14 Jan 2013

Blogger UMNO Fitnah Muslimah Diraba Semasa HKR112


Milosuam melaporkan: Blogger Umno dedah punggung muslimah diraba di Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112

SALAH seorang blogger obesiti United Malays No Otak, Umno mendedahkan bukti bergambar kononnya seorang muslimah telah diraba punggungnya di Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 tempoh hari.

Gambar tersebut turut disebar oleh blogger-blogger Umno yang lain. Di atas ialah printscreen daripada blog milik blogger obesiti tersebut atau nama sebenarnya Salim Iskandar.

Kita sedia maklum isu lucah memang menjadi senjata United Malays No Otak, Umno untuk meraih sokongan rakyat. Maka ada sahaja isu lucah dimainkan, namun seperti biasa mereka kantoi.

Gambar tersebut sebenarnya langsung tiada kena mengena dengan Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 yang berlangsung di ibu negara tempoh hari. Sebaliknya gambar yang dicedok dari salah sebuah website luar negara.


Gua rasa dah berpuluh kali gua kantoikan isu lucah bodoh guna gambar macam ni dimainkan oleh blogger United Malays No Otak, Umno tapi kalau dah namanya dajal mana pernah nak serik.

ReJaM© "Diorang ni kalau tak main isu lucah berkudis satu badan "

Sumber: zainhd.com

Ulasan GB

Blogger UMNO yang memang otaknya kuning akan sentiasa melakukan fitnah sedemikian rupa. Hukum kebbanaran dan keadilan akan berjalan. Semuga Allah kudungkan cepat tangan-tangan pereka fitnah yang melampaui batas itu atau apa-apa hukuman/peringatan dariMu sebagai pengajaran untuk rakan-rakan mereka yang lain. Amin Ya Allah...

Nenek Rugi RM3,500 Ditipu "Scan" Penyakit Guna Handfon

Alor Gajah - Seorang warga emas rugi kira-kira RM3,500 selepas tiga barangan kemas miliknya dilarikan seorang wanita yang menyamar sebagai wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Kampung Lendu Hilir, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa, Che Rus Uda, 74, didatangi seorang wanita lingkungan usia 20-an yang memperkenalkan diri sebagai wakil JKM.

Menurutnya, ketika kejadian, dia yang tinggal sendirian sejak lebih 50 tahun lalu sedang menonton televisyen sebelum terdengar suara memberi salam berulang kali.

“Perbualan antara saya dengan wanita itu hanya dalam jarak jauh sebelum dia memaksa saya membuka pintu yang dikunci cucu yang keluar beberapa minit sebelum kejadian.

“Kemudian wanita yang memakai kemeja dan bertudung putih itu turun dari sebuah kereta menyatakan hendak melakukan pemeriksaan kesihatan sebelum mendesak saya membuka pintu rumah,” katanya.

Che Rus berkata, selepas wanita itu masuk ke dalam rumahnya, dia diarahkan membuka semua barang kemas yang dipakainya dan berbaring untuk melakukan pemeriksaan.

“Walaupun dalam keadaan terpinga-pinga, saya buka juga gelang tangan, rantai leher dan anting-anting dan meletakkannya di atas lipatan baju di ruang tamu.

“Melihat keadaan saya yang tidak selesa berbaring di atas lantai, wanita itu mengarahkan saya masuk ke dalam bilik sebelum dia 'scan' seluruh badan dengan menggunakan telefon bimbitnya sahaja.

Kemudian dia keluar untuk menghubungi seseorang,” katanya.

Dia berkata, selesai ‘pemeriksaan’, wanita itu menghalangnya daripada bangun dengan alasan dia akan pitam jika berjalan.

“Sepanjang dalam bilik saya berasa tidak sedap hati memikirkan barangan kemas yang ditinggalkan di ruang tamu dan terus keluar dari bilik sebaik terdengar pintu besi di beranda rumah seolah-olah ditolak seseorang.

“Selepas itu, saya terkejut apabila melihat kesemua barang kemas sudah hilang malah kelibat wanita itu juga tiada,” katanya.

Katanya, sebelum kejadian, wanita berkenaan ada datang ke rumahnya, namun beredar selepas menyedari cucunya, Hussin Abu Hasan, 31, turut berada di rumah dan datang semula 30 minit kemudian.

“Saya difahamkan oleh jiran berdekatan, kereta dinaiki wanita itu sudah berlegar-legar di hadapan rumah saya kira-kira 30 minit sebelum kejadian itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan menasihatkan golongan warga emas khususnya supaya lebih berhati-hati.

“Warga emas atau individu yang tinggal sendirian di rumah dinasihatkan tidak mudah terpedaya dengan pujukan individu tidak dikenali dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan,” katanya. -SH

Deepak Perlu Terus Dedahkan Penyelewengan

Deepak: Saya hanya mahu dedah penyelewengan

Ahli perniagaan Deepak Jaikishan menafikan bahawa siri serangannya ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bermotifkan kepentingan peribadi.

Katanya, beliau melakukan pendedahan berkenaan secara ikhlas untuk mendedahkan penyelewengan kerajaan.

"Saya melakukannya untuk kepentingan awam; saya tiada apa-apa keuntungan daripada ini, Kesemuanya disokong oleh dokumen," katanya.

Beliau juga menafikan bahawa tindakan berkenaan dilakukannya untuk memeras ugut.

"Saya tidak diberikan apa-apa dan saya tidak meminta apa-apa sebagai balasan," katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini pada hari Jumaat lalu.

Beliau seterusnya ditanya mengenai pengambilalihan syarikatnya, AstaCanggih Sdn Bhd oleh Lembaga Angkatan Tentera Malaysia dengan jumlah RM30 juta selepas beliau tidak putus-putus menyerang perdana menteri.

Menjawab persoalan itu, Deepak menunjukkan beberapa dokumen dan menegaskan bahawa beliau dipaksa untuk menerima urusniaga berkenaan untuk menutup mulutnya.

Satu daripada dokumen berkenaan, bertarikh 26 Disember menunjukkan bahawa Lembaga Hasil Dalam Negeri menjalankan siasatan ke atasnya di antara 2004 hingga 2009 berhubung isu mengelak bayaran cukai dan juga notis rampasan bertarikh 12 Disember, kata Deepak.

Tambahnya, beliau boleh memilih untuk menerima tawaran tersebut atau menderita akibat rampasan harta berkenaan.

Selain itu, beliau mendakwa bahawa LHDN turut menyerbu premisnya hampir tiga tahun lalu dan merampas dokumen daripadanya, yang menyebabkan beliau sukar untuk membuktikan kewangannya.

Pengambilalihan syarikat Deepak oleh LTAT diumumkan di Bursa Malaysia pada 27 November.

Deepak menegaskan bahawa beliau hanya mampu menampung kos dengan bayaran RM30 juta itu dan ia juga bermakna beliau tidak berjaya memperolehi tanah bernilai tinggi di Bukit Raja yang dijanjikan olehnya olehy Ketua Wanita Umno Selangor Datuk Raja Ropiaah Raja Abdullah.

"Tiada siapa tahu berapa malam saya tidak tidur disebabkan semua tekanan yang saya perlu hadapi.

"Jika ini adalah untuk kepentingan peribadi, saya tidak mahu melalui segala proses ini. Saya tidak fikir sesiapapun akan mahu laluinya," katanya. -mk

Ulasan GB

Banyak yang masih tersimpan di "peti rahsia". Rentetan dari kes Altantuya membawa kepada pendedahan penarikan-balik Akuan Bersumpah Bala dan isu Puspahanas - kesemuanya yang dlitupi dengan awan misteri perlu dibongkar habis-habisan.

Ia bukan sebagai "modal politik", tetapi kebenaran itu perlu diletakkan di tempatnya yang betul dan setiap pesalah perlu diheret ke muka pengadilan, withour fear or favor.

Apa yang jelas, Najib dan Rosmah masih membisu terhadap pendedahan Deepak. Sebab kebenaran akan semakin jelas dan nyata jika beliau berdua bersuara cuba menafikannya.

PASCA HKR112: Peniaga Untung Besar, Makanan SOLD OUT


Tuduhan Umno BN sebelum ini mengatakan para peniaga rugi apabila berlangsungnya perhimpunan aman anjuran Pakatan Rakyat sama sekali meleset.

