19 Jan 2011

Waspada: Popia Segera Berinti Lalat Di Negeri Johor

Popia segera berinti lalat

KOTA TINGGI – Seorang peniaga kedai makan terkejut selepas mendapati popia segera yang baru dibelinya di sebuah pasar raya di Kota Tinggi di sini, mengandungi lalat selepas popia itu siap digoreng untuk hidangan keluarga.

Norazlina Elias, 32, dari Bandar Seri Perani berkata, sebaik saja pulang dari berniaga dia terus singgah ke pasar raya terbabit sebelum teringat membeli popia segera di situ kerana mendapat tempahan daripada salah seorang pelanggannya.

Menurutnya, dia yang pertama kali membeli popia segera itu pada awalnya terkejut kerana popia itu dijual dengan harga yang jauh lebih rendah dan tidak mempunyai jenama serta nama syarikat pengeluar produk berkenaan.

“Sejurus tiba di kedai itu, saya terus membeli popia segera sebelum membawanya pulang, namun agak menghairankan tiada logo halal pada plastik pembungkusan popia terbabit.

“Bagaimanapun saya nekad juga beli popia itu kerana beranggapan bahawa popia itu dikeluarkan syarikat Bumiputra dan berkemungkinan baru menceburi sektor pembuatan makanan segera,” katanya kepada Sinar Harian.

Bagaiamanapun Norazlina terkejut selepas salah seorang anaknya memberitahu popia yang baru digorengnya itu mengandungi lalat selepas menjumpai serangga itu di dalam kulit popia terbabit.

“Sebaik saja menggoreng popia terbabit saya menghidangkannya kepada anak-anak dan alangkah terkejutnya apabila seorang daripada anak saya memberitahu dia menemui lalat selepas mengupas kulit popia berkenaan,” katanya.

Menurutnya, kejadian itu menyebabkan kesemua popia yang dibeli pada harga RM8 sebungkus itu dibuang ekoran bimbang ia boleh membawa jangkitan penyakit sekiranya mereka terus memakannya.

“Selera kami semuanya terbantut selepas menjumpai lalat itu, mujur juga kejadian ini dapat disedari lebih awal sebelum popia goreng ini diserahkan kepada pelanggan kami yang menempah popia terbabit,” katanya.

Norazlina turut menasihati pengguna lain agar tidak mudah terpedaya dengan mana-mana produk makanan segera yang dijual dengan harga yang murah serta tidak mempunyai label pembungkusan logo halal dan nama syarikat pengeluar.

“Biar kita beli mahal sedikit asalkan mutu kebersihan makanan terjamin dan jika kita mahu beli sekali pun pastikan cara atau teknik pembungkusan lebih teratur agar kualitinya terjamin,” katanya.

Ulasan GB

Berwaspada penduduk Tenang: Sudah ada cerita tak bagus dari negeri Johor ni serentak dengan pengumuman nama calon UMNO BN di Tenang.

Hal yang serupa pernah berlaku di Galas: banyak kisah-kisah sebelumnya.

1) Ada coklat berulat
2) Isu Helikopter: Seperti Ada Perancangan Untuk BN Menang Majoriti Besar Di Galas
3) Eletrik Terputus Di Parlimen, Petanda "Kegelapan"
4) Tiang Gol Padang Pilihanraya Juga Akan Patah (updated)



Najib, PM Yang Serba Tak Sempat...

PM lupa ziarah jenazah Setiausaha Umno Cawangan Tenang

LABIS, 19 Jan: Para petugas PAS dari Pahang terpaksa mengurus dan mengimamkan solat jenazah Setiausaha Umno Cawangan Felda Tenang yang meninggal dunia semalam apabila imam yang bertugas terpaksa meraikan kedatangan
Perdana Menteri ke tanah rancangan Felda itu.

Gambar: Cikgu Normala Sudirman mengucapkan takziah kepada balu Allahyarham ketika menziarahi jenazah Setiausaha Umno cawangan Felda Tenang, Abdul Latif Subhi, di masjid Felda Tenang tengahari semalam.)

Abdul Latif Subhi bin Mohd Din, 61, meninggal dunia selepas diserang sakit jantung dan darah tinggi yang melampau selepas menguruskan kedatangan PM ke Felda itu.

Namun, sehingga jenazah beliau selamat dikebumikan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak sempat menjenguk jenazah beliau walaupun masjid yang menempatkan jenazah itu hanya 50 meter dari padang tempat acara untuk Perdana Menteri diadakan.

"Jenazah itu berada di masjid sejak jam 10 pagi. Ia tidak diziarahi apatah lagi disembahyangkan oleh Presiden Umno yang datang ke situ,"kata seorang saksi kejadian itu pagi semalam.

Allahyarham Abdul Latif adalah bekas MP Tentera Darat dan pagawai Pertahanan Awam adalah pewaris Felda. Beliau meningalkan empat anak dan seorang cucu di samping balunya, Puan Maimunah Hindun.

"Suasana pilu dan terkilan menyelubungi keluarga Allahyarham apabila imam bertugas ada bersama meraikan Najib dan akhirnya jenazah disolatkan oleh sukarelawan PAS daripada Pahang selepas Zohor di masjid itu.

"Inilah akhlak kepimpinan Umno kepada ahlinya sendiri," kata saksi itu ketika menceritakan peristiwa ini.

Najib tiba di Labis dengan helikopter pada 9.30 pagi Selasa semalam. Sejak jam 10 pagi, jenazah Allahyarham ditempatkan di masjid itu untuk membolehkan Perdana Menteri menziarahinya kalau-kalau sempat.

Najib telah melawat Felda Chemplak Barat dan menyempurnakan majlis pelancaran Pusat Jalur Lebar Komuniti dan merasmikan gelanggang futsal di situ sebelum meluangkan masa bersarapan dengan warga peneroka.

Walaupun beliau dan rombongannya melintasi masjid Felda Tenang, tempat jenazah itu ditempatkan sejak jam 10 pagi, ia tidak langsung dipeduli, jauh sekali untuk disolatkan, dijenguk pun tidak sempat.

Sementara itu, Cikgu Normala Sudirman, yang diumumkan oleh PAS akan menjadi calonnya dalam pilihan raya kecil Tenang ini telah menziarahi jenazah Allahyarham jam 1.30 tengahari sebaik sahaja selesai solat Zohor.

Beliau mengucapkan takziah kepada balu Allahyarham dan meminta semua keluarganya bersabar dengan dugaan dari Allah itu. -harakahdaily

Ulasan GB

Serupalah kes di Sarawak dimana wartawan-wartawan yang menemui kemalangan mengikuti rombongan Najib lansung tak mendapat keprihatinan dan perikemanusiaan PM.

Wartawan Patrick Joseph dan jurufoto Ramidi Subari, kedua-duanya dari akhbar New Sarawak Tribune dan Ambrose Rirang dari Utusan Sarawak cedera setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya semasa dalam perjalanan untuk membuat liputan lawatan Najib ke projek hidroelektrik Bakun, kira-kira 233 kilometer

Najib tidak berkesempatan untuk menjenguk mereka yang terlantar di hospital.

Wartawan Buat Liputan Lawatan Najib Ditimpa Kemalangan

PRK Tenang: UMNO BN Turunkan Mohd Azahar Ibrahim

Labis: Penolong Pegawai Daerah Rengit, Mohd Azahar Ibrahim, 37, diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang pada 30 Januari ini.

Pengumuman dibuat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebentar tadi.

Azhar adalah anak bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenang, Ibrahim Daud.

Ahad lalu, PAS mengumumkan Ketua Dewan Muslimat Labis, Normala Sudirman, dipilih sebagai calon pakatan pembangkang.

Penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu ialah pada Sabtu ini.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Sulaiman Taha, daripada BN pada 17 Disember lalu akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis.

Seramai 14,753 pengundi yang melibat 14,735 pengundi biasa dan 18 pengundi pos, layak memilih ADUN Tenang.

Seramai 5,635 pengundi Cina di Tenang dilihat menjadi kunci untuk mengurangkan majoriti BN sekiranya ia dapat mempertahankan kerusi tersebut dalam pilihan raya kecil 30 Januari depan.

Pengundi Melayu, yang majoritinya merupakan penduduk perkampungan Melayu dan peneroka tanah rancangan Felda, adalah penyokong tradisi Umno.

Proses penamaan calon akan diadakan di Majlis Daerah Labis manakala Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis akan dijadikan pusat penjumlahan undi.

Pilihanraya Lagi Di Pelabuhan Kelang?

Kerusi Pelabuhan Klang kosong, SPR tunggu notis Speaker

SHAH ALAM, 19 Jan — Kerusi Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang kini kosong selepas wakil rakyatnya Badrul Hisham Abdullah didapati tidak hadir persidangan selama enam bulan, kata Speaker Datuk Teng Chang Khim hari ini.

Teng berkata Badrul Hisham yang keluar PKR Oktober 2009 sebelum menyertai Umno April lalu tidak hadir sidang Dewan Undangan Negeri sejak 15 Julai lalu dan oleh itu, kerusinya dianggap kosong berkuat kuasa 16 Januari.

Artikel 69 Perlembagaan Negeri memperuntukkan bahawa seorang wakil rakyat yang tidak hadir selama enam bulan mesti mengosongkan kerusinya.

Bagaimanapun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menentukan sama ada kerusi itu kosong dan perlu diadakan pilihan raya kecil.

Kes kedudukan kerusi itu mirip Kota Siputeh, Kedah yang Speaker Dewan Undangan Negeri mengisytiharkan ia kosong.

Bagaimanapun SPR memutuskan tiada kekosongan wujud dan tidak perlu diadakan pilihan raya kecil.

Dalam kes itu, SPR mempertimbangkan notis speaker dan juga penjelasan wakil rakyatnya sebelum memutuskan keputusan itu.

Bagaimanapun mahkamah memutuskan pilihan raya kecil perlu diadakan dan ia kini berada di peringkat rayuan.

Dalam pada itu Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihaknya perlu menunggu notis daripada Spekaer Dewan Undangan Negeri sebelum memutuskan tindakan susulan.

“Speaker ada hak untuk membuat keputusan mengenai status kerusi, itu hak dan tanggungjawab Speaker yang dibuat mengikut perlembagaan negeri dan peraturan-peraturan Dewan Undangan Negeri,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Kata Wan Ahmad, selaku wakil rakyat Badrul Hisham juga mempunyai hak untuk memberikan reaksi dan penjelasan kepada pengundi-pengundinya.

Ketika ditanya sama ada SPR akan mendengar penjelasan wakil rakyat Pelabuhan Klang, Wan Ahmad berkata, terlalu awal untuk memutuskan perkara tersebut.

“Terlalu awal untuk membuat spekulasi,” kata beliau lagi.

“Kita lihat dari sudut undang-undang, berasaskan pada undang-undang, kita asaskan pada undang-undang,” katanya lagi.

Pada 30 April lalu, Badrul Hisham menyerahkan borang keahlian untuk menyertai Umno setelah enam bulan keluar PKR dan menjadi Adun Bebas.

Badrul Hisham, 50, keluar daripada PKR pada 29 Oktober 2009.

Pada pilihan raya umum Mac 2008, Badrul Hisham memperoleh 12,397 undi untuk menewaskan calon Bebas Nazir Mansor dan Roselinda Abd Jamil.

Dia memperoleh majoriti 4,407 undi.

Berdasarkan laporan media kelmarin, Badrul Hisham dikatakan menafikan dia tidak menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri selama enam bulan.

Katanya, mereka yang mendakwa dia tidak hadir sidang Dewan Undangan Negeri dan mahukan kerusi itu dikosongkan perlu menilai semula kemahiran mengira.

“Saya menghadiri hari pertama sidang pada November lalu sebelum mengambil cuti sakit untuk mendapatkan rawatan alternatif,” kata Badrul Hisham.

“Ini usaha terdesak pihak tertentu yang mengugut saya agar menghadiri sidang khas Dewan Undangan Negeri, 24 Januari memandangkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat kurang tiga undi untuk mendapatkan majoriti dua pertiga bagi meminda perlembagaan negeri,” katanya. -TMI

Ulasan GB



70% Tubuh Melecur Terkena Kejutan Eletrik

Klang - “Saya tidak sanggup kehilangan dua tangan dan ibu jari kaki. Kalau ada pilihan lain, saya tidak ingin ia dipotong namun apakan daya hanya itu pilihan terakhir yang diberikan doktor,” kata Muhamad Haruman Miskon, 22, sebak saat menceritakan situasi yang dilaluinya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), petang semalam.

Menurutnya, saat ini dia hanya mampu merintih dalam hati betapa pedih yang teramat menahan kesakitan di seluruh badan akibat kesan terbakar.

“Sejak awal kejadian berlaku, hanya air mata yang mengiringi kehidupan saya saban hari di atas katil hospital.

“Namun kini air mata sudah seakan kering, hati saya hancur dan kesal dengan apa yang berlaku, namun saya reda mungkin ini ketentuan Ilahi,” katanya yang merupakan anak ke-9 daripada 10 adik beradik.

Tidak perasan ada kabel elektrik

Mangsa yang gemar berkarya melalui lukisan dan bekerja sebagai pemasang wayar dari rumah ke rumah tinggal di Jalan Ros 2, Kampung Sungai Tengi Kanan, Tanjung Karang menderita selepas hampir 70 peratus badannya terbakar dan menggelupas selepas terkena kejutan elektrik bervoltan tinggi ketika sedang membersihkan kebun kelapa sawit milik rakannya di Masjid Baroh, Tanjung Karang pada 26 November lalu.

Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 9 pagi ketika mangsa bersama seorang rakan sedang memotong dahan kelapa sawit menggunakan sejenis peralatan memotong tanpa menyedari terdapat kabel elektrik yang longgar dan melendut tersangkut pada pelepah pokok berkenaan.

Mangsa yang tidak menyedari terdapat kabel elektrik berkenaan terus memotong dahan dan dengan sangat pantas badan mangsa tercampak beberapa meter akibat kejutan elektrik.

Jeritan kuat mangsa telah mengejutkan rakannya yang berada tidak jauh dari lokasi mangsa.

Rakanya, segera berlari mendapatkan Mohamad Haruman, alangkah terkejutnya dia apabila mendapati hampir keseluruhan badan mangsa terbakar.

Mangsa segera dikejarkan ke Hospital Tanjung Karang sebelum dipindahkan ke Hospital Sungai Buluh. Sekian lama dirawat di sana mangsa kemudiannya dipindahkan HTAR, Klang petang kelmarin.

Dalam pada itu, keluarga mangsa memaklumkan, dua tangan dan ibu jari kaki mangsa bakal dipotong bagi mengelakkan jangkitan kuman.

Bagaimanapun mereka kini berada dalam dilema kerana berharap ada cara lain yang mampu digunakan bagi menyembuhkan mangsa. Namun kini hati mereka berbelah bahagi kerana kalau diikutkan hati, mereka tidak sanggup melihat mangsa hilang anggota badannya. -SH

Lagi Ular Sawa Ditemui, Kali Ini Di Marang Pula

Ular sawa 110 kilogram tumpas

SUNGAI SERAI - Keresahan dan tanda tanya penduduk sekitar sini, mengenai kehilangan ternakan peliharaan mereka sejak kebelakangan ini terjawab apabila seekor ular sawa sepanjang 6.4 meter ditemui penduduk kampung.

Sebelum ini sudah puas penduduk kampung mencari jalan penyelesaian termasuk berjaga dan meronda malam untuk mengetahui angkara siapa apabila ternakan ayam sering hilang, malah kambing juga dikatakan turut lesap.

Akhirnya, segala kebimbangan terjawab apabila seekor ular sawa seberat 110 kilogram ditemui 10 meter dari rumah penduduk kampung berkenaan dalam keadaan kekenyangan.

Koperal Wan Mohd Faizal Wan Ismail, 30, dari Pejabat Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) daerah yang mengetuai operasi menangkap reptilia itu berkata, pihaknya menerima panggilan daripada penduduk kampung yang menemui reptilia itu pada jam 8 malam.

“Sebaik kami tiba, ular sawa itu berada di satu kawasan kira-kira 10 meter dari rumah pengadu, Saiful Mamat, 19. Ketika itu, berdasarkan lingkaran lilitannya, kami percaya ia reptilia yang besar dan selepas didekati ia dianggarkan lebih enam meter.

“Kami mengambil masa kira-kira 30 minit untuk menangkap ular yang sedang kekenyangan itu dengan menggunakan khidmat tiga anggota,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Pejabat Jabatan Pertahanan Awam Marang, malam kelmarin.

Menurutnya, dengan penangkapan ular sawa yang baru sahaja membaham seekor kambing itu, penduduk kampung berkenaan kini tidak perlu lagi bimbang mengenai kehilangan haiwan ternakan mereka yang dikatakan sering berlaku sebelum ini.

Reptilia itu, kata Mohd Faizal, akan disimpan sementara di JPAM sebelum dilepaskan ke kawasan hutan yang jauh dari rumah penduduk di daerah ini tidak lama lagi.

Khir Toyo Kantoi Lagi, Pingat Datuk Seri Nampaknya Dipulangkan Kekal

Selangor dakwa Shamsuddin Haryoni dapat projek RM243.77 juta

Gambar fail: Shamsuddin (kiri) dan Khir sewaktu meninggalkan mahkamah selepas mereka dituduh menyeleweng di dalam penjualan dua keping tanah dan sebuah rumah bernilai jutaan ringgit

SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor, ketika di bawah pentadbiran Umno-Barisan Nasional (BN) telah memberi lima projek secara rundingan terus berjumlah RM243.77 juta kepada syarikat milik Shamsuddin Haryoni, Majumulia Sdn Bhd.

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Faekah Husin berkata, pihaknya terpaksa mendedahkan penyelewengan ini bagi mengelak timbulnya spekulasi dan tanggapan buruk terhadap kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat dewasa ini.

“Lima projek itu diberi kepada pemilik Majumulia, Shamsuddin Hayroni ketika Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo menyandang jawatan menteri besar pada ketika itu,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Katanya, Dr Khir pada ketika ini sedang berdepan dengan tindakan mahkamah berhubung dakwaan rasuah dan kerajaan negeri telah mengarahkan maklumat lanjut diperolehi melibatkan projek-projek berkenaan.

Faekah berkata, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 16 Disember 2010 membuat keputusan supaya maklumat tentang jenis projek dan nilai projek yang diberikan kepada syarikat milik Shamsuddin didedahkan untuk pengetahuan umum.

Kelima-lima projek itu ialah:
* Pembinaan kuarters kakitangan kerajaan di Seksyen 16, Fasa 1 dengan nilai RM22.880 juta
* Pembinaan kuarters kakitangan kerajaan di Seksyen 16 Fasa 2 dengan nilai RM61.00 juta
* Cadangan merekabentuk, membina dan menyaipkan bangunan Perpustakaan Selangor Maju bernilai RM71.10 juta
* Cadangan membina dan menyiapkan jalan dari Simpang B15/B11 Lama Daerah Sepang bernilai RM73.8 juta
* Cadangan projek pembangunan sebuah stadium terbuka, sebuah pencawang elektrik, dua kebuk dan satu unit loji kumbahan atas sebahagian tapak Kompleks Sukan atas tanah kerajaan, mukim Dengkil bernilai RM14.99 juta

Sementara itu, dua lagi syarikat milik Shamsuddin iaitu Getrahome Sdn Bhd dan Kanasutra Sdn Bhd telah diberikan projek secara penswastaan.

Faekah berkata, Getrahome mendapat projek pembangunan perumahan dan perniagaan secara penswastaan atas tanah seluas 134.57 ekar mukim Dengkil, Daerah Sepang bernilai RM16 juta pada tahun 2000.

“Kanasutra pula diberikan projek cadangan pembangunan perumahan dan perniagaan secara penswastaan atas tanah kerajaan lot 5395 dan 5396 Mukim Dengkil pada 2005 bernilai RM14 juta,” katanya.

Bagaimanapun, MMKN pada 27 Januari 2010 telah membatal dan menarik balik projek berkenaan.

Ujar beliau, “pendedahan maklumat ini dibuat bagi memastikan Kerajaan Selangor dan kakitangan awam tidak dikaitkan dalam perbicaraan kes Dr Khir dan Shamsuddin.

“Ini juga sejajar dengan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban pentadbiran yang didokong oleh Pakatan Rakyat yang sama sekali menolak sebarang penyelewengan dan salah guna kuasa di kalangan pemimpin dan ahli politik demi kepentingan peribadi,” tambahnya.

“Kerajaan Negeri berpendapat maklumat yang diberikan ini dapat membantu pihak berkuasa menjalankan siasatan,” katanya.

Dr Khir didakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarahnya, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Buang Bayi: Pegawai JPN Boleh Terima RM15K-RM20K Setiap Bayi

Sindiket jual bayi dapat bantuan orang dalam JPN

ANGGOTA polis menyelamatkan seorang bayi dalam proses untuk dijual dalam serbuan di klinik swasta di Selayang, kelmarin.

KUALA LUMPUR: Sindiket penjualan bayi yang ditumpaskan di sekitar Lembah Klang, Sabtu lalu dipercayai turut dibantu kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dengan menguruskan sijil kelahiran bagi 22 bayi yang berjaya diselamatkan polis dalam operasi khas itu.

Difahamkan, pegawai JPN menerima upah separuh daripada harga jualan setiap bayi iaitu RM15,000 hingga RM20,000 oleh sindiket yang didalangi dua wanita tempatan sejak akhir tahun lalu.

Sumber memberitahu Berita Harian, ‘orang dalam’ JPN memperoleh pendapatan lumayan melalui kegiatan haram itu dengan hanya menyediakan sijil lahir berserta cop rasmi agensi berkenaan.

“Pembabitan `orang dalam’ dikesan ekoran penemuan dokumen sijil kelahiran bersama semua bayi yang terbabit dalam urus niaga haram itu. Pemeriksaan mendapati semua sijil lahir itu mempunyai cop rasmi JPN yang hanya dikeluarkan JPN,” katanya.

Dalam operasi itu, Unit Anti-Pemerdagangan Orang (ATIP) dan Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman menahan lapan anggota sindiket itu, termasuk empat wanita warga asing berusia 20 hingga 50 tahun dalam serbuan di sebuah klinik swasta di Selayang dan sebuah rumah di Subang Jaya.

Turut diselamatkan dalam operasi itu tiga bayi berusia lima hingga tujuh hari yang dalam proses untuk dijual.
Di samping itu, polis turut menemui beberapa dokumen berkaitan pengeluaran sijil kelahiran, buku rekod dan wang tunai RM3,000.

“JPN terkejut dengan tindakan pegawainya yang sanggup bersekongkol dengan sindiket itu semata-mata untuk mendapatkan keuntungan sampingan,” katanya.

Di PUTRAJAYA, Ketua Pengarah JPN, Datuk Alwi Abdul Rahman, berkata siasatan dalaman sedang dilakukan ke atas semua pegawai dan kakitangannya berikutan pendedahan itu.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pegawai atau anggota yang terbabit dalam kegiatan haram ini. JPN akan turut memperincikan semula prosedur pendaftaran kelahiran, termasuk mencatatkan jumlah sijil dikeluarkan bagi mengelak ia disalah guna untuk tujuan jenayah.

“Kita juga sedang bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengenal pasti klinik disyaki bersubahat,” katanya ketika ditemui Berita Harian, semalam.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan sijil kelahiran ‘LN01’ dan `LN05’ juga boleh diperoleh di hospital kerajaan dan klinik swasta.

“Beberapa klinik swasta sekitar ibu negara juga disenaraihitamkan sebelum ini selepas dikenal pasti terbabit dalam kegiatan meragukan. Kita sedang siasat klinik terbabit bagi mengesan kepada siapa, ke mana dan untuk apa sijil kelahiran dikeluarkan,” katanya.

Alwi meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kegiatan penyelewengan sijil kelahiran menghubunginya terus di talian 03-88807001. -BH

Tidak Syak Perlantikan Khusrin Adalah Untuk Rampas Selangor

Khusrin Jaga Selangor Ibarat Kucing Jaga Ikan

Isu pelantikan Khusrin sebagai SUK Selangor melambangkan betapa primitifnya Umno BN berpolitik. Sabotaj Kerajaan Pakatan adalah ajenda dan kerja utama Umno sejak beberapa Kerajaan Negeri jatuh ke tangan Pakatan dalam pilihan raya umum yang lalu.

Apabila Khusrin dilantik melalui kaedah pelantikan yang bertentangan dengan semangat dan roh federalisme yang merupakan ciri asas Perlembagaan Negara jelas sekali ketagihan Umno mencabul Perlembagaan sudah tidak dapat dirawat lagi.

Rakyat masih tidak lupa kerakusan kuasa Umno “merogol” bergilir-gilir Perlembagaan di Perak. Bagi menjustifikasi kudeta ( rampasan kuasa ) yang Umno lakukan di Perak, Umno membunuh doktrin “trias politica” ( pengasingan kuasa ), doktrin raja berperlembagaan dan pemakaian konvesyen Perlembagaan iaitu Menteri Besar dan kabinetnya seharusnya dijatuhkan melalui undi tidak percaya. Adakah Umno fikir rakyat masih lupa bagaimana Umno mengganyang Speaker Perak yang sah, menyalahgunakan polis dan SPRM bagi mewujudkan ketakutan kepada Adun-Adun Pakatan di Perak dan akhirnya memanipulasi sistem kehakiman yang sudah hancur bagi mengiyakan segala “dosa” yang Umno lakukan ke atas Kerajaan Pakatan .

Jika Umno tidak ada niat untuk mensabotaj Kerajaan Pakatan di Selangor mengapakah Umno menyalahgunakan Ketua Setiausaha Negara ( yang malangnya sedia disalahgunakan ) bagi melantik Khusrin sebagai SUK Selangor.

Umno penuh sedar Khusrin telah banyak melakukan perkara yang dilihat menentang dan mencabar secara terbuka polisi Kerajaan Selangor. JAIS yang pernah dikepalai oleh Khusrin banyak melakukan tindakan-tindakan yang menyusahkan Kerajaan Selangor. Bukankan Khusrin yang telah gagal memberi nasihat dan pandangannya yang betul kepada Sultan Selangor dalam isu Ahli Parlimen DAP Serdang yang hadir di dalam Surau Al-Huda, Kajang kerana menghulurkan bantuan. Adakah Umno ingat rakyat masih lupa dengan kata-kata Khusrin bahawa “ Teo Nie Ching tidak boleh masuk ke dalam masjid kerana berhadas besar” sedangkan Nabi Muhammad sendiri membenarkan orang-orang Kristian Najran bersembahyang ( cara mereka ) di Masjid Nabi .

Adakah Umno ingat rakyat masih lupa bahawa Khusrin tidak langsung bersuara jauh sekali menggunakan “fatwa hadas besarnya” kepada Ahli Parlimen MIC dari Hulu Selangor P.Kamalanathan yang juga bukan beragama Islam apabila Ahli Parlimen tersebut berada di dalam masjid Sungai Tengi Selatan, Hulu Selangor bersama-sama Adun Umno bagi memberikan replica cek .

Adakah Umno ingat rakyat sudah lupa Khusrin adalah individu yang bersungguh-sungguh melarang tokoh-tokoh ilmuan dalam Pas seperti Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Haji Hadi menyampaikan kuliah dan khutbah di masjid –masjid dan surau-surau di Selangor tetapi dalam masa yang sama berkempen kepada Nazir Masjid Al-Ihsan , Kampun Medan supaya membenarkan permintaan Umno untuk mengundang Presiden Umno, Najib Tun Razak berceramah di Masjid tersebut


Umno sudah tentu tahu bahawa dalam mana sistem demokrasi berparlimen ala Westminster menjadi satu prinsip yang diterima pakai secara sejagat bahawa seorang Ketua Setiausaha sama ada di peringkat pusat atau di peringkat negeri bertanggungjawab berkhidmat dengan Kerajaan semasa ( government of the day ) dengan jujur dan setia.

Tidak perlu diiingatkan SUK di Negeri Selangor mestilah seorang yang bersedia secara jujur dan penuh taat setia memastikan dasar Kerajaan Pakatan di Selangor dapat dilaksanakan dengan lancar dan licin. Dengan lain perkataan SUK tersebut mestilah individu yang tidak membuat tindakan yang dilihat bertentangan dengan polisi Kerajaan Pakatan.

Bertolak dari situ , menjadi satu konvesyen Perlembagaan ( constitutional convention ) mana-mana Kerajaan Negeri di Negara ini mestilah mempunyai suara dan wajar dirunding sebelum seorang SUK ingin dilantik di Selangor. Sudah tentu mana-mana Kerajaan Negeri termasuk Selangor tidak akan mahukan SUK yang dilantik adalah individu yang mempunyai track record yang buruk kepada Kerajaan Negeri yang berkenaan. Khusrin adalah seorang kakitangan awam di Negeri Selangor yang secara jelas termasuk dalam kategori individu yang tidak dapat dan tidak bersedia melaksanakan polisi Kerajaan Pakatan di Selangor. Tagline 'khusrin anti Pakatan dan pro Umno/BN ' terpampang di dahi Khusrin.

Khusrin bukan sahaja tidak boleh diharapkan untuk melaksanakan polisi Kerajaan Selangor sebaliknya beliau telah dibuktikan secara terbuka menentang, mensabotaj dan memburukkan imej Kerajaan Selangor dengan tindakan-tindakannya yang saya telah nyatakan sebelum ini. Mungkin Khusrin sesuai berkhidmat sebagai SUK jika Kerajaan Selangor masih diterajui oleh Kerajaan bobrok Umno tetapi beliau amat tidak layak untuk berkhidmat dengan Kerajaan Pakatan yang berpegang kepada paradigma politik yang baru.

Memanglah seorang SUK pada prinsip umumnya harus bersifat berkecuali dan “apolitical” ( tidak menyebelahi ). Dengan lain perkataan seorang SUK tanpa mengira parti mana pun memerintah mesti bersedia menjalankan tugasnya membantu menjayakan misi dan visi kerajaaan yang beliau bertugas di bawahnya. Adakah ada orang yang sihat pemikirannya boleh percaya Khusrin akan bersedia menjalankan tugasnya membantu menjayakan misi dan visi Kerajaaan Pakatan di Selangor.

Mungkin ada yang berhujah kenapakah tidak diberi peluang Khusrin terlebih dahulu menjalankan tugasnya sebagai SUK Selangor. Ini hujah yang agak menarik tapi penuh dengan racun. Hakikatnya hujah ini meminta Kerajaan Selangor memberi peluang Khusrin meranapkan Kerajaan Pakatan di Selangor. Menerima hujah ini samalah ibaratnya memberi peluang kucing menjalankan tugas menjaga ikan. Kalau ikan tidak dimamah sehingga hancur itu bukan namanya kucing !

Hakikatnya Khusrin sudah pun diberi peluang berkhidmat di dalam Kerajaan Pakatan di Selangor sebagai Pengarah JAIS walaupun tidak mempunyai kelayakan tinggi dalam bidang agama bagi memegang jawatan tersebut. Adakah sikap dan tindakan Pengarah JAIS di bawah Kerajaan Umno di Selangor yang banyak menggangu autonomi masjid berbeza selepas Kerajaaan Pakatan memerintah Selangor ? Bukankah Exco Agama Selangor pun diketepikan oleh Khusrin dalam banyak tindakan beliau ? -peguampas

Isu Pembesar Suara: JAKIM Dan Mufti Perak Tak Sependapat

Mufti Perak: Pembesar suara selain untuk azan tak perlu

KUALA LUMPUR, 19 Jan — Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria juga berkata pengurusan masjid atau surau tidak perlu menggunakan pembesar suara selain untuk tujuan azan, tetapi menegaskan pihak berkuasa tidak perlu mewujudkan garis panduan yang baru.

Kata beliau, hanya untuk tujuan azan yang perlu menggunakan pembesar suara manakala bacaan-bacaan lain tidak perlu.

“Hanya azan sahaja yang gunakan pembesar suara, yang lain tidak perlu. Bacaan lain hanya gunakan (pembesar suara) dalam masjid sahaja.

“Tak usahlah nak ganggu orang lain, lagipun tak disuruhkan dalam Islam gunakan pembesar suara selain azan,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Tambah Harussani, peraturan supaya pembesar suara digunakan hanya untuk azan juga tidak perlu kerana ia garis panduan sudah sedia ada.

“Saya ingat ia (peraturan) sudah ada, cuma kita tidak laksanakan.

“Apa-apa pun bagi saya, hanya azan sahaja yang gunakan pembesar suara. Yang lain tidak perlu,” katanya.

Sebelum ini bekas mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berpendapat umat Islam patut menghentikan bacaan-bacaan selain azan, yang dibuat melalui pembesar suara supaya tidak mengganggu orang luar dan juga mereka dalam masjid.

Kontroversi isu azan timbul selepas seorang peguam bukan Islam mempertikaikan bunyi azan yang terlalu kuat sehingga mengganggunya.

Namun peguam tersebut, Ng Kian Nam yang juga ahli MCA memohon maaf secara terbuka kepada semua umat Islam atas kesilapannya meminta laungan azan sebuah masjid berhampiran kediamannya di kawasan Bukit Kerinchi di sini diperlahankan.

Sementara itu, Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) Datuk Nik Mustapha Nik Hassan berkata isu azan tersebut telah dipolitikkan oleh pihak tertentu.

Beliau juga mencadangkan supaya semua rakyat di negara ini menghormati antara satu sama lain demi menjaga keharmonian negara.

“Azan berkumandang untuk memanggil orang Islam bersolat, jadi ia bukan masalah dan bukan isu.

“Ketika saya di Amerika dulu, ketika azan orang Islam di sana tidak menggunakan pembesar suara kerana tidak mahu mengganggu orang lain.

“Macam kita di Malaysia begitu juga, kita kena menghormati antara satu sama lain. Jangan sampai mengganggu mereka,” katanya.

Nik Mustapha juga kecewa apabila isu azan tersebut telah dipolitikkan kerana pemimpin-pemimpin melihat ia dari sudut politik.

“Kenapa nak jadikan isu? Kenapa nak dipolitikkan?

“Kalau lihat dari sudut politik maka ia jadi isu politik, dulu perkara seperti ini tidak pernah berlaku pun.

“Jadi kenapa nak bincangkan perkara ini? Apa yang penting kita menghormati antara satu sama lain, menghormati adat resam. Yang penting hidup dalam keadaan harmoni, saya tidak faham kenapa ia dipolitikkan,” katanya dengan nada kecewa.

Dalam satu surat bertarikh 20 Disember 2010 kepada Jabatan Perdana Menteri, Ng, meminta supaya tindakan diambil bagi memperlahankan bunyi azan di Masjid Al-Ikhlasiah di Bukit Kerinchi itu kerana didakwa mengganggu tidurnya.

Ekoran itu, Perkasa dan Pekida telah mengadakan protes di pekarangan masjid berkenaan bagi mengecam tindakan Ng yang dikatakan telah menyentuh sensitiviti umat Islam.

Ng berkata beliau tidak berniat untuk menyinggung perasaan umat Islam di negara ini berhubung isu itu serta berharap isu itu tidak disensasikan lagi. -tmi


Jakim: Syor hadkan penggunaan pembesar suara melampau, berniat jahat

KUALA LUMPUR, 19 Jan — Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz menyifatkan sebarang cadangan agar mengehadkan penggunaan pembesar suara di masjid hanya kepada tujuan azan sebagai “melampau” dan berniat jahat.

Beliau menegaskan masjid dan surau bukan tempat bersolat sahaja, tetapi turut diadakan pelbagai aktiviti yang berfaedah untukn masyarakat.

“Untuk hadkan pembesar suara kepada azan sahaja adalah cadangan yang melampau dan berniat jahat.

“Masjid dan surau bukan hanya tempat bersolat, banyak lagi aktiviti berfaedah lain yang dijalankan di masjid dan surau,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Justeru, beliau berkata pihaknya akan mengarahkan semua masjid dan surau di Wilayah Persekutuan supaya meneruskan amalan pembesar suara seperti biasa.

“Jakim akan arahkan masjid dan surau di Wilayah Persekutuan teruskan amalan biasa sejak sebelum merdeka.

“Jika ada aduan nada speaker (pembesar suara) terlalu perlahan kami akan arahkan ditinggikan pada kadar munasabah,”
katanya.

Wan Mohamad berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria supaya hanya azan sahaja yang menggunakan pembesar suara manakala bacaan lain tidak perlu.

Asri berpendapat umat Islam patut menghentikan bacaan-bacaan selain azan, yang dibuat melalui pembesar suara supaya tidak mengganggu orang luar dan juga mereka dalam masjid.

Harussani menyifatkan tindakan pengurusan masjid menggunakan pembesar suara selain azan di masjid hanya akan mengganggu ketenteraman orang lain terutamanya orang bukan Islam.

Kontroversi isu azan timbul selepas seorang peguam bukan Islam mempertikaikan bunyi azan yang terlalu kuat sehingga mengganggunya.

Namun peguam tersebut, Ng Kian Nam yang juga ahli MCA memohon maaf secara terbuka kepada semua umat Islam di negara ini atas kesilapannya meminta laungan azan sebuah masjid berhampiran kediamannya di kawasan Bukit Kerinchi di sini diperlahankan.

Dalam satu surat bertarikh 20 Disember 2010 kepada Jabatan Perdana Menteri, Ng, meminta supaya tindakan diambil bagi memperlahankan bunyi azan di Masjid Al-Ikhlasiah di Bukit Kerinchi itu kerana didakwa mengganggu tidurnya.

Ekoran itu, Perkasa dan Pekida telah mengadakan protes di pekarangan masjid berkenaan bagi mengecam tindakan Ng yang dikatakan telah menyentuh sensitiviti umat Islam.

Ng berkata beliau tidak berniat untuk menyinggung perasaan umat Islam di negara ini berhubung isu itu serta berharap isu itu tidak disensasikan lagi. -TMI


Ulasan GB

Kalau ikut pendapat JAKIM, maka konklusinya, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria itu "melampau" dan berniat jahat.

Dan jika ikut pendapat Mufti Perak, semasa khutbah Jumaat pun tak perlu pembesar suara.

Sekarang Mereka Potong Rambut Anak Saya, Lain Kali Mereka Potong Leher Pula - Ayah Basant Singh

Pelatih PLKN Beragama Sikh Dakwa Rambut Dipotong

IPOH: Seorang remaja lelaki beragama Sikh enggan meneruskan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) selepas mendakwa beliau mengalami trauma apabila rambutnya dipotong semasa sedang tidur Ahad lepas.

Basant Singh, 18, berkata, kejadian itu sangat mengejutkan beliau kerana rambutnya tidak pernah digunting sejak lahir sebagai mematuhi ajaran agama.

"Saya tidak berpuas hati dan tidak mahu meneruskan lagi latihan...saya mahu pihak berkuasa menyiasat serta mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak bertanggungjawab," katanya pada sidang akhbar di rumahnya yang di kawasan Rumah Ibadat Sikh Wadda Gurdwara Sahib di sini.

Basant telah membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Baharu, Kedah pada petang Ahad berhubung insiden itu yang dipercayai berlaku antara 3 pagi hingga 6.30 pagi Ahad.

Beliau mendakwa, insiden itu berlaku semasa beliau sedang tidur di asrama lelaki Kem PLKN Sungai Bakap, Pulau Pinang, awal pagi Ahad lepas.

Katanya, beliau yang mengikuti latihan di kem itu sejak 4 Januari hanya menyedari perkara itu apabila bangun tidur pada kira-kira pukul 6.30 pagi dan mendapati rambutnya yang sebelum ini panjang hingga mencecah pinggang didapati sudah pendek sekadar paras bahu, dipercayai dipotong antara 50 hingga 60 sentimeter.

Basant berkata, beliau terus menghubungi ayahnya, Surinderpal Singh, 46, bagi memaklumkan perkara itu dan pihak kem kemudian membenarkan beliau bercuti selama seminggu dan melaporkan diri semula pada Ahad ini.

Beliau berkata, 10 pelatih lain yang tinggal bersamanya turut terkejut dengan kejadian itu dan mengesyaki ia dilakukan oleh penceroboh kerana asrama berkenaan tidak berkunci.

Katanya, kesemua pelatih yang tinggal bersama dalam asrama berkenaan berasal dari Ipoh, Perak dan beliau mengenali mereka.

Sementara itu, ayahnya Surinderpal berkata, beliau juga tidak bersetuju anaknya kembali meneruskan latihan di kem berkenaan kerana bimbangkan keselamatannya.

"Jika ketika tidur orang lain boleh sewenang-wenangnya masuk ke asrama dan memotong rambut penghuninya, tidak mustahil pada masa akan datang mereka memotong leher anak saya tanpa sedar," katanya.

Di PUTRAJAYA, Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Datuk Abdul Hadi Awang Kechik berkata, pihaknya sedang menyiasat aduan itu dan akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang bertanggungjawab.

Bagaimanapun, katanya kesemua 27 pelatih di bilik yang sama telah disoal siasat dan pihaknya tidak menemui objek tajam atau rambut yang dikatakan dipotong.

"Menteri Pertahanan (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) telah mengarahkan agar kajian terperinci dibuat dan saya telah mengarahkan Pengarah Operasi JLK NKol Sanusi Hashim untuk mengetuai siasatan tersebut," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Abdul Hadi berkata pihak pengurusan kem PLKN sedia maklum tentang agama Sikh dan rambut mereka tidak boleh dipotong dan pelatih-pelatih diberi ingatan supaya bahasa, agama dan kebudayaan rakan-rakan mereka dihormati. Komandan kem telah memberi cuti kepada pelatih berkenaan berasaskan permohonan ibu bapa pelatih untuk mendapatkan ketenangan jiwa dan secara kebetulan pelatih tersebut mempunyai temu janji dengan doktor gigi pada Jumaat ini, katanya sambil menyatakan kecewa dengan kejadian itu.

Abdul Hadi juga berkata, pelatih sememangnya tidak dibenarkan untuk membawa sebarang objek tajam dan pihak pengurusan mempunyai pengawasan yang ketat terhadap perkara tersebut. - BERNAMA

Ulasan GB

Seperti kes kursus BTN yang pernah mendedahkan wujudnya elemen "kebangsaan sempit" di kalangan pihak atasannya, kini PLKN juga, mendedahkan kepincangan 1Malaysia!

Tolak UMNO Tolak BN - penyemarak perkauman sempit - itu jawapannya.

Penduduk Kg Teluk Ipil Diserang Beluncas

Nibong Tebal: Penduduk Kampung Teluk Ipil di sini, hidup dalam kebimbangan berikutan serangan ulat bulu dikenali 'ulat beluncas' yang berkubu di atas dua pokok berembang di tepi Sungai Kerian sejak sebulan lalu.

Gambar: PENDUDUK meninjau pokok berembang yang menjadi punca ulat menyerang Kampung Teluk Ipil, Nibong Tebal. Gambar kecil ulat beluncas sepanjang antara tiga hingga lima sentimeter

Selain penghuni empat rumah berhampiran pokok itu, orang ramai yang lalu lalang di bawah pokok berkenaan turut menjadi mangsa apabila mereka mengalami gatal badan akibat terkena tahi dan bulu ulat berkenaan yang berterbangan.

Penunggang motosikal dari Teluk Ipil yang menghala Tanjung Berembang dan sebaliknya perlu melalui laluan yang terletak di bawah pokok berembang itu.

Kanak-kanak yang terkena ulat bulu itu juga mengalami bintik-bintik di badan dan ini dikhuatiri boleh menjejaskan kesihatan mereka.

Ketika ini, penghuni empat rumah berkenaan menggunakan penyembur serangga untuk membunuh ulat bulu yang merayap di celah pintu, tingkap dan dinding serta di dalam rumah.

Difahamkan, ulat sepanjang tiga hingga lima sentimeter itu berkubu di atas pokok berembang untuk makan daun sehingga menyebabkan kedua-dua pokok berkenaan hanya tinggal ranting.

Sebelum ini, ulat bulu hanya menyerang daun pokok berembang tetapi selepas kehabisan daun, ulat berkenaan memasuki rumah serta melekat di pakaian yang disidai di ampaian.


Seorang penduduk, Mohd Faizal Ahmad, 31, berkata kemunculan ribuan ulat bulu sejak sebulan lalu itu membimbangkan penduduk kerana mulai memasuki rumah setelah kehabisan daun berembang.

"Apa yang membimbangkan serangan ulat bulu boleh mendatangkan gatal," katanya yang 'mati akal' bagaimana untuk mengatasi masalah itu.

Siti Robiah Ismail, 50, berkata dia bersama ahli keluarganya serta penduduk terpaksa menghapuskan ulat bulu itu sendiri dengan penyembur racun serangga, tetapi usaha itu sia-sia kerana jumlahnya semakin banyak.

"Saya yang tengah masak kuih untuk dijual pun habis rosak apabila ulat bulu memasuki bahan rencah yang ingin digunakan," katanya.

Luahan itu disokong jirannya, Hindon Yasin, 65, yang berkata disebabkan serangan ulat bulu dia terpaksa menutup rapat pintu dan tingkap rumah sepanjang hari.

"Ketika mahu tidur pun tilam dipenuhi ulat bulu. Kami paling kesian kepada kanak-kanak kerana gatal-gatal seluruh badan,” katanya. -bh

TV3 Berdegil Dalam Isu Besarkan Payudara

Topik 'Besarkan Payu Dara' Untuk Mendidik - TV3

PETALING JAYA: Stesen televisyen TV3 menjelaskan program Wanita Hari Ini (WHI) yang membincangkan topik “Salahkah Besarkan Payudara” bertujuan untuk memberikan pendidikan kesihatan kepada golongan wanita.

Menurut Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar (gambar) dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan di sini, Selasa, program bual bicara tersebut adalah untuk membincangkan mengenai kebaikan dan keburukan isu berkenaan dari pelbagai sudut oleh mereka yang pakar.

"Pihak TV3 tidak mempunyai niat lain, selain daripada menggalakkan diskusi secara terbuka dan berkongsi pengalaman dalam topik tersebut. Menerusi WHI juga kami berharap agar setiap perbincangan dapat memberi manfaat kepada penonton,”

“Pada masa yang sama, kami peka terhadap pandangan masyarakat di luar sana serta menghargai maklum balas yang diterima daripada orang ramai.

"Malah kami menjemput seorang doktor pakar untuk membincangkan topik tersebut dan ia mengandungi unsur pengajaran ataupun input tambahan yang bersesuaian," katanya.
Program WHI yang membincangkan topik mengenai payudara menimbulkan bantahan banyak pihak. Gambar petikan Kosmo!

Tambah Izham, dia berharap agar pihak yang melahirkan rasa kurang senang hati terhadap isu tersebut menonton sekali lagi segmen berkenaan menerusi laman web www.tonton.com.my agar ia tidak disalah tafsirkan.

"Jika dilihat kembali isu yang dibentangkan itu akan memberi impak kepada wanita. Bagaimanapun, kami peka dan faham dengan sensitiviti masyarakat," jelasnya.

Selasa lalu akhbar Kosmo! menyiarkan teguran orang ramai termasuk pendakwah Datuk Daud Che Ngah yang tidak bersetuju dengan tindakan TV3 membicarakan topik payu dara secara terbuka.

