25 Dis 2010

Bagaimana Mengesan Kualiti Handfon Melalui Kod IMEI

Membaca Rahsia IMEI handphone

Memasuki era perdagangan bebas kita haruslah berhati-hati dalam membeli sesuatu, terutama barang-barang elektronik, hp khususnya karena sekarang banyak sekali penipuan atau bermunculannya hp-hp black market ataupun mungkin juga hp rekondisi, oleh karena itu diperlukan tips untuk mengetahui apakah hp sebuah hp itu benar-benar asli, dibuat dinegara mana dan tentu saja paling penting adalah kualiinya.

Berikut ini sedikit tips untuk mengetahui dinegara mana sebuah hp dibuat serta kualitinya (hanya hp GSM bukan CDMA) :

Langkah pertama : cari no imei hp dgn ketik *#06# Setelah kamu mengetikan code tersebut maka akan muncul 15 angka no siri contoh : 434566106789435.

Jika angka no tujuh dan delapan adalah angka 02 atau 20 itu berarti hp tersebut dibuat di Asia dengan kualiti yang buruk.

Jika angka no tujuh dan delapan adalah angka 08 atau 80 itu berart hp tersebut dibuat Jerman dengan kualiti bagus.

Jika angka no tujuh dan delapan adalah angka 01 atau 10 itu berarti hp tersebut dibuat di Finland dengan kualiti bagus.

Jika angka no tujuh dan delapan adalah angka 00 itu berarti hp tersebut dibuat di Perancis dengan kualiti paling baik. Dan apabila tidak ada dari salah satu diatas, berarti hp anda tidak tulen dan tidak jelas.

Demikian sedikit tip, semoga dapat membantu agar tidak tertipu.

Anak Kecil Ditemui, Dalam Jagaan Jabatan kebajikan

JKM cari ibu, waris kanak-kanak

PULAU PINANG 23 April - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mencari ibu kandung atau waris kepada seorang kanak-kanak, Muhammad Syafiq Muhammad Ridzuan, yang ditemui di dalam sebuah kotak.

Pegawai Pelindung Kanak-Kanak JKM, Rossilawati Aminudin berkata, Muhammad Syafiq (gambar) yang beralamat terakhir di Blok 25-8-7, Flat Batu Lanchang, 11600 Jelutong di sini kini berada di bawah jagaan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Timur Laut sejak 1 Februari lalu.

"Diminta ibu kandung atau waris atau sesiapa sahaja yang mengenali kanak-kanak ini tampil untuk memberi maklumat," katanya dalam kenyataan di sini.

Mereka yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Rossilawati atau Mat Zamree Abdul Aziz di talian 04-2264531 atau 04-2277413.

[Bergambar] Kahwin Perdana: 100 Pasangan Diijabkabulkan

Ribuan saksikan Kahwin Perdana 100 pasangan

PENGKALAN CHEPA, 25.Dis – Buat julung kalinya melalui Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan, majlis Perkahwinan Perdana dengan melibatkan 100 pasangan berjaya diadakan hari ini dan berlangsung dengan penuh gilang gemilang.

Bermula dengan solat hajat bertempat di Masjid Besar Muhammadi oleh peserta lelaki dan diarak ke Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan(PUTIK), Pengkalan Chepa dengan menggunakan kereta Perodua VIVA serta diiringi oleh Kelab Motorsikal Klasik, Pengantin lelaki disambut oleh Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato’Nik Abdul Aziz Nik Mat dan pimpinan kerajaan negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita,Keluarga dan Kesihatan Wan Ubaidah Omar ketika menyampaikan ucapan aluan berkata program sebegini adalah membuktikan keperihatinan kerajaan kepada rakyat terutamanya kepada golongan yang memerlukan bantuan.

Melalui Perkahwinan secara beramai-ramai ini juga boleh menjimatkan belanja keluarga dan sebagai tanda keprihatinan tersebut, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM300 ribu bagi menjayakan program di samping penyediaan Mas Kahwin 1 Dinnar,Wang Tunai RM 500 dan senaskah Al-Quran.

Beliau juga berkata ia bagi menggalakkan perkahwinan di kalangan anak muda dan sekali gus dapat membawa kepada pembentukan masyarakat yang harmoni di negeri ini.

“Dengan terbinanya ikatan perkahwinan ini, diharapkan anak muda akan lebih terurus dan bermatlamat selari dengan tanggungjawab masing-masing”ujar beliau.

Sementara itu Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz ketika menyampaikan Khutbah Nikah secara serentak berkata ikatan perkahwinan ini adalah merupakan satu amanah dan ia tidak boleh dikhianati oleh pasangan yang berkahwin.

“Saya amat gembira bila melihat anak-anak muda sanggup berkahwin dan ini dapat mengelak dari melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh agama kita dna diharapkan kedua-dua pihak dapat menjalankan tugas sebagai suami dan isteri yang penuh bertakwa kepada Allah”kata beliau.

Nik Abdul Aziz juga berkata di zaman yang penuh dengan gejala sosial ini, kerajaan amat berharap agar ibu bapa memberi kebenaran kepada anak-anak yang sudan matang untuk mendirikan rumahtangga dan mereka ini akan lebih bertanggungjawab apabila mempunyai suami maupun isteri.

Majlis diserikan lagi dengan jamuan pengantin yang turut disertai oleh Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz sendiri dan pimpinan kerajaan negeri. -gegarkelantan


Kahwin Perdana 2010

Kerajaan Negeri Kelantan sekali lagi menerajui perubahan apabila mengorak langkah menganjurkan program 'Kahwin Perdana 2010' bertempat di PUTIK, Kota Bharu hari ini. Kerajaan Kelantan mengorak langkah tampil membawa salah satu jalan penyelesaian ketika masyarakat khususnya muda mudi pada hari ini banyak terjebak dengan maksiat,pergaulan bebas dan penzinaan. Langkah ini patut dipuji dan seharusnya dijadikan contoh kepada kerajaan negeri-negeri lain dan Kerajaan 1 Malaysia sendiri.

Semua kos perkahwinan ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Kelantan berupa mas kahwin 1 Dinar Kelantan + RM500 + sebuah al-Quran. Seramai 101 pasangan bertuah menyertai program ini. Langkah ini memberi peluang kepada pasangan yang kurang berkemampuan untuk mendirikan rumah tangga, sekali gus menyedarkan rakyat bahawa adat dan budaya masyarakat Melayu dalam proses perkahwinan kadang-kadang menyusahkan proses perkahwinan itu sendiri. Maka ramailah yang mengambil jalan pintas semata-mata untuk menempiaskan nafsu serakah di hotel-hotel murah,di dalam semak, hatta dalam tandas awam sekalipun. Anak-anak luar nikah yang lahir hasil dari serakah mereka ini juga dibuang, ditinggalkan bahkan dilempar kerana mereka hanya berlandaskan nafsu semata-mata.

Islam tidak pernah sesekali menghalang fitrah manusia dan menyediakan jalan keluar yang terbaik, fitrah manusia itu saling menyukai antara lelaki dan perempuan, fitrah manusia itu sukakan syahwat. Islam menyediakan perkahwinan sebagai jalan penyelesaian berbeza dengan sesetengah agama ciptaan manusia yang menghalang alim ulamak mereka dari berkahwin. Katanya kahwin itu kotor, tidak menyucikan diri dan sebagainya. Hasil dari itu, kita sering terdengar bahawa ada kes-kes alim ulamak mereka ini berzina secara sorok-sorok. Sememangnya syahwat itu adalah fitrah manusia, kenapa menghalang? Secara automatik, ternafilah agama ciptaan manusia ini.

Sekalung tahniah diucapkan kepada Kerajaan Negeri Kelantan melalui Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga & Kesihatan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan dan Majlis Agama Islam Kelantan di atas penganjuran 'Kahwin Perdana 2010' ini. Mudah-mudahan program ini dijadikan program tahunan kerajaan negeri dalam proses melahirkan Ijtima' Muslim, seterusnya Negeri Islam yang diredhai dan diberkati. "Baldatun Thoyyibatun Wa Rabbun Ghofur". -jottumah













Ketegangan Hubungan Malaysia-Indonesia Lambang Kegagalan Najib

Kajian: 60 peratus rakyat Indonesia kata tak suka Malaysia

JAKARTA, 25 Dis — Ketika Malaysia dan Indonesia bersiap sedia untuk bertarung pada pusingan pertama Piala Suzuki AFF di Kuala Lumpur esok, satu hasil kajian menunjukkan hampir 60 peratus rakyat republik itu tidak suka pada Malaysia disebabkan perkembangan semasa.

Hasil kajian yang menemui 1,000 rakyat Indonesia pada September dan Oktober lalu menyebut 59.2 peratus tidak menyukai Malaysia. Kajian itu dikendalikan ketika situasi tegang ekoran siri demonstrasi di Kedutaan Malaysia di Indonesia tiga bulan lalu.

Ketika itu juga wujud cadangan agar Putrajaya memanggil balik duta Malaysia di Indonesia sekiranya rundingan mengenai jaminan keselamatan Kedutaan Malaysia di Jakarta gagal mencapai kata sepakat.

Ketika itu isu “Ganyang Malaysia” dibawa oleh Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Bendera).

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman ketika itu berkata, isu dibawa Bendera bukan perspektif seluruh pemimpin dan rakyat republik tersebut. Kajian kendalian firma Indonesian Survey Circle (LSI) itu dikeluarkan kelmarin, tiga hari sebelum pasukan kedua-dua negara turun gelanggang pusingan pertama Piala Suzuki AFF.

Malaysia dan Indonesia bertemu di Bukit Jalil malam esok sebelum pertemuan susulan Rabu depan di sini.

Laporan Jakarta Globe menyebut, hasil kajian itu mendapati 59.2 peratus responden dari 100 kawasan di seluruh Indonesia tidak menyukai Malaysia — kadar yang lebih tinggi berbanding dengan sentimen negatif dan tidak senang 46.4 peratus terhadap Amerika Syarikat.

Ia juga mendapati 67.5 peratus responden percaya bahawa hubungan bilateral antara Indonesia dan Malaysia sangat buruk, sekali gus menyumbang kepada sentimen negatif.

Terdapat sekitar 1.1 juta pekerja asing Indonesia di negara sekarang.

Penyelaras kajian itu, Ardian Sopa berkata, sentimen itu berkaitan dengan layanan buruk ke atas pekerja-pekerja asing Indonesia di Malaysia, isu sempadan dan isu warisan budaya seperti batik dan lagu yang dituntut oleh Malaysia.

Beliau juga mengaitkan dengan isu penahanan tiga pegawai maritim Indoneia oleh pihak berkuasa Malaysia di sebalik penahanan nelayan-nelayan Malaysia oleh republik itu beberapa bulan yang lalu.

Ardian juga berkata, kira-kira 60 peratus responden juga kecewa dengan komitmen yang ditunjukkan oleh kerajaan Indonesia bagi menyelesaikan isu-isu hubungan dua hala dan 50 peratus responden percaya kerajaan mereka tidak melakukan apa-apa untuk menyelesaikan perkara-perkara berbangkit.

Katanya, sentimen kurang senang itu banyak diperlihatkan oleh responden golongan muda dan mereka memperoleh pendapatan yang agak selesa manakala generasi berusia dan memiliki wang yang sedikit kelihatan kurang bermasalah dengan negara jiran Malaysia.

Penemuan signifikan, menurut beliau ialah 63 peratus responden menyatakan kesediaan untuk berperang dengan Malaysia bagi mempertahankan Indonesia. -TMI


Indonesia larang temubual pemain

SKUAD Indonesia tiba di tanah air tengahari semalam tetapi amat mengecewakan apabila pengurusan pasukan itu yang melarang pemain daripada ditemubual pemberita yang membuat liputan pertama sesi latihan mereka di Padang Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil.

Larangan itu jelas mengecewakan puluhan wartawan termasuk wartawan republik itu yang menunggu setia dalam hujan lebat sejak jam 5 petang hingga tamat sesi latihan kira-kira jam 7 petang.

Cristian Gonzales dan Bambang Pamungkas yang menjadi tumpuan wartawan hanya sekadar melemparkan senyuman dan memberitahu tidak boleh ditemubual ketika disapa wartawan.

Sementara itu, jurulatih Alfred Riedl yang ditemui selepas sesi latihan itu berkata, pasukannya akan tetap menjalani latihan hari ini walaupun ada di kalangan pemainnya menyambut perayaan Krismas. -BH


Ulasan GB

Ketegangan Malaysia-Indonesia adalah hasil kelembapan kerajaan Malaysia sendiri di bawah pimpinan PM, Datuk Seri Mohd Najib yang tidak mengambil berat serta tidak mengindahkan kepentingan hubungan diplomatik kedua-dua negara.

Diperburukkan dengan kenyataan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman sendiri yang bersikap "denials syndrome" apabila berkata, isu dibawa Bendera bukan perspektif seluruh pemimpin dan rakyat republik tersebut.

Kita cabar Anifah untuk berdiri sendiri di tengah masyarakat Indonesia, tanpa sebarang protokol sebagai menteri. Biar dia dengar dan rasa sendiri apa yang dilakukan oleh masyarakat Indon jika apa yang didakwakan itu benar.

Pendedahan Wikileaks baru-baru ini yang menyatakan seorang amah Indonesia dirogol oleh menteri kabinet kerajaan UMNO BN di era Pak Lah sebagai PM turut memburukkan suasana. Apa tah lagi kes itu disorokkan dan menteri itu tidak diambil apa-apa tindakan. Laporan tersebut di SINI.

PAS Kelantan Akan Ambil Tindakan Undang-undang Ke Atas Penyebar Fitnah ADUN Selising

Penyebar fitnah ADUN Selising berdepan tindakan undang-undang

KOTA BHARU – Pas Kelantan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebar fitnah kononnya Ahli Dewan Undangan (ADUN) Selising, Pasir Puteh, Drs Saipul Bahrin Mohamad pernah ditangkap kerana berzina isteri orang.

Ketua Penerangan Pas Kelantan, Dr Mohamed Fadzli Hassan (gambar) berkata, pihaknya dalam kajian untuk mengambil tindakan itu terhadap mana-mana pengendali blog, penceramah atau mereka yang terbabit dalam penyebaran fitnah itu.

“Jika ada bukti tunjukkan. Penyebaran fitnah ini dakyah politik semata-mata untuk menjatuhkan pemimpin Pas cara tidak bermaruah. Sebelum ini calon ADUN Galas juga pernah menjadi mangsa tetapi apabila Pas kata hendak bertindak, mereka tarik balik dan minta maaf.

