuat kerosakan itu supaya dikudungkan segera oleh Allah swt.

Kepada petugas PR, dicadangkan agar billboard yang didirikan supaya dilapikan dengan plastik supaya ianya boleh dicuci selepas disimbah cat dan seumpamanya.

Sakmongkol Bidas Fatwa Mursyidul Am UMNO, Tun Dr Mahathir

Ketika saya berada di Rembau N9, sebelum ke tempat ceramah kami singgah disebuah restoren. Waktu itu, berita TV3, lidah propaganda UMNO baru hendak bermula. Berita yang mengawali penceritaan ialah kenyataan2 dari mursyidul am UMNO- Dr Mahathir Mohamad. Dia kata- “saya tidak fikir Pakatan Rakyat boleh memerintah- kerana mereka tidak ada –pengalaman”.

Dan kepada solan dari seorang pembaca yang bertanya adakah Rembau selamat untuk KJ- saya mendahului memohon maaf untuk menyatakan masa depan KJ di Rembau gelap dan muram. Tangan2 ajaib dan halimunan dalam UMNO sendiri yang akan membunuh KJ terlebih dahulu.

Berbalik kepada kenyataan Dr Mahathir. Pengalaman apa yang dimaksudkan oleh Mahathir? Ini kenyataan tipikal pemimpin UMNO yang sombong dan bongkak. Seolah olah nya hanya UMNO sahaja yang layak memerintah. UMNO sahaja yang mempunyai kelayakan membawa kemajuan dan pembangunan. Pembohongan dan penipuan Mahathir mudah dipatahkan- lapuran odit negara menyebut perihal rekod baik pimpinan kerajaan yang dikuasai oleh PR. Adakah Dr Mahathir mencadangkan bahawa ketua odit negara berbohong?

Saya sudah menyatakan banyak kali- jika Najib Tun Razak boleh jadi PM, semua orang lain pun boleh. Mentadbir negara Malaysia bukan suatu roket sains. Jika mereka yang bodoh dalam UMNO dan BN boleh memerintah Malaysia, mustahil yang cerdik, pandai dan bijak dalam Pakatan tidak mampu? Bukankah Dr Mahathiir sendiri yang menyatakan bahawa yang tinggal dalam UMNO hanyalah pemimmpin2 half past six ? yang bijak sudah masuk PAS, yang pandai masuk PKR dan yang cerdik sudah masuk DAP? Maka yang demikian, jika dullards dan yang bodoh dapat memerintah Malaysia selama 55 tahun dan menjahanamkan negara, mengapa yang lebih pandai tidak boleh?

Dan mursyidul am UMNO ini bercakap seolah olah kepada pembaca dan pendengar adalah orang2 yang bodoh. Yang di luar sana,untuk pengetahuan Dr Mahathir semuanya adalah reasonable man yang menaiki kereta proton saga atau menaiki bas intrakota yang membaca apa yang tersirat daripada yang tersurat.

Negeri2 yang di perintah oleh PR semua menunjukkan prestasi yang lebih baik dari semua segi berbanding dengan rekod pengurusan kerajaan BN. Jadi pengalaman apa yang Dr Mahathir cakapkan?

4 negeri yang dikuasai oleh PR meneruskan dominasi mereka sebagai destinasi pertama pelaburan asing. Kedah, Kelantan, Selangor dan Penang menguasai 55% dari pelaburan asing. Bajet dalam negeri2 ini sama ada seimbang atau berada dalam lebihan tanpa memanipulasi angka. Jika negeri2 ini memanipulasi angka, sudah tentu media yang di miliki dan dikuasai oleh UMNO akan berpesta mendedahkan permainan angka.

Jadi pengalaman apa yang Dr Mahathir maksudkan? Memang benar, kita PR tidak ada pengalaman.Yakni pengalaman merompak dan melanun negara.


Kenapa Dr Mahathir yang sudah sampai umur 88 tahun itu seolah2 menjadi jurucakap dan jurubicara UMNO? Kerana Dr Mahathir mempunyai kepentingan peribadi untuk menentukan UMNO menang. Dr Mahathir adalah orang yang paling ketakutan bila PR mengambil alih kerajaan. Dia bimbang akan keselamatan diri nya sendiri dan yang paling dia bimbangi ialah masa depan anak2 nya yang berniaga.

Kita hendak beritahu Dr Mahathir- kita tidak jel orang yang berumur 88 tahun. Kita akan hanya meminta pemulangan harta dan wang yang telah dicuri dari rakyat.


Bagaimana rakyat Malaysia yang akan keluar mengundi dalam PRU13 nanti melayani Mahathir? Saya sudah pun menyatakan- bila Pak Lah memenangi PRU dahulu dengan majoriti yang terbesar dalam sejarah- rakyat sebenar nya meraikan pengeluaran Mahathir. Kemudian negara kita dipimpin oleh seorang yang mencari al ghazali dan mencari kedamaian. Untuk seketika rakyat Malaysia terpukau dengan pengucapan batin Pak lah sehinggalah mereka sedar, bahawa itu semua untuk pendengaran umum. Pak lah ternyata menjadi PM yang paling lembab untuk negara ini.

Dalam PRU13, rakyat berpeluang sekali lagi menjatuhkan hukuman kepada Mahathir. Mari kita sama2 menghukum orang yang melingkup dan menjahanamkan maruah bangsa Melayu. Dr Mahathir bertanggung jawab menyebabkan orang melayu mengemis dalam negara mereka sendiri.

Kecuali orang Melayu mendapat keseronokan jika dizalimi, maka satu undi yang di beri kepada UMNO dan BN, bererti kita merelakan dan menyukai dizalimi dan disakiti. Satu undi untuk UMNO bererti kita akan ada 100 lagi skendel NFC. Satu undi untuk UMNO, kita akan ada lagi 100 Puspahanas, 100 pembelian kapal selam, 100 pembelian pesawat kapalterbang.

