22 Mac 2011

Pemberontak Libya Hanya Inginkan Qaddafi Berundur, Bukan Dibunuh

Paris - Utusan kubu pembangkang Libya menyatakan, mereka hanya menghendaki pimpinan Libya, Moammar Qaddafi berundur dan diadili, bukan memburunya untuk dibunuh. Ali Zeidan, utusan Libyan National Transitional Council untuk Eropah, menyatakan hal itu dalam wawancara eksklusif dengan The Associated Press tentang campurtangan Britain, Perancis, dan Amerika Syarikat atas negaranya.

Menurutnya, pihak mereka menghargai keputusan Majlis Keselamatan PBB, namun menolak campur tangan terlalu mendalam dari negara asing atas negaranya. "Kami akan membuat penghakiman dengan Qaddafi sendiri, tanpa campur tangan asing," katanya.

Zeidan, yang kini berada di Munich, telah menyatakan hal itu dalam pertemuannya dengan para pejabat Perancis. Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy, menyatakan sebelumnya, pihaknya ada di balik pembangkang Libya.

Para pejabat Amerika Syarikat menyatakan tujuan ketenteraan mereka dari matlamat rejim Qaddafi diakhiri. Jenderal Angkatan Darat, Carter Ham, yang menjadi komandan pasukan AS mengatakan ada kemungkinan Qaddafi berhasil mempertahankan kekuasaan.

Ini bukan kali pertama AS mensasarkan pemimpin yang telah memerintah negara di Afrika Utara itu selama 42 tahun. Tahun 1986, Qaddafi pernah menjadi sasaran serangan udara AS.

Dalam lawatanannya di Chile, Obama mengatakan Qaddafi bukan target misi ketenteraan AS. Kombinasi dari langkah-langkah lain termasuk Amerika sekatan PBB yang dirancang untuk meminggirkan pemimpin Libya adalah pendekatan yang tepat untuk mempercepat kejatuhannya, Obama mengatakan, resolusi Majlis Keselamatan PBB mengesahkan tindakan ketenteraan tidak mengubah rejim sekatan. "Kami akan tetap berpegang pada mandat itu," kata Obama.

Video Seks - Kenyataan Datuk T Yang Kantoi

Video seks: Datuk T mahu media, NGO bentuk suruhanjaya tentukan ketulenan

Seorang lelaki yang mempertontonkan video seks kepada media semalam, mendakwa ia membabitkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat, hari ini meminta organisasi media dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) agar membentuk sebuah suruhanjaya bagi menentukan ketulenan rakaman tersebut.

Dalam kenyataan media dikeluarkan petang ini, lelaki itu yang masih mengenai dirinya “Datuk T” berkata, oleh kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sendiri tidak berminat untuk menerima salinan rakaman video, maka pihaknya mahu media dan NGO menyiasat ketulenannya.

“Sekarang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membuat laporan polis menafikan bahawa beliau adalah lelaki dalam video seks yang dipertontonkan kepada pengamal-pengamal media pada hari Isnin (semalam), saya menganggap bahawa beliau dan isterinya tidak berminat untuk menerima satu salinan daripada saya Isnin ini (28 Mac),” kata Datuk T dalam kenyataan yang dihantar menerusi e-mel.

“Oleh itu, saya minta pihak media dan NGO dengan segera membentuk sebuah suruhanjaya awam untuk menyiasat ketulenan pita tersebut,” katanya lagi.

Jutseru kata Datuk T, suruhanjaya itu boleh mendapatkan khidmat pakar forensik dari mana-mana negara untuk menentukan kesahihan rakaman video seks berkenaan, yang didakwa dirakamkan pada 21 Februari lalu di sebuah hotel di ibu negara.

“Saya akan menyerahkan rakaman asal kepada suruhanjaya itu,” katanya lagi.

Katanya, jam tangan jenama Omega yang ditemui di bilik di mana ahli politik tersebut mengadakan hubungan seks dengan pelacur asing juga akan diserahkan kepada suruhanjaya berkenaan.

Dalam kenyataan itu, Datuk T berkata, suruhanjaya yang disyorkan agar dibentuk boleh menghantar jam tangan tersebut kepada pakar forensik untuk menentukan sama ada DNA ditemui sepadan dengan pemimpin tersebut.

“Biar publik dan dunia menjadi hakim,” katanya lagi.

Malah kata Datuk T, dia tidak akan menyerahkan rakaman kepada polis atas alasan Anwar akan mengalih tumpuan sambil mendakwa pihak berkuasa itu bersongkol dengan kerajaan jika hasil siasatan tidak memihak kepadanya.

“Oleh itu, saya memutuskan untuk tidak menyerahkan rakaman kepada pihak berkuasa. Saya akan menyerahkan kepada suruhanjaya awam yang terdiri daripada media dan NGO,” katanya.

Pagi tadi, Anwar yang juga Ketua Pembangkang membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi berhubung rakaman video aksi seks yang ditayangkan kepada wartawan di Carcosa Seri Negara semalam.

Dalam laporan yang salinannya diedarkan kepada media itu, Anwar menafikan bahawa dirinya adalah lelaki dalam video itu.

“Ini adalah serangan mengaibkan, melampau dan bermotif politik ke atas karektar serta reputasi saya dan keluarga saya,” kata Anwar dalam laporan polis itu.

Laporan polis itu dibuat berikutan dakwaan satu kumpulan yang mendakwa mereka memiliki klip video hitam putih memaparkan aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan seorang wanita yang dikatakan pelacur di sebuah hotel di sini yang menawarkan perkhidmatan seks lewat bulan lalu.

Petang semalam, Anwar menafikan sekeras-kerasnya beliau adalah individu yang didakwa dalam rakaman video seks itu.

Beliau menegaskan penyebaran video seks tersebut adalah satu strategi Barisan Nasional (BN) untuk menjatuhkan imejnya sebagai tokoh pemimpin negara.-TMI

Ulasan GB

Pertama, bagaimana batang tubuh yang memegang video lucah itu mengetahui bahawa ia adalah rakaman asal video berkenaan jika bukan beliau sendiri yang terlibat di dalam menghasilkannya?

Kerana sebelum ini dilaporkan bahawa:

Datuk T memberitahu, pita rakaman itu ditemuinya secara tidak sengaja di bilik hotel tempat didakwa berlakunya hubungan seks ketika dia disuruh oleh pemimpin politik itu mengambil jam tangan Omega yang tertinggal di bilik hotel.

Yang ditemui itu mungkin salinan, mungkin yang telah diubahsuai, mungkin telah mengalami sentuhan perisian komputer, BUKAN RAKAMAN ASAL.

Jelas menunjukkan bahawa ia adalah satu konspirasi yang kantoi.

Kedua, ketulenan pita itu memang diragui kerana dewasa ini CCTV yang murah pun adalah jenis berwarna. Tetapi video lucah yang dipertontonkan itu adalah hitam-putih. Tidak sukar untuk memberi jawapan mengapa rakaman itu sengaja dihitam putihkan oleh para konspirator - iaitu untuk melindung dan memadamkan kesan "superimposed" yang jelas tampak jika ia di dalam keadaan berwarna sekalipun di tahap 8 bits/channel. Malah tahap warna hitam di skala grey scale itupun dipertingkatkan untuk tidak menampakkan sebarang kesan ton warna.

