3 Jun 2009

Hampir 70% Rakyat Dakwa Langkah UMNO BN Tidak Berkesan Perangi Rasuah

Purata hampir 70 peratus daripada rakyat Malaysia menolak usaha kerajaan Barisan Nasional dalam membendung gejala rasuah di Negara ini yang dilaporkan semakin serius.

Transparency International atau (TI), sebuah badan bukan kerajaan antarabangsa, mendapati 67 peratus daripada responden di Malaysia berpendirian segala langkah BN itu tidak berkesan untuk mengurangkan rasuah.

Menurut presiden (TI), cawangan Malaysia, Datuk Paul Low, 42 peratus daripada responden juga menganggap parti politik sebagai organisasi yang paling korup di negara ini, dikuti oleh sektor perkhidmatan awam.

Pada sidang akhbar itu Low kerap menggunakan ungkapan politik wang yang diakui sebagai masalah serius dalam UMNO oleh kepimpinan tertinggi parti itu sendiri.

“Saya fikir amat jelas bahawa rakyat sudah muak dengan politik wang. Saya berpendapat pemimpin politik sendiri sedar perkara ini. Memang tahap ketelusan parti politik amat rendah,” kata Low.

“Untuk menukar persepsi orang ramai ini, usaha hendaklah dibuat untuk parti politik membendung politik wang dan menjadi lebih telus,” tambah Low.

Low berkata 5 peratus daripada mereka yang ditemu bual dalam tinjauan itu turut berpendapat badan kehakiman negara ini dicemari dengan rasuah manakala 12 peratus lagi melihat sektor perniagaan dan sektor swasta dibelenggui dengan rasuah.

Hanya 28 peratus sahaja yang bersetuju kerajaan Barisan Nasional pro-aktif dalam menangani rasuah di Negara ini.

Low berkata tinjauan itu menzahirkan keperluan untuk kerajaan bertindak lebih tegas dalam usaha membanteras rasuah demi meningkatkan keyakinan pelabur asing.

“Sebagaimana yang kita sedia maklum, kebanyakan pelaburan di Malaysia berasal dari Amerika Syarikat, Jepun dan Eropah yang mempunyai undang-undang ketat mengenai rasuah,” kata Low.

“Jadi sudah tentu mereka mahu melabur di Negara yang bebas dari rasuah dan mengamalkan proses telus untuk tender projek,” kata Low.

Selain Malaysia, tinjauan oleh Transparency International itu turut membabitkan 68 negara lain di Eropah, Amerika Selatan dan Afrika dengan 73,000 responden.

Merujuk kepada skandal Zon Bebas Perlabuhan Klang PKFZ yang membabitkan dana awam sehingga RM 7.4 billion, Low berkata kerajaan persekutuan seharusnya lebih pro aktif dalam mendedahkan butiran penuh skandal yang membabitkan dana awam.

Skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) mendedahkan penyelwengan BN dalam menguruskan amanah rakyat.

Kos projek itu meningkat daripada RM 2 billion kepada kepada RM 3.5 billion manakala pinjaman faedah rendah kerajaan untuk projek itu melonjak dari lebih RM 4 billion kepada RM 7 billion.

Lembaga Pelabuhan Kelang dijangka tidak berupaya membayar faedah pinjaman selepas tahun 2012, menyebabkan kos projek PKFZ akan naik kepada lebih RM12 billion. -TVA


228 Penumpang Air France Terkorban

Pejabat penerbangan Perancis mengatakan mereka mungkin tidak akan dapat menemukan kotak hitam Air France yang hilang di Lautan Atlantik.

Pihak bertanggungjawab berjanji untuk melakukan penyelidikan yang mendalam, namun dia mengatakan keadaan di kawasan nahas berlaku agak sulit.

Pesawat AF447 tersebut sedang dalam perjalanan dari Rio de Janeiro ke Paris dengan membawa 228 penumpang hari Senin, ketika kemudian hilang di atas Lautan Atlantik.

Kesan pesawat dilaporkan sudah ditemukan sekitar 650 kilometer lepas pantai Brasil dan kapal-kapal angkatan laut sekarang sudah mengitari wilayah tersebut.

Menurut para pejabat Brasil dan Perancis, tidak diragukan lagi bahawa serpihan tersebut berasal dari pesawat yang hilang.

Dalam satu sidang akhbar di Paris, pejabat penerbangan Perancis mengatakan mereka akan mengeluarkan laporan awal di akhir Juni mendatang.

Ketua badan penyelidikan di Jabtan Penerbangan Awam Perancis, Paul-Louis Arslanian, mengatakan sebelum meninggalkan landasan, pesawat nampaknya tidak memiliki masalah sama sekali.

Arslanian menambahkan bahawa mereka enggan berspekulasi, dan penting sekali mereka melakukan siasatan terhadap semua kemungkinan yang ada.

Serpihan pesawat

"Tragedi ini - yang merupakan yang terburuk dalam sejarah penerbangan negeri ini terjadi di daerah yang sulit. jadi penyelidikan tidak akan mudah, namun kami tidak akan menyerah begitu saja." kata Arslanian.

Dia mengatakan bila sebenarnya kecelakaan itu terjadi belum diketahui, dan juga apakah kapten menguasai pesawat ketika itu.

Kapal angkatan laut Brasil tiba di lokasi kecelakaan hari Rabu pagi, dan mereka melaporkan cuaca buruk di kawasan tersebut

Tiga kapal barang sudah tiba di daerah tersebut, setelah diminta untuk membantu operasi.

Perancis mengirim kapal peneliti yang dilengkapi dengan dua kapal selam kecil.

Kotak hitam pesawat yang biasanya dapat memberikan informasi mengenai apa yang terjadi, boleh mengirim signal selama 30 hari.

Namun para penyelidik mengatakan kotak itu mungkin ada di kedalaman 3000 meter.

Arslanian mengatakan dia tidak optimis akan dapat menemukan kotak hitam, karena dasar lautan yang sulit diduga.

"Tanpa kotak hitam, akan sulit sekali mengetahui fakta yang ada, namun kami boleh mencapai kesimpulan tentang apa yang terjadi."

"Sampai detik-detik terakhir, kami masih berharap bahawa ini hanya kehilangan kontak biasa. Sulit sekali menerima kenyataan akan bencana seperti ini."

Perancis akan mengadakan hari khusus untuk mengenang mereka yang korban, sementara di Brazil telah dinyatakan hari berkabung negara itu selama tiga hari.

Kebanyakan korban adalah warga Brasil dan Perancis, dengan penumpang lain berasal dari 32 negara.

Diantara penumpang yang terkorban:

* Eirch Heine - Presiden dari Dewan Pentadbiran ThyseenKrupp-Companhia
* Luis Roberto Anastacio - Presiden Amerika Selatan Michelin
* Antonio Guerios - Pengarah TI, Michelin
* Christin Pieraerts - Michelin Karyawan
* Dr Roberto Correa Ilmu - ahli bedah plastik, Pengarah Bank Kulit
* Ilmu vera, Isteri dari Dr Ilmu
* Leticia Ilmu, Daughter of Dr Ilmu, International Roaming Manager Oi Telepon
* Deise Possamai
* Marcelo Parente - Chief of Staff dari Rio de Janeiro Walikota
* Leonardo Veloso Dardengo - Oceanographer
* Pedro Luiz de Orleans e Braganca,
* Rino Zandonai - Direktur Trentini Nel Mondo Onlus Association, Itali
* Giambattista Lenzi - Regional Conselor dari Trentino Alto Adige, Itali
* Gianni Zortea - Walikota, Canal San Bovo, Itali
* Silvio Barbato - konduktor, Rio Kota Theater
* Aisling Butler, 26, Doktor
* Brad Clemes, 49 - Kanada dari Guelph, Ontario; eksekutif Coca-Cola
* Arthur Coakley, 61; Inggris, Structural Engineer untuk PDMS
* Jane Deasy, 27; Irlandia; Doktor
* Michael Harris, 60: American dari Lafayette, Louisiana; Geologist
* Anne Harris; Amerika, Isteri Michael Harris
* Zoran Markovic, 45; Kroasia, dari Kosteji, Kroasia; Pelayar
* Eithne Walls, 29; Irlandia; Doktor
* Alexander Bjoroy, 11; England



Nizar Akan Failkan Rayuan Di Mahkamah Persekutuan Isnin Depan

Walaupun masih belum menerima penghujahan bertulis keputusan Mahkamah Rayuan 22 Mei yang mengesahkan Dr Zambry Abd Kadir sebagai Menteri Besar, namun ini tidak menghalang langkah Mohammad Nizar Jamaluddin untuk memfailkan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan.

"Kita masih belum menerima penghujahan bertulis daripada Mahkamah Rayuan. Walau bagaimanapun setelah berbincang dengan peguam pihak kami akan memfailkan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan pada hari Isnin 8 Jun depan," kata Nizar.

Tambahnya pasukan peguam beliau akan memohon agar rayuan beliau akan didengar oleh panel penuh sembilan hakim.

Hakim Mahkamah Rayuan Md Raus Sharif sebelum ini berkata penghakiman bertulis akan dikeluarkan pada 29 Mei.

Bagaimanapun faks daripada pejabat Mahkamah Rayuan memberitahu bahawa mahkamah tersebut masih dalam proses menyediakan penghakiman bertulis tersebut menurut peguam Nizar, Leong Cheok Leng.

"Kita berharap akan menerima dokumen tersebut pada minggu ini supaya kami dapat bersedia untuk proses rayuan kepada Mahkamah Persekutuan," katanya.

Nizar mempunyai tempoh masa sebulan daripada tarikh keputusan secara lisan untuk memfailkan rauian beliau.

Beliau akan mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang apabila Parlimen menyambung sidang 15 Jun depan. -TVA


PAS UMNO : Calon PAS Untuk Manek Urai Sudah DIkenalpasti

Calon PAS yang akan bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Manik Urai pada 14 Julai ini sduah dikenalpasti, namun ia masih belum didedahkan nama calon tersebut, demikian lapor Bernama.

"Kita sudah ada nama calon yang akan diletakkan untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Manik Urai dan biasanya akan mengumumkan seminggu sebelum pilihan raya," kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata PAS tidak menghadapi masalah dalam menentukan calon kerana ramai calon dari parti itu yang berkelayakan.Pilihan raya Manik Urai diadakan berikutan kematian penyandangnya Ismail Yaacob, 60, dari PAS pada 22 Mei lalu.

Ditanya pula sama ada beliau memberi sebarang petunjuk dalam pemilihan calon bagi jawatan Timbalan Presiden PAS pada muktamar agung parti itu di Shah Alam Jumaat ini, Nik Aziz berkata beliau menyerahkan kepada para perwakilan dalam menentukan calon tersebut.

Bagi jawatan itu, anggota exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa akan bertanding menentang penyandangnya Nasaruddin Mat Isa dan Mohamad Sabu.

Pertandingan jawatan Timbalan Presiden PAS menjadi perhatian utama semasa muktamar itu setelah Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengekalkan jawatan presiden.



SPRM Lambat Malah Tidak Bertindak Bila Dakwaan Rasuah Membabitkan UMNO BN

Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas fail dan dokumen daripada pejabat exco Kedah berhubung dakwaan seorang Exco negeri itu telah membuat tuntutan berlebihan sejak beliau dilantik Mach tahun lalu menimbulkan persoalan sama ada SPRM benar-benar bebas dan telus dalam mengambil tindakan terhadap sesuatu tuduhan rasuah.

Pegawai SPRM cawangan Kedah juga mengambil dokumen daripada pejabat Menteri Besar berkaitan tuntutan sebanyak RM150,000 oleh exco terbabit.

Berdasarkan laporan sebuah akhbar arus perdana bahasa Inggeris minggu lalu mengenai isu tersebut SPRM dilihat begitu pantas melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya untuk membanteras gejala rasuah dalam negara.

Namun tindakan cepat bagaikan kilat membabitkan seorang exco kerajaan negeri Pakatan Rakyat tidak pula dilihat dalam kes-kes yang membabitkan pemimpin-pemimpin Umno dan Barisan Nasional.

Skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang bakal menelan kos RM12.8 bilion sudahpun didedahkan minggu lalu malah Pengerusi PKRZ pun sudah menyerahkan laporan audit kepada SPRM.

Sehingga kini SPRM masih membisu dan tidak memanggil pemimpin-pemimpin BN yang nama mereka disebut dalam laporan audit tersebut.

Semalam Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin bernilai RM300 juta runtuh walaupun ia baru berusia setahun jagung.

Rakyat akan melihat apakah SPRM akan menyiasat kontraktor yang membina stadium tersebut dan merampas fail dan dokumen daripada Jabatan Kerja Raya yang memantau projek tersebut.

Bagaimana pula dengan tuduhan rasuah terhadap dua bekas ecxo Pakatan Rakyat Perak yang menyeberang menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Bebas, Mohd Jamaluddin Mat Radzi dan Kapt (B) Mohd Osman Jailu melibatkan kelulusan sebuah projek pembangunan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar?

Perbicaraan kes mereka sepatutnya didengar di Mahkamah Sesyen Ipoh 10 Feb lalu tetapi sehingga kini SPRM terus membisu seribu bahasa.

