8 Mei 2011

Siapa Bermain Api, Dia Yang Terbakar Nanti!

Utusan bermain api

KUALA LUMPUR, 8 Mei: Gempar seluruh negara apabila akhbar Utusan Malaysia beberapa hari yang lalu seperti menyalakan api ketegangan antara agama ketika mencetus persoalan agama rasmi negara dengan spekulasi kononnya ada pihak tertentu yang berjuang untuk menjadikan kristian sebagai agama rasmi di negara ini.

Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata, suatu fakta yang diketahui umum bahawa Perlembagaan negara telah memeteri Islam sebagai agama rasmi negara ini sementara ummat Islam pula masih menjadi golongan majoriti biarpun Malaysia adalah sebuah negara majmuk.

Justeru itu, katanya Islam tidak sewajarnya tergugat dan ummat Islam tidak selayaknya membenarkan Islam digugat.

Jelasnya, PAS sebagai sebuah wadah perjuangan Islam di dalam negara ini pastinya tidak lebih rendah usahanya untuk memperjuang, mempertahan dan menegakkan Islam berbanding Umno dan Barisan Nasional.

Katanya, kegigihan serta kesungguhan PAS berjuang serta berkorban demi melihat Islam tegak dan berdaulat di dalam negara ini nyata tidak boleh dipertikai merentasi rekod dan sejarah perjuangannya.

“Sungguhpun PAS menyertai ‘kerjasama politik’ bersama parti-parti rakan kompenan Pakatan Rakyat (PKR dan DAP), namun PAS tidak pernah mengendurkan pedatinya untuk terus memacu perjuangan Islam, jauh sekali untuk berubah arah meninggalkan prinsip perjuangan yang didokong selama ini,” tegasnya.

Malah, tambahnya pacuan semakin kencang ke arah menguasai negeri bahkan negara agar bebas dari cengkaman pengaruh dan kuasa Umno juga Barisan Nasional yang menjadi punca Islam dilihat lemah serta terdedah kepada ancaman setelah lebih 50 tahun mereka memerintah, mengurus dan mentadbir negara.

Beliau berkata, andainya Islam hari ini dilihat terancam dan penganutnya pula lemah pegangan agama adalah menjadi tanggungjawab semua melewati peranan dan tugas yang sayugianya dilaksanakan.

Katanya lagi, sementara kerajaan selaku pemegang amanah rakyat untuk menjaga agama, negara dan warganya mestilah mengambil tanggungjawab dengan penuh keinsafan melepasi jangkauan sempadan kepentingan politik dan parti.

“Saya melihat spekulasi yang ditimbulkan oleh Utusan Malaysia kononnya terdapat pihak tertentu yang berusaha untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara ini adalah berpunca dari kelemahan dan kegagalan Umno sebagai parti utama dalam Barisan Nasional menunaikan amanah yang digalaskan kepada mereka selaku pemerintah,” ujarnya.

Menurutnya lagi, lebih 50 tahun rakyat memberi kepercayaan dan mandat kepada Umno mewakili Barisan Nasional untuk memimpin dan mentadbir negara khasnya untuk melindungi agama Islam dan kesejahteraan rakyat.

Beliau menambah, malang sungguh, malang seribu kali malang apabila Islam bukan sahaja tidak semakin kuat dan utuh tetapi dikesan umum bahawa ia semakin susut dan merosot.

“Jika Umno berjaya dan mampu menjaga agama Islam ini dengan baik dan menjadikan ianya semakin hari semakin kuat dan hebat, saya percaya dan yakin spekulasi untuk menjadikan kristian sebagai agama rasmi negara ini tidak akan timbul,” ujarnya.

Bahkan, katanya dalam masa yang sama, penganut-penganut agama selain Islam akan terasa aman dan selesa untuk mengamal serta menganut agama mereka.

Tambahnya, spekulasi yang dicetuskan oleh Utusan Malaysia ini bukan sahaja menampakkan kelemahan dan kegagalan ketara Umno dan Barisan Nasional selaku pemerintah, ia juga berpotensi menyalakan api ketegangan antara agama.

“Pastinya situasi ini akan menggugat keamanan negara dan rakyat yang sepatutnya memperolehi hak hidup aman dan sejahtera,” katanya.

Menurutnya, spekulasi itu sangat tidak bertanggungjawab.

Beliau berkata, selain dari potensi menggugat keamanan, spekulasi sedemikian juga dilihat umum sebagai usaha meraih perhatian politik murahan sekaligus percubaan nekad untuk menyembunyikan kelemahan dan ketidakupayaan mereka menjaga agama suci ini. -HD



DAP Selangor: Umno guna Utusan hasut Muslim benci Kristian

Kuala Lumpur, 8 Mei — Kesal dengan tindakan dua anggota Kabinet pentadbiran Najib, DAP Selangor percaya laporan Utusan Malaysia semalam berniat jahat dan mahu menimbulkan rasa kebencian umat Islam terhadap penganut Kristian.

Sambil menyifatkan laporan akhbar milik Umno itu sebagai fitnah, Pengerusi DAP Selangor Teresa Kok mahu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim mengambil tindakan terhadap Utusan Malaysia dan beberapa blogger yang mendedahkan laporan palsu itu.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan wujudnya perbincangan untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara, sekali gus melantik perdana menteri dari kalangan penganut itu.

Laporan muka hadapan dengan tajuk “Kristian agama rasmi?” itu turut disiarkan dalam beberapa blog pro Umno.

“Saya merasa amat kesal terhadap reaksi Menteri Dalam Negeri dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan kerana menerima laporan palsu Utusan Malaysia yang bertajuk “Kristian Agama Rasmi?” tanpa menyoal dan mengesahkan kesahihan laporan tersebut terlebih dahulu.

“Laporan tersebut berfitnah bahawa DAP dan para penganut agama Kristian berhasrat menjadikan agama Kristian sebagai agama rasmi Malaysia.

“Laporan itu adalah palsu, tidak berasas dan berpandukan fitnah dua orang blogger pro-Umno yang mempunyai niat jahat mengapi-apikan perasaan takut, benci dan syak wasangka, terutamanya di kalangan penganut agama Islam terhadap penganut agama Kristian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tegas beliau, sepatutnya Hishammuddin dan Rais mengambil tindakan terhadap Utusan Malaysia dan bukan bersikap seolah-olah lepas tangan dalam perkara itu.

Selain itu, Kok juga kesal dengan tindakan kedua-dua menteri itu yang bersikap berat sebelah dalam menangani polemik terbaru itu.

“Lebih mengecewakan lagi, Hishammuddin dan Rais tidak mengutuk akhbar Utusan Malaysia atau cuba mententeramkan keadaan hening ini, tetapi sebaliknya mengeluarkan amaran kepada orang awam agar jangan mempertikaikan kedudukan Islam sebagai agama rasmi Malaysia.

“Tindakan tersebut menunjukkan bahawa mereka jelas berat sebelah terhadap Utusan Malaysia dan menyokong laporan mereka tanpa sebarang siasatan,”
kata Exco Kerajaan Selangor ini.

“Sebagai menteri yang bertanggungjawab kononnya menyokong konsep 1Malaysia, Hishammuddin dan Rais sepatutnya seharusnya (dengan) serta-merta mengarahkan polis untuk menyiasat Utusan Malaysia serta blogger di bawah Akta Hasutan sejak dahulu lagi kerana Utusan Malaysia sudah berkali-kali menerbitkan laporan berita dan komentari yang menggugat keharmonian etnik dan agama di Malaysia,” kata beliau.

Semalam Rais berkata perkara itu akan diserahkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk siasatan.

Rais berkata, penelitian perlu dibuat terlebih dahulu sama ada bahasa yang digunakan itu adalah bahasa yang memecahbelahkan masyarakat atau pun yang menyentuh soal hasutan.

Sementara itu, Hishammuddin pula menyifatkan penganjuran majlis pertemuan paderi dari seluruh negara yang didakwa turut membincangkan agenda menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan, jika benar, adalah sesuatu yang serius.

Katanya apa juga tindakan dari satu agama akan mengundang reaksi dari penganut agama lain.

Tambah Kok, langkah Utusan Malaysia menyiarkan laporan tersebut dilihat mahu menghasut rakyat terutamanya orang Melayu agar terus menyokong Umno.

“Saya percaya Umno menggunakan akhbar Utusan Malaysia sebagai senjata untuk menghasut orang Melayu demi mengukuhkan kedudukan Umno di mata orang Melayu.

“Perbuatan ini amat keji dan berbahaya kerana Malaysia merupakan negara majmuk,”
katanya sambil menambah, “saya menggesa Hishammuddin dan Rais agar menunjukkan keikhlasan mereka terhadap konsep 1 Malaysia dan mengambil tindakan sekeras-kerasnya terhadap Utusan Malaysia.” -TMI


Ulasan GB

Siapa yang bermain api itu?

Utusan Malaysia.

Maka usah khuatir, dia sedang membakar dirinya sendiri.

Samalah untuk parti yang mendokongnya, UMNO, dan pemimpin mereka yang menjadi dalangnya.....

p/s dengar cerita ada rumah pemimpin UMNO terbakar hari ini...

Tiga Ulama Diarah Turun Dari Pesawat Amerika

Washington - Tiga orang ulama, termasuk seorang tokoh Muslim kelahiran AS, yang akan menghadiri persidangan mengenai Islamofobia diturunkan dari pesawat domestik AS kerana kekhuwatiran mengenai keselamatan. Demikian kata ketiga ulama tersebut ketika akan melakukan penerbangan pada Sabtu (7/5).

Dua orang ulama naik satu pesawat dari Memphis, Tennessee, menuju Charlotte, North Carolina, pada Jumaat (6/5). Tapi, keduanya dipaksa kembali ke terminal sehingga "pemeriksaan tambahan" dapat dilakukan ke atas diri mereka.

"Kami melakukan langkah pengamanan dan keselamatan secara sungguh-sungguh. Peristiwa itu kini sedang dilakukan penyelidikan," kata jurucakap Atlantic South Airlines (ASA), Jarek Beem.

Ia menambahkan kedua lelaki tersebut diterbangkan dengan pesawat berikutnya. ASA sedang menyelidiki kejadian tersebut. ''Kami dengan tulus meminta maaf atas ketidakselesaan yang mungkin ditimbulkan oleh kejadian ini,'' kata Beem.

Imam Al-Amin Abdul-Latif, kelahiran AS dari Long Island, juga dilarang naik pesawat American Airlines dari New York ke Charlotte pada Jumaat malam. Ia diberi tahu agar kembali ke bandar udara LaGuardia untuk naik pesawat pada Sabtu pagi.

"Tapi, kemudiannya dia dilarang lagi naik pesawat tanpa penjelasan," kata anak lelaki Abdul-Latif, Abu Bakr Abdul-Latif, kepada AFP. "Pagi ini kami pergi ke syarikat penerbangan dan agen tiket memberi tahu ayah saya bahawa syarikat penerbangan tersebut tak mengizinkan dia terbang naik pesawat syarikat itu. Itu lah kata-kata perempuan agen tersebut."

"Tak ada dapat ayah saya lakukan," kata anaknya, yang pergi ke persidangan Charlotte tanpa ayahnya.

Masudur Rahman, warga tetap AS dari India dan mantan imam Memphis yang mengajarkan bahasa Arab di University of Memphis, mengatakan bahawa beliau dan seorang ulama lagi, warga tetap AS dari Mesir yang mengenakan pakaian Islam dari pundak sampai mata kaki, dikeluarkan dari pesawat ASA 5452 dan diwajibkan menjalani pemeriksaan keselamatan baru.

"Tapi, ketika kami kembali memasuki pesawat, penyelia Delta mengatakan,'Maaf, pilot tak mengizinkan kalian masuk'," kata Rahman.

Delta berunding lama dengan pilot pesawat, lalu memberi tahu Rahman. Dia diberitahu bahawa sebagian penumpang mungkin merasa tak selesa dengan kehadiran mereka di pesawat tersebut.

"Saya kira mereka tentu saja sedih dengan besarnya ketidak-selesaan mereka. Tapi, kalian tahu bahawa mereka mengerti apa yang sedang terjadi di dunia dan terutama sangat sensitifnya keadaan setelah terkorbannya Usama bin Ladin," kata Ibrahim Hooper dan Council on American-Islamic Relations kepada CNN.

Osama Pernah Berlatih Judo Di Taiwan

Pelatih Judo Taiwan: Osama Murid yang Serius


TAIWAN - Jauh sebelum menjadi pemimpin Alqaidah, Osama bin Ladin merupakan sosok pemuda yang serius dan fokus. Osama sempat berlatih Judo.

Menurut pelatih judo Taiwan papan atas, Jimmy Wu, kepada Reuters dalam sebuah wawancara di tepian gelanggang di pusat kota Taichung, Taiwan menyatakan bahawa Osama berdiri dan memilih keluar dari Judo bukan hanya kerana tingginya, tapi kerana sikapnya yang serius, konservatif,

Katanya lagi, Osama merupakan murid judo-nya di Arab Saudi. Saat itu ia melatih pasukan judo Arab Saudi kebangsaan pada 1981 hingga 1991. Bin Ladin, Wu kemudian hanya mengenalnya dengan sebutan 'Osama', menghadiri kelas di pusat judo sementara masih seorang mahasiswa.

Dia terlalu tinggi untuk judo, dan Wu mengatakan ia menyarankan dia melawan olahraga, tapi dia berkeras begitu, Wu menerimanya. "Aku tidak tahu nama bin Laden kemudian," kata Wu.

"Setelah 9 / 11 (serangan di New York dan Washington), saya diundang ke seminar, dan beberapa bekas siswa saya di sana mengatakan 'oh Jimmy, Osama, sekarang dia pahlawan kita'. Aku terkejut dan saya mencari beberapa gambar dan aku berkata 'oh orang ini' dan saya mulai memiliki beberapa memori tentang dia."

Wu kepada Reuters menunjukkan foto-foto Osama dengan ciri-ciri tinggi kurus, berjanggot, anak muda serius dengan pel rambut hitam yang ia katakan adalah Osama. Osama menghadiri pelajaran dua sampai tiga kali seminggu tetapi Wu tidak pernah melihatnya lagi setelah 1984. -republika






Biskop Mahu Kerajaan Ambil Tindakan Ke Atas Utusan

Presiden pertubuhan Biskop Katolik Malaysia, Tan Sri Datuk Murphy Nicholas Pakiam berkata laporan akhbar Utusan Malaysia berhubung agenda menjadikan Kristian sebagai agama rasmi persekutuan merupakan laporan yang tidak berasas dan tidak bertanggungjawab.

Murphy Nicholas menjelaskan, wartawan dan pengarang akhbar berkenaan tidak mengambil langkah sewajarnya bagi mengesahkan dakwaan yang dipetik daripada tulisan blog tersebut.

“Jelas sekali laporan sebegini akan memberi kesan mewujudkan (keadaan) ketidakharmonian agama dan mengapi-apikan kebencian ke atas agama Kristian.

“Kami menyeru kepada pihak berkuasa dan polis supaya segera menjalankan siasatan menyeluruh ke atas perkara ini bagi memastikan sumber kepada fitnah tersembunyi, provokatif dan berniat jahat (ini),” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, penganjur bagi pertemuan berkenaan – National Evangelical Christian Fellowship (NECF) – telah menafikan dakwaan penulis blog yang dipetik akhbar itu.

“NECF seterusnya menjelaskan bahawa pertemuan itu hanya meliputi topik kepemimpinan beretika dan tidak ada agenda agenda (bersifat) penderhakaan seperti didakwa penulis blog dan laporan berita,” katanya lagi.

Dakwaan berkenaan dilaporkan akhbar Utusan Malaysia dan pertemuan itu didakwa dijalankan semalam di Pusat Kristian Katolik, Pulau Pinang manakala satu syarahan umum akan diadakan pada hari ini.


Christian leaders want action against Utusan

This is for carrying provocative and baseless report in accusing the Christian movements of trying to topple the government.

PETALING JAYA: The Archbishop of Kuala Lumpur Murphy Pakiam today hit out at Umno-owned Utusan Malaysia for carrying a mischievous report pertaining to the role of Christian leaders in turning Malaysia as a Christian nation with a Christian premier.

Pakiam, who is the president of Malaysian Catholic Bishops, said the report carried yesterday was “irresponsible, baseless and provocative”.

The report had alleged that Christian leaders (priests/pastors) had a closed door meeting in Penang and had vowed to make Christian the official religion of Malaysia and to install a Christian as its prime minister.

“On behalf of the Catholic Bishops of Malaysia, I would like to categorically refute the allegation that such a meeting had taken place or will take place in a Catholic venue in Penang.

“It is clear that this reporting is baseless and highly irresponsible as the reporters and editors of the above newspaper have not taken any reasonable steps whatsoever to verify the allegations made by anonymous bloggers,” he said in a statement today.


He said that the report in Utusan Malaysia was published after the National Evangelical Christian Fellowship (NECF), one of the organizers of the meeting, having refuted the claims of bloggers.

Their denial was also published by an online media, he added.

He further said that the NECF also clarified that this meeting only covered the topic of ethical leadership and had no treasonous agenda as alleged by the bloggers and news report.

“It is clear that such reporting has the effect of creating religious disharmony, inciting hatred and heaping odium on Christians.

“We therefore call upon the authorities and the police to immediately make a thorough investigation of this matter to determine the source of these insidious, provocative and malicious lies and to take the necessary action against those who seek to threaten the multi-cultural and multi-religious harmonious make-up in this country,” he said.

Police report by Perkasa

Yesterday Malay right-wing movement Perkasa lodged a police report against DAP’s Jelutong MP Jeff Ooi for allegedly organising the meeting of priests at a hotel at Jalan Macalister last Thursday.

The report was lodged by Perkasa’s Penang chief, Mohd Rizuad Mohd Azudin, who alleged that based on a newspaper report, two blogsites claimed that the meeting also discussed making Christian the official religion for the federation and to appoint a Christian as prime minister.

“This issue will destruct the racial unity that has been built for more than 50 years,” he told reporters after lodging the police report.

DAP secretary-general and Penang CM Lim Guan Eng had rubbished the claims and had also lashed out against Utusan Malaysia. -FMT


Ulasan GB

Apa yang rakyat dapat perhatikan, di zaman Najib dan Muhyiddin ini, kedua-dua pemimpin ini seperti menggalakkan berlaku perpecahan kaum di kalangan rakyat dengan membiarkan akhbar Utusan memainkan isu perkauman sempit dan sentimen keagamaan.

Tiada sebarang tindakan diambil walaupun akhbar berkenaan telah berkali-kali mencetuskan isu kontroversi yang menyebabkan api perkauman begitu bersemarak.

Rakyat boleh menilai dan pilihanraya umum nanti pastikan UMNO dihukum.

Madonna Putus Cinta Sama Kekasih Islamnya, Brahim

Madonna, kekasih putus cinta kerana berbeza akidah

Hubungan cinta antara penyanyi Madonna, 52, dengan kekasihnya, Brahim Zaibat, 24, berakhir selepas sembilan bulan, lapor akhbar, semalam.

Seorang teman rapat Brahim mengesahkan pemuda itu kini bersendirian.

“Brahim tidak mempunyai apa-apa hubungan lagi dengan Madonna. Tiada apa lagi yang perlu dikatakan,” kata rakannya.

Brahim kini dipercayai berada di kediaman keluarganya di Lyon, Perancis.

Menurut sumber terdekat perpisahan pasangan itu disebabkan perbezaan kepercayaan antara kedua-duanya.

“Keluarga Brahim tidak mahu dia menghadiri perjumpaan Kabalah dan ingin dia mengekalkan kepercayaannya sebagai Muslim.

“Hubungan mereka mula menjadi hambar dan mereka tidak lagi berjumpa selepas itu,” kata sumber itu.

Pasangan itu bertemu September, tahun lalu, dan selalu muncul bersama di beberapa restoran mewah di sekitar London. - Agensi



Madonna Putus Sama Kekasih Muslim

LONDON - Madonna putus dengan kekasihnya, Brahim Zaibat, yang Muslim dan baru berusia 24 tahun. Sementara, Madonna sendiri adalah penganut taat kabbalah - salah satu aliran dalam Yahudi - dan sudah berusia 52 tahun.

Perbezaan usia 28 tahun sebenarnya tidak menghalangi hubungan Madonna dan Zaibat. Tapi, perbezaan keyakinan sepertinya tidak dapat membuat mereka bersatu lagi. Setelah sembilan bulan berpacaran, mereka akhirnya rasmi putus.

Surat kabar Inggeris Daily Mail mendapat kepastian soal putusnya jalinan cinta Madonna dan Zaibat itu dari teman dekat Zaibat. "Siapa Madonna?" ujar teman dekat Zaibat dengan nada sarkastis. "Brahim telah berada di rumahnya. Dia sekarang sudah sendiri lagi."

Sang teman memastikan Zaibat bukan pacar Madonna lagi. Zaibat sekarang sangat senang kerana akhirnya putus dengan Madonna. "Tidak ada lagi yang dapat dikatakan," katanya.

Zaibat, yang berprofesi sebagai penari hip hop, diyakini berada di rumah keluarganya di Lyon, Perancis. Sementara, Madonna terlihat gembira saat melangkah keluar sendirian di gala tahunan Costume Institute di New York pada minggu ini. Dia mengenakan gaun biru berkilauan yang menjuntai hingga ke lantai. Gaunnya khusus dirancang oleh temannya, Stella McCartney.

Perbezaan keyakinan dikatakan sebagai penyebab putusnya hubungan cinta antara Madonna dan Zaibat. "keluarga Brahim telah mengatakan bahawa mereka tidak ingin anaknya pergi ke pertemuan Kabbalah. Mereka ingin dia tetap pada keyakinan sebagai penganut Islam,'" kata sumber yang dekat dengan keluarga Zaibat. "Masalah itu membuat hubungan mereka mulai terasa renggang dan mereka tidak saling bertemu satu sama lain."

Madonna dan Zaibat bertemu pada bulan September tahun lalu. Mereka sering terlihat di beberapa restoran paling eksklusif di London. -republika


Banglo Empat Tingkat Tengku Adnan Terbakar

Rumah Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di Taman Duta di Kuala Lumpur nyaris musnah apabila tingkat atas rumah banglo empat tingkat itu terbakar awal hari ini.

Tengku Adnan berkata kebakaran dipercayai berpunca dari bilik anak lelakinya, Tengku Mohd Hafiz, 15, apabila pendingin hawa di bilik tersebut mengalami kerosakan sehingga mengeluarkan percikan api.

"Ketika kejadian kira-kira pukul 5.30 pagi itu anak saya sedang tidur tetapi terjaga setelah terkena percikan api dari pendingin hawa berkenaan.

"Kemudian anak saya terus berlari ke bilik saya yang berada di tingkat yang sama bagi memaklumkan kejadian tersebut," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Tengku Adnan berkata sejurus selepas itu, beliau terus mengejutkan kesemua 15 orang penghuni di dalam rumah tersebut termasuk anggota keluarga dan pembantu rumah supaya keluar menyelamatkan diri sebelum menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat.

"Semua penghuni rumah berjaya menyelamatkan diri tanpa sebarang kecederaan," katanya.

Sementara itu, Timbalan Penguasa Bomba dan Penyelamat Sentul, Halim Mustafa berkata enam jentera dengan 46 anggota dari balai Hang Tuah, Sentul, Sri Hartamas, Jinjang memgambil masa setengah jam untuk mengawal kebakaran.

Halim berkata bagaimanapun hanya bumbung dan tingkat empat sahaja yang musnah manakala tingkat satu hingga tiga tidak terjejas.

"Api di bumbung dan tingkat empat banglo yang berusia hampir 25 tahun itu merebak dengan cepat kerana strukturnya yang diperbuat dengan kayu namun tingkat bawahnya sempat diselamatkan," katanya.

Jumlah kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan, katanya. - Bernama





TGNA: MCA Sendiri Tak Percaya Utusan, Takkan Saya Nak Percaya

Nik Aziz ragui laporan akhbar

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meragui laporan sebuah akhbar arus perdana yang mendedahkan terdapat usaha pihak tertentu jadikan Kristian agama rasmi negara.

“MCA pun tidak percaya akhbar ini, takkan saya mahu percaya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Muamalat dan Perbankan Islam peringkat Kebangsaan, di Kelantan Trade Centre di sini, semalam.

Sebuah akhbar semalam melaporkan terdapat majlis pertemuan paderi dari seluruh negara yang didakwa turut membincangkan agenda menjadikan Kristian agama rasmi Persekutuan sekali gus melantik Perdana Menteri dalam kalangan penganut agama itu.

Menurut laporan itu yang memetik sebuah blog menyatakan majlis itu dihadiri oleh Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi namun beliau menyangkal dakwaan itu dan menjelaskan hanya menghadiri majlis kesyukuran yang diadakan secara tertutup sebagai tetamu.

Majlis pertemuan paderi-paderi berkenaan dan ikrar menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan didedahkan oleh dua laman blog iaitu ‘bigdog’ menerusi entri bertajuk ‘Making Christianity the official religion? dan blog Marahku.

Difahamkan, majlis makan malam dihadiri lebih 100 paderi Kristian itu diadakan di sebuah hotel kelmarin. -SH


Yang Lain Hangus Kecuali Al-Quran & Kain Ela

Kuala Krai - Rumah dan peralatan di dalamnya hangus tetapi apa yang mengejutkan ialah dua naskhah kitab suci al-Quran dan kain ela yang dibeli untuk dibuat baju raya tidak disentuh api.

Itulah penemuan yang dijadikan iktibar oleh seorang anggota tentera, Zamri Hamat, 38, selepas kejadian menyayat hati membabitkan isterinya, Rafidah Ismail, 36, rentung di rumah mereka di Taman Sri Guchil di sini kelmarin.

Dalam kejadian itu, Rafidah sempat mengeluarkan tiga anaknya, Rashidah Ilyana Zamri, 7, Zaim Shahrul Zamri, 6, dan Zaim Iqbal Zamri, 2, dengan memecahkan cermin serta membengkokkan besi tingkap.

Zamri yang bergegas pulang dari Perak memberitahu, kedua-dua naskhah kitab suci tersebut disimpan dalam kotak dan kain itu pula dilipat bersebelahan dengan kotak berkenaan di dalam sebuah almari.

"Saya hairan kerana almari tersebut dan barang-barang lain di dalamnya semua hangus tetapi dua naskhah al-Quran itu dan kain ela arwah isteri saya tidak terbakar,'' cerita Zamri ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.

Dia membeli kedua- dua naskhah al-Quran itu semasa bertugas di Lebanon pada tahun 2009.

Lima helai kain ela itu dibeli oleh Rafidah di Kota Bharu dua minggu lalu dan disimpan dalam almari tersebut tanpa dibungkus.

Mengenang kembali kejadian itu, Zamri memberitahu, arwah mungkin sukar meloloskan diri melalui tingkap itu disebabkan dia bertubuh besar dengan berat badan kira-kira 85 kilogram. -kosmo

Ulasan GB

Firmanullah s.w.t:

Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran dan Kamilah yang akan menjaganya.” (Surah al-Hijr ayat 9)


Laporan Palsu Blogger UMNO & Utusan: Gereja Timbang Untuk Saman

Kristian-Islam: Gereja timbang saman Utusan siar laporan palsu

GEORGE TOWN, 8 Mei — Bishop Antony Selvanayagam (gambar) mendakwa Utusan Malaysia berbohong kononnya Gereja Katolik Pulau Pinang berperanan dalam konspirasi, didakwa mahu menjadikan individu beragama Kristian sebagai perdana menteri sambil menegaskan, ia akan berunding dengan peguamnya mengenai bakal tindakan perundangan ke atas akhbar tersebut.

Katanya, beliau dan pertubuhan itu tiada tahu-menahu mengenai pertemuan yang Utusan Malaysia dakwa telah diadakan untuk menjadikan perdana menteri daripada kalangan komuniti Kristian dan mengubah status agama rasmi negara ini.

“Laporan itu tidak benar. Tiada pertemuan sedemikian di mana-mana gereja Katolik atau kemudahan di sini. Sebaga biskop, saya pastinya tahu,” kata beliau kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi malam tadi.

“Ini laporan palsu,” kata Selvanayagam.

Katanya, tiada mana-mana pihak kecuali The Malaysian Insider yangmenghubungi beliau untuk mendapatkan kesahihan maklumat sebelum menerbitkan laporan tersebut.

Justeru ditanya sama ada beliau bercadang untuk mengambil tindakan ke atas Utusan Malaysia, katanya:

“Dengan segera, buat masa sekarang, saya tidak dapat memberitahu apa-apa. Saya perlu berunding dengan Gereja Katolik dan penasihat undang-undang saya.”

Selvanayagam, yang menjadi biskop sejak 1980 juga menolak dakwaan mengaitkan Gereja Katolik dengan konspirasi politik untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara ini.

“Setahu Gereja Katolik, kami tidak terlibat,” katanya sambil menafikan keras tindakan kumpulan-kumpulan Islam untuk membawa gereja ke dalam kontroversi ini dengan menimbulkan isu pertikaian kalimah “Allah”.

Utusan Malaysia edisi semalam membawa laporan muka depan bertajuk “Kristian agama rasmi”, berdasarkan tulisan dibawa beberapa blogger pro-Umno.

Blog-blog itu menuduh DAP menghasut dengan cuba meminda undang-undang negara untuk menjadikan mereka yang beragama Kristian menjadi perdana menteri, dengan menunjukkan gambar berbintik-bintik yang didakwa mereka sebagai pakatan rahsia antara DAP dan pastor-pastor di sebuah hotel di Pulau Pinang, Rabu lalu.

Perlembagaan Persekutuan tidak memperuntukkan syarat agama atau kaum bagi seseorang menjadi perdana menteri.

Pertubuhan National Evangelical Christian Fellowship (NECF) bersama Global Day of Prayer, Marketplace Penang dan Penang Pastors Fellowship menegaskan dakwaan terhadap komuniti adalah pembohongan dan telah pun menafikan dakwaan blogger berkenaan malam kelmarin.

Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi juga menafikan dakwaan kononnya beliau menganjurkan pertemuan paderi dari seluruh negara, yang didakwa turut membincangkan agenda menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan, sekali gus melantik Perdana Menteri dalam kalangan penganut agama itu.

Menurut wakil rakyat DAP itu, beliau hanya menghadiri majlis kesyukuran yang diadakan secara tertutup untuk paderi-paderi tersebut sebagai tetamu.

Petang semalam, DAP menolak laporan Utusan Malaysia yang mendakwa parti itu berkonspirasi dengan pemimpin-pemimpin Kristian untuk mengambil alih Putrajaya dan menggugurkan status Islam sebagai agama rasmi negara ini.

Parti komponen Pakatan Rakyat itu juga mendakwa laporan akhbar milik Umno itu satu pembohongan yang bahaya kepada negara.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menegaskan, pembohongan sedemikian bercanggah dengan konsep 1 Malaysia yang dibawa oleh Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri dan Presiden Umno. -TMI

Renungan Hari Ibu: Apabila Perempuan Melahirkan Tuannya....

Anak ugut bunuh ibu guna SMS

GOMBAK: Seorang ibu kini berada dalam ketakutan apabila anak lelakinya mengugut untuk membunuhnya dan ahli keluarga lain jika tidak memberi wang kepadanya.

Dalam kejadian di Bandar Baru Selayang, di sini kelmarin, ibu malang berusia 55 tahun itu diugut anaknya yang berusia 24 tahun supaya memberi wang RM5,000 kepadanya.

Permintaan itu ditunaikan ibu berkenaan, namun anak nya itu bagaikan tidak mengenang budi apabila meminta wang tambahan sebanyak RM500 lagi.

Menurut sumber polis, walaupun diberikan wang, anak lelaki mangsa masih lagi mengganggu hidup ibunya itu dengan menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan menyebabkan mangsa kini berada dalam ketakutan.

“Anak lelaki mangsa meminta wang RM100,000 dengan mengugut mahu membunuh mangsa, bekas suami mangsa yang juga ayah kepada suspek serta tiga ahli keluarga lain jika permintaan tidak ditunaikan,” katanya di sini, semalam.

Mangsa membuat laporan di Balai Polis Selayang, untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Rahim Abdullah mengesahkan menerima laporan itu.


Tergamak halau emak guna duit arwah bapa

KUALA LUMPUR: Ketika ramai anak memikirkan hadiah sesuai untuk diberikan kepada ibu masing-masing sempena Hari Ibu, Ahad ini, seorang wanita pula ‘berendam’ dengan air mata selepas dihalau anak tunggal yang berang kerana ibu terbabit dikatakan menggunakan wang di dalam akaun arwah bapa tanpa pengetahuannya.

Dalam kejadian yang berlaku pertengahan bulan lalu, wanita malang berusia 61 tahun itu terpaksa mengeluarkan sedikit wang untuk perbelanjaan seharian dan perubatannya akibat anak lelaki tunggalnya yang berusia lingkungan 30 tahun tidak lagi mempedulikannya sejak bapa meninggal dunia pada Oktober lalu akibat serangan jantung.

Penasihat agensi perunding harta pusaka Wasiyyah Shoppe Sdn Bhd, Ariffin Sabirin (gambar) berkata, berikutan pengeluaran yang dibuat warga emas itu anaknya tergamak menghalau wanita itu dari rumahnya di Shah Alam kerana berpendapat duit akaun itu wang pusaka dan dia sebagai anak lelaki tunggal mempunyai bahagian paling banyak.

Katanya, anak terbabit menuduh ibunya memakan duit haram, malah akibat marah mereka sering bertengkar dan keadaan menjadi lebih buruk apabila isteri si anak masuk campur serta menyebelahi suaminya.

Berikutan itu katanya, akibat terlalu marah, anak menghalau ibu keluar dari rumahnya April lalu dan walaupun ibu enggan tapi terpaksa mengalah kerana rumah terbabit dipindah milik nama anak pada 2008. Ariffin berkata, sehingga kini, kes pusaka itu belum boleh dimulakan kerana banyak dokumen peribadi milik arwah suami wanita itu berada di rumah berkenaan manakala anak enggan bekerjasama dengan ibunya malah melarang wanita itu memasuki kediamannya.

“Hari ini ibu malang itu terpaksa menumpang di rumah adiknya. Kes ini bermula semasa hidup, bapanya membeli sebuah rumah banglo di Shah Alam dan memindah milik rumah itu dari namanya kepada nama anak lelaki pada 2008 atas dasar kasih sayang. “Ketika pindah milik dibuat, perjanjian lisan antara mereka ialah anak akan menjaga kebajikan dan memelihara ibunya sekiranya dia meninggal dunia. “Bagaimanapun selepas bapa meninggal dunia Oktober lalu, anak mula mengabaikan ibu dan meninggalkannya dengan pembantu rumah ketika dia bersama isteri bercuti, malah tidak mempedulikan ibunya walaupun sakit menyebabkan wanita itu terpaksa guna wang dari akaun bersama dengan arwah suaminya untuk perbelanjaan seharian dan perubatannya sebelum dihalau,” katanya. -HM


Ulasan GB

Sempena Hari Ibu - Satu renungan.

Firmanullah


Artinya : Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu- bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah- tambah, dan menyusukannya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu. (QS, Al-Luqman 14)


Artinya: Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. (al-Isra’ 23)

Hadith Nabi s.a.w.

Dari sahabat abu hurairah radiyalhu ‘anhu beliau berkata : Datang seorang pria laki-laki kepada rasulullah kemudian dia bertanya : Wahai rasulullah, siapakah yang paling berhak untuk kuperlakukan dengan baik?” Beliau bersabda, “Ibumu”, Orang tersebut bertanya lagi,”kemudian siapa?”. Beliau bersabda,”Ibumu”. Orang tersebut bertanya lagi,”kemudian siapa?”. Beliau bersabda,”Ibumu”. Orang tersebut bertanya lagi,”kemudian siapa?”. Beliau bersabda,”Bapakmu” (HR. Bukhari dan Muslim)


Daripada Umar bin al-Khattab r.a. (dalam sebuah hadis yang panjang), ………… kemudian Jibrail bertanya kepada Rasulullah saw., "Maka khabarkan kepada ku tentang hari qiamat?". Lalu Nabi saw. menjawab, "Orang yang ditanya tiada lebih mengetahui daripada orang yang bertanya”. Maka Jibrail lalu berkata, "Kalau begitu cuba khabarkan kepada ku tanda-tandanya", maka Nabi saw. menjawab, "Bahawa perempuan akan melahirkan tuannya .... (Riwayat Muslim)








Pilihanraya Singapura: PAP Kembali Berkuasa, Populariti Menurun, Menteri Luar Tewas.

Parti pemerintah Singapura, People's Action Party (PAP) kembali berkuasa hari ini dengan majoriti besar namun menghadapi penurunan pada populariti dan tewas di satu daerah utama ke tangan pembangkang.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong, 59, mengakui pilihanraya parlimen semalam menunjukkan satu "anjakan ketara" di dalam lanskap politik Singapura, yang telah diperintah oleh PAP semenjak 52 tahun yang lalu.

Pembangkang menang enam kerusi yang dilihat prestasi sederhana diukur dengan nilai antarabangsa namun ia adalah prestasi terbaik mereka semenjak Singapura merdeka dari Persekutuan Malaysia pada 1965.

Parti PAP memenangi 81 dari 87 kerusi Parlimen, menurun dari kemenangan 82 dari 84 kerusi semasa pilihanraya 2006, dan jumlah undi popular keseluruhannya jatuh dari 67% kepada 60% sahaja dalam tempoh yang sama.

Di dalam satu saingan paling sengit, Menteri Luar Singapura George Yeo dan empat calon PAP yang lain tewas kepada Parti Pekerja di dalam parlimen Al-Junied GRC, memaksa beliau tersingkir dari kabinet.

Kawasan Aljunied GRC, yang mempunyai 143,000 pengundi, jatuh kali pertama ke tangan pembangkang.

Seorang pengundi AlJunied GRC, Nuraini Malik, 22, pelajar sebuah universiti memberitahu Yahoo! Singapura, "Saya amat gembira kerana Parti Pekerja menang... Saya turut sedih George bukan lagi seorang menteri, kerana beliau adalah seorang menteri yang bagus. Tetapi, saya tetap gembira kerana pasukan Parti Pekerja ini betul-betul cemerlang di dalam ceramah-ceramah dan manifesto mereka."

Beliau menambah, "Saya dapat rasakan angin perubahan sedang berlaku. Dan adalah bagus mereka menang untuk membenarkan kita hidup dan menghirup udara segar demokrasi. Sekarang kita berharap mereka dapat menunaikan tanggunjawab mereka!

PM Lee pula di dalam ucapan sulungnya menerusi televisyen selepas pilihanraya ini berkata, "Ini adalah pilihanraya yang mempunyai penanda aras. Ia diadakan selepas lima tahun yang penuh dengan pelbagai peristiwa. Ini adalah dunia yang berbeza dalam tahun 2011 berbanding 2006, dan sebuah Singapura yang juga berbeza."

PAP akan melakukan "kajian mendalam" dan meluahkan untuk bekerjasama dengan ahli parlimen pembangkang, yang memenangi 6 kerusi disamping memberikan tentangan hebat kepada PAP di seluruh pulau Singapura di dalam pilihanraya kali ini.

Pilihanraya semalam merupakan prestasi terburuk PAP semenjak kali pertama pilihanraya diadakan di Singapura pada 1959.



Blogger UMNO Tegur Najib: Lebih Baik Tumpukan Negeri Yang BN Masih Kuasai Drp Rebut Selangor

Satu pendapat: 'If you want to damage the country give it to UMNO to rule, if you want to make it worst give it to UMNO to repair' Oleh Aspan Alias (gambar)

Dato Seri Najib berkata yang UMNO akan melakukan segala-galanya dan apa jua caranya untuk menawan kembali negeri Selangor dalam pilihanraya yang akan datang. Ramai yang menghubungi saya untuk bertanya maksud ‘at all costs’ yang disebut oleh PM Najib itu.

Adakah PM Najib memberi isyarat yang cara yang dikatakannya itu tidak dibatasi oleh undang-undang dan etika demokrasi? Saya menjawab, “manalah saya tahu. Takkan orang pencen yang duduk di rumah sahaja boleh mengetahui apa yang akan dilakukan oleh Najib bagi UMNO kembali ke Selangor untuk memerintah”.

Kalau dikira dari sudut matematiknya UMNO amat sukar untuk mendapatkan kembali negeri terkaya itu. Kita perlu mengkaji sebab yang menyebabkan UMNO Selangor itu rebah semasa pilihanraya yang lalu. Selangor memang sebelum ini merupakan kubu kuat BN khususnya UMNO dan tidak siapa pun terfikir yang UMNO akan mengalami kekalahan dalam mana-mana pilihanraya.

Dalam keadaan itu sekali pun kita telah menyaksikan UMNO tumpas dalam pilihanraya 2008 yang lalu dan hilang kuasa mentadbir negeri itu di tangan Pakatan Rakyat. Selalunya jika sesebuah parti memerintah kerajaan negeri, parti pemerintah itu susah untuk digulingkan kerana ‘networking’ yang terbina itu akan menjadi mantap dari masa kesemasa.

Kerajaan negeri selalunya akan menguasai pengaruh pemikiran rakyat di setiap kampong melalui JKKK yang merupakan struktor pentadbiran yang terendah di dalam sistem kerajaan kita. Tentunya rakyat yang kesemuanya ditadbir oleh JKKK ini akan menerima segala bentuk bantuan pembangunan kerajaan negeri kerana JKKK inilah saluran bantuan kepada rakyat akan disampaikan oleh kerajaan negeri.

Mahu tidak mahu kerajaan negeri Selangor telah menunjukan prestasi yang agak lebih baik dari apa yang diusahakan oleh kerajaan yang terdahulu. Jika kita lupakan isu politik partisan, maksud saya lupakan bab UMNO atau PR, Khalid Ibrahim merupakan Menteri Besar yang lebih berdedikasi dari MB-MB yang terdahulu. Jika kita dengar isu keburukan Khalid ia selalunya dinyanyikan oleh kumpulan politik yang bertentangan semata-mata untuk mendapatkan perhatian rakyat.

Satu perkara lagi yang menjadi perhitungan rakyat ramai ialah tentang momokan terhadap PR yang dimainkan oleh media perdana sejak berdekad-dekad dahulu yang tidak ada parti selain dari UMNO mampu memerintah sudah jelas tidak diterima rakyat lagi kerana momokan itu sudah terbukti meleset dari pandangan rakyat. Parti-parti pembangkang sekarang semua ada pengalaman memerintah sejak pilihanraya 2008 yang lalu dan nyata momokan terhadap PR sebelum ini tidak boleh lagi dijadikan isu oleh UMNO dan BN sekarang ini.

Kalau ada pun isu yang dimainkan oleh UMNO terhadap kerajaan PR Selangor ia hanyalah isu-isu yang dicari dan dibelek untuk diisukan seperti orang mencari kutu dalam rambut. Segala isu-isu remeh akan ditimbulkan untuk diskredit kerajaan negeri itu khusunya terhadap MBnya sebagai cara mendapatkan kembali pentadbiran kerajaan negeri itu selepas pilihanraya yang akan datang.

Yang menjadi perhatian sekarang siapa yang akan menerajui Selangor jika BN mengambil alih? Khir Toyo atau Noh Omar atau pun Mohd Zain Mohammed? Ramai berpendapat yang jika salah seorang dari nama ini dijadikan ketua untuk membawa perubahan di negeri Selangor, BN tidak akan mendapat sokongan kerana mereka bukanlah ‘material’ untuk membawa perubahan.

Mereka merupakan pemimpin-pemimpin yang telah membawa masalah kepada negeri itu yang menyebabkan BN tersembam di dalam pilihanraya yang lalu. Bagaimana pula mereka pula yang hendak membawa perubahan? Jika ini lah orang-orangnya yang akan dinamakan sebagai pengganti kepada kerajaan sekarang maka adalah tidak salah jika kita anggapkan yang ia akan terhempas sebelum terbang.

Rakyat sentiasa bertanya jika mereka yang telah merosakan sistem politik negeri itu bagaimana pula mereka yang kehadapan kononnya untuk memperbaiki keadaan yang dituduh sebagai tidak baik. Ada seorang rakan saya berkata, “If you want to damage the state give it to UMNO to rule, if you want to make it worse give it to UMNO to repair”.

UMNO, kepada rakyat khususnya rakyat Selangor telah melihat bukti yang semasa memerintah negeri itu banyak ketidak telusan pimpinan di lihat oleh rakyat maka itulah sebab yang besar kenapa rakyat memilih pembangkang dalam pilihanraya yang lalu. Sekarang puak ini jugalah yang sedang berusaha untuk mengambil alih kerajaan Selangor.

Kita akui, didalam politik segala kemungkinan boleh berlaku tetapi kemungkinan itu tentulah beralaskan kepada situasi yang boleh diambil kira dengan tepat. Bagi Selangor kemungkinannya ada tetapi ia amat tipis selagi tidak ditentukan siapa yang akan menerajui kerajaan jika diberi mandat oleh rakyat.

Selain dari itu isu nasional juga memainkan peranan yang penting dalam penentuan samada Selangor mampu ditawan oleh BN. Isu video seks jelas menjadi ‘counter productive’ bagi BN. Rakyat menjadi mual dengan isu itu diperbesarkan dengan keterlaluan. Ini yang BN gagal untuk memahaminya.

Buat masa ini saya secara peribadi lebih cenderung untuk melihat UMNO memusatkan tumpuannya kepada negeri-negeri lain yang masih dikuasainya agar negeri-negeri itu tidak hilang dari genggaman parti lawan.

Ramai pendapat umum bahawa N Sembilan, Pahang dan Trengganu adalah negeri-negeri yang keberangkalian akan kalah adalah besar. Isu yang terbesar bagi ketiga-tiga buah negeri ini adalah sama; iaitu isu kepimpinan Menteri Besar mereka.

Ramai bertanya kenapalah ketiga MB ini masih berada di Pejabat Menteri Besar sedangkan pilihanraya sudah hampir tiba. Tetapi kalau rakyat menolak nanti, rakyat dan parti pembangang juga dipersalahkan.

UMNO tidak pernah bersalah. Yang lain semuanya bersalah termasuk mereka yang mengkritik untuk memperbaiki parti itu. -aspan alias

Ulasan GB

Di dalam UMNO, blogger-blogger sebegini biasanya akan tersisih. Dan kemudian akan di belasah secukup-cukupnya oleh blogger UMNO yang sifatnya kuat mencarut dan memfitnah.