Malah pada segmen tersebut juga paparan visual kerap kali memberi fokus pada payudara dua pengacaranya serta model-model yang lengkap berpakaian dan ia dianggap tidak sesuai untuk ditonton oleh semua lapisan masyarakat. -mstar

Ulasan GB

1) Pihak TV3 sepatutnya akur dengan teguran pelbagai pihak, tetapi malangnya sikap "jahil tapi berkepala batu" Ketua Pegawai Operasinya masih cuba pertahankan hal yang telah jelas tidak dipersetujui oleh orang ramai.

2) Kata Ahmad Izham, Pihak TV3 tidak mempunyai niat lain selain untuk mendidik.
Niat yang baik tetapi perbuatan/ amalan yang tidak baik, tidak boleh diterima. Di dalam Islam kedua-dua itu, niat dan amalan, adalah selari.

3) Pakaian panel perempuan sendiri yang membincang isu berkenaan tidak sesuai.

4) Dan yang ini, satu kerja paling gila: paparan visual kerap kali memberi fokus pada payudara dua pengacaranya serta model-model yang lengkap berpakaian... Jelas niat tidak baik samada jurugambarnya, pengarahnya atau penerbitnya.

Lori Bawa Duit Syiling Kemalangan, Orangramai Berpesta Pungut Syiling Bertaburan

Seremban - Kilometer 243 Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke selatan berhampiran susur keluar Pedas dekat sini yang sentiasa sibuk semalam bagaikan 'pesta' apabila orang ramai berebut-rebut mengutip duit syiling yang bertaburan di lebuh raya itu, lapor Kosmo.

'Pesta' itu berlaku apabila sebuah kenderaan Toyota Hilux yang membawa satu peti duit syiling berjumlah RM75,000 terlibat dalam kemalangan.

Dalam kejadian pada pukul 3 petang itu, peti tersebut tercampak keluar dari pacuan empat roda itu selepas kenderaan itu dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta BMW.

Akibatnya ribuan duit syiling 10 sen, 20 sen dan 50 sen bertaburan di lebuh raya sepanjang kira-kira 100 meter.

Keadaan itu menyebabkan ramai pengguna jalan raya menghentikan kenderaan masing-masing di bahu jalan untuk mengutip duit syiling.

Kehadiran beberapa anggota polis dan pekerja lebuh raya gagal menyuraikan orang ramai yang terus mengutip duit syiling tanpa menghiraukan keselamatan mereka.

Orang ramai meninggalkan lokasi itu selepas duit syiling itu habis dikutip tiga jam kemudian.

Harian Metro pula melaporkan, pemandu pacuan empat roda membawa wang berjumlah lebih RM70,000 berkenaan yang dikenali sebagai Zairulhisham Mansor, 28, berkata kejadian berlaku selepas kenderaannya dilanggar daripada belakang oleh sebuah kenderaan lain.

“Akibat perlanggaran itu, pacuan empat roda yang saya pandu hilang kawalan lalu terbalik menyebabkan syiling dibawa bertaburan.

“Ketika itu, saya berada di lorong paling kiri dan bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan serius,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini.

Katanya, seorang rakan dalam pacuan empat roda bersamanya cedera ringan akibat kemalangan itu.





Isu Teoh Beng Hock, Najib "Main Wayang" Lagi...

PM: Kita juga mahu tahu bagaimana Teoh mati

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak hari ini mengulangi komitmennya untuk merungkai misteri di sebalik kematian Teoh Beng Hock ketika berucap kepada masyarakat Cina di Tenang.

“Kita juga mahu tahu kebenaran dan apa yang sebenarnya berlaku kepadanya. Jangan politikkan isu ini. Kita ada cara untuk mengetaui kebenaran. Kita tidak akan lindungi sesiapa. Ini ikrar kerajaan.”

Ucapan Najib di SJK(C) Labis ini dilihat bagi mengelakkan penghakiman terbuka inkues Teoh tempoh hari dijadikan modal politik oleh Pakatan Rakyat.

“Hasrat kita pun sama dalam kes Teoh Beng Hock,” katanya kepada kira-kira 700 penduduk Cina semasa sesi minum the di dewan sekolah itu.

Namun, Najib mengingatkan pengundi Tenang bahawa kematian Teoh tidak sepatutnya mempengaruhi keputusan mereka dalam mengundi.

“Ini (pilihan raya kecil) lebih besar daripada Teoh Beng Hock, ini adalah mengenai masa depan Malaysia, masa depan semua kita, masa depan generasi kita.

“Jangan perjudikan masa depan kita. Pembangkang tidak boleh mentadbir negara ini,” kata Najib dengan berkobar-kabar sambil disambut tepukan gemuruh.

Najib turut menyindir hubungan parti dalam Pakatan Rakyat umpama "tidur sebantal, mimpi lain-lain".

"PAS ada cita-cita mahu negara Islam ala PAS, dan DAP nak negara sekular.

"Mereka main mata, nak kalahkan BN... Mereka tidak boleh bersama, mereka main sandiwara politik. Kerjasama mereka rapuh," katanya.

Dengan sinis, beliau juga turut menyindir ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa berjanji membentuk kabinet bayangan sebelum ini.

Namun, katanya selepas lebih dua tahun, masih belum ada kabinet bayangan yang dimaksudkan.

"Jangan cakap pasal kabinet, bayangnya pun tak boleh sebab takut nak bagi jawatan tertentu, (dan) tak ada persefahaman," katanya.

Sebelum itu, Najib turut menyampaikan ucapan dalam majlis ramah mesra dengan kira-kira 500 pengundi India di Dewan Serbaguna, Majlis Daerah Labis.

Dalam ucapannya, beliau cuba memujuk kaum India bahawa undi mereka menjadi penentu kepada kekuatan BN.

"Kita bergantung kepada (undi) tuan-tuan untuk menang. Di Hulu Selangor kita berhempas pulas (untuk menang) tak kira siapa calonnya," katanya.

Selain itu, beliau turut menepis tanggapan bahawa Umno tidak menghormati kaum India.

Sehubungan itu, beliau berharap kaum India tidak mudah mempercayai khabar angin bahawa parti itu mengetepikan kaum India.

"Itu tidak benar, kita hormat masyarakat India dan kita mahu kaum India maju seperti masyarakat yang lain," katanya sambil meminta pengundi kaum cina mengundi calon BN dalam pilihan raya kali ini. -mk



Surat Terbuka Keluarga Teoh Kepada PM : Siasat Punca Kematian Teoh

Encik Perdana Menteri,

Tahukah anda, keputusan inkues amat memilukan buat keluarga kami? Perbicaraan yang mengambil masa lebih daripada 500 hari, berakhir dengan keputusan yang tidak menemui jawapan, dan membawa kes kematian Beng Hock ke titik asal. Apakah begitu sukar untuk kami mendapatkan kebenaran?


Anda memekakkan telinga meskipun berkali-kali kami mengadu ketidakadilan perbicaraan inkues. Berkali-kali kami mendesak untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja, tetapi dibalas dengan respon yang pasif daripada anda.

Dalam pertemuan kita yang lalu, anda berjanji bahawa kerajaan akan menyiasat punca kematian Beng Hock sepenuhnya. "Tidak akan melepaskan mana-mana kemungkinan", inilah yang dijanjikan kepada keluarga kami - kebenaran yang sepenuhnya.

Ya, kami menuntut kebenaran yang sepenuhnya. Keputusan inkues menunjukkan bahawa kecederaan Beng Hock pada bahagian leher terjadi sebelum kejatuhan dari tingkat atas. Keluarga kami ingin tahu, siapa yang menyebabkan kecederaan tersebut, dan bagaimana kecederaan tersebut terjadi? Siapa pula yang harus bertanggungjawab terhadap kecederaan tersebut? Ini kerana Beng Hock seorang yang sihat dan tidak mempunyai apa-apa kecederaan sebelum disiasat Suruhanjaya Diraja Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sudah dua minggu keputusan inkues diumumkan. Mengapa kerajaan tidak teruskan siasatan terhadap kecederaan Beng Hock pada bahagian leher, memandangkan majistret menganggap wujud kesangsian bahawa Beng Hock mungkin dibunuh. Mengapa kerajaan tidak teruskan siasatan terhadap kenyataan yang saling kontradisi antara pegawai SPRM?

