10 Jan 2011

Polis Bantuan Belasah Jurugambar BERNAMA

Dipukul Dan Digari Polis Bantuan, Jurugambar Buat Laporan Polis

Gambar: Jurugambar BERNAMA, Hairul Nizam Baharin, 37, menunjukkan bekas pergelangan tangannya yang cedera akibat digari oleh polis bantuan selepas mengambil gambar di Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS) di sini hari ini.

Seorang jurugambar membuat laporan polis terhadap beberapa anggota polis bantuan yang didakwanya telah memukul, menggari serta mengugutnya berhampiran Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS), di sini Ahad.

Hairul Nizam Baharin, 37, dari Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) berkata beliau diperlakukan sedemikian selepas menjalankan tugas mengambil gambar di persekitaran terminal tersebut kira-kira-kira pukul 11.30 pagi.

"Sekumpulan lelaki yang memakai ves polis bantuan meminta saya memberhentikan motosikal selepas saya selesai ambil gambar di situ, tapi saya enggan kerana tidak tahu tujuan mereka," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan di Balai Polis Jalan Tun Razak di sini.

Hairul Nizam berkata beliau bagaimanapun terpaksa memberhentikan motosikalnya apabila kumpulan itu terus mengekori dan menghalangnya daripada meneruskan perjalanan.

"Mereka kemudian merampas kunci motosikal saya dan apabila saya tanya kenapa mereka cuma diam. Seorang daripada mereka minta kad pengenalan namun saya enggan serahkan kerana tidak tahu tujuan mereka.

"Polis berpangkat sarjan itu kemudian menyentuh badan saya dan saya kata padanya yang dia tidak boleh menyentuh saya. Dia kemudian bertindak menumbuk saya," katanya.

Hairul Nizam berkata kepalanya juga diketuk dengan topi keledar meskipun berulang kali meminta dilepaskan.

"Salah seorang daripada mereka kemudian mengarahkan saya digari sebelum dibawa ke balai polis TBS-BTS. Di situ anggota yang bertugas mengarahkan gari saya dibuka dan saya dibebaskan," katanya.

Hairul Nizam berkata tindakan kumpulan polis bantuan itu adalah tidak profesional selain memperlakukannya seperti penjenayah sedangkan beliau hanya menjalankan tugas yang diarah majikannya. -Bernama

Kakitangan DBKU Ditahan Rakam Pengguna Tandas

Kakitangan DBKU ditahan rakam pengguna tandas

KUCHING: Kegiatan seorang kakitangan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) yang gemar merakam pengguna tandas awam di Muzium Kucing Sarawak di sini, terbongkar selepas lelaki berkenaan ditahan polis, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, suspek berusia 21 tahun itu dipercayai menggunakan telefon bimbitnya bagi merakam seorang pelancong wanita dari Australia yang menggunakan tandas ketika melawat muzium berkenaan.

Sebelum itu, mangsa berusia 20 tahun itu bertanya lokasi tandas dengan suspek yang kemudian mengambil kesempatan merakam mangsa di dalam tandas berkenaan.

Perbuatan suspek disedari mangsa apabila mendapati terdapat kotak sabun mencurigakan tergantung pada pemegang pintu sebelah dalam tandas.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Mun Kock Keong, berkata mangsa yang berasa pelik kemudian memeriksa kotak berkenaan dan mendapati terdapat telefon bimbit yang sedang merakam video.

Katanya, mangsa terus memaklumkan kepada teman lelakinya yang kemudian membawa telefon itu ke pondok polis berdekatan untuk membuat laporan.

"Suspek kemudian cuba mendapatkan semula telefonnya tetapi ditahan anggota polis untuk disoal siasat," katanya.

Swami Mengaku Meniduri Lebih 20 Perempuan

Seorang guru agama kaum Hindu terlibat dalam skandal seks telah mengakui meniduri lebih dari 20 perempuan, termasuk dengan seorang bintang porno Tamil, Sin Chew Daily melaporkan.

Mereka yang melakukan hubungan seks dengan Guru Paramahamsa Nithyananda (gambar), 32, termasuk murid-murid perempuan, beberapa orang di antaranya dari Singapura.

Skandal itu telah meletus selepas penayangan rakaman video oleh sebuah saluran televisyen di India menunjukkan beliau sedang berkompromi dengan seorang pelakon Tamil.

Nithyananda mendakwa bahawa dia diperas untuk RM16 juta oleh orang yang mendakwa telah memiliki rakaman video seksnya dan mengancam akan menyiarkannya kepada media.

Setelah beberapa kali perundingan, beliau telah membayar RM6.4 juta di atas nama Nithyananda dalam harapan menutup skandal itu.

Selain India, Nithyananda mempunyai pengikut-pengikut di Los Angeles, New York, Toronto dan Singapura.

China Press pula melaporkan bahawa seorang wanita yang menjalani oengguguran meninggal beberapa jam kemudian di sebuah klinik swasta di Klang di sini.

Wanita tersebut, seorang-ibu-empat yang dikenali sebagai Rajeswari yang telah hamil dua bulan.

Menurut akhbar harian China berkenaan, samada beliau telah meninggal dunia kerana pendarahan yang berlebihan atau disebabkan oleh kekurangan oksigen sewaktu menjalani pembedahan.

