13 Sep 2010

Polis Abaikan Empat Rekod Jenayah Suspek. KPN Baru Perlu Jawab.

Empat Rekod Jenayah Suspek Sosilawati, Mengapa Tiada Tindakan?

13 Sept - ‘Kecekapan’ seorang peguam bergelar Datuk - suspek utama kes pembunuhan Datuk Sosilawati, yang terlepas dari sebarang pendakwaan walaupun terbabit dalam empat kes jenayah sebelum ini, menimbulkan pelbagai persoalan.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin hairan mengapa tiada tindakan dilakukan terhadap peguam berkenaan yang memiliki empat rekod berkaitan kes kehilangan individu lain.

Bagi beliau, ia menimbulkan persoalan sama ada wujud pertalian hubungan antara suspek dengan pimpinan tertinggi polis atau pentadbiran Polis Diraja Malaysia yang lemah sepanjang kepimpinan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa. Hassan

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Bakri Zinin menyatakan seorang peguam berusia 41 tahun berpangkat 'Datuk' yang menjadi suspek utama kes kehilangan Sosilawati bersama tiga yang lain itu pernah terlibat dalam empat lagi kes kehilangan orang.

"Kita berasa hairan 'Datuk' ini yang dikatakan ada rekod jenayah yang sama, tidak diambil tindakan untuk menghalang daripada berlaku. Datuk ini, apakah ia mempunyai kaitan dengan orang politik atau ada kaitan dengan tokoh tertentu dalam polis.

"Saya rasa itu merupakan persoalan yang perlu dijawab oleh pasukan keselamatan sendiri," kata Shamsul Iskandar kepada TV Selangor.

Lebih-lebih lagi, PDRM ketika dipimpin Musa Hassan kerap dikritik lantaran dakwaan hubungannya dalam jenayah berprofil tinggi termasuk kegiatan kongsi gelap dan salah laku orang kenamaan.

Sehingga tempoh persaraannya, bekas Ketua Polis Negara itu gagal membersihkan namanya dari dakwaan yang tersebar melalui internet, malah tidak mengambil sebarang tindakan perundangan.

"Dari segi KPI untuk ketua polis negara, proses pertukaran ini sepatutnya sudah lama dibuat. Saya percaya kerana dari pelbagai sumber, tidak keterlaluan saya katakan sudah menjadi satu rahsia umum mengenai keterlibatan pimpinan kanan polis.

"...tidak terkecuali Tan Sri Musa Hassan terlibat dalam kegiatan jenayah berprofil tinggi termasuk melibatkan diri dengan gangster dan kongsi gelap," katanya.

Sehubungan itu, Shamsul Iskandar meminta polis kembali kepada asas penugasan iaitu membanteras jenayah dan menjaga keamanan serta ketenteramana awam, bukannya mengekori pemimpin politik pembangkang untuk mencari salah.

"Pada saya sudah sampai masanya pasukan polis mengurangkan tumpuan dan fokus mereka daripada menjaga aktiviti politik yang kita lihat sekarang ini pasukan polis menjadi perkakas kepada Umno Barisan Nasional.

"Tumpuan sepatutnya diberi untuk menurunkan kadar jenayah di negara kita," katanya. -TVS


Kes Sosilawati: Mangsa mungkin selamat jika empat aduan awal diselesai?

Beberapa pihak mempersoalkan apakah kemungkinan nyawa jutawan produk kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain dapat diselamatkan jika polis telah menyelesaikan empat aduan termasuk membabitkan seorang ahli perniagaan dari India yang didakwa hilang sebelum ini.

“Yang saya mempersoalkan ialah apakah kemungkinan tragedi yang menimpa empat mangsa ini termasuk Datuk Sosilawati dapat dielakkan jika polis telah dapat bertindak dengan tegas sejak awal sebaik sahaja menerima laporan mengenai suspek utama tahun lalu?” kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar kepada The Malaysian Insider hari ini.

Sehubungan itu kata Ahli Parlimen Pokok Sena ini, pihak polis perlu memberi penjelasan terperinci status laporan yang dibuat terhadap suspek utama yang kini dikaitkan dengan pembunuhan Sosilawati sepanjang tahun lalu.

“Polis mengakui mereka pernah menerima aduan mengenai kehilangan sebelum ini termasuk laporan mengenai kehilangan seorang warga India.

“Oleh itu saya hendak bertanya apa tindakan polis ke atas aduan-aduan ini... apakah hasil siasatan ke atas aduan-aduan itu,” kata beliau.

Mahfuz menambah, apakah suspek utama ini kemungkinan tidak dapat ditangkap sekiranya tragedi terbaru ini tidak berlaku dengan suspek akan kekal bebas.

“Nampaknya suspek ini hanya dapat ditangkap selepas Sosilawati dan tiga lagi mangsa sudah menjadi abu,” kata beliau lagi.


Dua orang peguam adik-beradik termasuk seorang yang bergelar “Datuk” yang dipercayai menjadi “dalang” kejadian pembunuhan Sosilawati dan tiga mangsa lain yang dibunuh, dibakar dan abu mereka dibuang ke dalam sungai.

Semalam, polis juga mendedahkan pihaknya ada menerima aduan terhadap adik-beradik itu yang berusia 38 dan 41 tahun berhubung kehilangan tiga orang lain tahun lalu.

Seorang jutawan dari Chennai, India dikatakan pernah terlibat dalam perniagaan usaha sama dengan adik-beradik berkenaan.

Mengikut laporan media, ahli perniagaan berkenaan dikatakan telah dipujuk agar datang ke Malaysia tahun lalu dan menyewa sebuah rumah di Bandar Sungai Emas, Banting.

Ahli perniagaan itu dilaporkan kelihatan bersama adik-beradik berkenaan selama beberapa bulan sebelum hilang.


Pada Februari lalu, keluarga ahli perniagaan berkenaan datang ke Banting tetapi tidak dapat berhubung dengannya.

Keluarga berkenaan kemudian membuat laporan polis tetapi tidak ada perkembangan selepas itu.

Semalam polis mengesahkan pembunuhan Sosilawati dan tiga lagi selepas dilaporan hilang sejak awal bulan ini.

Sosilawati kali terakhir dilihat berada di Banting pada 2 September lalu ketika membeli kerepek.

Termasuk adik-beradik itu lapan orang ditahan setakat ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, kesemua suspek mengaku membawa mangsa ke ladang seluas empat hektar itu sebelum dipukul sehingga mati dan mayat mereka dibakar.

Abu mayat mangsa kemudian dibuang ke dalam sebatang sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat.

Selain Sosilawati, pengasas syarikat kosmetik Nouvelle Visages (NV) tersebut, turut dibunuh ialah pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai bank CIMB Kampung Baru Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

Jutawan wanita berusia 47 tahun itu yang juga bekas isteri penyanyi rock Nash dan tiga yang lain dilaporkan hilang sejak 30 Ogos, selepas datang ke Banting untuk urusan pembelian tanah.

Mengenai motif kejadian tragis itu, Bakri berkata ia lebih menjurus kepada persaingan perniagaan di antara kedua-dua peguam dengan Sosilawati.

Peguam berkenaan, yang dipercayai pernah digantung amalan guaman selama setahun pada 2007, dikenali sebagai broker tanah di kalangan penduduk setempat dan dipercayai mengendalikan beberapa urus niaga bernilai jutaan ringgit bagi pihak Sosilawati.

Malah menurut Bakri, suspek turut mengaku pernah menggunakan modus operandi serupa sebelum ini, dan polis sedang menyiasat kehilangan empat individu lain di kawasan tersebut sejak setahun lalu.

Menurut seorang penduduk tempatan, peguam berkenaan amat dikenali di kawasan itu kerana dia membantu pekerja asing yang ditipu gajinya oleh majikan mereka.

Dalam kenyataannya, Mahfuz menambah, penahanan suspek utama ini juga ada kaitan dengan dakwaan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan yang berkata, polis tidak harus dikenakan tekanan dalam menjalankan tugas dan operasi mereka.

“Apakah ini menandakan apa yang diperkatakan oleh Musa adalah betul, di mana polis menerima tekanan daripada pihak atasan,” katanya.

Musa memberikan kenyataan itu beberapa hari sebelum bersara semalam.

Dalam pada itu, kenalan rapat Sosilawati menganggap peristiwa tragis dan kejam yang menimpa jutawan kosmetik itu sebagai sesuatu yang sukar diterima.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim yang merupakan rakan serta jiran Sosilawati di Taman Harmonis, Gombak berkata selagi DNA tulang yang ditemui belum mengesahkan ia adalah Sosilawati, selagi itulah beliau masih berharap ada harapan untuk melihat rakannya itu pulang.

“Saya masih berharap akan berlaku keajaiban dan sehingga belum dapat dipastikan saya tidak menganggap dia telah menjadi arwah,” katanya ketika mengunjungi keluarga Sosilawati hari ini.

Beliau berkata penduduk di sekitar Taman Harmonis yang prihatin atas apa yang menimpa Sosilawati telah membuat solat hajat sejak beliau dilapor hilang dan ia akan berterusan sehingga mendapat pengesahan.

Bagi Datuk Suhaimi Ibrahim yang merupakan setiausaha politik Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pembunuhan yang berlaku itu sukar dipercayai kerana ia sesuatu yang sangat kejam, zalim serta tidak bertamadun.

Beliau yang merupakan kenalan rapat Sosilawati sejak tujuh tahun lepas, berkata kali terakhir beliau dihubungi Sosilawati ialah pada 29 Ogos lepas iaitu sehari sebelum Sosilawati bersama tiga lagi mangsa ke Banting bagi urusan pembelian tanah.

“Sosilawati menghubungi saya untuk berjumpa pada tarikh itu bagi mendapatkan nasihat dan pandangan mengenai penjualan tanahnya di Bukit Jambul, Pulau Pinang tetapi saya tidak boleh menemui beliau pada hari itu kerana ada urusan lain dan saya maklumkan padanya untuk bertemu pada 31 Ogos,” katanya.

Beliau berkata pada 31 Ogos, beliau cuba menghubungi Sosilawati untuk mengesahkan pertemuan itu tetapi panggilannya tidak dijawab.

“Sangat pelik bila dia tidak jawab telefon sebab Sosilawati jarang buat begitu, kalau ada ‘miss call’ dia akan cepat-cepat telefon semula. Pada 1 September saya cuba menghubungi beliau lagi tetapi telefonnya dimatikan,” katanya.

Beliau berkata pada pertemuan mereka sebelum bulan puasa, Sosilawati pernah memaklumkan kepadanya tentang tanah itu selain hasrat untuk menyenaraikan syarikatnya dalam bursa saham.

“Beliau merupakan ikon wanita, beliau salah seorang pelopor usahawan kosmetik yang menjadi ikutan dan contoh pada usahawan lain,” katanya.

Sementara itu adik Sosilawati, Masturi Lawiya berkata malam ini solat hajat dan kenduri tahlil akan diteruskan di kediaman Sosilawati manakala solat hajat dan tahlil turut diadakan di rumah ibu bapanya di Batu Pahat semalam.

Pengusaha stokis produk kecantikan Nouvelle Visages di Kampung Baru pula berkata beliau mengenali Sosilawati sejak tahun 1985 dan sepanjang perkenalan itu Sosilawati adalah seorang wanita yang baik hati dan dermawan.

“Kali terakhir kami berjumpa sebelum Ramadan lalu dan amat sukar untuk mempercayai apa yang berlaku. Diharapkan anak-anak dan keluarga Sosilawati tabah dan redha dengan apa yang berlaku,” katanya yang enggan namanya disiarkan. -TMI


Ulasan GB

Usah putar-putar. Ketua Polis Negara yang baru, Datuk Ismail Omar perlu menjawab. Jangan tahu nak pegang jawatan tertinggi di dalam PDRM tetapi tak tahu nak selesaikan masalah dan tak tahu nak buat kerja.

Rakyat menjadi semakin marah dengan kejadian pembunuhan kejam yang sepatutnya boleh dielakkan jika laporan jenayah suspek telah diambil tindakan oleh PDRM sebelum ini.

Senang-senang empat orang rakyat Malaysia tiba-tiba mati katak di ambang aidilfitri disebabkan kecuaian dan kelemahan polis.

Tiada lagi maaf selepas ini. Rakyat akan memerhatikan setiap perlakuan polis yang tidak cekap dan tidak berkesan atau yang mengampu tak tentu hala serta yang mengikut telunjuk pihak tertentu. Anda sepatutnya berkerja untuk negara, untuk rakyat.




Siapa Bagi "Datuk" Kepada Suspek?

Peguam Disyaki Dalang Bunuh Sosilawati Mahu Sertai MIC

Peguam bergelar Datuk yang merupakan suspek utama dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga individu lain bercadang untuk menyertai MIC, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah.

Murugiah berkata, beliau bertemu dengan suspek pada program komuniti Hari Raya di Bukit Cheeding, Banting pada 8 September iaitu tiga hari sebelum suspek ditahan polis.

“Saya dijemput untuk menyerahkan sumbangan yang ditaja beliau (suspek) untuk komuniti orang asli di kawasan itu.

“Ia merupakan pertemuan kali pertama dengan dia. Saya lihat dia seorang yang pemurah dan peramah tetapi tidak menyangka di sebaliknya,” katanya kepada media selepas mengunjungi rumah keluarga Sosilawati di sini.

Murugiah berkata, pada awalnya tiada masalah bagi suspek untuk menyertai MIC kerana suspek merupakan seorang peguam berpendidikan tinggi.

“Saya menasihatkan dia supaya mengisi borang keahlian dan perkara itu akan dimaklumkan kepada Presiden MIC, Datuk Seri Samy Vellu,” katanya.

Bagaimanapun jelasnya, MIC tetap tidak akan menerima suspek untuk menyertai parti sekiranya didapati tidak bersalah berikutan rekodnya sebelum ini dipertikaikan.

Menurutnya, MIC mahukan pemimpin yang bersih dan bukan golongan seperti itu.

“Kita hendak buat baik dengan orang, buat baik dengan rakyat, itulah pemimpin yang sepatutnya kita cari dalam parti,” kata Murugiah.

Beliau menambah, kemungkinan gelaran 'Datuk' suspek juga perlu disiasat kesahihannya agar tidak menyelewengkan pemikiran rakyat. -mstar

Ulasan GB

Kita pernah dengan kes-kes dimana darjah bintang kebesaran boleh dibeli. Ada diantaranya pula dengan membuat sumbangan untuk majlis-majlis politik tertentu dan ada pula dengan mempunyai hubungan rapat dengan orang tertentu.

Bintang kebesaran menjadi terlalu murah nilainya. Apa tah lagi apabila dikalungkan kepada penjenayah, menjadikan darjah kebesaran itu terus tercemar dan tidak bernilai lagi.

Ada yang lansung tiada pengurniaan dari sesiapa, tetapi degan berani sengaja menggunakan title DATUK. Lazim dilakukan oleh ahli perniagaan dan politik. Tiada peruntukan undang-undangkah untuk mendakwa pesalah sebegini?

Kalau tak der undang-undang, esok semua boleh panggil Datuk GB. Amacam? Tak sedap? Ok Datuk Seri GB :-)


Suspek Dibawa Ke Lokasi Sosilawati Dibunuh, Jam Tangan Ditemui

Operasi Cari Bahan Bukti Pembunuhan Sosilawati Diteruskan

Gambar: Kelihatan anggota polis giat mencari bahan bukti di dalam sungai berhubung kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga orang lagi di sini hari ini. foto BERNAMA

Pasukan penyelam Polis Marin pada Isnin meneruskan operasi mencari bahan-bahan bukti untuk siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki lain di Sungai Panchau, Kampung Kanchong Laut di sini.

Sungai itu terletak di Kampung Endah, kira-kira dua kilometer dari Ladang Gadong Tanjung Sepat di mana Sosilawati dan tiga lagi dipercayai dibunuh dan dibakar di ladang ternakan ayam di situ.

Operasi mencari bahan bukti itu bermula kira-kira 4.30 petang tadi dan berakhir pada pukul 7 malam ini.

Anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut menyertai operasi itu.

Seorang suspek lelaki dilihat dibawa ke atas jambatan sungai itu bagi menunjukkan di mana dia mencampakkan sesuatu dari atas jambatan berkenaan.

Apabila operasi itu dihentikan pada 7 malam ini, kelihatan beberapa anggota Unit Forensik sedang membelek satu bungkusan plastik yang berisi seutas jam tangan.

Sosilawati, 47, bersama tiga individu iaitu pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting, Selangor untuk urusan pembelian tanah.

Pada Ahad, Polis mengesahkan kempat-empat mangsa dipukul sampai mati sebelum dibakar dan abu dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong. - BERNAMA

Siling Mahkamah Bocor Petanda Sistem Kehakiman Juga Bocor

Lagi Kejadian Kebocoran Di Bilik Mahkamah Dalam Seminggu

KUALA LUMPUR: Hujan lebat pagi ini mengakibatkan satu lagi kejadian kebocoran di siling sebuah bilik mahkamah di tingkat lima Kompleks Mahkamah, Jalan Duta di sini, Isnin.

Kebocoran pertama, berlaku di tempat yang sama yang telah merosakkan perabot dan sofa, berlaku pada 8 September selepas hujan lebat.

Seorang staf mahkamah berkata pekerja penyenggaraan bangunan sedang mengesan tempat punca kebocoran itu.

"Setiap kali berlaku hujan lebat, air akan mengalir keluar dari tiang-tiang utama di tingkat enam, menyebabkan banjir di bilik saksi Mahkamah Tinggi 2," katanya.

Staf itu berkata kebocoran kecil dan rekahan juga dilaporkan di beberapa bahagian kompleks mahkamah tetapi tidak serius seperti di tingkat lima.

Tiga bulan lepas, paip pecah telah menyebabkan banjir di kafeteria kompleks berusia tiga tahun berharga RM270 juta ini, dikatakan merupakan kompleks mahkamah kedua terbesar di dunia.

Kejadian itu menyebabkan bilik stor dan Pejabat Pos mini yang terletak di tingkat bawah bangunan itu mengalami kerosakan. - BERNAMA

Ulasan GB

GB adalah seorang yang yakin kepada perjuangan kebenaran dan keadilan. GB juga orang suka membaca dan merenung ayat-ayat Allah yang diaparkan terbentang luas di mayapada ini, ayat manzurah namanya selain dari kitab Al-Quran yang berupa ayat maqru'ah. Ramai hakim beragama Islam yang bebal dalam bab ini.

Kebocoran mahkamah petanda ada kebocoran nanti di dalam sistem kehakiman negara.

Ada hakim jahat yang masih berkeliaran di Palace of Justice, GB kata dulu. Membaca skrip yang telah disiapkan di dalam menghakimi kes-kes dengan membelakangkan prinsip kebenaran dan keadilan.

Kini, ia didedahkan sendiri oleh Sang Pencipta. Hakim yang mana lagi mau tunjuk ego dengan Tuhan? Silakan. Bukan saja bumbung mahkamah yang bocor, seluruh bangunan mahkamah boleh runtuh. Hakim yang menjadi lembu UMNO masih ada, Pak Turut kepada Peguam Negara pun ramai, takut kehilangan jawatan daripada takut Tuhan paling ramai, ingat kes "correct, correct, correct"?

GB pernah mengulas sistem kehakiman negara yang bobrok di SINI

MCA Bidas Mahathir, DAP Anggap Anti-Perkasa Hanya Gimik UMNO

MCA kesal komen Dr M, gesa Umno-BN tidak kompromi isu Perkasa

MCA kesal dengan pendirian bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam bahawa Umno tidak harus membelakangi Perkasa jika tidak mahu Barisan Nasional (BN) hilang sokongan dalam pilihan raya umum ke-13.

Sehubungan itu, Setiausaha Agung MCA Datuk Seri Kong Cho Ha juga berkata, BN tidak harus sama sekali berkompromi dalam soal menjauhkan diri daripada Perkasa.

Kata Kong, MCA mengalu-alukan komen pelbagai pemimpin Umno yang mahu menjauhkan diri mereka daripada Perkasa yang dilihat mengambil pendirian berbaur perkauman atas alasan sebarang kerjasama dengan pertubuhan itu hanya akan menghakis sokongan kepada Umno. “Kami kesal apabila membaca kenyataan seorang pemimpin terkemuka yang mendakwa Umno masih memerlukan sokongan Perkasa jika ia tidak mahu berhadapan dengan risiko Barisan Nasional kehilangan sokongan (dalam pilihan raya),” kata beliau.