Ketiga: Datuk T berkata:

“Oleh itu, saya memutuskan untuk tidak menyerahkan rakaman kepada pihak berkuasa. Saya akan menyerahkan kepada suruhanjaya awam yang terdiri daripada media dan NGO,” katanya.

Besar sangat pangkat DATUK kamu sehingga boleh mengatasi undang-undang dan tidak mahu menyerahkan rakaman kepada pihak berkuasa?

Ini menunjukkan kamu adalah sebahagian dari kumpulan yang melakukan konsprasi itu.

Keempat: Dalam kenyataan itu, Datuk T berkata, suruhanjaya yang disyorkan agar dibentuk boleh menghantar jam tangan tersebut kepada pakar forensik untuk menentukan sama ada DNA ditemui sepadan dengan pemimpin tersebut.

Sekali lagi persoalan DNA ditimbulkan. Saya katakan bahawa jam itu mungkin jam Anwar dan DNA mungkin sepadan tetapi ia tidak menjelaskan apa-apa hubungkait mengenai video seks berkenaan. Kerana anda mungkin sebagai anggota polis SUDAH mempunyai simpanan DNA Anwar yang boleh dicalitkan di mana-mana sepertimana dicalitkan didubur Saiful!

Kelima, kalau kamu anak jantan, kita cabar Datuk T itu usah berselindung. Dedahkan diri kamu siapa jika benar kamu seorang yang disuruh oleh Anwar mengambil jam tangan Omega yang tertinggal di bilik hotel tersebut?

Setakat artikel ini ditulis, Datuk T belum ditahan sedangkan Anwar sudah membuat laporan polis. Semakin jelas kini siapa beliau sebenarnya.

Kami ada Tuhan untuk kami berlindung dan bermohon, (bukan sekadar Suruhanjaya), agar Allah mendedahkan siapa kamu sebenarnya, dan mendedahkan segala konspirasi ini.

Huh Dasyat, Lelaki Yang Dihukum Mati Oleh Mahkamah Terajang Jurugambar

Penganggur Dihukum Mati Samun Bersenjata Api

GEORGE TOWN: Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang penganggur setelah didapati bersalah melakukan rompakan menggunakan senjata api di sebuah kedai emas empat tahun lepas.

Gambar: Ravindran memberikan "flying kick" kepada seorang jurugambar yang merakam gambarnya di luar mahkamah. - TheStar

Hakim Datuk Mohd Zaki Mohd Yassin juga memerintahkan R. Ravindran, 36, menjalani hukuman penjara maksimum 10 tahun dan 10 sebatan bagi pertuduhan kedua iaitu merompak barang kemas bernilai RM800,000 dengan menggunakan sebatang tukul besi.

Dalam penghakimannya Mohd Zaki berkata mahkamah mendapati wujudnya keraguan pada kenyataan tertuduh semasa membuat pembelaan secara bersumpah dan pihak pendakwaan berjaya mewujudkan kes prima facie.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara dijalankan bermula dari tarikh tangkapan dan hukuman gantung akan dijalankan setelah keputusan rayuan.

Ravindran dituduh melakukan kedua-dua kesalahan itu pada 11 pagi 14 Jan 2007di Gayathrii Tangga Maligai Jewellers di nombor 42, Lebuh Pasar, bersama-sama seorang rakannya yang telah meninggal dunia.

Dia didakwa telah melepaskan tembakan yang boleh mengakibatkan kematian ketika melakukan rompakan itu.

Ravindran diwakili peguam bela Naran Singh manakala pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Azhar Mokhtar. -BERNAMA

Fukushima Terkini, Radiasi Meningkat 1000 Kali Di Radius 20 Km

Radiasi di wilayah sekitar loji tenaga nuklear Fukushima, Jepun, kian naik. Kali ini berdasar data dari Badan Energi Atom Internasional (IAEA), Isnin (21/3), radiasi mencapai 1,600 kali lebih tinggi dari tingkat normal dikesan di wilayah sekitar 20 kilometer dari PLTN Fukushima.

Data yang dikumpulkan oleh tim IAEA menunjukkan tingkat radiasi lebih dari 161 microsievert / jam dikesan di kota Namie, Wilayah Fukushima, kata beberapa kakitangan IAEA.

Kumpulan ahli IAEA yang memantau radiasi dari Tokyo dan lokasi-lokasi yang berdekatan dengan reaktor Fukushima dilaporkan telah mulai mengirimkan kembali pengukuran-pengukuran yang mereka lakukan ke pejabat IAEA di Wina.

Dalam kunjungannya ke Jepun pada Senin, Direktur Jenderal IAEA, Yukiya Amano melakukan pertemuan dengan Perdana Menteri Naoto Kan, sejumlah menteri kabinet, Badan Keamanan Industri dan nuklear (NISA) serta pihak Tokyo Electric Power Company (TEPCO), perusahaan yang menjalankan reaktor Fukushima.

Pemerintah telah menetapkan wilayah larangan yang meliputi area 20 kilometer dari PLTN tersebut dan mendesak warga yang berada di radius 20-30 kilometer untuk tidak keluar ruangan.

Kepulan asap dan wap panas masih membubung tinggi di atas PLTN Fukushima, yang mengalami kerosakan sistem pendingin reaktor sejak terjadinya gempa berkekuatan 9.0 skala Richter dua pekan lalu.

Berbagai usaha penyimbahan air dan pemulihan aliran elektrik sementara dihentikan, menurut laporan terakhir dari pejabat berita Kyodo. -ANTARA

Video Seks: Najib Terlibat Kata Anwar, Beri Kelebihan Kepada PR Kata Nizar

Video seks: Anwar dakwa Najib terlibat

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa Perdana Menteri Najib Tun Razak terlibat dalam pembikinan dan penyebaran video lucah membabitkan perlakuan seks di antara seorang lelaki seimbas beliau dengan seorang perempuan yang ditayangkan di Carcosa Seri Negara di sini semalam.

“Saya cabar Najib (supaya membuktikan beliau tidak terlibat) memandangkan semalam beliau menafikan dirinya terlibat. Mengapa perlu buat penafian dan buat-buat tak tahu?,” soal beliau.

Berikutan tersebar video lucah itu, Anwar membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Dang Wangi, di sini. Beliau hadir pada kira-kira jam 10.35 pagi bersama isterinya yang juga Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Anwar, yang ditemui sejurus membuat laporan polis itu mendakwa Najib, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan pihak atasan polis mengetahui mengenai kontroversi video lucah tersebut.

“Perkara ini berlaku di Carcosa dan beberapa tempat lain. Ia satu jenayah berat dan dibiarkan dan ini tidak mungkin dibiarkan tanpa penglibatan pihak atasan polis, Najib dan Hishammuddin.

“Polis perlu jaga imej dan perlu buktikan mereka tidak memilih untuk buat siasatan,” katanya yang ditemui di ruang legar balai tersebut.

Beliau mendakwa beliau memiliki bukti bahawa kontroversi ini merupakan satu lagi percubaan politik untuk menjatuhkannya.

Kes tuduhan liwat berdepan kegagalan

Katanya, kontroversi terbaru ini sengaja dicipta memandangkan kes tuduhan liwat yang dihadapinya kini bakal berdepan kegagalan.

“Mereka sudah tahu akan kalah kes itu dan sekarang cuba mengadakan kes lain terhadap saya. Namun ia tidak akan menggugat kerjaya politik saya,” katanya.
Beliau dalam laporan polis turut menuntut agar siasatan yang menyeluruh dan tidak berat sebelah.