Satu undi untuk UMNO bererti kita menjatuhkan hukuman bunuh kepada diri sendiri.
-sakmongkol

[VIDEO] RM403j: BN Kedah Sila Jawab!


Pengerusi Bongkar 403, Mohd Firdaus Jaafar hari ini mendesak BN Kedah menjelaskan tindakan mereka sebelum ini yang sanggup menukarkan geran percuma yang disediakan oleh kerajaan kepada pinjaman sehingga menyebabkan Kedah menanggung hutang.

Jelas beliau, selain tindakan itu, kos bagi projek pembinaan loji air itu juga turut meningkat sehinggakan jauh berbeza dengan harga yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan.

"Kita mahu BN Kedah segera tampil memberi penjelasan berhubung dengan isu pembinaan loji air yang harga meningkat berkali ganda dan juga tindakan mereka menukarkan geran percuma kepada pinjaman.

"Tempoh seminggu kita berikan dan jika mereka tidak tampil memberi penjelasan, satu memorandum akan kita hantar kepada BN Kedah untuk desakan tersebut," jelas beliau kepada Harakahdaily.

Beliau berkata lagi, penyelewengan yang dilakukan oleh BN berkenaan dengan loji air Padang Sanai dan Lubuk Buntar melibatkan kerugian hampir RM145 juta.

"Pembinaan loji pembersihan air Lubuk Buntar yang berkapasiti 25 juta liter sepatutnya bernilai RM25 juta, tetapi harganya menjadi RM65 juta apabila ditukar status pinjaman.

"Manakala loji pembersihan air Padang Sanai yang sepatutnya bernilai RM50 juta untuk kapasiti 50 juta liter air tetapi dengan sentuhan tangan BN harganya melonjak menjadi RM155 juta" , jelas beliau lagi.

Dengan tindakan itu katanya, rakyat boleh menilai sikap BN negeri itu.


5,000 Rakyat Pelbagai Kaum Julang Plakad ‘Anwar PM Ke-7′ Di Klang


Kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim pada ceramah perdana Jelajah Merdeka Rakyat di Taman Rakyat, Taman Sri Andalas, Klang disambut meriah dengan plakad ‘Anwar PM ke-7′.

Ketua Umum KEADILAN itu tiba ketika Tan Sri Khalid Ibrahim sedang berucap sekitar jam 11 malam sebelum Menteri Besar Selangor itu mengumumkan ketibaan Anwar.

Berikutan itu, rakyat baik Melayu, Cina dan India menjulang plakad berkenaan dengan disertai gema sorakan sebelum Anwar bergambar kenangan dan memulakan ucapan.

Plakad itu disediakan atas inisiatif Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor, Azmizam Zaman Huri yang diedar kepada sebahagian dari lebih 5,000 hadirin.

Turut berucap pada program itu ialah Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid; Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar; Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkifly Ahmad dan Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud.

Anwar pada 17 Februari lalu disambut dengan plakad yang asalnya disediakan untuk Datuk Seri Najib Razak tetapi orang ramai mengubahsuaikannya kepada ‘I Love (New) PM’.

Ia berlaku pada majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) di Kolej New Era di Kajang yang dihadiri Najib secara berasingan. -KD


[KISAH TELADAN] Buang Ego, Selamat Bersama Kembali Hattan-Arianie


Petaling Jaya: Penyanyi Datuk Hattan memberitahu dia mungkin akan melangsungkan pernikahan dengan bekas isterinya iaitu Arianie pada Jun depan.

Menurut Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Sahabuddin, 49, dia merancang untuk mengadakan majlis itu serentak dengan perkahwinan adik lelakinya iaitu Achem.

“Adik saya akan kahwin pada Jun depan. Harap-harap kalau dapat buat sekali pun bagus juga.

“Lagi pun saya cuma buat majlis kecil-kecilan untuk keluarga dan rakan rapat sahaja,” katanya.

Hattan ditemui selepas tayangan rakaman langsung konsert kumpulan rock legenda Led Zeppelin pada 2007 iaitu Celebration Day di GSC One Utama di sini, petang Rabu.

Hattan dan Arianie pernah berkahwin pada 17 Disember 1996 sebelum bercerai talak satu secara rasmi pada 10 Mac 2005 di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, di sini.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki Adam Eiman yang sekarang berusia 14 tahun.

Penyanyi dari Seri Menanti, Negeri Sembilan ini juga pernah berkahwin untuk kali kedua dengan Noorfarashikin Othman pada 11 November 2011 tetapi berpisah dua bulan kemudian.

Mengenai perancangan menikahi semula bekas isteri, Hattan berkata, perasaan sayang yang mendalam mempengaruhi keputusan berkenaan selepas bermuhasabah diri atas kesilapan lalu.

“Saya banyak bermuhasabah diri dan buang ego. Pada awalnya, Arianie berat hati (berkahwin semula) tetapi saya yakinkan dia bahawa saya sudah ubah kesilapan lepas yang garang terhadapnya.

“Setiap kali berjumpa dengan dia, saya rasa sangat bahagia dan seperti jatuh cinta. Insya-Allah saya akan putuskan keputusan ini (kahwin) selepas menunaikan umrah pada Mei depan,”
katanya.

Hattan berkata, anak tunggal mereka Adam Eiman bagaimanapun tidak menunjukkan sebarang reaksi teruja mengenai perkara itu.

“Adam okey sahaja bila saya kata nak berkahwin semula dengan ibunya. Dia tidak tunjuk reaksi teruja langsung,” katanya dalam nada bergurau. -petikan mstar