11 Okt 2009

Era Najib Altantuya : Majoriti BN Cuma 831 Tanpa Undi Pos

Calon Barisan Nasional (BN), Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad menang pada pilihan kecil DUN Bagan Pinang dengan majoriti tipu 5,435 undi, mengikut analisis seorang blogger, iniyangakurasa.

Mohd. Isa memperoleh 8,013 undi manakala calon Pas, Zulkifly Mohamad Omar memperoleh 2,578 undi.

UNDI POS = 4,604

MAJORITI TIPU = 5,435

MAJORITI TIPU - UNDI POS = 5,435 - 4,604 = 831 undi

Ulasan GB



* Maka sebab itu SPR sedaya upaya mempertahankan undi pos kerana ia menjadi senjata utama mengalahkan Pakatan Rakyat.

Kemenangan besar Pakatan rakyat di Permatang Pasir adalah kerana bilangan undi pos yang kecil iaitu sebanyak 8 undi sahaja dan SPR telah ditegur oleh Najib lantarannya. Najib menyindir SPR dengan berkata "Saya tahu kenapa BN tewas di Permatang Pasir."

Faktor kemenangan Najib di Pekan pada PRU 11 dan 12 setelah hampir kalah di dalam PRU 1999 adalah kerana Undi Pos... jangan lupakan fakta itu.


* Sebenarnya analisis blogger berkenaan tersilap. Tanpa undi pos majoriti BN ialah 2026.

Era Najib Altantuya : PAS Tumpas, Rasuah Menang Di Bagan Pinang

Seperti yang dijangka, gergasi Barisan Nasional Tan Sri Isa Samad menewaskan calon Pas Zulkefly Mohamad Omar dengan majoriti besar 5,435 undi.

BN meraih 8,013 undi berbanding Pas 2,578 undi, peningkatan sebanyak 1583 undi dari keputusan PRU-12 8 Mac tahun lalu.

Dalam PRU lalu, Allahyarham Azman Mohd Nor menumpas calon Pas Ramli Ismail dengan majoriti 2,333 undi.

Peratusan keluar mengundi bagaimanapun tidak mencatatkan peningkatan ketara. Hanya 81.62 peratus bersamaan 11,157 dari 14,912 pengundi berdaftar keluar membuang undi berbanding 81.59 peratus atau 11,579 pengundi dalam PRU lalu.

Pas dijangka menghadapi laluan sukar menewaskan calon popular Isa Samad di kubu kuat BN ini. Mantan Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun itu diketahui popular dan Umno mengerahkan seluruh kekuatan jenteranya bagi memastikan kemenangan pertama di Semenanjung tanah air.

Pakatan Rakyat sebelum ini menggesa Suruhanjaya Pilihanraya merombak proses pengundian pos bagi memastikan pengiraan yang telus dan bersih. Undi tentera mencecah [berapa] ribu dan menjadi batu halangan besar kepada gagasan kerajaan alternatif menewaskan calon pemerintah di Bagan Pinang.

Meskipun Bagan Pinang melunaskan kekontangan Umno-BN, pemerhati politik bersetuju kemenangan Isa Samad memudaratkan imej Umno, dan merencat reformasi lanskap politik negara.

Isa Samad pernah digantung keahliannya dari Umno selepas terbukti terbabit rasuah dalam pemilihan Umno 2004. Dari Pakatan Rakyat hingga ke pemimpin veteran Tengku Razaleigh Hamzah dan Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat bahawa kemenangan Isa adalah kemenangan untuk rasuah dan penyelewengan.

Perdana Menteri Najib Abdul Razak bagaimanapun menepis rekod rasuah Isa Samad, asalkan Umno menang dalam pilihanraya kali ini.

Gerombolan pemuda berbaju Barisan Nasional dan 1Malaysia mengempur markas Pas sebermula kempen menyebabkan beberapa orang petugas cedera.

Pada waktu itu terdapat 40 orang petugas berada di dalam markas.

Keganasan berlanjutan sehingga ke hari penamaan. Sepanjang proses pengundian berlangsung, 2 orang anggota polis mengalami cedera ringan, 3 orang ditahan dan 13 laporan berkenaan dengan kecederaan dilaporkan.

Menurut Ketua Polis Negeri sembilan, Datuk Osman Salleh tujuh kertas siasatan telah dibuka dan ia disiasat di bawah 324 kanun keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan 160 kanun keseksaan kerana mencetuskan pergaduhan.

Era Najib Altantuya : Keputusan Bagan Pinang

Keputusan Pilihanraya Kecil
DUN N31 Bagan Pinang
CalunPartiJumlah Undi Semasa

Isa Samad
United Malay National Organisation8013


Zulkefly Mohamad Bin Haji Omar
Parti Islam Semalaysia2578

Majoriti : 5453

Undi Rosak: 223

Era Najib Altantuya : LIVE Bagan Pinang Bhgn 3

Lintas Lansung Bagan Pinang Bahagian 3

Tamat Kemaskini. Sila ke SINI untuk Keputusan.

5.20 petang: Peratusan keluar mengundi adalah sebanyak 69.5 peratus atau seramai 6,301 pengundi.

4.55 ptg Malaysiakini melaporkan persaingan BN dan PAS dijangka sengit - majoriti calon yang menang dijangka tipis.

"Kalau (PAS) menang, tidak menang banyak. Kalau kalah, tidak kalah banyak," kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, yang menyifatkan kedua-dua parti saling "kejar-mengejar."

4.25 ptg : Dari UPU Bagan Pinang, Umno gunakan kumpulan sorak pemuda India untuk sokong mereka, laungkan 'Hidup Umno' dan buat kekecohan, mereka senyap apabila satu suara menyampuk, 'Hidup Kugan'.

4.20 ptg : Sehingga jam 4 ptg seramai 6,301 pemilih, atau 69.5 peratus, di Bagan Pinang telah keluar mengundi - sejam lagi sebelum tempoh membuang undi bagi pilihan raya kecil DUN tersebut ditutup.

4.15 ptg Pusat Pengundian Di Sekolah Kebangsaan Panglima Adnan dilaporkan penyokong BN masih melakukan provokasi dengan menghina nama-nama besar pemimpin Pakatan.

Polis beberapa kali membuat teguran tetapi tidak diendahkan

4.10 ptg : Jika benar bahawa PAS boleh berjaya "menawan" Undi Pos seperti dilaporkan oleh malaysiakini, maka peluang untuk PAS menang adalah cerah.

4.00 ptg : Tg Razaleigh berharap UMNO kalah. Katanya: "Walaupun kemenangan Isa pastinya dialu-alukan kepimpinan parti ekoran kekalahan berturut-turut Umno, namun dukacita saya katakan bahawa apa yang rakyat dan negara ini perlukan adalah Umno tewas di Bagan Pinang. Ini kerana kita sekali lagi mengetengahkan calon yang terbukti seorang perasuah," kata mantan Naib Presiden Umno itu." lapor TVAntara.

3.59 ptg : Graf pengundi yang keluar mulai menurun. Mengikut statiktik peratusan yang ada sekrang, dijangka menyukarkan pencapaian sasaran 80% oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan PAS sendiri.

3.45 ptg : Laporan dari SK Sri Rusa, sebanyak 58.25% telah keluar mengundi.

3.30 ptg : UMNO dilihat memperalatkan budak-budak sekolah dengan membayar mereka wang dan budak-budak ini bertindak sebagai penyokong BN. Mereka melakukan demikian untuk menunjukkan yang kononnya bilangan penyokong BN lebih ramai.

Gelagat kumpulan budak sekolah dan "Mat Rempit" sukar dikawal, lapor loveperak.

3.25 ptg : Di S.K Si Rusa, provokasi masih lagi berlaku disana dan semakin panas. Helikopeter masih ligat berpusing diudara treutamanya di tempat-tempat yang berhadapan keteganagn tinggi.

3.20 ptg Pengundi berdaftar di Bagan Pinang yang masih belum keluar mengundi diseru untuk keluar mengundi kerana masa yang tinggal kurang 2 jam sebelum proses pengundian ditutup jam 5 nanti.

3.15 ptg Seramai 5,892 atau 65 peratus pemilih telah keluar mengundi sehingga jam 3 petang ini - dua jam sebelum pengundian bagi pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang ditutup pada jam 5 petang.

Kadar peratusan tersebut dijangka menyukarkan pencapaian sasaran 80 peratus oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

3.10 ptg : Harakahdaily melaporkan tinjauan rambang pelbagai pihak mendapati umumnya bersetuju bahawa mood rakyat semasa kempen pilihan raya kecil Bagan Pinang adalah menyebelahi PAS. Faktor mood sudah cukup mengatakan PAS boleh bertarung dan boleh menang!