Buktinya, pagi-pagi lagi kebanyakan premis restoran dan warung tepi jalan dipenuhi peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat untuk bersarapan sebelum ke Stadium Merdeka.

Malah mereka juga turut menerima pelanggan di kalangan pemimpin.

Ia turut dialami Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad yang menyambut ulang tahun kelahirannya hari itu ketika mahu bersarapan paginya.

“Roti canai dah habis bila kami sampai di gerai ni (Kelana Jaya). Gerai penuh dari pagi.

Himpunan aman tak buat peniaga rugi,” tulisnya di twitter. -KD


Peniaga untung besar di perkarangan stadium


KUALA LUMPUR: Para peniaga yang membuka perniagaan mereka di perkarangan Stadium Merdeka hari ini mencatatkan untung besar.

Berbanding dengan perhimpunan yang kecoh sebelum ini, kali ini perniagaan berjalan dengan lancar apabila polis memberikan kerjasama penuh.

Sebelum ini, setiap kali selepas perhimpunan, media Umno dan BN melaporkan peniaga mengadu kerugian akibat dari kekecohan yang berlaku.

Ini kerana, peserta perhimpunan terpaksa bertembung dengan polis.

Malaysiakini melaporkan, seorang peniaga Mansur Ahmad, 56, berkata, dia berjaya menjual 500 kebab hari ini.

"Hari ini, saya dapat untung lebih RM1,000," katanya gembira.

Malam tadi, Mansur membuka kedainya di Kelab Sultan Sulaiman, tempat perhimpunan para HKR112.

Anaknya, Faeza Mansor, 28, yang menjual sop dan mee di sebelah gerai Mansor berkata, perniagaan mereka kali ini luar biasa keuntungannya.

"Kakak saya sudah mengaku kalah untuk memotong daging lagi. Dia sudah terlalu letih," katanya dengan senyuman gembira.

Faeza dibantu oleh enam adik beradiknya dalam perniagaan hari ini.

Selain itu, air dalam botol dan tin turut menjadi tumpuan peserta perhimpunan kali ini
-HD

Isu Kanak-kanak: UMNO BN Boleh, Org Lain Tak Boleh, Mengapa Dwi Standard?


Mengapa ada kanak-kanak di himpunan Najib?

Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas) menyelar kerajaan kerana bertindak dwistandard dengan membenarkan anak kecil dan siswa hadir ke satu program bersama perdana menteri semalam, tetapi menghalang golongan berkenaan hadir di Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka.

Setiausaha agung Mipas S Barathidasan berkata acara perdana menteri di Semenyih semalam disertai kanak-kanak dan golongan pelajar.

Namun, polis mengumumkan untuk menyiasat penganjur berhubung kehadiran kanak-kanak di perhimpunan dihadiri 100,000 orang di stadium bersejarah itu semalam.

Beberapa universiti turut mengeluarkan larangan kepada siswa supaya tidak hadir ke perhimpunan di Kuala Lumpur itu.

“Mipas mempersoalkan kenyataan menteri pengajian tinggi yang tidak menggalakkan pelajar institusi pengajian tinggi daripada mengambil bahagian dalam perhimpunan ini.

“Pada masa sama, polis memberi amaran bahawa kanak-kanak tidak dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam perhimpunan ini. Persoalannya mengapa wujud dwistandard seperti ini?

“Mengapa tiada larangan atau amaran daripada polis atau menteri pengajian tinggi, mengapa ada kanak-kanak dan pelajar dilihat di acara bertemu rakyat dengan Najib anjuran IPF (Parti Barisan Kemajuan India SeMalaysia) di Dataran Tesco di Semenyih?

“Secara asasnya, kedua-dua acara perhimpunan perhimpunan orang ramai," kata Barathidasan. -mk

Ulasan GB

Dah bagus dipuji-puji kerana berjaya mengawal keselamatan semasa #HKR 112, tiba-tiba polis buat kenyataan nak siasat penganjur.

Cukup tak senang mereka apabila perhimpunan itu berjalan aman.

Sekarang cari isu untuk memburukkan HKR 112 diantaranya konon ada perlanggaran ke atas syarat-syarat yang mereka kenakan terutama membawa kanak-kanak.

Bukankah perhimpunan itu aman, perhimpunan itu halal dan perhimpunan itu santai?

Bukankah tiada sebarang insiden yang tidak diiingini berlaku?

Di dalam program-program anjuran UMNO BN kenapa tiada larangan seperti itu?

Tindakan polis yang dwi standard itu amat menjelekkan. KPN perlu menjawab dan SUHAKAM perlu siasat PDRM mengapa wujudnya sikap dwi-standard ini!

[BERGAMBAR] HKR112 Di Kota London & Kaherah Mesir


Rakyat Malaysia berarak dari Trafalgar Square ke Parlimen

LONDON, 13 Jan : Sekumpulan rakyat Malaysia di bandar raya ini menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat sebagai tanda solidariti kepada ratusan ribu rakyat Malaysia yang berhimpun d Stadium Merdeka semalam.

Mereka membawa bendera Malaysia, melaungkan slogan menuntut pilihan raya yang bebas dan adil serta kain pemidang bertulis, ‘bebaskan media Malaysia, ‘bersihkan senarai undi’, ‘kerajaan Malaysia paling rasuah di dunia’ dan ‘Jom balik undi’.

Mereka berarak sejauh satu kilometer dari Trafalgar Square melalui Downing Street menuju ke tapak himpunan di depan bangunan Parlimen Westminster.

Perhimpunan yang turut disertai kanak-kanak itu berlangsung aman, dengan polis trafik London mengawal lalu lintas sepanjang perjalanan.

Dalam jemputan facebook Himpunan Kebangkitan Rakyat London KL112, penganjur menetapkan jam 12 tengah hari waktu London untuk berkumpul di Trafalgar Square dan menggalakkan peserta memakai baju kuning.

Penganjur turut menyatakan rasa gembira apabila mengetahui Himpunan Kebangkitan Rakyat KL112 berlangsung aman di Stadium Merdeka di Kuala Lumpur.

Peserta turut membacakan semula ikrar Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bebas & Adil (Bersih), Datuk Ambiga Sreevenasan yang meminta rakyat Malaysia untuk pulang dan menjadi pemantau pilihan raya sempena kempen ‘Citizen Election Observers’ (Masyarakat Pemerhati Pilihan Raya) Selain kota London dan Kuala Lumpur, Himpunan Kebangkitan Rakyat KL112 turut diadakan di Kota Kinabalu, Sabah, Jordan, Kaherah, Mesir dan bandar lain diseluruh dunia.

Lebih 500,000 rakyat Malaysia berhimpun di Stadium Merdeka semalam, yang dianggap sebagai perhimpunan paling besar dan paling aman dalam sejarah. -KD


500 rakyat Malaysia di Kaherah berhimpun


Kira-kira 500 orang rakyat Malaysia di Kaherah, Mesir berhimpun sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat di Kuala Lumpur semalam.

Perhimpunan itu berjaya diadakan walaupun mendapat ancaman yang tidak profesional daripada pihak kedutaan.

Ancaman itu tidak menghalang semangat anak-anak muda ini untuk menyatakan hasrat mereka melihat negara mereka dipimpin oleh mereka yang amanah, keadilan dan demokrasi.

Anak-anak muda ini tampil dengan menutup muka, membawa sepanduk dan melaungkan seruan kebangkitan rakyat.

Himpunan ini sepatutnya dihadiri oleh pimpinan ikhwan Muslimin Dr. Kamal Helbawi tetapi di minit-minit akhir, beliau mempunyai komitmen yang lain.

Sementara itu, Timbalan Presiden Ikatan Lepasan Mesir Malaysia (Ilmam) Mohd Asri Md Daud ketika dihubungi, menyatakan kekesalan terhadap apa yang dilakukan oleh pihak kedutaan Mesir kepada rakyat dan pelajar Malaysia di sana.

"Bukan persoalannya himpunan atau tidak, tetapi ancaman itu adalah satu unsur tidak profesional dan menafikan hak demokrasi rakyat Malaysia dan di Mesir," tambah asri.

Ilmam juga akan menghantar memorandum dalam masa terdekat ke Kementerian Luar bagi menyatakan kekesalan terhadap duta dan kedutaannya yang tidak mencerminkan sikap terbuka kerajaan yang membenarkan HKR di Stadium Merdeka.
-HD