Dakwaan kedua-dua ADUN tersebut melompat daripada Pakatan Rakyat kerana menerima habuan wang ringgir tidak disiasat oleh SPRM tetapi badan yang sama juga begiti cepat menuding jari menuduh ada elemen salahguna kuasa apabila Speaker DUN Perak V. Sivakumar menggantung Dr Zambry Abd Kadir dan enema exconya.

SPRM bagaimanapun petah bercakap mengenai dakwaan rasuah Menteri Besar berhubung lembu korban dan kereta rasmi walaupun pejabat Peguan Negara belum lagi mmeberi apa-apa komen mengenai kertas siasatan kes tersebut.

Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang didapati terbabit dalam rasuah politik semasa kempen pemilihan Umno baru-baru ini juga terpelas daripada siasatan SPRM malah badan itu mengambil sikap menyepi.

Dasar pendakwaan terpilih ini dilihat rakyat sebagai sikap dwi standar tegar yang diamalkan oleh SPRM dalam memilih-milih tuduhan rasuah mana yang patut disegera siasat dan kes mana yang patut ditunda sehingga luput daripada ingatan.

Memori rakyat terhadap kes-kes rasuah pemimpin Umno dan BN yang dilupakan SPRM bagaimana pun tidaklah sependek SPRM.


Lawatan Ke Cina Agenda Politik Wayang Najib Altantuya

Angkatan Muda Keadilan Selangor menolak tindakan politik wayang terbaru oleh Perdana Menteri Najib Razak, dan menganggap lawatan beliau ke negara Tembok Besar China hanya bersifat gimik dan wayang politik semata-mata bagi memulihkan kembali imejnya yang tercalar teruk sebelum ini.

Ketua AMK Selangor, Khairul Anuar Zainuddin berkata lawatan Najib ke negara tersebut dilihat hanya bagi mencari populariti dan mengambil hati masyarakat kaum Cina di negara ini,dan tidak memberi apa-apa erti kepada rakyat dan negara.

Menurut beliau lagi rakyat hari ini kian bijak dan cerdik untuk membuat penilaian antara agenda politik wayang dan agenda politik yang jelas dan jitu dalam memperjuangkan dan mengutamakan kepentingan rakyat.

"Malahan reformasi yang lebih konkrit diperlukan khususnya mewujudkan sistem ekonomi yang adil, kebebasan badan kehakiman, professionalisme pasukan PDRM,SPRM dan SPR serta pembaharuan dalam pentadbiran negara.

"Justeru kembalinya beliau daripada China,kita mahu satu harapan baru untuk hubungan antara kaum yang lebih mesra dan berkasih sayang . Sepertimana yang dilaungkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam agenda memupuk persaudaraan antara kaum dengan kata-kata ‘empat lautan terbentang luas, semua manusia adalah bersaudara," kata Khairul Anuar.

PAS Alu-alukan UMNO BN Menoreh Bersama Rakyat Di Manek Urai

PAS Kelantan mengalu-alu cadangan pimpinan Umno untuk tidur di rumah orang-orang kampung dan turut menjalani kehidupan harian dengan menoreh getah bersama penduduk di Manek Urai, lapor Roy Rasul.

Ini kata Timbalan Ketua Muslimat PAS Negeri, Wan Ubaidah Wan Umar tindakan mereka itu sekaligus dapat menyelami perasaan rakyat dan cara hidup rakyat yang susah selama ini.

Bagaimanapun ujarnya, pendekatan yang dilakukan Umno itu jangan hanya dibuat empat tahun sekali atau semasa kempen pilihan raya kecil baru hendak bagi kain pelikat dan menyuap nasi ke mulut rakyat.

Walhal katanya, apa yang dirancang oleh Umno itu, sudah lama dilakukan PAS. Beliau berkata, PAS selama-lamanya bersama rakyat bahkan berkebun, menoreh menjadi kebiasaan bagi parti itu.

"Baguslah jika Umno hendak buat macam itu kerana PAS memang selamanya bersama rakyat jadi program yang dibuat pun untuk rakyat," katanya yang juga Pengerusi Jawatan Kuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri Kelantan.

Di Kota Bharu, Isnin lepas, Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan, dipetik sebagai berkata, bagi memenangi hati masyarakat di peti undi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai dalam pilihan raya kecil pada 14 Julai ini jentera Barisan Nasional (BN) harus turut sama turun padang dan merasai sendiri susah senang masyarakat setempat.

Katanya, mereka akan tidur di rumah orang kampung dan turut sama menjalani kehidupan harian dengan menoreh getah bersama masyarakat di sana.

Ubaidah ketika mengulas perkara itu berkata, terpulang kepada pengundi di Manek Urai untuk membuat pertimbangan mengenai cara Umno itu. Namun beliau yakin pengundi di Manek Urai tidak mudah terpengaruh kerana PAS sentiasa bersama mereka. Malah bidasnya pendekatan Umno itu menampakkan mereka selama ini tidak pernah turun bersama rakyat sebagaimana yang dilakukan oeh PAS selama ini.

"Program PAS untuk bersama rakyat tidak perlu menunggu pilihan raya. Kami buat program sepanjang masa umpamanya mengadakan proram qiamullail dan sebagainya," katanya. Oleh kerana itu katanya, PAS tidak mengalami apa-apa masalah untuk mendekati rakyat dan budaya tersebut bukan satu kejutan atu benda baru bagi PAS.


Benarkah UMNO BN Ada Majoriti Di DUN Perak?

Pilihanraya adalah salah satu cara untuk memberi peluang kepada rakyat untuk memilih sebuah parti politik bagi menerajui sesebuah negeri atau Negara. Semua rakyat diberi peluang dengan cara mengundi parti manakah yang mereka rasakan sesuai dan mampu untuk membela nasib mereka dan dapat memberikan keadilan yang berpanjangan. Rakyat tidak peduli siapa calun yang mewakili parti tersebut, yang paling utama bagi mereka ialah parti itu sendiri.

Di Perak contohnya seperti Di Dun Behrang, Changkat Jering dan Jelapang, rakyat diketiga-tiga kawasan Dun tersebut telah meluahkan isi hati mereka dan dengan jelas dan terang telah memilih Parti yang mewakili Pakatan Rakyat untuk mewakili mereka. Mereka menolak parti lain samada yang menggunakan lambang dacing atau yang lainya. Ini secara tidak langsung, pengundi di ketiga-tiga kawasan tersebut dengan majority telah memberi amanah kepada calun yang mewakili Pakatan Rakyat.

Oleh itu, sekiranya wakil-wakil rakyat tadi melompat ke parti lain setelah menang, maka dengan sendirinya mereka bukan lagi wakil rakyat bagi ketiga-tiga kawasan tersebut. Mereka tidak boleh lagi mendakwa sebagai wakil rakyat di kawasan itu dan mereka tidak boleh masuk ke Dewan Undangan negeri atas kapasiti sebagai wakil rakyat ketiga-tiga kawasan itu kerana pengundi di ketiga-tiga kawasan itu hanya memberi amanah dan tanggungjawab kepada parti dari Pakatan Rakyat sahaja sebagai wakil rakyat mereka.

Ini sama juga seperti yang berlaku di Parlimen Pasir Mas, Kelantan dimana calun yang bertanding menggunakan lambang parti PAS yang mewakili Pakatan Rakyat, jika selepas menang mereka keluar meninggalkan parti yang mereka bertanding, bermakna mereka telah mengkhianati amanah pengundi dan parti yang telah memberi mereka peluang bertanding sebagai calun. Sepatutnya kelayakan mereka sebagai wakil rakyat gugur dengan sendirinya.

Alasan mereka sebagai mewakili parti BEBAS, siapa pengundi mereka? Kawasan mana. Sepatutnya mereka-mereka ini (di Perak dan di Kelantan) tidak dibenarkan memasuki Parlimen atau Dun malahan tidak layak diberikan elaun bulanan sebagai wakil rakyat. Jika dalam Parlimen atau Dun, mereka ini bercakap mewakili pihak mana? Pengundi kawasan mana?

Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Haji Hadi menang di kawasan mereka sebab mereka bertanding menggunakan lambang yang mewakili Pakatan Rakyat, seandainya mereka berdua bertanding menggunakan lambang selain dari itu, pasti mereka akan tewas juga.

Ini jelas menunjukan bahawa UMNO atau BN tidak mempunyai majority di Dun Perak, kerana pengundi di ketiga-tiga kwasan berkenaan tidak pernah memilih atau mengundi calun bebas atau BN dalam pilihanraya umum tahun lalu. Tetapi oleh kerana UMNO berkuasa dan boleh apa saja di Perak, maka kini lahirlah kerajaan palsu, Exco palsu, Menteri Besar palsu yang dilantik melalui Mahkamah Rimba.

Tetapi itu lah UMNO, Rakyat tak suka, dia kata rakyat suka dia. Itu sebabnya apa yang Allah larang dan haramkan semuanya UMNO buat dan langgar. Mana ada satu pun yang Allah larang dan haramkan yang UMNO tak buat, seratus peratus dia buat dan langgar kecuali makan babi dan anjing saja mereka tolak.