“Penyebaran fitnah disedari dalam minggu ini dan ia ditimbulkan semula oleh musuh politik semata-mata untuk membunuh karektor seseorang individu seperti yang berlaku terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim selama ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan susulan Pas Kelantan ekoran penyebaran fitnah ADUN Selising yang didakwa kononnya ditangkap ‘berzina’ dengan isteri orang dalam koc VIP kereta api ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Tumpat, Kelantan.

Menurutnya, perbuatan penyebaran fitnah berkenaan adalah keji kerana ia bukan sahaja boleh menjatuhkan dan memecahbelahkan individu terbabit malah pasangan yang didakwa dalam laman blog berkenaan.

Kelmarin, sebuah laman web melaporkan Drs Saipul Bahrin mencabar mana-mana pihak membawa bukti penglibatan beliau dalam penyebaran fitnah berzina itu.

Cabaran itu dibuat berikutan Umno Online sebelum itu memetik kenyataan Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Anuar Safian yang mencabar ADUN Selising sendiri atau pihak Pas supaya memberikan penjelasan mengenai dakwaan itu. -SH

Ulasan GB

Apa yang GB lihat, UMNO BN hidup di atas taburan fitnah yang direka-reka.

Tiada laporan polis dibuat dari mana-mana pihak jika benar wujudnya kes perzinaan tersebut. Apa tah lagi "kejadian" itu dikatakan berlaku di dalam koc VIP kereta api, sesuatu yang lansung tidak masuk akal, kecuali perkacipta fitnah itu sendiri pernah melakukannya.

Jab Pelajaran Larang Sekolah Di Kedah Gantung Gambar MB

Sekolah larang gambar Azizan

ALOR SETAR - Tindakan pengharaman gambar Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak daripada dipamerkan di sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pelajaran tidak pernah dibangkitkan Kerajaan Negeri.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi, yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas I Kedah, berkata, tiada perubahan berlaku selama hampir tiga tahun Pakatan Rakyat diterajui Pas mentadbir Kedah.

“Perkara itu tidak dibangkitkan atau dipersoalkan Kerajaan Negeri meskipun jelas menunjukkan tindakan itu bermula daripada Kerajaan Pusat.

“Saya berasa kesal kerana hampir tiga tahun pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) di negeri ini, gambar Menteri Besar tidak dibenarkan dipaparkan di sekolah-sekolah terbabit,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, Kerajaan Pusat hanya bersuara apabila Kerajaan Selangor mengharamkan penggunaan logo 1Malaysia.

“Menteri Besar adalah ketua kerajaan dan tidak menjadi satu kesalahan sekiranya dipaparkan di sekolah-sekolah kerana ia tidak bermaksud Kerajaan Negeri ingin berpolitik di sekolah.

“Jika gambar Menteri Besar dihalang daripada dipamerkan di sekolah, kesannya pelajar sekolah tidak akan mengenali siapa Menteri Besar mereka,” katanya.

Sementara itu, Exco Agama, Pelajaran dan Koperasi, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul turut mengakui situasi terbabit.

Katanya, pengharaman itu dibuat sejak PR diterajui Pas mengambil alih tampuk pemerintahan di negeri ini.

“Memang sekolah bawah Kementerian Pelajaran, tidak dibenarkan mempamerkan gambar Menteri Besar Kedah.

“Bagaimanapun, saya tidak pasti ia arahan daripada siapa,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Kedah, Abdullah Saad ketika diajukan mengenai perkara itu, enggan mengulas lanjut. -SH

Lori Terbalik Di Lokasi Nahas Bas Bertingkat

Lori terbalik di lokasi Nahas Bas
- NSTpix by Ikhwan Munir


Sebuah lori membawa tar jalan terbalik di longkang setelah pemandunya terbabas dan hilang kawalan semalam.

Pemandu lori tersebut dikatakan cuba mengelak sebuah kenderaan yang sedang memotong dari arah bertentangan di KM7 Jalan Simpang Pulai-Cameron Highland, tidak jauh dari lokasi kemalangan bas bertingkat yang mengakibat 28 penumpangnya terbunuh pada hari Isnin lalu.

Walau bagaimanapun di dalam kejadian semalam, tiada kemalangan jiwa setakat ini dilaporkan ekoran insiden itu.

Pernikahan Abdul Taib Dengan Wanita Lubnan Tak Anjak Pilihanraya

Pernikahan tak anjak tarikh pilihan raya'

Gambar: Isteri baru KM Sarawak warga Lubnan.

KUCHING: Penganalisis politik di Sarawak percaya pernikahan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud pada malam 18 Disember lalu, tidak akan menganjakkan tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-10 yang boleh diadakan pada bila-bila masa sebelum Julai 2011.

Malah Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sarawak, Dr Jeniri Amir, yakin Abdul Taib sudah mempunyai tarikh berkenaan di dalam kepala sekembalinya daripada menunaikan fardu haji baru-baru ini dan hanya menunggu masa sesuai untuk mengumumkannya.

"Saya percaya Ketua Menteri sudah ada tarikh di dalam kepalanya dan ia adalah pada hari Sabtu, seperti dimaklumkan beliau sebelum ini. Faktor Ketua Menteri bernikah tidak akan menganjakkan tarikh yang sudah ditetapkan Ketua Menteri di dalam kepalanya.

"Saya masih percaya ia akan diadakan pada April 2011 atau selewat-lewatnya awal Mei. Saya percaya Ketua Menteri tidak akan mengambil risiko untuk menunggu sehingga tempoh akhir DUN sekarang iaitu Julai 2011," katanya kepada Berita Minggu.

Abdul Taib melangsungkan perkahwinan secara tertutup dengan seorang wanita dipercayai warga Lubnan berusia 28 tahun di kediamannya di Demak di sini, pada malam 18 Disember lalu. -bh

Pelajar Maut Sewaktu Mengambil Uniform Sekolah

Sibu: Seorang pelajar tingkatan tiga dari Kanowit terbunuh di tempat kejadian apabila dilanggar sebuah kereta dan kemudian tercampak ke seberang jalanraya dan dilanggar sekali lagi oleh sebuah kenderaan lain.

Gambar: Baju sekolah gadis yang terlekat di cermin kereta yang melanggarnya.

Michelle anak Mayin, 16 dari Kanowit datang Sibu untuk menziarahi neneknya dengan dua adiknya. Neneknya tinggal di Jalan Lanang.

Sebelum kejadian pada sebelah paginya, dia telah pergi ke rumah bapa saudaranya di Jalan Wong King Hoe. Bersama dua sepupunya berumur 7 dan 8 tahun, gadis itu pergi memungut baju seragam sekolahnya.

Selepas mengambil baju yang ditempah dari tukang jahit berhampiran, beliau dan sepupunya meluru melintas jalan untuk ke rumah bapa saudaranya.

Kedua-dua sepupunya ternampak kereta yang datang dan sempat berundur ke tepi jalan semula tetapi Michelle terus melintas dan dilanggar oleh kereta berkenaan.

Badannya kemudian tercampak ke seberang jalan dimana sebuah kereta lain kemudian melanggarnya. Beliau mati di tempat kejadian.

Mayatnya dibawa ke Hospital Sibu untuk post mortem.




[Bergambar] Perut Buaya Baham Imam Dibelah

Belah perut buaya disyaki baham imam

Gambar: Sebahagian dari mayat Allahyarham yang ditemui sewaktu hari pengkebumian

SAMARAHAN: Seekor buaya yang dikatakan membaham imam Kampung Roban, Kota Samarahan, beberapa hari lalu, menjadi tumpuan sekumpulan penduduk kampung yang membelah perut dan melapah reptilia itu, semalam.

Dalam kejadian Sabtu lalu, mangsa, Sidi Samad, 66, dibaham buaya ketika menjala udang bersendirian dengan menaiki perahu di Sungai Samarahan, kira-kira 25 meter dari rumahnya, pada jam 6.40 pagi.

Buaya yang dianggarkan sepanjang hampir enam meter itu dikatakan membaham bahagian pinggang mangsa.

Kehilangan Sidi hanya disedari isterinya Dayang Salha Awang Sharul, 64, selepas suaminya tidak pulang ke rumah kira-kira jam 10 pagi, hari kejadian.

Beberapa penduduk yang berada di tempat kejadian, turut melihat mangsa bergelut sebelum dilambung dan dihempas tiga kali oleh reptilia ganas yang kemudian menghilangkan diri di tengah-tengah sungai.

Difahamkan, beberapa penduduk kampung dilihat turun ke sungai menaiki bot dan turut membawa senapang patah, manakala ada yang melaungkan azan di tengah sungai sambil menurunkan mata kail besar yang kemudian dihanyutkan. Beberapa ahli keluarga mangsa turut membaca surah Yassin berdekatan lokasi kejadian.

Isnin lalu, selepas operasi mencari sebahagian lagi anggota badan milik mangsa serangan buaya, Sidi Samad, 66, di Sungai Samarahan, dekat Kampung Reban, di sini sejak Isnin lalu, gagal menemui sebarang petunjuk, seorang bomoh buaya terkenal di Simunjan di bahagian ini, menawar diri untuk membantu keluarga mangsa ‘mendapatkan semula’ anggota berkenaan.

Bomoh berkenaan, Chik Lebai Inu, 80, dikatakan berpengalaman dalam bidang berkenaan dan pernah menangkap beberapa buaya yang mengganas sebelum ini.

Ia termasuk menangkap buaya yang membaham seorang kanak-kanak berusia 11 tahun dari rumah Panjang Benat, Simunjan pada 2002 dan kejayaan itu berjaya mendapat liputan meluas media tempatan dan luar negara. -BH



Crocodile’s victim body found
19/12/2010

KUCHING – The mutilated body of Haji Sidi Samat was found this morning near to the river bank where the crocodile was sighted yesterday.

Sidi’s remains were only his stomach and part of the left arm dangling from his remains. His head, right arm, body from his lower waist including his legs were gone.

