7 Sep 2014

Kecewa Dengan PAS Terutama UG, Penyokong PR Tanggalkan Lambang PR Dari Keretanya


Seorang penykong Pakatan Rakyat hari ini telah mengoyak dan menanggalkan pelekatr Pakatan Rakyat yang berlambang tiga komponen parti PR dari cermin belakang keretanya kerana kecewa dengan sikap angkuh Parti islam SeMalaysia.

Menurut catatan di media sosial penyokong PR berkenaan:

Maka, akibat segelintir sikap ANGKUH Parti Islam SeMalaysia, especialy Team UG, pada hari ini, 07/09/2014 - ku tanggalkan semua simbol "PAKATAN RAKYAT" - Rashid Xxxxxxx.

Beliau dipercayai begitu kecewa dan terkilan dengan sikap Presiden PAS bersama penyokong-penyokong taksubnya yang tidak lagi menghormati malah mencemuh parti rakan di dalam Pakatan Rakyat.

Ramai yang menykong tindakannya dan dikatakan akan mengikut jejak langkahnya.

Di dalam ruangan komennya juga, beliau menambah:

Even, my members yg 'ahli' dlm PR sendirik tahu, den tinggalkan UMNO bukan atas nama Haji Hadi, bukan atas nama Nasrudin Hassan, bukan pula atas nama Nik Abduh, tetapi atas rasa Hormat, Simpati dan Terima Kaseh den keatas individu bernama Anwar Ibrahim - yg membuka minda pemikiran Rakyat!!!

Sementara itu, terdapat laporan menyatakan seorang ahli baru Pas telah mengisytihar keluar dari menjadi ahli PAS ...

Lebih malang lagi, menurut laporan berkenaan, beliau merupakan saudara baru (Cina) yang sebelum ini yakin PAS sebuah parti yang bukan perkauman.

Mesej beliau telah tersebar melalui perisian Whatsapps.

Di dalam perkembangan berkaitan, Ketua Penerangan Wanita PKR, Azura Aziz dalam kenyataannya mempersoalkan kenyataan Abdul Hadi yang memperlekehkan kebolehan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah sambil menegaskan pengalaman, kredibiliti dan kelayakannya sudah cukup melantik Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor.

“Siapa dia untuk mengatakan bahawa Dr Wan Azizah tidak mampu?” soalnya.

Katanya, tindakan Abdul Hadi juga disifatkan mengkhianati kepercayaan sekutu Pakatan Rakyat (PR) setelah membelakangi persetujuan sebelum ini. Malah katanya, pendirian PAS yang tidak tetap juga tidak boleh diterima oleh PR.

“Dia cuba meletakkan pencalonannya daripada tiga nama daripada PAS dan bukannya apa yang telah dipersetujui semasa mesyuarat Pakatan Rakyat.

“Jika dia tidak berpuas hati dengan gabungan PR, dia harus meninggalkan parti,” katanya.

Jelasnya lagi, integriti Abdul Hadi selaku Presiden parti Islam juga dipersoalkan kerana kejutan pusingan-U yang dibuat Abdul Hadi pada saat akhir.

“Hadi menipu kita semua, termasuk ahli-ahli partinya sendiri dan ini adalah benar-benar mengecewakan,” ujarnya,

Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini turut meminta Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik kenyataannya yang mendakwa Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak berkebolehan untuk menjadi menteri besar Selangor yang baharu.

Menurut ketua AMK Nik Nazmi Nik Ahmad, kenyataan itu dilihat tidak mencerminkan semangat setiakawan dalam Pakatan Rakyat, apatah lagi ia daripada presiden sebuah parti komponen kepada presiden parti komponen yang lain.

"AMK Malaysia percaya mana-mana pemimpin tidak terlepas daripada kemungkinan kelemahan dan ini seharusnya menjadikan mereka lebih demokratik dan tidak meminggirkan kepentingan untuk sama-sama berganding bahu dalam membuat keputusan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Katanya lagi, Presiden Parti Keadilan Rakyat Dr Wan Azizah telah memimpin PKR sejak 1999, dan pernah diangkat sebagai Ketua Pembangkang pada tahun 2008.

"Beliau telah mencipta sejarah membina gagasan parti politik pelbagai kaum paling berjaya dalam sejarah negara yang telah memberi peluang kepada begitu ramai wanita turut serta sebagai pemimpin di pelbagai peringkat.

