Pilot Pakai Narkoba, Bos Air Asia: Itu Obat Batuk
Presiden Direktur Indonesia Air Asia Sunu Widyatmoko mengesahkan berita bahawa salah seorang juruterbangnya dikesan positif menggunakan dadah jenis morfin. "Untuk pemeriksaan lebih lanjut, kami akan bekerja sama dengan Badan Narkotik Nasional," kata Sunu dalam satu sidang konferens di Ibu Pejabat Polis Daerah Jawa Timur, Khamis, 1 Januari 2014, lapor tempoh.co.
Menurut Sunu, juruterbang tersebut baru saja keluar dari hospital. FI, seorang juruterbang yang sudah bekerja di Air Asia selama sembilan tahun, baru saja sembuh dari sakit "tifus". Dia dirawat pada 26-29 Disember 2014. Sehingga saat ini, juruterbang itu masih mengambil ubat-ubatan untuk pemulihannya.
Selain itu, menurut Sunu, FI sempat mengambil sejumlah ubat batuk. "Ubat batuk seperti itu dapat memberikan hasil seolah-olah positif (dadah). Tapi, setelah diteliti lagi, ia boleh hilang," ujarnya.
Kerana itu, kata Sunu, ujian lanjutan bagi juruterbang ini perlu dilakukan. Dia berharap juruterbangnya tidak terbukti menggunakan dadah. "Apalagi selama bekerja dia tak mempunyai track record yang buruk."
Sebelum itu, pegawai Menteri Perhubungan, Hadi Mustofa Djuraid, menyatakan seorang juruterbang Air Asia dengan initial nama FI diketahui positif menggunakan dadah jenis morfin ketika menjalani ujian air kencing di Lapangan Terbang Ngurah Rai, Denpasar, Bali.
Juruterbang ini menerbangkan pesawat bernombor penerbangan QZ7510 dari Lapangan Terbang Soekarno-Hatta ke Bali. Ketika ini FI sedang menjalani pemeriksaan lanjutan di Balai Kesehatan Penerbangan Kementerian Perhubungan di Jakarta.
Juruterbang AirAsia dilapor positif dadah
Seorang juruterbang AirAsia dilapor positif dadah setelah menerbangkan pesawat dari Jakarta ke Bali.
Beliau menerbangkan pesawat dari Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Jakarta ke Lapangan Terbang Ngurah Rai, Bali dengan pesawat AirAsia QZ7510.
Pegawai Kementerian Pengangkutan, Hadi Mustofa Djuraid mengesahkan perkara itu hari ini, lapor media tempatan Tempo.
"Dipastikan (juruterbang) positif narkoba (dadah berbahaya) jenis morfin," Hadi dipetik sebagai berkata.
Menurutnya lagi, penemuan itu diperoleh setelah pemeriksaan air kencing yang dijalankan pasukan kesihatan penerbangan.
Pemeriksaan juga dibuat pasukan pemeriksaan kelayakan mengoperasi pesawat udara kementerian pengangkutan di Lapangan Terbang, Ngurah Rai Bali, pagi tadi.
Pemeriksaan dilakukan setelah pesawat itu mendarat pada jam 08.50 pagi (waktu tempatan).
Hadi menambah, dengan penemuan tersebut, juruterbang itu kini tidak dibenarkan membawa pesawat, lapor Tempo lagi. -mk
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI
Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI