22 Jun 2011

Semua Jangan Cakap Banyak Lagi, 99% Sokong Himpunan Bersih Diteruskan

Reaksi positif yang diberikan rakyat Malaysia berhubung perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) pada 9 Julai depan jelas menunjukkan bahawa kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN) kini semakin didesak untuk mengkaji semula sistem pilihan raya di negara ini, kata pemimpin Pakatan Rakyat.

Malah menurut ahli parlimen Kubang Kerian, bancian portal dalam talian The Star Online mendapati 99 peratus daripada lebih sejuta responden menyatakan sokongan supaya Perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai diteruskan.

"Saya yakin dan percaya ia sememangnya hasrat rakyat Malaysia untuk melihat wujudnya satu sistem pilihan raya adil dan bersih dan ia telah mencapai satu tahap yang begitu kritikal. Ini bermakna perjuangan BERSIH telah mendapat tempat di hati rakyat Malaysia dan ia telah melampaui batas-batas agama, kaum dan bangsa, " tegasnya ketika ditemui di sidang Parlimen semalam.

Tegasnya lagi, himpunan besar-besaran pada 9 Julai itu akan berlangsung secara aman tanpa sebarang kekecohan mahupun ketegangan dan ia merupakan janji penganjur BERSIH 2.0 kepada kerajaan dan Polis Di Raja Malaysia (PDRM).

Bancian portal dalam talian The Star Online semalam mendapati 99 peratus daripada lebih sejuta responden menyatakan sokongan supaya Perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai diteruskan.

Bagaimanapun, bilangan responden sebenar tidak dapat disahkan kerana tinjauan itu dihentikan sejak tengahari semalam.


Berdasarkan paparan skrin yang disiar pengguna Facebook, bilangan responden mencecah 1.3 juta pada 12.25 tengahari, daripada 527,330 yang direkodkan pada 6.11 pagi semalam, yang dirakam dari google cache.

Berdasarkan pertanyaan ‘Apakah pandangan anda tentang cadangan perarakan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini’, seramai 1,312,917 responden menjawab ‘Ia patut dibenar diteruskan’.

Manakala seramai 14,222 responden pula memilih untuk menyatakan “Ia patut dibatalkan’.

Tinjauan itu dibincang secara hangat oleh laman kumpulan Facebook ‘Curi-Curi Malaysia’ yang diwujudkan untuk protes perbelanjaan Kementerian Pelancongan sebanyak RM1.8 juta untuk kempen dalam laman sosial berkenaan.

Bagaimanapun mereka kecewa kerana tinjauan itu ditarik balik portal The Star.

Dalam pada itu ahli parlimen Batu, Tian Chua yang ditemui diluar sidang parlimen memberitahu sungguhpun bancian seperti itu tidak dilakukan, beliau yakin bahawa rakyat tetap akan turun ke jalan biarpun terpaksa berdepan dengan pelbagai ugutan dan ancaman.

Katanya, ini kerana rakyat Malaysia kini sudah sedar dan matang dalam memahami prinsip demokrasi yang menjadi tuntutan setiap masyarakat di negara ini.

"Perhimpunan BERSIH 2.0 disokong oleh orang ramai sungguhpun ada pihak mengatakan ia tidak berapa tepat (ini online sahaja dan bukan pungutan suara saintifik) tapi secara amnya ia menunjukkan bahawa rakyat rasa BERSIH adalah satu perhimpunan yang aman dan perlu diteruskan."

Manakala menurut ahli parlimen Rasah, Anthony Loke dan ahli parlimen Kuala Krai, Dr Hata Ramli pula, himpunan BERSIH 2.0 kali ini merupakan maklum balas rakyat kepada kerajaan dan pihak polis supaya memberikan kerjasama dan kelulusan kepada pihak penganjur agar perhimpunan itu dapat berlangsung secara aman.

Tambah Dr Hata, rakyat tidak perlu gentar dengan ugutan-ugutan yang dilemparkan kerana apa yang lebih penting adalah hasil daripada himpunan itu nanti.

"Saya melihat ini merupakan satu maklum balas ataupun signal daripada rakyat yang mahu melihat satu sistem yang adil, bebas dan bersih dalam negara kita. Dan kerajaan perlu menghormati kehendak rakyat serta memberi kerjasama untuk memberikan ruang mereka berhimpun dalam menyatakan pandangan mereka tentang kempen Bersih ini," katanya Anthony Loke kepada Tvselangor.

"Rakyat sudah determine untuk turun, jadi kerajaan tidak perlu menimbulkan suasana kurang baik dengan menimbulkan kekecohan. Saya harap kerajaan dapat menghormati keputusan bancian yang dilakukan," tegas Dr Hata. -tvsnews


Dalam Durian Ada Durian, Maha Besar Allah!

Bukit Siput, Segamat - Musim durian kali ini memberikan kejutan kepada seorang pengawal keselamatan di sini apabila menjumpai durian kecil di dalam sebiji durian yang ingin dimakannya, semalam.

Nursina Munan, 58, berkata, durian Segamat sememangnya terkenal di serata daerah lain dan menjadi buah-buahan tempatan yang mempunyai ramai penggemarnya.

“Keenakan buah durian Segamat diakui oleh pengunjung luar yang datang menikmatinya di sini.

“Malah terdapat satu tugu durian gergasi dibina di Dataran Segamat sebagai simbolik durian popular di daerah ini.