Inkues kematian Beng Hock telah menjadi kes misteri, dan ia menjejaskan imej kerajaan dan sistem kehakiman.

Anda mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Diraja pada 7 Januari 2011, tetapi terma siasatan tidak termasuk punca kematian Beng Hock. Keputusan ini langsung bukan kemahuan keluarga kami. Suruhanjaya Diraja yang hanya meneliti cara soal-siasat SPRM, tetapi bukan punca kematian Beng Hock - tidak menghukum pihak yang harus dipertanggungjawabkan. Ia sangat mengecewakan kami.

Encik Perdana Menteri, kami kesal dengan pengumuman anda. Anda tidak pernah mengambil kira pandangan kami, lantas mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Diraja ini secara bersendirian, dan menyerahkan senarai panel untuk diperkenankan DYMM Yang Dipertuan Agung. Apa yang kami harapkan adalah satu Suruhanjaya Diraja yang berkecuali, telus dan berkredibiliti. Ketidaktelusan sepanjang proses membuat keputusan ini amat membimbangkan kami. Dengan terma dan kuasa yang terbatas ini, Suruhanjaya Diraja akan berakhir sebagai satu inkues lagi.

Encik Perdana Menteri, kami telah menjelajah ke seluruh Malaysia dalam tempoh dua bulan yang lalu, dan berjaya mengumpul kira-kira 80 ribu tandatangan rakyat. Tuntutan agar Suruhanjaya Diraja menyiasat punca kematian Beng Hock telah mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada khalayak umum. Selepas anda mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Diraja, 126 NGO telah menggesa agar terma Suruhanjaya Diraja ini diperluaskan untuk merangkumi siasatan punca kematian Beng Hock, termasuk MCA, Gerakan, Majlis Peguam, Aliran dan sebagainya.

Jelas, tuntutan agar siasatan terhadap punca kematian Beng Hock disokong suara rakyat. Ia menjadi sesuatu yang mengingkari semangat demokrasi seandainya suara rakyat ini diabaikan.

Anda pernah memetik ahli falsafah Dinasti Sung, "Xian tian xia zhi you er you, hou tian xia zhi le er le", untuk menyatakan pandangan anda. Anda juga sering melaungkan slogan "Rakyat Didahulukan". Matlamat yang digariskan untuk diri ini amat kami sanjungi. Namun, seandainya anda tidak mendengar suara rakyat, memperlekehkan gesaan 80 ribu rakyat dan 126 NGO untuk memperluaskan terma Suruhanjaya Diraja, apakah ini selari dengan "Rakyat Didahulukan", dan "xian tian xia zhi you er you" (bimbang terhadap masalah rakyat sebelum rakyat gelisah)?

Keluarga kami bersetuju dengan seruan 126 NGO, untuk memperluaskan terma Suruhanjaya Diraja agar merangkumi siasatan terhadap punca kematian Beng Hock, dan melantik tujuh orang tokoh berkredibiliti dan memiliki rekod baik dalam usaha mempertahankan hak asasi manusia. Kami berharap agar PM memperlahankan langkah untuk menyerah senarai agar diperkenankan DYMM Yang Dipertuan Agong. Dengarlah suara hati keluarga kami, agar kami dan rakyat menaruh yakin terhadap Suruhanjaya Diraja yang anda tubuhkan.

Encik Perdana Menteri, tiada bezanya antara Teoh Beng Hock dengan ribuan dan jutaan rakyat Malaysia yang lain. Negara harus menghargai nyawa dan sumbangan mereka yang bernilai. Perlembagaan Persekutuan harus menjamin hak asasi mereka untuk terus hidup. Tiada seorang pun yang harus nyawanya diragut dengan zalim dan kejam di atas tanahair ini. Tiada seorang pun yang harus didera dan menanggung keganasan sistem ini. Hormati nyawa dan maruah, menjamin hak asasi manusia adalah lambang sesebuah negara yang gemilang. Kami berharap agar kerajaan ikhlas untuk menangani kes Teoh Beng Hock - memberi keadilan kepada Beng Hock dan memberi kebenaran kepada keluarga kami.

Keluarga kami tidak akan berputus asa untuk menghambat keadilan, malah kami melihat rakyat telah menunjukkan kemuliaan dan keberanian mereka - yang selama ini menjadi sokongan terbesar kepada keluarga kami. Kami akan terus menjelajah ke selurah negara untuk menuntut keadilan - dan tidak pasrah selagi matlamat kami tidak tercapai.

Terima kasih.

Daripada,
Teoh Lee Lan
(Wakil keluarga Teoh)



Ulasan GB

Jika benar komitmen Najib untuk merungkai misteri di sebalik kematian Teoh Beng Hock, MENGAPA Suruhanjaya Diraja yang dibentuk tidak menyiasat sebab-sebab Teoh Beng Hock dibunuh? Mengapa hadkan skop Suruhanjaya berkenaan hanya kepada aspek bagaimana siasatan dijalankan?

Begitu mudah Najib hendak memperdayakan rakyat sepertimana begitu banyak penipuan yang telah dilakukannya sewaktu merampas Perak dari pakatan Rakyat dahulu.

[Bergambar & Video] Mereka Memeluk Islam

Hal ini berlaku pada tahun lalu dimana AFP melaporkan sembilan peninju Afrika memeluk Islam ketika satu kejohanan tinju antarabangsa diadakan di Pakistan dengan berkata, mereka tertarik dengan ajaran kemanusiaan dan kesucian agama itu.

Peninju-peninju tersebut terbang ke Karachi bagi menyertai kejohanan itu yang dinamakan sempena bekas Perdana Menteri Pakistan yang mati dibunuh, Benazir Bhutto dan pertandingan itu berjaya menarik peserta dari 20 negara di seluruh dunia.

Ia merupakan satu kejohanan yang penting bagi Pakistan, yang dianjurkan 10 bulan selepas satu serangan terhadap pasukan kriket Sri Lanka di timur bandar Lahore, yang mengorbankan lapan orang, sekali gus menamatkan harapan negara itu untuk menganjurkan sukan antarabangsa.

Enam peninju daripada Republik Tengah Afrika (CAR) - Yagor Gbodo, Selebange Welcome, Niamogui Songnekani, NGoko Bongui, Ndarash dan Bongola - semuanya memilih untuk memeluk Islam sempena kejohanan itu berlangsung sehingga Jumaat ini.

Mereka disertai Mendoua Blase, Ketchemi Joseph Justin dan Tchwem Justin yang turut sama menganut Islam daripada agama Kristian.

Jurulatih CAR, Mohammad Kalambaye berkata, peninju-peninjunya tertarik dengan ajaran Islam dan layanan baik yang diberi Pakistan.

"Semua peninju kami memeluk Islam dengan hati yang ikhlas tanpa sebarang paksaan. Saya adalah seorang Islam sejak lahir dan saya tahu tiada masalah untuk peninju-peninju apabila pulang ke rumah nanti," katanya.

Kesemua peninju itu memeluk Islam dalam satu majlis yang disaksikan Mufti Naeem dari Institut Jamia Binnoria di sebuah hotel tempatan.

Naeem menyifatkan majlis itu sebagai satu 'peristiwa bersejarah'.

"Ini adalah peristiwa bersejarah. Saya telah pergi ke merata dunia namun tidak pernah melihat begitu ramai orang memeluk Islam pada satu-satu masa. Ini membuktikan Islam adalah satu agama contoh dan menekankan ajaran kemanusiaan," katanya.






Ulasan GB

Sekalian ramai orang bukan Islam sudah tertarik dengan Islam tetapi ada umat Islam di negara ini yang mendedahkan pekung kejahilan mereka terhadap Islam menyambut 1Malaysia dengan hidangan arak dan wanita seksi.