Semuga Tuhan Yang Esa menyuntik kesedaran kepada pengundi Bagan Pinang agar bersama-sama dengan mood rakyat di serata Semenanjung yang telah merasmikan pihak Pakatan Rakyat adalah pilihan rakyat di semua pilihan raya kecil.

Berikut adalah analisis daripada beberapa tinjauan online atau undian SMS yang mengutip mood rakyat tersebut.

Beberapa kutipan pendapat yang dibuat melalui laman sesawang akhbar online tentang senario pilihan raya kecil N.31 Bagan Pinang, sebahagian besar memberi sokongan kepada isu-isu yang menyebelahi PAS/Pakatan Rakyat.

Berpandukan respon pembaca akhbar online yang sebahagian besar mereka adalah penjenguk laman sesawang (mungkin mereka sebahagian profsional, blogger atau penggemar internet) dari pelbagai lapisan social pembaca, menyatakan mood mereka (tentang sesuatu isu pilihan raya kecil Bagan Pinang) adalah menyebelahi pihak Pakatan Rakyat.

Di antara isu itu adalah Bagan Pinang adalah DUN kuat pengaruh BN, penilaian terhadap populariti Tan Sri Isa Samad dan hubungan populariti calon BN dengan peluang kemenangan.

Oleh itu, undian para pembaca laman MyStar online dan the Malaysian Insider adalah antara sample yang boleh dibaca. Berikut adalah keputusan undian tersebut.

Undian MyStar online 20 September 2009, atas persoalan: Apakah peluang BN untuk menang di pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang lebih besar kerana ia adalah kubu kuat Umno? Jawapannya yang bersetuju (Ya) = 12.9% dan tidak bersetuju (Tidak) = 87.1%.

Undian MyStar online 1 Oktober 2009, atas persoalan: Adakah pemilihan Tan Sri Isa Samad sebagai calon beri peluang kemenangan BN di DUN Bagan Pinang? Jawapannya yang menyokong (Ya) = 9.7% dan tidak menyokong (Tidak) = 90.3%.

Kemudian undian MyStar online pada 9 Oktober 2009 atas persoalan yang sama: Adakah pemilihan Tan Sri Isa Samad sebagai calon beri peluang kemenangan BN di DUN Bagan Pinang? Jawapannya yang menyokong (Ya) = 3.8% dan tidak menyokong (Tidak) = 96.2%.

Melalui laman akhbar online The Malaysian Insider pula, atas isu popularity Tan Sri Isa Samad lagi: Do you think Tan Sri Isa Samad's popularity in Bagan Pinang makes the by-election result a foregone conclusion? Jawapan pembaca laman berkenaan pada 6 Oktober 2009 adalah 63.8% yang memandang popularity Isa tidak menjamin kemenangan BN. Undian pada 7 Oktober pula menunjukkan pandangan atas persoalan yang sama adalah meningkat kepada 64.0%.


dikemaskinikan sentiasa. sila refresh

Era Najib Altantuya : LIVE Bagan Pinang Bhgn 2

Lintas Lansung Bagan Pinang Bahagian 2

Tamat Kemaskini ini dan sila ikuti sambungan bahagian 3 di SINI

3:15 :SPR mengumumkan peratusan keluar mengundi setakat jam 3 petang adalah 65 peratus atau seramai 5892 pengundi

Para penyokong kedua dua parti mula mengambil tempat semula untuk sessi petang ini setelah berehat tengahari tadi.

3.02 ptg : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat keputusan mengejut berhubung pemakaian lambang-lambang parti di badan para penyokong di luar lapan pusat pembuangan undi.

Atas arahan suruhanjaya itu, polis mengarahkan semua petugas dan penyokong PAS serta BN menanggalkan sebarang simbol - termasuk pada pakaian seperti topi atau jaket.

3.00 ptg : Cuma tinggal 2 jam saja lagi masa mengundi tamat.

2.30 ptg : Laporan dari SJKT Ladang Bradwall - atas desakan petugas PAS, sejumlah kereta pemuda Umno yang membawa lambang 'dacing' telah ditahan pihak polis, mereka ini di syaki ingin membuat hura-hara di sana pula.

2.20 ptg: Sehingga pukul 2 petang seramai 5,371 atau 59.2 peratus telah keluar mengundi.

2.15 ptg Wakil calon PAS, Ramli Ismail, membuat aduan polis tengah malam tadi, mendakwa 70 kertas undi untuk pemilih pos yang tidak membuang undi diserahkan pihak tentera.