“Rasa durian ini tidak jauh berbeza dengan rasa durian lain, tetapi durian di Segamat masih mempunyai ramai peminat termasuk penduduk tempatan sendiri,” katanya.

Menurut Nursina, dia mendapat durian pelik itu daripada seorang rakan di Pekan Jabi, Segamat.

“Sebaik pulang dari kerja, hati saya berat mahu membukanya, walaupun teringin untuk makan bersama bersama suami dan anak-anak.

“Durian ini dari luaran tidak mempunyai sebarang bentuk perbezaan berbanding durian biasa, namun apabila sudah mengupasnya bersama suami dan anak, kami terkejut apabila mendapati terdapat durian kecil di dalamnya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, dia mempunyai niat untuk menyimpan durian kecil tersebut sebagai kenangan di dalam hidupnya ditambah pula dia sendiri berasal dari daerah raja buah tersebut. -SH

Ulasan GB

Firmanullah:

يَزِيدُ فِي الْخَلْقِ مَا يَشَاءُ إِنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

.. Dia menambahkan dalam ciptaan-Nya apa jua yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Fathir:1)

Penguin Tersesat Sehingga 3,000 Kilometer

Wellington - Seekor penguin jenis Emperor tersesat tiba-tiba saja muncul di pantai New Zealand. Sepatutnya penguin tersebut ketika ini berada di Antartika dimana habitat aslinya berada.

Menurut pendapat seorang ahli binatang liar, penguin tersebut dikatakan telah berenang keluar dari jalurnya dan tiba di New Zealand yang jaraknya tiga ribu kilometer dari Antartika. Ada puluhan koloni penguin di Antartika, tetapi baru kali ini di dalam tempoh 44 tahun seekor penguin Emperor tiba di New Zealand.

Penguin jantan tersebut tiba di Pantai Kapiti, sekira 40 kilometer dari Wellington pada petang Isnin waktu tempatan. Menurut Jabatan Konservasi New Zealand (DOC) Peter Simpson, penguin Emperor kelihatan di New Zealand pertama kali tercatat pada tahun 1967 dulu.

Simpson pada awalnya tidak mempercayai laporan tersebut, namun pada saat dirinya melihat sendiri dengan mata kepalanya Simpson langsung terkejut.

"Saya kira itu hanyalah seekor singa laut, pada ketika kami memeriksanya memang benar ia seekor penguin Emperor," ucap Simpson seperti disiar AFP, Rabu (22/6/2011).

Haiwan yang memiliki warna hitam dan kuning keemasan ini dalam keadaan sihat dan biasanya boleh beradaptasi dengan keadaan cuaca New Zealand yang lebih panas.

Pasangan Tanpa Pakaian Dicekup Di Dungun

Taman Bunga Raya (Dungun) – Tindakan seorang mekanik motosikal membawa pulang teman wanita untuk memadu asmara ketika ibu bapa tiada di rumah membawa padah apabila mereka dicekup pihak berkuasa.

Lebih mengejutkan, ketika serbuan dilakukan pada jam 3.45 pagi oleh sepasukan anggota dari bahagian siasatan jenayah narkotik itu, seorang gadis berkulit putih gebu tanpa pakaian ditemui sedang tidur di atas katil di bilik tidur bersama suspek lelaki berusia 23 tahun yang hanya berseluar pendek tanpa baju.

Gadis terbabit yang sempat menutup tubuhnya dengan selimut itu difahamkan sebelum ini pernah beberapa kali berkunjung ke rumah suspek untuk memadu asmara dan mengakui turut melakukan hubungan haram bersama pasangannya.

Bagaimanapun, ujian saringan air kencing ke atas pasangan terbabit akhirnya membongkar rahsia penglibatan gadis berasal dari Tanjung Jara itu berkaitan penyalahgunaan dadah setelah dia disahkan positif dadah jenis methampethamine.

Gadis berusia 19 yang pernah menghadapi tuduhan di Mahkamah Syariah atas kesalahan berpakaian tidak sopan di tempat awam itu juga, mengakui mula terlibat dengan gejala penyalahgunaan dadah sejak beberapa bulan lalu melalui kenalan lelaki.

Bekas murid Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pulai Serai yang pernah bekerja sebagai juruwang di pasar raya bersama teman lelakinya, seorang mekanik motosikal di Batu Tujuh itu bakal menghadapi pertuduhan di Mahkamah Syariah pada 25 Julai nanti mengikut Seksyen 31(a) dan (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001.

Jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Dia juga turut disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala teman lelakinya dibebaskan polis selepas ujian air kencing mendapati negatif dadah.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan tangkapan terbabit. -SH

Al-Quran Dibuang Di Pusat Kitar Semula

Batu Pahat - Pejabat Agama Daerah ini terkejut dan kecewa dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang membuang al-Quran dan kitab sewenang-wenangnya.

Pentadbirnya, Mustaffa Omar berkata demikian selepas mengesan banyak al-Quran dan kitab lama yang diletak di tepi sebuah pusat kitar semula di Jalan Parit Besar di sini baru-baru ini.

Perbuatan seperti itu, katanya, bertentangan dengan peraturan.

Menurutnya, sepasukan pegawai dan kakitangan dari Bahagian Pendidikan Pejabat Agama Batu Pahat serta unit penerbitan di Kementerian Dalam Negeri telah dimaklumkan mengenai perkara itu dan telah menjalankan siasatan di premis berkenaan pada 15 Jun lalu.