“Individu-individu ini telah melakukan tindakan-tindakan jenayah berikut termasuk fitnah berunsur jenayah, intimidasi, jenayah, penayangan video lucah dan konspirasi ini yang telah kelihatan di Carcosa.

Mereka perlu dikesan, disiasat tanpa mengira kuasa atau pangkat mereka. Saya harap siasatan tidak berat sebelah dan anasir-anasir jahat dalam serangan jenayah terhadap saya dan keluarga, dibawa ke muka pengadilan.

Turut hadir pemimpin PKR seperti Syed Husin Ali, Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin, Ahli Parlimen Subang R Sivarasa, Naib Presiden N Surendran dan bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Kira-kira 70 penyokong turut hadir memberikan sokongan malah kedengaran mereka melaungkan ‘Hancur Fitnah’ dan ‘Hidup Anwar’.

Kontroversi ini beri kelebihan kepada Pakatan

Sementara itu, Nizar yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata kes ini tidak akan menggugat parti itu dalam Pakatan Rakyat tetapi sebaliknya, melalui kontroversi yang melanda kini memberi kelebihan kepada Pakatan.

“Dalam PAS, berita yang dibawa perlu disahkan. Kami ketawa bila dengar cerita ini kerana dari segi logiknya. Ia hanya percubaan politik ketika menjelang pilihan raya terutama di Sarawak. Kami dalam PAS kukuh bersama Pakatan.


“Saya percaya perkara ini memberi kelebihan kepada Pakatan kerana rakyat kini terarah kepada kami,” katanya ketika mengulas kenyataan Ketua Dewan Ulama’ PAS Datuk Harun Taib hari ini bahawa PAS akan mengkaji semula perikatan mereka dalam Pakatan.

Semalam timbul dakwaan wujudnya klip video hitam putih yang memaparkan aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur (wanita) di sebuah hotel yang menawarkan perkhidmatan seks.

Kumpulan itu, yang diketuai seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya hanya sebagai Datuk T, berkata mereka akan menyerahkan pita video itu kepada pemimpin pembangkang tersebut dan isterinya dalam masa seminggu. -FMT



Video Seks: PAS Tetap Sokong Anwar

KUALA LUMPUR: Walau apapun tuduhan ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, PAS tetap tidak akan berpaling dari Pakatan Rakyat (PR).

Malah, PAS menganggap dakwaan bahawa Anwar merupakan lelaki dalam video seks yang dipertontonkan kepada media pada Isnin merupakan serangan politik semata-mata.

Setiausaha PAS Perak, Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin berkata perkara tersebut tidak akan menjejaskan hubungan PAS dalam PR.

"Ia tidak menjejaskan hubungan PR kerana PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berpegang teguh kepada prinsip bahawa ini adalah fitnah.

"Dalam PAS apabila kita menerima berita sebegini kita akan siasat terlebih dahulu. Apabila kita sudah sahkan berita ini maka kita hanya ketawa kerana ia jelas satu fitnah yang besar,” katanya kepada pemberita selepas menemani Anwar membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini, Selasa.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Dewa Ulama PAS, Datuk Harun Taib yang dilaporkan berkata parti itu akan menilai semula kedudukan mereka dalam PR sekiranya Anwar benar-benar terlibat sebagai si pelaku dalam video seks berkenaan.

Harun berkata, PAS tidak mahu dikaitkan dengan ahli politik yang mempunyai moral yang rendah dan tuduhan tersebut merupakan satu perkara yang serius serta perlu segera disiasat.

Mengulas lanjut, Nizar yang juga Ahli Jawatankuasa PAS pusat berkata parti itu berpegang teguh kepada prinsip setia kawan dalam PR.

"PAS tidak akan melatah dan terpengaruh dengan tipu helah sebegini. Kita akan lebih kuat dalam PR sebaliknya ia akan memakan diri orang yang membuat fitnah ini," katanya.

Bekas Menteri Besar Perak itu menegaskan insiden berkenaan akan memberi kelebihan kepada PR dalam menghadapi pilihan raya negeri Sarawak kerana rakyat akan membuka mata mengenainya.

"Ini satu ujian kepada PR dan pada masa yang sama ini satu hadiah kepada masyarakat supaya mereka membuka mata mengenai kerja jahat pihak tertentu.

"Ia sengaja dibuat memandangkan pilihan raya negeri Sarawak akan tiba tidak lama lagi. Namun ingin saya tegaskan di sini perkara ini tidak akan menjejaskan PR,” katanya.

Negara pada Isnin dikejutkan dengan penemuan pita rakaman aksi perlakuan seks seorang pemimpin tertinggi parti pembangkang dengan seorang wanita asing di sebuah hotel di ibu kota dekat sini.

Rakaman bertarikh 21 Februari yang berdurasi selama 30 minit berkenaan menunjukkan aksi-aksi seks Ahli Parlimen berprofail tinggi berkenaan dari pelbagai sudut yang jelas menampakkan wajah beliau bersama wanita terbabit yang dipercayai pelacur.

Pita rakaman berkenaan ditemui tersembunyi di dalam bilik hotel berkenaan baru-baru ini.

Malah, jam tangan pemimpin terbabit dikatakan tertinggal di bilik itu selepas aksi berkenaan dirakamkan.

Beberapa wakil media telah dipertontonkan dengan rakaman berkenaan secara individu di sebuah bilik hotel oleh sekumpulan yang tidak dikenali yang diketuai oleh seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Datuk T. -mstar


Sudah Boleh Tayang Video Seks Kerana Menteri Kata Tak Salah

Nazri: Tiada yang tonton 'video lucah' di parlimen

Tidak ada sesiapa yang menonton 'video lucah' yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang di parlimen, semalam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz.

Katanya, beberapa ahli parlimen cuba 'mencari video' berkenaan melalui internet tetapi menegaskan tidak ada seseorangpun yang berjaya menjumpai video tersebut sehingga sekarang.

“Saya ada di sana. Saya tanya mereka apa yang kalian sedang lakukan? Mereka memberitahu sedang mencari video itu tetapi tidak ada sesiapa pun yang berjaya menjumpainya,” katanya semasa diwawancara di pejabatnya di parlimen.

“Malah sehingga jam 9.30 malam, ketika saya berjalan di parlimen, tiada sesiapa yang jumpainya... Saya fikir ini dilaporkan dengan salah,” katanya.

Semalam, sebuah portal berita mendakwa sekumpulan ahli parlimen menonton 'pita lucah' itu pada komputer riba di kawasan merokok, lobi parlimen.

Komputer riba itu bagaimanapun didakwa dirampas apabila berita tersebar mengatakan video berkenaan sedang dipertontonkan di parlimen.
Tidak salah

Mengulas 'tayangan video aksi seks' di hotel Carcosa Seri Negara, semalam, Nazri bertegas tidak salah bagi penganjur di sebalik tayangan itu berbuat demikian.

“Awak bagi tau apa yang salah. Semua orang kata ia melanggar undang-undang, tetapi bagi tahu saya, undang-undang mana? Sesiapa yang tahu, perlu tampil dan maklumkan kepada kami,” katanya.

Menurutnya, jika tayangan yang diaturkan oleh seseorang individu yang hanya dikenali sebagai Datuk T dibuat untuk mencari keuntungan, maka ia satu kesalahan.