Jumlah kertas ini - yang dicurigai oleh PAS - sepatutnya disimpan di pejabat pegawai pengurus pilihan raya DUN Bagan Pinang, katanya kepada Malaysiakini.

dari Galeri Foto MK





1.45 ptg : Pasukan FRU ditempatkan untuk mengawal ketegangan yang berlaku di kawasan peti undi SK Telok Kemang.

1.50 ptg PAS menjangka sokongan pemilih undi pos terhadap calon parti itu, Zulkefly Mohd Omar dalam pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, memberangsangkan. Proses membuka sampul undi pos dilakukan di Dewan Perbandaran Port Dickson mulai kira-kira jam 10.30 pagi tadi. Demikian lapor malaysiakini. Akibat dari tekanan keterlaluan, tentera berkemungkinan telah mengubah pendirian untuk memberikan undi pos kepada PAS. Bendahari PAS Negeri Sembilan, Md Nor Rahman ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan berkata, "dijangka ia (undi pos) lebih kepada kita" dan "nampak memberangsangkan".

1.45 ptg TVAntara melaporkan Mahfuz Omar berkata, tindakan UMNO memperkudakan organisasi di bawah mereka sebagai menunjukkan kelemahan parti itu berdiri sendiri untuk mentadbir negara.

1.30 ptg Sehingga jam 1 tengahari tadi SPR mengumumkan sebanyak 54.1% atau 4,905 orang telah keluar mengundi.

1.10 tengahari : Terbaru! seorang pemuda PAS cedera dibelasah 15 orang pemuda Umno. Namun pihak polis yang berada ditempat kejadian hanya menangkap seorang sahaja daripada pemuda Umno itu.

12:45 : Pemimpin PAS, Salahudin Ayub, Dr. Dzulkifli Ahmad, Dr. Hatta Ramli berada di Pusat Mengundi Sek. Keb. Si Rusa memantau suasana pilihanraya.

12.35 tengahari : Di SK. Panglima Adnan bagan Pinang, kekechan bermula sekali lagi, pemuda Umno lebih agresif dengan membaling batu sesuka hati.

12.30 tengahari : Di SK. Si Rusa keadaan tenang, kedua-dua petugas dan penyokong parti kelihatan letih dan hanya duduk merayu undi.

12.25 tengahari : Di SJKT Ladang Atherton - 200 atau 40% pengundi telah keluar melaksanakan tanggungjawab mengundi. Menteri Besar juga nampaknya baru sampai di sana namun beredar setelah tidak dapat masuk ke tempat pengundian. Kebanyakan kaum india di Atherton memberi sokongan penuh pada calon PAS.

12.20 tengahari : Sehingga jam 12 tengahari tadi, seramai 4,220 atau 46.5 % telah keluar mengundi bagi melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

12.10 tengahari : Keadaan kini semakin tegang di SK. Panglima Adnan Bagan Pinang, seorang pegawai polis cedara dibaling batu oleh penyokong Umno.

12.07 tengahari : Pasukan Peguam PAS mendakwa kes replika duit palsu RM100 yang ditabur di Tmn. Desa Sirusa semalam adalah provokasi Umno BN.

Tiga keping duit RM100 tersebut didakwa mempunyai nombor siri yang sama.

Pasukan peguam tersebut bagaimanapun telahpun membuat laporan polis.

12.05 tengahari : Di pusat mengundi SK Si Rusa, situasinya juga sama dengan kedua-dua penyokong PAS dan BN masih merayu undi, namun penyokong Umno semakin agresif. Keadaan juga tegang di sekolah tersebut, FRU sedang mengawal ketat. Turut kelihatan disana, Ketua Muslimat PAS Kedah, Ustazah Aisyah Ghazali dan Pengerusi Lajnah Guaman PAS, Hanifa Maidin.

11.45 pagi : Pengarah Pilihanraya Kecil PAS Bagan Pinang, Salahuddin Ayub sejak awal pagi tadi bersama dengan beberapa orang pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat membuat lawatan kesemua pos PAS di 8 UPU.

11.22 pagi : Laporan dari SJKT Ladang Siliau - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin cuba mencabuli hak undang-undang dengan cubaan masuk ke tempat pengundian. Namun beliau disekat masuk penyokong PAS lalu dia hanya bahawa beliau 'tersilap masuk' kawasan tersebut.

