16 Jan 2010

"Tuhan" Di Barat "Allah" Di Timur, Strategi UMNO Ditolak

Langkah kerajaan UMNO BN yang berstrategi untuk mengguna dua undang-undang yang berbeza di antara Malaysia Barat dan Malaysia Tmur di dalam isu kalimah Allah telah menerima tentangan beberapa pihak teretentu, dari kelompok Islam dan Kristian.

Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz semalam bahawa kerajaan membenarkan penggunaan kalimah “Allah” oleh masyarakat Kristian di Sabah dan Sarawak untuk merujuk Tuhan dalam bahasa kebangsaan.

Kenyataan Nazri itu, yang dilihat sebagai usaha terbaru berkompromi untuk mengurangkan ketegangan kaum, juga dikritik pemimpin-pemimpin gereja dari Semenanjung serta dari Sabah dan Sarawak. Pandangan itu muncul ketika Sarawak sedang bersiap sedia untuk mengadakan pilihan raya negeri bila-bila masa dari sekarang walaupun mandat semasa hanya akan berakhir Julai 2011.

Namun, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tetap berpendirian bahawa masyarakat Kristian di Sabah dan Sarawak tidak harus menggunakan lagi kalimah “Allah” di gereja masing-masing untuk merujuk kepada Tuhan dalam bahasa kebangsaan.

Sehubungan itu Jakim juga berpandangan tidak harus ada dua set undang-undang dan peraturan dalam menguatkuasakan soal larangan penggunaan kalimah tersebut.

Ketua Pengarah Jakim Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata semua pihak perlu menghormati undang-undang sedia ada bagi mengelakkan perkara-perkara yang bermasalah berlarutan, Malaysian Insider dipetik.

Jelas Wan Mohamad, oleh kerana sudah ada peraturan mengenai perkara sedemikian, maka adalah tidak wajar kalimah “Allah” digunakan oleh pihak gereja.

“Dalam apa pun dasar kita, kita seharusnya menghormati keputusan jemaah menteri walaupun ada undang-undang peringkat negeri.

“Kalau ikut semangat menghormati undang-undang, keputusan sudah ada di peringkat nasional, mereka tidak sepatutnya gunakan (kalimah Allah),” kata beliau.

Wan Mohamad memberitahu keputusan hanya membenarkan gereja di Sabah dan Sarawak tidak akan menyelesaikan masalah ekoran mobilisasi dan penghijrahan rakyat dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung dan sebaliknya.

“Itu pun tidak menyelesaikan masalah... kita di negara yang kecil ini perlu ada undang-undang dan peraturan yang standard seperti mana dalam semua urusan yang lain.

“Kita perlu lebih sistematik... tidak patut ada dua set undang-undang. Selain daripada undang-undang negeri, ada peraturan peringkat nasional (keputusan Kabinet) dan kita kena lihat aspek ini secara lebih menyeluruh,” katanya.

Jakim yang terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri berperanan sebagai agensi pusat dalam perancangan pengurusan hal ehwal Islam. Nazri pula merupakan salah seorang menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Dalam perkembangan berkaitan, Majlis Gereja Malaysia membantah keputusan kerajaan yang hanya membenarkan penganut agama Kristian di Sabah dan Sarawak menggunakan kalimah Allah namun menghalang penggunaannya di Semenanjung.

Presidennya, Rev. Dr Thomas Phillips berkata, tidak logik untuk memperkenalkan dua undang-undang berbeza dalam sebuah negara.

"Sekarang kita amalkan konsep 1Malaysia, kenapa pula perlu ada undang-undang berbeza bagi menangani satu isu yang sama?

"Apa bezanya Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung? Pelik rasanya kita perlu adakan undang-undang yang berlainan,"
katanya.

Mengulas lanjut, Dr Thomas yang juga Pengerusi Majlis Perunding Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao berkata, kerajaan perlu mengkaji semula keputusan berkenaan kerana isu tuntutan penggunaan kalimah Allah itu bukan hanya meliputi skop Sabah dan Sarawak sahaja.

"Isu yang sebenarnya ialah bagi gereja-gereja yang menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa perantara serta beberapa bahagian dalam penerbitan Herald (Herald-The Catholic Weekly) yang diterjemah ke Bahasa Malaysia.

"Kita memang tak ada masalah bagi gereja yang guna bahasa Inggeris, kita memang tak guna perkataan Allah... tapi yang kita tuntut penggunaannya ialah apabila ia diterjemah ke bahasa Malaysia, jelas sekali ia melibatkan semua negeri di Malaysia," katanya.

Isu penggunaan kalimah Allah telah mengundang reaksi pelbagai pihak termasuk kemarahan umat Islam apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya atas alasan ia mempunyai hak dalam Perlembagaan.

Hakim Datuk Lau Bee Lan menegaskan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah bertindak secara salah ketika mengenakan larangan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan akhbar mingguan itu.

Bagaimanapun, pada 6 Januari lalu, Lau membenarkan permohonan Menteri Dalam Negeri untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan awalnya sementara menunggu Mahkamah Rayuan membuat keputusan rayuan menteri.

Selain itu, Dr Thomas berkata, pihaknya tetap mahu menunggu keputusan mahkamah berhubung perkara berkenaan.

"Lebih baik kita serahkan perkara ini kepada mahkamah, kita nantikan apa keputusannya nanti," katanya.


Tasyrif Hanya Kambing Hitam

Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyelar tindakan polis menahan seorang pelajar yang didakwa memulakan tulisan berniat mendatangkan gangguan di laman social Facebook.com.

Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata pelajar itu umpama kambing hitam yang sengaja diciptakan oleh kerajaan demi membayangkan gagasan itu menjalankan amanah yang diberi rakyat.

Shamsul percaya tangkapan terburu-buru itu dibuat kerana polis dan kerajaan berada dalam keadaan terdesak sementelah masih tiada sebarang tindakan diambil berhubung serangan beberapa buah gereja di negara ini.

“Ya saya ingat ini merupakan tindakan yang tergesa-gesa dan pihak polis dilihat cuba mencari kambing hitam. Memandangkan sekarang sudah 10 gereja dibakar dan dirosakkan tetapi tidak ada sebarang tangkapan”.

“Apabila keadaan ini berleluasa, ianya menguatkan lagi syakwasangka kepada rakyat bahawa sebenarnya yang terlibat dengan menimbulkan perkara-perkara ini adalah kerajaan, saya bagi pihak parti membidas tangkapan yang dibuat semalam di atas asas sebarang usaha untuk mengatasi masalah ini perlu lah dibuat dengan cermat dan teliti”.

Mohamad Tasyrif Tajuddin, pelajar jurusan Perfileman dari Akademi Seni Budaya, Warisan dan Kebangsaan, (ASWARA) dituduh memulakan penghantaran komunikasi dengan kata-kata ‘ke nak aku baling bom petrol di sana plak? Harga boleh runding…’ melalui akaun Facebook Shahrul Maizam pada 10 Januari lalu.

Tasyrif didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta588) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama.

Dia berhadapan hukuman maksimun denda RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya sekali.

Menurut Shamsul belia hairan dengan kekuatan polis yang ada pada hari ini, bagaimana petualang di sebalik serangan 10 buah gereja masih gagal diberkas, sebaliknya tangkapan rawak dibuat kepada pelayar laman sosial Facebook yang masih kabur kedudukannya.

Sementara itu, menurut ahli parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusuff, beliau menggesa supaya tindakan diambil terhadap media arus perdana yang terlebih dahulu sengaja mensensasikan isu penggunaan kalimah Allah.

Yusmadi yang juga seorang peguam berkata, pelajar jurusan perfileman itu bukanlah punca kepada kekecohan ini walau tidak menafikan tindakan harus dikenakan kepada penuntut tersebut.

“Rata-rata rakyat Malaysia tahu, sumber berlakunya kekecohan ini bukan di situ. Sebab bagi saya, bagi saya Facebook ini satu fenomena baru, dan bagi saya majoriti yang mempengaruhi masyarakat ini ialah media mainstream” ujarnya.

“Pada saya hari ini yang malang pada pelajar itu, sebab beliau menulis sebegitu, pada saya tindakan perlu juga diambil. Tetapi pada saya, akhbar-akhbar arus perdana yang dari awal lagi menimbulkan perkara ini, itu perlu diambil tindakan”.

Yusmadi berkata, tindakan akhbar-akhbar arus perdana yang mengamalkan laporan berat sebelah memberi kesan yang besar kepada seluruh masyarakat di negara ini sehingga mengakibatkan provokasi dan gagal dibendung kerajaan.

“Saya melihat contohnya Utusan Malaysia sendiri, pendekatan yang diambil sejak awal memang agak berat sebelah. Bukan dari sudut pengamalan kebebasan akhbar, yang memberi ruang kepada dua pandangan yang berbeza untuk dipilih oleh masyarakat. Sebenarnya sejak awal lagi mengapi-apikan sentimen yang boleh membangkitkan kemarahan".

Tasyrif dikatakan melakukan kesalahan itu di Desa Mentari Petaling Jaya jam 10 pagi semalan dan keterangannya akan direkodkan di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya Isnin depan. -TVS



Serang Gereja Kes Ke 10 Di Seremban Serang Masjid Di Sarawak

Gereja Grace Global Prayer di Rasah, dekat Seremban, diserang lewat petang semalam dengan tingkapnya didapati pecah, menjadikan kes yang ke-10 setakat ini — dipercayai berkait rapat dengan isu kontroversi penggunaan kalimah “Allah”.

Polis Negeri Sembilan sedang menyiasat insiden tersebut.

Ia merupakan kejadian terakhir gereja di pelbagai lokasi di seluruh negara diserang dengan bom petrol dan perbuatan vandalisme sejak awal pagi Jumaat lalu.

Pekerja-pekerja gereja menyedari kemusnahan kira-kira 7.30 malam tadi.

“Kami sedang menyiasat dan akan mempertingkatkan keselamatan di kawasan sekitar gereja,” katanya.

Sementara itu, sebuah masjid menjadi sasaran kerja vandalisme sehari selepas gereja di Seremban, yang ke-10, dibaling dengan objek besar semalam, perkembangan yang dikhuatiri boleh memburukkan lagi suasana tegang ekoran isu kontroversi penggunaan kalimah “Allah”.

Insiden terbaru ini dilaporkan berlaku di Sarawak.

Ia merupakan kejadian pertama membabitkan masjid selepas 10 gereja dan sebuah kuil Sikh berhadapan dengan perbuatan serangan dan vandalisme sejak lebih seminggu lalu.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang dihubungi Reuters berkata, polis mengesan cermin di bahagian luar dinding masjid berkenaan pecah.

Beliau memberi amaran akan mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang cuba mencetuskan situasi huru-hara.

“Jangan buat spekulasi. Kami sedang menyiasat insiden ini.

“Keadaan masih aman dan tiada sesiapa yang harus mengambil kesempatan dengan memburukkan keadaan,” katanya.

Beliau percaya tindakan itu perbuatan vandalisme.

Dalam pada itu, polis percaya perbuatan seorang lelaki yang melempar objek keras ke tingkap Gereja Grace Global Prayer di Rasah, Seremban malam tadi yang menyebabkan kaca tingkap itu pecah merupakan perbuatan “nakal”.

Ketua Polis Negeri Datuk Osman Salleh berkata jika lelaki itu berniat mahu melakukan serangan terhadap rumah ibadat itu, sudah pasti kerosakan yang dialami adalah besar.

Dalam kejadian 7.30 malam itu, kaca tingkap gereja yang terletak dalam sederet rumah kedai dua tingkat itu, pecah.

“Kita yakin akan dapat menangkap suspek kerana kita ada petunjuk selepas berjaya menemui seorang pengawal keselamatan yang terlihat perbuatan lelaki itu dari jauh,” katanya kepada pemberita hari ini.


Najib, rombongan kerjakan umrah

MAKKAH: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang melakukan lawatan rasmi empat hari ke Arab Saudi, meluangkan masa untuk mengerjakan umrah, malam kelmarin (awal pagi semalam waktu Malaysia).

Beliau yang diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan anggota delegasinya, memulakan ibadah itu kira-kira jam 11 malam dan selesai melakukan tawaf tujuh kali sekeliling Kaabah serta sa'ie kira-kira dua jam kemudian.

Ibadah yang diketuai Jamil Sulaiman Jalal, berkata beliau turut menjalankan tugas sebagai mutawif kepada bapa Najib, Allahyarham Tun Razak Hussein, iaitu Perdana Menteri Malaysia Kedua.

Pemimpin Malaysia itu menunaikan solat Jumaat dan melakukan tawaf Wida lewat hari ini (semalam) sebelum berlepas ke Jeddah untuk menghadiri perhimpunan bersama anggota komuniti perniagaan Malaysia di Arab Saudi pada petang.

Lawatan beliau ke Arab Saudi bertujuan menggalakkan hubungan lebih akrab antara Malaysia dan negara yang kaya dengan minyak itu, termasuk bidang ekonomi.

Rombongan beliau turut dianggotai beberapa menteri, termasuk Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein;
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam. -BH


Ulasan GB

Kalimah Allah - semuanya sudah jadi kecoh apabila petrol dituangkan ke dalam api... semakin bersemarak jadinya apatah lagi diperburukkan dengan golongan politik yang mengharapkan laba dari isu berkenaan.

PM dan Menteri Dalam Negeri berada di luarnegara tatkala negara sedang "dibakar" dengan api permusuhan antara-agama yang dimainkan oleh media massa yang pro-kerajaan.

Atau apakah mungkin kerajaan sudah tahu "kejadian-kejadian" yang berlaku itu cuma satu "permainan" pihak tertentu untuk menunjukkan konon betapa seriusnya umat Islam terhadap isu kalimah Allah?


Isu Peruntukan: UMNO BN Langgar Federalisme

Isu diskriminasi Kerajaan Persekutuan menyekat peruntukan Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat jelas mengingkari amalan federalisme negara ini.

Setiausaha Politik Menteri Besar, Nik Nazmi Nik Ahmad menyifatkan pemimpin Umno-Barisan Nasional berfikiran jumud dan kolot hingga sanggup mempolitikkan isu peruntukan yang akhirnya menindas kebajikan rakyat selaku pembayar cukai.

Sebaliknya peruntukan itu disalahgunakan apabila disalurkan terus kepada parti Umno-BN sekaligus membantutkan usaha kebajikan rakyat terbabit.

“Wang yang disalurkan oleh kerajaan itu bukannya wang parti, tetapi wang rakyat, dan ini bertitik tolak daripada perkara yang lebih asas lagi iaitu tentang isu pembiayaan politik dan sebagainya di Malaysia masih lagi tidak ada peraturan yang jelas, dan sebab itu hari ini disalurkan dalam peringkat parti,"katanya.

Bercakap kepada Tv Selangor semalam beliau menambah Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor bersikap profesional dalam pengagihan peruntukan negeri tanpa mengira kerajaan mahupun pembangkang.

Ini kerana Pakatan Rakyat sentiasa mendukung perlembagaan negara demi kesejahteraan rakyat tanpa mempunyai sebarang kepentingan tertentu sepertimana yang diamalkan Umno-BN.

“Jadi kita bersedia sekiranya Ahli Parlimen kita misalnya menerima saluran daripada kerajaan pusat saya rasa tidak ada masalah kita akan terus serta merta kita akan bagi sama semua wakil rakyat yang ada di negeri Selangor bantuan tersebut,"katanya.

Nik Nazmi kesal sikap kerajaan persekutuan berpolitik kesukuan kerana tiada kawalan terhadap pembiayaan politik di negara ini.

Selain peruntukan, keengkaran mereka menyerahkan royalti sumber galian seperti petroleum di Kelantan jelas menafikan hak kerajaan negeri sekaligus merencatkan pembangunan prasarana dan kebajikan rakyat terbabit.

“Isu paling jelas, paling ketara permainan politik ialah isu royalti, yang mana kalau kita lihat bagi pihak sebelum ini dalam hansard pun Tun Razak dan sebagainya memaklumkan bahawa kerajaan negeri berhak terhadap royalti minyak,"katanya.

Nik Nazmi membidas kerajaan pusat kerana tidak menghormati kerajaan berperlembagaan sekaligus menafikan kedaulatan Raja-Raja yang memerintah negeri-negeri kerana menyekat peruntukan.

“Saya fikir kalau dibawa ke mahkamah dan sebagainya kerajaan negeri mempunyai hak yang jelas dan sebab itu kerajaan persekutuan begitu risau tentang tindakan mahkamah yang diambil oleh kerajaan Terengganu di bawah Pas terhadap kerajaan persekutuan dalam isu royalti minyak ini,"katanya.

Menurutnya, Pakatan Rakyat tetap memperjuangkan kepentingan hak rakyat dengan mengembalikan kuasa semua negeri menuntut royalti dan peruntukan yang wajib disalurkan oleh kerajaan persekutuan. -TVS



Pembunuhan Ngeri Ibu Saudara Rosmah – Video Rosmah: Dua Episod Yang Mencurigakan

Selepas menonton dan merasa kegerunan dengan apa yang didedahkan dalam video “Rosmah Puaka”, kini kita dimaklumkan pula dengan berita bahawa empat sekeluarga yang dibunuh dengan kejam di Gemenceh baru-baru ini ada kaitan keluarga dengan Rosmah Mansor.

Yang menjadi kebimbangan IB ialah apa yang didedahkan dalam video tersebut tentang hubungan kekeluargaan yang boleh dikatakan sudah tiada lagi di antara Rosmah dengan ahli-ahli keluarganya yang ditemubual dalam video tersebut mungkin sememangnya benar jika rentetan peristiwa pembunuhan kejam empat sekeluarga tersebut dikatakan tiada khabar berita langsung dari Rosmah Mansor untuk menjenguk dan menzirahi jenazah ibu saudaranya sendiri.

Semalam, suaminya boleh menyuarakan rasa sedih dengan rakyat negara luar yang mati ditimpa bencana gempa di Haiti. Namun, sebagai seorang Perdana Menteri, beliau tidak langsung bersuara tentang kematian empat orang ahli keluarga isterinya sendiri yang dibunuh dengan kejam.

Apabila berita sebegini semakin menjadi buah mulut orang ramai, maka sukarlah untuk Rosmah dan orang-orang yang terdekat dengannya untuk menidakkan persepsi orang ramai terhadapnya. Berbelanjalah jutaan ringgit kepada konsultan PR (public relations – bukan Pakatan Rakyat ya!) tersohor pun, pasti episod hitam sebegini sukar untuk dipadamkan dari sanubari rakyat. Pergilah mendokong bayi cacat atau berglamourlah dengan artis Bollywood, ingatan orang-orang di Gemenceh sukar untuk melupakan bahawa seorang anak gadis kampung tersebut tidak datang menjenguk ibu saudaranya yang telah dibunuh secara kejam – dan telah tersebarpun seluruh negara beritanya

Ditambah pula dengan pelbagai usaha untuk menutup sebarang kaitan antara mangsa pembunuhan kejam dengan Rosmah agar beritanya tidak tersebar … maka rakyat semakin rasa curiga dengan pelbagai episod-episod yang berlaku dan mereka tidak dapat jawapan sebenar …

* pembunuhan Altantunya
* misteri kehilangan PI Bala
* pelbagai kisah perkahwinan anaknya dan sekatan-sekatan yang dikatakan dikenakan terhadap menantunya
* pelbagai penglibatannya dalam kontrak-kontrak semasa Najib di Kementerian Pelajaran dan Pertahanan
* khabar-khabar tentang campur-tangannya dalam pentadbiran suaminya
* perangai “shopaholic” yang berbelanja mewah semasa mengikuti suaminya dalam lawatan di luar negara


Rakyat tertanya-tanya. Apabila tiada penjelasan yang dibuat dengan baik dan “sebenarnya”, maka rakyat semakin tertanya. Maka semakin banyak khabar-khabar lain yang lebih mudah dipercayai kerana mencari-carikan jawapan. Dan semakin disekat khabar-khabar sebegini, semakin dirasakan ada sesuatu sebab yang hendak disekat.

Sekian, -Ibrahim Baba


4 beranak mati dibunuh
January 6th, 2010 oryza sativa

“TAMPIN: Empat beranak ditemui mati dalam keadaan ngeri termasuk seorang tanpa kepala dipercayai dibunuh di dua rumah berasingan yang terletak berdekatan di Kampung Batang Rokan, Gemencheh dekat sini, semalam.

Mangsa dikenali Atan Daud, 90, yang juga bekas imam masjid kampung berkenaan serta isterinya, Sofiah Keatas, 80, menantu pasangan warga emas itu, Ismail Awang, 76, dan anak Ismail, Siti Khadijah Ismail, 22.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh, berkata empat beranak itu dipercayai dibunuh kira-kira jam 10 pagi, tetapi kejadian berkenaan hanya disedari selepas seorang lagi anak Ismail, Siti Mariam, 18, pulang dari sekolah pada jam 3.30 petang.

Katanya, terdapat kesan tetakan dan tikaman pada semua mangsa dengan pisau tercacak pada dada Siti Khadijah, manakala Atan putus tangan kiri, Sofiah putus tangan kanan dan Ismail pula putus kepala.”

Berita Harian 6 Januari 2010




Flashback





Penjara Jika Hebah Aduan Rasuah?

Angkatan Muda Keadilan Selangor mempertikaikan kenyataan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu, Abu Kassim Mohammad yang mendakwa tindakan mengikut Seksyen 29 (4) Akta SPRM 2009 akan diambil mulai sekarang terhadap pihak yang menghebahkan aduan rasuah yang dibuat kepada SPRM dikenakan tindakan sehingga boleh dipenjara. Peringatan ini diberi kepada pihak pengadu, media dan ahli-ahli politik.

Tindakan SPRM sedemikian mengikut pengamatan AMK Selangor tidak banyak membantu dalam usaha memerangi rasuah di negara ini malahan akan lebih banyak mengundang pelbagai spekulasi negatif kepada SPRM. Berkemungkinan tindakan tersebut bakal menyebabkan lebih banyak para pengadu takut untuk untuk membuat laporan kes rasuah kerana mungkin ada pihak yang mendedahkan aduan tersebut kepada umum yang menyebabkan para pengadu teraniaya.

AMK Selangor juga menggesa agar Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu ini membawa satu imej yang lebih professional, dinamik dan bebas untuk membawa SPRM menjadi institusi negara yang memerangi rasuah disegani sehingga peringkat antarabangsa. AMK Selangor tidak mahu melihat ada pihak yang akan menerima akibat dipenjara jika membuat hebahan kerana yang perlu diberi keutamaan ialah siasatan aduan kes rasuah yang dikemukakan.

Adalah perlu juga bagi memastikan pihak saksi tampil membantu siasatan. Perlindungan kepada saksi diberi keutamaan khususnya untuk tampil memberi keterangan di mahkamah tanpa sebarang ugutan dan tekanan daripada mana-mana pihak. Bagi memastikan perlindungan saksi ini diberi perhatian serius maka sewajarnya sistem perlindungan saksi seperti negara-negara yang sudah melaksanakan dikaji dan diterapkan di negara ini.

Sehubungan dengan itu, AMK Selangor memohon penjelasan lengkap dan menyeluruh kepada pihak umum berkenaan Sekyen 29(4) Akta SPRM 2009. Ini kerana ramai masih keliru dan tidak sedar akan perkara ini serta untuk memastikan tiada mana-mana pihak seperti pengadu, pihak media dan mana-mana pihak teraniaya akibat tidak memahami dengan jelas peruntukan tersebut. AMK Selangor tidak melihat peruntukan Sekyen 29 (4) Akta SPRM 2009 ini satu keperluan mendesak untuk dilaksanakan kerana banyak lagi usaha untuk memerangi rasuah di negara ini perlu dilaksanakan.

AMK Selangor melihat keadilan yang perlu dilaksanakan dalam konteks yang lebih meluas. Amat jelas dalam peruntukan undang-undang bahawa seseorang itu tidak lagi disabitkan bersalah sehinggalah benar-benar terbukti bersalah atau "One is innocent until proven guilty". Konsep ini sudah menjelaskan segala-galanya bahawa jika hebahan berkenaan aduan rasuah dibuat ianya tidak akan mempengaruhi perjalanan kes tersebut kerana kes akan akan dibicarakan. Malahan pendedahan kepada umum hanya menjurus kepada maklumat-maklumat asas yang mana tidak akan menjejaskan keseluruhan perjalanan kes tersebut.

Justeru, AMK Selangor berharap pihak SPRM mendapatkan pandangan daripada pelbagai pihak berkenaan perkara ini. AMK Selangor berkeyakinan SPRM mampu menjadi institusi yang hebat dan dipandang tinggi jika menampilkan imej baru yang berani, bebas, professional dan berintegriti tinggi. Persepsi rakyat dan antarabangsa terhadap SPRM masih ditahap yang jatuh merudum akibat kegagalannya melaksanakan siasatan yang telus dan bebas khususnya kes yang berprofil tinggi yang pada persepsi rakyat seolah ada tangan-tangan ghaib yang mempengaruhinya.

Akhirnya, AMK Selangor berharap kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu ini mampu memperbaiki kedudukan indeks rasuah negara yang semakin jatuh merudum sejak akhir-akhir ini. AMK Selangor bertekad akan terus memerangi rasuah kerana ia adalah "kanser pemusnah senyap" dalam sistem negara yang mampu menghancurkan dan membinasakan negara dan tamadun.

*Kenyataan media oleh Mohd Ezli Mashut selaku Ketua Penerangan AMK Selangor.

Ulasan GB

Apakah ia sebahagian dari usaha SPRM untuk mudah melakukan siasatan berpilih?
Apakah ia untuk memudahkan SPRM selamatkan figur-figur UMNO BN yang telah banyak diadukan kes rasuah terhadap mereka?
Apakah ia satu cara untuk mengugut rakyat supaya terima apa saja yang dilakukan oleh SPRM tanpa banyak tanya?
Apakah ini seperti hendak melakukan cover-up terhadap perbuatan salah-laku serisu SPRM seperti yang berlaku ke atas mendiang Teoh Beng Hock?


Mengapa JAIS Takut Sangat Dengan Pompuan Ni?

Bagi orang biasa, bila dapat surat dari jabatan kerajaan untuk hadir, apa lagi jika membabitkan jabatan yang dibekalkan kuasa undang-undang, mereka sangat risau. Mereka takut untuk hadir, tapi akhirnya terpaksa juga hadir, kerana jika tak hadir mereka lebih takut lagi, takut dikenakan tindakan undang-undang kerana ketidak hadirannya itu.

Tapi sikap takut ini tidak ada dengan pengasas produk kecantikan Nouvelles Visages, Datuk Sosilawati Lawiya, 43. Walaupun sudah 3 kali dipanggil mengadap Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS) bagi memberi keterangan berhubung insiden khalwatnya dengan seorang lelaki pada malam tahun baru, namun beliau masih tidak hadir mengadap JAIS.

Sosilawati memberitahu pihak akhbar semalam tiada sebab untuknya hadir ke JAIS kerana dia tidak melakukan sebarang kesalahan disebabkan dia telahpun berkahwin dengan pasangannya itu di Songkhla, Thailand pada 25 November lalu.


Dia juga menyatakan tidak akan mendaftarkan perkahwinannya sampai bila-bila kerana jika perkahwinannya berakhir dengan penceraian, dia tidak perlu berhadapan dengan prosedur-prosedur tertentu yang ditetapkan oleh bahagian agama.

"Saya tidak akan daftarkan perkahwinan saya sampai bila-bila, lagi pun kalau nak bercerai agak susah kerana mesti mengikut prosedur yang tertentu," katanya kepada mStar.

Wah, hebatnya wanita bergelar Datuk ini. Kalau orang biasa sudah ketar lutut bila dipanggil oleh JAIS kerana kesalahan khalwat, dia buat selamba saja. Yang kebanyakan orang takut sangat dengan JAIS kerana mereka tahu JAIS adalah jabatan yang tidak takut dengan siapa-siapa. Dengan mantan Mufti Perlis Dr. Mohd Asri Zainul Abidin pun JAIS tak gentar, dengan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad juga mereka tak takut. Malah dengan Menteri Besar Selangor sendiri pun mereka nampak macam boleh buat main-main saja.

Tapi dengan Soilawati ini tiba-tiba JAIS jadi takut! Tiga kali dipanggil tapi wanita itu masih tak hadir, dan JAIS seperti masih tidak boleh buat apa-apa. Mereka sedikit pun tidak rasa terhina diperlakukan begitu. Malah mereka juga tidak rasa terhina apabila Sosilawati memperkecilkan peraturan JAIS apabila berkata dia tidak akan daftarkan perkahwinannya sampai bila-bila, kerana jika bercerai dia perlu mengikut prosedur tertentu yang menyusahkan.

Mengapa JAIS kelihatan begitu berani bila berhadapan dengan Dr Mohd Asri tempoh hari dan dengan Khalid Samad baru-baru ini, tapi nampak begitu takut apabila berhadapan dengan Sosilawati?

Tak mungkin mereka takut sangat dengan Sosilawati kerana dia ada gelaran Datuk atau kerana dia seorang wanita.

Atau JAIS takut dengan wanita itu kerana dia seorang jutawan yang ada kuasa tawar menawar atau kerana wanita yang sudah hampir berusia 50 tahun itu masih bergaya dan begitu wangi aura wanitanya? -pendikargunung


Sosilawati Berkeras Enggan Daftar Perkahwinan
Oleh: NORUTUL ILHAM

SHAH ALAM: Pengasas produk kecantikan Nouvelles Visages, Datuk Sosilawati Lawiya, 43, menafikan menerima surat dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk menghadirkan diri hari ini bagi memberi keterangan berhubung insiden khalwat pada malam tahun baru dan berkeras tidak akan mendaftarkan perkahwinannya.

Selain itu, usahawan terkenal itu ketika dihubungi mStar Online hari ini juga turut memberitahu tiada sebab untuknya hadir ke JAIS kerana dia tidak melakukan sebarang kesalahan.

"Saya tidak menerima apa-apa, surat atau panggilan telefon dari JAIS. Pada malam tersebut, saya bukannya ditangkap khalwat, lagipun pasangan saya itu adalah suami saya," jelasnya.

Menurutnya, dia sebenarnya telah berkahwin di Songkhla, Thailand pada 25 November lalu dan tidak mendaftarkan perkahwinannya di Malaysia.

"Saya memang sudah berkahwin di Songkhla pada 25 November lalu, cuma saya belum mendaftarkan perkahwinan kami pada masa tersebut," katanya.

Ditanya mengenai status perkahwinannya yang masih diragui dan belum didaftarkan, usahawan yang berasal dari Batu Pahat itu menegaskan dia tidak akan mendaftarkan perkahwinannya sampai bila-bila kerana dari segi hukum agama, dia tidak melakukan sebarang kesalahan.

Menurutnya, jika berlaku penceraian, dia tidak perlu berhadapan dengan prosedur-prosedur tertentu yang ditetapkan oleh bahagian agama.

"Saya tidak akan daftarkan perkahwinan saya sampai bila-bila, lagi pun kalau nak bercerai agak susah kerana mesti mengikut prosedur yang tertentu," katanya.

Sekiranya JAIS masih mempunyai kekeliruan dan memerlukan keterangannya, Sosilawati berkata, urusan itu akan diuruskan oleh peguamnya.

Bagaimanapun, menurut Penolong Pengarah Bahagian Perancangan dan Strategik JAIS, Shahrom Maarop, pihaknya telah memaklumkan kepada Sosilawati melalui surat dan panggilan telefon beberapa hari lalu mengenai kehadirannya ke JAIS pada pukul 9 pagi hari ini.

Menurut Shahrom, pihaknya akan membuat susulan dengan menghantar surat sekali lagi kepada Sosilawati untuk hadir ke JAIS bagi memberi keterangan.

Selain itu, ketika ditanya mengenai tindakan yang akan diambil sekiranya Sosilawati masih tidak menghadirkan diri buat kali kedua, Shahrom berkata, pihaknya akan mengeluarkan surat saman kehadiran melalui mahkamah.

"Pihak JAIS akan membuat susulan dan akan memastikan dia (Sosilawati dan pasangan) hadir untuk memberi keterangan, dan jika dia masih tidak hadir, kita akan memberinya surat saman kehadiran melalui mahkamah," katanya.

Shahrom berkata, kes yang melibatkan Sosilawati dan pasangan yang ditangkap khalwat pada malam tersebut tidak dikategorikan dalam kes jenayah kerana pihak JAIS perlu mendapat keterangan terlebih dahulu.

"Ini bukan kes jenayah, lagipun kita perlukan keterangan pasangan terlebih dahulu," katanya.

mStar Online dalam laporan eksklusifnya baru-baru ini menyebut, Sosilawati dan pasangannya ditahan dalam satu serbuan yang dijalankan oleh pihak Masjid Kolej Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang diberi tauliah penguatkuasaan mencegah maksiat dan khalwat oleh JAIS sekitar pukul 12.30 tengah malam Jumaat lalu.

Dia bersama pasangannya yang juga seorang duda dilaporkan mengaku bersalah dan meminta maaf kepada penguatkuasa kerana berada dalam keadaan yang boleh disyaki berkhalwat. -MSTAR



Peguam SPRM Hina Mahkamah Persenda Karpal

Prosiding inkues setiausaha politik Teoh Beng Hock di Shah Alam semalam menjadi tegang apabila peguam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hampir dikenakan tindakan menghina mahkamah kerana mempersenda ketidakupayaan fizikal peguam Karpal Singh.

Dalam prosiding itu, Datuk Abdul Razak Musa, mewakili SPRM, telah berkata "saya boleh duduk tetapi kamu tidak boleh berdiri" kepada Karpal yang berkerusi roda.

Kenyataan itu mencetuskan pertikaman lidah serta menimbulkan kemarahan Karpal dan anaknya Gobind Singh dan mendesak mahkamah untuk mengeluarkan perintah terhadap Abdul Razak kerana menghina.

Koroner Azmil Muntapha Abas bagaimanapun memutuskan tidak mengenakan perintah ke atas Abdul Razak kerana menghina setelah mahkamah menerima permohonan maaf peguam itu dan memberi peringatan supaya tidak mengulangi perbuatan tersebut.

Abdul Razak mengeluarkan komen tersebut setelah Karpal, yang mewakili abang mendiang, Teoh Meng Kee, menghalangnya beberapa kali daripada membuat bantahan dan mengarahkannya duduk.

Abdul Razak ingin membuat bantahan terhadap kenyataan Karpal yang mendakwa Teoh mati dibunuh dan terdapat kemungkinan penglibatan pegawai-pegawai SPRM dalam kejadian itu.

Karpal bagaimanapun enggan menerima permohonan maaf itu dan mendakwa ia dibuat dengan tidak ikhlas, serta mendesak koroner supaya mengeluarkan perintah 'kerana menghina mahkamah'.

Koroner Azmil sebaliknya hanya memberikan peringatan kepada Abdul Razak dan mengarahkan supaya prosiding inkues diteruskan dengan mendengar hujah Karpal berhubung permohonannya untuk memulakan prosiding penghinaan mahkamah terhadap dua pegawai SPRM.

Karpal yang tidak berpuas hati dengan keputusan koroner itu enggan meneruskan prosiding inkues.

Beliau memohon supaya Abdul Razak dikenakan denda RM150 dan penjara sehari kerana kesalahan menghina mahkamah di bawah Akta Mahkamah Rendah 1948.

Peguam Malik Imtiaz Sarwar, bagi pihak kerajaan Selangor, berkata mahkamah patut mengambil berat isu tersebut kerana ia menyentuh sikap Abdul Razak yang tidak sensitif ketika mengeluarkan komen tersebut.

Prosiding inkues bagi menyiasat kematian Teoh bersambung Jumaat depan.

Beng Hock, 30, setiausaha politik kepada pengerusi jawatankuasa tetap kampung baru dan pengurusan kilang haram Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai tahun lepas di tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan salah guna wang kerajaan negeri Selangor kepada SPRM Selangor yang berpejabat di bangunan sama.



Klinik 1 Malaysia Hanya Propaganda

Penubuhan klinik 1Malaysia yang dianggap memberi faedah kepada rakyat berpendapatan rendah dengan bayaran hanya RM1.00 tidak lebih dari propaganda kerajaan semata-mata.

Menurut Naib Presiden Keadilan dan bekas menteri kesihatan, Datuk Chua Jui Meng, (gambar) bayaran perkhidmatan perubatan sebanyak RM1.00 yang dikenakan klinik 1Malaysia tidak berbeza dengan kos rawatan di hospital dan klinik kerajaan sebelum ini yang mengenakan caj pada kadar yang sama.

“Ini adalah satu propaganda sahaja untuk menawan hati rakyat. Saya perkuatkan sistem itu bila saya menjadi menteri kesihatan selama sembilan tahun,” ujarnya ketika dihubungi Free Malaysia Today hari ini.

Beliau juga mempertikai klinik tersebut kerana tidak diselia oleh doktor atau pakar perubatan bertauliah, sebaliknya pemeriksaan kesihatan hanya dijalankan oleh pembantu perubatan dan jururawat biasa.

Malah katanya, adalah amat memalukan apabila klinik 1Malaysia yang tidak mempunyai perkhidmatan doktor itu diwujudkan di tengah-tengah bandaraya.

“Sepatutnya mana ada klinik di Lembah Kelang tanpa perkhidmatan doktor, tanpa perkhidmatan pakar perubatan. Mana ada klinik di bandar besar yang pemeriksaan kesihatannya dilakukan oleh pembantu perubatan dan jururawat. Ini hanya menjadi bahan ketawa saja,” ujarnya.

Katanya lagi, klinik tanpa doktor kebiasaannya hanya wujud di kawasan luar bandar dan kawasan pendalaman kerana ia tidak boleh dielak akibat kekurangan doktor terlatih di kawasan terbabit.

Mengulas lebih lanjut, Chua berkata, sepatutnya kerajaan memperbaiki mutu perkhidmatan di hospital dan klinik kerajaan sedia ada, dan bukan dengan membazirkan RM10 juta wang rakyat untuk mewujudkan klinik seumpama itu.

“Ini adalah satu tindakan yang tidak tepat, sepatutnya lebih baik kerajaan perbaiki mutu perkhidmatan perubatan di hospital dan klinik kerajaan yang mempunyai doktor dengan dibantu jururawat dan pembantu perubatan. Saya tak nampak logik kewujudan klinik 1Malaysia ini” ujarnya.

Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) sebelum ini mengkritik keputusan kerajaan melaksanakan klinik tersebut yang dikatakan sebagai membazir dan menjatuhkan standard dalam amalan perubatan.

Menurut Presidennya, Dr David K L Quek, ia bertentangan dengan Akta Perubatan 1971 yang menggariskan tugas antara pembantu perubatan dan seorang doktor terlatih.

“MMA percaya klinik-klinik sedemikian dalam kawasan bandar bakal menjadi terlalu banyak dan membazirkan wang rakyat.

Tambahan pula, pegawai perubatan yang tidak berdaftar sebagai doktor yang menyeliakan klinik ini juga menjadi satu kesalahan, melemah dan merendahkan standard perkhidmatan kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan. -FMT


MMA slams 1Malaysia clinics
(The Sun)

PETALING JAYA (Dec 22, 2009) : The Malaysian Medical Association (MMA) has criticised the government’s decision to implement 1Malaysia clinics which are to be manned by medical assistants and nurses, calling it "wasteful" and "illegal".

"The MMA believes such clinics in urban areas would be redundant and shortchange the rakyat," its president Dr David K.L. Quek said in a statement today.

"Furthermore, getting unregistered medical doctors to man these clinics is also wrong and undermines the healthcare service which leads to a possible poorer standard of care," he said.

Quek said the employment of medical assistants and nurses to man clinics is against the Medical Act 1971 which prohibits medical assistants from prescribing “any more than some very simple medicines”.

Last week, Bernama quoted Health Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai as saying the clinics would be allowed to prescribe medicine for minor illnesses like fever, cough or minor cuts and could also handle referral cases.

A total of 50 1Malaysia community clinics will begin operation next month to provide basic health treatment for urban residents.

However, Quek said there are already many “under-utilised” general practitioner clinics.
He said there are many doctors in the country but they are poorly distributed.

"If the government feels the 1Malaysia clinics have to be established, the least it could do is ensure these clinics are manned by registered medical doctors,” he said.

“The standard of medical care should not be compromised."

Prime Minister Najib Abdul Razak recently announced an allocation of RM10 million under Budget 2010 for the clinics.


ADUN Seri Andalas Selewang Wang Peruntukan

Angkatan Muda keadilan (AMK) Selangor membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu perbelanjaan peruntukan Dewan Undangan Negeri (Dun) Seri Andalas semasa di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN).

Menurut ketuanya, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin, terdapat unsur meragukan dalam beberapa butiran perbelanjaan yang dinyatakan dalam dokumen peruntukan Dun tersebut yang melibatkan wang berjumlah RM110,800. Wang itu dikeluarkan melalui satu cek untuk kegunaan kempen BN semasa pilihanraya umum lalu.

Penyewengan peruntukan itu melibatkan 16 ketua cawangan, seorang ketua MIC, seorang ketua MCA, seorang Ketua Puteri Umno, seorang Ketua wanita, dan seorang bekas Pemuda Umno di Dun terbabit.

Menurut Khairul, salah seorang yang turut disyaki ialah Pengerusi Bersih Bangun Selangor, Mohd Abdul Raof Mokhtar, yang sebelum ini membuat dakwaan rasuah terhadap Menteri Besar Selangor berhubung kampus projek Universiti Teknologi Mara (UiTM).

“Kita harap NGO ini dapat membersihkan Selangor dari segala gejala rasuah dan salahguna kuasa. Tetapi kita harap sebelum dia nak membersihkan Selangor ini, saya ingat dia dulu kena bersih,” katanya.

Khairul atau lebih mesra dengan panggilan Jonah berkata, AMK telah membangkitkan isu ini pada tahun 2008 berkenaan penyelewengan peruntukan tersebut yang dihabiskan dalam tempoh tiga bulan, tetapi tidak ada sebarang tindakan yang diambil olehSPRM.

“Ini isu yang lama dan kita tidak tahu berapa kali kita akan berjumpa dengan pihak SPRM untuk membuat laporan ini,”

“Kita berharap dengan mendapat ketua Pesuruhjaya yang baru, iltizam yang baru, SPRM Selangor berusha memerangi rasuah ini secara habis-habisan tanpa memilih bulu atau tanpa ada “double standard”.

Ini supaya masyarakat dapat melihat institusi SPRM ini benar-benar sebuah institusi yang boleh dipercayai untuk memelihara integriti, kewibawaan dan imej negara ini,” katanya.

Menurut Ketua AMK cabang Kota Raja, Azmizam Zaman Huri beliau berharap dengan perlantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru, institusi itu dapat mmebersihkaan semula imej dan integritinya sepertimana yang dijanjikan.

“Kalau benar Datuk Abu Kassim ingin mengembalikan semula maruah, imej dan intergirti SPRM kita nak dia siasat penyelewengan ini. Kita nak beliau buktikan beliau benar-benar komited dengan janji beliau untuk membersihkan imej SPRM,” katanya. SK