Rajeswari, 35, sbeleumnya ditemani oleh suaminya ke klinik jam 9:40 pada hari Sabtu.

Suaminya telah menerima panggilan sekitar 2:00 memberitahu kepadanya bahawa isterinya telah meninggal dunia.

Nurul Dahyatul Selamat Jalani Pembedahan

Kuala Terengganu – Kanak-kanak mangsa asid, Nurul Dahyatul Fazlinda Mat Haizan, 9, selamat menjalani pembedahan wajah selama kira-kira lima setengah jam di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini semalam.

Gambar: NURUL DAHYATUL FAZLINDA masih kelihatan lemah selepas menjalani pembedahan di HSNZ, Kuala Terengganu semalam.

Pembedahan membuang parut dan menampal kulit muka itu diketuai Pakar Perunding Pembedahan Plastik, Dr. Najiha Syarida Zakaria dengan dibantu beberapa pembantu perubatan hospital berkenaan.

Menurut ibu kanak-kanak itu, Che Ku Huzaimah Che Ku Awang, 29, anaknya dimasukkan ke bilik pembedahan pada pukul 12.30 tengah hari dan dibawa keluar kira-kira pukul 6 petang.

“Alhamdulillah semuanya selamat namun buat masa sekarang, Lin (nama panggilan Nurul) dalam keadaan separuh sedar kesan ubat bius.

“Tetapi dia ada beritahu dia rasa sakit dan merengek bila jururawat nak masukkan ubat,” katanya yang bimbang melihat keadaan Lin menahan kesakitan ketika ditemui di HSNZ semalam.

Berita berkaitan

Kes Bapa Curah Asid Kepada Tiga Beranak

Ulasan GB

Sama-sama kita berdoa muga anak ini selamat di dalam menjalani pembedahan wajahnya dan dapat bersekolah seperti biasa selepas itu.

Pelancong Maut Diserang Anjing

Teluk Bahang - "Kelmarin mereka berdua membelai-belai anjing itu dengan manja, tapi tak sangka pula hari ini (semalam) anjing itu menyerang seorang daripada mereka sehingga mati,” kata pemilik ladang organik yang hanya mahu dikenali sebagai Teoh, di sini, semalam.

Teoh, 41, yang membela empat anjing jenis sama untuk mengawal ladang organiknya itu, tidak menyangka dua daripadanya yang sebelum ini jinak bertindak agresif terhadap tetamunya yang baru tiba tidak lebih daripada 24 jam ke ladangnya itu.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 10 pagi semalam mengakibatkan seorang pelancong warga Ireland mati akibat digigit dua anjing jenis mongrel ketika mangsa dan kekasihnya sedang leka merakamkan gambar pokok durian yang ditanam di sekitar ladang itu.

Teoh berkata, mangsa, Sullivan Maurice (gambar), 50, yang baru tiba di ladang organik berkenaan bersama kekasihnya warga Poland berusia 28 tahun kira-kira jam 11 pagi kelmarin bukan saja mahu mengambil gambar di dusun itu untuk dimasukkan ke dalam web mereka tetapi turut menawarkan diri sebagai pekerja sukarela untuk mempelajari cara tanaman organik.

Menurutnya, mangsa bersama kekasihnya sudah mesra dengan sepasang anjing peliharaannya sejak tiba di ladang berkenaan dan mereka juga bermain-main dengan dua anjing itu petang kelmarin.

Katanya, ketika kejadian dua anjing yang jinak itu tidak diikat dan dua warga asing yang dikenali melalui perbualan Internet itu baru saja turun dari rumahnya yang terletak di atas bukit iaitu kira-kira 50 meter dari tempat kejadian.

“Ketika kejadian, isteri saya yang berada dalam rumah terdengar bunyi anjing menyalak dengan tiba-tiba dan apabila isteri saya hendak turun, dia melihat dua anjing peliharaannya itu sedang menyerang Sullivan. Isteri saya cuba mencari kayu untuk menghalang serangan anjing itu, tetapi ia sudah terlambat.

Gambar: TRAUMA...kekasih mangsa sebak.“Kami tidak sangka anjing yang sudah mesra bersama Sullivan kelmarin menggigitnya sehingga menyebabkan kematiannya,” katanya ketika ditemui media di tempat kejadian.

Teoh berkata, dua anjingnya itu akan diserahkan kepada Jabatan Perhilitan negeri untuk tindakan selanjutnya dan tidak menyangka niat baik Sullivan bersama kekasihnya akan membawa padah kepada mereka.

Sementara itu, Ketua Polis Barat Daya, Superintendan Hatta Md Zin, ketika dihubungi semalam mengesahkan kejadian itu.

Menurutnya, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di lengan dan paha, dagu mangsa hampir tercabut manakala kedua-dua telinga putus akibat gigitan anjing itu.

“Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk dibedah siasat,” katanya. -sh

Gambar ehsan Bernama:






Wanita Perlu Waspada: Jangan Hias Kereta Anda Dengan Anak Patung

Memandangkan wanita gemar sangat nak hias kereta dengan pelbagai koleksi patung macam gambar kat atas tu, maka artikel yang kami terima melalui emel ini ‘wajib’ anda baca. Nak tahu kenapa? Anda bacalah untuk mengetahuinya..