“Tetapi kita semua tahu beliau tidak ada niat untuk melaporkan (perkara itu) kepada polis dan mendapatkan editor sebagai saksi... tetapi itu bukan perkara pokok.

“Perkara pokok adalah video lucah itu dan pelakonnya (dalam video itu).”

Nazri juga mencemuh ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membuat penafian bahawa lelaki dalam video itu adalah dirinya dan berkata tiada sesiapa yang menuduh beliau.

“Kenapa (buat penafian)? Ia sepatutnya tayangan peribadi. Siapa terlibat (dalam video)? Ia mungkin penasihat DAP Lim) Kit Siang, ia mungkin (presiden PAS Abdul) Hadi (Awang),” katanya.

Ulasan GB

Petikan:

Mengulas 'tayangan video aksi seks' di hotel Carcosa Seri Negara, semalam, Nazri bertegas tidak salah bagi penganjur di sebalik tayangan itu berbuat demikian.

“Awak bagi tau apa yang salah. Semua orang kata ia melanggar undang-undang, tetapi bagi tahu saya, undang-undang mana? Sesiapa yang tahu, perlu tampil dan maklumkan kepada kami,” katanya.

Menurutnya, jika tayangan yang diaturkan oleh seseorang individu yang hanya dikenali sebagai Datuk T dibuat untuk mencari keuntungan, maka ia satu kesalahan.


Ini bererti memiliki, menonton dan menyebarkan video lucah "asalkan tidak bermotifkan keuntungan," maka ia tidak menjadi satu kesalahan.

Sedangkan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 jelas memperuntukkan :


Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998
Melarang penyebaran bahan berunsur kesat/lucah melalui kenyataan undang-undang tertentu (Seksyen 211 dan 233) dan penyelarasan industri di bawah Kod Kandungan (Content Code).
Klasifikasi Kod Kandungan
Forum Kandungan Komunikasi Multimedia Malaysia berdasarkan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998;• Kandungan lucah – perbuatan berunsurkan seks secara nyata, pornografi, pornografi kanak-kanak;
• Kandungan tidak bermoral – lucah, tidak bermoral;
• Kandungan berbentuk ancaman – propaganda menghasut, menanam kebencian, mengancam keselamatan negara, kesihatan dan keselamatan awam;
• Bahasa kesat – ucapan yang menghasut, keganasan;
• Kandungan salah/tidak tepat – salah, mengelirukan.


Nazri, sememangnya sudah bermusuhan sekian lama dengan Anwar sehingga Anwar digantung dari parlimen hasil perbuatan Nazri juga. Maka tidak hairan beliau mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Beliau ialah seorang politikus yang opprtunis, mengampu Najib dan Rosmah untuk survival politiknya.

Lagi Cerita Tentang Bangsa Yang Tabah

Rukuzentakata — Tiga malapetaka telah melanda Jepun, negeri pulau yang terkenal kerana sushi, Sony, dan Samurainya itu.

Gempa bumi dahsyat menerjang sebelah timur laut negeri itu, diikuti oleh bencana tsunami dan reaktor nuklear yang bocor mengeluarkan radiasi.

Ribuan orang mati, dan harapan begitu pudar untuk menemukan 12,000 orang yang dinyatakan hilang.

Selama berhari-hari dunia menyaksikan mangsa terselamat yang kebanyakan orang tua dan tinggal di desa-desa seperti Minami Sanriku dan Rikuzentakata, menderita, kehilangan orang-orang tercintanya, dan diserang udara dingin.

Seorang wanita berumur 85 tahun yang kehilangan saudaranya akibat tsunami bernaung di sebuah pusat pengungsian di Rikuzentakata di Prefektur Iwate.

Sakiko Kono, nama nenek itu, mengatakan, dia lari dari desanya di dekat pantai, di mana sebelum ini tinggal menyendiri.

"Semua orang mengalami saat yang sulit, maka itu saya hanya ingin bertahan," kata Kono.

Bahkan, bagi orang Jepun yang terbiasa dianggap sebagai contoh manusia yang bertanggung jawab, berani, dan berdaya tahan, bencana ini memaksa mereka untuk merenungkan kembali siapa mereka sebenarnya.

Tapi ini bukanlah kehormatan Samurai dan reputasi perilaku matang serta kesangatsopanan yang memenuhi jiwa mereka. Ini jauh lebih sederhana dari itu.

Ini adalah soal bencana yang kembali mendekatkan lagi Jepun ke akar agrarisnya, bertahun-tahun dari masa moden Japan Inc.

Ketabahan yang terlihat di Tohoku, istilah geografis untuk negara ini, adalah milik kaum petani dan nelayan Jepun, bukan pejuang atau pengusaha.

"Di pusat masyarakat petani adalah wujud bahwa sekeras apa pun anda bekerja, cuaca yang berubah dapat membuatmu kehilangan," kata penyair Kundo Koyama. "Itu adalah budaya ketidakberdayaan."

Menolak bantuan luar

Koyama, penulis senario untuk filem peraih Oscar 2008 Departures, dan tinggal di Yamagata, salah satu wilayah di timur laut yang terkenda gempa dahsyat, yakin bahwa akar masyarakat petani inilah yang menjadi jalan bagaimana orang dapat bersama-sama.

"Perasaannya adalah menyimpan persediaan, menolong sesama, dan menjadi masyarakat yang kendiri bertahan," katanya.

Sekalipun jauh dari tanah airnya, orang-orang Jepun selalu melihat ke dalam ketika menyangkut kekuatan dirinya dan bahkan akan malu ditawari bantuan oleh orang luar.

"Dengan penuh hormat, kami menolak menerima bantuan dari luar," kata Tomoko Hirai, yang tinggal di London, sementara anak-anaknya belajar di sebuah sekolah Inggeris.

"Ini yang menjadi pertimbangan pemerintah kami, baik di masa ini maupun selama gempa bumi Kobe (1995) yang menewaskan lebih dari 6,000 orang," sambung Hirai.

Manakala relawan pemadam kebakaran bernama Takao Sato (53) mengetahui bosnya di pemadam kebakaran dan saudara iparnya hilang ditelan bencana, dia tidak berhenti bekerja demi mencari kedua kerabatnya itu.

Sebagai deputi di bahagiannya, Sato mengisi pos yang dulu diisi bosnya dan melanjutkan operasi mencari jenazah.

"Saya bertugas untuk masyarakat," katanya.

Perilaku yang tidak egois itu kerap digugahkan di Jepun oleh pujangga kelahiran Iwate, Kenji Miyazawa, yang kebelakangan ini terus dikutipkan untuk menggambarkan kemahaberanian masyarakat timur laut Jepun.

Sebuah akhbar Amerika menjuluki para jurutera berpakaian seragam antiradiasi yang dengan gagah berani menantang bahaya radiasi untuk terus bekerja di reaktor-reaktor nuklear, dengan sebutan "The Fukushima Fifty".

Surat khabar Asahi Shimbun menyamakan para jurutera pemberani ini dengan cerita kepahlawan karya Miyazawa tentang seorang anak yang mengorbankan diri untuk menyalakan gunung berapi demi menyelamatkan penduduk desa dari kebekuan yang mematikan selama musim dingin yang menusuk kulit.

Sebuah bait puisi Miyazawa berbunyi "Ame ni mo makezu" yang melukiskan daya tahan manusia dalam menghadapi alam, dikutip oleh aktor Ken Watanabe yang kemudian disiarkan oleh radio internet ke seluruh negeri.