“Kami dapati beberapa naskhah al-Quran serta beratus-ratus kitab, termasuk yang dimakan anai-anai, dilonggokkan di satu sudut di pusat kitar semula itu.

“Kami kemudian memaklumkannya kepada pengurusan pusat berkenaan dan mereka memberi kerjasama serta membenarkan kami mengambil semua naskhah al-Quran, buku dan kitab lama yang terdapat di situ,” katanya ketika ditemui di pusat kitar semula berkenaan, petang kelmarin.

Mustaffa berkata, antara yang ditemui adalah kitab lama seperti Minhaj Abidin karangan Imam Ghazali yang sering dijadikan bahan mengajar atau rujukan utama beberapa guru sekolah pondok. Sebahagian besarnya dikarang penulis serta diterbitkan di Indonesia dan dipercayai tidak lagi laku untuk dijual.

Semua al-Quran dan kitab itu dibawa ke pejabat agama daerah ini.

Beliau menyifatkan mereka yang membuang al-Quran dan kitab seperti itu tidak tahu cara untuk melupuskannya. -SH

Rais Ulangi Keangkuhan, Tak Takut Penggodam Katanya

Rais: 'Kita tak takut hadapi ancaman godam'

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim mengarahkan pihak-pihak yang berkaitan supaya bersedia dengan "benteng dan perisai" bagi menghadapi ancaman pihak tertentu yang mahu menyerang laman web Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 4 Julai ini.

Beliau meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan (MAMPU) dan Cybersecurity supaya tidak memandang ringan terhadap ancaman tersebut.

"Kita tidak takut untuk menghadapinya (ancaman itu) kerana kita telah bersedia. Saya meminta SKMM tidak mengambil ringan tentang perkara ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pavilion Malaysia pada konvensyen CommunicAsia 2011 di Marina Bay Sands Convention Center di Singapura.

Dengan "lapisan dan perisai" yang telah diwujudkan oleh pakar-pakar teknikal kerajaan, adalah tidak mudah untuk menembusi laman-laman web kerajaan walaupun ada di antaranya menjadi mangsa kepada pengodam itu.

Ditanya sama ada beliau melihat serangan pengodam terhadap laman-laman web milik kerajaan Malaysia itu mempunyai agenda tertentu, Rais mengesyaki ia mempunyai tujuan tertentu dan tidak hanya "main-main."

Serangan pengodam yang sehingga kini telah menjejaskan kira-kira 200 laman web di Malaysia, katanya, bertujuan jahat dan tidak berperikemanusiaan tetapi kerajaan tidak gentar untuk menghadapinya.

"Saya ada syak-wasangka ini bukan setakat main-main. Ini ada tujuan pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkan imej sesuatu pihak, berkemungkinan pihak kerajaan dan pihak-pihak yang lain," katanya.

Tindakan pengodam terbabit, kata beliau, bukan sahaja merendahkan kepentingan kerajaan dan pemimpin-pemimpin, tetapi ia juga turut menjejaskan kepentingan rakyat.

"Mereka (pengodam) itu tidak sedar, ia (tindakan mereka) telah meranapkan, menjatuhkan kepentingan rakyat," katanya sambil meminta supaya rakyat bangkit menentang kegiatan pengodam itu. - Bernama

Ulasan GB

Kononnya kerajaan tak gentar dengan ancaman kumpulan penggodam. Bercakap kosong tanpa ilmu, angkuh melulu akan hanya mengundang bencana yang lebih parah.

Jika selepas ini lamanweb kerajaan digodam lagi, Raislah penyebabnya.

GB dah ulas hal ini di SINI. Petikan:

Di dalam disiplin ilmu komputer di bidang pemprogramman web dan kejuruteraan perisian, sebelum sesebuah lamanweb dilancarkan perlu dilakukan "pilot testing" dimana semua pihak dipanggil untuk menggodam. Apabila ia benar-benar telah diyakini "kebal" barulah dilancarkan.

Di Malaysia tidak berlaku begitu. Penggodam dijadikan musuh. Wang habis berjuta dengan outsourcing, hanya gempaq di hari pelancaran kemudian didapati rapuh dan sistem berlubang di sana sini.

Lamanweb 1Malaysia kepunyaan TPM, Muhyiddin Mohd Yassin hanya bertahan seminggu selepas itu hilang ghaib di persada maya.

Ini semua berkait rapat dengan "sikap" dan "mentaliti" menteri, pemimpin dan pegawai-pegawai kanan agensi kerajaan, boleh melihat penggodam sebagai musuh atau pembantu. Tetapi kerana di Malaysia ini ramai di kalangan mereka adalah terdiri dari yang kurang membaca, buta IT dan tak tahu ABC komputer, maka di takuk itulah pemikiran dan tindakan mereka. Yang rugi ialah negara.

WASPADA: Empat Pendatang Dicekup Bancuh Ubat

Ipoh: Sebuah kilang diserbu sepasukan pegawai Bahagian Penguat Kuasa Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selepas dikesan memproses ubat tradisional bagi wanita sakit tulang dan mengalami masalah keputihan secara haram menggunakan bangunan usang di Taman Meru dekat sini, malam Ahad lalu.

Lebih mengejutkan, beberapa jenis produk ubatan tradisional yang dikeluarkan kilang itu didapati tidak berdaftar dan hanya dibancuh empat lelaki warga Bangladesh yang diupah untuk melakukan tugas itu tanpa mengikut amalan pengilangan yang baik (GMP).

Timbalan Pengarah Penguat Kuasa Farmasi KKM, Wan Hamid Wan Ibrahim, berkata kegiatan tidak bertanggungjawab pengilang itu berjaya dibongkar selepas sepasukan pegawai penguat kuasa farmasi KKM Perak melakukan serbuan susulan daripada maklumat awam dan risikan.

Katanya, serbuan dilakukan sekitar jam 8 malam selepas siasatan mendapati pengilang hanya beroperasi pada waktu malam bagi mengelakkan aktiviti mereka dikesan.

"Pemilik kilang berusia 40-an hanya memulakan kerja memproses ubat-ubatan tradisional itu pada waktu malam hingga awal pagi bagi mengelak kegiatan itu tidak dihidu. Ketika serbuan dilakukan, empat pekerja warga Bangladesh terbabit sedang sibuk membancuh serbuk ubat berkenaan di bahagian belakang kilang itu," katanya.

Siasatan mendapati kilang ubat itu pernah dibatalkan lesen oleh KKM berikutan tidak mencapai piawaian ditetapkan.

"Ada antara ubat tradisional yang dihasilkan mempunyai jenama dan alamat sama dengan produk berasal dari China. Ada kemungkinan ubat ini dipalsukan dan dicampur steroid.

"Ini hampir dapat dipastikan berikutan ubat tradisional terbabit didakwa mampu menyembuhkan sakit tulang, radang sendi dan penyakit saraf yang sering dikaitkan dengan steroid," katanya.

Beliau berkata, penggunaan produk mengandungi kimia steroid secara tidak terkawal boleh menyebabkan pelbagai kesan buruk antaranya tulang menjadi rapuh, kegemukan, tekanan darah tinggi selain meningkatkan paras gula dalam darah.

"Kes itu akan disiasat di bawah Akta Racun 1952 dan jika sabit kesalahan pemilik syarikat boleh dikenakan denda maksimum RM50,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya. Malah, tindakan sama boleh diambil mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1985.

"Saya menasihatkan orang ramai yang ingin membeli ubat-ubatan tradisional supaya memastikan ubat didaftarkan dengan Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) KKM selain mempunyai hologram serta nombor pendaftaran," katanya. -BH

Dua Ketua Pengarah JKR Kerana Dr. Judin Bukan Yes Man Kepada Menteri?

Dilema JKR, ‘dua’ ketua pengarah

KUALA LUMPUR, 21 Jun — Jabatan Kerja Raya (JKR), agensi mengawal selia pembinaan projek awam dilihat berhadapan dengan krisis seolah-olah mempunyai ‘dua ketua pengarah’ sejak awal bulan lalu — didakwa kerana penurunan pangkat — dipercayai kali pertama berlaku di negara ini.

The Malaysian Insider difahamkan Datuk Seri Dr. Judin Abdul Karim, yang memegang jawatan ketua pengarah sejak Mei 2007, masih berada di pejabatnya manakala pengganti beliau Datuk Mohd. Noor Yaacob menjalankan tugasnya dari pejabat lama beliau.

Situasi itu dikatakan bersangkut paut dengan tindakan menurunkan pangkat beliau, yang menurut beberapa bekas pemimpin kesatuan sekerja sektor awam tidak sepatutnya berlaku, malah tidak pernah berlaku di negara ini.

Sebelum dilantik menjadi ketua pengarah, Mohd Noor merupakan Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya II.

Pelantikan Mohd. Noor sebagai sebagai Ketua Pengarah Kerja Raya berkuat kuasa 1 Mei lalu diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan akhir April lalu.

Judin dilantik sebagai Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) juga berkuat kuasa 1 Mei lalu.


Pelantikan Mohd. Noor dibuat berdasarkan pengalaman luas beliau dalam menyelaras dan melaksanakan pembangunan fizikal projek-projek kerajaan semasa memegang pelbagai jawatan sebelum ini, kata Ketua Setiausaha Negara dalam kenyataannya April lalu.

Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar yang membangkitkan perkara itu di Parlimen semalam berkata, maklumat yang diterimanya menunjukkan Judin tidak mengosongkan biliknya manakala pengganti beliau pula menjalankan tugasnya dari pejabat lama beliau.

“Nak kata wujud dua ketua pengarah tak tepat tetapi ada sesuatu yang tidak kena di JKR,”
kata beliau.

“Memang, Judin tidak masuk mesyuarat... Mohd Noor hadir mesyuarat dan menjalankan tugas-tugas sebagai ketua pengarah.

“Tetapi persoalannya mengapa perkara ini berlaku... keadaan ini tidak pernah wujud sebelum ini, menunjukkan contoh tidak baik kepada perkhidmatan awam,” kata beliau ketika dihubungi.

“Sebab itu saya minta penjelasan Menteri Kerja Raya dan Ketua Setiausaha Negara membuat penjelasan, mengapa perkara macam ini boleh berlaku,” kata Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS.

Mahfuz berkata Judin tidak mahu mengosongkan biliknya kerana merasakan beliau telah “diturunkan” pangkat dengan dilantik sebagai Ketua Eksekutif CIDB lebih rendah daripada jawatan ketua pengarah.

“Judin merasakan dirinya telah dianiya dengan diturunkan pangkat, dan difahamkan beliau tidak menerima dokumen pertukaran jawatan.


“Saya melihat ini kali pertama perkara seumpama ini berlaku dalam perkhidmatan awam khususnya di Jabatan Kerja Raya,” kata Mahfuz.

Menurut Mahfuz, Judin ada tiga tahun lagi untuk bersara sedangkan penggantinya akan bersara dalam setahun.

“Biasanya seseorang ketua pengarah akan bersara dalam perkhidmatan sebagai ketua pengarah, tetapi dalam kes Judin agak berbeza,” katanya.

Tulisan beberapa blog dan laman web mendakwa pertukaran ketua pengarah JKR ada kaitan dengan kepimpinan politik Kementerian Kerja Raya.

“Saya difahamkan begitu. Sebab itu saya minta penjelasan Menteri Kerja Raya,” kata Mahfuz lagi.

“Seolah-olah wujud pentadbiran yang berkecamuk di JKR dan Kementerian Kerja Raya,” katanya lagi.

Difahamkan penurunan pangkat Judin bertentangan dengan Peraturan Pegawai Am (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Seorang bekas pegawai kanan Cuepacs berkata keadaan seumpama itu, yang menimpa Judin, jika benar berlaku, tidak pernah wujud sebelum ini dalam perkhidmatan awam negara ini.

Pegawai itu yang enggan namanya dipetik berkata, seseorang ketua jabatan hanya boleh diturunkan pangkat jika syor lembaga tatatertib, bermakna ada kes disiplin.

“Kalau ada penyelewengan bermakna dibuang kerja, tetapi dalam kes ini tiada kes disiplin. Jika tiada kes bermakna, ia bertentangan dengan Peraturan Pegawai Am,” katanya lagi. -TMI


'Ada tak kena' di sebalik pertukaran pengarah JKR

KUALA LUMPUR, 21 Jun: Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) membayangkan "ada benda tidak kena" di sebalik konflik pertukaran Datuk Seri Dr. Judin Abdul Karim dari jawatan Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) kepada Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB).

Sambil mendakwa ianya seperti menurunkan gred Dr. Judin yang bergred Turus 3 kepada Jusa C, beliau berkata kerajaan cuba menyembunyikan alasan pertukaran itu.

Beliau yang juga Naib Presiden PAS berkata demikian sebagai mempersoal jawapan bertulis dari JKR yang disentuh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz semasa sesi penggulungan.

"Saya merasakan bahawa ada benda yang tidak kena (dengan pertukaran itu).

"Apakah dia (Dr. Judin) ini jenis yang bukan yes man kepada menteri?" soalnya.

Sebelum ini beliau juga mendakwa pertukaran itu ada kaitan dengan beberapa keputusan projek termasuk pembinaan Istana Negara.

Datuk Seri Dr. Judin Abdul Karim, yang memegang jawatan ketua pengarah JKR sejak Mei 2007 ditukar ke jawatan Ketua Pengarah CIDB berkuatkuasa 1Mei lalu.

Jawatan yang dikosongkan itu kemudiannya diisi oleh Datuk Mohd. Noor Yaacob iaitu Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya II sebelum ini.

Pelantikan Mohd. Noor sebagai sebagai Ketua Pengarah Kerja Raya berkuat kuasa pada tarikh sama diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSU), Tan Sri Mohd Sidek Hassan akhir April lalu.

Bagaimanapun menurut Mahfuz, Dr. Judin "tidak menerima" arahan surat pertukaran oleh Ketua Setiausaha Negara itu dan masih datang ke pejabatnya di JKR.

Akibat dari itu, jawatan itu katanya seolah-olah kini disandang dua orang dan tidak dapat diselesaikan oleh pihak kementerian.

Tambahnya lagi, Jabatan Perkhidmatan Awam juga difahamkan tidak tahu pertukaran tersebut.


Turut mencelah, Saifudin Nasution (PKR-Machang) yang mempersoal kenapa surat pertukaran kepada Dr. Judin diberikan secara tergesa-gesa.

"KSU serah surat hari Jumaat, pertukaran kuatkuasa hari Sabtu. Kenapa keadaan tergesa-gesa itu berlaku?" soalnya.

Menjawab persoalan itu, Nazri berkata pertukaran Dr. Judin itu bukanlah penurunan jawatan tetapi kerana kepakaran beliau dan diperlukan untuk menguruskan CIDB.

Bagaimanapun, berhubung isu konflik wujud dua ketua pengarah, dan perlantikan dibuat tergesa-gesa, beliau akan meminta pihak kementerian kerja raya menjelaskan perkara itu kemudian.

"Tak apa, saya akan maklumkan kepada pihak kementerian bahawa jawapan bertulis yang diberikan tidak memuaskan," katanya. -hd


Barbican: Ujian Makmal UKM Tidak Disahkan JAKIM

Tunggu keputusan Majlis Fatwa

IPOH: Ujian makmal Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan makmal swasta yang mendakwa minuman ‘bir halal’ didapati bebas alkohol awal Jun lalu, tidak disahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang hanya bersandarkan keputusan rasmi makmal Jabatan Kimia Malaysia saja.

Sumber Jakim berkata, tindakan inisiatif diambil syarikat pengedar dengan menghantar sampel botol minuman itu untuk ujian tidak diambil kira Jakim berikutan pihaknya masih menunggu laporan kedua hasil ujian dilakukan di jabatan kimia itu.

Jabatan Agama Johor (JAJ) bulan lalu mendakwa sudah menghantar sampel minuman itu ke jabatan kimia sebelum keputusan mendapati ia mengandungi 0.5 peratus jumlah alkohol menyebabkan minuman itu berstatus haram. “Tindakan diambil pihak syarikat dengan menghantar sampel minuman botol terbabit bukanlah satu halangan, namun keputusan muktamad hanya akan dikeluarkan Jabatan Kimia Malaysia kepada Jakim.

“Jakim kemudian akan merujuk kepada Majlis Fatwa Kebangsaan untuk mendapatkan keputusan berhubung hukum meminum minuman botol berkenaan,” katanya.

Menurutnya, setakat ini, Jakim sudah mengumpul sampel empat jenama minuman botol daripada empat syarikat pengedar berbeza di negara ini.

“Semua sampel produk minuman berkenaan yang mempunyai perisa buah-buahan sudah dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk dianalisis dan masih menunggu keputusan terperinci,” katanya.

Sumber itu berkata, soal halal atau haram sesuatu minuman bukan hanya bergantung pada kandungan alkohol semata-mata, malah proses pembuatannya turut diambil kira.

“Tidak mustahil pegawai Jakim dihantar ke negara Timur Tengah tidak lama lagi bagi melawat sendiri kilang memproses minuman berkenaan bagi mengenal pasti kaedah pembuatannya.

“Jika minuman itu dikilangkan bersama minuman keras atau minuman lain yang mengandungi alkohol, maka hukumannya tetap haram diminum,” katanya.

Menurutnya, Jakim masih menunggu ‘lampu hijau’ daripada Majlis Fatwa Kebangsaan bagi melakukan siasatan lebih terperinci terhadap kilang minuman itu.

“Apapun pengguna Islam dinasihatkan bersabar dan tidak cepat membuat andaian awal sehingga keputusan rasmi dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan tidak lama lagi,” katanya.

Dalam kenyataan media sebelum ini, Pengarah Suria Wholesaler Sdn. Bhd., Ahmad Al Yateem mendakwa minuman jenama Barbican yang dihantar ke UKM didapati bebas elemen alkohol.

Laporan itu diterima pada 7 Jun lalu selepas syarikat berkenaan menghantar sampel minuman edaran pihaknya ke UKM pada 1 Jun lalu.

Sementara itu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, Jakim perlu melakukan pemeriksaan khusus termasuk pergi ke kilang pengeluar untuk mendapatkan pengesahan punca alkohol berkenaan sebelum ia boleh dikatakan halal.

Menurutnya, perkara perlu dilakukan ialah mengenalpasti sama ada kandungan alkohol dalam minuman itu alkohol campuran atau alkohol semula jadi daripada buah.

“Jika minuman itu dicampur alkohol, hukumnya adalah haram meminumnya tidak kira jumlah peratusan kandungannya. Tapi ia bergantung kepada punca alkohol itu.

“Hanya pengesahan daripada pihak bertanggungjawab dalam perkara ini boleh diterima pakai demi mengelak kekeliruan kalangan umat Islam mengenai statusnya,” katanya. -hm

Ulasan GB

GB sudah ulas perkara ini di SINI.

Terbukti kini ulasan GB dahulu benar bahawa, ujian UKM tersebut tidak dapat diterima kerana: Kita merasakan ada sesuatu yang tidak kena di situ di mana yang dihantar adalah "sampel minuman edaran pihaknya". Bukan pemeriksaan rambang ke atas minuman berkenaan. Sesiapa pun boleh hantar sample yang berbeza dengan minuman yang diedarkan kepada orang ramai!

Petikan ulasan GB sebelum ini:

JAKIM sebelum ini telah menyatakan bahawa status "halal" untuk bir bernama BARBICAN belum diputuskan lagi.

Tetapi sebuah akhbar tempatan hari ini telah menyatakan "keputusan ujian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan sebuah makmal swasta di sini mendapati minuman jenama Barbican bebas daripada elemen alkohol".

Kita merasakan ada seuatu yang tidak kena di situ di mana yang dihantar adalah "sampel minuman edaran pihaknya". Bukan pemeriksaan rambang ke atas minuman berkenaan. Sesiapa pun boleh hantar sample yang berbeza dengan minuman yang diedarkan kepada orang ramai!

Kedua, mengapa tidak tunggu pengesahan JAKIM?

Ketiga mengapa begitu cepat mengeluarkan kenyataan "Saya harap orang ramai terutama pengguna yang beragama Islam tidak perlu bimbang lagi untuk meminum Barbican”?

Isu ini perlu diselesaikan segera.

JAKIM perlu bertindak dan pihak-pihak yang selain JAKIM sekalipun berstatus universiti, masih boleh menimbulkan keraguan kerana apa autoriti yang ada padanya untuk mengesahkan minuman berkenaan halal?


[Bergambar] Tak Sanggup Biarkan Mereka Derita, Ayah Rayu Anak Kembarnya Dimatikan

Patna, India - Tidak tahan melihat penderitaan anak kembar siamnya yang melekat di kepala, seorang bapa dari India memohon supaya membenarkan anaknya mati jika tiada bantuan kewangan untuk membolehkan mereka menjalani rawatan.

Saba dan Farah Shakeel, 15, menderita sakit kepala yang teruk, sakit sendi dan kesukaran untuk bertutur sepanjang mereka membesar.

Dua gadis itu sebelum ini pernah menerima bantuan hasil campur tangan daripada Putera Mahkota Abu Dhabi tetapi bapa mereka Mohammed yang bekerja di gerai teh di Patna kini tidak lagi mampu membiayai kos rawatan anaknya yang tinggi.

Pasukan pakar kembar siam yang diketuai oleh Benjamin Carson dari Amerika Syarikat mendapati kembar tersebut berkongsi saluran darah utama di otak dan mempunyai dua buah ginjal. - Agensi


'Let my little girls die,' pleads father of 15-year-old conjoined twins suffering from blinding headaches

An Indian father whose 15-year-old conjoined twin daughters are living in increasing agony has pleaded for help – or for them to be allowed to die.

Saba and Farah Shakeel are joined at the skull and have been suffering terrible headaches, joint pain and slurred speech as they grow older.

The girls have received specialist help in the past, thanks to the intervention of the Crown Prince of Abu Dhabi, but their father, Mohammed, who works on a tea stall in Patna, cannot afford any more treatment.

Suffering: Conjoined twins Saba, left, and Farah, pictured five years ago
His wage of just £65 a month is used up supporting his family of eight.

Mr Shakeel describes his daughters' condition as so miserable that the Indian government should allow doctors to carry out a mercy killing.

Five years ago Sheikh Mohammed bin Zayed paid for the girls to visit some of the foremost conjoined twin specialists, including American Benjamin Carson, to investigate ways of separating them.

At that time the girls were in much better spirits and health. They could only move in a crab-like fashion, but enjoyed playing board games and watching Bollywood films.

'Just die, there is no point in staying alive': Man who 'tried to smother terminally ill father in hospital flew into rage' forcing police to Taser him
Mr Carson's team discovered that the girls share a crucial blood vessel in the brain and have only two kidneys, both in Farah’s body.

Increasing pain: The girls' dependence on only two kidneys is causing them to suffer weight loss and high blood pressure

Mr Shakeel was told that the girls would require up to six operations to separate them, each carrying a one in five chance that one of them would not survive.

He decided not to take the risk, despite the Crown Prince's offer to pay.

Five years later, the girls' condition is so much worse that Mr Shakeel has come to the heart-breaking conclusion that their suffering should come to an end, unless someone can fund treatment.

The dependency on Farah's kidneys is causing them to suffer weight loss and high blood pressure.

Poor: The family live in the poverty-stricken city of Patna, India, where Saba and Farah Shakeel's father Mohammed struggles to provide for his family of eight.

He told The Daily Telegraph: ‘The girls want to live and enjoy life as others do but when they are in pain, they cry and ask for help.

‘All we want is either the government should come and help us treat them or allow them to die, because they are in a miserable condition.’

The twins' elder brother, Tamana Ahmad Malik, said the pair were in excruciating pain all the time they are awake, which is at least 15 hours a day.

'In the last few months, they've suffered continuous headache and body pain. They have difficulty in speaking and their limbs have become twisted,' he said. -dailymail


Hospital Buang Jari Dalam Mangkuk Tandas, Remaja Dapat Ganti Rugi RM27,500

Alor Setar: Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan Kerajaan Malaysia membayar ganti rugi sebanyak RM27,500 terhadap seorang pelajar tingkatan tiga di atas kecuaian anggota jabatan itu menjalankan tugas sehingga menyebabkan sebahagian jari telunjuk kiri remaja itu yang terputus gagal disambung semula, empat tahun lalu.

Muhammad Shaeidil Amir, 15, yang masih di bawah umur ketika kejadian, diwakili ibunya Zuraiza Omar, 39, memfailkan tuntutan saman pada Mac tahun lalu dengan menamakan Ketua Pengarah JPAM sebagai defendan pertama dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan kedua.

Hakim Maznah Abdul Aziz memerintahkan JPAM dan Kerajaan Malaysia membayar RM25,000 sebagai gantirugi am dan khas di atas kecuaian berkenaan dan RM2,500 kos prosiding terhadap Muhammad Shaeidil yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pendang, Pendang.

Keputusan penghakiman itu dipersetujui Peguam Persekutuan, Adliana Nujumudin yang mewakili JPAM dan Kerajaan Malaysia. Muhammad Shaeidil diwakili Simon Murali.

Mengikut fakta kes, pada 2 November 2007 plaintif mengalami kecederaan apabila sebahagian jari telunjuk kirinya terputus ketika dia memotong kelapa menggunakan parang di rumahnya di Kampung Batu Menunggul, Air Putih, dekat Pendang.

Plaintif kemudian dibawa ibunya ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, bersama-sama dengan sebahagian jari telunjuk yang terputus itu yang diletakkan dalam plastik berisi ais bertujuan untuk disambungkan semula.

Namun, bekas plastik berkenaan yang diberikan kepada seorang anggota JPAM yang bertugas di unit kecemasan HSB yang kemudian bertindak membuang sebahagian jari itu ke dalam mangkuk tandas menyebabkan doktor gagal menyambung semula jari berkenaan. -BH


Berita Berkaitan, Harian Metro November 4, 2007
Buang jari dalam tandas

SUNGAI PETANI: Seorang ibu kesal dengan tindakan kakitangan Jabatan Kecemasan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Star yang didakwanya membuang hujung jari telunjuk tangan kiri anaknya yang terputus ke dalam mangkuk tandas, kelmarin.