Semalam, saya sampai ke ofis agak awal. Jadi saya duduk dululah dalam kereta sambil mendengar lagu. Tiba-tiba, terkejut saya apabila ternampak kereta peronda polis berhenti dibelakang saya. Dengan penuh gaya, seorang polisi datang ke arah saya.

“Selamat Pagi, Cik Kak..”

“Errr selamat pagi”.. jawab saya, dengan nada yang terkejut. Tahu yang saya nampak panik, polis tu tersenyum sambil berkata:

“Selalu ke ofis, memandu sorang diri ke?”..

“Errr.. ya, saya sorang je. Apahal Encik..?”

“Beginilah, saya cuma nak menasihatkan awak saja. Awak tak buat kesalahan apa-apa, jangan takut. Cuma…macam yang kita semua tahu, sekarang banyak betul berlaku gejala ragut, rogol, cederakan, bunuh.. berlaku kepada wanita. Orang-orang yang tak sihat ni, selalunya akan perhatikan dulu mangsa mereka, beberapa hari sebelum dia nak mengganas”.

“Saya nasihatkan awak, jangan terlalu menghias kereta yang boleh menggambarkan sesebuah kereta kepunyaan wanita. Kalau boleh, anak-anak patung dan bunga-bunga, jangan diletak didalam kereta. Biar ‘mereka’ susah nak membezakan kereta lelaki dan kereta wanita. Lagipun hiasan anak-anak patung ni memang menjadi pemikat kepada mereka-mereka yang suka bersembunyi dicelah kereta, terutamanya dikompleks-kompleks beli-belah untuk mencari mangsa. Sebab mereka tahu, hanya wanita saja yang suka menghias kereta dengan anak patung nih”.

“Banyak kes ragut di tempat parking, mendapati penjenayah berada ditepi kereta mangsa, beberapa minit, sebelum mangsa sampai.. Dan salah satu cara mereka nak tahu kereta tu milik wanita atau lelaki, ialah melalui keadaan dan rupa dalaman kereta itu. Jadi berhati-hatilah, jaga diri baik-baik”. kata polisi itu lagi sebelum berlalu.


“Terima Kasih encik..” jawab saya, bertambah-tambah pucat. Errrrrrrr… . betul jugak. Tiba-tiba terus perasaan takut menjelma.Sebelum ni tak ada pulak. Memang tak terfikir saya sebelum ni, yang hiasan kereta juga mengundang bahaya. Hmmmm… nampaknya Hello Kitty, Pooh dan kawan-kawannya tak boleh lagi berjalan-jalan bersama Kancil saya. Kena duduk kat rumah aje.

Moral of the story:
Hiasan kereta bukan saja menarik kanak-kanak, tetapi juga menarik penjenayah!! -zonbebas

Najib Resah Bakal "Tercampak" Dengan Pelan 100 Hari PR

Najib bidas Program 100 Hari Pakatan

PUTRAJAYA, 10 Jan — Datuk Seri Najib Razak hari ini membidas pelan 100 hari yang dibentangkan oleh Pakatan Rakyat bulan lalu, yang disifatkannya sebagai populis dan tidak bertanggungjawab.

Perdana Menteri berkata selepas dikaji pelan itu, ia sebenarnya tidak berpaksi kepada kenyataan kerana tidak ada pembentangan dari segi punca kewangannya.

“Kita tidak boleh mengambil sikap terlalu populis sehingga menggadaikan masa depan negara. Kita tidak boleh begitu, tidak bertanggungjawab sama sekali sehingga anak dan cucu kita merana nanti.

“Malah, tak perlu tunggu anak dan cucu, dalam masa dua tahun sahaja, mengikut perkiraan kita, jika janji itu dilaksanakan tanpa mengambil kira kemampuan negara,” kata Najib pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini.

Bulan lalu, pakatan pembangkang mengemukakan tawaran dalam Program 100 hari yang mengandungi sembilan perkara termasuk pengurusan negara, ekonomi dan pendidikan yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari jika menang pada pilihan raya umum (PRU) ke-13.

Antaranya mengarahkan Khazanah Nasional Berhad dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyempurnakan pengambilan alih aset lebuh raya oleh kerajaan dengan tujuan menghapuskan tol, merombak struktur subsidi bagi mengurangkan subsidi kepada swasta dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat, menaikkan imbuhan perguruan RM500 sebulan dan melupuskan Felda Plantations bagi membuka ladang yang diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda.

Ini kali ketiga Najib menyentuh soal inisiatif Pakatan Rakyat.

Najib juga membidas program itu dalam perutusan tahun baru 2011 baru-baru ini.

Sambil mengingatkan rakyat mengenai bidalan Melayu lama “jangan kerana menang sorak, kampung tergadai”, Najib percaya sebagai penjawat awam yang amat berpengetahuan, mereka boleh membuat penilaian sendiri.

“Saya selalu berpegang kepada ungkapan, jika ianya begitu baik, sudah pasti ia tidak benar.

“Jadi, jika kita percaya sesuatu yang begitu baik sekali, tetapi tidak berpegang atau berpijak pada bumi yang nyata, bahawa kita menipu diri kita sendiri dan jika kita percaya ia adalah kesilapan kita sendiri,” kata beliau dipetik Bernama.

Beliau juga berkata ia ibarat individu yang mengidamkan kereta dan rumah yang lebih besar dan segala kemudahan lain yang tentunya perlu berdasarkan kemampuan sendiri.

Katanya beliau hairan dan berasa aneh kerana segala langkah yang dibentangkan dalam pelan tersebut yang bersifat populis itu tidak disebut langsung dari segi punca kewangannya.

“Jadi, kalau begitu, bagaimana segala yang dijanjikan kepada rakyat boleh dilaksanakan dan ditunaikan,” katanya.

Sehubungan itu, Presiden Umno ini berkata beliau mahu penjawat awam mempertingkatkan momentum pada tahun ini untuk melaksanakan segala agenda dan dasar utama negara.

Katanya ini kerana apa yang telah dibentangkan dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan, merupakan kerajaan yang bertanggungjawab, iaitu tidak membuat janji yang tidak boleh ditunaikan, yang bertentangan dengan pelan 100 hari pakatan pembangkang.

Katanya beliau juga mahu tahun ini dapat mengulangi kejayaan tahun lalu iaitu berjaya membawa negara melepasi kesan buruk krisis global yang telah melanda dunia dan berjaya membentangkan agenda utama kerajaan melalui Program Transformasi Kerajaan (GTP), Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Program Transformasi Ekonomi (ETP), 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA), Model Baru Ekonomi dengan lapan strategik, pembentangan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) dan bajet 2011.

Katanya penjawat awam dan institusi perkhidmatan awam adalah kumpulan yang sangat penting untuk menentukan segala yang telah dirancang dan dibentangkan sebagai agenda dan dasar utama negara agar dapat dilaksanakan dan kesannya dapat disampaikan kepada kumpulan sasar dan rakyat keseluruhannya.

“Sebagai penjawat awam, saya berharap segala yang perlu dilaksanakan, setelah semua tatacara peraturan kewangan dipatuhi, dilaksanakan secepat mungkin, jika kita hendak negara terus maju dan mencapai kejayaan, agar segalanya dapat dirasai dampaknya dan hasilnya kepada rakyat,” katanya. — Bernama

Ulasan GB

Kali ketiha Pelan 100 Hari dibidas Najib. KPI, NKRA & Pelan Transformasinya tercabar. Dia nampak rakayt akan lebih menyokong Pelan 100 Hari PR berbanding pelan-pelan utopia bikinannya.

Yang dipersoalkan Najib ialah di mana dana hendak diperolehi untuk perlaksanaan Pelan 100 Hari itu?

Dana negara lebih dari mencukupi, tetapi kerajaan BN selama ini yang menyebabkan berlakunya ketirisan di dalam bentuk pembaziran, rasuah dan sebagainya.

usah perdulikan bantaahan Najib, ayuh rakyat, bersama PR untuk masa depan yang lebih baik dan berjaya. BN hanya berslogan "Rakyat Didahulukan" tetapi PR yang akan benar-benar akan melaksanakannya nanti.

Waspada : Baju Kurung Sekolah Ada Lambang Salib

Baju sekolah ada lambang salib

KAMPUNG ULU KRONG – Seorang ibu, di sini terkejut apabila melihat baju sekolah anak perempuannya ada lambang salib di bahagian depan dan belakang ketika menggosoknya.

Zainuddin Majid, 47, berkata, lambang itu dikesan oleh isterinya, Kathmah Awang, 45, semasa menggosok pakaian sekolah anaknya.

Menurutnya, lambang itu semakin jelas kelihatan bila digosok.

"Pihak syarikat yang mengeluarkan pakaian sekolah ini harus bertanggungjawab," katanya ketika ditemui Sinar Harian, di sini.

Manakala, Kathmah berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku.

“Hampir menitis air mata saya sewaktu melihat lambang ini dan terus memberitahu suami,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Selama, Datuk Mohamad Daud Mohamad Yusuf berkata, Zainuddin sudah mengadu masalah itu kepada beliau.

Menurutnya, sejurus selepas itu, beliau menghubungi Pejabat Hal Ehwal Pengguna.

“Namun jawapan daripada Pegawai Hal Ehwal Pengguna di luar jangkaan saya kerana menurut pegawai terbabit perkara berkenaan di luar bidang kuasa mereka,” katanya.

Mohamad Daud berkata, selepas itu, beliau menghubungi pula Pegawai Kementerian Dalam Negeri dan pihaknya akan membuat laporan siasatan berhubung perkara berkenaan.

Katanya, Diharap semua ibu bapa dapat memandang serius masalah itu kerana ianya melibatkan akidah umat Islam. -SH

Foto ehsan kraiutara





[Bergambar] 15 Mayat Tanpa Kepala Ditemui Di Bandar Mexico

Mexico City- Sekurang-kurangnya 15 mayat tanpa kepala ditemui di bandar persisiran pantai terkenal, Acapulco di Mexico, awal pagi kelmarin.

Menurut polis, kesemua mangsa berumur antara 25 dan 30 tahun itu ditemui berhampiran sebuah pusat membeli-belah dan mayat mereka ditinggalkan di dalam lima kenderaan di tempat kejadian.

Terdapat beberapa mesej, dipercayai daripada sindiket dadah negara itu berhampiran mayat mangsa.

Polis mengaitkan pembunuhan itu dengan keganasan sindiket dadah yang semakin meruncing di negara Amerika Selatan itu.

Kerajaan Mexico melancarkan operasi membanteras dadah menggunakan tentera apabila Presiden Felipe Calderon mengambil alih tampuk pemerintahan pada 2006 dan sejak itu, lebih 30,000 orang dibunuh dalam pergaduhan antara sesama sindiket dan pasukan keselamatan.







PRK Tenang: Wanita Lawan Wanita?

Wanita lwn wanita di Tenang?

KUALA LUMPUR, 9 Jan: Besar kemungkinan pertembungan antara wanita berlaku di Tenang apabila BN dikatakan akan mengemukakan calon wanita manakala PAS juga mempertimbangkan dua calon iaitu seorang lelaki dan seorang wanita.

"Mesyuarat hari ini telah membuat keputusan calon yang akan mewakili PAS tetapi ianya hanya akan diumumkan 16 Januari ini di Tenang," kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Katanya, mesyuarat telah memilih salah seorang dari dua calon yang telah disenarai pendek oleh PAS Johor iaitu seorang dari Pemuda dan seorang lagi dari Muslimat PAS.

PAS hari ini mengadakan mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut. Ini adalah mesyuarat pertama yang diadakan disitu selepas bangunan itu mengalami kebakaran kecil hujung tahun lalu.

Antara agenda mesyuarat hari ini adalah mempertimbangkan calon untuk pilihan raya kecil Tenang bagi mewakili Pakatan Rakyat.

Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat 19 Disember lalu di Pulau Pinang telah memutuskan calon PAS akan mewakili Pakatan rakyat dalam pilihan raya kecil ini.

Menurut sumber media, BN akan meletak calon wanita dalam pilihan raya kecil ini. Ia dikaitkan dengan lobi MCA. Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek adalah bekas anggota Parlimen Labis manakala dalam pilihan raya umum lalu anak beliau menjadi calon BN dan menang.

PAS Johor pula telah menghantar dua calon, seorang lelaki dan seorang wanita untuk dipilih oleh pucuk pimpinan PAS dalam mesyuarat hari ini.

Sebelum ini, lima nama disebut-sebut untuk dipilih sebagai calon PAS.

"Kita telah pilih salah seorang dari dua calon yang dikemukakan oleh PAS Johor itu," kata Mustafa kepada Harakahdaily hari ini.

PAS dijangka akan memaklumkan keputusan ini kepada pucuk pimpinan Pakatan Rakyat dalam pertemuan menjelang ceramah dan solat hajat di Stadium Melawati malam ini. -harakahdaily

Budak 9 tahun Dirogol Dua Remaja Belasan Tahun

Ampang: Usia baru mencecah 14 dan 10 tahun, namun gelaran ‘setan kecil’ layak diberikan buat mereka apabila merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun yang ketika itu mahu membuang air kecil di sebuah restoran berhampiran sebuah pasar raya di Jalan Memanda 5, di sini. Gambar fail.

Dalam kejadian jam 10 malam Selasa lalu itu, mangsa ketika itu menemani ibunya yang berniaga berhampiran pasar raya berkenaan sebelum dia meminta izin untuk membuang air kecil.

Bagaimanapun, selepas beberapa lama menunggu, anak perempuannya itu tidak kembali sehingga ibunya menerima panggilan mangsa yang meminta dia mengambilnya berhampiran telefon awam berdekatan pasar raya berkenaan.

Menurut sumber polis, si ibu pergi ke lokasi berkenaan dan terkejut apabila mendapati anaknya menangis teresak-esak sebelum dia menceritakan kejadian terbabit.

“Anaknya memberitahu ketika dia dalam perjalanan ke tandas dua remaja terbabit mengekorinya, namun dia tidak mengesyaki apa-apa kerana mereka saling mengenali.

“Bagaimanapun, mereka membawa mangsa ke sebuah lorong belakang bangunan berhampiran sebelum mereka memaksa mangsa membuka seluar,” katanya.

Menurutnya, mereka merogol mangsa berikutan lorong itu sunyi sebelum meninggalkannya berseorangan.

“Mangsa menghubungi ibunya sebelum wanita itu membawa mangsa pulang selepas mendengar ceritanya.

“Wanita yang mengenali keluarga seorang daripada remaja lelaki terbabit menghubungi ibunya untuk berbincang dan diajak berjumpa keesokannya,” katanya.

Menurutnya, ketika berbincang, ibu mangsa dipukul ibu seorang daripada suspek kerana mendakwa wanita berkenaan membuat cerita palsu.

“Berikutan itu, ibu mangsa cedera di mulut akibat dipukul dengan tangan dan ibu suspek mencabarnya membuat laporan polis.

“Ibu mangsa membuat laporan polis dan membawa mangsa melakukan pemeriksaan di hospital,” katanya.

Menurutnya, dua remaja terbabit ditahan dan polis sudah mengambil keterangan mereka, namun kes itu akan dirujuk ke timbalan pendakwa raya. Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan ibu mangsa dan kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 376 kanun Keseksaan. -hm

Ulasan GB

Jenayah "rogol" kini seperti satu wabak yang sudah tidak terbendung. "Kanak-kanak" menjadi mangsa, tak kira dimana mereka berada oleh lelaki yang tak kira usia.

Bukan sekadar untuk memaparkan berita sensasi ini untuk melariskan blog, tetapi yang paling utama ialah membangkitkan kesedaran kita semua.

Betapa "sistem kehidupan" yang tidak berlandaskan kepada pematuhan hukum Ilahi mengundang gejala rogol terus menjadi-jadi.

Kerajaan BN nampaknya berlepas tangan, tidak mengindahkan gejala jenayah ini berlaku, malah sebaliknya, seperti menggalakkan terus ia berlaku dengan pelbagai bentuk dan corak budaya yang dipaparkan melalui penganjuran majlis dan penyiaran rancangan-rancangan merosakkan akhlak.

Malah menteri yang dikaitkan dengan kes rogol diberikan tugas mengetuai kementerian yang berkaitan lansung dengan siaran media dan komunikasi. Kesannya, bersemaraklah kejadian jenayah rogol-merogol ini.

Pecat segera menteri itu, bukan saja siasatan tidak dilakukan, sebaliknya kenyataan penafiannya pula yang diperbesarkan, cuba membela dan menutup salahlakunya dengan pelbagai helah dan cara.



Suara Rakyat Selangor: 300 Lawan 30,000

Kiri: 300 bakar patung di Jalan Kebun, kanan: 30,000 Solat hajat di Stadium Shah Alam

300 Penduduk Berdemonstrasi Protes Kenyataan Shuhaimi, MB Selangor

KLANG, 9 Jan (Bernama) -- Kira-kira 300 penduduk Kampung Jalan Kebun di sini hari ini mengadakan demonstrasi secara aman bagi membantah tindakan Anggota Dewan Undangan Negeri Sri Muda Shuhaimi Shafie yang didakwa mengeluarkan kenyataan biadap terhadap Sultan Selangor dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim atas dakwaan memutar belit titah ucapan baginda.

Mereka menuntut Shuhaimi agar segera memohon maaf secara terbuka kepada Sultan Selangor dan meletakkan jawatannya sebagai Adun.

Sambil melaungkan 'Daulat Tuanku' dan menyanyikan lagu 'Selamat Tuanku', penduduk kampung terbabit turut bertindak membakar poster Shuhaimi bagi menggambarkan kemarahan mereka.

"Kami berasa malu dengan tindakan Shuhaimi kerana sebagai orang Melayu dan juga Adun beliau tergamak berbuat demikian kepada Sultan Selangor serta sanggup dipergunakan oleh orang lain demi kepentingan politik peribadi," kata anggota Jawatankuasa Penduduk kampung itu Buang Abdul Basir kepada pemberita.

Shuhaimi dalam blognya baru-baru ini didakwa berkata bahawa pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) tidak perlukan perkenan Sultan Selangor sebaliknya ia adalah di bawah kuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Kota Raja, Kamal Ariffin Kaimin yang turut menyertai demonstrasi itu berkata penduduk kampung juga kesal dengan tindakan Abdul Khalid yang sanggup memutar-belitkan titah ucapan Sultan Selangor baru-baru ini mengenai pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai SUK Selangor yang baru.-- BERNAMA


Solat Hajat penuh sesak di Stadium Malawati

SHAH ALAM, 9 Jan: Lebih 30 ribu rakyat berhimpun dalam Majlis Solat Hajat dan Ceramah Perdana anjuran PAS Pusat yang diadakan di Stadium Malawati, dekat sini sebagai tanda sokongan penuh terhadap kekuatan menegakkan kebenaran dalam negara ini.

Ramai kalangan pimpinan Pakatan Rakyat hadir antaranya Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Timbalan Keadilan, Azmin Ali, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Selepas majlis dimulakan dengan solat Maghrib secara berjamaah di tengah arena diimamkan oleh Ustaz Abdul Hadi, tazkirah disampaikan oleh Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din.

Solat Isyak dan Solat Hajat Perdana diimamkan oleh Ustaz Hadi juga dengan harapan agar Allah SWT. menyelamatkan Malaysia dan Selangor termasuk isu ketidak-adilan yang berlaku di dalam perbicaraan Datuk Seri Anwar.

Laungan takbir Allahu Akbar berkumandang bagi menyemangati semula suasana himpunan perjuangan Islam yang sememangnya merupakan sumber kekuatan gerakan umat Islam dalam negara selama ini.

Majlis dipengerusikan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dimulakan dengan ucapan Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man selaku pengarah program, setakat ini, Tan Sri Khalid dan Tuan Guru Presiden sudah pun berucap. -harakahdaily


Ulasan GB
Ia juga adalah manifestasi rakyat Selangor bersangkutan isu Khusrin.
Untuk perhatian Setiausaha Sulit Sultan Selangor juga.

Untuk PM, pilihanraya mengejut, ada berani?

Ini Kisah Anak Buang Emak

Kuala Lumpur: “Selama membesarkan dia, saya tak pernah terfikir yang dia tergamak membuang ibu sendiri,” rintih seorang ibu yang kini hidup merempat sejak enam bulan lalu selepas ‘dibuang’ anak perempuan tunggalnya akibat penangan cinta lelaki Iran.