Di jantung semangat tabah masyarakat Jepun timur laut adalah pentingnya untuk senantiasa bertalian satu sama lain dengan masyarakat mereka.

"Pada situasi seperti ini, saya tak ingin mengatakan hal-hal buruk mengenai orang lain atau menyalahkan mereka. Itu semua membuat saya sedih," kata Sakari Minato, penjual kereta berusia 47 tahun di Yamadamachi yang juga di Wilayah Iwate.

Rumahnya dihancurkan gelombang tsunami. Dia dan keluarganya kini tinggal di rumah kerabatnya.

"Pada waktu seperti ini, yang paling penting adalah berhungan dengan orang-orang," katanya.

Bahkan di masa krisis, penduduk timur laut Jepun yang kota mereka gelap gelita, kembali ke akar komunitinya.

"Saya tak pernah mengira kota kelahiranku akan seperti ini," kata penyanyi Masao Sen ketika mengunjungi pusat pengungsian Sakiko Kono.

Sen yang asli orang Rikuzentakata adalah artis terkenal di Jepun.

Penyanyi balada lagu-lagu "enka" yang telah berusia 63 tahun dan kerap menggambarkan kehidupan yang keras di wilayah timur laut itu, berbagi semangat dengan para korban ketika anak-anak dan orang tua mengerumuninya untuk berjabat tangan dan berfoto.

"Jepun tidak jatuh panik dan tidak kehilangan ketertibannya. Di negeri-negeri lain mungkin ada rompakan. Inilah standard hidup tinggi rakyat di sini," kata Masao Sen. - ANT

Anwar Buat Laporan Polis, Sahut Cabaran Hishamuddin

Pita seks: Anwar buat lapopran polis

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir di balai polis Dang Wangi, Kuala Lumpur bagi membuat laporan polis berhubung pita video seks yang dipertontonkan kepada media, semalam.

Beliau diiringi tidak kurang 30 penyokongnya dan ditemani isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga presiden PKR, tiba pada jam 10.45 pagi.

Anwar, pada sidang media petang semalam, menafikan lelaki yang mirip wajahnya dalam video 17 minit yang dipaparkan melakukan hubungan seks dengan seorang gadis di sebuah hotel yang tidak dikenali, adalah dirinya.

Hadir sama, ahli parlimen dan pemimpin PKR lain seperti R Sivarasa, Tian Chua dan M Manikavasagam, setiausaha PAS Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, naib presiden PKR N Surendran dan ketua pemuda PKR, Shamsul Iskandar Md Akin. -mk


Video seks: Buat laporan polis jika teraniaya, kata Hishammuddin

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein meminta individu yang rasa dirinya “teraniaya” ekoran penyebaran video seks, yang dikaitkan dengan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat, agar membuat laporan polis.
Beliau berkata tanpa laporan polis, pihaknya tidak boleh melakukan siasatan.

“Kita tak boleh nak ambil tindakan selagi tiada laporan polis dibuat.

“Tapi siapa yang terlibat kena berani dan jawab, sesiapa yang rasa dianiaya buatlah laporan polis,” katanya pada sidang media.

Menurut Hishammuddin, beliau baru hari ini dimaklumkan mengenai video seks tersebut dan tidak mempunyai butiran lanjut mengenainya.

“Saya baru sahaja dimaklumkan mengenai perkara ini (video seks) pagi tadi, saya tak tahu siapa dan apa butirannya.

“Sama ada dia daripada pemimpin pembangkang (Pakatan Rakyat) saya tidak tahu, sama ada ia tulen atau palsu saya juga tidak tahu, saya belum tengok dan mungkin tidak akan tengok,” katanya kepada pemberita di Bukit Aman hari ini.

Naib Presiden Umno itu juga meminta semua pihak agar jangan membuat spekulasi bahawa polis terlibat dalam penyebaran video seks itu.

“Apa yang boleh saya tegaskan bahawa polis tidak terlibat dalam apa jua kegiatan untuk merekod video itu.

“Jadi jangan ada spekulasi bahawa polis yang buat, saya belum tengok dan mungkin tidak akan tengok,” katanya.

Jelas beliau, sekiranya benar individu tersebut adalah pemimpin Pakatan Rakyat, maka rakyat akan menilai dan menghukum tindakan individu tersebut.

Semalam satu rakaman video menunjukkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat sedang mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita, dipercayai pelacur asing, muncul dan dipertontonkan kepada media.

Video 21 minit itu, dalam empat segmen, menggambarkan pemimpin tersebut yang juga seorang Ahli Parlimen mengadakan hubungan seks di sebuah hotel di sini, dilihat akan menggegarkan arena politik negara sekali lagi.

Ia yang dirakamkan pada 21 Februari lalu dipertunjukkan kepada media di sebuah hotel di sini pagi ini.

Rakaman itu diperoleh dari hotel pemimpin berkenaan melanggan wanita tersebut.

Wakil-wakil media dibawa ke hotel itu oleh seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai “Datuk T”.

Rakaman hitam putih itu dipertontonkan dalam beberapa bahagaian, bermula dengan ahli politik berkenaan, seorang wanita yang bercirikan Asia Timur, dan seorang lelaki tidak dikenali di bilik hotel tersebut.

Bahagian kedua, yang dirakamkan dari pelbagai sudut, menunjukkan lelaki itu menerima seks oral daripada wanita berkenaan dan mengadakan hubungan seks dalam beberapa posisi. -TMI


Ulasan GB

Apakah Datuk T itu akan ditahan oleh pihak polis "untuk membantu siasatan"?

Itu yang dinantikan oleh rakyat sekarang ini.

Atau apakah Anwar memasuki perangkap Hishamuddin yang memang sudah menjangkakan Anwar akan membuat laporan polis mengenai video berkenaan dan mereka sudah menyiapkan skrip selanjutnya?

Sama-sama kita nantikan.

Paderi Anti-Islam Bakar Al-Quran

Gainesville: Paderi Amerika Syarikat yang anti-Islam, Terry Jones, memutuskan bahawa al-Quran ‘bersalah menyebabkan jenayah’ tertentu dan mengatur sesi pembakaran kitab suci itu di gerejanya, kelmarin.

Pembakaran itu dilakukan paderi Wayne Sapp di bawah pengawasan Jones yang mencetuskan bantahan terhadap rancangan untuk membakar al-Quran sempena sambutan memperingati serangan 11 September 2001 (9/11).

Upacara membakar itu dilakukan selepas sesi penghakiman hanya lapan minit sebelum memutuskan kononnya al-Quran didapati bersalah dan dihukum.

Kitab itu direndam dalam minyak tanah selama sejam dan diletakkan dalam dulang besi di tengah-tengah gereja itu sebelum Sapp menyalakan api dengan pemetik api barbeku. Kitab itu di bakar selama 10 minit sementara penonton mengambil gambar.

Jones dikutuk hebat banyak pihak termasuk Presiden Barack Obama, Setiausaha Negara Amerika, Hillary Clinton dan Setiausaha Pertahanan, Robert Gates berhubung rancangannya membakar kitab suci Islam, September lalu.

Dia tidak meneruskan rancangannya dan berikrar tidak akan melakukannya sebelum menyatakan dia sudah buat keputusan.

Kali ini, Jones berkata, dia sudah memberi dunia Muslim peluang untuk mempertahankan kitab itu tetapi tidak mendapat maklum balas.