Ujar Kong, BN tidak hanya terdiri daripada satu parti politik, sebaliknya merupakan anggota 13 komponen yang mewakili pelbagai kaum.

“Oleh itu, BN berusaha untuk mendapatkan sokongan daripada setiap kaum, bukan sahaja daripada orang Melayu,” kata Menteri Pengangkutan ini.

Tegas pemimpin MCA itu, BN tidak boleh memikat sokongan ramai menerusi kerjasama dengan kumpulan-kumpulan ekstrem, sebaliknya memerlukan mandat daripada semua lapisan rakyat.

Oleh itu tambah Kong, sebarang ikatan dan kerjasama dengan pertubuhan ekstrem hanya akan menghakis undi kepada BN.

Jelas Kong, BN sentiasa mengamalkan formula menyelesaikan apa jua rungutan ataupun masalah menyentuh orang ramai menerusi semangat konsensus.

“Oleh itu, BN tidak harus berkompromi atau bertolak ansur dengan mana-mana pertubuhan perkauman atau komen-komen ekstrem mana-mana individu atau kumpulan,” katanya lagi.

Katanya, sebagai satu ikatan yang bertanggungjawab mengutamakan keharmonian negara, keamanan dan keselamatan mengatasi segala-galanya, BN akan memastikan bahawa masa depan Malaysia tidak dikorbankan menerusi pendirian Perkasa yang bersifat perkauman dan regresif.

Mengulas mengenai pendirian Umno-BN terhadap Perkasa, Dr Mahathir mengulangi sokongan kepada Perkasa semalam dengan memberi amaran, Umno boleh kalah teruk dalam pilihan raya umum ke-13 jika parti dominan BN itu memutuskan untuk menyisihkan pertubuhan hak Melayu tersebut.

“Mereka (Umno) sudah pun berpecah, dan langkah menjauhkan diri daripada Perkasa akan menyebabkan Umno semakin berpecah,” kata Dr Mahathir yang juga bekas presiden Umno.

Sehubungan itu kata Dr Mahathir, Umno tidak seharusnya menjauhkan diri daripada Perkasa kerana tindakan sedemikian hanya akan menyebabkan mereka kehilangan lebih banyak undi berbanding prestasi dua tahun lalu.

“Dalam pilihan raya umun lalu, jurang perbezaan undi sangat kecil. Jika anda kehilangan sokongan, anda mungkin kalah teruk dalan pilihan raya (umum ke-13).

“Umno tidak kukuh. Kita tidak boleh mengetepikan sesiapa sebab dengan kita kehilangan 100 atau 200 orang, kita mungkin kalah di bahagian-bahagian tertentu,” kata beliau. -TMI


Pendirian anti-PERKASA hanya gimik Umno, kata DAP

DAP mendakwa tindakan Umno yang kononnya berbalah dan memisahkan diri daripada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) adalah hanya sekadar gimik politik BN yang bertujuan memancing undi.

Penolong bendahari DAP pusat, Nga Kor Ming dalam kenyataan akhbarnya berkata Umno terlalu taksub dengan PERKASA sehingga membolehkan parti itu memecahkan ikatan hubungan mereka itu.

Nga berhujah ahli PERKASA yang sebahagian besarnya adalah ahli Umno dan penasihat umum NGO Melayu itu yang disandang oleh bekas presiden Umno Tun Dr Mahathir Mohammad menguatkan lagi dakwaannya.

Tambahnya lagi, PERKASA juga mendapat sokongan dari akhbar milik Umno, Utusan Malaysia.

“Dengan hubungan yang intim ini, adalah sukar untuk mempercayai bahawa Umno sekarang ini bercadang memutuskan hubungan mereka dengan PERKASA,” katanya.

“Saya percaya ini satu lagi gimik pilihan raya BN untuk memerangkap orang bukan Melayu...dan strategi untuk menarik sokongan kumpulan konservatif kanan Melayu yang selama ini dipinggirkan oleh golongan sederhana dan patriotik Melayu yang memegang kuasa,” kata Nga yang juga ahli parlimen Taiping.

Awal minggu ini, BN berkata ia akan menjauhkan dirinya daripada PERKASA kerana ia boleh menjejaskan usaha untuk memenangi semula sokongan bukan Melayu.

Setiausaha agung Umno, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor yang bercakap bagi pihak parti itu berkata, parti Melayu itu tidak akan mengaitkan dirinya dengan PERKASA selepas menerima tekanan daripada parti-parti komponen BN, yang bimbang dengan pendirian pertubuhan itu yang didakwa bersifat rasis.-mk


Ulasan GB

Dari dua tulisan di atas, ternyata, 100% masyarakat Cina tolak Perkasa. Bagus sangat jika UMNO terus-terusan berpelukan dengan Perkasa, lebih cepat BN runtuh dan lebih pantas Najib tercampak dari kerusi PM. GB dah ulas isu ini di SINI dan SINI

Kes Sosilawati: Suzana Percaya Suaminya Noorhisham Masih Hidup

Kes Sosilawati: Isteri pegawai bank percaya suami masih hidup

Gambar: PILU...Isteri kepada pegawai bank yang mati dibunuh, Suzana Radim Pangat, 38, bersama bapanya Radim Pangat Ishak (kiri) tidak dapat menahan kesedihan pada sidang media khas di kediamannya di sini, hari ini. foto: Bernama

Isteri kepada salah seorang mangsa yang dipukul, dibunuh dan dibakar di Banting Selangor, Suzana Radim Pangat, tidak mampu lagi membaca surat khabar atau melihat berita televisyen untuk mengetahui perkembangan kes tersebut.

Isteri kepada Noorhisham Mohammad, 38, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru di sini yang dipercayai mati dipukul, dibunuh dan dibakar dengan kejam itu berkata, kesedihan dan tekanan yang dialami menyebabkan Suzana hanya mampu mendengar perkembangan terkini melalui anggota keluarga terdekat.

“Selepas kejadian, minta maaf saya tak boleh tengok tv atau surat khabar. Segala perkembangan terkini hanya ahli keluarga saya yang akan maklumkan. Saya tak boleh nak tempuh keadaan ini,” katanya dalam keadaan sebak ketika ditemui pemberita di rumah beliau di Taman Seraya, Ampang, di sini hari ini.

Bagaimanapun, Suzana, 38 masih melahirkan harapan tinggi untuk melihat Noorhisham masih hidup selagi masih belum ada pengesahan dari Unit Forensik.

“Sehingga kini tiada sebarang pengesahan dari Forensik, mayat suami saya, jadi sehingga itu, saya percaya suami saya masih hidup,” katanya.

Noorhisham dikatakan sepatutnya membawa Suzana dan keluarga pulang berhari raya di Muar, Johor serta menyambut hari jadinya pada hari ini, tetapi segalanya menjadi hambar apabila beliau hilang bersama jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, 47, pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shansuddin, 44, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, pada 30 Ogos lepas.

Bagaimanapun polis semalam mengesahkan kes tersebut semakin hamper kepada penyelesaian berikutan penemuan lokasi tempat mangsa-mangsa dibunuh dan kesemua mayat mereka dibakar sebelum abunya dibuang di sebuah sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat.

Berikutan kejadian itu, polis menahan seorang peguam bergelar Datuk dan adiknya serta enam orang termasuk pekerja kebun kelapa sawit milik mereka di Banting bagi membantu siasatan.

Suzana menegaskan pihak yang bertanggungjawab melakukan perkara ini sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan.

“Saya boleh terima kalau mereka setakat bunuh suami saya, jika ada mayatnya saya masih boleh lihat saya terima, tetapi cara pembunuhan ini menyebabkan mayatnya tidak sempurna, dan tidak ada kubur untuk saya ziarah.

Ibu kepada tiga orang anak, Mohamad Azri Shahzan,14, Mohamad Faiz Ridzmi, 5, dan Nur Aneesa Salbiah, 11, itu berkata, jika benar suaminya dibunuh begitu kejam, beliau berharap polis dapat membawa kesemua yang terlibat ke muka pengadilan dan dikenakan hukuman sewajarnya. – Bernama

Penyewa Terkejut Tuan Rumahnya Suspek Kes Bunuh Sosilawati

Penyewa rumah peguam berpangkat Datuk yang ditahan polis berhubung kes pembunuhan jutawan kosmetik, Sosilawati Lawiya terkejut dengan penahanan "tuan rumahnya" itu selepas gambarnya disiarkan media hari ini.

Seorang peniaga yang juga menguruskan perniagaan katering dan hanya mahu dikenali sebagai Kak Ana, 45, terkejut dan seolah tidak percaya dengan penangkapan peguam itu kerana menyifatkan tuan rumahnya itu seorang lelaki yang baik, peramah dan sentiasa bertegur sapa.

"Akak terkejut tengok gambar dia (peguam) dalam akhbar hari ini. Memanglah tahu kes ini libatkan seorang peguam berpangkat Datuk di Banting, tapi tak sangka pula dia...Akak memang tak percaya dia buat semua tu sebab dia baik sangat," katanya.

Ketika ditemui di rumah sewanya, iaitu bersebelahan rumah peguam berusia 41 tahun itu di sebuah taman di sini, beliau berkata, peguam itu menginap di rumah semi-D berkembar di situ seorang diri manakala anak-anak dan isterinya tinggal di Puchong untuk menemani salah seorang anak mereka yang bersekolah (sekolah swasta) di sana.

"Masa akak pindah sejak April tahun ini, dia (peguam) ada beritahu anak-anak dan isterinya hanya akan datang serta melawatnya di rumah itu seminggu sekali sahaja," katanya.

Isteri seorang pesara polis itu berkata, sepanjang menyewa di rumah itu, beliau tidak melihat sebarang kecurigaan di rumah peguam itu mahupun peguam itu sendiri.

"Macam biasa, dia memang rajin bertegur sapa, tak cakap lebih-lebih. Akak tak syak apa-apa. Hanya nampak dia pergi dan balik kerja sahaja," katanya.

Semalam, polis mengesahkan penangkapan peguam berpangkat Datuk, adiknya yang juga seorang peguam dan enam lagi bagi membantu siasatan kes berprofil tinggi itu.

Sosilawati bersama tiga lelaki iaitu pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala LUmpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting, Selangor untuk urusan pembelian tanah.

Semalam, polis mengesahkan kempat-empat mangsa dipukul sampai mati sebelum dibakar dan abu dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong dekat sini. -Bernama


Pejabat Sosilawati lengang, operasi CIMB di Kg Baru normal

Pejabat Nouvelle Beauty Sdn Bhd di Jalan Raja Bot, Kampung Baru di sini milik jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya yang turut menempatkan pusat rawatan muka dan spa ditutup hari ini manakala pekarangan premis itu juga kelihatan lengang.

Yang tertera di pintu masuk pejabat tersebut hanyalah sekeping notis yang memaklumkan bahawa perniagaan ditutup sempena Aidilfitri bermula 10 September dan akan dibuka semula seperti biasa pada 15 September.

Sosilawati, 47, yang memperkenalkan produk kosmetik jenama Nouvelle Visages sejak 12 tahun kini mempunyai 300 cawangan di seluruh negara dan di sekitar Asia Tenggara termasuk Indonesia dan Brunei.

Beliau bersama tiga lelaki iaitu pembantu peribadinya, Kamaruddin Shamsudin, 44: pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting, Selangor untuk urusan pembelian tanah.

Misteri kehilangan mereka akhirnya terungkai semalam setelah polis Berjaya menahan lapan suspek yang disyaki terlibat dalam pembunuhan yang disifatkan sebagai kejam apabila kesemua mangsa ditahan, dipukul sehingga mati, dibakar dan abu mayat dibuang ke dalam sebuah sungai di Kampung Kanchong Laut, Banting.

Sementara itu, suasana di bank CIMB di Kampung Baru di sini, iaitu di mana Noorhisham Mohammad, salah seorang rakan Sosilawati yang menemui ajal bekerja, pula kelihatan seperti biasa sejak dibuka pukul 8.30 pagi.

Seorang kakitangan bank berkenaan yang ditemui Bernama berkata, pemergian Noorhisham tetap meninggalkan kesan yang mendalam kepada rakan setugas.

Katanya pemergian Noorhisham merupakan satu kehilangan besar kepada bank tersebut kerana beliau merupakan seorang pekerja yang sangat berdedikasi dan komited terhadap pekerjaannya.

“Saya percaya jika rakan setugas anda ''pergi'' pun mungkin perasaan sama akan dirasai," katanya. — Bernama


Tengku Faris Dimasyurkan Sultan Kelantan Yang Baru

Tengku Faris dimasyhurkan Sultan Kelantan baru

Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru berkuat kuasa hari ini.

Pengisytiharan pemasyhuran itu diumumkan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Balai Rong Seri Istana Balai Besar di sini pada pukul 12.30 tengah hari ini.

“Maka dengan ini diisytiharkan mengikut perkara 29 A Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan melantik dan mengesahkan Pemangku Raja Kelantan menaiki takhta menggantikan ayahanda baginda berkuat kuasa hari ini,” katanya.

Sementara itu, tiada Persidangan Dewan Undangan Khas Negeri Kelantan diadakan hari ini yang dipercayai berkaitan dengan pemasyhuran Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan.

Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Halim Hamad ketika dihubungi berkata, majlis yang diadakan di Kota Darulnaim, pejabat pentadbiran negeri hari ini adalah majlis jamuan raya dan bukannya sidang dewan.

Dalam pada itu, kesemua wartawan tidak dibenarkan masuk untuk membuat liputan di Kota Darulnaim kerana mempercayai adanya sidang dewan khas bermula pada 10 pagi.

Wartawan-wartawan hanya dibenarkan menunggu di balai pengawal pada pintu masuk Kota Darulnaim.

Mereka ditunjukkan sekeping surat oleh pengawal dari Unit Protokol Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan yang tidak membenarkan sebarang liputan dibuat.

Sebelum ini, dilaporkan bahawa Pemangku Raja Kelantan akan dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan hari ini setelah lebih setahun menjadi Pemangku Raja. – Bernama


Pakar: Istiadat pemasyhuran Sultan Kelantan bukan rampasan kuasa
Prof Aziz Bari

KUALA LUMPUR, 13 Sept — Istiadat pemasyhuran Sultan Kelantan yang baru hari ini tidak harus dianggap sebagai satu rampasan kuasa, sebaliknya akan menamatkan ketidaktentuan di negeri itu yang berlarutan sejak lebih setahun, kata pakar perundangan Prof A. Aziz Bari.

“Tidak timbul soal rampas kuasa atau menjejaskan konsep raja berperlembagaan kerana apa yang dilakukan jelas mengikut peruntukan dan falsafah di sebaliknya.

“Saya fikir ia patut dilakukan sejak awal lagi,” kata beliau dalam ulasannya hari ini.

Sementara istiadat itu diadakan peguam Sultan Kelantan semalam memaklumkan bahawa dua petisyen telah difailkan di Mahkamah Persekutuan semalam, dipercayai bersangkut paut dengan pelantikan sultan yang baru menggantikan Tuanku Ismail Petra Sultan Yahya Petra yang gering sejak awal tahun lalu.

Ahli akademik dari Universiti Islam Antarabangsa ini berkata, “perlu diingat bahawa letak jawatan dan dipecat adalah biasa dalam sistem beraja.”

“Ini pernah berlaku di Malaysia ketika zaman British selepas Perang Dunia Kedua yakni di Selangor, Perlis dan Terenggganu. Begitu juga di Brunei dan United Kingdom,” kata beliau lagi.

Kekanda Sultan Kelantan Tengku Merjan Sultan Yahya Petra berkata pemasyhuran Pemangku Raja Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan pagi ini — sekitar 11.30 pagi ini — boleh disifatkan sebagai cubaan rampasan kuasa.

Tengku Merjan berkata ini kerana Perlembagaan negeri menyatakan pemerintah Kelantan hanya boleh digantikan dengan tiga cara sahaja iaitu sultan mangkat, menghilangkan diri dari Kelantan tanpa alasan kukuh lebih daripada setahun ataupun sultan turun dari takhta.

Katanya, sebarang tindakan menyingkirkan Tuanku Ismail Petra sebagai Sultan Kelantan di luar daripada cara yang ditetapkan oleh Perlembagaan negeri adalah satu kudeta dan boleh dikategorikan sebagai penderhakaan di bawah Kanun Keseksaan.

“Esok (hari ini) bakal menjadi hari yang sedih kepada sistem pemerintahan beraja di Malaysia sekiranya konspirasi tersebut berjaya menyingkirkan baginda,” kata beliau.

Aziz berpendapat suasana tidak menentu ekoran kegeringan Sultan perlu ditamatkan dan apa yang akan dilakukan pagi ini dengan memasyhurkan, yakni melantik Pemangku Raja sebagai sultan baru tepat.

“Yakni dalam konteks perlembagaan dan juga kestabilan negeri Kelantan. Ia juga penting dalam menjaga nama baik konsep raja berperlembagaan supaya imej berebut takhta dan berkelahi sesama adik-beradik dapat dihentikan,” kata Aziz.

Pakar perundangan ini berpendapat, langkah yang diambil Majlis Perajaan Negeri adalah penting supaya proses pentadbiran oleh kerajaan negeri tidak terjejas.

“Sultan memainkan peranan penting dalam proses ini,” kata beliau.

Aziz juga berpendapat bahawa istiadat pemasyhuran pagi ini dibuat berdasarkan peruntukan yang baru digazetkan.

“Pada saya ini setakat menjelaskan; tanpa peruntukan ini pun Majlis Perajaan Negeri yang mempunyai kuasa dan peranan penting dalam melantik dan memecat sultan boleh melantik sultan yang baru,” katanya.

Aziz menambah, sebagaimana Majlis Raja-Raja dalam konteks Yang di-Pertuan Agong, Majlis Perajaan Negeri Kelantan adalah kuasa tertinggi yang perlu bertindak dalam keadaan-keadaan yang genting.

Sehubungan itu kata beliau, keputusan dan tindakan Majlis Perajaan Negeri tidak boleh dipersoalkan di mahkamah.

“Ini telah diakui oleh mahkamah sendiri dalam banyak kes. Kes-kes yang lalu, contohnya, yang melibatkan cabaran ke atas Yang di-Pertuan Agong (1987) dan Sultan Terengganu (1996) dan terbaru di Kelantan (2009) jelas menunjukkan keengganan mahkamah untuk menyemak dan campur tangan dalam pertikaian takhta,” katanya.

Malah menurut Aziz, sebagai ketua agama Islam jawatan sultan perlu dilihat dalam konteks Islam.

“Kesihatan sultan jelas tidak memenuhi syarat untuk baginda terus kekal sebagai sultan yang merupakan ganti khalifah. Amirul mukminin perlu sihat tubuh badan dan Sultan Ismail jelas tidak memenuhi syarat itu.

“Dan, dengan wujudnya beberapa orang waris, Tengku Faris sebagai yang terkanan, ganti sultan perlu dilantik.

“Tidak timbul soal rampas kuasa atau menjejas konsep raja berperlembagaan kerana apa yang dilakukan jelas mengikut peruntukan dan falsafah di sebaliknya,” katanya lagi.

Majlis Perajaan Negeri mengadakan majlis pemasyhuran Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan pagi ini menggunakan undang-undang yang baru yang diwartakan Julai lalu.

Langkah itu dilihat bakal mencetuskan satu lagi krisis perlembagaan negeri itu.

Istana Kelantan berada dalam krisis selepas Tuanku Ismail Petra gering sejak awal tahun lalu.

The Malaysian Insider difahamkan istiadat itu akan diadakan mengikut Perkasa 23A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua), yang diwartakan 22 Julai lalu.

Sultan Kelantan gering sejak Mei 2009, menyebabkan Majlis Perajaan Negeri menamakan Tengku Muhammad Faris Petra, putera berusia 35 tahun, sebagai pemangku raja tahun lalu.

Istiadat pemasyhuran akan berlangsung di Balairong Seri Istana Balai Besar pada pukul 11.30 pagi.

“Majlis Perajaan Negeri akan meneliti laporan-laporan perubatan dan juga laporan pemerhatian beberapa imam bahawa Sultan sudah tidak boleh menjalankan tugas sebagai seorang raja,” kata satu sumber Istana Kelantan kepada The Malaysian Insider dengan merujuk kepada undang-undang baru.

Perkara 23A yang akan digunakan dalam istiadat ini berbunyi “Kelucutan Takhta Kerajaan kerana kecacatan yang besar dan berat.”

“Jika sekiranya setelah disiasat dengan sepenuhnya dan secukupnya, Majlis Perajaan Negeri berpendapat bahawa Raja ada mempunyai apa-apa kecacatan yang besar dan berat yang menyalahi sifat-sifat Raja, yang tidak dibenarkan oleh Hukum Syarak untuk menjadi Raja, maka seorang pengganti hendaklah dipilih dan dilantik oleh Majlis Perajaan Negeri untuk menjadi Raja mengikut syarat-syarat di bawah Bahagian ini.”

Difahamkan, kemasukan Perkara 23A ke dalam Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua) ini pula adalah dibuat berdasarkan kepada Perkara 3(2) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua).

Perkara 3(2) pula meyentuh syarat-syarat iaitu:

- (a) naik takhta kerajaan dan pangkat kebesaran adat istiadat Melayu;

- (b) pelantikan dan sifat seseorang bakal atau bakal-bakal raja kepada kakhta kerajaan, Raja Perempuan atau Pemangku Raja ataupun ahli-ahli Majlis Pangkuan Raja bagi Negeri;

- (c) pembuangan, menarik balik atau menurunkan daripada takhta Raja itu atau bakal raja ataupun bakal-bakal rajanya;

- (d) pelantikan dan sifat ketua-ketua pemerintah ataupun pangkat kebesaran adat istiadat Melayu yang serupa itu dan ahli-ahli Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu, Majlis Penasihat Raja ataupun badan-badan yang serupa itu; dan

- (e) penubuhan, aturan, pengesahan dan pelucutan pangkat-pangkat, gelaran, kehormatan, kebesaran adat istiadat Melayu dan pekurniaan serta sifat pemegang-pemegangnya dan kawalan bagi istana, balai-balai penghadapan dan istana-istana raja,

bolehlah dipinda oleh Yang Maha Mulia dengan Perwawai yang dikeluarkan dengan persertaan dan persetujuan Majlis Penasihat Raja, tetapi tidaklah boleh dipinda dengan mana-mana jalan yang lain.”

Selain itu, maklumat yang diperoleh juga menyebut, selaras dengan perasaan kasih sayang yang mendalam Pemangku Raja Kelantan kepada ayahanda dan bonda, baginda telah memutuskan bahawa taraf dan kedudukan mereka setelah pemasyhuran kekal terpelihara melalui satu lagi peruntukan yang telah turut dimasukkan ke dalam Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan. -TMI


Mahathir, Si Tikus Derhaka Yang Dah Lama Hancurkan Melayu

Mahathir Sesal Tak Sudah Hancurkan Masa Depan Melayu

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kini dihantui mimpi ngeri atas dosa lampaunya kerana melakukan banyak kesilapan besar membohongi rakyat terutama berkaitan dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang membabitkan orang Melayu selama 22 tahun mentadbir negara.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata Dr Mahathir kini seolah-olah diselubungi rasa amat bersalah sehingga menyebabkan beliau ketakutan disebabkan formula Model Ekonomi Baru (MEB) yang di bawa dan diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilihat lebih buruk berbanding DEB semasa zamannya.

Ini kerana MEB berlandaskan acuan untuk membangunkan Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi melalui pendekatan lebih inklusif berdasarkan meritokrasi tetapi pada masa yang sama meminggirkan kepentingan golongan Bumiputera.

"Mahathir pada jangkaannya mengharapkan dasar MEB yang diperkenalkan Najib adalah dasar yang lebih baik dan dapat memulihkan semula kegagalan yang telah beliau lakukan kepada golongan Bumiputera semasa era pentadbirannya dahulu.

"Sebaliknya apa yang berlaku, MEB tidak langsung menyentuh mengenai kepentingan mahupun cara untuk melindungi kaum Bumiputera. Sebab itu kita melihat Mahathir sering memberikan kritikan terhadap Najib sehingga dalam masa sama menampakkan beliau sebenarnya sedang menghalang Najib daripada meneruskan agenda pelaksanaan Model Ekonomi Baru di negara ini," katanya Azankepada Suara Keadilan.

Beliau mengulas berhubung kritikan Dr Mahathir dalam blognya 24 Ogos lalu yang menghentam dasar meritokrasi dan menganggap mereka yang menyokongnya sebagai keliru.

"Mahathir yang kita kenali amat pintar dalam strategi politik dan bijak memainkan emosi manusia dalam isu seumpama ini.

"Beliau mempunyai mesej tertentu untuk dirinya menebus dosa dan membersihkan tangannya daripada kekotoran yang dilakukannya kepada orang Melayu selama 22 tahun pemerintahannya

"Orang Melayu telah tercicir, lumpuh dan mundur hampir dalam semua sektor kehidupan, sosio-ekonomi, sosial, bahasa Melayu, pendidikan bahkan agama Islam," tegas Azan lagi.

Kesan dasar Perdana Menteri keempat itu menurut Azan telah memangsakan majoriti orang Melayu dan Bumiputera kecuali segelintir golongan atasan, kroni dan elit Umno yang mengaut kekayaan secara rakus.

Paling parah kata beliau ialah orang Melayu yang tinggal di luar bandar dan kawasan setinggan dalam bandar termasuk juga orang bukan Melayu yang berada dalam kelompok yang sama.

Jelas Azan lagi, DEB yang bermula pada 1970 sehingga 1990 sepatutnya telah berjaya meningkatkan ekuiti ekonomi orang Melayu kepada 30 peratus sebagaimana sasaran tetapi dalam tempoh 22 tahun Dr Mahahtir menerajui negara yang mampu dicapai hanya 19 peratus sahaja.

Sehubungan itu, Azan meramalkan sekiranya Najib masih mahu melaksanakan MEB, besar kemungkinan Dr Mahathir akan membongkarkan satu rahsia besar yang telah disembunyikannya selama lebih dua dekad berkaitan DEB dalam masa terdekat.

"Apabila Mahathir menyembunyikan sesuatu fakta, bermakna dia membohongi rakyat Malaysia selama lebih 22 tahun malah mungkin 30 tahun.

"Antara igauan ngerinya, Mahathir sama sekali tidak boleh melupakan tentang dasar Pandang Ke Timur yang berkait dengan Jepun dan Taiwan.

"Sekarang Jepun sedang membongkarkan satu-persatu berhubung usahasama negara itu dengan Mahathir dahulu yang menyebabkan negara itu gagal dan dilanda masalah ekonomi dan akhirnya rakyat menolak kerajaan waktu itu (Parti Liberal Demokrasi) dan menukar pemimpin mereka.

Azan berkata akibat budaya rasuah, nepotisme dan kronisme yang dibenarkan berleluasa di bawah pentadbirannya Dr Mahathir kini terpaksa melalui kehidupannya sekarang dengan penuh penyesalan.

"Oleh sebab itu, Mahathir tidak sanggup dirinya disumpah oleh rakyat Malaysia untuk kali kedua. Cukuplah berpuluh tahun dia menipu rakyat. Dia juga tidak mahu pisang berbuah dua kali di bawah pentadbiran Najib," ulas beliau.

Beliau kini dilihat menyokong kuat kumpulan ekstremis Melayu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang menyebabkan sokongan terhadap Umno-Barisan Nasional dikalangan pengundi bukan Melayu semakin merosot. -SK


Mahathir: Si tikus derhaka yang kononnya membela raja

Dewan Merdeka PWTC tempat berlangsungnya perhimpunan agung Umno itu tiba-tiba menjadi senyap sunyi. Masing-masing perwakilan yang sebelumnya bersorak-sorai apabila Raja-raja Melayu dihina dan dipermain-mainkan sepanjang tiga hari perhimpunan itu berlangsung mula berasa seram sejuk.

Sepanjang tiga hari, perhimpunan Agung Umno tahun itu berubah menjadi 'sidang penderhakaan' terbesar Melayu terhadap Raja-rajanya. Tidak cukup dengan kata-kata nista dan cemuhan yang dilemparkan terhadap Raja-raja Melayu, media massa pro-Umno juga turut menyiarkan ucapan-ucapan perwakilan dan pemimpin Umno yang mengecam dan mempersendakan Raja-raja.

Matlamatnya satu, mahu perlembagaan dipinda bagi membataskan kuasa dan menghapuskan imuniti Raja-raja Melayu.

Dato' Zainal Abidin Sakom, wakil Umno Selangor yang juga Setiausaha Politik Menteri Besar waktu itu menjadi wira dalam perhimpunan itu. Beliau tanpa segan silu dan tidak beradab menyerang peribadi Sultan Selangor. Zainal turut menyerahkan senarai salah laku Sultan Selangor kepada Dr Mahathir untuk didedahkan kepada rakyat.

Penderhakaan terbuka Zainal menaikkan semangat para perwakilan Umno. Satu demi satu aib Raja-raja Melayu didedahkan dan keaiban-keaiban ini disiarkan oleh media elektronik pro-Umno secara langsung dan media cetak pro-BN keesokan harinya.

Bagaimanapun cerita tikus dan kucing oleh perwakilan Umno Pulau Pinang itu tiba-tiba mengecutkan perut para perwakilan yang sebelum itu begitu biadap dan celupar menghina istana.

Tiada seorang pun perwakilan Umno yang berani menyahut cabaran perwakilan Umno itu sehinggalah ucapan penangguhan Presiden.

Dan ketika memberikan ucapan penangguhannya Presiden Umno, Dr Mahathir Mohamad (Dato' Seri) dengan beraninya berkata: "Ada perwakilan yang bertanya siapa tikus yang berani menggantung loceng di leher kucing... Jawapannya kamilah... Kami yang berada di atas pentas ini (Ahli Majlis Tertinggi Umno)."

Maka bersorak-sorai para perwakilan Umno meraikan keberanian Dr Mahathir itu. Hasilnya satu Resolusi 4 Perkara telah diluluskan Perhimpunan Agung Umno untuk mengurangkan kuasa Raja-raja Melayu. -ahmadtajdid


Daftar Pemilih Baru, PAS Dan PKR Ketinggalan

Parti Politik Bersaing Daftar Pemilih Baru

PUTRAJAYA: Parti-parti politik bersaing dalam pendaftaran pemilih baru, dengan lebih separuh daripada 301,653 pemilih baru didaftarkan melalui saluran parti sejak awal tahun hingga Jun lepas.

Sebanyak 56 peratus atau sejumlah 169,850 pemilih baru didaftar oleh penolong pendaftar daripada kalangan wakil parti politik, kata Pengerusi Jawatankuasa Panel Pendaftaran dan Penyediaan Daftar Pemilih, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Zainal Abidin Mat Said.

Daripada jumlah itu, DAP mencatat pendaftaran pemilih paling tinggi iaitu 55,321 orang, diikuti oleh Umno dengan 54,872 pemilih didaftar manakala Pas dan PKR masing-masing mendaftar 38,618 dan 13,098 pemilih.

Katanya, penolong pendaftar daripada wakil parti politik dibayar RM1 bagi setiap pendaftaran.

Zainal Abidin berkata, selain melalui saluran parti politik, Pendaftaran Pemilih Luar Pejabat dan Program Outreach yang dijalankan oleh SPR berjaya mendaftar 72,434 pemilih baru dan 24,663 penukaran alamat bagi tempoh yang sama.

Pada masa yang sama, kaunter Pejabat Pos turut menjadi pilihan orang ramai mendaftar sebagai pemilih apabila ia mencatatkan 37,142 pendaftaran baru dan 11,903 penukaran alamat.

Zainal Abidin berkata, sejumlah 345,261 pendaftaran pemilih dicatat dari Jan hingga Jun lalu, dengan 301,653 pemilih baru dan 43,608 penukaran alamat.

Daripada jumlah itu, Johor merupakan negeri yang mencatat pendaftaran paling tinggi iaitu 56,663 orang, diikuti Selangor (46,764 orang) dan Pulau Pinang (36,841 orang). - BERNAMA

Ulasan GB

Halo PAS dan PKR, apa sudah jadi?

Daripada jumlah 301,653 pemilih baru:
DAP : 55,321
UMNO: 54,872
PAS : 37,142
PKR : 13,098

Tidak dilaporkan jumlah yang didaftarkan oleh MCA dan MIC, atau SPR terlupa di dalam "grand designnya"?

Daripada jumlah tersebut juga diberitahukan bahawa,
Johor: 56,663
Selangor : 46,764
Pulau Pinang : 36,841

Meskipun tiada angka pecahan parti-parti untuk negeri-negeri berkenaan, namun menilik angka-angka tersebut, ia seperti satu perencanaan UMNO BN untuk mempertahankan Johor, merampas Selangor dan Pulau Pinang dari Pakatan Rakyat.

PAS dan PKR tidak boleh leka. Mesti ada arahan dari Presiden parti untuk mempastikan gerakan daftar pemilih baru parti masing-masing dipergiatkan.

Saidina Ali berpesan: "Kebenaran yang tidak tersusun akan dikalahkan oleh kebatilan yang tersusun."

Berlaku Transaksi Jutaan Ringgit Dari Akaun Mangsa Ke Akaun Suspek

Kes bunuh Sosilawati: Transaksi jutaan ringgit

Berlaku transaksi bernilai jutaan ringgit daripada akaun Datuk Sosilawati dengan seorang suspek yang ditahan berikutan kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik terbabit dan tiga lagi individu.

Sumber polis berkata, polis tidak menolak kemungkinan berlaku kes peras ugut berikutan penemuan bukti transaksi wang ke dalam akaun bank milik suspek yang ditahan polis berkenaan sepanjang tempoh kehilangan Sosilawati bersama tiga yang lain.

“Susulan penemuan wang terbabit, semua aset dan wang milik suspek utama terbabit akan dibekukan. Polis akan menggunakan Akta Anti Pengubahan Wang Haram 2001 (AMLA) dalam usaha mengesan daripada mana sumber wang terbabit diperoleh,” katanya.

Menurutnya, polis mendapati dalang utama berstatus Datuk terbabit mempunyai kekayaan melampau.

Berdasarkan maklumat, peguam terbabit sebelum ini dipercayai pernah beberapa kali berurusan dengan Sosilawati, 47, berhubung urusan jual beli hartanah termasuk terbaru membabitkan tanah di Pulau Pinang.

Difahamkan, tanah berkenaan sebelum ini dibeli Sosilawati dengan anggaran RM25 juta sebelum mahu dijual RM200 juta berikutan harga pasaran semasa yang meningkat.

“Ada kemungkinan faktor itu menyebabkan suspek ‘gelap mata’ dan merancang untuk menyapu semua wang terbabit dengan membunuh mangsa bersama tiga yang lain,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman, yang ditemui berkata, polis menemui sejumlah wang dalam jumlah amat ‘besar’ di dalam akaun milik suspek utama berkenaan.

Beliau yang ditemui di Banting, semalam, berkata, berdasarkan siasatan berlaku pemindahan wang ke dalam akaun bank milik suspek dan siasatan masih dijalankan bagi memastikan dari mana sumber wang itu diperoleh.

“Polis akan siasat secara rapi adakah wang terbabit diperoleh secara haram atau melalui pemerasan jenayah terhadap ramai mangsa lain sebelum ini,” katanya.

Selain itu, maklumat polis turut mendakwa Sosilawati berkemungkinan ditahan dan dibunuh suspek utama yang berang selepas mangsa enggan membawa wang tunai seperti dijanjikan pada 30 Ogos lalu.

Wang yang sepatutnya dibawa seperti dipersetujui antara kedua-dua belah pihak turut menjadi punca semua mangsa ditahan sebelum dibawa ke ladang maut terbabit.

Berdasarkan maklumat diperoleh, suspek dianggap popular di kalangan penduduk sekitar Banting di sini, selain turut dikenali polis berikutan pejabat guamannya yang terletak tidak jauh dari Balai Polis Banting.

“Bagaimanapun, polis sedang menyiasat kemungkinan suspek turut terbabit dengan aktiviti gangterism selain menggunakan kaedah bakar mayat untuk menghilangkan bukti,” katanya. -hmetro

Najib Dalam Dilemma. Akan Dipaksa Letak Jawatan??

Amaran Mahathir: Umno akan kalah teruk jika abai Perkasa

SERI KEMBANGAN, 12 Sept — Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi sokongan kepada Perkasa hari ini dengan memberi amaran, Umno boleh kalah teruk dalam pilihan raya umum ke-13 jika parti dominan Barisan Nasional itu memutuskan untuk menyisihkan pertubuhan hak Melayu tersebut.

“Mereka (Umno) sudah pun berpecah, dan langkah menjauhkan diri daripada Perkasa akan menyebabkan Umno semakin berpecah,” kata bekas perdana menteri ini kepada pemberita ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri beliau sini hari ini.

Sehubungan itu kata Dr Mahathir, Umno tidak seharusnya menjauhkan diri daripada Perkasa kerana tindakan sedemikian hanya akan menyebabkan mereka kehilangan lebih banyak undi berbanding prestasi dua tahun lalu.

“Dalam pilihan raya umun lalu, jurang perbezaan undi sangat keci. Jika anda kehilangan sokongan, anda mungkin kalah teruk dalan pilihan raya (umum ke-13).

“Umno tidak kukuh. Kita tidak boleh mengetepikan sesiapa sebab dengan kita kehilangan 100 atau 200 orang, kita mungkin kalah di bahagian-bahagian tertentu,” kata beliau sambil menambah, pada pilihan raya umum lalu ahli-ahli Umno juga telah mengundi PAS.

Dengan menekankan prinsip asas hanya boleh bermusuhan dengan satu pihak bukannya dengan semua, Dr Mahathir berkata, Umno seharusnya menjalin hubungan rapat dengan sebanyak kumpulan yang boleh berbanding bertelagah sesama sendiri.

Ditanya sama ada Umno akan kerugian jika menjauhkan diri dari Perkasa, Dr Mahathir berkata: “Kita tidak mampu berbalah dengan ramai orang. Jika anda mahu bertengkar, bertengkarlah dengan seorang, bukan semua.”

Sementara itu, menyokong sentimen ayahnya, Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir berkata beliau tidak melihat sebarang keuntungan mengapa Umno memilih untuk menjauhkan diri daripada Perkasa di mana perjuangan kedua-dua pihak itu adalah sama iaitu memperjuangkan hak orang Melayu.

“Saya tidak nampak bagaimana saya harus tidak menyokong mereka. Saya bukan anggota Perkasa tetapi jika mereka mempelawa saya kepada majlis, saya akan pergi,” katanya pada majlis itu.

Kira-kira 10,000 pelawat dari pelbagai kaum dan kewarganegaan menghadiri majlis rumah terbuka itu.


13 parti komponen BN sokong jauhi PERKASA

Barisan Nasional (BN) dengan sokongan sebulat suara 13 parti komponennya terutama UMNO, membuat keputusan untuk menjauhi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), kerana dikhuatiri boleh menjejaskan kewibawaan dan keupayaan BN meraih sokongan pengundi pelbagai kaum.

Dalam keputusan pada mesyuarat bulanan BN bagi memperkukuhkan gagasan itu yang pertama kali diadakan di sini semalam, semua parti komponen turut mengalu-alukan tindakan UMNO mengambil langkah pertama menyatakan pendirian mahu menjauhkan diri daripada PERKASA.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, yang mempengerusikan mesyuarat itu, berkata UMNO tidak akan menyokong PERKASA atau Presidennya, Datuk Ibrahim Ali pada pilihan raya umum akan datang kerana tindakan itu berpotensi menghakis sokongan pengundi bukan Melayu terhadap BN.

"PERKASA sudah beberapa kali mengadu domba parti komponen BN hingga menjejaskan perpaduan BN, selain mencetuskan persoalan di kalangan rakyat mengenai pendirian kita.

"UMNO tidak mahu ada apa-apa hubungan dengan PERKASA seperti didakwa sesetengah pihak dan parti komponen BN lain yang selama ini bimbang dengan maklum balas akar umbi dan mereka menerima baik pendirian ini,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beberapa parti komponen BN secara terbuka membidas kepemimpinan PERKASA kerana tindakan mereka menjejaskan usaha kerajaan mencapai matlamat konsep 1Malaysia, walaupun Datuk Seri Najib Razak menegaskan hak orang Melayu akan sentiasa dilindungi dan terjamin. -BH


Ulasan GB

Najib dalam dilemma.

Isu Perkasa boleh pada bila-bila masa memaksa beliau turun dari kerusi PM.

Menyokong Perkasa bererti membunuh gagasan 1Malaysianya sendiri, malah akan menerima kritikan keras serta kehilangan undi dari rakan-rakan BN yang bukan-Melayu.

Menidakkan Perkasa bererti beliau perlu bersedia berhadapan dengan keris-keris telanjang UMNO yang konon memperjuang bangsa di dalam Perhimpunan UMNO nanti.

Samada menyokong atau menentang Perkasa, salah satu kumpulan akan mengugut Najib untuk turun dari kerusi PM. Lebih buruk dari nasib yang menimpa Pak Lah satu ketika dulu dimana Najib dikatakan secara halus telah memaksa Pak Lah meletak jawatan.

Giliran Najib pula akan tiba. Balasan yang diterima kerana merampas hak orang secara kotor, menggunakan wang dan istana merampas Perak dari PR.

Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan.

Siasat Siapa Orang Kenamaan Di Belakang Pembunuh

Terkejut juga GB apabila membaca entri Pak Bakaq tentang wujudnya pihak yang cuba mempolitikkan pembunuhan Sosilawati.

Beliau menyatakan terdapatnya SMS berbau perkauman yang beredar yang antara lain berbunyi:


(Frwd)Semua suspek kes bunuh dato sosilawati adalah india. Kenapa DAP dan PKR senyap. Dato *********** suspek adalah ahli bar council. bila melayu terlibat maka DAPDan PKR canang anti melayu mereka. Saya tidak dapat bayang kan jika yg mati tu nama ah San atau ku gan ha mi lan.. pasti berbeza menyalaknya puak2 cina DAP dan MCA serta DAP. Tak ada ke upacara membakar lilin oleh PkR dan Pas?


Yang jelas penghantar SMS itu tak lain dari kalangan UMNO totok. Kerana yang dihentamnya ialah DAP, PKR dan PAS.

Sungguh aneh. Kerana yang dihentam tak pula dimasukkan MIC dan MCA yang menjadi rakan karib UMNO.

Kedua, GB minta semua baca petikan dari akhbar kosmo ini:


‘Datuk’ berkenaan yang mempunyai ramai kenalan di kalangan orang kenamaan dipercayai berperanan sebagai broker dalam penjualan tanah bernilai RM4 juta di Pulau Pinang.

Satu sumber memberitahu, ahli perniagaan itu dipercayai mempunyai banyak petunjuk bagi membantu siasatan kes, termasuk mengesan lokasi keempat-empat mangsa disembunyikan.

“Dia dikatakan pernah terbabit dalam kegiatan penipuan jual beli tanah, dipercayai didalangi sindiket terancang. Malah, beberapa laporan polis pernah dibuat terhadapnya sebelum ini berkaitan urus niaga tanah.

“Difahamkan, ahli perniagaan terbabit mahir ‘menghilangkan’ pelanggannya,” kata satu sumber ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.

Jelasnya, sebelum ini dua pelanggan dilaporkan hilang selepas mengadakan urus niaga tanah dengannya dan sehingga kini masih belum ditemui, namun lelaki tersebut menafikan semua dakwaan itu.

Ujar beliau, maklumat turut menyatakan ahli perniagaan itu sering terlepas daripada tindakan undang-undang kerana mempunyai hubungan istimewa dengan orang kenamaan, selain mahir dalam bidang perundangan.


Tidakkah jelas di situ bahawa "Datuk" itu mempunyai hubungan istimewa dengan orang kenamaan? Orang kenamaan yang bagaimanakah boleh melindungi Datuk berkenaan jika bukan kenamaan dari kalangan mereka yang memegang kuasa di peringkat pusat/kementerian?

Kedua, beberapa hari selepas Tan Sri Musa diumumkan persaraannya, Musa Hassan telah mendedahkan mengenai kisah campurtangan mereka di Kementerian Dalam Negeri terhadap tugas polis.

Memetik kata-kata Pak Bakaq:

Ramai sangat orang kata Umno peralatkan polis. Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan sendiri kata "All kinds of people interfere. People from the ministry itself, outsiders and people with vested interest who want to do things that are not right" (lihat The Star 7/9/10 "IGP speaks out against third party interference" dan video di sini). Oleh kerana Musa menyebut kementerian, mana-mana kementerian pun tidak dikuasai oleh mana-mana menteri selain dari Umno dan BN.

Justeru itu, kini semakin terang mengenai kenyataan Musa itu bahawa ada pihak tertentu menghalangnya menjalankan tugas selaku KPN untuk bertindak (kes pembunuhan Sosilawati adalah kes terakhir Musa sebagai KPN) kerana "Datuk" itu mempunyai hubungan istimewa dengan orang kenamaan yang "berkemungkinannya" dari KDN yang dimaksudkan Musa itu.

Kini, rakyat bertanya: siapakan orang-orang kenamaan itu?

Ia perlu dicari dan didedahkan, ia perlu disegerakan penyelesaiannya. Apa hubungkaitnya dengan kes Sosilawati? Ada persen dari RM4 juta? Sebelum ini berapa yang sudah disodok?

Namun sistem kerajaan dibawah pemerintahan UMNO BN sentiasa melepaskan dan melindungi pihak-pihak sebegini kerana UMNO BN menguasai sistem kehakiman negara. Diletakkannya bekas penasihat UMNO sebagai Ketua Hakim Negara. Dijadikan peguam Negara sebagai kuda tunggangan untuk mempastikan hakim-hakim boleh dicucuk hidungnya. Jika tidak, pecat atau tukarkan hakim itu ke tempat lain.


Tubuh Suruhanjaya Diraja siasat dakwaan Musa

KUALA LUMPUR, 9 Sept: Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja hendaklah menggunakan apa sahaja peruntukan undang-undang bagi memastikan penubuhan suruhanjaya diraja menyiasat dakwaan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan tentang campur tangan pihak luar dalam tugas polis, kata Datuk Mahfuz Omar.

"Antara lain, Musa mendakwa wujudnya campur tangan pihak ketiga dalam usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengawal ketenteraman awam dan menahan mereka yang menyalahi undang-undang dan beliau menyebut mereka khususnya dari Kementerian Dalam Negeri.

"Ini menunjukkan ada pihak lain khususnya Kementerian Dalam Negeri yang mencabul institusi yang berpayung di bawah Raja-Raja Melayu.


"Sebab itulah saya menggesa Majlis Raja-Raja supaya berani menggunakan walau sekecil mana pun alasan dan laluan perundangan yang boleh mereka gunakan untuk memastikan penubuhan suruhanjaya diraja menyiasat dakwaan Musa itu," kata beliau.

Jika raja-raja Melayu tidak ada kuasa langsung untuk mempertahankan kewibawaan dan integriti institusi diraja, Mahfuz mempersoalkan siapakah yang merampas kuasa mereka.

"Siapa rampas kuasa raja-raja? Umno? Barisan Nasional (BN)?" Ahli Parlimen Pokok Sena itu mempersoalkan.

Beliau menjelaskan, oleh kerana kerajaan BN khususnya Kementerian Dalam Negeri yang dituduh campur tangan dalam tugas polis, beliau tidak nampak kerajaan BN bersedia menubuhkan suruhanjaya siasatan itu.


"Sebab itulah kita meminta Raja-Raja Melayu yang memastikan penubuhan suruhanjaya diraja menyiasat dakwaan Musa itu," katanya.

Beliau berkata, suruhanjaya siasatan itu amat penting untuk membolehkan Musa memberikan keterangan dengan bebas bagi menyatakan apakah bentuk campur tangan yang berlaku, siapa yang memberi arahan, arahan apa yang diberikan dan juga menyatakan secara spesifik kes yang beliau maksudkan.

Bagi Mahfuz, apa yang dibangkitkan oleh Musa itu amat serius kerana sejak Mac lalu Ketua Polis Negara yang akan bersara itu telah berkali-kali menyatakan rasa tidak puas hatinya terhadap campur tangan luar dalam urusan polis.

"Sebab itulah suruhanjaya yang telus dan bebas amat diperlukan supaya rakyat tahu kepentingan peribadi siapa dan kepentingan politik pihak mana yang menyebabkan campur tangan itu berlaku," katanya. -harakahdaily


Apa yang hendak diharapkan di bawah pemerintahan Najib. Najib sendiri telah memulakan satu precedent yang jahat sebelum beliau memegang jawatan Perdana Menteri iaitu merampas negeri Perak secara hina menggunakan wang dan istana. Seorang pembaca blog GB menulis di karpet hijau:


mana yang batil ia akan timbul dengan sendirinya sbb yang hak (benar) akan mengatasi yang batil.. zalim pd org lain kelak yang zalim tu akan rasa juga (merasai) dizalimi..


Najib and UMNO, you'll fall, the most terrible way.
What goes around,comes around. What you give, you get back.

Tengku Muhammad Faris Petra Dimasyhurkan Sebagai Sultan Kelantan Pada Hari Ini

Tengku Muhammad Faris Petra akan dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru pada hari Isnin 13 September 2010

Kelantan Insider:

1. Dengan izin Allah, Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra, dijangka akan dimasyhurkan (tetapi bukan ditabalkan) sebagai Sultan Kelantan yang baru pada hari Isnin 13 September 2010 Masihi bersamaan dengan 4 Syawal 1431 Hijrah.

2. Pemasyhuran ini adalah dibuat berdasarkan kepada peruntukan Perkara 23A yang telah dimasukkan ke dalam Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua) melalui Warta Kerajaan Kelantan bertarikh 22 Julai 2010.

3. Perkara 23A ini berbunyi:
“Kelucutan Takhta Kerajaan kerana kecacatan yang besar dan berat
23A. Jika sekiranya setelah disiasat dengan sepenuhnya dan secukupnya, Majlis Perajaan Negeri berpendapat bahawa Raja ada mempunyai apa-apa kecacatan yang besar dan berat yang menyalahi sifat-sifat Raja, yang tidak dibenarkan oleh Hukum Syarak untuk menjadi Raja, maka seorang Pengganti hendaklah dipilih dan dilantik oleh Majlis Perajaan Negeri untuk menjadi Raja mengikut syarat-syarat di bawah Bahagian ini.”