Ibu itu yang hanya mahu dikenali sebagai Ani, 47, kini menumpang berteduh di rumah rakan dan berpindah-randah dari satu kediaman ke kediaman lain di Seremban, Negeri Sembilan serta Selayang di sini, dengan hanya membawa lima helai pakaian.

“Saya tidak menumpang lama di rumah orang dan berpindah-randah dari rumah rakan ke rumah rakan lain selepas tinggal dua atau tiga hari. Saya tidak ada sesiapa dalam hidup ini. Selepas suami meninggal dunia pada 2008, hanya anak perempuan tunggal itu yang menjadi tempat saya bergantung.

“Namun, perkenalannya dengan seorang lelaki Iran menerusi Internet mengubah hidup saya. Saya dihambat lelaki itu keluar dari rumah manakala anak pula langsung tidak peduli, malah ‘menghiris’ hati saya apabila sanggup meminta saya pergi jauh daripada hidupnya,” katanya yang ditemui, semalam.

Menurutnya, sebelum ini keluarganya hidup bahagia, malah perkahwinan anak perempuannya dengan seorang lelaki tempatan menghadiahkannya seorang cucu lelaki.

“Saya tidak bekerja, tetapi mujur arwah suami meninggalkan sedikit wang dan sebuah kereta kepada saya.

“Begitu juga dengan anak perempuan saya, dia berkahwin dan mempunyai kerja yang baik dengan gaji antara RM7,000 hingga RM8,000 sebulan. Dia juga membeli sebuah apartmen di Subang Jaya dan meminta saya tinggal di situ selepas kematian suami saya,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, hidupnya musnah selepas anaknya jatuh cinta dengan seorang pelajar sebuah kolej swasta warga Iran berusia 25 tahun kira-kira dua tahun lalu.

“Demi pelajar kolej swasta itu, anak saya sanggup meninggalkan suami, berhenti kerja dan duduk serumah dengan lelaki itu.

“Dia berubah, nasihat saya dibalas dengan kata-kata kesat, malah kunci apartmen miliknya yang menjadi tempat tinggal saya ditukar apabila saya keluar ke rumah rakan selepas dimintanya atas alasan kawan kekasihnya yang datang dari Iran mahu menumpang sementara waktu,” katanya.

Ani berkata, ketika cuba bertanyakan mengapa kunci ditukar, lelaki Iran terbabit menghalaunya keluar dari apartmen itu di depan anaknya dengan alasan dia cuba mengganggu kehidupan mereka.

“Saya tidak ada sesiapa di dunia ini kecuali anak saya. Dia nyawa dan jiwa saya, tetapi semuanya musnah sekelip mata disebabkan orang asing.

“Kereta milik saya juga dilelong bulan lalu kerana bayaran ansuran tertunggak dan sejak Jun lalu, saya menumpang ihsan rakan, tetapi berapa lama boleh berteduh di rumah orang menyebabkan saya sering berpindah-randah selepas beberapa hari.

“Mungkin satu hari nanti, saya terpaksa tinggal di bawah jambatan kerana tidak memiliki apa pun, sudahlah tiada harta, anak kesayangan pula membuang saya,” katanya. -hm

Ulasan GB

Jika sebelum ini GB paparkan kisah emak buang anak, yang di atas pula kisah anak yang buang emak. Semuanya gara-gara didikan agama yang lemah dan mengikut hawa nafsu yang keterlaluan.

Sedangkan Hadith telah memesan kepada kita sehingga meyebut 3 kali perkataan ibumu:

Abu Hurairah r.a berkata:
“Seorang pemuda berjumpa dengan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam dan berkata: Wahai Rasulullah s.a.w, siapakah orang yang lebih berhak mendapat layanan dan kasih sayangku? Nabi s.a.w berkata: Ibumu. Kemudian siapa pula? Nabi s.a.w berkata: Ibumu. Dia bertanya lagi: Kemudian siapa pula? Nabi menjawab: Ibumu. Bertanya lagi beliau: Kemudian siapa? Nabi s.a.w berkata: Bapamu.” - Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim.



[Bergambar] 30 Ribu Banjiri Stadium Melawati


Shah Alam, 9 Jan: Lebih 30 ribu rakyat berhimpun dalam Majlis Solat Hajat dan Ceramah Perdana anjuran PAS Pusat yang diadakan di Stadium Malawati, dekat sini sebagai tanda sokongan penuh terhadap kekuatan menegakkan kebenaran dalam negara ini.

Ramai kalangan pimpinan Pakatan Rakyat hadir antaranya Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Timbalan Keadilan, Azmin Ali, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.



Selepas majlis dimulakan dengan solat Maghrib secara berjamaah di tengah arena diimamkan oleh Ustaz Abdul Hadi, tazkirah disampaikan oleh Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din.

Solat Isyak dan Solat Hajat Perdana diimamkan oleh Ustaz Hadi juga dengan harapan agar Allah SWT. menyelamatkan Malaysia dan Selangor termasuk isu ketidak-adilan yang berlaku di dalam perbicaraan Datuk Seri Anwar.



