Pakatan kehilangan Selangor, Khalid pecat Exco PKR dan DAP
Pakatan Rakyat (PR) hari ini kehilangan kerajaan Selangor apabila Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang bermasalah selama ini memecat kesemua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) PKR dan DAP.
Lima daripada exco yang terlibat menerima surat pemecatan mereka sementara Exco PKR Rodziah Ismail berada di luar negara.
Tindakan Khalid ini meninggalkan beliau dengan empat Exco PAS dalam kerajaan negeri Selangor.
Tidak diketahui sama ada kepimpinan PAS sedar mengenai pemecatan ini serta pendapat mereka tentang isu ini. PAS menegaskan keputusannya tentang menggantikan Khalid sebagai menteri besar Selangor hanya akan dibuat pada 17 Ogos.
Kepimpinan PKR dan DAP akan mengadakan mesyuarat tergempar malam ini dan dijangka akan menyatakan pendirian mereka selepas mesyuarat. -TMI
Pemecatan serta-merta Exco Selangor tidak sah, kata pensyarah
Pemecatan serta merta 6 Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah tidak sah dan terbatal, kata pensyarah Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya Prof Gurdial S Nijar.
Dalam satu kenyataan, Gurdial berkata pemecatan serta-merta itu tidak sah dari segi undang-undang.
"Hanya Sultan yang boleh memecat anggota Exco, menteri besar boleh mencadangkan, namun ia boleh diterima atau ditolak," katanya dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider petang ini.
"Pemecatan serta-merta tidak sah dari segi undang-undang," kata Gurdial. Pakatan Rakyat (PR) hari ini kehilangan kerajaan Selangor apabila Khalid memecat kesemua anggota Exco PKR dan DAP.
Lima daripada Exco yang terlibat menerima surat pemecatan mereka, sementara Exco PKR Rodziah Ismail berada di luar negara.
Tindakan Khalid ini meninggalkan beliau dengan 4 Exco PAS dalam kerajaan negeri Selangor.
Gurdial berkata, pemecatan itu tidak sah apabila anggota Exco yang dipecat tidak diberi peluang bersuara.
"Hujah Khalid memecat kesemua 6 anggota Exco juga tidak berasas dan ada kelompangan dari aspek perundangan," katanya.
Khalid berkata, kesemua 6 Exco dari DAP dan PKR itu membuat beberapa kenyataan dan menandatangani surat supaya diadakan satu blok yang bertujuan mengurangkan keberkesanan Exco.
"Oleh itu saya menulis surat kepada sultan meminta supaya Exco ini tidak meneruskan kerjanya kerajaan negeri Selangor," kata Khalid kepada pemberita.
Gurdial berkata, kesemua anggota Exco itu dalam kenyataan yang dipecat hari ini berkata, Khalid tidak boleh membuat sebarang keputusan tanpa melalui proses undian, kata 6 Exco berkenaan.
Mereka menghormati keputusan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mengekalkan Khalid sebagai menteri besar, tetapi "ia hanyalah dalam kapasiti peralihan."
"Sebarang keputusan Exco perlulah diundi supaya fungsi Khalid dihadkan kepada kapasiti peralihan.
"Kami, ahli Exco dari PKR dan DAP tidak akan berjumpa dengan Khalid, kecuali di mesyuarat mingguan Exco untuk mengelakkan sebarang perbincangan mengenai kedudukan parti masing-masing," katanya.
Dalam satu kenyataan bersama dikeluarkan hari ini, mereka berkata mereka akan meneruskan tugas harian sehinggalah menteri besar baru dilantik menggantikan Khalid.
Ahli Exco yang dipecat Khalid adalah Datuk Teng Chang Kim (Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan), Rodziah Ismail (Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita), Ean Yong Hian Wah (Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Pembangunan Kampung Baharu, Pemutihan Kilang Haram), Elizabeth Wong (Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar), Dr Daroyah Alwi (Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi dan Inovasi) dan Ganabatirau Veraman (Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin).
"Exco hanya mengeluarkan kenyataan menurut titah sultan dan akan bertindak berdasarkan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri," kata Gurdial. – TMI
Isu MB: PAS Selangor ikut arahan parti - Iskandar
Pimpinan dan ahli-ahli PAS Selangor akan sentiasa mematuhi apa sahaja arahan dari PAS Pusat berikutan pemecatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari Parti Keadilan Rakyat.
Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar A Samad berkata pihaknya sabar menunggu PAS Pusat yang akan bermesyuarat pada 17 Ogos ini untuk menetapkan pendirian parti berhubung kedudukan Abdul Khalid.
"Saya yakin pimpinan dan ahli-ahli PAS akan sentiasa bertindak menurut keputusan-keputusan peringkat tertinggi parti malah Ahli-Ahli Dewan Negeri telah mengangkat sumpah sebelum hari penamaan calon pilihanraya umum yang lepas supaya sentiasa mematuhi arahan parti," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Menurut beliau, buat masa ini exco-exco PAS akan menjalankan tugas mereka seperti biasa selari dengan arahan yang telah dikeluarkan Setiausaha Agung PAS pada 10 Ogos lalu.
Arahan tersebut agar exco kerajaan negeri dari PAS terus berkhidmat di dalam Kerajaan Negeri pimpinan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.
"Arahan ini adalah selari dengan perkenaan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor agar Tan Sri Khalid meneruskan tugas beliau sebagai Menteri Besar," katanya.
Iskandar yang juga Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, sebelum ini berkata pentadbiran Selangor mesti berjalan demi kepentingan rakyat Selangor.
"Kita merasakan bahawa pentadbiran kerajaan perlu diteruskan, tidak adil untuk rakyat jika exco PAS letak jawatan," tegasnya ketika ditemui pada majlis Hari Terbuka PAS Pusat Ahad lalu.
Dalam pada itu beliau berharap kemelut ini akan dapat diatasi secepat mungkin dan Pakatan Rakyat akan terus kukuh di Negeri Selangor. -HD
ULASAN GB
PAS terlalu lembab dan lemah di dalam strategi politiknya. Seperti ynag GB utarakan sebelum ini PAS masih terhegeh-hegeh untuk membuat keputusan, terpaksa menunggu JAwatankuasa Pusat bermesyuarat pada 17 Ogos ini - setelah dua kali ditunda - dari 10hb kepada 13hb dan kemudian kepada 17hb Ogos. Dalam jangakawaktu itu Khalid sudah dipecat, dan Khalid pula memecat para exco. Pakatan sudah kehilangan Selangor. Mungkin lepas ini DUN Selangor dibubarkan sedangkan PAS Pusat masih belum bermesyuarat lagi.
UMNO bertindak pantas mengadakan mesyuarat sebaik saja Khalid Ibrahim dipecat dan membuat keputusan menyokong Khalid sebagai MB. DAP sudah pun membuat keputusan lebih awal untuk bersama Pakatan Rakyat menyokong tindakan PKR memecat Khalid.
Di zaman IT serba canggih ini, dan di zaman Whatsapp, facebook, video connferencing dan segala mak nenek teknologi maklumat lansung tak dimenafaatkan untuk membuat mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat. Masih nak buat gaya konvensional, semua perlu hadir bersemuka sehingga mesyuarat terpaksa ditunda berkali-kali. Sungguh ketinggalan.
Petang ini Khalid bertindak memecat exco-exco dari DAP dan PKR. Mana Majlis Ulamak PAS yang sebelum ini beriya-iya membela Khalid di atas dasar "beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan"? Mengapa tidak bela para exco yang dipecat yang tidak melakukan apa-apa kesalahan?
Majlis Syura Ulama PAS sebelum ini memutuskan bahawa Khalid tidak boleh digugurkan daripada jawatan menteri besar Selangor selagi beliau tidak disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amanah sebagai menteri besar yang mewajarkannya disingkirkan. Sekarang bagaimana pula dengan para exco yang dipecat oleh Khalid yang tidak disabitkan dengan sebarang pelanggaran terhadap amanah sebagai exco yang mewajarkan mereka disingkirkan?
Sementara itu Pesuruhjaya PAS Selangor menyatakan "buat masa ini exco-exco PAS akan menjalankan tugas mereka seperti biasa selari dengan arahan yang telah dikeluarkan Setiausaha Agung PAS pada 10 Ogos lalu."
Di penghujungnya, PJ berkenaan berharap kemelut ini akan dapat diatasi secepat mungkin dan Pakatan Rakyat akan terus kukuh di Negeri Selangor.
Jika benar masih nak bersama Pakatan Rakyat sepatutnya para exco PAS perlu meletakkan jawatannya sebagai tanda kesetiakawanan di dalam Pakatan Rakyat terhadap exco-exco yang dipecat. Itu jika ada moral. Itu jika anda ikhlas di dalam PR.
Lebih menjijikkan lagi apabla terhadap suara sumbang dari AJHK PAS Pusat yang suruh membentuk Kerajaan Campuran PAS-BN di Selangor seperti yang dicadangkan oleh Zuhdi Marzuki dan kenyataan songsang Nik Mohd Amar, Timbalan Menteri Besar Kelantan yang men inta kesemua 15 Adun PAS perlu beri sokongan penuh kepada Khalid.
Apa yang kita lihat, Khalid kini memang mempunyai hubungan dan berpakat dengan UMNO di dalam membuat keputusannya dan nampaknya Pilihanraya kecil negeri Selangor semacam sudah tidak dapat dielakkan lagi...
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI
Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI