1 Feb 2009

Dua Orang Yang Hilang Akhirnya Tampil Malam Ini

Tiba-tiba selepas diumumkan mereka meletakkan jawatan sebagai ADUN, dua orang exco Perak muncul malam ini dengan kenyataan bahawa mereka masih ADUN PKR dan tidak pernah menghantar surat perletakan jawatan.

Persis mereka "dilepaskan" secara tergersa-gesa oleh "si penculik" yang terpukul dengan tindakan pemimpin Pakatan Rakyat Perak yang menjadikan surat perletakan jawatan tanpa tarikh yang telah siap ditandatangani sewaktu memenangi pilihanraya umum ke 12 yang lalu, dan setelah pengumuman Timbalan Pengerusi SPR menyatakan mereka yang meletakkan jawatan ADUN/Ahli Parlimen tidak boleh bertanding untuk tempoh lima tahun lagi, tiba-tiba ADUN Behrang, Jamaluddin Mat Radzi dan rakan sejawatannya dari Changkat Jering, Mohd. Osman Jailu berkata, surat letak jawatan yang dimaksudkan beliau itu sebenarnya telah ditandatangani 8 Mac lalu.

Semua rakyat menjadi kehairanan dengan "sandiwara lucu" kes penculikan yang tak menjadi ini. Melopong Pak Lah, Najib dan semua anggota yang terlibat dengan kes "penculikan" yang gagal ini.

Mengikut laporan MSTAR:

"Saya dan Mohd. Osman sehingga kini masih ADUN PKR dan belum pernah mengisytiharkan untuk keluar daripada parti, calon Bebas pun tidak, ataupun mengumumkan menyertai Umno," kata Jamaluddin.

Mengenai dakwaan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bahawa mereka hilang sejak Isnin lepas, Jamaluddin berkata, beliau sebenarnya mengambil cuti sakit sejak Rabu.

"Surat MC ada di pejabat saya, jadi saya bukan hilang," katanya.

Apakah kenyataan diatas dikeluarkan dari YB Jamaluddin sendiri atau ianya adalah mengikut telunjuk pihak yang merancang penculikan tersebut sepertimana Razak Baginda membuat kenyataannya selepas dibebaskan oleh mahkamah dengan beliau menyatakan Najib tak terlibat di dalam kes Altantuya?

Teringat juga kita kes Tajol Rosli yang letak jawatan, kemudian menafikan kemudian kena letak jawatan juga.. hehehe. UMNO/BN dah terpijak najisnya sendiri. Biarkan biarkan.







ADUN Yang Diculik Letak Jawatan

2 orang ADUN Perak dari PKR yang juga Exco kerajaan Negeri yang yang telah diculik sejak lima hari lalu, meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat berkuat kuasa hari ini.

Ia diumumkan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Perak di Ipoh sebentar tadi dan akan memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya secara rasmi esok.

Mereka ialah Jamaluddin Mat Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Jailu (Changkat Jering).

Jamaluddin, 52, adalah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Koperasi, Pertanian dan Perladangan manakala Osman, 57, pula pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Insan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan.

Sebelum ini kedua-dua mereka telah difitnah dengan tuduhan rasuah melibatkan kelulusan sebuah projek pembangunan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar yang tidak pernah wujud dan perbicaraan kes berkenaan akan didengar di Mahkamah Sesyen pada 10 Februari ini. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah bertindak bersekongkol UMNO Perak yang merancang untuk menumbangkan kerajaan Perak sejak kekalahan UMNO/BN di Perak pada Pilihanaraya Umum ke 12 yang lalu.

Pakatan Rakyat mempunyai 32 anggota Dewan Undangan Negeri termasuk ADUN Bota, Datuk Nasarudin Hashim yang menyertai PKR minggu lepas manakala BN dianggotai 27 wakil dan walaupun dua Adun PKR berkenaan keluar, kerajaan negeri masih mempunyai majoriti satu kerusi.


Gestapo Untuk Paksa Exco Perak Sertai UMNO

Modus Operandinya telah diketahui. Ia bukan baru sekali berlaku. Cara yang sama berlaku sewaktu Saiful Bahri dipertemukan dengan Najib yang kemudiannya Saiful membuat pengakuan kononnya beliau diliwat. Berapa Saiful dibayar? Tiada siapa mengetahui kecuali tuan yang empunya diri dan Allah s.w.t.

Berita di atas tidak berasas? Hanya Najib yang menyangkalnya malah pada awalnya menyangkal adanya pertemuan itu sama sekali, tetapi kenapa Saiful berada di pejabatnya setelah gambar ditunjukkan kepadanya baru berlit-belit mencari alasan kononnya nak bincang soal biasiswa untuk Saiful melanjutkan pelajaran!

Betapa manusia bernama Najib ini sanggup melakukan apa saja kini, by hook or by crook, untuk menjayakan cita-citanya.

Kini kehilangan ADUN Behrang dan Changkat Jering menjadi tandatanya. Kedua-dua exco Perak dari PKR ini telah difitnahkan dengan kes rasuah oleh pihak yang melakukan grand design untuk menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat Perak. Kes tersebut sekalipun akan disebut semula di dalam mahkamah 10 Februari ini, namun pertuduhan itu sendiri sudah tidak dapat meyakinkan boleh menjerat kedua-dua exco berkenaan. Justeru cara lain perlu dilakukan untuk "memaksa" mereka menyertai UMNO dan kemudian akan menghadiahkan mereka dengan habuan keduniaan.

Taktik paling kotor digunakan, gestapo namanya, untuk "menculik", kemudian "memaksa" mereka membuat perisytiharan menyertai UMNO.

Taktik yang sama juga semasa kehilangan mereka Penyiasat Persendirian Balasubramaniam selepas menarik balik akuan bersumpahnya terhadap Najib dan Rosmah dalam kes Altantunya.

Berita penculikan dua exco Perak tersebut telah sampai ke pengetahuan Perdana Menteri yang merupakan Presiden UMNO. Jika tidak masakan Datuk Seri Abdullah menjawab "Insya-Allah betul kot" sewaktu ditanya mengenai khabar angin yang tersebar luas bahawa beberapa ADUN dari Pakatan Rakyat di Perak akan menyertai Umno dan BN.

UMNO telah hilang kredibiliti dan reputasi semenjak Pilihanraya Umum ke 12 lalu. Gelombang tsunami politik yang berlaku belum reda sehingga kesannya dapat dilihat pada dua pilihanraya kecil selepasnya, Permatang Pauh dan Kuala Terengganu.

Rakyat sekali lagi cuba ditipu oleh pemimpin besar UMNO ini. Jika hal ini benar berlaku maka orang akan menuding jari Najib adalah dalangnya, anggota polis yang selama ini menjadi pengampu kerajaan UMNO menjadi pelaksana kepada taktik kotor berkenaan.

Segala-galanya ini perlu dihentikan. Najib perlu ditahan dan ditangkap dan segala-galanya perlu dibongkar, misteri taktik gestapo ini perlu didedahkan. Institusi polis yang telah lama terlacur oleh pemimpin BN ini perlu dibersihkan.

RAKYAT akan tetap bangkit untuk pastikan mereka yang melakukan taktik sekotor dan sezalim gestapo itu menerima hukumannya.