Rakyat Malaysia dan warga dunia bukan dungu! Hanya 500 hadir ke Perhimpunan Bantah GST! Oleh Ng Kee Seng
SEKILAS PANDANG: Jika rakyat Malaysia berharap kerajaan Barisan Nasional pimpinan Umno bakal berubah haluan dan melaksanakan reformasi selepas PRU13, lupakan saja.
BN seumpama seekor keldai degil. Perhatikan sahaja sikapnya dan sedarlah ia bersikap degil seperti sang keldai.
Liputan akhbar arus perdana tentang perhimpuan bantah GST yang dianjurkan pada 1 Mei telah disuntik elemen propaganda.
Media kerajaan bukan hanya mati pucuk, ia menghina kebijaksanaan pembaca di serata dunia.
Media milik pemerintah ini diterajui pengarang yang tiada tulang belakang dan mereka tidak hiraukan integriti ataupun kemampuan untuk bertahan lama. Mereka hanya menjaga kedudukan sendiri.
Tiada langsung sebiji zarah professionalisme kewartawanan yang diterapkan organisasi media kerajaan tanpa maruah di Malaysia hari ini.
Perhatikan laporan menyedihkan yang terpampang di dada akhbar mereka. Hanya 500 peserta perhimpunan didakwa berkumpul bagi membantah GST.
Buta sangatkah mata rakyat Malaysia? Atau mungkin pihak kerajaan akan mendakwa foto-foto yang berlegar di laman media sosial telah dipalsukan bagi memberi gambaran satu perhimpunan raksasa?
Perkataan ‘memalukan’ tidak lagi sesuai bagi mencerminkan media kerajaan ini. Mereka ini berkasta terlalu rendah.
Tidak menghairankan apabila edaran dan jumlah pembacanya semakin merudum teruk.
Perhimpunan raksasa itu disertai pelbagai golongan dengan majoriti terdiri peserta Melayu. Ini jelas menunjukkan BN bakal diketepikan.
Jalanan di ibukota dimeriahkan tiupan vuvuzela dan horn kereta. Anggaran kasar menunjukkan lebih dari 20,000 manusia membanjiri tapak perhimpunan.
Peserta membawa sepanduk dan poster yang tertera slogan “Bantah GST” dan “Sokong Hudud”.
Golongan tua dan muda, kanak-kanak dan dewasa mula berhimpun seawal jam 11 pagi.
BN tumpas majoriti dua pertiganya di Parlimen pada PRU12 dalam tahun 2008.
Gabungan pemerintah itu berterusan mengenepikan amaran rakyat yang jelas tidak gembira dengan caranya mentadbir negara.
Popularitinya kian kelam selepas PRU13 apabila ia tumpas dari segi undi popular. Tetapi masih juga BN bertakhta di Putrajaya akibat undi majoriti dan berkat persempadanan kawasan mengundi.
Kita ingat BN bakal sedar dari lamunannya, bagi mengembalikan keyakinan rakyat dan kekal relevan di bumi ini.
Tetapi ternyata ia menjalankan “urusan seperti biasa” dan kekal menakut-nakutkan rakyat jelata.
Apa bakal terjadi di PRU14 nanti? -theantdaily
IKLAN BERBAYAR
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI