25 Ogo 2009

Era Najib Altantuya : PAS Menang Besar Di Permatang Pasir (updated)

Walaupun pelbagai taktik kotor yang digunakan Umno-BN dalam pilihanraya kecil Dun N11 Permatang Pasir namun taktik berkenaan terbukti gagal apabila calon Pas Salleh Man dipilih pengundi Dun berkenaan untuk menjadi wakil rakyat mereka.

Salleh Man yang mendapat 9618 undi, menang dengan majoriti 4551 undi sekaligus mengalahkan calon Umno-BN Rohaizat Othman yang hanya mendapat 5067 undi.

Sebelum ini, bekas Adun Permatang Pasir - Allahyarham Mohd Hamdan Abdul Rahman telah mengalahkan calon Umno-BN Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti sebanyak 5,433 undi. Majoriti yang diraih Salleh 4,551, kurang 882, namun kekurangan majoriti ini adalah kecil dan adalah disebabkan berkurangnya jumlah mereka yang keluar mengundi.

Pilihanraya kecil kali ini juga menyaksikan seramai 20,350 pengundi berdaftar yang layak keluar mengundi dengan peratusan pengundi - 72 peratus terdiri daripada kaum Melayu, 25.7 peratus kaum Cina, 1.2 peratus kaum India dan 0.2 peratus lain-lain.

Kemenangan ini sekaligus menyaksikan Salleh Man dapat mengekalkan dan sekaligus mempertahankan kerusi Dun N11 yang sebelum ini disandang oleh Allahyarham Mohd Hamdan sejak pilihan raya umum 1999.

Kejayaan ini juga menyaksikan Pas berjaya mempertahankan kerusi tradisi yang telah disandang sejak tahun 1999.

Pilihanraya kali ini memperlihatkan kekalahan kali ke-7 berturut-turut BN dalam beberapa siri pilihan raya kecil yang diadakan sejak berakhirnya Pilihan Raya Umum ke-12 pada Mac tahun lalu.

Malam ini bertempat di Markaz induk Permatang Pasir juga, akan diadakan satu ceramah bagi meraikan kemenangan Pas yang akan dihadiri oleh pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat termasuk Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Undi rosak adalah sebanyak 83. Seramai 14,832 orang ataupun 73.1 peratus keluar mengundi pada pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir hari ini. Jumlah pemilih adalah seramai 20,290 orang.

Pada Mac 2008, PAS memenangi kerusi Permatang Pasir buat kali ketiga dengan kelebihan 5,433 undi.

Keputusan rasmi pilihan raya kecil diumumkan oleh Pengurus Pilihan Raya, Roslan Yahya pada pukul 7.30 petang - tepat waktu berbuka puasa di sini.

Dalam pada itu, Pengarah Pilihan Raya Kecil PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, keputusan hari ini merupakan pengertian bermakna kepada pihaknya.

Mengenai penurunan majoriti, Mahfuz yang juga Naib Presiden berkata, "saya hanya mengharapkan kemenangan walaupun satu undi."

"Kami telah bekerja keras ke arah kemenangan lebih besar dan sebagaimana saya katakan sebelum ini, kemenangan dengan majoriti satu undi pun kemenangan juga," katanya.

Apa kata pula Najib, Muhyiddin, Ahmad Zahid Hamidi, Ahmad Maslan, Shahrizat, Hishamuddin, Shafie Apdal, Rais Yatim dan lain-lain pemimpin UMNO yang bercakap besar sebelum ini?

Apa pula komen media pro-UMNO seperti Utusan, Berita Harian, Mstar, RTM, Media Prima dan lain-lain?

Bagaimana pula riaksi blogger pro-UMNO yang banyak bermaki-makian di blog masing-masing untuk memenangkan calon UMNO BN?

Apa pula ulasan pihak-pihak yang menjadi kuda tunggangan UMNO seperti SPRM, Polis, Kementerian Pertahanan, Kementerian Penerangan dan lain-lain?

Apa pula nasib mereka ynag melompat seperti Radzhi, Osman Jailu, Jamaluddin, Nazaruddin dan Jit Fang dan ketua mereka Ibrahim Ali?

Bamaimana dengan MB Rayuan di Perak, ada berani bubarkan DUN dan ada berani bercakap besar lagi?

Kami katakan dengan penuh yakin tetapi tidak takbur, bahawa selepas ini Pakatan Rakyat ke Putra Jaya! InsyaAllah.



Mohd Salleh Man dari PAS telah memenangi kerusi dewan undangan negeri Permatang Pasir di Pulau Pinang dengan majoriti besar 4,551 undi.

Keputusan rasmi menunjukkan Mohd Salleh mendapat 9,618 undi manakala Barisan Nasional (BN) Rohaizat Othman menerima 5,067 undi.

Kemenangan PAS telah diduga kerana kerusi DUN ini adalah di dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh, kubu kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Meskipun diserang dengan begitu hebat oleh BN/Umno dengan serangan retorika bersifat perkauman, namun kempen Rohaizat telah menerima malapetaka sejak di hari pertama.

Pada hari penamaan calon, telah didedahkan bahawa beliau seorang yang sudah ditarik balik lesen guaman sivilnya kerana pecah amanah yang melibatkan wang sejumlah RM161,000.

Keseluruhan kempen telah meletakkan BN di dalam keadaan yang amat defensif.

Namun majoriti yang diterima PAS malam ini, sekalipun kurang dari 5,433 majoriti sewaktu jumlah yang keluar mengundi adalah lebih tinggi di tahun lalu, menunjukkan status quo sokongan kepada PR dan BN masih sama.

Jumlah yang keluar mengundi hari ini ialah 73.1 peratus berbanding 82.57 peratus tahun lalu.

Kemenangan PAS yang bergaya ini menunjukkan di dalam lingkungan PR sendiri, mereka tidak mampu dikalahkan.

Kemenangan tersebut, seklaipun Umno telah cuba menggambarkan Anwar sebagai pengkhianat Melayu, yang apada waktu yang sama memainkan sentimen bangsa dan ugama.

Jika Permatang Pasir boleh dijadikan sebarang ukuran, serangan Umno tidak menunjukkan sebarang kesan ke atas pengundi kecuali di kalangan penyokong kuatnya sahaja.

Kemenangan hari ini menandakan kemenangan PR yang ketujuh dari lapan pilihanraya kecil yang berlansung sejak pilihanraya umum 2008.







Era Najib Altantuya : Tahniah Ustadz Salleh Man!

Walaupun pelbagai taktik kotor yang digunakan Umno-BN dalam pilihanraya kecil Dun N11 Permatang Pasir namun taktik berkenaan terbukti gagal apabila calon Pas Salleh Man dipilih pengundi Dun berkenaan untuk menjadi wakil rakyat mereka.

Salleh Man yang mendapat 9618 undi, menang dengan majoriti 4551 undi sekaligus mengalahkan calon Umno-BN Rohaizat Othman yang hanya mendapat 5067 undi.

Sebelum ini, bekas Adun Permatang Pasir - Allahyarham Mohd Hamdan Abdul Rahman telah mengalahkan calon Umno-BN Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti sebanyak 5,433 undi. Majoriti yang diraih Salleh 4,551, kurang 882, namun kekurangan majoriti ini adalah kecil dan adalah disebabkan berkurangnya jumlah mereka yang keluar mengundi.

Pilihanraya kecil kali ini juga menyaksikan seramai 20,350 pengundi berdaftar yang layak keluar mengundi dengan peratusan pengundi - 72 peratus terdiri daripada kaum Melayu, 25.7 peratus kaum Cina, 1.2 peratus kaum India dan 0.2 peratus lain-lain.

Kemenangan ini sekaligus menyaksikan Salleh Man dapat mengekalkan dan sekaligus mempertahankan kerusi Dun N11 yang sebelum ini disandang oleh Allahyarham Mohd Hamdan sejak pilihan raya umum 1999.

Kejayaan ini juga menyaksikan Pas berjaya mempertahankan kerusi tradisi yang telah disandang sejak tahun 1999.

Pilihanraya kali ini memperlihatkan kekalahan kali ke-7 berturut-turut BN dalam beberapa siri pilihan raya kecil yang diadakan sejak berakhirnya Pilihan Raya Umum ke-12 pada Mac tahun lalu.

Malam ini bertempat di Markaz induk Permatang Pasir juga, akan diadakan satu ceramah bagi meraikan kemenangan Pas yang akan dihadiri oleh pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat termasuk Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Undi rosak adalah sebanyak 83. Seramai 14,832 orang ataupun 73.1 peratus keluar mengundi pada pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir hari ini. Jumlah pemilih adalah seramai 20,290 orang.

Pada Mac 2008, PAS memenangi kerusi Permatang Pasir buat kali ketiga dengan kelebihan 5,433 undi.

Keputusan rasmi pilihan raya kecil diumumkan oleh Pengurus Pilihan Raya, Roslan Yahya pada pukul 7.30 petang - tepat waktu berbuka puasa di sini.

Dalam pada itu, Pengarah Pilihan Raya Kecil PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, keputusan hari ini merupakan pengertian bermakna kepada pihaknya.

Mengenai penurunan majoriti, Mahfuz yang juga Naib Presiden berkata, "saya hanya mengharapkan kemenangan walaupun satu undi."

"Kami telah bekerja keras ke arah kemenangan lebih besar dan sebagaimana saya katakan sebelum ini, kemenangan dengan majoriti satu undi pun kemenangan juga," katanya.

Apa kata pula Najib, Muhyiddin, Ahmad Zahid Hamidi, Ahmad Maslan, Shahrizat, Hishamuddin, Shafie Apdal, Rais Yatim dan lain-lain pemimpin UMNO yang bercakap besar sebelum ini?

Apa pula komen media pro-UMNO seperti Utusan, Berita Harian, Mstar, RTM, Media Prima dan lain-lain?

Bagaimana pula riaksi blogger pro-UMNO yang banyak bermaki-makian di blog masing-masing untuk memenangkan calon UMNO BN?

Apa pula ulasan pihak-pihak yang menjadi kuda tunggangan UMNO seperti SPRM, Polis, Kementerian Pertahanan, Kementerian Penerangan dan lain-lain?

Apa pula nasib mereka ynag melompat seperti Radzhi, Osman Jailu, Jamaluddin, Nazaruddin dan Jit Fang dan ketua mereka Ibrahim Ali?

Bamaimana dengan MB Rayuan di Perak, ada berani bubarkan DUN dan ada berani bercakap besar lagi?

Kami katakan dengan penuh yakin tetapi tidak takbur, bahawa selepas ini Pakatan Rakyat ke Putra Jaya! InsyaAllah.



Era Najib Altantuya : 75% Tak Bersetuju Kartika Merayu

Seruan Datuk Seri Najib Razak yang berkata Kartika Sari Dewi Shukarno boleh membuat rayuan dan tidak sepatutnya reda semata-mata untuk dihukum telah ditolak oleh rakyat Malaysia yang mengikut undian SMS Edisi 7 memaparkan 75% responden tidak bersetuju dengan cadangan Perdana Menteri itu supaya Kartika merayu.

Perdana menteri dilaporkan menjelaskan pendirian kerajaan pusat ialah ia tidak boleh mempertikaikan soal agama dan, tambahnya, soal agama terletak di bawah pihak berkuasa Mahkamah Syariah.

Bagaimanapun, Kartika Sari mempunyai ruang untuk merayu, katanya.

Kartika Sari Dewi, 32, seorang model dilaporkan enggan merayu di atas hukumannya itu dan bersedia untuk menerima hukuman itu.

Sebelum ini Kartika ditangkap dalam satu serbuan yang di buat di sebuah hotel dan didapati bersalah kerana meminum arak.

Mahkamah Syariah menjatuhkan hukuman tersebut pada Julai lepas.

Beliau tidak membuat rayuan sebaliknya mengatakan akur dengan keputusan tersebut.

"Saya keliru dan rasa seperti ditendang macam bola oleh Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip),” kata model sambilan Singapura itu berikutan keputusan pindaan hukuman sebat yang sepatutnya di jalankan ke atasnya pada minggu ini ditangguhkan kerana menghormati bulan Ramadan.

Kartika berkata, dia keliru dengan keputusan pihak berkuasa yang memberi arahan sebelum ini supaya hukuman sebat ke atasnya dijalankan dalam minggu ini tetapi kemudian menangguhkannya secara tiba-tiba.

“Saya sangat keliru, mereka suruh saya pergi jalani hukuman tetapi sampai pertengahan jalan mereka suruh saya balik. Sekarang saya tidak tahu nak buat apa," katanya kepada pemberita sejurus selepas membuat laporan polis, di Ibupejabat Polis Daerah (IPD), Kuala Kangsar, semalam.

Bapanya, Shukarno Abdul Muttalib berkata, tiga pegawai penguat kuasa Jaip datang ke rumahnya bersama waran tangkap untuk membawa Kartika ke Penjara Wanita Kajang untuk menjalani hukuman tetapi lebih kurang satu jam kemudian, anaknya diserahkan semula kepadanya.

Menurutnya, beliau mengambil keputusan membuat laporan polis kerana keliru dengan keputusan pihak atasan yang menangguhkan hukuman terhadap anaknya dan bimbang pihak tertentu menganggap Kartika lari daripada menjalani hukuman.

“Tiga pegawai datang ke rumah saya kira-kira jam 9.30 pagi dan menunjukkan waran tangkap serta membawa Kartika ke Penjara Kajang bagi menjalani hukuman sebat.

“Tetapi lebih kurang sejam kemudian, pegawai yang sama menyerahkan semula Kartika kepada saya dan mengatakan hukuman sebat ditangguhkan bagi menghormati bulan Ramadan.

“Saya membuat laporan polis kerana Kartika ditangkap tetapi dibebaskan semula dan risau sekiranya keputusan itu disalah erti,” katanya.

Sebelum ini, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Kuantan telah mengarahkan Kartika menjalani hukuman itu dalam minggu ini tanpa memberikan tarikh sebenar hukuman bakal dijalankan.

Pada 20 Julai lalu, Kartika, 32, dijatuhi hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan selepas mengaku salah meminum arak di sebuah hotel di Cherating pada jam 11.40 malam 11 Julai 2008.

Bagaimanapun, Jaip atas atas nasihat Ketua Hakim Syarie Pahang menangguhkan sementara hukuman sebat bagi menghormati bulan Ramadan.



Era Najib Altantuya : Keputusan PRK Permatang Pasir

Keputusan Terkini



Mohd Salleh Man (PAS) : 9618

Rohaizat Othman (BN) : 5067

Majoriti : 4551
Jumlah keluar Mengundi ;
Undi Rosak : 83
Masa : 7.08 pm

PERBANDINGAN



Era Najib Altantuya : Kartika - Saya Ditendang Macam Bola

Saya keliru dan rasa seperti ditendang macam bola oleh Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip),” kata model sambilan Singapura, Kartika Sari Dewi, 32, berikutan keputusan pindaan hukuman sebat yang sepatutnya di jalankan ke atasnya pada minggu ini ditangguhkan kerana menghormati bulan Ramadan.

Kartika berkata, dia keliru dengan keputusan pihak berkuasa yang memberi arahan sebelum ini supaya hukuman sebat ke atasnya dijalankan dalam minggu ini tetapi kemudian menangguhkannya secara tiba-tiba.

“Saya sangat keliru, mereka suruh saya pergi jalani hukuman tetapi sampai pertengahan jalan mereka suruh saya balik. Sekarang saya tidak tahu nak buat apa," katanya kepada pemberita sejurus selepas membuat laporan polis, di Ibupejabat Polis Daerah (IPD), Kuala Kangsar, semalam.

Bapanya, Shukarno Abdul Muttalib berkata, tiga pegawai penguat kuasa Jaip datang ke rumahnya bersama waran tangkap untuk membawa Kartika ke Penjara Wanita Kajang untuk menjalani hukuman tetapi lebih kurang satu jam kemudian, anaknya diserahkan semula kepadanya.

Menurutnya, beliau mengambil keputusan membuat laporan polis kerana keliru dengan keputusan pihak atasan yang menangguhkan hukuman terhadap anaknya dan bimbang pihak tertentu menganggap Kartika lari daripada menjalani hukuman.

“Tiga pegawai datang ke rumah saya kira-kira jam 9.30 pagi dan menunjukkan waran tangkap serta membawa Kartika ke Penjara Kajang bagi menjalani hukuman sebat.

“Tetapi lebih kurang sejam kemudian, pegawai yang sama menyerahkan semula Kartika kepada saya dan mengatakan hukuman sebat ditangguhkan bagi menghormati bulan Ramadan.

“Saya membuat laporan polis kerana Kartika ditangkap tetapi dibebaskan semula dan risau sekiranya keputusan itu disalah erti,” katanya.

Sebelum ini, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Kuantan telah mengarahkan Kartika menjalani hukuman itu dalam minggu ini tanpa memberikan tarikh sebenar hukuman bakal dijalankan.

Pada 20 Julai lalu, Kartika, 32, dijatuhi hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan selepas mengaku salah meminum arak di sebuah hotel di Cherating pada jam 11.40 malam 11 Julai 2008.

Bagaimanapun, Jaip atas atas nasihat Ketua Hakim Syarie Pahang menangguhkan sementara hukuman sebat bagi menghormati bulan Ramadan.

Hari ini pula Datuk Seri Najib Razak berkata Kartika Sari Dewi Shukarno boleh membuat rayuan dan tidak sepatutnya reda semata-mata untuk dihukum.

Perdana menteri dilaporkan menjelaskan pendirian kerajaan pusat ialah ia tidak boleh mempertikaikan soal agama dan, tambahnya, soal agama terletak di bawah pihak berkuasa Mahkamah Syariah.


Era Najib Altantuya : LIVE PERMATANG PASIR (updated)

Sambungan Lintas lansung.
5.00 petang : Pengundian TAMAT jam 5.00 ptg. Kiraan undi bermula sebentar lagi.

4.30 petang : "Polling agent" dan "Counting agent" mula masuk ke dalam pusat mengundi kira-kira bermula jam 4 petang tadi

Calon PAS kini berada di SK Permatang Pauh

Suasana di sekitar pusat mengundi semakin susut. Para petugas yang keletihan sudah ramai yang balik.

4.18 ptg : Banyak pihak tertanya-tanya dan kesal dengan tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang tidak mengisytiharkan cuti umum untuk membolehkan rakyat keluar mengundi. Ini sekaligus membolehkan BN menggunakan peluang untuk menghantar pengundi-pengundi hantu di saat akhir bagi merealisasikan angka SPR yang mensasarkan 80%. Lim Guan Eng sepatutnya mencontohi tindakan TG Nik Aziz di manek Urai. Tanpa tindakan sedemikian, PAS mungkin telah tewas di MU.

4.16 ptg : Setakat jam 4 petang SPR mengumumkan peratus keluar mengundi 70.5 % bersamaan 14 300 pengundi

4.00 ptg : Lamanweb prkn11 melaporkan daripada jam 4 hingga 5 petang ini, Semua petugas-petugas diminta membuat semakan terakhir tugas-tugas keselamatan, pengangkutan dan pihak UPU diminta mengawasi sesuatu yang pelik kemungkinan akan dilakukan oleh Barisan Nasional.

3.50 ptg Sehingga jam 3 petang tadi, sebanyak 65 peratus bersamaan 13,172 pengundi telah keluar membuang undi mereka di 39 saluran membuang undi di 8 pusat pengundian yang dibuka seawal jam 8 pagi tadi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mensasarkan peningkatan 5 peratus pengundi yang keluar mengundi dalam masa 2 jam yang bakal menjadikan jumlah peratusan pengundi meningkat kepada 70 peratus.

Sebanyak 20,290 pengundi berdaftar layak membuang undi pada pilihanraya kecil N11 DUN Permatang Pasir kali ini.



dikemaskinikan selalu




Laporan sebelum ini

Kenyataan Najib Altantuya Bela SPRM Dibidas

Inkues belum berakhir tetapi Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah pun mengeluarkan kenyataan seolah-olah membelas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah malaysia (SPRM).

Menurut Najib, SPRM tidak boleh dijadikan mainan politik dan sentimen ekoran beberapa pihak cuba mempertikaikan kredibilitinya.

Perdana Menteri berkata, orang ramai tidak boleh menunding jari kepada SPRM semata-mata berdasarkan satu kes membabitkan kematian Setiausaha Politik seorang Exco Selangor, Teoh Beng Hock.

"Kita tidak boleh cepat salahkan SPRM. Kita tak boleh jadikan SPRM mainan politik, sentimen," kata Najib yang juga Menteri Kewangan kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kewangan Negara di Kementerian Kewangan di sini.

Banyak pihak melihat kenyataan Najib itu sebagai satu pembelaan terhadap perbuatan jenayah yang mungkin berlaku sehingga menyebabkan kematian Teoh beng Hock.

"PM sepatutnya bertindak adil dengan tidak mebuat sebarang kenyataan yang dilihat seperti membela SPRM. Apa ertinya inkues lagi jika PM sendiri sudah berpihak dan menafikan persepsi rakyat bahawa apa yang berlaku ke atas Teoh Beng Hock adalah satu perbuatan jenayah dan apa yang dilakukan oleh Polis dan SPRM berkemungkinan adalah untuk cuba menutup perlakuan jenayah para pegawainya?" soal seorang pensyarah Sains Politik di sini hari ini.

Najib berkata demikian ketika diminta mengulas kononnya terdapat beberapa pihak cuba mempertikaikan kredibiliti SPRM berikutan kematian Teoh serta insiden ugutan bunuh terhadap pegawai kanan SPRM dan serangan molotov cocktail terhadap kenderaannya di Klang minggu lalu.

Najib berkata, kerajaan masih yakin dengan kewibawaan SPRM kerana ia adalah badan penting untuk memerangi gejala rasuah dan memastikan urus tadbir negara berjalan dengan baik.

"Keyakinan itu mesti beasas. Jika sudah ada kematian, apakah kita perlu menunggu satu lagi kematian baru kita hendak perbetulkan keadaan?" soal pensyarah itu lagi.


Era Najib Altantuya : Gantung Presiden MCA

Lima Bahagian MCA di Perak hari ini mendesak Jawatankuasa Disiplin MCA menggantung serta merta presiden parti itu Datuk Seri Ong Tee Keat dan memulakan siasatan terhadap dakwaan sebanyak RM10 juta telah diberi secara peribadi kepada Ong sebagai dana politik.

Timbalan Pengerusi Bahagian MCA Batu Gajah Datuk Lee Kon Yin berkata tuduhan terhadap Ong itu telah mencemar nama baik, imej dan integriti parti.

"Siasatan atau inkues perlu dijalankan segera oleh Jawatankuasa Disiplin untuk mengetahui sama ada benar atau tidak tuduhan terhadap Datuk Seri Ong Tee Keat itu demi menjaga nama baik, imej dan integriti MCA," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Lee berkata memorandum mengenai perkara itu yang dihantar hari ini kepada Pengerusi Jawatankuasa Disiplin MCA Datuk Ng Cheng Kiat ditandatangani oleh ahli jawatankuasa bahagian MCA Batu Gajah, Ipoh Barat, Ipoh Timur, Tambun dan Bagan Datoh.

Beliau berkata jawatankuasa itu perlu mengeluarkan perintah melarang Ong daripada menjalankan tugas atau sebarang urusan atas nama 'MCA' sehingga kebenaran terserlah dan namanya dibersihkan.

Ong yang juga Menteri Pengangkutan semalam menyaman anggota Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing dan menuntut ganti rugi am sebanyak RM500 juta kerana mendakwa Tiong mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadapnya.

Beliau mendakwa Tiong, Pengarah Eksekutif syarikat Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadapnya berhubung pemberian RM10 juta yang kemudiannya diterbitkan di laman web Malaysiakini pada Ogos 12 lalu.

Di dalam pernyataan tuntutannya, Ong berkata kenyataan itu tidak benar dan beliau memohon supaya Tiong membuat satu penarikan balik kenyataannya serta permintaan maaf disiarkan di semua surat khabar utama.

Ong mendakwa kenyataan berunsur fitnah itu telah dikeluarkan secara mala fide dan dengan niat jahat bertujuan menghalang penyiasatan yang adil dan betul terhadap penyalahgunaan kewangan oleh Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) dan peranan KDSB dalam penyalahgunaan kewangan berkenaan.

KDSB merupakan kontraktor siap guna bagi projek PKFZ, yang sedang disiasat oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara. -SH

Era Najib Altantuya : Live INKUES TEOH BENG HOCK

BERIKUT adalah perkembangan inkues kes kematian Teoh Beng Hock hari ini(Selasa, 25 Ogos). Prosiding diteruskan pagi ini.

Tamat kemaskini.

3.10 ptg : Tiada bantahan dari mana-mana peguam. Inkues ditangguhkan esok pagi.

3.05 ptg : Gobind meminta poenangguhan sehingga esok utk membenarkan majikan Teoh exco Selangor Ean Yong Hian Wah supaya hadir.

1.09 ptg : Peguam dari majlis Peguam Rajpal Singh berkata SPRM mesti menyediakan kesemua kenyataan yang lain dari Teoh yang diperolehi dari pegawai penyiasat yang lain bukan dari seorang.

1.08 ptg : Gobind membantah penerusan Abdul Razak untuk mengeluarkan kenyataan Teoh yang direkodkan kepada SPRM

1.07 ptg : Abdul Razak berkata beliau ingin menunjukkan kemungkinan ada perasaan takut Teoh menghadapi kenyataan

1.06 ptg : Gobind menyoal relevan soalan2 terhadap kandungan dokumen.

1.05 ptg : Malik membantah kerana Mohd Anuar bukan pegawai yang mencetak dokumen berkenaan, tanya pengesahan dari pegawai yg terbabit.

1.00 ptg : Abdul Razak menyerahkan dokumen, menyatakan dokumen yang dipertkaikan yang dicetak dari laptop Teoh, dan meminta Mohd Anuar untuk mengesahkannya.

12.56 ptg : Mohd Anuar beritahu mahkamah dia hanya mengeluarkan handfon Teoh daripada bag pada pukul 9 pagi 16 Julai.

12.52 ptg : Malik Imtiaz Sarwar membantah soalan Abdul Razak menyatakan saksi diberikan halatuju untuk menjawab soalan-soalan.

12.50 ptg : Mohd Anuar berkata Teoh mematikan handfonnya dan meletakkannya di dalam bag sebaik tiba ke pejabat SPRM

12.48 ptg : Mohd Anuar kata rakannya Hafiz beritahunya Teoh sdg memegang telefonnya dan bercakap dalam bahasa China semasa dlm perjalanan ke SPRM.

12.45 ptg : Pengarah Undnag-undang SPRM Abdul Razak pula menyoalsiasat Mohd Anuar

12.40 ptg : Mohd Anuar berkata bag Teoh di ambil dari biliknya oleh Puan Zurinawati selepas ditanya oleh Gobind kenapa beg Teoh berada di bilik lain.

12.35 ptg : Gobind menyatakan Mohd Anuar menyembunyikan seseuatu kerana dia tidak membuat laporan polis serta merta.

12.30 ptg : Mohd Anuar mengakui tidakbuat laporan polis serta merta kerana terlalu ramai orang di tempat kejadian.

12.25 ptg : Mohd Anuar berkata dia dapat arahan untuk tunggu dari timb pengarah Hishamuddin

12.15 ptg : Gobind meminta Mohd membacakan dengan kuat peruntukan undang-undang uyang memerlukan laporan serta-merta mesti dilakukan kepada polis jika berlaku kematian.

12.10 ptg : Mohd Anuar beritahu mahkamah beliau menerima arahan untuk melaporkan kematian Teoh pada hari berikutnya

12.05 ptg : - Mohd Anuar beritahu mahkamah Hishamuddin, dan Hairul ke Putrajaya selepas melihat badan Teoh.

12.00 tghari : Mohd Anuar mengaku dia tidak tahu keadaan Teoh sewaktu disoalsiasat.

11.50 pagi : Mohd Anuar bersetuju dengan soalan Gobind bahawa seseorang tidak dibenarkan untuk bergerak bebas atau meninggalkan siasatan dengan bermaksud 'penahanan konstruktif'

11.40 pagi Mohd Anuar berkata tiada sebarang peraturan atau panduan digunakan semasa menyoal siasat saksi

11.30 pagi Inkues bersambung semula setelah berehat 1 jam. Mohd Anuar berkata kes rasuah melibatkan Khir Toyo dijalankan oleh SPRM Putrajaya sewkatu ditanya mengapa SPRM Selangor hanya menyiasat mereka dari Pakatan Pakatan Rakyat saja.

10.30 pagi : Koroner Azmil Munthapa Abas meminta Gobind melembutkan sedikit soalan kepada saksi

10.27 pagi : Munkin bila banyak rahsia SPRM terlondeh, Peguam SPRM Abdul Razak menyifatkan Inkues sebagai 'mahkamah kangaroo'.

10.25 pagi : Gobind menyatakan kepada Mohd Anuar bahawa Teoh di soal dalam suasana 'oppressif' tetapi saksi itu tidak bersetuju.

10.20 pagi : Mohd Anuar kata ia adalah satu "isu sensitif" kerana akhbar melaporkannya hampir setiap hari.

10.15 pagi : Arahan ialah supaya siasatan dipercepatkan terhadap laporan ADUN Selangor yang dituduh menyalahgunakan dana kerajaan negeri.

10.10 pagi: Mohd Anuar mengaku menerima arahan dari Timbalan Pengarah SPRM Selangor Hishamuddin Hashim dan ketua Pegawai Penyaisat Hairul Idham Hamzah

10.00 pagi: Mohd Anuar mengaku tidak menjadi kelaziman untuk menahan saksi di pejabat sehingga ke pagi.

9.55 pagi: Mohd Anuar bersetuju dengan Gobind bahawa dia tidak menghiraukan untuk membuat semakan. Gobind menyatakan peguam Teoh, Manoharan telah menunggu 1 jam di pejabat SPRM.

9.50 pagi: Mohd Anuar mengaku beliau tidak semak samada peguam Teoh yang dikatakan akan datang ke pejabat SPRM telah sampai atau belum

9.45 pagi: Gobind juga menyoal mengapa Teoh diarah untuk menutup handfon.

9.40 pagi: Mohd Anuar tidak tentu arah dengan soalan-soalan Gobind samada Teoh ditahan, siapa ambil kunci kereta & telefon bimbit.

9.35 pagi: Gobind menyoal Mohd Anuar perbezaan diantara Seksyen 112 & 113 dari Kod Procedur Jenayah.

9.30 pagi: Peguam SPRM Abdul Razak Musa membantah susunan soalan-soalan Gobind Singh Deoterhadap Pegawai SPRM Mohd Anuar

9.17 pagi: Gobind mula menyoal balas saksi ke-16.

9.15 pagi: Prosiding inkues bermula dengan memanggil semula saksi ke-16, pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Anuar Ismail. Beliau menyambung keterangannya buat kali ke-3..

Era Najib Altantuya : Live Permatang Pasir

Lintas Lansung Permatang Pasir

SAMBUNGAN LAPORAN DI SINI

3.37 petang : Calon PAS sekarang berada di Sek Lay Kiow (simpang empat Permatang pauh) selepas itu akan menuju ke Sama Gagah

3.31 petang : Dewan Ulama' tidak ketinggalan sama dalam hari membuang undi ini. Anjurkan - Solat hajat, bacaan Yaasin dari malam terakhir berkempen hingga ke waktu malam ini - pengumuman kemenangan.

3.25 petang : Cuaca mula panas terik. Sepanjang Permatang Ara, Permatang Pasir, Kg Pelek dan Tanah Liat para petugas semakin berkurangan terutamanya petugas-petugas BN. Di Kg Pelek Petugas BN sudah tidak kelihatan.

Wajah para petugas juga kelihatan semakin letih dan lemah dan suasana juga semakin tenang. Kelihatan beberapa orang pemuda UMNO kepala batas yang berbaju kuning kelihatan berehat di Jalan Penanti. Mereka kelihatan sangat lemah dan letih.

3.00 ptg : SPR menyatakan sehingga jam 2 jumplah pengundi yg keluar ialah 11,979 atau 59%.

2.50 petang : Timb. Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang bersama Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan bersama petugas Pakatan Rakyat di UPU Cross Street.

2.46 petang : Tengahari tadi sebuah motor telah merempuh kereta ketua pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hj Hasan Tantawi. Penunggang tersebut cedera dan di bawa pergi untuk dirawat.

2.36 ptg : Calon PAS, Ustaz Salleh Man dilaporkan mula bergerak ke Sek. Keb Penanti di UPU Kubang semang dari Kg Pelek.

2.18 ptg : Ramalan dari seorang pensyarah yang tidak ingin di paparkan namanya, PAS dijangka akan menang dengan majoriti kurang sedikit daripada sebelum ini sekitar 4000 undi.

2.02 ptg : Calon kini masih lagi berehat di Kg Pelek dan dijangka bergerang ke Kubang Semang dalam pukul 2.30 petang. Ini merupakan pusingan kedua beliau melawat Pusat mengundi selepas melawat semua 8 pusat mengundi tadi.

1.15 ptg : Mengikut SPR, 10,812 atau 53.3% tlh keluar mengundi sehingga 1 ptg

1.14 tengahari : Terdapat beberapa pemuda Umno yang berang dengan tindakan ganas Pemuda Umno Kepala Batas itu. 2 orang yang dilaporkan cedera itu adalah Pemuda Umno Kepala Batas itu sendiri.

1.11 tengahari : Sejumlah 42.7 peratus dan 8672 pengundi telah keluar menunaikan tanggung jawab mengundi - sumber Bilik Operasi IT Induk.

1.00 tengahari : Calon PAS, Ustaz Salleh Man masih berada di Markaz Pemuda PAS, Kampung Pelet berehat dan menunaikan solat Zohor di sana. Dijangkakan keluar semula melihat8 pusat pengundian - second round - selepas jam 2.00 petang nanti.

12.52 tengahari : Seorang lelaki dilaporkan cedera - mangsa kepada keganasan Umno Kepala Batas itu. Meraka - berbaju kuning - dikatakan pelajar Sek. Men di Kepala Batas, dan seorang daripada mereka merupakan pelajar Sek. Keb Paya Keladi.

12.48 tengahari : 3-4 buah kereta pecah, Umno Kepala Batas itu cuba melarikan diri - membaling batu kearah petugas PAS yang cuba menangkap mereka, laporan kecederaan berlaku - pengesahan sedang cuba dibuat.

12.42 tengahari : FRU mula bertindak berbaris di hadapan Bilik Gerakan Umno Indera Muda - mengawal kumpulan penyokong Umno Kepala Batas yang berbaju Kuning dari bertindak lebih ganas - berkumpul bersama 'Kesatria Muda' - berbaju biru tua dan beret hijau.

12.38 tengahari : Penyokong buat kecoh lagi - mengeluarkan kata kesat, memaki hamun, isyarat lucah kepada petugas Pakatan Rakyat - keadaan terkawal kerana tiada serangan balas dari petugas Pakatan Rakyat.

12.35 tengahari : Setakat jam ini, mereka yang telah keluar mengundi - 33 peratus mewakili 6598 pengundi - sumber Bilik Operasi IT Induk.

12.31 tengahari : Geng penyokong Umno Kepala Batas - berbaju kuning - bermotosikal - buat kacau di kawasan Bukit Indera Mulia sehingga menyebabkan beberapa buah kereta rosak dan pecah cerminnya.

Mereka kini dilaporkan menuju ke Permatang Pasir pula.

12.25 tengahari : Jalan sesak daripada Permatang Pauh ke Permatang Janggus.

12.17 tengahari : Di UPU Permatang Tengah, 53.5 peratus telah keluar mengundi setakat ini.

12.13 tengahari : Selepas ini, calon PAS, Ustaz Salleh Man akan berehat di Markaz Besar Pemuda PAS di Kampung Pelet.

12.10 tengahari : Sekumpulan penyokong BN - berbaju kuning dan bermotor kuasa tinggi - yang sejak pagi tadi membuat kecoh kini dilaporkan berarak ke Sek. Keb Bukit Indera Muda untuk menunjukkan protes mereka kepada pihak polis yang menghalang mereka dari berkumpul di hadapan Sek. Keb Penanti pagi tadi.

Kumpulan penyokong ini - dilarang polis berkumpul kerana - berbaju kuning berlambang dacing BN.

12.02 tengahari : Ramai pengundi dari saluran 3 dan 4 di Sek. Keb Permatang Pasir keluar membuang undi.

11.47 pagi : sehingga kini sebanyak 5248 orang keluar mengundi mewakili 26 % jumlah keseluruhan pengundi.

11.40 pagi : Kehadiran terlalu ramai anggota polis di pusat-pusat pengundian menakutkan pengundi. Kelihatan seolah-olah ini pilihanraya polis. Di Sek. Keb Penanti polis bertindak semacam mahu mengambil alih tugas SPR.

11.24 pagi : Cuaca mendung awal pagi tetapi cerah kemudian. Laluan trafik masih terkawal walaupun kesesakan berlaku sepanjang jalan menuju ke pusat mengundi.

11.10 pagi : Di Kubang Semang - Kampung Semambu - BN dilaporkan terdesak hingga terpaksa menggunakan RM500 untuk membeli undi warga-warga emas disana.

11.06 pagi : Ketua jentera muslimat PAS Kelantan memberitahu, muslimat PAS sedang membuat gerak gempur - 1 petugas 1 pengundi.

11.01 pagi : Ustaz Salleh Man kini berada di Sek. Keb Permatang Pasir sedang meninjau proses pembuangan undi di sana. Beliau kini dalam perjalanan ke Sek. Keb Bukit Indera Muda.

10.55 pagi : Polis meleraikan ketegangan diantara penyokong kedua belah parti.

10.47 pagi : Calon PAS, Ustaz Salleh Man ketika ini dari Sek. Keb Penanti sedang menuju ke pusat mengundi, Sek. Keb Permatang Pasir.

10.40 pagi : Rohaizat & Ahmad Maslan kelihatran berada bersama penyokong di pusat pembuangan undi SMJKC Lay Keow.

10.41 pagi : Di Sama Gagah, pengundi saluran 2 dan 5 paling banyak keluar ketika ini. Penyokong Umno yang memakai seragam membawa lambang parti itu nyata salah dalam peraturan baru SPR dalam pilihanraya kecil ini, namun tiada kelihatan tindakan diambil keatas mereka oleh pihak berwajib.

10.30 pagi : Berhampiran perkuburan Cina, Kubang Semang, 150 orang berkumpul di sana. Mereka yang mengenakan jaket kuning yang tertera tulisan 'Pemuda Umno Kepala Batas' itu berkelakuan kasar terhadap pengguna jalan raya, lebih-lebih lagi mereka yang dilihat penyokong PAS. Mereka ini dipercayai kumpulan yang membu

10.26 pagi : Pengarah jentera pilihanraya kecil, Dato' Mahfuz bersama pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat berada di UPU Kampung Pelet.

10.25 pagi : Selawat yang tidak putus-putus, menjadi sumber kekuatan penyokong PAS berhampiran Sek. Men Sama Gagah. Manakala penyokong BN-Umno sibuk mengherdik dan menuding jari terhadap penyokong PAS - sengaja cetus provokasi.

10.20 pagi : Peratusan pengundi yang telah mengundi pada jam 10 pagi ialah 28.5% atau 5,775 orang.

10.15 pagi : Peratusan pengundi yang telah mengundi pada jam 9 pagi ialah 14% atau 2,966 orang

9.58 pagi : 100 konvoi bermotor BN-Umno akhirnya beredar dari depan Sek. Keb Penanti dengan kawalan anggota FRU, keadaan masih hinggar dan kecoh di sana.

9.50 pagi : Calon PAS, Ustaz Salleh Man berada di Sek. Men. Sama Gagah - UPU keempat yang dilawati - beliau bangga Ketua Menteri Pulau Pinang, YB Lim Guan Eng dan Exco-exco Kerajaan Negeri turut bersama beliau memberi sokongan.

9.50 pagi - Trak polis simpanan persekutuan (FRU) berderetan sampai di hadapan Sek.Keb Penanti, keadaan masih lagi kecoh.

9.46 pagi - Ketegangan yang berlaku di depan Sek. Penanti sejak jam 8 tadi masih belum reda. Geng bermotor dari BN Kelapa Batas masih lagi bertegang mahu berada di sana. Mereka mula membuat provokasi terhadap penyokong PAS yang berada di sekitar kawasan itu.

Dakwa seorang dari geng konvoi tersebut, mereka dibayar untuk berbuat demikian.

9.45 pagi - Ketua MP DAP, Lim Kit Siang hadir di pusat pembuangan undi Sama Gagah untuk berikan sokongan moral kepada calon PAS

9.30 pagi - UMNO menaikkan banner menuduh PAS Izinkan DAP Hina Islam di unit peti Sama Gagah

9.01 pagi - Penyokong BN dari kalangan Pemuda UMNO enggan berganjak dari berkumpul di sebuah pusat pembuangan undi sekalipun diberikan amaran oleh polis.

9.00 pagi - Sesakan Trafik di jalan utama Kubang Semang.

8.45 pagi - Datuk Seri Anwar berharap SPR akan bertindak adil dan saksama dan berharap juga semua pengundi dapat keluar mengundi

8.40 pagi - Pengundi-pengundi di sebelah pagi terdiri dari warga emas dna mereka yang telah berumur.

8.30 pagi - Calon PAS, Mohd Salleh Man dilihat mengiringi Datuk Seri Anwar dan isteri.

8.25 pagi - Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dan isteri, Presiden PKR Wan Azizah tiba di SMK Penanti untuk membuang undi.

8.00 pagi - Gelanggang pengundian pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir dibuka 8 pagi ini - bagi menentukan sama ada PAS berupaya mempertahankan kedudukannya ataupun Barisan Nasional (BN) pula boleh merampas semula kerusi yang terlepas tangan pada tahun 1999.

akan dikemaskinikan selalu

Era Najib Altantuya : Pengundi Hantu Versi Ahmad Maslan

Sebagai satu taktik untuk menutup keaiban yang bakal menimpa, Barisan Nasional (BN) telah mendakwa mengesan 3,696 pemilih bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir yang dipercayai pengundi hantu.

Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan berkata berdasarkan Laporan Kajian Sikap yang dibuat BN bagi pilihan raya itu, kononnya kesemua pengundi tersebut tidak dapat dikesan di alamat yang didaftarkan.

"Bila kita pergi ke sebuah rumah, kita dapati 14 pengundi didaftarkan di rumah itu, tetapi bila kita nak bagi slip mengundi kita dapat bagi pada tujuh orang sahaja pengundi.

"Tujuh pengundi lagi kita tidak dapat kesan. Dan berdasarkan tuan rumah itu, mereka tidak pernah mengenali nama pengundi tersebut," katanya dalam satu sidang akhbar di sini, Isnin.

Beliau berkata 961 pengundi hantu dikesan di kawasan Sama Gagah, Permatang Ara (95), Permatang Pauh (284), Bukit Indera Muda (142), Kampung Pelet (216), Kubang Semang (329), Tanah Liat Mukim 8 (74), Kampung Cross Street 2 (1,181) dan Permatang Tengah (414).

"Kita ada senarai lengkap pengundi yang tidak dapat dikesan ini," katanya.

Pakatan Rakyat ingin memberitahu Ahmad Maslan bahawa hal-hal sebegini pernah berlaku dan dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat di dalam siri-siri pilihanraya kecil yang lalu, terutama di Bukit Selambau yang pada ketika itu satu laporan polis telah dilakukan di balai Polis oleh Tn. Hj Abdul latif Mat Noor kerana kecewa ada pihak menggunakan alamat rumah beliau tanpa kebenarannya selama ini.

Hj Abdul Latif mengesani alamat rumahnya telah digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dimana terdapat 40 nama orang yang tidak dikenali menggunakan alamat rumahnya seperti yang tertera di dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Namun sehingga kini kes tersebut tidak pernah disiasat dan plihanraya berjalan terus.

Isu pengundi hantu di Permatang Pasir mula-mula diutarakan oleh Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin dan dakwaan beliau tersebut telah dinafikan oleh Pengerusi SPR sendiri pada hari semalam.

"Sebenarnya tidak ada pengundi hantu. Kepada Pemuda Umno, mereka berikan (jumlah) beribu (pengundi hantu), kita semak sebenarnya 14 (nama) sahaja,

"Sebenarnya mereka telah mendaftar tahun 1998 sebelum pindaan akta (pilihanraya) pada 2002.

"Dan mereka berhak mengundi, sebab mereka yang mendaftar sebelum tahun 2002, mereka berhak mengundi dan terkecuali daripada mengikut alamat dalam kad pengenalan.

"Hanya pada pindaaan 2002 sahaja, sesiapa yang hendak mendaftar sebagai pengundi, mereka mesti mengikut alamat di kad pengenalan," kata Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof dalam sidang media hari ini.

Ramai beranggapan bahawa Ahmad Maslan merasakan UMNO/BN akan kalah di dalam lingkungan 3 ribu undi, maka itu dituduhnya dari awal-awal lagi terdapat lebih 3 ribu pengundi hantu sebagai langkah persediaan untuk menutup keaiban dan persediaan untuk membatalkan kemenangan PAS jika UMNO mendesak SPR untuk mematuhi dakwaannya dan sebagai langkah persediaan untuk berpilihanraya semula.

Pada pilihan raya kecil itu, Rohaizat Othman, 38, yang merupakan Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh, berdepan Pesuruhjaya PAS Negeri, Mohd Salleh Man, 52.

Pilihan raya itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman daripada PAS pada 31 Julai lepas kerana serangan jantung.


Era Najib Altantuya : Ganesan Lambat Serah Surat - Majlis Peguam

Majlis Peguam semalam telah menjelaskan bahawa Speaker Perak Speaker Datuk R Ganesan hanya memfailkan notis pemberhentian sebagai peguam pada 17 Ogos, sepuluh hari selepas tarikh tamat untuk beliau lakukan sebelum ianya menjadi tidak sah.

Sepucuk surat kepada Majlis Peguam diterima pada 17 Ogos walau bagaimanapun diberikan tarikh 6 Ogos pada surat berkenaan.

“Notis Pemberhentian Selaku Peguambela dan Peguamcara” sebenarnya hanya difailkan pada 17 Ogos, sebagai satu deklarasi dibawah undang-undang.

Minggu lepas, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang mewakili pembangkang turut menggesa segala kemudahan yang diberikan kepada Ganesan sebagai Speaker DUN Perak ditarik balik serta merta kerana beliau bukan lagi Speaker yang sah berikutan kegagalan melepaskan jawatannya sebagai peguam.

Katanya mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak di bawah Artikel 36A (5) sesiapa yang dilantik menjadi Speaker statusnya (dalam organisasi, perniagaan dan sebagainya) akan gugur setelah tiga bulan dari tarikh beliau dilantik.

Mohammad Nizar juga mendakwa mengikut surat yang ditandatangani oleh pegawai Majlis Peguam Malaysia (MPM), syarikat guaman Ganesan yang beralamat di 8A, Medan Istana 1, Wisma NUPW, Bandar Ipoh Raya di sini juga masih aktif.

Setiausaha Majlis Peguam George Varughese di dalam kenyataanya hari ini menjelaskan Majlis Peguam mengesahkan penerimaan surat Ganesan bertarikh 6 Ogos.

Namun beliau menyatakan “Notis Pemberhentian” adalah bertarikh 17 Ogos.

Di dalam kenyataannya, Varughese berkata Ganesan telah memfakskan suratnya kepada Majlis Peguam pada 13 Ogos, enam hari selepas tarikh tamat berkuatkuasa, yang kandungan surat itu menyatakan dia telah berhenti dari tugas seorang peguam pada 6 Ogos.

Namun notis pemberhentian kekal pada 17 Ogos, sepuluh hari selepas tarikh tamat.

Kenyataan Majlis Peguam tersebut dilihat selari dengan hujjah ahli dewan undangan dari Pakatan Rakyat yang menyatakan bahawa Ganesan telah melanggar undang-undang tubuh negeri Perak dan tidak lagi layak untuk menjadi Speaker.

Di dalam satu kenyataan bersama semalam, ADUN_ADUN PR negeri Perak menyatakan bahawa selain mereka masih menganggap Ganesan tidak dilantik dengan cara yang betul selaku Speaker pada 7 Mei, perlantikan Ganesan juga perlu dibatalkan sekarang sekalipun jika perlantikannya yang lalu diterima.

“Kita semua tahu Dato’ R. Ganesan tidak pernah dilantik secara betul sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Perak pada persidangan 7/5/2009 dimana Speaker yang sah YB V. Sivakumar telah diangkut secara paksa dari Dewan Undangn Negeri.

“Perlantikan Dato’ R. Ganesan oleh ADUN BN yang mengadakan sidang dewan dalam dewan dilakukan sebelum sessi Persidangan Dewan bermula iaitu sebelum titah ucapan Sultan Perak. Bagaimana satu prosiding atau keputusan yang dilakukan menjadi sah sebelum persidangan itu bermula?” dakwa mereka.

Lantaran itu ADUN PR menegaskan Sivakumar sepatutnya masih diikirafkan sebagai Speaker SUN Perak yang sah.

Era Najib Altantuya : PAS Menang Di Permatang Pasir, Calon BN Bermasalah - Kajian Lapangan.

Kajian lapangan yang dibuat oleh sebuah firma kajiselidik mendapati, 64 peratus penduduk Permatang Pasir menjangka PAS akan menang dalam pilihanraya ini.

Hanya 20 peratus sahaja yang tidak bersetuju dan masih meletakkan harapan kepada Barisan Nasional, manakala 16 peratus lagi tidak dapat menjangkakan parti mana yang akan menang.

Kajian ini dibuat oleh Ilham Centre, sebuah firma penyelidikan lapangan bebas.

Ia berdasarkan temubual yang dibuat terhadap 200 pengundi berdaftar dan penduduk di Permatang Pasir dipilih menerusi kaedah pemilihan berstruktur dan ditemubual di samping pemerhatian secara terus dan penglibatan di lapangan.

79 peratus respondan mereka adalah pengundi Melayu, 12 peratus (25 orang) Cina dan 9 peratus (17 orang) India.

Kawasan kajian adalah sekitar DUN Permatang Pasir yang melibatkan kawasan bandar dan luar bandar di sembilan buah UPU (Sama Gagah, Permatang Ara, Permatang Pauh, Bukit Indera Muda, Kg. Pelet, Kubang Semang, Tanah Liat Mukim 8, Kampung Cross-Street 2 dan Permatang Tengah)•

Temubual dan observasi ini dijalankan dari 18 hingga 21 Ogos 2009 lalu.

Kajian ini dilaksanakan bagi melihat kecenderungan dan trend pengundian terhadap jangkaan kemenangan di antara parti yang bertanding, populariti calon, dan isu-isu sama ada isu tempatan mahupun nasional yang menjadi kemungkinan mendapat tumpuan dan mempengaruhi pengundi di kawasan ini.

Menurut kajian itu, rekod bekas Adunnya, Datuk Hamdan Abdul Rahman memberi kelebihan pada PAS manakala calon pilihan BN pula sangat bermasalah.

Sebilangan besar responden iaitu sebanyak 69 peratus menyatakan rekod dan kredibiliti Hamdan sangat memberikan kelebihan kepada PAS.

Ini berdasarkan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau sebagai Adun menunjukkan suatu reputasi kepimpinan dan prestasi yang sangat memberangsangkan sehingga membentuk satu legasi yang sukar dicari ganti.

Hanya 18 peratus sahaja responden yang tidak bersetuju dan 13 peratus selebihnya menyatakan tidak pasti.

Bagi calon Barisan Nasional, kajian dijalankan setelah calon Rohaizat Othman diumumkan sebagai calon setelah menyingkirkan empat orang calon yang lain.

Mereka adalah Timbalan Ketua Bahagian Permatang Pauh, Datuk Mohd Nasir Abdullah, Naib Ketua Bahagian, Rahim Man, Ketua Pemuda Bahagian Permatang Pauh yang dikenali sebagai Cikgu Zaidi dan seorang lagi Abdul Aziz Sheikh Ahmad, Ajk Bahagian Permatang Pauh. Namun begitu, setelah kaji selidik dilaksanakan, ia menunjukkan bahawa 53 peratus responden menyatakan calon pilihan BN sangat bermasalah kerana rata-rata pengundi percaya bahawa Rohaizat tidak berintegriti kerana terlibat dalam isu penarikan sijil guaman sehingga terlucutnya kelayakan dan isu peribadi beliau yang dikatakan beristeri dua.

Hanya 36 peratus responden menyatakan ia bersih dan 11 peratus sahaja yang tidak pasti.

Kajian ini juga menunjukkan, dalam pilihan raya kecil pertembungan melibatkan kekuatan parti lebih dominan daripada kekuatan calon.

107 responden mencatatkan 53 peratus memilih kekuatan parti berbanding kekuatan calon yang hanya 32 peratus. Baki selebihnya iaitu 15 peratus memilih jawapan tidak pasti.

Kajian ini juga mendapati, isu calon BN yang bermasalah menenggelamkan isu nasional/parti.

Berdasarkan laporan yang dikemukakan oleh 15 penyelidik yang bertugas, para responden lebih responsif untuk memberikan pandangan berhubung dengan isu calon BN yang sangat bermasalah.

Isu peribadi yang dikaitkan dengan Rohaizat menyebabkan kepercayaan kepada beliau semakin merosot dan kredibiliti Umno-BN semakin dipertikaikan walaupun dikatakan pelbagai ‘durian runtuh’, peruntukkan yang turun dan strategi kempen yang digunapakai oleh BN akan membantu kemenangan parti itu.

Mengikut catatan kepada soalan “adakah isu-isu nasional/parti akan memberi kesan kepada pilihan raya kecil kali ini?”, hanya 17 peratus tidak berpuas hati dengan tindakan DAP hina Islam, 15 peratus menyatakan bahawa Anwar Ibrahim pengkhianat bangsa, 16 peratus menyatakan bahawa tindakan Nik Aziz melabelkan Umno tidak masuk syurga adalah tidak wajar.

38 peratus respondan menyatakan bahawa calon BN sangat bermasalah, 6 peratus percaya kebarangkalian Hj. Salleh Man, calon PAS terlibat dengan isu penyelewengan dan hanya 8 peratus yang menyatakan kegagalan menyelesaikan isu PPSMI menunjukkan kegagalan kerajaan.

Menurut kajian ini, kesimpulan yang boleh dibuat adalah pengundi Permatang Pasir lebih cenderung menyokong Parti Islam Se-Malaysia (PAS) manakala Barisan Nasional (BN) menghadapi saingan yang sukar dan amat sengit untuk merampas kerusi N11 DUN Permatang Pasir ini.

Era Najib Altantuya : Cuma 8 Pengundi Pos Di PKR Permatang Pasir

Proses undian pos bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir berlangsung di Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah (SPT), di sini hari ini.

Proses pengundian, yang bermula pada pukul 9 pagi hingga 5 petang, melibatkan lapan pengundi iaitu tujuh petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan seorang pegawai polis.

Setakat pukul 12 tengah hari ini, sebanyak empat petugas SPR dan seorang pegawai polis menyempurnakan tanggungjawab mereka.

Penolong Pegawai Pengurus, Masirah Che Ani berkata proses undian pos hari ini berjalan lancar dan peti undi pos ini akan dihantar ke Institut Kemahiran Belia Negeri (IKBN) sebaik sahaja tamat tempoh pengundian.

Pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir ditetapkan esok berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman daripada PAS pada 31 Julai yang lalu akibat serangan jantung.

Berikutan kekosongan kerusi tersebut, Rohaizat Othman, 38, dipilih mewakili BN untuk menentang calon PAS, Mohd Salleh Man, 52.

DUN Permatang Pasir mempunyai 20,290 pengundi di mana 72.34 peratus pengundi Melayu, 25.86 peratus pengundi Cina, 1.64 peratus pengundi India dan 0.16 peratus pengundi kaum lain-lain. Bernama/MSTAR