Laungan takbir Allahu Akbar berkumandang bagi menyemangati semula suasana himpunan perjuangan Islam yang sememangnya merupakan sumber kekuatan gerakan umat Islam dalam negara selama ini.



Majlis dipengerusikan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dimulakan dengan ucapan Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man selaku pengarah program, setakat ini, Tan Sri Khalid dan Tuan Guru Presiden sudah pun berucap. -harakahdaily


Pindaan mahu betulkan kesilapan Umno 17 tahun lalu, kata MB Selangor

SHAH ALAM, 9 Jan — Kerajaan negeri Selangor mengesyorkan pindaan perlembagaan negeri bukan sahaja untuk menyelesaikan kemelut pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri tetapi juga mahu “membetulkan kesilapan” awal 1990-an, kata Tan Sri Khalid Ibrahim malam ini.

Sehubungan itu Menteri Besar Selangor berkata, adalah tidak wajar kuasa Sultan Selangor diambil alih oleh Umno demi memperkukuhkan kuasa persekutuan ketika krisis Perlembagaan Persekutuan 1993.

“Umno yang mengambil alih kuasa . . . tetapi apabila dimaklumkan bahawa Sultan tiada kuasa (pelantikan), kami dikatakan jangan bertindak menderhaka,” kata beliau pada perhimpunan di Stadium Malawati di sini.

Majlis malam ini dimulakan dengan solat hajat.

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat, Presiden PAS Datuk Abdul Hadi Awang dan Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim juga hadir sama.

“Siapa yang menderhaka? Pada 1993, mereka (Umno) sudah pun melakukan derhaka,” kata beliau lagi.

Khalid juga menekankan bahawa kerajaan Selangor akan membuat beberapa usul akhir bulan ini untuk memastikan kuasa pelantikan tiga pegawai kanan perkhidmatan awam negeri — Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-Undang dan Pegawai Kewangan Negeri kembali ke tangan Sultan dan kerajaan Selangor.

Malah beliau juga mencabar Umno menentang pindaan perlembagaan yang bakal dibawa kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

“Kita akan lihat belang mereka yang sebenar, jika benar mereka mendukung Sultan (mereka wajar sokong),” kata beliau disambut tepukan gemuruh.

Khalid berkata “drama (semasa) akan berterusan” sehingga kuasa untuk melantik pegawai-pegawai kanan terbabit kembali kepada negeri.

Semalam, Khalid juga mencabar Umno menyokong pindaan perlembagaan jika ia benar-benar ikhlas dalam menjunjung institusi diraja, yang dialung-laungkannya selama ini.

“Umno (mengatakan bahawa) ia memandang tinggi (kedudukan) Sultan. Mereka (mengatakan) mereka yang mempertahankan raja,” kata beliau sambil menggesa Umno menunjukkan keikhlasan jika benar parti teras Barisan Nasional itu mempertahankan institusi diraja.

Menteri Besar merancang untuk mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri khas hujung bulan ini bagi menyelesaikan kemelut ekoran pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan negeri yang baru.

Sidang itu akan membincangkan pindaan perlembagaan negeri.

Pakatan Rakyat mempunyai 35 anggota di Dewan Undangan Negeri yang memperuntukkan 56 kerusi.

Pindaan perlembagaan memerlukan sokongan dua pertiga untuk diluluskan. -TMI


[Bergambar] Siri Kedua: Alangkan Binatang Sayang Anaknya

Rmai yang masih tidak menyedari bahawa membuang bayi itu adalah laksana membunuhnya.

Lantaran itu saban hari kita dihidangkan dengan berita-berita menyayat hati, remaja yang terlanjur hamil dan mengambil langkah mudah: buang bayi yang dilahirkan. Alangkah besar dosa yang ditanggung, selepas berzina, membunuh pula.

Tergamak seorang "ibu" melakukan demikian yang binatang sekalipun tidak melakukan hal demikian terhadap anaknya. Ikuti siri kedua: alangkan binatang sayang anaknya:













Banding pula dengan berita ini:


Tujuh kes buang bayi dalam minggu pertama tahun ini

KUALA LUMPUR - Sebanyak tujuh kes buang bayi dilaporkan dalam seminggu tahun ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, kes tersebut merupakan satu angka yang besar dan perlu diberi perhatian serius.

Menurutnya yang bimbang dengan gejala yang berterusan itu berkata, kerajaan akan memperhebatkan kempen kesedaran dalam usaha menyekat gejala itu daripada berlarutan.

"Kerajaan komited terhadap usaha membanteras perbuatan membuang bayi yang kini menuntut tindakan segera," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen 'Kami Prihatin' di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dekat sini hari ini.

Kempen itu adalah untuk mencetuskan rasa keinsafan dan menebalkan kembali nilai kemanusiaan di kalangan masyarakat dalam usaha menangani kes penderaan kanak-kanak dan buang bayi.

Shahrizat berkata, kementerian akan terus mendekati golongan remaja hingga ke peringkat akar umbi selain mempergiatkan kerjasama dengan badan bukan kerajaan dalam menjalankan kempen kesedaran mendidik masyarakat.

Beliau berkata, media massa dan badan-badan agama juga perlu terus memainkan peranan yang lebih kritikal bagi membendung gejala itu.- Bernama