Zuraiza Omar, 35, berkata kira-kira jam 11 pagi dia membawa anaknya Muhamad Shaeidil Amir, 11, ke jabatan itu untuk menyambung semula jari telunjuk yang putus akibat terkena parang ketika mengopek kelapa di rumah.

Zuraiza Omar, 35, dari Kampung Batu Menunggul, Air Putih, Pendang, di sini, berkata sebaik tiba di jabatan itu, beberapa kakitangan merawat kecederaan jari anaknya, tetapi seorang daripada mereka meminta untuk melihat bahagian yang terputus.

Katanya, dia kemudian menyerahkan hujung jari yang disimpan dalam bekas plastik berisi ais.

“Kakitangan itu mengambil jari berkenaan dan mendakwa ia tidak boleh disambung lagi. Dia kemudian membawa hujung jari itu keluar dari bilik rawatan tanpa disedari rakannya yang merawat jari anak saya.

“Selepas kakitangan itu masuk semula tidak lama selepas itu, rakannya meminta hujung jari yang terputus itu, tapi dia memberitahu ia dibuang ke dalam mangkuk tandas.

“Rakan kakitangan itu terkejut dengan tindakan lelaki terbabit kerana dia tidak merujuk kes berkenaan kepada doktor bertugas,” katanya ketika ditemui di Taman Delima, di sini, semalam.

Zuraiza berkata, dia kemudian bertanya mengenai tindakan kakitangan itu, tetapi lelaki terbabit hanya menjawab hujung jari berkenaan dibuang kerana tidak boleh digunakan lagi.

“Anak saya kemudian dibawa berjumpa doktor dan saya memberitahunya hujung jari anak saya yang terputus itu dibuang ke dalam mangkuk tandas oleh seorang kakitangannya.

“Biarpun terkejut dengan jawapan saya, doktor terbabit hanya memberitahu dia tidak dapat berbuat apa-apa untuk menyambung semula jari anaknya kerana hujung jari yang putus itu sudah tiada.

“Saya kecewa dengan tindakan kakitangan itu dan hairan mengapa dia mengambil keputusan sendiri tanpa merujuk kepada doktor. Apakah kakitangan kecemasan boleh membuat keputusan tanpa merujuk kepada doktor?” katanya.

Menurut Zuraiza, dia boleh menerima hakikat jika hujung jari yang terputus itu tidak dapat disambung kembali, tetapi kakitangan itu sepatutnya memulangkan semula bahagian berkenaan, bukan dibuang ke dalam mangkuk tandas.

Disebabkan tidak puas hati dengan tindakan kakitangan itu, Zuraiza membuat laporan di Balai Polis Kota Star.


Kereta BMW Pengacara Imam Muda Langgar Lori dan Nyaris Maut

Petaling Jaya: Pengacara Imam Muda musim kedua (IM2), Dzulkarnain Hamzah atau ustaz Dzul terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Sepang, Selangor ketika dalam perjalanan untuk mengadakan ceramah di Port Dickson, Negeri Sembilan, Sabtu lalu.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 2.30 petang itu, ustaz Dzul mengalami kecederaan pada bahagian muka dan lutut kiri apabila kereta BMW 5 Siri yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori membawa muatan kelapa sawit.

Dzul yang dihubungi mStar Online di sini, Selasa berkata, semasa kejadian dia baru selesai mengadakan ceramah pertamanya di Subang Bistari dekat sini dan ingin ke Port Dickson melalui laluan di Sepang.

“Semasa saya tiba di satu laluan di Sepang itu, saya ingin memotong sebuah lori muatan kepala sawit. Malangnya pada waktu itu juga lori berkenaan membelok ke kanan tanpa memberikan lampu isyarat menyebabkan kenderaan saya merempuhnya,” katanya.

Disebabkan kejadian itu, ustaz Dzull tidak sedarkan diri sehinggalah ketika dirawat di Hospital Putrajaya.

Katanya, kemalangan itu menyebabkan dia mengalami kecederaan pada bahagian muka dan lutut kirinya.

“Saya terpaksa menerima 12 jahitan pada bahagian lutut serta lapan jahitan pada bahagian dalam mulut termasuk bibir. Alhamdulillah, tiada kecederaan dalaman semasa imbasan x-ray dibuat oleh doktor,” jelasnya.

Dia yang trauma dengan kejadian itu memberitahu, kemalangan tersebut menyebabkan bahagian depan sebelah penumpang keretanya remuk selepas terperosok dalam perut lori berkenaan.

“Saya juga bersyukur kerana hanya saya sahaja di dalam kereta berkenaan,” katanya.

Berikutan itu dia terpaksa berehat untuk mengacarakan rancangan Iman Muda 2 sehinggalah benar-benar pulih sepenuhnya.

Sementara itu Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar berkata, tempat ustaz Dzull akan digantikan sementara oleh pelakon Fahrin Ahmad.

Pada Jumaat ini, rakaman peringkat separuh akhir rancangan tersebut akan disiarkan bermula pukul 9 malam menerusi saluran Astro Oasis (saluran 106) yang dilakukan di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. -mstar