AMK turut kesal dengan kenyataan berkenaan dan mahu Abdul Hadi agar menghormati keputusan pimpinan pusat PAS dan Majlis Pimpinan Pakatan yang meletakkan Dr Wan Azizah sebagai satu-satunya calon bagi jawatan Menteri Besar Selangor yang baharu.


‘Hadi deceived all of us’

Wanita PKR information chief Azura Aziz has accused PAS President Abdul Hadi Awang of deceiving not only his coalition partners, but members of his own party.

Her sentiments were echoed by PKR Youth chief Nik Nazmi Nik Ahmad, who said Hadi’s recent statements were “putting to test the friendship of the Pakatan coalition.”

The two said this in reference to Hadi’s opinion that PKR president Wan Azizah was not qualified to be the Menteri Besar of Selangor.

“Hadi is just being a chauvinist. In terms of experience, credentials and qualifications she has what any right-thinking person would consider as being qualified,” Azura said, citing Wan Azizah’s academic qualifications and her political leadership not only as the founder of the Reformasi Movement but her work as the ADUN for Kajang.

Azura also said PAS’s flip-flop stance “cannot be tolerated” as it was not in the spirit of being a coalition partner.

“If PAS cannot toe the line of the coalition, he should use the same advice he gave his own party members which is to leave the party if they are dissatisfied,” she said.

“The trust has been broken” because Hadi’s “surprise U-turn” showed he didn’t honour his word and lacked integrity.

“Hadi deceived all of us, including his own party members and this is utterly disappointing.”

Nik Nazmi meanwhile said Hadi’s statement about Wan Azizah’s lack of leadership qualities to effectively govern Selangor as the Menteri Besar was “not appropriate” and “uncalled for.”

The Seri Setia assemblyman also urged Hadi to respect the decision made by the PAS Central Leadership and Pakatan Leadership Council, adding that Hadi’s inappropriate statements were putting to test the friendship in the Pakatan coalition.
-FMT










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Rendah & Aibkan Wan Azizah, Hj Hadi Perlu Cermin Diri - Abu Hassan Adam


PAS - PEMIMPIN BERFIKIRAN ‘USANG’ HARUS UNDUR

Tindakan TG Haji Hadi Awang ‘mengaibkan’ DS Wan Azizah amat bertentangan dengan prinsip keislaman. Ramai yang berkata begitu. TG Haji Hadi tidak sepatutnya melakukan perkara sedemikian rupa, apatah lagi apa yang diperkatakannya itu tidak dapat diterima oleh ramai rakyat Malaysia. Malah, ‘musuh’ politik Pakatan pun merasakan bahawa apa yang diperkatakan oleh TG Haji Hadi amat tidak kena dengan kedudukan beliau sebagai Presiden parti yang sentiasa berlandaskan Islam sebagai wadah perjuangannya.

Antara ‘hujah’nya mengenai Dr Wan Azizah, "Kalau daripada awal lagi dia tidak ada kebolehan jawab soalan di parlimen, untuk soal di parlimen, soalan dalam DUN, nak berdialog dengan lawan dalan Dewan Negara pun tak boleh, macam mana nak jadi pemimpin…Tak boleh, tak mampu mengendali pemerintahan kerajaan negeri Selangor. Ini memerlukan seorang yang kuat untuk jaga negeri Selangor” MALAYSIAIKINI 6 SEPTEMBER 2014.

TG Haji Hadi sepatutnya ‘mencermin diri’ terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan sedemikian. Apakah beliau lupa yang beliau terbukti gagal mentadbir negeri Terengganu sehinggakan dapat ditawan semula oleh Barisan Nasional. Dan apakah beliau juga sudah tidak ingat tentang tokoh PAS yang dipilih oleh beliau untuk menerajui Kedah juga gagal meneruskan pentadbiran sehingga dapat ditawan juga oleh BN. Dan mengenai peranan beliau sebagai ahli Parlimen juga haru disentuh. Seingat aku tidak ada satu isu besar yang pernah diketengahkan oleh TG Hajid Hadi sepanjang beliau ‘memanaskan kerusi’ di parlimen. Dan kebanyakan isu yang disentuh hanya berlegar di sekitar soal-soal agama dan hampir tidak ada langsung kebolehan beliau untuk berbicara mengenai soal ekonomi dan hal-hal antarabangsa.

