5 Okt 2013

[Langkah Terpuji] Pasar Malam Bergelap Waktu Maghrib


DDunia dan akhirat harus jalan seiring, tidak kira dalam apa juga keadaan terutama dalam perniagaan.

Sehubungan itu, program ‘Jom Tutup Lampu’ diperkenalkan di pasar malam sekitar Daerah Petaling oleh Adun Taman Medan, Haniza Talha.

“Program ini dilaksanakan bagi memberi kesedaran kepada para peniaga dan pembeli supaya tidak meninggalkan solat walaupun dalam keadaan yang sibuk,” katanya sewaktu meninjau Pasar Malam Taman Medan 10 untuk melihat keberkesanannya.

Ternyata program ini disambut baik semua peniaga dengan menutup lampu serta-merta ketika azan Maghrib berkumandang.

“Konsep berniaga dan beramal ini diharap dapat diikuti pasar malam di tempat lain, kerana selain mengejar rezeki yang halal, kita masih mampu laksanakan kewajipan sebagai seorang Muslim,” katanya.

Menurut YDP Peniaga Pasar Malam Bumiputera Petaling Jaya, Kamal Abdullah, program ini dilaksanakan sejak tiga minggu lalu di lima pasar malam, antaranya Sri Manja, Lembah Subang, Kampung Lindungan, Medan 9 dan juga di Dato’ Harun.

“Saya kemukakan cadangan untuk bina surau di kawasan ini kepada MBPJ dan masih lagi tunggu maklum balas mereka, ” katanya. -selangorku


Bunyi wisel waktu Maghrib


Jangan terkejut jika terdengar bunyi wisel dan lampu dipadamkan pada waktu Maghrib ketika berkunjung ke pasar malam Taman Dunia dan akhirat harus jalan seiring, tidak kira dalam apa juga keadaan terutama dalam perniagaan. Sehubungan itu, program ‘Jom Tutup Lampu’ diperkenalkan di pasar malam sekitar Daerah Petaling oleh Adun Taman Medan, Haniza Talha. “Program ini dilaksanakan bagi memberi kesedaran kepada para peniaga dan pembeli supaya tidak meninggalkan solat walaupun dalam keadaan yang sibuk,” katanya sewaktu meninjau Pasar Malam Taman Medan 10 untuk melihat keberkesanannya. Ternyata program ini disambut baik semua peniaga dengan menutup lampu serta-merta ketika azan Maghrib berkumandang. “Konsep berniaga dan beramal ini diharap dapat diikuti pasar malam di tempat lain, kerana selain mengejar rezeki yang halal, kita masih mampu laksanakan kewajipan sebagai seorang Muslim,” katanya. Menurut YDP Peniaga Pasar Malam Bumiputera Petaling Jaya, Kamal Abdullah, program ini dilaksanakan sejak tiga minggu lalu di lima pasar malam, antaranya Sri Manja, Lembah Subang, Kampung Lindungan, Medan 9 dan juga di Dato’ Harun. “Saya kemukakan cadangan untuk bina surau di kawasan ini kepada MBPJ dan masih lagi tunggu maklum balas mereka, ” katanya.Medan.

Inilah satu kelainan yang dibawa pihak pengurusan pasar malam di sini dalam usaha mendidik peniaga dan pengunjung supaya mengerjakan solat Maghrib apabila tiba waktunya menerusi program Jom Rehat Azan Maghrib yang dilancarkan sejak tiga minggu lalu.

Lebih menarik lagi, bacaan ayat suci al-Quran dipasang 10 minit sebelum masuk waktu sebagai isyarat menandakan waktu Maghrib hampir tiba.

Pengerusi Persatuan Pasar Malam Bumiputera Petaling Jaya, Kamal Ahmad Abdullah berkata, selepas program itu dilaksanakan, setiap gerai akan menutup lampu dan menghentikan perniagaan 10 minit bagi memberi laluan kepada waktu Maghrib.

Jelas Kamal, program Jom Rehat Azan Maghrib itu dilihat mendapat sambutan memberangsangkan dalam kalangan peniaga di sini, dan masing-masing mengerjakan solat di surau sementara yang disediakan berhampiran tapak pasar berkenaan.

“Golongan peniaga menyokong usaha pihak persatuan dan semua gerai akan menutup lampu selepas wisel dibunyikan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Jelasnya, ini merupakan langkah yang dilihat wajar iaitu di samping dapat meniaga, peniaga juga dapat beribadat dan menyahut seruan agama.

“Kita mahukan kesemua 250 orang peniaga di sini dapat mengerjakan tuntutan agama di samping bekerja bagi mendapatkan keuntungan,” katanya.

Dalam pada itu, peniaga di tapak pasar malam berkenaan turut berharap agar surau sementara yang disediakan pada Julai lalu itu dapat dikekalkan bagi membantu peniaga dan orang awam dapat mengerjakan ibadah tanpa masalah.

Menurut Kamal, tapak surau sementara itu adalah bekas tapak pembuangan sampah haram dan pernah menimbulkan permasalahan kepada peniaga ekoran bau busuk.

“Setelah mengadakan perbincangan bersama Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), beliau bersetuju meletakkan surau sementara di kawasan ini,” katanya.

Menurut Kamal, walaupun terdapat surau sedia ada di kawasan itu namun ia jauh dari lokasi tempat berniaga dan menyukarkan peniaga beribadah.

Sementara itu, Adun Taman Medan, Haniza Talha yang hadir merasmikan Jom Rehat Azan Maghrib, menyokong penuh inisiatif peniaga di kawasan berkenaan menghentikan perniagaan buat sementara waktu bagi memberi laluan untuk azan Maghrib.

Jelas beliau, usaha berkenaan sewajarnya diikuti oleh setiap peniaga pasar malam bagi membolehkan mereka menunaikan tuntutan agama di samping berniaga bagi mendapatkan keuntungan.

“Kawasan-kawasan lain juga wajar mencontohi inisiatif ini memandangkan ia merupakan satu langkah yang wajar dan berkesan,” katanya.

Tambah beliau, pihaknya telah mengusulkan kepada MBPJ agar surau sementara di kawasan itu dikekalkan demi kemudahan orang awam.

Katanya, perbincangan susulan akan diadakan bagi membolehkan surau di kawasan berkenaan dikekalkan demi kemudahan setiap pihak.
-SH


Polis Dicekup Bersama Kekasih Di Hotel

Batu Pahat – Niat seorang anggota polis yang mahu meraikan pengesahan jawatannya bersama kekasihnya terbantut, apabila bilik hotel disewanya diserbu pihak berkuasa, kira-kira jam 7 malam kelmarin.

Lelaki berkenaan yang bertugas sebagai anggota polis di Terengganu ditahan Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) Batu Pahat kerana berkurung dengan kekasihnya sehingga menimbulkan syak.

Timbalan penguat kuasanya, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, pasangan berkenaan ditahan dalam operasi bersepadu Jaij Batu Pahat, Muar, Kluang dan Johor Bahru dalam membanteras maksiat sekitar Ayer Hitam.

Katanya, pihaknya beberapa kali mengetuk pintu bilik berkenaan, namun tiada jawapan. Setelah menunggu lama dan pihak penguat kuasa mahu memecah pintu barulah ia dibuka.

“Sebaik pintu berkenaan dibuka, pihak kami mendapati seorang lelaki yang lengkap berpakaian begitu juga pasangannya. Bagaimanapun, kedua-duanya berada dalam ketakutan ketika diambil keterangan.

“Pasangan lingkungn 20-an ini enggan membuka pintu pada mulanya, namun selepas beberapa kali pintu berkenaan diketuk dan beberapa pegawai penguat kuasa mendesak memecah pintu, barulah pintu dibuka.

“Pemeriksaan menyeluruh dilakukan mendapati, lelaki dan pasangannya yang berada di dalam bilik itu tidak mempunyai hubungan sah,” katanya.

Saiful berkata, pasangan terbabit kini ditahan dan akan didakwa di bawah Seksyen 27 (1) (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997.

Katanya, pasangan terbabit juga akan dihadapkan ke mahkamah selepas siasatan berhubung kesalahan itu selesai.

Menurutnya lagi, operasi bersepadu ini bertujuan membendung kegiatan sumbang seperti judi dan maksiat yang semakin menular di kalangan umat Islam terutama anak muda sejak akhir-akhir ini.

“Selain itu, operasi seperti ini juga akan dilakukan lebih kerap dengan tertumpu pada aduan orang ramai, hotel bajet dan kawasan berpotensi kelakuan seperti ini,” katanya.

Saiful berkata, dalam operasi itu, pihaknya turut menahan enam individu kerana melakukan kesalahan berjudi yang kemudiannya dibawa ke Balai Polis Ayer Hitam untuk proses dokumentasi sebelum dituntut waris masing-masing.

“Kesemua lelaki terbabit akan didakwa di bawah Seksyen 18 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 kerana membeli atau berada dalam kedai judi.

"Jika sabit kesalahan mereka boleh didenda sehingga RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya. -SH

Pasca Kudeta: Ikhwanul Muslimin Bertambah Kukuh


Salah seorang pimpinan Partai Kebebasan dan Keadilan (FJP), Izzah Jaraf, menyatakan bahawa Ikhwanul Muslimin ketika ini lebih solid dari waktu-waktu sebelumnya.

"Begitulah Ikhwan, akan semakin kuat dalam memegang kebenaran di masa kesulitan. Berita-berita yang menyebutkan terjadinya perpecahan hanyalah isu yang disebarkan pihak intelijen kudeta," kata beliau lewat akaun facebooknya, dipetik dari dakwatuna.

Izzah Jaraf menambahkan bahwa Ikhwan sudah sering mengalami hal seperti ini, bahkan lebih dahsyat lagi, dan pada saat itu pasti akan tersebar berita-berita bahwa Ikhwan berpecah. Namun walaupun demikian, fikrah dan dakwah Ikhwan tetap jelas dan kuat dari dulu hingga sekarang.

"Alhamdulillah, tidak ada yang dapat memecah-belahkan kami. Ini membuktikan bahwa dakwah Ikhwan adalah dakwah rabbani yang diisi oleh orang-orang yang ikhlas." Ujarnya.

Lebih lanjut beliau menjelaskan bahwasannya ujian yang menimpa Ikhwan akan segera pergi, dan hanya akan menampakkan pahlawan-pahlawan baru di Mesir, membela dan mengorbankan segala yang dimilikinya untuk Mesir. Rakyat Mesir akan mengembalikan pemerintahan yang sah, yang akan menjadi contoh bagi negara-negara lain, terutama untuk kawasan Timur Tengah.

ULASAN GB

Demikianlah sunatullah, demikianlah hukum kebenaran dan keadilan.

Apabila sesebuah pertubuhan itu ditekan dan dizalimi, ia bukan bertambah lemah tetapi akan menjadi bertambah kukuh dan padu. Bukankah emas dan permata yang ditenyeh dan digilap itu akan lebih bercahaya dan berkilau?

[VIDEO] Rancangan Jahat Al-Sisi Tekan & Tawan Media Massa Mesir Terbongkar


Sebuah rakaman video percakapan yang beredar di lamanweb jejaring sosial menunjukkan bagaimana ketua kudeta tentera Mesir berusaha untuk menekan pihak media massa dan kemudian menaklukinya.

Video tersebut diyakini telah dirakam sebelum usaha kudeta terhadap Presiden terpilih Muhammad Mursi pada 3 Julai lalu berlaku. Seperti disiarkan oleh RNN News, Juma'at (04/10/2013), inilah video dan kutipan percakapan Ketua Kudeta Mesir Abdel Fattah as Sisi untuk menekan media massa tersebut.

Pegawai tentera:

"Kita harus membuat kembali garis merah untuk media. Kita harus mendapatkan cara baru untuk menetralkan mereka. Media di Mesir hanya dikendalikan 20 atau 25 orang. Kita harus berhubungan dengan orang-orang ini secara individual dan langsung, (targetnya) mengganasi atau MENUNDUKKAN mereka."

Abdel Fattah as Sisi segera menyambut:

"Saya tahu bagaimana mengalahkan mereka, namun bagaimana cara mengganasi mereka seperti yang anda katakan. Saya beritahu bahawa kita ingin sekali mengendalikan media saat pertama kali tentera mengambil alih kekuasaan di 2011, namun kita kalah besar; kerana untuk mendapatkan apa yang anda inginkan anda memerlukan pengaruh. Ini tidak mencukupi hanya dengan mewujudkan satu jawatankuasa dengan satu gugusan tugas. Diperlukan waktu sangat lama sebelum anda dapat mempengaruhi dan mengendalikan media. Kita sedang melakukannya sekarang dan kita akan mendapatkan hasil yang lebih positif meskipun kita belum seperti apa yang kita inginkan."






sumber: islamedia