4. Kemasukan Perkara 23A ke dalam Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua) ini pula adalah dibuat berdasarkan kepada Perkara 3(2) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua)

5. Perkara 3(2) ini berbunyi:
“Syarat-syarat mengenai -
(a) naik Takhta Kerajaan dan pangkat kebesaran adat istiadat Melayu;
(b) pelantikan dan sifat seseorang bakal atau bakal-bakal Raja kepada Takhta Kerajaan, Raja Perempuan atau Pemangku Raja ataupun ahli-ahli Majlis Pangkuan Raja bagi Negeri;
(c) pembuangan, menarik balik atau menurunkan daripada Takhta Raja itu atau bakal Raja ataupun bakal-bakal Rajanya;
(d) pelantikan dan sifat Ketua-Ketua Pemerintah ataupun pangkat kebesaran adat istiadat Melayu yang serupa itu dan ahli-ahli Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu, Majlis Penasihat Raja ataupun badan-badan yang serupa itu; dan
(e) penubuhan, aturan, pengesahan dan pelucutan pangkat-pangkat, gelaran, kehormatan, kebesaran adat istiadat Melayu dan pekurniaan serta sifat pemegang-pemegangnya dan kawalan bagi istana, balai-balai penghadapan dan istana-istana raja,
bolehlah dipinda oleh Yang Maha Mulia dengan Perwawai yang dikeluarkan dengan persertaan dan persetujuan Majlis Penasihat Raja, tetapi tidaklah boleh dipinda dengan mana-mana jalan yang lain.”

6. Selaras dengan perasaan kasih sayang yang mendalam Pemangku Raja Kelantan kepada ayahanda dan bonda Baginda, Baginda telah memastikan bahawa taraf dan kedudukan mereka setelah pemasyhuran Baginda kekal terpelihara melalui satu lagi peruntukan yang telah turut dimasukkan ke dalam Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua).

7. Perincian mengenai kesemua perkara ini dijangka akan dijelaskan oleh Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Dato’ Mohd Aiseri Alias, di dalam satu sidang media yang dijangka akan diadakan di Istana Negeri, Kubang Kerian, pada jam 2 petang hari yang sama.

8. Sukacita ditegaskan bahawa Menteri Besar Kelantan, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, memang bercakap benar apabila menyatakan bahawa beliau belum menerima surat jemputan rasmi untuk menghadiri upacara ini sewaktu beliau berkata demikian.

9. Ketidakselesaan kami ke atas tindakan sebuah akhbar tempatan mendedahkan, di samping ketidaksediaan kami mengumumkan, perkara ini lebih awal adalah disebabkan kesedaran kami mengenai wujudnya cubaan untuk menggagalkan upacara ini.

10. We hereby would also like to take this opportunity to reply to lawyer Rashid Zulkifli’s assertion, as reported in today’s Malaysiakini, that he will challenge the legality of this proclamation on the ground that the Regent, by virtue of the Regent being only the Regent instead of the Sultan, does not have the power to make these constitutional amendments.

11. Our simple answer to lawyer Rashid Zulkifli is: Please kindly take the trouble to read, if you had not, or reread, if you had, the ruling made by the High Court judge, Justice Mohamad Ariff Md Yusof, on 29 January 2010, with regard to this matter.

12. For the benefit of everyone, here is what the learned judge said:
(i) “the definition of the term “His Royal Highness” under the Kelantan Constitution would refer to the Regent in cases when the Sultan is incapacitated from attending to the affairs of the state”.
(ii) “there is no limitation imposed to the Regent to exercise his power and functions during the period”.

Di sini disertakan laporan akhbar mengenai keputusan Hakim Mohamad Ariff Md Yusof yang disebutkan. Disebabkan kami perlu memenuhi janji kami tetapi dalam masa yang sama kami menghadapi masalah untuk meng"upload" dokumen-dokumen rasmi kerajaan yang berkaitan, maka dokumen-dokumen ini akan dimuatkan di dalam Posting 33 yang akan disiarkan di dalam blog ini sebaik sahaja proses peng"uploadan"nya diselesaikan.

ALLAHU AKBAR!


Lihat dokumen di sini

Datuk Inikah Yang Akan Hadapi Hukuman Gantung Sampai Mati

Sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati. Itu jelas. Rakyat terus mencari-cari identiti "Datuk" yang ditahan polis. Polis tidak boleh sekat dan tidak boleh marah. Keinginan untuk mengetahui siapa Datuk itu semakin tinggi selagi polis tidak mendedahkan identitinya dengan mengheret suspek ke mahkamah.

Inikah Datuk yang disyaki Membunuh Sosilawati?

Ini adalah gambar-gambar suspek yang ditahan oleh pihak polis berikutan kes pembunuhan Dato Sosilawati..


Perhatikan lelaki yang berpakaian warna oren..

Perhatikan juga wajah lelaki yang ditengah-tengah ini..


Berdasarkan laporan oleh The Malaysian Insider di SINI seorang peguam berusia 41 tahun yang dikenali ramai di kawasan ini dan bergelar “Datuk”, telah ditahan bersama adik lelakinya, dua wanita serta empat yang lain, termasuk pekerja ladang mereka telah ditahan berikutan kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi.

Peguam berkenaan, yang dipercayai pernah digantung amalan guaman selama setahun pada 2007, dikenali sebagai broker tanah di kalangan penduduk setempat dan dipercayai mengendalikan beberapa urus niaga bernilai jutaan ringgit bagi pihak Sosilawati.

Cuba baca Notis yang dikeluarkan oleh Bar Council dibawah yang dikeluarkan pada 31 Mac 2007..

DALAM PERKARA AKTA UNDANG-UNDANG PROFESYEN 1976

PER : EN. PATHMANABHAN A/L NALLIANNEN (NO K/P : 690211-10-5525)
EN. SURENDREN A/L NALLIANNEN (NO K/P: 720801-10-5773)
EN. UMAR BAKI BIN ABDUL MAJID (NO K/P : 480805-08-5765)

NOTIS ADALAH DIBERIKAN bahawa Lembaga Tatatertib Peguam-Peguam telah menjatuhkan perintah-perintah disiplin terhadap peguambela dan peguamcara yang dinamakan di bawah, berkuatkuasa 21 hari dari tarikh perintah-perintah tersebut.

Digantung dari amalan guaman selama satu (1) tahun menurut perintah bertarikh 9 Mac 2007 dan akan tamat pada 30 Mac 2008

En. Pathmanabhan a/l Nalliannen
En. Surendren a/l Nalliannen

Beramal di :
Tetuan Pathma Nalli & Partners
No. 198, Jalan Sultan Abdul Samad
42700 Banting
Selangor

Dibatal dari daftarai Peguambela dan Peguamcara menurut perintah bertarikh 9 Mac 2007

En Umar Baki Bin Abdul Majid

Dahulunya beramal di:
Tetuan Umar Baki & Co.
No. 3348, Tingkat 1
Jalan 18/32, Taman Sri Serdang
43300 Seri Kembangan
Selangor

Oleh yang demikian, mereka tidak layak untuk menjalankan amalan guaman mereka dan pihak Mahkamah, ahli-ahli Majlis Peguam dan pihak awam dinasihat mengambil perhatian tentang perkara ini.

Bertarikh : 31 Mac 2007

Lim Chee Wee
Setiausaha
Majlis Peguam

Sumber dari SINI


Ini pula berita yang mengaitkan ladang berkenaan dengan seorang penguam yang bergelar Datuk..
Kes Sosilawati: Polis Berkampung Di Lokasi Sejak 2 Minggu Lalu

KUALA LANGAT: Sudah dua minggu ramai polis dilihat di sekitar Ladang Gadong, Tanjong Sepat di sini bagi melakukan siasatan.

Keadaan itu disedari penduduk sekitar sehingga menimbulkan pelbagai persoalan dan andaian.

Bagaimanapun ia terungkai ekoran penemuan empat mayat yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47 bersama tiga individu lain.

Ketua MIC Cawangan Taman Gadong, M. Mohan, 53, berkata, beliau mendapat tahu berita tersebut apabila pihak polis mula mengawal pergerakan keluar masuk di simpang ke ladang terbabit pada Sabtu.

"Ketika itu saya mahu ke Kuil Sri Maryaman yang terletak di laluan masuk berkenaan. Saya dimaklumkan polis bahawa mereka sedang melakukan siasatan. Ini pertama kali kejadian seumpama ini berlaku di sini," katanya di sini pada Ahad.

Difahamkan, Ladang Gadong itu dimiliki seorang peguam bergelar datuk yang pernah dicari polis bagi membantu siasatan.

Ladang milik persendirian berkeluasan tiga ekar itu mempunyai ternakan ayam, lembu dan kambing.

Sementara itu, tinjauan mStar Online di rumah banglo Sosilawati pada 11:30 pagi, lebih 10 wartawan dan jurugambar telah berkumpul di depan kediaman mewah itu.sepenuhnya sila baca di SINI

Cuba bezakan antara kedua-dua gambar dibawah ini dengan gambar-gambar diatas

Datuk Pathmanabhan A/L Nalliannen
Sumber gambar dari SINI



Surrendren adik Datuk Pathmanabhan
Sumber gambar dari SINI


Jadi.. Adakah mereka ini, Dato dan Adik lelakinya yang ditahan kerana disyaki membunuh Sosilawati ?-twitter


Sosilawati: Datuk K. Patmanaban ada harta luar biasa

Pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki amat mengejutkan negara kerana kejadian itu turut menyaksi seorang peguam, Datuk K. Patmanaban, 41, yang dikenali ramai di daerah ini ditahan bagi membantu siasatan.

Peguam dari firma Pathmanalli & Partners beralamat di Jalan Kemboja, 33 Off Jalan Sultan Ahmad Shah di sini telah ditahan bersama adik lelakinya, dua wanita serta empat yang lain, termasuk pekerja ladang mereka.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin berkata, Datuk itu dipercayai memiliki harta yang luar biasa dan siasatan akan dilakukan secara rapi termasuk menyelidik akaun bank milik peguam itu.

"Kita akan semak akaun Datuk itu dan sedang fikirkan keperluan untuk membekukan asetnya," kata beliau.

Bagaimanapun, katanya, peguam itu tiada rekod jenayah. -kosmo