Dengan mengeluarkan kenyataan yang merupakan satu penghinaan kepada Presiden sebuah parti PKR yang merupakan rakan perjuangan dalam Pakatan Rakyat sudah menampakkkan yang TG Haji Hadi sudah amat jauh ‘terpesong’ dari tindak tanduk sebagai seorang pemimpin sebagai sebuah parti berasaskan Islam. Kesanggupan beliau untuk mengeluarkan kata-kata sedemikian dengan sendirinya membayangkan bahawa PAS sememangnya berhasrat untuk keluar dari Pakatan Rakyat. Membayangkan juga bahawa TG Haji Hadi sememangnya bersedia untuk ‘berkerat rotan dan berpatah arang’ dengan PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat. Hanya menunggu masa dan ketika.

Jika ditinjau tentang penglibatan TG Haji Hadi dalam Pakatan Rakyat sepanjang ‘persahabatan’nya dengan pakatan sedemikian, menampakkan seolah-olah beliau hanya ‘berlakon‘ dalam memperjuangkan sesuatu isu yang berkait rapat dengan soal keadilan bagi rakyat Malaysia. Seolah-olah TG Haji Hadi ‘hanya tidur sebantal tetapi berlainan mimpi’. Kini sudah terserlah hasrat dan impian TG Haji Hadi yang sebenar. Jikalau dulu kita hanya melihat ‘sekilas ikan di air’ dan belum begitu jelas tentang ‘ jantan dan betina’nya. Kini hal sedemikian sudah amat jelas dan tidak ada jalan lain bagi TG Haji Hadi melainkan mengundurkan diri dari perjuangan yang belum selesai ini. Rakyat Malaysia masih mahu meneruskan perjuangan yang telah tersedia diasaskan oleh tokoh-tokoh pakatan Rakyat yang sedar tentang erti perjuangan abad baru.

TG Haji Hadi dan beberapa orang pemimpin usang lain dalam PAS harus sedar bahawa mereka tidak sesuai lagi berada dalam PAS sekiranya mereka tidak bersedia untuk mengadakan anjakan paradigma dari segi tindakan mereka. Yang dimaksudkan dengan pemimpin usang adalah mereka yang berfikiran yang tidak selari dengan perjuangan nasional yang sedang ditunjangi oleh pemimpin-pemimpin progresif dalam Pakatan Rakyat, PAS,PKR dan DAP. Ramai pemimpin yang sudah agak lanjut usia namun masih befikiran yang sesuai dengan Kurun ini. Sebaliknya ramai juga pemimpin muda yang masih ‘ditakuk’ lama dimana fikiran mereka sudah agak ‘usang’ dan ‘jumud’ dan amat tidak sesuai dengan perkembangan zaman. Lantas harus mengundurkan diri.

Pemimpin usang sedemikian harus sedar bahawa mereka sudah tidak sesuai berada untuk memimpin generasi kini yang sedang gigih untuk memperjuangkan nasib rakyat sesuai dengan tututan masa. Hendaknya janganlah pemimpin sedemikian masih mahu ‘berpaut’ kepada perjuangan yang sudah ketinggalan zaman terutama bagi masyarakat majmuk seperti negara kita.

Harus disedari bahawa ‘ sekali air bah sekali pantai berubah’. Dan sekiranya ada pemimpin yang masih berdegil dan tidak mahu berubah mengikut zaman, janganlah hendaknya mengharapkan rakyat untuk ‘menolak’ mereka kerana adab dan budaya masyarakat Malaysia tidak menghendakkan keadaan sedemikian. Namun sekiranya keadaan amat mendesak dan memerlukan, tentulah rakyat tidak mempunyai pilihan lain.

Masyarakat Kurun ke 21 mungkin bertindak sedemikian rupa. -abuhassanadam


APA SALAH WAN AZIZAH ?

Cuba renungkan sejenak..adakah aspek "KEBOLEHAN" itu adalah berdasarkan syarie ? Atau "KEBOLEHAN"/KEUPAYAAN itu termasuk dalam kategori "INTEGRITI"..Pening juga kepala memikirkan nya.

Semenjak bila ulama sehebat TGHH boleh menerima pakai perkataan integriti dalam aspek kepimpinan.