11.20 pagi : Laporan dari Teluk Kemang, dua orang Pemuda Umno telah ditangkap polis atas tindakan ganas menumbuk seorang penyokong PAS. Insiden berlaku apabila penyokong BN memulakan serangan dengan membaling batu kearah penyokong PAS, kemudian berbalas baling botol.

11.18 pagi : Dua buah trak polis simpanan persekutuan (FRU) menuju ke Teluk Kemang, dari sumber laporan berlakunya pergaduhan disana.

11.13 pagi : Calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar kini di Sek.jenis Keb. (Tamil) dan (Cina) Ladang Bradwall, sedang melihat proses pengundian didalam dewan, mengambil kesempatan beramah mesra dengan pengundi disana.

11.00 pagi : Sehingga jam ini, seramai 3,239 atau 35.7 % daripada 9,060 pengundi biasa sudah keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang ini.

dikemaskinikan sentiasa. Sila refresh

VIDEO

Ralat : Tarikh video sepatutnya 11 Okt 2009

Era Najib Altantuya : LIVE Bagan Pinang

Lintas lansung PRK N31 Bagan Pinang.

Tamat Kemaskini dan sila ikuti sambungan bahagian 2 di SINI

11:30 : Seorang peraih undi Umno, Pak Mat Motor yang datang dari Rembau mendakwa dirinya ditipu agen Tan Sri Isa kerana masih belum mendapat bayaran RM300 seperti dijanjikan.

11:25 : Salahuddin memberitahu, sehingga kini Polis belum membuat maklum balas berhubung laporannya semalam yang mendakwa wujud sammseng di kalangan Komando Umno.

11.20 : Cuaca semakin cerah. Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata beliau berpuas hati dengan proses pengundian walaupun keadaan cuaca hujan di sebelah pagi tadi.

11.15 : Setakat jam 11 pagi, peratus yang keluar mengundi adalah 35.7 peratus atau 3,239.

10.55 : Suasana tegang dilaporkan di Pusat pembuangan Undi Sek Keb Panglima Adnan

10:50 : Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyidin tiba di Sek. Keb. Si Rusa. Penyokong Pakatan Rakyat melaungkan 'rasuah, rasuah...' tidak berhenti henti.

10:40 : Calon PAS kini sedang melawat di Sek. Keb. Si Rusa

Lagi dari lensa pinkturtle:





10.30 pagi : Di UPU Bagan Pinang - 350 pengundi telah keluar mengundi.

10.25 pagi : Di UPU Ladang Bradwall - serami 102 pengundi telah keluar mengundi. Statistik 25% terima dari pos PAS disana. Jalan masuk ke estet tersebut semakin sesak walaupun pengundi di tempat tersebut hanya 451 pengundi sahaja. Petugas, penyokong kedua-dua parti bertanding dan pelancong pilihanraya dipercayai menyebabkan kesesakkan tersebut.

10.20 pagi : Sehingga jam 10 pagi, SPR mengumumkan sebanyak 23.09% atau seramai 2168 orang sudah keluar mengundi

10.15 pagi : Pergaduhan hampir tercetus apabila satu objek keras dipercayai batu dibaling ke kelompok penyokong pakatan rakyat di Sek. Ren. Panglima Adnan.

10.10 pagi : Keadaan trafik di Port Dickson bertambah sesak. Calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar sampai ke Sek. Keb. Si Rusa, UPU Taman Eastern diiringi beberapa pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat.

10.00 pagi : Kelihatan bersama di Bagan Pinang ialah Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim dilihat yang tiba untuk memantau suasana pilihanraya.

Dari lensa pinkturtle:






9.50 pagi : PERATUSAN keluar mengundi sehingga 9 pagi ialah 11.6 peratus iaitu 1,058 pengundi di lapan pusat mengundi dengan 18 saluran, kata Pengerusi SPR pada sidang akhbarnya di SK Panglima Adnan.

9.45 pagi. Hujan tidak menentu. Langit mendung di kebanyakan tempat.

9.30 pagi : Di Ladang Bradwall, jalan sudah sesak dengan kenderaan yang keluar mengundi. Suasana riuh bila petugas BN lalu dihadapan kawasan penyokong PAS. Penyokong PAS mempersoal petugas-petugas berbaju puteri Umno tanpa lambang boleh pula berada di pondok SPR.