Paderi itu merasakan beliau tidak dapat menjalankan perbicaraan sebenar tanpa hukuman sebenar. Upacara itu dibuka pada orang ramai dan hampir 30 orang menyertainya.

Jadwiga Schatz, yang datang untuk menyokong Jones, meluahkan rasa bimbang dengan perkembangan Islam di Eropah.

“Penganut agama itu pada saya seperti raksasa. Saya benci mereka.

“Ini adalah pengalaman sekali seumur hidup,” katanya.

Jones menganggap majlis itu berjaya. – AFP

Pencemaran Radiasi Dalam Makanan Di Jepun Serius

Tokyo - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan pencemaran radiasi dalam makanan susulan letupan di loji nuklear Fukushima-Daiichi akibat gempa bumi dan tsunami merupakan situasi yang serius.

Dalam satu kenyataannya semalam, WHO memberitahu bahawa debu radioaktif yang kini tersebar di udara telah menyebabkan makanan dan bekalan air bersih tercemar.

"Tidak dapat dinafikan, pencemaran ini adalah serius," kata jurucakap WHO di Manila, Peter Cordingley dalam wawancara telefon dengan agensi berita Reuters.

"Ia jauh lebih serius berbanding jangkaan awal bahawa pencemaran ini cuma terhad dalam lingkungan 20 hingga 30 kilometer dari loji tersebut. Beberapa bahan makanan tercemar telah ditemui di luar zon kontaminasi," tambahnya.

Susulan perkembangan tersebut, Kementerian Luar Jepun menggesa orang ramai yang tinggal dekat dengan loji berkenaan supaya tidak meminum air paip selepas ia dikesan mengandungi bahan iodin radioaktif.

Setakat ini, beberapa kes sayuran dan susu dicemari radiasi mencetuskan kebimbangan di Jepun dan negara-negara serantau walaupun Tokyo berulang kali memberi jaminan bahawa tahap pencemaran itu tidak merbahaya.

Sebagai langkah pencegahan, kerajaan Jepun melarang penjualan susu mentah dari negeri Fukushima dan bayam di sebuah kawasan berdekatan. Mengulangi jaminan kerajaan Jepun sebelum ini, Cordingley berkata, tiada bukti bahawa makanan tercemar yang dikeluarkan di Fukushima sampai ke negara-negara lain.

BEBERAPA pekerja sedang menyiapkan kubur besar untuk mengebumikan mangsa-mangsa tsunami di Bandar Higashimatsushima, negeri Miyagi.

Jepun mengeksport buah-buahan, sayuran, produk tenusu dan makanan laut dengan Hong Kong, China dan Amerika Syarikat (AS) merupakan pelanggan terbesarnya.

Sementara itu, Ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Yukiya Amano mengaku situasi nuklear Jepun masih amat serius tetapi memberi jaminan negara itu akan dapat menanganinya secara efektif.

Amano melahirkan keyakinan itu ketika mempengerusikan satu mesyuarat tergempar 35 negara yang membentuk lembaga pentadbiran IAEA di Vienna semalam.

"Krisis loji nuklear Fukushima-Daiichi yang terletak 240 kilometer ke utara Tokyo masih belum selesai dengan situasi di loji itu masih serius. Namun saya yakin ia akan dapat ditangani," katanya.

Beberapa reaktor nuklear di loji Fukushima-Daiichi meletup dan terbakar seterusnya melepaskan pencemaran radiasi sejak timur laut Jepun dilanda gempa bumi kuat berukuran 9 pada skala Richter dan tsunami pada 11 Mac lalu.

Setakat ini, angka rasmi kematian adalah 8,450 orang dengan 12,931 masih hilang manakala anggaran kerugian akibat malapetaka berkembar itu mencecah AS$235 bilion (RM717 bilion). - Reuters

Ulasan GB

Yang pro kepada pembinaan loji nukelar di malaysia, perlu buka mata terhadap berita di atas.

Merungkai Penghasilan Video Panas - Najib, Hishamuddin, Polis, Datuk T

Teknologi video dan kempen jatuhkan seteru

Sekali imbas, ceritanya memang panas – tetapi tidak masuk akal.

Adakah seorang yang begitu terkenal dan menghadapi pertuduhan liwat akan nekad untuk mendapatkan khidmat seorang pelacur di sebuah hotel di tengah-tengah ibu negara?

Dan, apakah kemungkinan bilik hotel itu pula mempunyai kemudahan rakaman yang begitu canggih sehingga video itu diambil daripada beberapa sudut.

Itulah yang juak-juak Umno dan blogger upahan mahukan rakyat percaya dalam fitnah terbaru terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam percubaan terbaru untuk memusnahkan kredibiliti Ketua Pembangkang berusia 63 tahun itu, seorang yang bergelar “Datuk T” hari ini menyewa kemudahan di Hotel Carcosa yang mempunyai kadar sewa paling mahal di Kuala Lumpur.

Beliau berbuat demikian kononnya untuk membolehkan wartawan menonton video itu sebelum ia dihantar kepada Anwar dan isterinya.

“Datuk T” menggambarkan dirinya sebagai ahli sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang mahu menegakkan kebenaran.

Jika itu tujuannya, mengapa tidak diserahkan video itu kepada pihak berkuasa, termasuk Jabatan Agama Islam?

Mengapa tidak terus “melepaskan” video itu untuk disebarkan kepada orang ramai supaya kesahihan video ini dapat dikenal pasti secepat mungkin?

Kenapa harus tunggu seminggu?

Kenapa harus tunggu seminggu atas alasan memberi peluang kepada Anwar berundur secara terhormat?

Jelas tujuan untuk “menyembunyikan' video ini daripada khalayak ramai adalah hanya untuk mendapatkan publisiti maksimum untuk memalukan Anwar, sebelum kesahihan video diperinci oleh golongan profesional.

Bagi mereka yang mengenali selok belok politik Umno dan NGO upahan parti itu, persoalan utama ialah sebagus mana kualiti video fitnah ini. Dalam erti kata lain, apakah teknologi yang digunapakai untuk menghasilkannya.

Pada perbicaraan Anwar yang pertama tahun 1998, pihak pendakwaraya menjanjikan bukti video untuk mensabitkan perlakuan seks Anwar.

Namun akhirnya pihak pendakwaraya sendiri sedar bahawa “video” yang dimaksudkan itu direkacipta dengan kualiti yang begitu buruk dan tidak akan dapat dipertahankan di mahkamah.


Justeru, tidak ada bukti sebegitu ditampilkan, sungguhpun ia dijanjikan.

Sejak itu, teknologi video sudah jauh beranjak ke depan untuk memanfaatkan sesiapa yang bercadang membuat video membabitkan personaliti tertentu.

Kepada mereka yang arif dalam teknologi video, teknik memasang wajah orang tertentu melakukan sesuatu yang haram bukan perkara mustahil, namun ia adalah sesuatu yang boleh dibuktikan menerusi aplikasi teknologi yang ada.

Di tangan polis

Jika Datuk T “ikhlas” menyelamatkan negara, video itu sudah tentu berada di tangan polis, dan Jabatan Agama Islam serta pakar-pakar yang boleh memperakukan kesahihannya.

Sebaliknya tidak. Datuk T akan “menyimpan' video itu untuk seminggu manakala polis dan pihak berkuasa Islam pula tidak menunjukkan sebarang inisiatif untuk menyiasat dakwaan beliau.