Sedangkan beliau awal2 lagi menolak keputusan PKR dan DAP untuk menggantikan MB dengan pertanyaan 'APA SALAH KHALID IBRAHIM". Haji Hadi mempertahankan Abdul Khalid untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor berikutan beliau tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat.

Sekarang..rakyat ingin tahu apa salah Wan Azizah ? Adakah beliau berlaku khianat? Adakah beliau tidak amanah ?

Azizah tak layak jd MB sbb tu kami calonkan Iskandar....
Sebab apa Azizah tak layak?? Azizah tidak pakar..
Azizah tiada pengalaman..
Azizah isteri Anwar..
Azizah boneka Anwar..
Azizah perempuan..

Yang dia tak sedar...

Azizah tu Presiden PKR sama mcm dia Presiden PAS..
Azizah tu bekas Ketua Pembangkang yg dia dulu pun di belakang Azizah..
Apa istimewa Iskandar berbanding Azizah??
Iskandar Pesuruhjaya Pas Selangor..
Iskandar Exco Selangor..
Itu ja?? Rasanya Azizah lbh layak mengikut Perlembagaan Selangor krn Azizah ada sokongan majoriti Adun Selangor tp Iskandar hanya ada sokongan 13 Adun Pas & 12 Adun Umno yg sokong tanpa syarat...
Tp isu asal Azizah tak layak ialah Azizah isteri Anwar & takut Anwar gunakan Azizah ambil duit RM3 bilion & lari ke luar negara... Sapa bg info?? Risikan ??....
-FB



Hadi: Tolak Wan Azizah kerana soal kebolehan

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata tentangannya ke atas cadangan untuk mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai menteri baru Selangor bukan disebabkan faktor jantina.

Sebaliknya, ia berdasarkan faktor kebolehan presiden PKR tersebut, katanya dalam satu taklimat kepada sekumpulan penyokong parti di Marang semalam.

"Kalau daripada awal lagi dia tidak ada kebolehan jawab soalan di parlimen, untuk soal di parlimen, soalan dalam DUN, nak berdialog dengan lawan dalan Dewan Negara pun tak boleh, macam mana nak jadi pemimpin?

“Jadi yang sebenarnya, sebab kita tolak calon di Selangor itu kerana tak layak daripada awal-awal lagi, bukan dengan sebab dia perempuan, bukan dengan sebab itu.

“Tak boleh, tak mampu mengendali pemerintahan kerajaan negeri Selangor. Ini memerlukan seorang yang kuat untuk jaga negeri Selangor.

“Itu yang sebenarnya, bukan dengan sebab dia perempuan,” kata Abdul Hadi lagi.

Rakaman video ucapannya dimuatkan di Youtube.

Tanpa menyebut nama Wan Azizah, Hadi dalam taklimat itu ditanya sekiranya PAS enggan menyokong isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu disebabkan presiden PKR itu seorang wanita.

Wan Azizah merupakan calon yang diuar-uarkan oleh PKR dan DAP untuk mengantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.

Mesyuarat jawatankuasa PAS pusat pada 17 Ogos lalu turut menetapkan nama presiden PKR itu, serta nama timbalannya Azmin Ali sebagai calon untuk dikemukakan kepada Sultan Selangor.

Bagaimanapun, difahamkan wakil presiden PAS itu mengemukakan senarai berbeza yang tidak mengandungi nama Wan Azizah dan Azmin.
-mk










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI



Benarkah Presiden PAS Ada Kuasa Penuh Lantik MB?


Ada lima (5) tugas Presiden yg dinyatakan di dlm perlembagaan.

Tidak ada satu pun memberitahu tugas Presiden ialah memberi kata putus dlm pelantikan MB mana mana negeri atau mempunyai kuasa pemutus atas satu satu perkara.

Mengambil contoh Kelantan dan Terengganu di mana Ustaz Fadzil Noor dan TG Nik Aziz melantik terus Menteri Besar tanpa merujuk kepada jawatankuasa pusat adalah kesasar kerana sememangnya negeri-negeri tersebut adalah diperintah oleh PAS sepenuhnya.

Berbeza di Selangor dimana tiada satu parti pun di dalam Pakatan Rakyat yang memperolehi majoriti yang mencukupi untuk mendakwa MB itu milik mereka. (DAP 15, PKR 14, PAS 15). Dan telah disepakati dan diputuskan oleh Pakatan Rakyat, jawatan Menteri Besar diberikan kepada PKR.

Justeru itu, membelakangkan Jawatankuasa PAS Pusat adalah sesuatu tindakan yang amat dikesalkan.

Di dalam perkembangan berkaitan, Mursyidul Am PAS di dalam kenyataannya menyatakan bahawa beliau menyerahkan isu MB Selangor ini kepada Jawatankuasa PAS Pusat, bukan kepada Presiden, bukan kepada Majlis Syura Ulama.

Sila tonton video di bawah:


Mengenai permintaan Sultan ang berkehndakkan lebi dari satu nama untuk calom Menteri Besar, itu adalah "permintaan" Sultan sahaja. Sebelum ni pun Pakatan Rakyat (termasuk PAS di dalamnya) hanya menghantar satu nama sahaja kepada Sultan sekalipun pihak istana telah meminta lebih dari satu nama. Petikan laporan BERNAMA sebelum ini:

SHAH ALAM - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini memberikan tiga sebab mengapa baginda berkenan melantik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor bagi penggal kedua selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU13) pada 5 Mei lepas.

Setiausaha Sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani dalam satu kenyataan berkata baginda berkenan melantik Abdul Khalid sebagai Menteri Besar sebab ketua-ketua parti komponen Pakatan Rakyat iaitu Pas, DAP dan PKR mengemukakan hanya satu nama iaitu Abdul Khalid sebagai calon menteri besar.


Kebenaran tetap kebenaran, marilah kita terus berdoa:

اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه
Allahumma arinal haqqa, haqqan, warzuqnattiba’ah, wa arinal bathila bathilan, warzuqnajtinabah

Ya Allah, tunjukkanlah yang haq itu sebagai haq, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yang batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).


'Ketua parti berhak putus lantikan MB'

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan haknya untuk mengemukakan nama calon kepada Sultan Selangor tanpa merujuk kepada jawatankuasa PAS pusat.

Katanya, ia sememangnya hak beliau sebagai ketua parti untuk memutuskan pelantikan jawatan penting seperti itu, mengikut amalan sebelum ini.

Ia boleh dilihat ketika PAS berjaya menguasai Terengganu dan Kelantan dalam pilihan raya sebelum ini, katanya lagi.

Jelaskan keputusan berhubung calon MB Kelantan dan Terengganu sebelum ini hanya dibuat di antara presiden parti dengan beberapa pemimpin lain.

Bercakap dalam satu program taklimat kepada penyokong parti di Marang semalam, Hadi berkata ketetapan seperti itu dibuat memandangkan parti berkenaan perlu membuat keputusan segera.

Katanya, sejak beliau berada dalam jawatankuasa pusat PAS pada 1978, pelantikan untuk jawatan tersebut tidak pernah dirujuk ke jawatankuasa itu.

“Perlembagaan PAS menyatakan presiden ada hak dia untuk membuat keputusan dalam beberapa perkara yang berkait dengan parti dan ahli parti.

“Timbalan (presiden), naib (presiden) ini kena dukung keputusan yang dibuat presiden,” katanya lagi.

Katanya, ketika PAS menguasai Kelantan pada 1990, presidennya pada masa itu, Datuk Fadzil Noor memutuskan untuk melantik Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai menteri besar.

“Ustaz Fadzil telefon saya, telefon kepada setiausaha agung, setuju nak lantik Tok Guru Nik Aziz jadi menteri besar, kita lantik terus... Tak perlu rujuk jawatankuasa pusat PAS.

“Begitu juga bila kita menang tahun 1995, tahun 1999 menang Terengganu, tak dibuat mesyuarat (jawatankuasa pusat) PAS,” katanya.

Kenyataan itu timbul selepas pejabatnya didakwa mengemukakan senarai nama yang berbeza dengan yang diputuskan oleh jawatankuasa pusat kepada sultan Selangor.

Difahamkan, senarai itu tidak termasuk nama presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya Azmin Ali.

Tambahnya, PAS juga perlu tidak boleh menganggap sultan Selangor sebagai “tunggul kayu” dengan tidak mengikut permintaan baginda.

“Kalau kita hantar satu nama, dua nama, tuanku tulis surat suruh hantar lebih daripada dua nama, orang kata kita tak reti bahasa.

