2 Mei 2011

UMNO Dilanda Perpecahan Hebat, Rafidah Turut Tolak 1Melayu

1Melayu jejaskan 1Malaysia, kata Rafidah Aziz

Gerakan idea "1Melayu, 1Bumi" boleh jejas gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Tan Sri Rafidah Aziz.

Anggota Majlis Tertinggi Umno itu berharap orang Melayu tidak terikut-ikut dengan idea tersebut kerana ia boleh menggugat perpaduan yang semakin kukuh di negara ini.

Beliau berkata 1Malaysia adalah satu gagasan yang cukup jelas dan tidak menjejaskan kepentingan mana-mana kaum di negara ini.

"Ia bukan sekadar satu slogan, tapi realiti yang perlu dicapai bagi memastikan perpaduan dan kestabilan dalam negara dapat diwujudkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Pergerakan Wanita Umno Bahagian Cheras, Kuala Lumpur hari ini.

Rafidah diminta mengulas saranan bahawa Umno perlu melancarkan gelombang perpaduan bangsa "1Melayu, 1Bumi".

Bekas Ketua Pergerakan Wanita Umno itu berkata 1Malaysia yang membawa gelaran "Melayu Malaysia", "Cina Malaysia" dan "India Malaysia" perlu diteruskan.

Turut hadir pada persidangan itu ialah Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Wira Syed Ali Al Habshee dan Ketua Pergerakan Wanita Umno Bahagian Cheras Datuk Faridah Abu Hassan.

Dalam pada itu, Rafidah berkata Wanita Umno perlu mempersiapkan jentera parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 dengan bertemu pengundi secara bersemuka di kawasan masing-masing agar maklumat mengenai pelan strategi kerajaan dapat disampaikan dengan tepat.

"Kita perlu kekalkan kerajaan sekarang supaya pembangunan ekonomi dan sosial negara dapat diteruskan, jumpa pengundi paling minimum tiga kali sebelum PRU supaya pengundi lebih jelas dan tidak mudah mendengar fitnah pembangkang," katanya.

Beliau berkata walaupun strategi bertemu pengundi secara bersemuka agak ketinggalan, namun sejak dilaksanakan, ia membawa kejayaan kepada parti, oleh itu, strategi tersebut perlu diteruskan.--Bernama

Ulasan GB

Ahli-ahli UMNO khususnya kini telah terperangkap di antara dua: mahu sokong 1Melayu atau tidak.

Utusan Malaysia, PERKASA, Muhyiddin Yassin, para blogger pencacai UMNO mendokong gagasan berkenaan, manaka Mahathir, Najib dan Rafidah menolaknya. Malah TDM kata ia bakal bawa malapetaka kepada negara.

Hebat perpecahan UMNO kali ini.

Apakah ini bakal merupakan "perpecahan terakhir" untuk membawa UMNO terus ke jurang kehancuran? Sama-sama kita tunggu.


Osama: Jika Saya Mati, Misi Saya Tetap Hidup

Pada tahun 2004, Osama bin Laden telah menawarkan gencatan senjata kepada negara-negara Eropah agar tidak menyerang umat Islam.

Dia pun menyatakan bahawa Amerika Syarikat (AS) boleh terhindar dari serangan 11 September jika mereka menghentikan tindakannya untuk mengancam keamanan umat Muslim.

Namun, setelah sekian lama berdiam diri, Osama kembali muncul pada 2006. Kali ini pesanannya lebih cenderung ke politik.

Pada Januari 2006, dia memberikan komentar kepada rakyat Amerika, dia memberi komen jejak pendapat yang menyatakan bahawa rakyat Amerika menginginkan penarikan pasukan dari Irak. Dia pun menyarankan para warga Amerika sebuah buku berjudul "Rogue State: A Guide to the World's Only Superpower" yang menawarkan jalan perdamaian.

Dalam kurun waktu beberapa tahun ini, setelah serangan 11 September, pencarian terhadap Osama semakin mendekati titik terang.

Setelah ditangkapnya Khalid Shaikh Mohammed, yang dikatakan menjadi otak serangan 11 September, pada Mac 2003, para pejabat di Islamabad dan Washington selalu memberikan pernyataan adanya khabar angin tertangkapnya Osama bin Laden.

Pasukan AS pun diterjunkan di wilayah perbatasan untuk mencari Osama, para mantan anggota Taliban mengatakan bahawa Osama selama ini selalu berpindah-pindah, dia selalu melakukan perjalanan di wilayah pegunungan dengan sekelompok kecil rombongan pasukan keamanannya.

Osama selalu berjanji berulangkali bahawa dia bersedia mati dalam perjuangannya untuk mengusir Israel dari tanah Jerusalem dan Amerika dari tanah Arab Saudi dan Irak.

"Amerika tidak akan dapat menangkap saya hidup-hidup," demikian pernyataan Osama pada saat wawancara dengan wartawan Pakistan sesaat setelah ipencerobohan AS dimulai di Afghanistan, seperti disiarkan oleh Associated Press.

"Saya mungkin dapat dimusnahkan, namun misi saya tidak akan pernah berhenti," demikian pesanan Osama. -okezone


OSAMA TELAH DIBUNUH OLEH TENTERA AMERIKA SYARIKAT

Sebentar tadi, Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama telah mengeluarkan kenyataan dari White House bahawa musuh ketat mereka Osama bin Laden telah di bunuh oleh bedilan Amerika Syarikat di pergunungan Pakistan. Sekian lama musuh ketat ini telah dicari semenjak peristiwa 9/11 di mana World Trade Center di bandaraya New York telah di hancurkan oleh dua pesawat komersial yang dikatakan atas arahan Osama bin Laden.

Dunia masih dalam keadaan ragu ragu selepas insiden itu, dan kebanyakan dari negara Eropah telah mengambil langkah jaga jaga terhadap rakyat mereka yang beragama Islam. Britain, Perancis, Portugal, Espanyol dan banyak lagi negara Eropah telah mengalami peristiwa peristiwa yang kurang menyenangkan selepas kejadian 9/11 seperti pembunuhan seorang rakyat Brazil di subway London oleh polis wilayah London kerana percayai bahawa budak itu adalah seorang pengganas dari negara Arab ? Dunia telah mengalami keadaan berjaga jaga untuk sepuluh tahun dari 2001.

Ramai dari rakyat Amerika Syarikat tidak percaya dengan tuduhan bekas Presiden George Bush bahawa "DIA" yang merancang semua itu adalah Osama bin Laden. Sama seperti rancangan untuk perang dengan negara Iraq kerana syaki ada peluru pandu 'NUCLEAR', yang di sahkan semua negara negara sekutu dengan Amerika Syarikat, tetapi selepas mengebom / perang dan menang di Iraq, satu bom tangan yang bertanda 'RADIOAKTIF' pun tidak di temui. Semua ini kerana siapa ? Dan kenapa Amerika dan sekutu mereka tergesa gesa menakluk Iraq dan Afganistan ? Minyak ? Rakyat Amerika Syarikat banyak bersabar dengan pemimpin mereka tetapi akan ada satu masa di mana mereka rasa cukup dan berdemonstrasi seperti mana mereka berdemonstrasi untuk membawa pulang tentera mereka dari Vietnam.

Teori bahawa Presiden Barack Obama ingin menutup isu ini buat selama lama nya supaya negara lain tidak boleh eksploitasi nama Osama bin Laden untuk berperang dengan negara lain, atau mana mana pengeboman terus di label sebagai kerja 'Osama bin Laden', kemungkinan ini adalah alasan kenapa yang memberi kenyataan adalah Presiden nya dan bukan Ketua Staff Angkatan Tentera yang mengetuai tentera Amerika Syarikat di Afganistan/Iraq/Pakistan. Ini adalah teori sahaja daripada kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi oleh Presiden Amerika Syarikat. Rakyat Malaysia sudah matang dan boleh berfikir sendiri dengan menggunakan fakta yang sedia ada. -kritis online.



Osama, anak bangsawan temui ajal ‘dalam buangan’

Warga AS menyambut berita kematian Osama bin Laden di Times Square, New York. – Foto Reuters


ANALISIS, 2 Mei – Osama bin Laden, anak orang kaya atau bangsawan Arab Saudi, mengubah dirinya menjadi ikon radikalisme Islam, yang mendorong keganasan menentang mereka yang berlawanan kepercayaannya, dan kemudian menjadi pemimpin rangkaian pengganas terkenal – yang menggerakkan siri serangan ke atas Barat.

Serangan yang paling segar dalam ingatan ialah peristiwa 11 September 2001.

Amerika Syarikat (AS) menembak mati Osama ketika Washington sedang membuat persiapan menyambut ulang tahun peringatan ke-10 11 September ini.

Osama, 54, lahir dalam keluarga yang berada, salah seorang daripada lebih 50 anak bagi magnet pembinaan Saudi dan Allahyarham menghabiskan usia mudanya di rumah agam yang dihiasi dengan pelbagai kemudahan mewah dan serba senang.

Pada awal 1980-an, Osama menjadi personaliti antarabangsa berpengaruh yang menyokong pejuang-pejuang kebebasan Muslim di Afghanistan. Kemudian, dia menjadi penganjur dan pembiaya kepada rangkaian pengganas yang melindungi tempat tinggalnya, tinggal di rumah-rumah yang selamat, khemah di kawasan terperinci dan malah di gua-gua di Sudan, Afghanistan dan Pakistan.

Lelaki paling dikehendaki di dunia ini ini terbunuh dalam serangan tentera AS di Abbottabad, kira-kira 50 kilometer (30 batu) di sebelah timur laut ibu negara Pakistan awal hari ini bersama isteri mudanya.

AS menyediakan ganjaran AS$25 (sekitar RM75 juta) ke atas kepala Osama sejak perang ke atas kumpulan pengganas disytiharkan satu dekad yang lalu.

Laporan Los Angeles Times memetik Yossef Bodansky, pakar mengenai aktiviti pengganas yang menulis biografi Osama, menyifatkannya sebagai “orang yang mengisytiharkan perang ke atas Amerika.”

Bagi bekas presiden AS George W. Bush dan sebahagian rakyat Amerika, Osama sebenarnya seorang “syaitan.”

Pada 1994, kerajaan Arab Saudi menggugurkan taraf kewarganegaraannya. Kebanyakan anggota keluarganya pula, yang rapat dengan kerabat diraja, memutuskan hubungan dengan beliau.

Senarai serangan yang dipertanggungjawabkan ke atas Osama bukan satu dua. Osama pernah dianggap sebagai hero bagi ramai umat Islam di seluruh dunia dan dilabel sebagai Saladin, sultan yang menghalau penceroboh Kristian dari Baitulmaqdis lapan abad yang lalu.

“Kami percaya bahawa pencuri terbesar di dunia dan pengganas ialah orang Amerika,” kata Osama dalam satu temu bual dengan majalah pada Februari 1999.

Barat mengaitkan Osama dengan serangan peristiwa 11 September 2001, kedutaan AS di Kenya dan Tanzania, kapal pemusnah USS Cole di Yemen.

Hari ini, Perdana Menteri Britain David Cameron menyifatkan kematian Osama akan membawa “kelegaan besar” di seluruh dunia.

“Osama bin Laden bertanggungjawab ke atas kekejaman pengganas di seluruh dunia... 11 September dan banyak lagi, yang meragut banyak nyawa, kebanyakan rakyat Britian.

“Penemuan dia satu kejayaan besar dan kita tidak perlu membawa kempen menentang pengganas lagi,” kata beliau dalam satu kenyataan di London.

Analisis Reuters pula menyebut pembunuhan Osama merupakan satu tamparan psikologi yang besar bagi rangkaian Al-Qaeda.

Bagaimanapun kata laporan itu, ia kemungkinan hanya akan membawa impak praktikal yang kecil ke atas kumpulan pengganas itu, yang semakin tidak berpusat dan secara taktik telah beroperasi tanpa Osama sejak beberapa tahun lalu.

Al-Qaeda dikatakan berhadapan dengan kesan ideologi selepas kebangkitan rakyat biasa di beberapa negara Arab sejak akhir tahun lalu.

Sayap Al-Qaeda yang kini menjadi ancaman besar kepada AS ialah gabungannya di Yemen iaitu AQAP, demikian menurut pegawai-pegawai AS. Beberapa kumpulan mirip Al-Qaeda juga mula mengalami pertumbuhan.

“Dari segi kepimpinan operasi pengganas, Osama tidak menjadi bahan cerita utama sejak beberapa lama,” kata Paul Pillar, bekas pegawai risikan AS.

“Desakan kebanyakan operasi adalah bersifat pinggiran, bukannya berpusat... saya menyenaraikan kumpulan-kumpulan seperti AQAP, dan juga entiti-entiti kecil yang lain,” kata beliau.

Jadi, timbul persoalan sama ada kematian Osama benar-benar akan mengakhiri rangkaian Al-Qaeda buat selama-lamanya. -TMI


5 Pasangan Dicekup Buat Maksiat Di Cuti Hari Pekerja

Batu Pahat – Lima pasangan ditangkap berkhalwat oleh Pegawai Penguatkuasa Pejabat Kadi Daerah Batu Pahat dalam operasi khas sempena cuti Hari Pekerja yang dilakukan empat pegawainya, kelmarin.

Timbalan Ketua Penguatkuasa Agama Daerah Batu Pahat, Mohd Anuar Kosnin berkata, dalam serbuan yang dilakukan turut tertangkap ialah seorang warga Indonesia bersama pasangannya warga tempatan yang sudah beristeri dan mempunyai empat anak.

Menurutnya, serbuan dilakukan di sekitar pusat bandar Batu Pahat yang disyaki menjadi sarang maksiat terutamanya golongan yang berumur 20-an dan sasaran utamanya ialah tiga hotel yang menjadi kegemaran kerana harga tidak terlalu tinggi.

“Daripada tangkapan yang telah dilakukan, kesemua pasangan terbabit akan didakwa di bawah Seksyen 27 (1) a b, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997.

“Jika sabit kesalahan, mereka yang ditahan dalam operasi khas ini akan dikenakan denda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika didapati bersalah,” katanya.

Menurutnya, dalam operasi berkenaan juga, terdapat cubaan untuk mengelak daripada dikenakan tindakan seperti enggan membuka pintu, selain memberikan alasan terlalu penat untuk pulang ke rumah.

Menurut Anuar, operasi yang dilakukan secara berterusan ini akan tetap dilaksanakan terutamanya pada cuti umum dan juga hujung minggu bagi mengelakkan perlakuan maksiat terutamanya golongan remaja.

Katanya, sekarang ini kegiatan berkenaan semakin bertambah akibat pertambahan hotel dan juga rumah tumpangan di daerah ini terutamanya yang menawarkan harga sederhana sekitar RM50 hingga RM150.

“Masalah khalwat seperti ini perlu dibendung dengan segera bagi mengelakkan menularnya kes pembuangan bayi yang banyak melibatkan golongan remaja yang berumur sekitar 20 tahun.

“Masalah seperti ini perlu dibendung dengan segera dan pelbagai pihak mestilah memainkan peranan yang penting untuk membendung masalah ini terutamanya para remaja itu sendiri.

“Dengan adanya operasi seperti ini, sekurang-kurangnya dapat memberikan pengajaran kepada mereka selain dapat membanteras kegiatan maksiat di daerah Batu Pahat,” katanya.

Menurut Anuar, sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan maksiat ini, mereka boleh menghubungi terus talian hotline Pejabat Kadi Daerah Batu Pahat di nombor 07-4341141. -SH

MCA Lagi Teruk Daripada DAP - Nizar

MCA lebih teruk: Nizar

IPOH - Barisan Nasional (BN) dilihat semakin tertekan apabila menuduh perjuangan Pas sia-sia dalam Pakatan Rakyat (PR) kerana kononnya DAP lebih berkuasa dari rakan pakatan lain.

Timbalan Pesuruhjaya Pas 1 Negeri, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin (gambar) berkata, lontaran kenyataan Perdana Menteri itu disifatkan sengaja untuk menutup kelemahan yang dihadapi BN.

Menurutnya, apa yang diperkatakan Perdana Menteri terhadap DAP yang dikatakan tidak seiring dengan Pas mengenai negara Islam hanya berlaku sebelum kami melaksanakan perjanjian buku jingga.

“Tapi perjanjian dimeterai melalui buku jingga yang merangkumi tiga dasar bersama iaitu pertama, meletakkan agama Islam sebagai agama persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu, anak negeri mana-mana antara negeri Sabah dan Sarawak sejajar dengan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

“Kedua, mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi Raja berperlembagaan dan ketiga, memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu,” katanya, di sini, semalam.

Mohammad Nizar berkata, dasar bersama yang termeterai itu sudah tentunya memberi ancaman kepada BN yang kini dilihat terpaksa mengikut kehendak serta tunduk kepada permintaan MCA.

“Di Tenang, MCA bertindak kurang ajar apabila mempersoalkan tindakan calon Pas, Normala Samsudin atau Cikgu Mala yang tidak menyambut salam pengundi walhal mengikut ajaran Islam bukan muhrim tidak boleh bersentuhan.

“Jadi, secara tak langsung tindakan Soi Lek ini telah menghina agama Islam. Namun, presiden mahupun timbalan presiden BN langsung tidak mengeluarkan sebarang kenyataan terhadap Soi Lek,” katanya.-SH

Ulasan GB



Video Seks Gagal: Selepas Manicka, Uthaya Juga Sahkan Ia Bukan Anwar

Kami tonton lagi dan lagi, tapi bukan Anwar'

Pelaku dalam video seks bukanlah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Setiausaha Agung Parti Hak Asasi Manusia (HRP) P Uthayakumar selepas menonton daripada CD yang diterimanya melalui emel pada 29 April lalu.

Beliau merupakan yang kedua menerima salinan video itu selepas anggota parlimen Kapar S Manikavasagam menemuinya dalam peti surat di pejabatnya minggu lepas.

Uthayakumar sebaliknya perkara bahawa ia merupakan konspirasi politik yang didakwa digerakkan Umno dengan kerjasama polis Cawangan Khas.

Katanya, beliau menerima CD yang merakamkan aksi 22 minit yang ditunjukkan kepada wartawan di Carcosa Sri Negara pada 21 Mac melalui surat melalui penghantaran udara daripada Thailand.

Surat itu menggunakan setem Thailand dan mempunyai cop dipos pada 25 April daripada Songkhla, Thailand.

Beliau berkata menontonnya bersama beberapa aktivis HRP semalam.

"Kami hentikan CD untuk kedudukan strategik, beberapa kali, lihat pada muka pelaku; kami lihat padanya lagi dan lagi. Kami percaya ia bukan beliau (Anwar)," kata Uthayakumar dalam sidang media di pejabatnya di Bangsar, Kuala Lumpur hari ini. -mk


It is not Anwar, says HRP

Uthayakumar also accused the government of trying to influence HRP to be part of a conspiracy to implicate Anwar in the sex scandal.

KUALA LUMPUR: Indian rights activist P Uthayakumar got a shock when he found a copy of the alleged Anwar Ibrahim sex video in his mailbox.

The Human Rights Party (HRP) secretary-general said that the video, which was in a CD, was sent to him on April 29 via airmail from Thailand.

“When we played the CD to find out what it was, we discovered it was the (alleged) Anwar sex video,” he told reporters at the HRP office.

Uthayakumar said the envelope was postmarked in Thailand on April 25.

He said that he and other HRP members later watched the video in full, and was convinced that the adulterer was not the opposition leader.

Instead, he said that the video was the government’s efforts in trying to “politically kill” off Anwar.

“I think the sender wanted me to influence me to be part of the conspiracy to implicate Anwar,” he said.

Uthayakumar also said that HRP’s vocal criticism of Pakatan Rakyat’s policies may have been a factor in sending the video to him.

“I am not a blind supporter of Anwar and we are very critical of him,”
he said.

Nevertheless, he said that the video was part of a greater conspiracy targeted at the PKR supremo.

He accused the police and the Special Branch of having a hand in sending the video to his house, which he claimed not even his close friends knew.

“Nobody knows my exact address,” he said, adding that the letter’s was supposedly printed by the authorities.


‘Police the perpetrators’

Uthayakumar said that the manner in which the letter was sent was similar to a 2004 envelope containing a live bullet mailed to his residence.

He said that he was not going to file a police report over the CD, citing a total lack of confidence over the matter.

“They (police) are the perpetrators of this crime,” he said, adding that there is also a loss of faith in the Malaysian judiciary.

Instead, Uthayakumar said: “We are going to send this CD to Prime Minister Najib Tun Razak’s office with a message to stop this level of gutter politics.”

He added that he was planning on doing so next week.

The sex video was shown in early April to a group of journalists at the Carcosa Seri Negara hotel.

Revealed by businessman Shahzryl Eskay Abdullah, Perkasa treasurer Shuib Lazim and former Malacca Chief Minister Rahim Tamby Chik (collectively known as Datuk T), the video appeared to depict Anwar having sex with a Chinese sex worker.

Anwar has since vehemently denied the claims, and accused the government of political assassination. -FMT



Husam Cabar Datuk T Jalani Ujian Poligraf

Anggota Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Husam Musa mencabar trio ‘Datuk T’ menjalani ujian poligraf bagi mengesan sama ada mereka berbohong atau tidak dalam isu video seks yang mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan berkata, ujian itu perlu dilakukan bagi membolehkan dakwaan mereka itu benar-benar boleh dipercayai dan bukan sekadar tindakan terdesak untuk kepentingan politik murahan.

“Kalau Datuk T betul, saya cadangkan adakan ujian poligraf untuk memastikan mereka tidak berbohong 9mengenai isu video aksi seks). Ujian perlu dilakukan secara terbuka dengan dihadiri panel-panel pakar,” katanya ketika merasmikan Muktamar Dewan Pemuda Pas Johor, di sini.

Selain itu Husam turut mempersoalkan tindakan Datuk Shazrul Eskay Abdullah tidak melaporkan kepada pihak berkuasa agama ketika kejadian seks itu berlaku, sebaliknya mendedahkannya ketika musim pilihan raya Sarawak berlangsung.

“Mengapa ketika kejadian itu berlaku dia (Eskay) tidak panggil penguat kuasa jabatan agama sebab itu lebih mudah kerana mempunyai saksi cukup untuk dakwa si pelaku dalam video itu
,” katanya.

Bagaimanapun katanya, isu video seks berkenaan tidak akan menggugat kedudukan dan pengaruh Pakatan Rakyat (PR) kerana tidak mampu untuk mengubah pendirian rakyat terhadap kredibiliti kepimpinan mereka.

“Cabaran boleh ditukar menjadi peluang jika dihadapi dengan tenang dan masalah ini (isu video seks) boleh digunakan untuk bangkitkan sentimen orang Melayu. Tidak mustahil isu ini juga akan tikam UMNO semula,” katanya.

Beliau turut menyifatkan pendedahan video aksi seks itu sebagai politik lucah yang diamalkan parti tertentu untuk meraih kemenangan pada pilihan raya umum akan datang.

“Kejadian yang dirakam dalam video itu berlaku pada malam 21 Februari tetapi pagi keesokannya (22 Februari) Anwar dilihat menghadiri perbicaraan di mahkamah.

“Kemudian rambut individu dalam video itu jauh lebih pendek berbanding rambut Anwar pada 22 Februari. Jika Anwar adalah individu itu, tidak mungkin rambutnya boleh tumbuh panjang dengan begitu pantas dalam masa beberapa jam sahaja.

“Jadi besar kemungkinan bahawa pelakunya merupakan orang berbeza dan ini perlu disiasat dengan lebih terperinci,” katanya. -SH

Biarlah Kita Hina Kerana Menuntut Ilmu - Bob Lokman

Kehinaan yang kita tempuhi dalam perjalanan mencari ilmu tidak mengapa kerana nanti ilmu itu akan memuliakan kita. Saya amat menyukai suasana sebegini.

Di sekolah-sekolah kelolaan PAS sahaja kita akan jumpa, masjidnya lebih besar dari sekolah. Banyak sekolah-sekolah yang didirikan kerajaan, muridnya 3,000 orang tapi suraunya boleh memuatkan Cuma 200-300 orang. Mengambarkan sembahyang bukan suatu agenda penting kerajaan.

Saya mengakui bahawa saya bukan seorang bapa yang berilmu tetapi saya inginkan sistem yang ada boleh mendidik anak saya menjadi seorang yang baik. Tak kisah nanti mereka nak jadi apa, doktor, loyar, polis atau apa sahaja, yang penting mereka mesti kenal Allah.”

Itulah antara nasihat yang dilontarkan Saudara Bob Lokman ketika program sepetang bersama Bob sempena Ihtifal Tahunan Muassasah Matla’in Badrain, Jabi petang semalam. Ihtifal yang menjadi agenda kalendar tetap tahunan Muassasah kelmarin 30 April 2011, mengorbankan 6 ekor lembu dan dihadiri ribuan penduduk dari sekitar Besut, Setiu, Pasir Puteh malah ramai tetamu dari kawasan yang lebih berjauhan turut mengunjunginya.

Perkampungan Muassasah Matla’in Badrain di Kampung Pasir Tawar, Jabi yang menempatkan Ma’ahad Tahfiz Wa Ta’alim Matla’in Badrain, kini menjadi tempat menuntut ilmu bagi kira-kira 50 orang pelajar dengan mengamalkan konsep pusat pendidikan bersepadu, tahfiz, agama dan akademik. Sebahagian besar pembiayaannya adalah dari sumbangan orang ramai.

Kehadiran Bob pada petangnya ternyata begitu mengujakan dan beliau diberikan sambutan meriah oleh pengunjung yang tak putus-putus ingin bergambar dan bersalaman dengannya. Kemeriahan majlis pada petangnya turut diserikan lagi dengan kehadiran Dato’ Haji Abu Bakar Chik, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu dan Ustaz Mohd Pauzi Muda, Yang Dipertua PAS Kawasan Setiu.

Dato’ Abu Bakar Chik pula, dalam ucapannya yang penuh bersemangat di atas kapasitinya sebagai Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat menekankan pentingya institusi pendidikan rakyat ini dipertahankan. Walaupun berdepan dengan kedhaifan prasarana, kekurangan tenaga manusia, infrastruktur yang serba sederhana, isu kebajikan para pelajar dan guru tetapi dengan sokongan semua pihak, kita terus maju ke hadapan. Telah pelbagai mehnah dan tribulasi dilalui, semua ini memantangkan kita.

Berucap mewakili pihak Muassasah, Ahli Lembaga Pengarah Ma’ahad Tahfiz Wa Ta’alim Matla’in Badrain yang juga Ahli Jawatankuasa Lujnah Pendidikan PAS Pusat, Dr Azman Ibrahim menegaskan tiada ummat yang boleh maju kehadapan sekiranya individu manusia di dalamnya tidak dibina. Bagi pendokong gerakan Islam, Muassasah Matla’in Badrain ini adalah milik dan tanggungjawab kita bersama. Jatuh bangunnya adalah sebahagian maruah perjuangan kita. -drazmanibrahim

Kenderaan Terhumban Dalam Parit, 2 Beranak Maut

Teluk Intan: “Ketika cuba menyelamatkan mereka, saya melihat pemandu dan kanak-kanak dalam kereta itu kelemasan dan bergelut untuk keluar,” kata Mohd Izzaidi Mohd Rosli, 23, saksi kemalangan yang meragut nyawa dua bersaudara, semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 4.20 petang apabila kenderaan pacuan empat roda dipandu V Menan Raj, 21, terbabas sebelum terhumban ke dalam sebuah parit di Lorong Tokong Siam, Kampung Selabak, Jalan Padang Tembak, dekat sini.

Kejadian ketika hujan lebat itu menyebabkan Menan Raj mati di tempat kejadian akibat lemas selepas terperangkap dalam kenderaan itu, manakala anak saudaranya R Thivaran, 7, menghembuskan nafas terakhir ketika dikejarkan ke Hospital Teluk Intan (HTI).

Dua lagi penumpang yang juga adik beradik Thivaran, R Rajeletchumi, 9, dan R Vimal, 2, dilaporkan kritikal dan menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) HTI manakala abang mereka, R Mugilan, 13, dalam keadaan stabil di hospital sama.

Mohd Izzaidi berkata, sebelum kejadian dia terdengar bunyi geseran tayar sebelum dentuman kuat seperti objek tercampak ke dalam air.

“Saya bersama beberapa ahli keluarga bergegas ke tempat kejadian dan seperti tidak percaya melihat sebuah kenderaan tenggelam dalam parit sedalam kira-kira 2.5 meter itu.

“Sebaik menghampiri kenderaan itu, saya melihat terdapat beberapa mangsa terperangkap di dalamnya bergelut untuk keluar,” katanya yang ditemui di tempat kejadian.

Mohd Izaidi bersama beberapa ahli keluarga dan penduduk kampung kemudian terjun ke dalam parit dan berjaya menarik Mugilan keluar dan segera memberikan pertolongan cemas kepadanya.

Menurutnya, mereka kemudian berhempas-pulas membuka pintu kenderaan itu sebelum berjaya mengeluarkan semua mangsa.

“Dalam keadaan kelam-kabut sebelum berjaya mengeluarkan semua mangsa, saya sempat melihat seorang daripada mangsa (Menan Raj) sudah tidak bergerak kerana tersepit di tempat duduk, manakala tiga lagi seperti dalam keadaan nyawa-nyawa ikan.

“Saya sedih kerana seorang daripadanya disahkan mati di tempat kejadian, manakala seorang lagi ketika dikejarkan ke hospital. Saya berdoa dua lagi mangsa yang dilaporkan kritikal supaya selamat,” katanya.

Sementara itu, bapa kepada keempat-empat penumpang yang juga abang kepada Menan Raj, gagal ditemu bual kerana terlalu sedih atas kejadian malang itu.

Seorang daripada ahli keluarga mangsa yang enggan identitinya disiarkan berkata, semua mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Taman Jaya, dekat sini, selepas menjemput Mugilan yang menghadiri kem di sebuah sekolah rendah berdekatan tempat kejadian.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata, siasatan sedang dilakukan untuk mengenal pasti punca kemalangan.

Najib Jangan Jadi Ketam - Idris Ahmad

Najib macam ketam minta PAS berpisah dengan DAP

KUALA LUMPUR, 1 Mei: PAS menganggap cadangan Datuk Seri Najib Razak supaya PAS berpisah dengan DAP seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul kerana parti ini tidak sehaluan.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, Najib perlu menyelesaikan masalah dalaman BN dahulu.

“Jangan cuba mengalih isu yang sedang melanda BN dengan rakan komponen BN mengenai isu 1Melayu 1Bumi telah menimbulkan kemarahan MCA.

“Apa sudah jadi slogan 1Malaysia tiba-tiba lahir pula gagasan 1Melayu 1Bumi, seolah-olah Umno menduakan suami,” ujarnya.

Beliau mengulas alasan Najib bahawa PAS perlu jauh dengan DAP kerana PAS bekerja, yang menang ialah DAP dan PAS perlu berpisah dengan DAP kerana PAS tidak boleh melaksanakan agenda Islam.

“PAS hendak bertanya sejak bila pula Umno iktiraf PAS sebagai sebuah parti Islam,” ujarnya.

Katanya, dengan kenyataan Najib sahlah teori yang mengatakan Umno akan bercakap Islam dan Melayu ketika orang Melayu menolak Umno.

“Ketika rakyat tolak Umno, baru mereka sedar, PAS parti orang Melayu. Selama ini merekalah membunuh kontraktor dan ahli perniagaan PAS, berapa ramai aktivis PAS diletakkan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA),” katanya lagi.

Tambahnya, terbaru mereka menukar Cikgu Maaruf Mutalib, suami Cikgu Normala bekas calon PAS di Tenang.

“Siapa punya angkara?” soalnya.

Menuutnya, sekarang apabila lemas kerana pelampong Umno, iaitu pengundi bukan Melayu sudah meninggal mereka, baru mereka teringat kepada PAS.

PAS, ujarnya hendak mengingatkan Najib bahawa PAS membayar harga begitu mahal untuk berada bersama Pakatan Rakyat.

Katanya, kejayaan PAS yang menjinakkan orang bukan Islam kepada Islam satu imbuhan yang cukup berharga.

“Hendak harap kepada Umno memberi kefahaman Islam kepada orang bukan Islam di negara ini amat jauh sekali,” ujarnya.

Malahan, menurutnya merekalah yang meliarkan orang bukan Islam dengan Islam.

Tambahnya, sikap hipokrit mereka dengan berjumpa pengundi bukan Islam supaya menjauhkan dengan PAS kerana mereka hendak melaksanakan agenda Islam, apabila berjumpa pengundi Islam mereka mendakwa PAS sudah tidak bercakap Islam kerana takut kepada DAP. -HD

Kakitangan Maybank Disyaki Diculik

Kuala Lumpur: Seorang kakitangan bank, Roslina Awang Kechik, 37 (gambar), dilaporkan hilang sejak 22 April lalu selepas keluar rumah menuju ke pejabatnya di Dataran Maybank, Bangsar.

Suami mangsa, seorang anggota tentera, Sabri Man, 38, berkata isterinya keluar ke tempat kerja dengan menaiki Transit Aliran Ringan jam 7.30 pagi selepas menghantar anak ke sekolah.

Sabri bimbang sesuatu buruk berlaku kepada isterinya kerana mengesan dua pengeluaran wang dilakukan daripada akaun anak perempuannya sehari selepas kehilangan Roslina dibuat di mesin juruwang automatik di Shah Alam.

“Saya curiga kenapa isteri perlu membuat pengeluaran RM3,000 di satu kawasan terpencil serta jauh dari jalan utama dan ini menguatkan lagi tanggapan Roslina mungkin diculik dan berada dalam bahaya,” katanya yang datang membuat aduan di Balai Berita di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan mengesahkan menerima laporan kehilangan mangsa dan pihaknya menjalankan siasatan kes itu sebagai kes orang hilang.

Terbukti UMNO Tolak Islam, Maka Sebabnya MCA Boleh Bersamanya

MCA tolak PAS sertai BN jika kekal dasar Islam

MELAKA, 1 Mei — Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menutup pintu menyertai Barisan Nasional (BN) kepada PAS kecuali ia sanggup menggugurkan prinsip-prinsip negara Islamnya terlebih dahulu.

Dr Chua (gambar) berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedar bahawa partinya tidak akan menerima PAS menukar Malaysia menjadi sebuah negara Islam.

“Pendirian MCA adalah sangat jelas bahawa kami tidak akan menerima PAS dalam usaha mereka menjadikan negara ini negara Islam. Kami tidak akan menerima yang itu dan Perdana Menteri juga memang sedar akan pendirian MCA ini,” kata beliau.

“Mereka boleh menyertai BN jika mereka sanggup menggugurkan dasar menjadikan negara ini sebagai negara Islam,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

Semalam, Najib berkata PAS patut keluar Pakatan Rakyat jikapun tidak memutuskan untuk tidak menyertai BN.

Sehubungan itu Perdana Menteri mendakwa PAS tidak pernah untung apa-apa pun dalam Pakatan Rakyat, malah mereka hanyalah menjadi alat kepada DAP.

Najib berkata, pada pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini misalnya, PAS telah bekerja keras, sebaliknya DAP yang dilihat meraih kejayaan daripada usaha keras mereka itu.

“Kita lihat poster di sini (Terengganu) “PAS ganti Umno”, realitinya “DAP ganti PAS”, di Sarawak (pilihan raya negeri 16 April lepas), PAS berkempen berhempas pulas, akhirnya, yang untung, DAP,” kata beliau.

“PAS, cukuplah dalam Pakatan Rakyat, alihlah kepada yang lain, tak masuk BN pun tak apa, tetapi keluarlah dari Pakatan,” kata beliau ketika berucap pada majlis perasmian Pangsapuri Rakyat Pulau Duyong.

Selain itu, Najib yang juga Presiden Umno dilaporkan mempelawa PAS agar menyertai BN dengan berkata, sudah tiba masanya PAS meninggalkan DAP atas alasan ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam.

“Kenapa buat baik dengan DAP? Adakah DAP boleh perjuangkan Islam?

“Hadi, cukup-cukuplah dengan DAP, tinggalkan DAP, masuk BN,” kata Perdana Menteri ketika berucap pada majlis Perjumpaan Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri kawasan Manir di Kampung Pulau Bahagia dekat Kuala Terengganu.

Bagaimanapun hari ini Dr Chua menegaskan, MCA tidak akan menghalang Umno dan PAS daripada mengadakan perbincangan antara satu sama lain.

“Baik, ia adalah baik bagi perpaduan orang Melayu dan Muslim, tiada masalah jika mahu berbincang. Kita tidak boleh menghalang orang daripada berbincang.

“Perdana Menteri dan Umno sangat menyedari tetapi jika mereka mahu bertemu tiada masalah untuk mengadakan pertemuan,” kata Dr Chua sambil menambah, dalam negara demokratik, mana-mana pihak boleh mengadakan pertemuan dari dari semasa ke semasa mengenai perkara-perkara yang menyentuh kepentingan bersama.

Pelawaan Najib semalam muncul kira-kira seminggu selepas akhbar milik Umno, Utusan Malaysia melontarkan idea mengenai gerakan “1Melayu, 1Bumi” iaitu kempen untuk menyatukan orang Melayu kononnya bagi mengekang politik perkauman dibawa DAP.

Pelawaan Najib itu bagaimanapun ditolak oleh pemimpin-pemimpin PAS.

Membalas kenyataan Najib itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula menyeru ahli-ahli dan pemimpin Umno supaya meninggalkan parti teras BN itu untuk menyertai PAS jika benar-benar hendak melaksanakan Islam dan menegakkan keadilan bagi semua kaum.

“Jika benar Umno hendak laksanakan Islam dan bertindak dengan penuh keadilan, kuasa sudah ada di tangan mereka hari ini, mengapa mereka tidak laksanakan?” kata beliau dalam satu kenyataan.

Selain Hadi, semalam pemimpin-pemimpin kanan PAS yang lain, antaranya Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Setiausaha Agungnya Datuk Mustafa Ali dan Naib Presiden Salahuddin Ayub juga menolak bulat-bulat pelawaan Najib.

Ulasan GB

TERNYATA KINI bahawa UMNO diterima MCA selama ini kerana UMNO menolak dasar Islam.

Jika UMNO melaksanakan dasar Islam, berarti MCA akan tolak UMNO juga.

Ia adalah satu penjelasan yang terang kepada rakyat bahawa apa yang dilakukan oleh UMNO kini disenangi oleh MCA lantaran ketidak-pedulian UMNO terhadap dasar-dasar Islam, maka dengan sebab itu undang-undang dan mahkamah syariah tidak berfungsi selama ini.

Tahniah UMNO kerana mengikut telunjuk dan kehendak MCA yang hampir pupus itu.

Hilal Disebat 80 Kali Walaupun Melihat Zina Dengan Matanya

Sumpah Eskay adalah sumpah orang jahil – bekas Mufti WP

Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato Md Hashim Yahya berkata sumpah yang tidak dilakukan menurut hukum syarak, diumpamakan sebagai kerja-kerja orang jahil.

Beliau diminta mengulas tindakan salah seorang trio datuk T, Shazryl Eskay Abdullah yang melakukan sumpah laknat di sebuah masjid di Sentul kira-kira pukul 4.15 petang tadi.

Ulama terkenal itu berkata, tidak ada peruntukan dalam undang-undang Islam yang membenarkan sumpah seperti yang dilakukan Eskay, berhubung tuduhan seks terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Dalam hukum qazaf, iaitu peruntukan untuk sabitan kes zina dan liwat, pihak yang menuduh perlu membawa empat orang saksi terlebih dahulu.

“Sekiranya gagal membawa empat saksi, yang menuduh itu akan dikenakan hukuman qazaf sebanyak 80 rotan,” ujarnya ketika dihubungi Keadilandaily.com.

Bagaimanapun, sumpah li’an iaitu sumpah laknat itu pula katanya, hanya tertakluk antara suami dan isteri sahaja dan tidak ada peruntukan selain itu dalam hukum Islam.

Tambah beliau, seseorang suami yang menuduh isterinya berzina perlu melalui prosedur perbicaraan di mahkamah terlebih dahulu di mana dia perlu mengemukakan empat saksi seperti yang digariskan Islam seperti tidak fasik dan membuat dosa-dosa besar.

Sekiranya tuduhan itu tidak dapat dibuktikan, katanya, mahkamah kemudian akan memerintahkan supaya kedua-duanya melakukan sumpah li’an.

“Mereka yang menuduh isterinya berzina tapi tak dapat bawa empat saksi, maka dibolehkan kedua-duanya bersumpah.

“Kalau tak dapat bawa empat saksi suami dan isteri melakukan zina, dengan perintah mahkamah boleh dilakukan sumpah li’an. Kalau mahkamah panggil untuk kedua-duanya bersumpah, mahkamah akan perintah untuk buang kes itu. Siapa yang bersalah, itu diserahkan kepada Allah untuk menentukan.

“Tetapi ia dengan perintah mahkamah, tak boleh sendiri-sendiri bersumpah. Kalau kedua-duanya bersumpah, yang menuduh tidak kena 80 rotan dan yang dituduh pula tidak kena had zina. Qadi pula akan menjatuhkan fasakh iaitu tidak boleh rujuk sampai bila-bila.

“Kalau bukan arahan mahkamah, apa faedahnya bersumpah. Ia tidak kena dengan hukum syarak,” ujar beliau.

Tambah beliau, dalam kes bersumpah yang cuba dilakukan Eskay, ia tidak memberi sebarang ke atas pendakwaan dari sudut sistem perundangan Islam, malah semakin mengelirukan umat Islam.

“Ia tidak memberi kesan apa-apa, tambah mengelirukan umat Islam dan menyebabkan fitnah itu berterusan. Ini menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat.

“Ini kerja orang jahil dan tidak ada faedah.

“Kalau sumpah, orang hisap dadah, mencuri dan merompak pun boleh bersumpah dengan begitu mudah dan terlepas dari hukuman,” ujarnya.

Beliau mengulangi kisah yang terjadi kepada Hilal Bin Umaiya yang menuduh isterinya berzina dengan Sharik Bin Sahma seperti yang diceritakan dalam surah An Nur, ayat 6.

“Rasulullah kemudian berkata kepada Hilal, sekiranya dia tidak dapat membawa empat saksi, Hilal akan dihukum dengan 80 sebatan, walaupun Hilal mendakwa melihat dengan mata sendiri isterinya melakukan zina,” ujarnya.