Sarawak Forestry Corporation personnel who were joining in the search with the Fire and Rescue Services, RELA, Police and 991 found the remains.

The SFC personnel which did not have boats were about to go out to do the search at 8.45 am today when they spotted something floating near the river banks.

One of Sidi’s sons went to the remains and towed back the remains. Prayers were held and the remains were buried immediately in the Muslim cemetery.

Sidi had gone prawn fishing yesterday morning, a daily routine hobby for him.
His wife and children were concerned when he failed to return. His wife, Hajah Dayang Sara and son, Mahathir went to the river bank and the son saw a crocodile with a human clutched in its jaws.

About 10 boats combed Tg. Samarahan looking for the missing yesterday.
Sidi left behind his wife and four sons and two daughters.

Crocodile, according to villagers were constantly sighted in the kampong. -sarawakupdate








Piala AFF Suzuki Milik Siapa?

Piala Suzuki jadi topik bualan

REALITI atau fantasi - dua situasi berbeza bakal dihadapi jutaan rakyat Indonesia yang sejak minggu lalu tidak lepas daripada bercakap mengenai kejuaraan Piala Suzuki AFF yang akan dijulang 29 Disember ini.

Media tempatan 24 jam sehari menayangkan berita berkaitan pasukan kebangsaan Indonesia, malah rancangan temu bual yang biasa menampilkan artis atau ahli politik, kini bertukar menjadi bicara bola sepak.

Dalam rancangan Apa Khabar Indonesia Malam di TvOne yang disiarkan secara langsung kelmarin, bekas pemain bola sepak kebangsaan Dede Suleiman berkongsi pandangannya mengenai peluang sebenar Indonesia pada kejohanan kali ini.

“Jangan pandang remeh Malaysia kerana kemenangan 5-1 yang dicatat sebelum ini,” kata Dede yang tampak lebih realistik berbanding jutaan peminat di negara itu. “Mereka tidak gentar beraksi di gelanggang lawan, apatah lagi di gelanggang sendiri.

“Pada permainan peringkat kumpulan sebelum ini, Malaysia menguasai permainan sepanjang 20 minit pertama sehingga berjaya menghasilkan gol menerusi Norshahrul Idlan Talaha.

“Kita cuma bangkit selepas mendapat gol penyamaan hasil jaringan sendiri pemain pertahanan mereka. Jadi keadaan kali ini pasti berbeza kerana skuad Malaysia berkembang dan sedang meningkat persembahannya.”

Dalam rancangan sama, selebriti Indonesia, Rick Johannes yang menjadi penyokong kuat skuad negaranya, memberi amaran mengenai kepakaran Rajagobal dari segi taktikal.

“Rajagobal seorang pakar taktikal. Jika mahu mengalahkan Malaysia kali ini, Indonesia perlu meningkatkan permainannya.”

Bagaimanapun penyokong Merah Putih pasti tidak mengendahkan sebarang pendapat yang mampu memadamkan harapan mereka. Malah akhbar Republika menyiarkan satu laporan kaji selidik sentimen rakyat Indonesia terhadap Malaysia yang mendapati, 59.2 peratus rakyat negara itu tidak sukakan Malaysia.

Lembaga selidik diketuai Denny Ja itu turut mendedahkan majoriti rakyat Indonesia (67.5 peratus) menganggap hubungan Malaysia-Indonesia dianggap berada dalam keadaan tidak baik.

Bagaimanapun, Persatuan Wartawan Sukan (SIWO) PWI Jaya menolak keras hasil kajian berkenaan dan mahukan final Piala Suzuki AFF antara kedua negara itu tidak dipolitikkan.

“Sukan sepatutnya menjadi medan persahabatan, bukan permusuhan. Kami menolak keras hasil kajian yang cuba menghangatkan keadaan menjelang pertandingan terbabit,” kata Setiausaha Agung SIWO, Agus Baharuddin. -BH

Ulasan GB

Menanti kisah-kisah yang berlaku di luar padang.

Lagi Pemimpin UMNO Dibebaskan Dari Tuduhan Rasuah

Bekas ADUN Semenyih, Ahmad Kuris bebas tuduhan rasuah

SHAH ALAM: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Datuk Ahamad Kuris Mohd Nor hari ini dilepas dan dibebaskan daripada empat pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM30,000 dan cuba memperoleh rasuah RM170,000 daripada seorang kontraktor, tiga tahun lalu, tanpa dipanggil membela diri.

Hakim Mahkamah Sesyen Ahmad Sazali Omar membuat keputusan itu selepas berpuas hati bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie ke atas bekas ADUN itu, yang kini seorang ahli perniagaan.

Seramai 24 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan.
Ahamad Kuris, 53, didakwa cuba memperoleh suapan sebanyak RM170,000 daripada pemilik syarikat Ufuk Rafa Sdn Bhd, Azlan Ahmad Marshid di pejabat syarikat itu di No: 10B, Tingkat 1, Jalan Mesra Niaga, Batu 13, Jalan Cheras, Kajang dekat sini, kira-kira 11.53 pagi pada 26 Febuari 2007.

Wang itu adalah sebagai dorongan untuk membantu syarikat Ufuk Rafa mendapatkan tender bagi pembinaan jalan keluar-masuk 30 meter di Taman Impian Ehsan, Balakong, Cheras.

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, Ahamad Kuris yang juga Ahli Majlis Perbandaran Kajang (semasa kejadian) didakwa menerima rasuah RM20,000 dan RM5,000 daripada Azlan sebagai dorongan untuk melakukan perkara yang sama di Pejabat UMNO Bahagian Hulu Langat, Tingkat 2, Bangunan UMNO, Jalan Tuanku Hishamuddin, Kajang, pada 12.30 tengah hari, 11 Mei 2007 dan 17 Ogos 2007.

Bagi tuduhan keempat, Ahamad Kuris didakwa menerima rasuah RM5,000 daripada individu sama dalam membuat bayaran kad kreditnya dengan tujuan sama, di Malayan Banking Berhad, Menara Maybank, Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur, pada 27 Februari 2007.
Untuk semua kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Ahamad Kuris juga menghadapi tiga pertuduhan alternatif bagi tuduhan kedua, ketiga dan keempat iaitu dengan curang menyalahgunakan wang milik UMNO Bahagian Hulu Langat untuk kegunaan sendiri.

Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Fariza Hamzah hadir bagi pihak pendakwaan sementara Ahamad Kuris diwakili peguam Akbardin Abdul Kadir.

Dalam penghakimannya, Ahmad Sazali berkata isu mengenai wang suapan itu hanya timbul selepas Azlan berjaya memperoleh tender dan perbincangan (mengenai wang) tidak pernah wujud sebelum Azlan memperoleh tender itu.

"Apa yang ada, saksi ke-19 pendakwaan (Azlan) telah maklumkan kepada tertuduh bahawa dia ada masuk tender dan jawapan tertuduh tidak menunjukkan yang ada usaha daripada tertuduh untuk bantu saksi ke-19 pendakwaan dapatkan tender.

"Isu dorongan tidak berjaya dibuktikan dan sebaliknya pihak pendakwaan cakap ia adalah sebagai upah. Saya dapati tidak ada keterangan yang jelas bahawa ia satu upah yang ada kaitan dengan projek jalan itu secara khususnya," katanya.

Mengenai pertuduhan alternatif, Ahmad Sazali berkata tidak ada keterangan yang menunjukkan bahawa Ahamad Kuris telah menggunakan wang milik UMNO Bahagian Hulu Langat untuk kegunaan sendiri dan tiada bukti menunjukkan bahawa wang itu digunakan atau ditukar untuk kegunaan bekas ADUN itu sendiri.

"Sehubungan itu saya mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie bagi kesemua pertuduhan dan saya putuskan tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada semua pertuduhan tanpa dipanggil membela diri," katanya.

Sejurus Ahmad Sazali membacakan keputusannya, Ahamad Kuris yang berdiri di kandang tertuduh mengangkat tangan tanda kesyukuran dan isteri serta anak-anaknya yang berada di galeri awam dilihat berpelukan dan menangis kegembiraan.

Ketika ditemui pemberita selepas itu, Ahamad Kuris memanjatkan kesyukuran kerana dibebaskan daripada kesemua pertuduhan itu.

"Alhamdulillah... saya tahu saya tidak bersalah," katanya sambil tersenyum. -
- BERNAMA

Ulasan GB

Seperti ramalan GB sebelum ini:

Dakwa lepas lu dilepaskan jugak.
Alasan penghakiman nanti: tiada kes prima facie, atau pendakwaan tidak mempunyai bukti mencukupi atau macam-macam lagi...

Ia berdasarkan kepada beberapa kes pemimpin UMNO BN yang pernah dibawa ke mahkamah selepas itu dibebaskan, seperti :

Bekas Ketua Pemuda UMNO WP, Datuk Norza Zakaria,
ADUN Lenggeng, Mustafa Salim,
Bekas Setiausaha UMNO Bhgn Wangsa Maju, Ramli Abdul Manan,
ADUN Mesra UMNO, Osman Jailu dan Jamaluddin Mohd Radzi
Bekas ADUN Jelai, Datuk Omar Othman

dan ramai lagi.


2 Adik Beradik Dicekup Berpelukan Dengan Kekasih

Dua beradik peluk kekasih

KUALA LUMPUR: Gerak hati seorang ibu yang ingin melihat keadaan dua anak gadisnya sebaik terjaga daripada tidur kira-kira jam 3.30 pagi membawa kepada penemuan mengaibkan apabila dua beradik berusia 13 dan 15 tahun itu didapati tidur berpelukan bagai suami isteri bersama teman lelaki masing-masing. Gambar hiasan.