Jelas tangan musuh-musuh politik Anwar sekali lagi terserlah dalam satu lagi percubaan untuk mengaibkan beliau dan keluarganya.

Dengan bertindak demikian, seteru-seteru politik Anwar mahu merencat kempen beliau dan Pakatan Rakyat di Sarawak menjelang pilihanraya negeri di situ.

Lawan politik Anwar juga amat mengharapkan “pendedahan” video seks itu akan memberikan nafas baru kepada tuduhan liwat terhadap beliau yang kini terjejas selepas hakim memutuskan polis memperolehi bukti sampel DNA terhadap Anwar secara tidak sah.

Amat mencurigakan apabila Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein awal-awal lagi menafikan pembabitan polis dalam video berkenaan.

“Jadi jangan ada spekulasi bahawa polis yang buat (video) ini, saya belum tengok dan mungkin tidak akan tengok,” kata beliau.

Hanya Hishamuddin tahu kenapa beliau bingkas menafikan pembabitan polis walhal belum pun ada tuduhan sebegitu dibuat. -mk


Banyak persoalan mengenai video seks

Untuk kali kedua dalam tempoh kira-kira empat tahun, negara digemparkan dengan klip video seks yang didakwa membabitkan ahli politik terkemuka.

Kali ini, video tersebut didedahkan kepada pihak media di sebuah hotel mewah di Kuala Lumpur hari ini.

Manakala majoriti wartawan yang menonton video tersebut hampir pasti identiti ahli politik yang didakwa itu, namun masih banyak persoalan mengenainya.

Siapakah 'Datuk T'?

Orang yang menganjurkan tayangan video tersebut, hanya mahu dikenali sebagai 'Datuk T' dan dia amat berhati-hati untuk mendedahkan lebih banyak lagi tentang dirinya.

Bagaimanapun, yang pasti ialah Datuk T telah dengan teliti merancang pendedahan hari ini dan telah menempah sebuah bilik berharga RM1,350 di hotel mewah Carcosa Seri Negara untuk mendedahkan video tersebut.

Dia sentiasa diiringi dua pengawal peribadi dan enggan mendedahkan apa-apa ketika ditemui, dan hanya mengulangi apa yang dinyatakan dalam kenyataan bertulis kepada media, atau mendedahkan apa kaitannya dengan ahli politik yang didakwa terbabit dalam klip video tersebut. -mk



Najib: Polis tak rakam video seks didakwa libatkan pemimpin Pakatan

KUALA LUMPUR, 21 Mac – Datuk Seri Najib Razak menegaskan pihak polis tidak terlibat dalam kes rakaman video seks – yang didakwa melibatkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat – melanggan khidmat seks pelacur di hotel di sini akhir bulan lalu.

Dalam mesej Twitter malam ini, ketika isu terbaru ini hangat dibahaskan dan menarik perhatian ramai, Perdana Menteri berkata beliau mahu mengesahkan apa yang diperkatakan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein di Bukit Aman tengah hari tadi.

“Saya suka mengesahkan apa yang Datuk Hishammuddin mengatakan bahawa polis tidak terlibat dalam rakaman video seks yang didakwa,” kata Najib sekitar pukul 9 malam tadi.

Bagaimanapun Najib tidak menyebut sama ada pihaknya sudah diberi taklimat mengenai kes itu.

Pada sidang media di ibu pejabat PKR petang tadi, Anwar menafikan sekeras-kerasnya beliau adalah individu yang didakwa dalam rakaman video seks, yang mendapatkan khidmat seks pelacur.

Beliau menegaskan penyebaran video seks tersebut adalah satu strategi Barisan Nasional (BN) untuk menjatuhkan imejnya sebagai tokoh pemimpin negara.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya, ia berniat jahat dan fitnah, saya nafikan secara keras saya adalah individu dalam video tersebut.

“Saya mengecam konspirasi terbaru untuk memfitnah dan mengaibkan saya serta keluarga, video yang ditayangkan merupakan satu taktik jahat yang dilakukan musuh politik yang berhasrat untuk membantutkan kemaraan Pakatan Rakyat,” katanya.

Hishammuddin juga meminta individu yang rasa dirinya “teraniaya” ekoran penyebaran video seks, yang dikaitkan dengan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat, agar membuat laporan polis.

Beliau berkata tanpa laporan polis, pihaknya tidak boleh melakukan siasatan.

Menurut Hishammuddin, beliau baru hari ini dimaklumkan mengenai video seks tersebut dan tidak mempunyai butiran lanjut mengenainya.

“Sama ada dia daripada pemimpin pembangkang (Pakatan Rakyat) saya tidak tahu, sama ada ia tulen atau palsu saya juga tidak tahu, saya belum tengok dan mungkin tidak akan tengok,” katanya.

Naib Presiden Umno itu juga meminta semua pihak agar jangan membuat spekulasi bahawa polis terlibat dalam penyebaran video seks itu. -TMI


Ulasan GB

Ada seperkara yang aneh di dalam kenyataan Najib, bagaimana beliau boleh membela dan mempertahankan polis dengan menyatakan polis tidak terlibat sedangkan siasatan belum dilakukan?

Ia adalah premature untuk Najib berbuat demikian.

Jika demikian, Najib tahu seolah-olah tahu siapa sebenarnya pembikinnya atau perakamnya - atau satu konspirasi baru sama seperti kudeta Perak, tetapi ternyata tak berapa menjadi kali ini?

Apa tah lagi, Datuk T yang mempertontonkan video klip itu telah dengan teliti merancang pendedahan hari ini dan telah menempah sebuah bilik berharga RM1,350 di hotel mewah Carcosa Seri Negara untuk mendedahkan video tersebut.

Dia sentiasa diiringi dua pengawal peribadi dan enggan mendedahkan apa-apa ketika ditemui, dan hanya mengulangi apa yang dinyatakan dalam kenyataan bertulis kepada media, atau mendedahkan apa kaitannya dengan ahli politik yang didakwa terbabit dalam klip video tersebut.

Polis tidak pula menghalang sidang tontonan berkenaan sedangkan ia jelas menyalahi undang-undang.

Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998
Melarang penyebaran bahan berunsur kesat/lucah melalui kenyataan undang-undang tertentu (Seksyen 211 dan 233) dan penyelarasan industri di bawah Kod Kandungan (Content Code).
Klasifikasi Kod Kandungan
Forum Kandungan Komunikasi Multimedia Malaysia berdasarkan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998;• Kandungan lucah – perbuatan berunsurkan seks secara nyata, pornografi, pornografi kanak-kanak;
• Kandungan tidak bermoral – lucah, tidak bermoral;
• Kandungan berbentuk ancaman – propaganda menghasut, menanam kebencian, mengancam keselamatan negara, kesihatan dan keselamatan awam;
• Bahasa kesat – ucapan yang menghasut, keganasan;
• Kandungan salah/tidak tepat – salah, mengelirukan.


Cacatnya skrip sandiwara ini bilamana Najib sendiri bersuara membuat kenyataan "polis tak terlibat", yang memberi impak masyarakat merumuskan keadaan sebenar adalah disebaliknya.

5 Guru Silat Temui Ajal Selepas Pertunjukan Silat Di Majlis Perkahwinan

Alor Setar: “Saya ternampak seekor ‘lembu besar’ berwarna hitam melintas secara tiba-tiba. Saya cuba mengelak tapi gagal,” kata Rashidi Ahmad, pemandu van yang terbabit dalam kemalangan mengorbankan lima guru silat di Jalan Titi Haji Idris, Pendang dekat sini, awal pagi semalam.

Rashidi, 24, memandu van Ford Econovan membawa lapan penumpang yang dalam perjalanan pulang selepas mengadakan pertunjukan silat di majlis perkahwinan ahli keluarga seorang daripada mangsa di Sungai Buloh, Selangor, kelmarin.

Seorang daripada yang terbunuh dalam kejadian jam 3.30 pagi itu ialah ayah Rashidi, Ahmad Ismail, 60, dari Kampung Alor Rela, Langgar, yang maut di tempat kejadian. Turut maut di tempat kejadian Juhari Darus, 65, dari Kampung Pering, Kodiang dan Jumaat @ Saad Mat Akhir, 65, dari Malau, Jitra.

Sudin Idris, 65, dari Kampung Telaga Mas dan Eshak Awang Kechik, 78, dari Kampung Tualang, Pokok Sena, pula meninggal dunia pada jam 9 dan 11.45 pagi semalam ketika dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.

Rashidi, Ariffin Mahazon, 56, dan Mohd Idris Mohd Senapi, 20, dirawat sebagai pesakit luar manakala seorang lagi penumpang, Che Ishak Hussin, 54, ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital sama.

Menurut Rashidi, selepas cuba mengelak ‘lembu besar’ hitam itu, van dipandunya terbabas dan melanggar sebatang pokok berhampiran sawah.

“Selepas itu, saya tak ingat apa berlaku. Apa yang saya tahu, saya berada di tepi jalan sebelum ternampak ayah masih berada di tempat duduk penumpang hadapan van dan dipercayai sudah meninggal dunia kerana tersepit,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Alor Rela, Langgar, dekat sini, semalam. Rashidi dan semua penumpang van berkenaan adalah guru silat yang juga ahli Persatuan Persilatan dan Pergendangan Negeri Kedah.

Mereka bertolak dari Sungai Buloh dengan diikuti sebuah kenderaan lain berkonvoi untuk pulang ke Kedah, kira-kira jam 6 petang kelmarin dan kejadian berlaku ketika van dipandu Rashidi menghala ke Langgar dari arah Pendang. Rashidi berkata, dia tidak mengantuk ketika memandu kerana sepanjang perjalanan mereka berhenti rehat di lima hentian rehat dan rawat (R&R) Lebuhraya Utara-Selatan sebelum meneruskan perjalanan pulang.

“Ayah tak banyak bercakap cuma ketika berhenti di hentian R&R Bukit Gantang, Perak, dia singgah minum bersama rakan-rakannya manakala saya duduk di meja lain.

“Sejak di Sungai Buloh lagi hati saya tak tenteram kerana berasakan sesuatu yang bakal berlaku, namun saya cuba melupakannya. Akhirnya berlaku kemalangan ngeri ini sehingga menyebabkan kematian ramai termasuk ayah,” katanya.

Rashidi yang juga anak keenam daripada tujuh beradik berkata, sebaik ternampak ‘lembu hitam’ melintas jalan, dia tidak sempat berbuat apa-apa kerana jalan raya di situ gelap dan hanya menyedari kemalangan itu sebaik berada di bahu jalan.

Dia dipercayai tercampak keluar melalui tingkap van akibat rempuhan kuat itu yang menyebabkan dia berada dalam keadaan separuh sedar dan dibawa ke HSB untuk mendapatkan rawatan dengan menaiki ambulans.

“Setahu saya, kawasan itu tidak pernah ada lembu pun dan kalau ada sekali pun hanya waktu siang, tetapi jarang pula ada waktu tengah malam dan awal pagi.

“Saya reda dengan apa yang berlaku kerana kehilangan ayah dalam sekelip mata selain rakannya yang menjadi orang kuat dalam persatuan silat itu,” katanya.

Astaghfirullah... Jasad Warga Afghanistan Jadi Mainan Tentera AS

Majalah Mingguan Jerman Der Spiegel pada hari ini telah menerbitkan foto menunjukkan dua tentera Amerika Syarikat di Afghanistan dari unit tentera "nakal" bergaya dengan jasad warga Afghanistan.

Gambar: Foto-foto orang awam Afghanistan yang dibunuh oleh 'tentera pembunuh' mungkin lebih dasyat dari yang diperolehi dari Abu Ghraib ini, kata komander NATO. - Photograph: AP

Dua foto, yang Spiegel katakan berusaha dirahsiakan pemerintah Amerika Syarikat, menunjukkan dua anggota tentera, yang diduga membunuh warga Afghanistan untuk olahraga.

Dalam satu gambar, seorang perajurit dengan rokok di tangan, memegang kepala mangsa bernoda darah, yang kelihatan tak bernyawa. Dalam gambar kedua, seorang tentera menyeringai lebar sambil juga memegang korban sama.

Foto ketiga menunjukkan dua jasad disandarkan di pos, yang juga kelihatan tak bernyawa. Foto itu terkait dengan perkara besar tentera dituduh membunuh rakyat, memotong tubuh mereka dan mengumpulkannya sebagai piala.

Gambar: Jeremy Morlock (kiri) & Andrew Holmes (kanan)

Spiegel menyatakan salah satu tentera di foto itu adalah Kopral Jeremy Morlock, yang menghadapi tuduhan pembunuhan berencana dalam kematian tiga warga Afghanistan. Yang lain, perajurit Andrew Holmes, dituduh berkomplot membunuh seorang lelaki Afghanistan pada Januari, kata majalah itu.

Rencananya, konon dibuat pemimpin jaringan Sersan Calvin Gibbs dan Morlock, dikatakan melibatkan penembakan seorang warga dan melempar granit buatan Rusia pada lelaki itu untuk membuatnya kelihatan sebagai pejuang musuh mereka. Pada November, Holmes mendapat penangguhan hukuman sementara dari tindakan hukum berkaitan dengan tuduhan pembunuhan, kata peguamnya.

Morlock adalah satu dari lima tentera dituduh melakukan pembunuhan dalam perkara tersebut, sementara tujuh lagi dituduh mencoba menghalangi penyelidikan, menggunakan ganja dan pemukulan keji terhadap rekannya sebagai pembalasan mengadu kepada atasan.

Spiegel menyatakan tentera Amerika Syarikat berusaha mencegah penerbitan gambar itu, kerana takut akan "pukulan" terhadap pasukannya di Afghanistan. Majalah berwibawa itu menyatakan telah lima bulan meneliti cerita dari kelompok disebut "Regu Pembunuh" itu.

"Spiegel hanya menerbitkan tiga dari 4.000 gambar dan video, hanya itu yang diperlukan untuk cerita tersebut, yang perlu dikemukakan di sini," kata majalah itu.

Dalam pernyataannya, tentera Amerika Syarikat mengatakan, "Hari ini, Der Spiegel menerbitkan foto menggambarkan tindakan menjijikkan bagi kita sebagai manusia dan bertentangan dengan ukuran dan nilai Tentera Darat Amerika Syarikat."

"Kami mohon maaf atas bahaya akibat dari foto itu," katanya.

Tindakan kelihatan dalam gambar itu adalah inti pengadilan mahkamah tentera Amerika Syarikat, yang sedang berlangsung, dengan terdakwa dianggap tidak bersalah kecuali dan sampai terbukti bersalah, tambah pernyataan itu. "Perjalanan mahkamah tentera itu berbicara sendiri," katanya.