9.25 pagi : Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa tiba di Sek. Keb. Panglima Adnan Bagan Pinang. Suasana mendung, hujan renyai mulai turun. Penyokong kedua-dua parti sedang hangaat bersorak.

Turut kelihatan disana YB PAS Kelantan, Abdul Fatah Haron, Dato' Abd Rahman, Adun Tendong dan Adun Manek Urai.

9.20 pagi : Di UPU Bagan Pinang - Adun Manek Urai, Abe Uji turut kelihatan sama dengan petugas PAS. Suasana semakin hangat, kedua-dua penyokong sedang berbalas mulut, BN kering idea menjerit 'Husam rasuah'.

Di UPU Ladang Bradwall - keadaaan tenang, ramai penyokong PAS berbangsa India mulai kelihatan disana.

9.15 pagi : Calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar sampai di Sek. Keb Teluk Kemang meninjau proses pembuangan undi di sana.

9.10 pagi : Hujan semakin lebat di Teluk Kemang. Keadaan lalu lintas menuju ke Bandar Port Dickson dilaporkan semakin sesak.

9.00 pagi : Di UPU Bagan Pinang - suasana hangat dengan kedua-dua penyokong BN, PAS berbalas 'perang mulut'.

8.50 pagi : Cuaca kembali mendung dan hujan renyai di beberapa lokasi

8.30 pagi : Hujan telah berhenti. Kesesakan lalulintas di Batu 6 dan SiRusa.

8.20 pagi : Helikopter PDRM mula berlegar-legar di awanan, melihat perkembangan perjalanan pengundian dari udara.

8.10 pagi : Pengundi-pengundi mulai kelihatan keluar, agak lewat. Menunggu hujan yang baru berhenti. Petugas-petugas kedua-dua parti juga mula kelihatan ditepi-tepi sepanjang jalan masuk pusat pengundian.

8.00 pagi : Kesemua 8 tempat mengundi telah dibuka.

Lapan - Sek. Jenis Keb (Tamil) Ladang Atherton S, Sek. Jenis Keb (Tamil) Ladang Siliau, Sek. Jenis Keb (Tamil) dan (Cina) Ladang, sek. Keb. Si Rusa, Sek. Keb. Panglima Adnan Bagan Pinang, Sek. Keb. Kampung Baru Si Rusa dan Sek. Keb Teluk Kemang.

Proses pengundian bermula 8 pagi dan akan berakhir 5 petang, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof.

7.30 pagi : Di lapan UPU, petugas PAS sedang giat membuat semakan nama di pondok semakan (pondok panas).

Setengah jam dari sekarang, semua pusat pengundian akan dibuka kepada pengundi Bagan Pinang yang berdaftar.

7.25 pagi : Jalan utama Jalan Pantai - Kampung Bagan Pinang - Teluk Kemanang kelihatan masih belum dipenuhi kenderaan, trafik bergerak lancar dari kedua-dua arah.

Laluan menuju ke tempat-tempat pengundi masih terkawal. Di kiri kanan bahu jalan polis sudah kelihatan.

7.25 pagi : Hujan mulai turun di beberapa kawasan, namun keadaan tidak beberapa lebat.

6.40 pagi : Petugas jentera PAS mula mengambil posisi kerja masing-masing, mereka kelihatan lebih bersemangat.

Pasukan Unit Amal yang berkawal sejak awal pagi tadi sudah siap siaga untuk bertugas

Para pengundi mula keluar ke pusat pembuangan undi pada jam 8 pagi untuk menunaikan tanggungjawab di dalam PRK Bagan Pinang

PAS yang telah memenangi 7 kali PRK sebelum ini di Semenanjung telah menurunkan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar menentang Tan Sri Mohamed Isa Samad, bekas Menteri Besar Negri Sembilan yang penah menjalani penggantungan ahli UMNO selama tiga tahun ekoran keterlibatannya di dalam gejala rasuah.

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah menyediakan 18 saluran tempat mengundi dan antara yang terbesar ialah SK Teluk Kemang, SK Panglima Adnan dan SK Kampung Baru Sri Rusa.

SPR menjangkakan peratus keluar mengundi capai lebih 80 peratus kerana cuti hujung minggu hari ini. 9,060 pengundi biasa manakala 4,604 pengundi pos yang telah mengundi pada dua hari lepas.

Dikemaskinikan sentiasa

Era Najib Altantuya : Jasa Calon Pas, Zulkefly Kepada Penduduk Kg Broga


Pertama kali melihat sekumpulan orang Cina mengikuti calon Pakatan Rakyat Zulkefly Mohamad Omar, terdetik bahawa mereka yang terbabit itu adalah ahli Kelab Penyokong PAS.

Apabila mereka didekati, rupa-rupanya mereka ini adalah aktivis-aktivis yang menyertai perjuangan Zulkefly dalam wadah No Incenirator Broga.

Sesiapa pun tidak percaya, begitu dekat peribadi Zulkefly dalam kamus perjuangan mereka.

Mereka tidak memanggil calon PAS sebagai Zulkefli atau Mohamad.

Tetapi, mereka panggil Zulkefly sebagai Aasuu.


Alice Lee Yok Kim, 40, yang mengaku sahabat kepada calon Pakatan itu berkata, Zulkefli seorang yang boleh dipercayaai serta ikhlas membantu mangsa pencemaran di Broga tanpa mengira kaum dan agama.

Beliau yang juga bekas Setiausaha pertubuhan ini telah datang ke Bagan Pinang untuk memberikan sokongan kepada Encik Zulkefly Mohamad Omar.

Menurut beliau, Zulkefly merupakan sahabat yang istimewa, boleh dipercayai, bertanggungjawab dan suka membantu orang ramai tidak mengira bangsa.

Beliau juga turut memperakui kebijaksanaan Zulkefly dalam berurusan dengan pegawai kerajaan serta kepetahannya berbicara dengan orang ramai.

Mewakili lebih 30 delegasi ke N31, Beliau turut berkongsi pengalaman manis, apabila perjuangan No Incenirator Broga tercapai.

Alice yang kini bermastautin di Bangi, meminta rakyat melihat kebolehan dan pengalaman Zulkefly memperjuangkan isu-isu kemanusiaan dan alam sekitar.

“Tidak kisah sama ada menang atau tidak, kami tetap akan sokong Zulkefly,” tambahnya lagi.

Beliau berharap dengan kemenangan yang bakal dicapai oleh Zulkefly, penduduk Bagan Pinang akan berpuas hati dengan kepimpinannya.

Bersama Alice, Gan Eng Lee, 55, pesara penoreh getah.

Menurut Gan, Zulkefly seorang yang sangat menepati janji dan tidak pernah menipu.

“Beliau juga seorang yang baik hati dan ikhlas dalam membantu orang tanpa mengharapkan balasan.”

“Mak saya kata, perjuangan sampai habis sebab Aasuu ada. Jika Aasuu tiada, nafas Broga pun tiada.

Mereka yang mengikuti kempen Zulkefly sejak dari awal,menyeru semua pengundi agar menyokong calon bersih itu. -ajijoi

Era Najib Altantuya : Mansuhkan ISA SAMAD

Pertelagahan yang berlaku antara dua fraksi dalam MCA telah mengakibatkan EGM diadakan. Dua fraksi tersebut yang diketuai oleh Presidennya Ong Tee Keat dan Timbalan Presidennya Dr Chua Soi Lek.

Hari ini, EGM tersebut telah diadakan dan para perwakilan MCA telah membuat satu keputusan yang dramatik. Kedua-dua yang bertelagah telah tersungkur di tangan perwakilan MCA. Undi tidak percaya kepada Presiden parti, Ong Tee Keat telah diluluskan manakala Timbalannya Dr Chua Soi Lek diterima semula sebagai ahli MCA tetapi hilang kerusi dan jawatan Timbalan Presiden.

Apa nak dikatakan lagi, para perwakilan telah membuat keputusan mereka. Both have to go demi mengembalikan kestabilan di dalam MCA. Isy... akan stabil ke MCA dengan tersungkurnya OTK dan CSL??

Satu yang interesting tentang keputusan yang dibuat oleh para perwakilan di EGM tersebut adalah seolah-olah mereka dengar dan ikut nasihat dan saranan daripada Che Det supaya memilih pemimpin yang benar-benar bersih sekiranya MCA ingin menjadi parti yang relevan semula bagi kaum Cina.

Chua Soi Lek yang terpalit dengan skandal seks dan Ong Tee Keat dengan tuduhan mengambil wang RM10 million serta free plane ridenya telah ditolak oleh perwakilan MCA di EGM siang tadi. Begitulah malangnya nasib kedua-dua pemimpin tersebut.

Seperkara lagi.... Harap-harap apa yang dilakukan oleh perwakilan MCA, parti kaum Cina ini akan dicontohi oleh para pengundi N31 Bagan Pinang esok apabila mereka keluar membuang undi.

Dalam PRK N31 Bagan Pinang, calon yang bertanding ialah Saudara Zulkefly Mohamad Omar daripada Parti PAS dan Isa Samad daripada UMNO. Antara kedua-dua calon dalam pertandingan satu lawan satu ini, yang bersih daripada skandal ialah calon daripada PAS. Manakala, Isa Samad calon UMNO.... chiiitttt, terpalit teruk dengan pelbagai skandal dan telah terbukti bersalah terlibat dengan rasuah politik.

So... apa nak buat esok?? Keluar beramai-ramai seawal yang boleh untuk melaksanakan tanggungjawab anda. TOLAK calon UMNO yang rasuah dan PANGKAH, Saudara Zulkefly Mohamad Omar daripada PAS!!!

Selamat mengundi!!!! - MumOf3

Era Najib Altantuya : Insiden 2 Pagi bagan Pinang

Insiden berdarah hampir berlaku berhampiran bilik gerakan PAS/PR tidak jauh daripada PD Marina Resort awal pagi ini. Kekecohan kecil bermula dengan tindakan biadap seorang daripada remaja skuad baju hitam dengan armband merah ditengah-tengah kumpulan petugas dan penyokong PAS. Keadaan menjadi tegang apabila skuad samseng UMNO itu dikerah beramai-ramai menyerbu bilik gerakan PAS dengan dakwaan bahawa seorang ahli mereka telah dicederakan oleh penyokong PAS.

Pasukan polis yang berada di tempat kejadian untuk mententeramkan keadaan turut diasak oleh kumpulan besar skuad remaja itu. Dua orang blogger yang terperangkap dalam kesesakan akibat insiden itu telah mendengar kata-kata bersifat menghasut yang diucapkan oleh petugas-petugas UMNO dewasa.

Antara kata-kata itu ialah, “Asak je! Jangan takut, polis sebelah kita!” Walaubagaimana pun, cubaan skuad remaja itu untuk bertempur dengan penyokong PR dapat dihentikan oleh pihak polis setelah remaja-remaja samseng itu mengasak benteng pasukan polis beberapa meter sehingga sangat hampir dengan kedudukan penyokong-penyokong PR.

Team PerakExpress yang turut terperangkap dalam kesesakan jalanraya di tempat kejadian dapat melihat puluhan remaja bermotosikal skuad baju hitam dengan armband merah bergerak kembali ke bilik gerakan UMNO berdekatan. Kebanyakan remaja tersebut adalah dalam lingkungan usia belasan tahun dan awal dua puluhan. Dipercayai sebahagian besar mereka masih bersekolah. -Perakexpress Foto: UmmiAnni










Era Najib Altantuya : Bagan Pinang, Antara Maruah dan Rasuah

Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar mengumpamakan bahawa pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang hari ini merupakan pertarungan antara 'maruah' dan 'rasuah'.
Jelas beliau, apabila tanah-tanah pantai dan kampung dikaut oleh para kroni calon BN, yang hanya tinggal pada pengundi hanyalah maruah dan harga diri.

"Seandainya Tan Sri Isa Samad terpilih menjadi ADUN, para pengundi diibaratkan seperti telah menjual harga diri mereka," ujarnya ketika berucap di hadapan para penyokong dekat sini malam tadi.

Mengambil contoh perhimpunan agung khas MCA yang baru berlalu, beliau memuji perwakilan MCA yang berani membuat keputusan dengan mementingkan integriti dan moraliti pemimpin yang dipilih.

"Malahan, keberanian yang ditunjukkan oleh perwakilan MCA itu jauh lebih tinggi daripada perwakilan UMNO," ujarnya menyelar tindakan sekumpulan samseng pemuda Umno yang bertindak ganas baru-baru ini.

Mahfuz dalam pada itu turut mencabar jentera-jentera Umno yang datang daripada seluruh pelusuk negara supaya menutup markaz dan kembali ke negeri asal mereka sekiranya mereka masih mempunyai maruah.

Beliau dalam ceramah akhir sebelum menjelang tengah malam tadi berharap agar semua pengundi dapat membuat pilihan yang sebijaknya dalam memilih pemimpin terutamanya yang melibatkan rasuah.

"Gelombang menolak rasuah ini akan bermula di Bagan Pinang, kembalikan maruah rakyat dalam pilihan raya ini," ujarnya lagi.