Kejadian berlaku di rumah mereka di Kampung Sri Gombak Indah, dekat sini, pada awal pagi Rabu lalu dan ia sesuatu yang amat mengejutkan ibu terbabit serta suaminya kerana tidak menduga anak gadis mereka yang masih bersekolah berani bertindak sedemikian.

Sedih dan kecewa dengan apa yang dilihatnya, ibu berkenaan lantas memberitahu suaminya dan si ayah turut tergamam melihat kedua-dua anak gadisnya tidur berpelukan dengan lelaki bukan muhrim dalam sebuah bilik.

Selepas dikejutkan daripada tidur, dua beradik itu dan teman lelaki masing-masing yang berusia 17 dan 20 tahun memohon maaf serta merayu supaya dimaafkan, namun si ayah yang terlalu kecewa nekad melaporkan kejadian itu kepada polis.

Polis menahan kedua-dua lelaki terbabit sebelum membawa mereka ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak untuk disoal siasat. Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Menurutnya, kekasih gadis terbabit yang ditahan polis ketika kejadian kini reman hingga 28 Disember ini bagi membantu siasatan.

“Kes itu diklasifikasikan sebagai rogol kerana kedua-dua gadis terbabit masih di bawah umur dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Mereka dijangka dibawa ke Mahkamah Seksyen Shah Alam lusa untuk menghadapi pertuduhan,” katanya. -hm

Ulasan GB

..menuju kehancuran. Setiap hari ada saja kes remaja yang masih di bangku sekolah mengamalkan perlakuan seks bebas. Fenomena seperti ini sudah tidak lagi terkawal.

... dan umat Islam seluruhnya, apa nak jawab depan Tuhan?

4 Tabiat Buruk Yang Pendekkan Umur Kita

4 Tabit Buruk Yang Menyebabkan Pendek Umur

Di dalam banyak hal, ramai berpendapat umur semakin meningkat, tetapi hakikatnya umur sebenarnya semakin menurun, semakin pendek. Dan ada banyak penyebab yang memendekkan lagi umur kita.

4 Kebiasaan di bawah ini yang akan memperpendek umur. Seorang pakar kesihatan, JJ Virgin, mengenalpasti empat kebiasaan sehari-hari yang buruk yang boleh menyebabkan pendek umur. Cuba perhatikan setiap poin, jika kebiasaan itu dijalani setiap hari, berarti anda menimbun masalah dan perlu diperbetulkan segera sebelum terlewat.


1. Kurang tidur



Kajian menunjukkan tidur minimal 7-9 jam sehari sangat penting bagi kesihatan. Dengan tidur cukup, metabolisme tubuh ditata kembali. Ini juga mendukung keseimbangan berat badan, meningkatkan hormon pertumbuhan dan menyembuhkan kelenjar adrenal.

Tahukah anda, menonton TV atau menatap komputer sebelum tidur boleh membuat anda sulit tidur. Jika ingin mempunyai waktu tidur lebih lama, mulai sekarang, sebaiknya tetapkan waktu tidur anda. Gantilah aktiviti menjelang tidur dengan kegiatan santai. Satu atau dua jam sebelum tidur, anda bisa berendam air hangat atau membaca novel. Cara ini dapat melatih diri untuk tidur nyenyak sepanjang malam.

2. Melewatkan sarapan



Cuba ingatkan, selama ini sudah sering anda terburu-buru untuk pergi ke pejabat dan lupa sarapan? Jika hampir setiap hari, ubah kebiasaan buruk ini.

Tubuh baru saja 'berpuasa' semalaman sehingga harus mendapatkan tenaga di pagi hari. Agar tubuh kembali bertenaga, anda perlu bersarapan seimbang yang mencakupi protein, lemak, dan karbohidrat sebelum melakukan apa-apa kegiatan. Hati-hati, jika terbiasa tidak sarapan, tubuh anda akan mudah lemas dan tidak bersemangat. Anda akan tampak letih dan tua sebelum waktunya.

3. Tidak bersukan



Jika anda berfikir mendapatkan keseimbangan berat badan hanya melalui diet saja, itu tidak akan berjaya. Anda harus tetap perlu bersukan. Sukan sangat penting untuk merangsang respon fisik dan hormonal yang diperlukankan untuk membangunkan otot dan tulang, serta membakar lemak.

Cuba bayangkan jika anda bersukan dan melaksanakan poin-poin yang telah disebut di atas, selain akan membuat energi anda terjaga, juga membuat anda awet muda. Yang lebih penting adalah bersukan yang benar, iaitu yang melibatkan pelatihan interval berintensiti tinggi, dan mengambil masa 20-30 minit sehari.

4. Mengambil snek di malam hari



Kebiasaan mengonyel snek malam hari sebelum tidur, akan menyebabkan penundaan pembakaran lemak sampai meningkatkan hormon stres sebelum tidur. Jadi, jika anda sudah makan malam yang mengandung makanan seimbang, tak perlu lagi meny=gonyel apa-apa sebelum tidur.

- Sumber: cosmic Gambar-gambar dirembat dari internet tanpa kebenaran, terima kasih - GB