Akibat mereka melantik Menteri Besar secara tergesa-gesa sedangkan Menteri Besar Pakatan Rakyat masih ada, mereka lantik Speaker baru sesama mereka sedangkan Speaker yang sah masih ada, akhirnya perbuatan mereka menjadi ikutan rakan mereka dari Parti Progresif Penduduk apabila mereka ini melantik Presiden baru secara sesama mereka sedangkan Presiden yang ada masih hidup lagi.

Itu lah UMNO, sebaik-baik manusia, sealim-alim umat, jika masuk UMNO, pastikan akan jadi zalim, jahat, penipu dan sesat.

Mereka gunakan isu ketuanan Melayu demi untuk mendalatkan kembali sokongan. Kita Tanya puak UMNO, siapakah selama ini yang menggadaikan hak-hak orang Melayu? Tanah rezab milik orang Melayu? Projek-projek dan kawasan balak yang puak UMNO dapat, kepada siapakah mereka berikan semua itu demi untuk menjadi kaya raya? Bukankah kepada taukeh-taukeh Cina juga? Pihak istana yang dapat projek dan balak, siapa di belakang mereka? Bukankah taukeh Cina juga?

Di Sunagi Lingu, Bandar Tenggara Johor, seluas 51,170 hektar tanah negeri di pajakan kepada Singapura untuk tempoh 60 tahun sejak tahun 1980 iaitu semasa Muhyidin Yasin menjadi Menteri Besar Johor sehinggakan tiada siapa rakyat Malaysia yang boleh memasuki kawasan tersebut sekarang ini. Angkara siapa semua ini? Adakah angkara PAS, Parti Keadilan atau DAP? Ini belum lagi tanah-tanah milik orang Melayu yang digadai dan dirampas oleh UMNO dan diberikan kepada orang asing semata-mata kerana wang?

Taukeh judi di Genting, taukeh kilang arak yang berselerak dalam Negara kita ini, siapa yang meluluskan lesen serta memberi tanah kepada mereka? UMNO tidak berani bersuara dalam soal ini kerana syarikat-syarikat judi serta kilang-kilang arak ini adalah penyumbang kewangan terbesar kepada UMNO terutamanya ketika musim pilihanraya dan pemilihan UMNO. Bagi UMNO, duit haram, kerja haram sudah menjadi sebati dalam perjuangan dan darah daging mereka.

Kini mereka gunakan isu komunis pula dengan tujuan untuk menjauhan orang Melayu dari DAP. Ingatlah, zaman dulu rakyat hidup tertekan akibat kezaliman dan kekejaman komunis, kini rakyat juga tertekan dan hidup dalam ketakutan angkara keganasan polis. Semuanya berlaku ketika UMNO menjadi kerajaan.

Palestin jadi porak poranda angkara yahudi, Malaysia juga jadi huru hara angkara UMNO. Ini akan berterusan selagi UMNO berkuasa. Wallahualam - Tok Janggut

Dua ADUN UMNO Minta Maaf Pada Husam

Adun Paloh, Datuk Nozula Mat Diah hari bersemuka dan bersalaman dengan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa selepas kes saman menyaman mereka berdua berjaya di selesaikan di luar mahkamah.

Turut serta dalam pertemuan hari ini adalah Adham Kechik, Adun Bukit Bunga yang turut membacakan kenyataan memohon maaf kepada Husam di depan media ekoran kenyataan media dan laporan mereka kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) kini SPRM yang mereka buat 27 Novewmber 2007 lalu.

Kedua-dua mereka bertemu Husam di Kota Darul Naim hari ini dan bersalam penuh dengan kegembiraan.

Semalam Nozula telah menyiarkan satu notis permohonan maaf kepada Husam dalam akhbar Berita Harian, iaitu salah satu akhbar yang menyiarkan tuduhan terhadap Husam dahulu.

Dalam notis itu, Nizula memohon maaf secara terbuka tanpa syarat kepada Husam ekoran kenyataan mereka dalam sidang media dan laporan kepada BPR.

Adham mengaku, laporan yang dia buat dahulu berdasarkan sumber yang tidak ada kesahihannya.

Ekoran kenyataan mereka dahulu, Husam telah memfailkan saman kepada kedua-duanya dan juga media yang menyiarkan kenyataan itu.

Dalam majlis hari ini, Husam berkata, tindakan beliau mengemukakan saman kepada mereka yang membuat tuduhan kepadanya bukan inginkan wang atau memenangi mana-mana kes, sebaliknya sebagai pengajaran kepada mereka agar tidak berbuat demikian pada masa akan datang. -siasahdaily


PR UMNO : Dr Mansor Kini TKM1 Pulau Pinang

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti, Dr Mansor Othman, mengangkat sumpah sebagai Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang di kediaman rasmi Yang Dipertua Pulau Pinang, Seri Mutiara, di sini, sebentar tadi.

Beliau mengangkat sumpah di hadapan TYT mengantikan kekosongan yang ditinggalkan oleh Mohamad Fairus Khairudin yang juga Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang yang meletakan jawatan untuk melanjutkan pelajaran serta membersihkan nama daripada fitnah.

Turut hadir menyaksikan acara tersebut ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Dr Mansor telah menang di dalam pilihanraya kecil DUN dengan majoriti yang besar iaitu sebanyak 5,558 undi mengalahkan tiga calon bebas yang kesemuanya hilang wang pertaruhan. UMNO BN tidak menyertai pilihanraya kecil Penanti kerana mengetahui terlebih awal pasti kalah di DUN berkenaan sekalipun memberikan alasan kononnya pilihanraya kecil tersebut adalah permainan politik PKR.

Sementara itu majlis angkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) akan diadakan berasingan pada tarikh yang akan ditetapkan.

Pagi ini juga Dr.Mansor dikatakan akan mengotakan salah satu piagamnya untuk membuka Pusat Khidmat dalam masa 48 jam di jalan masuk Taman Guar Perahu.

Pusat Khidmat baru itu juga sebagai mengantikan Pusat Khidmat Fairus yang terletak di Jalan Tanah Liat, Bukit Mertajam.


Najib Altantuya Tak Akan Mampu Meniru Bapanya Tun Razak

PPengarah Jabatan Pilihan raya PAS, Dato' Mustafa Ali berkata, sikap Tun Abdul Razak jauh berbeza dengan anaknya, Dato' Seri Najib walaupun beliau cuba meniru gaya pemerintahan ayahnya apabila memilih China sebagai lokasi luar negara pertama setelah diamanahkan menerajui negara.

Kepimpinan Tun Abdul Razak nampak santai kerana beliau gemar mendekati rakyat dengan memperkenalkan program seperti 'Buku Hijau' pembukaan kawasan Felda untuk rakyat yang miskin dan pertambahan pelaburan mengikut jadual.

Tetapi Najib bersikap keras pada rakyat sanggup menangkap rakyat yang berpuasa sunat, mogok lapar kerana sayangkan demokrasi, berpiket aman dan sebagainya.

"Najib cuba nak tiru gaya kepimpinan ayahnya, Tun Abdul Razak tapi dia lupa sikapnya tidak terbuka dan terlalu banyak skandal melibatkan namanya tidak dibersihkan," ujar beliau.

Lawatan pertama Najib ke China bermatlamat membuka ruang pelaburan dan perniagaan di samping membina hubungan dua hala dalam bidang pelancungan.

Menurut Mustaffa yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Trengganu, Najib terpaksa ke China untuk mengembalikan sokongan masyarakat itu terhadap kepimpinan Barisan Nasional (BN) yang nyata makin terhakis.

Sokongan masyarakat bukan Islam kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ke-12 lalu membuatkan BN hampir menjadi pembangkang di Malaysia maka langkah terkini ialah mengembalikan kepercayaan mereka pada BN.

"Najib berharap lawatan ke China akan membolehkan sokongan diperolehi semula sebelum pilihan raya umum akan datang. Jika tidak BN pastinya berputih mata melihat perubahan yang berlaku," kata beliau.


Najib Altantuya Perlu Dapatkan Undi Percaya Dari Parlimen

Penasihat DAP Lim Kit Siang hari ini menggesa Najib Razak untuk mendapatkan usul kepercayaan terhadap kepimpinannya daripada ahli parlimen UMNO dan Barisan Nasional pada sessi baru Parlimen bulan ini.

Usul sedemikian akan membolehkan Najib mengukur sokongan UMNO-BN untuk beliau dalam menangani kemelut seperti di Perak dan keretakan yang semakin parah dalam UMNO dan Barisan Nasional.

“Najib seharusnya mendapatkan usul kepercayaan apabila Parlimen bersidang pada 15 Jun, jika tidak, adakah ia kerana beliau khuatir tidak akan mendapat sokongan 100 peratus daripada Ahli Parlimen UMNO dan Barisan,” kata Kit Siang.

“Mantan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi dan Tun Hussein Onn masing-masing meletakkan usul kepercayaan terhadap kepimpinan mereka sebagai agenda pertama apabila Parlimen bersidang,” kata Kit Siang.

“Persoalannya kenapa kah Najib khuatir untuk mengikut jejak mereka.” Tambah beliau. Merujuk kepada pilihanraya kecil Penanti, Kit Siang membidas Najib yang menyifatkan kemenangan Pakatan Rakyat bukan sesuatu yang harus dibanggakan oleh gagasan itu.

Kit Siang berkata kenyataan Najib itu bertujuan menutup kelemahan UMNO sendiri sehingga parti itu takut untuk turun padang berdepan dengan rakyat.

“Najib seharusnya berasa malu membuat kenyataan seperti itu kerana UMNO dan Barisan Nasional yang dipimpinnya takut untuk bertanding di Penanti. Ini kerana Najib takut untuk mengalami kekalahan ketiga sejak menjadi Perdana Menteri pada Mac lalu,” kata Kit Siang.

BN-UMNO telah tewas di pilihanraya kecil Penanti, Bukit Gantang dan Bukit Selambau sejak Najib mengambil alih tampuk negara.

Sebelum itu UMNO turut tewas di pilihanraya kecil Permatang Pauh dan Kuala Terengganu. Di Penanti, calon Parti Keadilan Rakyat Mansor Othman memperolehi majoriti undi 5,558, mengalahkan tiga calon bebas.

Mansor mendapat sokongan hampir 90 peratus pengundi yang keluar mengundi. Beliau meraih 6,052 undi manakala lawan terdekatnya, Nai Khan Ari mendapat 494 undi.

Aminah Abdullah yang menabur fitnah kononnya ditawar imbuhan oleh pakatan rakyat untuk menarik diri cuma mendapat 392 undi manakala calon bebas ketiga Kamarul Ramizu Idris hanya mampu meraih 56 undi.



Musim Runtuh Datang Lagi : UMNO BN Masih Angkuh

Jika diamati sebelum pilihanraya umum ke 12 pada tahun lepas, pelbagai kejadian keruntuhan berlaku.

Di antara yang terpeting ialah keruntuhan siling membabitkan bangunan kerajaan iaitu Ibu Pejabat Imigresen, Putrajaya, dewan di Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Putrajaya dan yang paling menggemparkan ialah kebocoran siling membabitkan bangunan Parlimen yang baru diubah suai ketika itu.

Seperti di dalam tulisan GB yang lain, kesemua kejadian-kejadian yang menimpa ini adalah petunjuk lansung dari Allah Yang Maha Esa dan terhadap perkara yang bakal berlaku di dalam kehidupan.

Tiada siapa dapat menduga keruntuhan-keruntuhan ini rupa-rupanya adalah petunjuk jelas bahawa sebuah kerajaan yang angkuh dan zalim mulai runtuh di negara ini - satu demi satu sehingga hampir meruntuhkan pemnguasaannya di Parlimen.

Sepertimana petunjuk Ilahi terhadap gelombang tsunami yang melanda negara, rupa-rupanya sunggug benar ada gelombang kebangkitan rakyat muncul - sesuatu yang tersirat yang hanya dapat dimengertikan oleh kelompok manusia yang dikurniakan Allah ilmu ladunni yng tidak terjumpa di dalam mana-mana kitab kecuali merenung ayat-ayat manzurah (maksud: fenomena alam) bagi membuktikan keagungan dan kekuasaan Allah.

Kini berlaku lagi fenomena mengejutkan itu, beberapa siri kejadian keruntuhan besar dan kebocoran bangunan penting melanda negara selepas pilihanraya umum ke 12.

1) Bumbung Parlimen bocor di bilik media Parlimen pada 8 Mei 2008
2) Kejadian runtuhan di Lot 110, Jalan Belida 1, Seksyen 13, Ulu Yam Perdana pada 30 Nov 2008
3) Kejadian tanah runtuh di tempat letak kereta bangunan CIMB Group di Jalan Semantan, Pusat Bandar Damansara di ibu negara pada 4 Dis 2008
4) 14 banglo tertimbus tanah runtuh di Bukit Antarabangsa pada 6 Dis 2008
5) Bahagian lama bangunan empat tingkat Pasaraya Jaya di Seksyen 14 runtuh
6) Bumbung Stadium Sultan Mizan Terengganu runtuh

Jika kejadian-kejadian tersebut masih belum membuka mata dan menginsafkan UMNO BN yang bakal runtuh, akan ada lagi kejadian seumpamanya sebagai sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Allah yang telah dicabar oleh manusia yang rakus kuasa di dalam negara ini.

Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan buruk mereka, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).
Surah Ar-Rum : 41