“Jadi orang PAS nak suruh pemimpin (jadi) bodoh? ...Kita pemimpin PAS tak sampai ke tangga itu.

“Tapi ada kalangan puak kita ini nak buat raja macam tunggul kayu, tak boleh!,” katanya lagi.

Video ucapannya itu dimuatkan di Youtube.
-mk










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





[VIDEO & GAMBAR] Ini Kerja Uniit Amal Rupanya, Patutlah Setan Geram!


Amal kerana Allah' kunci kekuatan Unit Amal PAS

KUALA LUMPUR: Moto 'Beramal Kerana Allah menjadi asas kekuatan anggota Jabatan Amal Malaysia di bawah Pemuda PAS Malaysia (PPM) untuk memberikan perkhidmatan apabila diperlukan.

Terkenal dengan gelaran 'tentera merah', anggota Unit Amal ini sering muncul menghulurkan bantuan kepada komuniti yang memerlukan disaat ditimpa musibah.

Kemunculan mereka membantu mangsa banjir di Johor, Pahang dan Terengganu telah menjadi sebutan masyarakat khususnya mereka yang terlibat dengan banjir sendiri.

Ketua PPM, Suhaizan Kaiat berkata, anggota Unit Amal tidak pernah mengharapkan pujian masyarakat dalam setiap khidmat bantuan yang diberikan sebaliknya menghulurkan bantuan secara sukarela.

"Bukan pujian manusia yang kita cari. Bukan publisiti yang kita mahu. Bagi Unit Amal, niat kita membantu orang yang memerlukan dan semoga ia dikira sebagai amal ibadah.

"Usaha ini sangat murni dan bagi Pemuda PAS, memang kita tidak mampu balas dengan wang ringgit,"
katanya.

Menurut beliau, sudah terbiasa dalam keadaan yang sentiasa bersedia, ada anggota Unit Amal yang rata-ratanya berkerja makan gaji, sanggup memohon cuti untuk turun membantu mangsa banjir tanpa diarahkan.

"Unit Amal bekerja secara sukarela, dari pagi sampai ke lewat malam dan kadang-kadang tanpa henti.

"Mereka mengagih sumbangan, tolong angkut barang dan jadi tukang masak, mengikut keperluan dan situasi.

"Tidur pula kadang-kadang dalam khemah, surau atau masjid," katanya.

Tambah beliau juga, kerja lebih berat menanti Unit Amal iaitu operasi pembersihan rumah mangsa banjir selepas banjir surut.

"Kerja paling berat adalah selepas banjir, iaitu kerja-kerja pembersihan. Kadang-kadang lumpur paras betis dalam rumah kena dicuci dan sudah tentu menggunakan tenaga yang banyak," katanya lagi.

Namun tegasnya, dalam kesibukan dan kepenatan membantu orang yang memerlukan, anggota Unit Amal tidak sesekali meninggalkan ibadah wajib di samping mengamalkan perkara-perkara sunat.

"Dalam sibuk tolong orang, solat zikir kita tak tinggal. Semua ibadah yang wajib kita laksanakan dan kita jaga betul-betul kerana itu kewajipan kita," katanya.

Justeru Suhaizan sangat berharap agar lebih ramai anak muda yang akan menyertai Unit Amal dan sanggup menghulurkan bantuan tanpa mengharapkan balasan material.

"Pemuda PAS sangat mengalu-alukan orang ramai khususnya anak-anak muda yang masih kuat bertenaga untuk menyertai unit amal bagi memberi khidmat ketika diperlukan," katanya.

ULASAN GB

GB hanya nak sertakan foto dan video apa yang Unit Amal telah lakukan. Mereka tak minta publisiti, tetapi kebenaran menyerlahkan siapa mereka....

Tiang agama - solat - tidak diabaikan

Membantu mangsa banjir, tugas lazim yang dihulurkan oleh Unit Amal

Mengutip sampah - satu pemandangan biasa selepas perhimpunan

Membersihkan kawasan di jalanraya untuk kelancaran trafik

Membantu seorang anggota polis trafik yang terjatuh


VIDEO di bawah memperlihatkan bagaiaman UNIT AMAL membantu tanpa mengira fahaman politik. Meskipun seorang petugas UMNO BN terjatuh dari motorsikal dan dibiarkan rakan-rakannya, tapi UNIT AMAL menghulurkan bantuan









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI