30 Apr 2015

Najib Degil & Enggan Turun Secara Terhormat...


Saya tidak akan menyerah kalah, kata Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak malam ini menegaskan beliau tidak akan menyerah kalah, malah akan mempertahankan pentadbirannya, walau diasak dan diserang dengan pelbagai kritikan daripada banyak pihak.

Berdepan cabaran paling getir sejak mengambil alih tampuk kerajaan, Najib mempertahankan pentadbirannya, dan berkata ia mendapat sokongan penuh ahli Kabinet dan mengamalkan ketelusan dalam semua perkara.

"Walau dilintang dengan seribu aral, biarpun kita diasak dan dikritik, sebagai sebuah kerajaan yang telus, saya selaku perdana menteri bersama-sama timbalan perdana menteri, dan didokong pula para menteri serta rakan ahli pentadbiran, tidak akan sesekali berganjak atau menyerah kalah, malah akan tetap istiqamah dan terus berjuang, merintis sejuta lagi jalan baru demi kebaktian kepada rakyat dan negara," katanya ketika melancarkan laporan Program Transformasi 2014, malam ini.

Najib ketika ini dilemparkan dengan pelbagai kritikan, malah bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga mempersoalkan pelbagai skandal yang menyelubungi Putrajaya.

Najib berkata perjuangan murninya tidak keseorangan, malah tidak pernah hilang haluan dan menggesa orang ramai bekerjasama bagi memastikan negara maju.

"Lantas, selagi cita-cita murni tidak padam, kita tidak keseorangan, tidak pula hilang haluan dan pedoman.

"Ayuh, ayuhlah, bersama-sama berganding atas roh perjuangan yang sama, kita terus menuju ke hadapan, ke arah Malaysia yang maju lagi disegani di persada dunia," katanya.

Dalam ucapannya, Najib berkata Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) pada 2014 sudah melepasi sasaran yang ditetapkan di bawah pentadbirannya.

"Sukacita juga, saya melaporkan pada 2014, berkat usaha yang bersungguh-sungguh, KPI keseluruhan bagi NKRA menjangkau 105%, manakala KPI bagi keseluruhan NKEA pula melebihi sasaran yang dijangka dan berada pada kadar 110%.

"Serentak itu, KPI bagi keseluruhan SRI turut melampaui sasaran yang dihasratkan dan mencecah kadar 120%," katanya.

Menyifatkan pencapaian yang dikecapi pentadbirannya sebagai membanggakan, Najib mengakui terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki khususnya membabitkan kepentingan rakyat.

"Walau yang demikian, seperti yang saya sering ingatkan, kita tidak pernah lalai atau terlupa masih terdapat ruang peningkatan dan penambahbaikan," katanya.

Kebelakangan ini, kritikan dan kecaman terhadap pentadbiran Najib semakin kuat kedengaran, malah ia datang daripada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyerangnya secara terbuka.

Dr Mahathir menyenaraikan pelbagai tuduhan terhadap Najib dan mendakwa jawapan yang diberikan tidak mencukupi.

Antaranya membabitkan perkara seperti pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu dan dakwaan salah seorang pembunuh dalam kes itu, Sirul Azhar Umar yang juga bekas pengiring Najib.

Beliau turut membangkitkan skandal syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang mencatatkan kerugian hampir RM42 bilion.

Dr Mahathir juga mempersoalkan keborosan dan beberapa polisi yang diperkenalkan Najib yang dianggap merugikan negara dan punca kerajaan Barisan Nasional lemah ketika ini.

Pemerhati melihat keadaan dan kritikan berterusan ini akan memberikan kesan kepada kerajaan pemerintah jika tidak ditangani segera. – TMI(28 April, 2015)

ULASAN GB

Najib degil dan enggan turun secara terhormat. Bererti beliau ingin turun dari jawatannya dengan cara lain... mungkin dengan cara yang dasyat.

GB sudah ulas sebelum ini. Petikan:

Hukum kebenaran dan keadilan terus berjalan...

Berlakulah apa yang dinamakan Tragedi Semenyih... yang mengorbankan 6 orang penumpangnya termasuk 2 orang kanan Najib, iaitu Tan Sri Jamaluddin Jarjis dan Datuk Seri Azlin Alias. Tragisnya daripada gambar-gambar yang tersiar di media sosial begitu mengeri dan menggerunkan, yang putus kepala, yang hancur jasadnya... Ianya berlaku selang bebrapa hari selepas pemergian Dato' Poad Jelani. Ketiga-tiganya merupakan orang kuat Jabatan Perdana Menteri (MPO).

Tragedi Semenyih berlaku tatkala Najib sedang "diserang" begitu hebat oleh bekas PM, Tun Dr Mahathir di dalam beberapa isu yang menyangkut hal-hal integriti dan kredibiliti Najib sebagai PM. Isu Altantuya, 1MDB, Jho Low dan anak tiri Najib (Riza Aziz).

Najib setiap kali dikritik dan diserang seperti biasa akan dibela oleh pegawai-pegawainya di PMO. Peruntukan kepada PMO meningkat dari setahun ke setahun sehingga mencecah berbillion ringgit, lebih besar dari mana-mana kementerian yang lain. Jangan lupa pula bayaran untuk konsultan antarabangsa APCO untuk menggilap namanya di peringkat antarabangsa dan peguam UMNO bernama Hasfarizam yang ditugaskan untuk menyaman pihak-pihak yang didakwa mencemarkan nama Najib dan Rosmah.

Berbalik kepada Tragedi Semenyih. Ia berlaku semasa Najib diserang oleh TDM dengan pelbagai isu, dan sebelum berlakunya Tragedi Semenyih itu, pemerintahan Najib sudahpun ditimpakan dengan pelbagai musibah seperti tragedi MH370, MH17 & QZ8501. Musibah-musibah berkaitan dengan penerbangan udara pula berlaku di ketika negara dikejutkan dengan pembelian dan penggunaan jet peribadi oleh Najib dan Rosmah untuk tujuan-tuan rasmi dan peribadi mereka berdua. Kemudian timbul pula dakwaan RM28 juta digunakan untuk mengubahsuai jet peribadi yang digunakan oleh Najib dan Rosmah. Dan PMO seperti biasa mengeluarkan kenyataan penafian berhubung dengan isu-isu yang berkaitan dengan jet peribadi tersebut, sekalipun penafian tersebut tidak dapat meyakinkan rakyat.

Ditengah-tengah hiruk pikuk itulah berlakunya Tragedi Semenyih, dan pegawai-pegawai PMO diantara mangsanya!

Perkara yang telah berlaku sepatutnya menjadi pengajaran kepada Najib. Ia adalah hukum alam, hukum kebenaran dan keadilan yang tidak boleh ditolak, tidak boleh dinafi. Jika ada pegawai di PMO ingin menolak dan menafikan, kini pegawai PMO sendiri "mati", dan nak kata apa lagi?

Sebelum ini GB telah menyatakan bahawa Negara Hancur Rakyat Sengsara Kerana Rosmah Mansor. Akibat keborosan dan ketirisan yang dilakukan oleh Najib, rakyat menanggung beban dengan dikenakan GST.

Dan kita berharap Tragedi Semenyih membuka hati dan minda Najib serta pegawai-pegawai di PMO supaya bertaubat dan tidak mempertahankan tindakan-tindakan yang sememangnya salah itu. Jika tidak, kita khuatir periistiwa yang lebih dasyat daripada Tragedi Semenyih boleh berlaku, dan semasa itu sesal kemudian sudah tidak berguna lagi.

Demikian peringatan Allah melalui hukumNya, hukum kebenaran dan keadilan, hukum yang lebih tinggi dari hukum hudud yang digembar-gemburkan mutakhir ini. Hukum itu di dalam Islam dipanggil sunatullah, di dalam ilmu falsafah dipanggil Hukum Pasti. Hukum kebenaran dan keadilan tidak perlu Private Bill, tidak perlu mendapat majoriti mudah malah tak perlu kelulusan Parlimen pun. Ia akan tetap berjalan sepanjang masa, semenjak sekalin alam ini diciptakanNya sekalian alam ini kembali kepadaNya.

Tragegi MH370 yang menyebabkan 250 penumpang hilang termasuk 49 orang warga Malaysia, tragedi MH17 seramai 259 penumpang termasuk nenek tiri Najib sendiri yang terkorban dan tragedi helikopter terhempas di Semenyih yang mengorbankan 6 orang penumpangnya termasuk 2 orang kanan Najib, iaitu Tan Sri Jamaluddin Jarjis dan Datuk Seri Azlin Alias.

Apakah ia tidak lansung membuka mata hatimu Wahai Najib dan apakah kamu hendak tragedi yang lebih dasyat dari itu baru kamu hendak sedar tentang kekuasaan Allah swt?

Dan ingat Najib, kamu telah diberi peringatan lansung dari Allah satu ketika dulu...

Najib Dan Rosmah Kemalangan Di Senawang

Kereta yang dinaiki oleh Dato Seri najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor terlibat dalam satu kemalangan di Lebuhraya Senawang, Ayer Keroh. Kereta yang dinaiki mereka terbabas dan terbalik di tepi lebuhraya tersebut. Jangan salah faham ya..

Ini kisah yang berlaku pada tahun 1988 semasa Dato Seri Najib menjawat Jawatan Menteri Belia Dan Sukan. Sekadar mengimbau sejarah yang ramai tidak mengetahuinya.




[VIDEO] Mahathir Londehkan Ahmad Maslan, "Dia Tak Tahu Apa-apa Tentang Kewangan..."


Ahmad Maslan tidak tahu apa-apa tentang kewangan, kata Dr Mahathir

Selepas Datuk Ahmad Maslan menuduhnya tidak memahami cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan baru-baru ini, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengkritiknya kembali, mengatakan timbalan menteri kewangan itu tidak tahu apa-apa tentang kewangan, lapor Malaysiakini.

"Saya tak tahu apa yang dia cakap.

"Dia jaga kewangan tetapi dia tak tahu apa-apa tentang kewangan,"
katanya.

Ahmad sebelum ini mendakwa Dr Mahathir tidak faham GST dan ia merupakan punca bekas perdana menteri itu mencadangkan Putrajaya menghapuskan cukai yang membebankan rakyat itu.

"Saya rasa orang di sekelilingnya tidak memberi penjelasan yang betul tentang GST.

"Peratusan GST lebih rendah berbanding SST (cukai jualan dan perkhidmatan). Jadi bagaimana dia boleh kata lebih baik kerajaan batalkan GST," kata Ahmad yang juga ahli Parlimen Pontian itu dipetik sebagai berkata sebelum ini.

Beliau juga menggesa pihak yang rapat dengan Dr Mahathir memberi penjelasan lebih lanjut tentang GST kepadanya ‘tanpa dipengaruhi komen negatif pembangkang’.




29 Apr 2015

Akhirnya Mohd Yusni Lakukan Pusingan U....


Pemuda PAS PP tarik balik boikot PRK Pmtg Pauh

Pemuda PAS Pulau Pinang telah mengubah pendiriannya dan hari ini mengumumkan untuk membantu jentera Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh.

Ketua Pemudanya Mohd Yusni Mat Piah berkata, keputusan itu diambil selepas mesyuarat Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang bersama Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Muhammad Khalil Abdul Hadi dan Naib Timbalannya. Khairil Nizam Khirudin, malam tadi.

"Kami sebulat suara untuk akur arahan PAS Pusat untuk bantu gerak kerja PRK Permatang Pauh.

"Kami juga tetap dengan pendirian kami supaya AMK menarik balik kenyataan melampau terhadap presiden PAS," katanya dalam sidang media di pejabat Badan Perhubungan PAS Pulau Pinang di Kepala Batas pagi ini.

Turut hadir dalam sidang media itu ialah Khalil dan Khairil.

Pemuda PAS Pulau Pinang sebelum ini bertegas tidak akan membantu gerak kerja Pakatan di Permatang Pauh setelah AMK negeri masih tidak memohon maaf kerana didakwa mengeluarkan kenyataan melampau kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

AMK Pulau Pinang sehingga hari ini masih lagi belum mengeluarkan sebarang kenyataan sama ada untuk menarik balik kenyataan tersebut atau membuat permohonan maaf.

Selain itu, Yusni berkata tindakan pihaknya membantu jentera Pakatan pada PRK ini tidak bermakna mereka akur dengan kenyataan AMK itu.

Walaupun AMK belum menarik balik kenyataan dan memohon maaf, Pemuda PAS akan tetap membantu jentera pilihan raya Permatang Pauh atas dasar mempertahankan kerusi itu, katanya.

Malah, Yusni berkata, pihaknya juga hanya akur pada Majlis Syura Ulama apabila sebelum ini yang menetapkan bahawa PAS masih lagi kekal di dalam Pakatan.

"Kita tetap dengan pendirian kita pada masa sama tetap nak pertahankan kerusi Permatang Pauh. Tidak mahu kerusi terlepas dari Pakatan.

"Kita ada Majlis Syura Ulama yang tetapkan PAS masih dalam Pakatan, jadi akhirnya kita akan akur," tegasnya lagi.

Selain itu, Yusni juga berkata, beliau turut bersedia untuk memberi kerjasama dengan Jawatankuasa Disiplin parti sekiranya dikenakan tindakan tatatertib.

"Saya bersedia dan tahu prosudernya. Kalau ada laporan untuk diambil tindakan, saya bersedia kalau diminta.

"Saya atau (PAS) Pulau Pinang bersedia untuk bekerjasama dengan Lembaga Tatatertib," katanya lagi. -mk

ULASAN GB

Begitulah kisahnya...

Akhirnya KP PAS Pulau Pinang melakukan U-turn dan kini baru bercakap soal "PAS masih dalam Pakatan".

Kan dah labuh muka para penyokongnya seperti Ketua Pemuda PAS Marang, KP-KP Pemuda PAS Selangor dan lain-lain individu yang mempertahankan tindakan Yusni untuk boikot PRK Permatang Pauh sebelum ini.

Selama ini beliau bersama konco-konconya termasuk dari kalangan beberapa pimpinan terutama yang bergelar ulama telah menghentam habis-habisan mereka yang mahu perkukuhkan Pakatan Rakyat seperti tuntutan muktamar.

Malah di dalam pemilihan muktamar kawasan-kawasan yang sedang berlansung, habis semua golongan progresif dicantas, kerana dikatakan menjadi agen PKR dan DAP. Diatur segala strategi di semua peringkat.

untuk hanya menaikkan mereka dari kalangan ustaz disamping mengenepi mereka yang berbaik-baik dengan parti komponen PR.

Seolah-olah PAS dah macam kuat sangat untuk berjuang sendirian.

PR tak rugi apa-apa tanpa PAS, tapi PAS paling banyak kerugian tanpa PR. GB bagi contoh di Selangor pun cukup. Tanpa PR, kerusi PAS Selangor dari 15 akan jadi 5 kerusi sahaja. Bagi kerusi parlimen, tanpa PR, PAS akan jadi seperti dulu-dulu, tinggal 1 atau dua kerusi sahaja. Renung-renungkanlah.

PAS Pusat Sudah Buat Keputusan, Mengapa Masih Ada Yang Degil?


PAS Permatang Pauh perlu sokong calon PKR, kata Mustafa Ali

PAS menegaskan keputusan parti di peringkat pusat untuk menyokong calon PKR di Permatang Pauh adalah yang tertinggi mengatasi keputusan yang dibuat di peringkat kawasan.

Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berkata, PAS Permatang Pauh berhak mengemukakan resolusi mereka sendiri kerana keputusan PAS Pusat yang terpakai dalam menggerakkan hala tuju parti.

"Apa yang berlaku dalam mesyuarat itu hak kawasan masing-masing tetapi dari segi perjalanan apa jua keputusan PAS Pusat mengatasi keputusan kawasan atau pun lebih bawah daripada PAS Pusat.

"PAS Pusat mengambil keputusan dalam mesyuaratnya menyokong calon yang bertanding di Permatang Pauh oleh PKR sebagaimana juga di Rompin, dulu PAS bertanding maka PAS yang disokong bersama," katanya.


Mustafa berkata demikian selepas mesyuarat setiausaha Pakatan Rakyat (PR) yang diadakan di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Beliau diminta mengulas keputusan PAS Permatang Pauh semalam yang memberi kata dua kepada PKR supaya menarik balik kenyataan tidak menyokong rang undang-undang persendirian berkaitan Hudud jika mahu terus mendapatkan sokongan pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh.

Yang Dipertua PAS Permatang Pauh Omar Hassan memberikan kata dua itu bagi tempoh hingga hari penamaan calon, 25 April ini, sambil menuntut PKR memohon maaf secara terbuka berhubung isu itu.

"Jika bersetuju (dengan syarat yang diberikan) maka kami PAS Kawasan Permatang Pauh akan meneruskan kerjasama PAS-PKR dalam pilihan raya kecil ini.

"Pendirian ini adalah keputusan yang dibuat dan disepakati dalam mesyuarat agung PAS kawasan kali ke-38 hari ini.

"Jika mereka masih berkeras tidak mahu menarik balik kenyataan itu kita tengoklah macam mana nanti," katanya seperti dilaporkan Bernama.

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli yang turut hadir pada sidang media itu berkata calon bagi Permatang Pauh akan diumumkan pada malam 24 April iaitu sehari sebelum hari penamaan calon.

Katanya, kelewatan mengumumkan calon itu adalah bagi memberi kejutan kepada Barisan Nasional (BN) yang mendakwa turut akan memberikan kejutan dalam PRK itu.

“PKR dan PAS sudah membentangkan keputusan parti masing-masing mengenai calon yang dipilih kepada majlis setiausaha dan calon itu dipersetujui dan disepakati oleh mesyuarat hari ini.

“Nama calon tersebut akan diumumkan oleh parti masing-masing dalam masa yang terdekat,” katanya.

Mustafa berkata calon bagi PRK Rompin pula akan diumumkan pada malam ini di Muadzam Shah dengan kehadiran dua naib presiden PAS iaitu Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Salahuddin Ayub.

Rafizi berkata antara isu yang hangat diperkatakan dalam PRK Permatang Pauh ialah cukak barangan dan perkhidmatan (GST) serta kemelut pertelingkahan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. -TMI

Cuma Hadi boleh nasihat 'budak' PAS

Ahli Jawatankuasa Pusat PAS Hanipa Maidin berkata, presiden parti itu perlu turun sendiri ke Permatang Pauh untuk membantu Pakatan Rakyat dan menasihati Pemuda PAS Pulau Pinang yang "kebudak-budakan."

Hanipa yang juga Ahli Parlimen Sepang berkata, jika Datuk Seri Abdul Hadi Awang berdepan kesibukan sesuai dengan jawatannya sebagai Timbalan Pengerusi Persatuan Ulama Dunia hingga perlu memberi komitmen amat tinggi menangani masalah ummah di peringkat global, Presiden PAS itu boleh mengambil langkah lebih mudah dengan mengeluarkan arahan rasmi kepada dewan pemuda PAS negeri.

Katanya, langkah itu perlu diambil bagi menyelesaikan segera kemelut "yang tidak sepatutnya timbul" itu.

Hari ini Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Yusni Mat Piah, mengeluarkan kenyataan menolak membantu calon Pakatan yang bertanding dalam pilihan raya keci Permatang Pauh.

Yusni juga mendakwa pemimpi pemuda PAS kawasan di Pulau Pinang kecewa dengan pendekaan diambil ketua mereka sendiri, Suhaizan Kaiat yang cuba menyelesaikan konflik berkenaan.

Rasa tidak puas hati Pemuda PAS Pulau Pinang timbul ekoran kenyataan dibuat pemimpin Angkatan Muda Keadilan negeri berkenaan.

Dalam kenyataanya hari ini, Hanipa percaya ramai ahli PAS kecewa dengan sikap dan keputusan Yusni memboikot kempen pilihanraya kecil Permatang Pauh.

"Pemuda PAS Pulau Pinang yang biasa dengan istilah wala' sepatutnya tidak ada masalah untuk memahami bahawa keputusan PAS mengikat mereka.

Mat Sabu, Tuan Ibrahim tak dilayan

"Sewajarnya ketua pemuda negeri mengarahkan semua jenteranya memberi sokongan padu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"aaAmat malang pemimpin terbabit memilih untuk tidak melayan - jauh sekali menghormati - segala kenyataan dan arahan Timbalan Presiden Mohamad Sabu, Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Suhaizan Kayat"
katanya.

Sementara itu, seorang lagi AJK Pusat PAS Nasruddin Tantawi berkata, terlalu awal untuk mengheret pemimpin pemuda parti itu ke jawatankuasa disiplin untuk diambil tindakan.

Dalam kenyataannya di akaun Facebok Nasruddin berkata, pihak yang berkenaan perlu melihat dulu apakah asas tindakan Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang ketika ini.

"Jangan terburu-buru mahu menghukum anak buah sendiri sedang asas tindakan mereka adalah kerana sayang kepada jemaah dan memelihara maruah pucuk pimpinan,” katanya.
-mk




ULASAN GB

PAS Pusat telah pun membuat keputusan supaya PAS menyokong calon PKR di dalam PRK Permatang Pauh. Ia adalah bertepatan dengan resolusi muktamar PAS yang memutuskan untuk perkukuhkan Pakatan rakyat. Mengapa ada pihak yang masih berdegil dan berlagak tak mahu mematuhi arahan itu? Atas apa pun alasannya, keputusan itu adalah mengikat setiap ahli PAS dan sebarang ketidak-patuhan adalah terkeluar dari akhlak jemaah dan dikira berdosa. Tidakkah begitu?

Anehnya ada pula beberapa pemimpin bergelar "ustaz" yang turut menyokong kumpulan penderhaka keputusan PAS Pusat itu untuk meracun pemikiran sebahagian ahli-ahli PAS di permatang Pauh menyebabkan keadaan menjadi tambah celaru dan keliru.

Dahulu di dalam krisis MB Selangor, dua ADUN digantung kerana dikatakan tak patuh kepada keputusan jemaah walaupun tindakan mereka adalah untuk perkukuhkan Pakatan Rakyat. Sebenarnya keputusan mereka bedua adalah benar kerana mematuhi resolusi muktamar.

Hukum Allah tetap berjalan. Kita sudah memperingatkan.

Facebook BN Pmtg Pauh Diserang Warga Siber


Pengguna Internet bidas kempen siber BN Permatang Pauh

Sebuah laman Facebook yang ditaja mengkritik Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan menggesa rakyat Malaysia mengundi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh akan datang, kini memakan diri apabila pengguna media sosial meninggalkan komen mempersendakan dasar BN itu sendiri.

Laman itu yang dinamakan 'Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh P44' pada 24 April memuatnaik imej Lim dengan kata-kata: "Inilah contoh pemimpin yang berjaya".

Pentadbir laman pula menulis di sebelah gambar itu: "Tahniah buat rakyat Pulau Pinang, Cukuplah... Kami Pulak!"

Bagaimanapun, ramai pengguna Facebook sebaliknya menjawab di ruang komen mengatakan sesetengah daripada dakwaan yang disenaraikan itu menipu dan isu yang dibangkitkan tersebut tidak jauh bezanya dengan apa yang dialami di negeri yang ditadbir BN.

Sofian Hakem menulis: "Aku bukanlah penyokong parti politik. Bukan nak jilat. Aku duk Penang. Tempat aku dulu banjir teruk kalau 1 jam hujan lebat 'confirm' banjir. Sekarang ini takda la pulak banjir dah.

"Masjid pun dah ada 'aircond'. Tempat niaga aku dah dinaik taraf tapi harga tetap kekal RM7.50 sebulan."

Dunia Orina berkata, harga rumah dan cukai pintu meningkat di banyak negeri, "Tak kira siapa pun perintah di mana-mana negeri. Admin, tolong semak dulu sebelum keluarkan statement sengal."

"Ouhhh, Melaka takda rumah urut? Johor takda rumah urut? Cukai tak semakin naik di Johor dan Melaka?" tulis Khairil Rijal Khizhir pula.

Mohd Iskandar Mohd Othman pula berkata: "Tarif air di Johor paling tinggi di Malaysia, admin tak tahu kah? Jangan ingat duduk di negeri BN Melayu boleh senang. Manakah janji BN semasa pilihan raya?"

Pengguna lain mengatakan dosa BN sendiri seperti dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan cukai barang dan perkhidmatan (GST) lebih besar daripada mana-mana kesilapan yang dilakukan kerajaan Pulau Pinang.

Remy Alamshah malah menyalahkan GST yang diperkenalkan kerajaan persekutuan sebagai menyebabkan cukai naik di Pulau Pinang.

Proton Putra Putri berkata tiada satu pun masalah yang disenaraikan itu sama dengan skandal 1MDB dan dananya yang lesap.

Putra Razif Thesoullok pula menulis: "Nak sokong BN pulak? Tak payah lah. Nanti datang masalah baru."

Wan Paan pula menyindir menyatakan: "Setuju admin. Hanya BN dapat ringankan beban rakyat. Nak tau tak admin? Sekarang ni beli apa jenis barang pun murah. Dulu beli top-up RM10, sekarang RM10.60. Makin murah kan?

"Sebab itu member-member gua makin sayang BN. Hanya BN yg dapat meringankan beban kami semua. Hidup BN!!!!"

Pakatan Rakyat mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh dengan calonnya dari PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau memegang kerusi itu 3 kali sebelum ini selepas memenanginya pada pilihan raya kecil 1999 dan pilihan raya umum 2004 dan 2008, sebelum suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kembali ke kancah politik.

Beliau ditentang pendatang baru dari BN, Suhaimi Sabudin, 43, seorang pengarah urusan syarikat pembinaan dari Guar Perahu, Permatang Pauh.

Kawasan Parlimen Permatang Pauh mempunyai 71,513 pengundi, yang mana 70% daripadanya Melayu dan yang selebihnya terdiri daripada Cina (20%), India (6%) dan lain-lain (4%).

Terdapat 3 kerusi Dewan Undangan Negeri di Permatang Pauh. PKR memegang Penanti dan Seberang Jaya manakala PAS memegang Permatang Pasir.

Pada pilihan raya umum 2013, Anwar mengekalkan kerusi itu dengan memperolehi 37,090 undi atau 58,56% daripada jumlah 63,332 undi - majoriti 11,721 undi. -TMI



28 Apr 2015

[RENUNGAN] Pesanan Untuk Isteri-isteri...


Pernah suatu hari ketika mula mula Tok Guru jadi Menteri Besar, isteri beliau Tuan Sabariah meminta izin suaminya untuk beli sedikit perhiasan untuk di pakai.

Jawab Tok Guru : "tidak elok kita pakai banyak perhiasan. Nanti kalau kita pergi ziarah rakyat miskin, lepas tu mereka tengok perhiasan yang kita pakai, mungkin mereka akan cemburu. Bila dia minta daripada suaminya, suaminya tak mampu nak beli sebab miskin, lalu bergaduh suami isteri . Mereka akan bergaduh sebab kita."

Sejak dari itu, isterinya tak pernah meminta sebarang perhiasan daripada suaminya. Beliau hanya memakai seutas gelang kecil sahaja sejak dari dulu. Beliau meletakkan kecintaan pada suaminya melebihi keseronokannya pada perhiasan yang tiada nilai ketika menghadap Allah SWT kelak.

Ini lah contoh yang wajar di jadikan tauladan oleh pemimpin di muka bumi Allah. Di sebabkan kelunakan hati mereka kepada akhirat, kemewahan hidup di dunia di anggap sebagai suatu yang perlu di jaga. Tidak hairan lah pemimpin sebegini mampu melahirkan rasa cinta di hati rakyat terhadap mereka. -Little Daie

Gambar Fitnah: Hamidah Diperintah Bayar RM150,000 Kepada Khalid Samad


Bekas exco kerajaan negeri Perak Datuk Hamidah Osman diperintahkan Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini membayar ganti rugi RM150,000 kepada Khalid Samad atas penerbitan artikel yang memfitnah Ahli Parlimen Shah Alam itu.

Keputusan tersebut diberikan Penolong Kanan Pendaftar Firdaus Sidqi Sharil Azli hari ini di kamar beliau setelah mendengar hujah yang diberikan oleh peguam kedua-dua pihak.

Pada 10 Disember 2013, Mahkamah Rayuan sebulat suara membenarkan rayuan Khalid bagi mengenepikan perintah Mahkamah Tinggi yang menolak saman fitnah beliau ke atas Hamidah yang juga ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Rapat.

Di dalam keputusannya, Mahkamah Rayuan memutuskan hakim Mahkamah Tinggi tersilap apabila memutuskan tiada bukti Hamidah menerbitkan artikel yang bertajuk "Umat Islam Perlu Bersatu" di dalam blognya pada sekitar Januari 2010 di mana dalam artikel tersebut, Hamidah memuatkan gambar 'superimposed' Khalid berpakaian ala seorang Paderi.

Semasa perbicaraan di Mahkamah Tinggi, Hamidah memadam posting beliau itu dan cuba menafikan menerbitkannya, namun Mahkamah Rayuan memutuskan memang beliau yang menerbitkan artikel berunsur fitnah tersebut.

Mahkamah Rayuan juga memerintahkan taksiran ganti rugi dibuat di hadapan timbalan pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam yang kemudiannya memutuskan jumlah tersebut hari ini.

Khalid diwakili Azhana Mohd Khairudin dari Tetuan Mohamed Hanipa & Associates manakala Hamidah diwakili Tetuan Hafarizam, Wan & Aisyah Mubarak. – TMI


Laporan sebelum ini
klik untuk baca


27 Apr 2015

Ketua Pemuda PAS PP Akan Dikenakan Tindakan Disiplin


Tindakan disiplin pada ketua pemuda PAS PP

Tindakan disiplin akan diambil terhadap Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang Mohd Yusni Mat Piah (gambar atas) yang bertegas memboikot gerak kerja Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata perkara itu akan dijalankan dalam tempoh terdekat kerana ia bercanggah dengan pendirian jawatankuasa pusatnya untuk membantu PKR.

“Siasatan dan tindakan tegas akan diambil oleh jawatankuasa Pusat PAS terhadap ketua pemuda PAS Pulau Pinang dalam tempoh terdekat,” kata Mohamad.

Pemuda PAS Pulau Pinang semalam dilapor bertegas tidak akan membantu gerak kerja Pakatan di Permatang Pauh setelah Pemuda PKR (AMK) negeri masih tidak memohon maaf kerana didakwa memfitnah presiden mereka.

Mohd Yusni berkata tindakan itu akan diambil setelah tamat tempoh diberi sehingga kelmarin, lapor Bernama.

Justeru, katanya, Pemuda PAS negeri tidak akan terlibat dengan mana-mana jemputan untuk menyertai pentas ceramah sepanjang tempoh berkempen. -mk

BOIKOT PILIHANRAYA: BENARKAH KERANA HUDUD

Polimik Pemuda Pas Pulau Pinang terhadap kempen pilihanraya kecil Permatang Pauh berterusan sehingga hari ini walaupun di peringkat Pas Pusat dan Pas Pulau Pinang telah pun di selesaikan oleh kedua dua pemimpin tertinggi parti ini.

Dalam kenyataan terbaru Ketua Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang Yusni Mat Piah yang hilang deposit kerana hanya mendapat 690 undi sahaja dari lebih 16 ribu pengundi berkata tempoh permohonan maaf telah pun berakhir.

Sebenarnya isu boikot pilihanraya oleh Pas terhadap calon calon PKR bukanlah perkara baru cumanya sama ada ianya di nyatakan secara umum ataupun di lakukan senyap senyap dan ianya berlaku di setiap negeri.

Dalam pilihanraya kecil yang di tandingi Anwar pada tahun 2008 misalnya pemuda Pas Pulau Pinang di bawah Hafiz Nordin telah pun secara terang terangan mengarahkan pemuda Pas Pulau Pinang agar memboikot prk tersebut walaupun tidak timbul sama sekali isu hudud pada ketika itu.

Ramai pengundi pengundi luar yang di pindahkan ke Permatang Pasir tidak keluar mengundi kerana ada di kalangan ahli Pas yang pro umno di amanahkan memegang senarai nama pengundi luar tidak mahu membawa keluar pengundi terutamanya dari kalangan warga tua dan wanita keluar mengundi walaupun wang petrol kereta pembawa pengundi telah pun di berikan.

Kumpulan ahli Pas yang pro umno ini sememangnya sangat benci kepada Anwar, Pkr dan orang bukan Islam sejak dari pilihanraya 1999 lagi.

Malah kumpulan ini juga mula timbulkan rasa kebencian ahli Pas kepada adun Pas Permtang Pasir pada ketika itu Allahyarham Hamdan Abdul Rahman kerana bagi mereka Adun Pas ini menyokong parti PKR yang secular sehinggakan Allahyarham juga telah di boikot sehingga menyebabkan dalam PRU 2008 Pas hanya menang dengan majority kurang dari 600 undi.

Kumpulan Pas pro Umno ini sebenarnya hanya menjadikan isu hudud sebagai alasan kukuh mereka untuk berkempen secara terbuka agar Pas memboikot pilihanraya ini sedangkan mereka sebenarnya sudah sekian lama tidak pernah mengundi PKR di Permatang Pauh.

Dendam terhadap PKR oleh kumpulan Pas pro Umno ini semakin membuak buak apabila Ketua Pemuda Pas Yusni Mat Piah kalah dengan amat memalukan dalam pertandingan 3 penjuru di Sungai Aceh sedangkan musuh mereka PKR mendapat undi 21 kali ganda dari Yusni Mat Piah.

Kekalahan yang sangat memalukan kumpulan Pas Pro Umno ini telah membuktikan bahawa mereka tidak mendapat sokongan daripada rakyat walaupun bersungguh sungguh berkempen bersama Umno untuk mengalahkan PKR di Sungai Acheh.

Inilah isu sebenarnya iaitu dendam kesumat yang tidak ada akhirnya terhadap Anwar, PKR dan orang bukan Islam dan menjadikan hudud sebagai alat kepada kepentingan nafsu mereka.

Percayalah walau pemimpin PKR bersumpah dengan nama Tuhan sekali pun bahawa mereka menyokong hudud kumpulan Pas Pro Umno seperti Pemuda Pas Pulau Pinang sama sekali tidak juga akan mengundi PKR atau mana mana parti yang bagi mereka selain dari Pas semuanya kafir.

Maka biarkanlah mereka dengan kerja kerja mereka kerana hanya yang mahu jalan ke belakang saja yang akan bersama sama mereka.

Mengharapkan orang yang berjalan kebelakang untuk sampai kepada kita adalah sangat mustahil kecuali kita turut sama berjalan ke belakang.
-WA


[FORUM] PAS Akan hancur Jika Kemelut Dibiarkan - Ahmad Awang


PAS berpecah selepas ‘ulama muda’ mahu kuasai parti, kata bekas naib presiden

Bekas Naib Presiden PAS Ahmad Awang mengatakan kemunculan kumpulan ulama muda bercita-cita tinggi dan mahu menguasai sepenuhnya parti Islam itu sebagai punca kepada kemelut yang melanda pada ketika ini.

Ahmad yang sudah mendapat cukup pencalonan untuk melawan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu berkata, kumpulan tersebut merasakan mereka sepatutnya menguasai parti selepas berada dalam keadaan kukuh hasil kerjasama dengan parti Pakatan Rakyat (PR) PKR dan DAP.

"Jadi maknanya, punca kepada perkara ini antaranya ada golongan terbaru ini (ulama muda), kerana mereka sekarang merasakan mereka yang sepatutnya patut menguasai parti sebab PAS sudah ke depan dan berada di persada politik tanah air," katanya dalam satu forum yang diadakan di Ampang, Selangor malam tadi. Beliau turut merasmikan buku "Melakar Agenda", tulisan Dr Mujahid Yusof Rawa.

Turut hadir dalam forum tersebut ialah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Klang Saari Sungib.

Menurut Ahmad, kumpulan ini juga menentang kuat kerjasama PAS dengan PR kerana mereka mungkin tidak sedar kejayaan parti sebenarnya hasil daripada kerjasama dengan PKR dan DAP.

"Mereka ini mendapat nikmat hasil kemenangan Pakatan tapi bagi saya mereka ini terlupa kemenangan ini sebab ada Pakatan," katanya.

Memberikan contoh kemenangan PAS di Selangor, Ahmad berkata mustahil untuk parti Islam itu menang 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) jika tanpa kerjasama PR.

"Kalau PAS sahaja bertanding secara sendirian saya tidak percaya PAS boleh dapat 15 DUN di Selangor ini,"
katanya.

Beliau juga mengkritik kumpulan ulama muda ini yang disifatkannya lupa daratan kerana tanpa PR, kejayaan PAS tidak mungkin akan berjaya seperti sekarang.

"Kalau masa tidak ada peluang menang dahulu, ustaz-ustaz ini kalau ditawar jadi calon pun, belum pasti sanggup bertanding.

"Sekarang ini, masing-masing nak jadi calon pasal nikmat, berebut nak pegang jawatan di peringkat kawasan dan negeri," katanya.

Ahmad juga mempersoalkan kumpulan ulama muda kerana mudah memberi label seperti liberal atau sekular kepada individu tertentu walhal mereka tidak pernah memahami istilah pengorbanan yang terpaksa dihadapi pemimpin PAS sebelum dapat mengecap kejayaan sekarang ini.

"Orang-orang ini tidak pernah berasa susah, bila mereka balik sudah lihat semua sudah mudah dan bercahaya, orang dahulu seperti Mat Sabu (Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu ), Dr Hatta (Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Dr Mohd Hatta Ramli), Saari Sungib (Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Kelang), mereka ini semua masuk penjara,"
katanya.

Sebelum ini, Ahmad juga pernah membangkitkan mengenai serangan ke atas Mohamad yang dibuat melalui baju-T dijual di Himpunan Derita Rakyat (Hindar) anjuran Dewan Ulama PAS di Padang Merbok, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dalam himpunan itu, seorang penjual menjual baju yang tertulis "Yes to Hudud, No to Mat Sabu" di sebuah gerai di himpunan itu.

Ahmad juga menegaskan masalah yang sedang melanda parti itu sangat teruk, tidak kecil seperti dakwaan presidennya, Hadi.

Jika dibiarkan berterusan, parti boleh hancur, kata Ahmad yang pernah berkhidmat dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

"Presiden kata ia perkara kecil. Apa yang ada sekarang ini bagi saya sangat teruk, dan jika terus dibiarkan, ia boleh menghancurkan parti," kata bekas ahli Majlis Syura Ulama PAS itu.

PAS pada ketika ini dilanda kemelut dalaman akibat perbezaan pendapat sama ada mahu bersama atau meninggalkan PR. Selain itu, presiden PAS sering kali melakukan tindakan yang menentang parti PR seperti DAP dan PKR.

Antaranya ialah langkah PKR menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor dan pilihan raya kecil DUN Kajang.

Kemelut itu berpanjangan apabila Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dipilih sebagai calon untuk jawatan menteri besar, tetapi tidak dipersetujui PAS terutama Hadi, walaupun PKR dan DAP setuju hanya satu nama harus dikemukakan kepada Sultan Selangor.

Keadaan menjadi bertambah buruk dengan keputusan PAS Kelantan meminda Enakmen Jenayah Syariah II negeri itu, dalam usaha membuka jalan bagi pelaksanaan hudud di Kelantan, disusuli tindakan Hadi membelakangkan PR dengan memohon membentangkan rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat, bagi meminda Akta Mahkamah Syariah 1965.

Tahun lepas, akibat keadaan yang tidak stabil dalam PAS itu, beberapa ahli parti Islam itu memutuskan menubuhkan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) bertujuan mengukuhkan hubungan dalam PR.

Ahmad masih belum membuat keputusan untuk melawan Hadi, tetapi sekiranya berlaku pertandingan beliau mengharapkan amalan demokrasi diamalkan dengan baik.

Ahmad juga dilihat sebagai seorang tokoh ulama yang perlu diketengahkan. -TMI

Kalau Takut Katakan Takut Wahai Ahmad Maslan....


Ahmad Maslan tolak jemputan Pakatan untuk debat GST

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata beliau tidak memerlukan pentas pembangkang untuk memberi penerangan tentang Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Ahmad berkata tidak perlu bagi beliau menerima jemputan sebagai ahli panel forum GST daripada Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang kerana pembangkang terang-terang menafikan kebaikan sistem itu.

AMK Pulau Pinang dilapor menyerahkan surat jemputan sebagai ahli panel forum GST 2 Mei ini kepada Ahmad semasa lawatan beliau ke tapak ekspo Seberang Jaya, 23 April lepas.

"Saya tidak mahu berdebat di pentas mereka bukan kerana saya takut... di Dewan Rakyat sudah berkali-kali saya jawab. Saya ada banyak pentas dan medium lain untuk jelaskan (GST).

"Mereka (pembangkang) perkara yang betul pun mereka akan putar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang kali ke-39, di George Town, hari ini.

Beliau berkata persepsi negatif mengenai GST dalam kalangan masyarakat disebabkan kurang pemahaman tentang konsep percukaian baharu itu dan sikap tamak segelintir peniaga yang memanipulasi GST untuk mengaut untung.

"Peniaga tidak beretika membentuk persepsi umum yang silap...sedangkan mereka (peniaga) boleh tuntut semula cukai input yang dibayar," katanya. – Bernama


GST: Mufti dan ahli akademik sindir Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR: Ahli akademik Prof Madya Datuk Dr Mohamad Agus Yusof menyindir Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan yang membuat kenyataan memperkecilkan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Menerusi Facebook peribadinya, Dr Mohamad Agus meminta supaya debat di antara Dr Mahathir dan Ahmad diadakan untuk mencari siapa sebenarnya yang tidak faham dalam isu GST.

"Apabila Datuk Ahmad Maslan cakap Tun Mahathir tidak faham GST, saya fikir ada baiknya kedua-dua pemimpin ini berdebat secara terbuka.

"Saya ingin melihat siapa yang lebih faham.

"Yang pastinya saya tidak rasa GST menyebabkan harga barang turun seperti mana dakwaan Datuk Ahmad Maslan. Jadi, siapa sebenarnya yang tidak faham?" tulis beliau.

Selain Dr Mohamad Agus, mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin turut menyindir Ahmad dalam isu yang sama.

"Jika Tun M dikatakan tidak faham GST, apakah rakyat Malaysia yang hampir kesemua mereka tidak lebih berpengalaman tentang ekonomi negara dari Tun M akan lebih faham tentang GST?

"Jika orang yang dianggap oleh majoriti rakyat Malaysia sebagai 'kurang cerdik' (mengelakkan perkataan bodoh) disebabkan kenyataan-kenyataannya tentang GST, dia menyatakan Tun M yang terkenal dengan kepintarannya itu tidak faham GST, apakah si pembuat kenyataan itu lebih bijak dibandingkan Tun M?" soal beliau menerusi laman Facebooknya hari ini.

Dr Mohamad Agus dan Dr Mohd Asri mengulas kenyataan Ahmad yang mendakwa Dr Mahathir masih belum memahami sepenuhnya maksud GST sehingga dilihat mahu mengekalkan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang jelas lebih tinggi cajnya kepada rakyat.

Dalam nada yang lebih sinis, Dr Mohd Asri berkata mereka yang dilihat oleh rakyat sebagai kurang cerdik tidak sepatutnya diberikan tugas penting.

"Saya terfikir, dalam fekah orang yang safih (bodoh atau kurang cerdik), tidak boleh diserahkan pengurusan harta sekalipun miliknya sendiri. Persoalannya, apakah mereka dalam kategori ini boleh diserahkan urusan negara yang membabit rakyat yang ramai?

"Patutkah golongan sufaha (kata banyak untuk safih iaitu bodoh ataupun kurang cerdik) diserahkan kepada mereka jawatan penting seperti menteri dan seumpamanya?" soal Dr Mohd Asri.
-astroawani


26 Apr 2015

P44: PAS Pmtg Pauh Sertai Jentera Pakatan Rakyat Menangkan Calon PKR


PAS Permatang Pauh harap jangan timbul masalah lagi

Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu berkata, jentera parti itu akan bergabung tenaga dengan jentera PKR dan DAP dalam menjalankan gerak kerja seiring serta bersama.

"Malam ini kita lancarkan jentera PAS secara rasminya walaupun gerak kerja telah mula berjalan.

"Kita akan bergabung tenaga dengan DAP dan PKR supaya dapat mengekalkan kemenangan serta meningkatkan majoriti undi pada 7 Mei nanti," katanya yang juga Pengarah Pihan raya PAS bagi PRK itu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Pelancaran Jentera PAS PRK Permatang Pauh di Dewan Haji Yusof Rawa, Sama Gagah, malam tadi.

Hadir sama ialah calon PKR merangkap presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Ketua Wanita DAP, Chong Eng.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang itu menambah, perbezaan pendapat yang berlaku telah berjaya diuruskan dengan mencari penyelesaian terbaik.

"Sudah selesai, perbezaan akan ada sehingga hari kiamat tetapi kita cari jalan penyelesaian.

"Kita bertemu dan bersemuka dalam usaha menyelesaikannya ke arah kebaikan dan penyatuan.

"Alhamdulillah, semuanya telah selesai dengan baik seperti yang diharapkan oleh semua pihak," jelasnya lagi.

Sebelum itu, beliau dalam ucapannya menegaskan bahawa PAS akan mempertahankan dasar yang diperjuangkan dan dalam masa yang sama mahu mencapai kemenangan.

Sementara itu, Yang Dipertua PAS Kawasan Permatang Pauh, Omar Hassan menegaskan segala permasalahan dan perbezaan pendapat di antara parti itu dengan PKR telah selesai dari hati ke hati.

Beliau berkata, pihaknya mendapat arahan daripada Majlis Syura Ulamak dan dipersetujui Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang supaya membantu gerak kerja pilihan raya pada PRK kali ini.

Menurutnya, jentera pilihan raya PAS di peringkat negeri dan kawasan itu telah diarah untuk digerakkan untuk memberi sokongan ke arah kemenangan Pakatan Rakyat.

PAS kawasan, katanya berpuas hati dengan pertemuan yang telah dilakukan bersama pihak PKR berhubung isu yang berbangkit.

"Perbincangan ke arah kebaikan dan penyatuan. Semua permasalahan sudah 'settle', saya harap ia tidak ditimbulkan lagi," tegasnya. -HD


PAS Pmtg Pauh 'setuju untuk tak setuju' dengan PKR

PAS Permatang Pauh membuat keputusan untuk "bersetuju untuk tidak bersetuju" dengan pendirian yang diambil oleh PKR berhubung isu hudud selepas mengadakan pertemuan pertemuan dengan pimpinan PKR dan PAS Isnin lalu.

Yang Dipertuanya Omar Hassan berkata pihaknya mendengar penjelasan Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalannya Azmin Ali mengenai isu yang berbangkit termasuk hudud dalam pertemuan itu.

"Bersetuju untuk tak bersetuju bahawa pimpinan PKR sebagai orang Islam, tidak boleh menolak hudud," katanya kepada pemberita di Dewan Haji Yusof Ar-Rawa, Permatang Pauh malam tadi.

"Selepas mendengar semua penjelasan dari Azmin (Ali) dan Kak Wan (Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail) tentang isu yang berkobar pada masa kini dengan begitu teliti dan harmoni, maka kami pun setuju. Kami setuju untuk tidak setuju.

"Tak nak ulas (lanjut). Semua dah selesai," katanya lagi.

Turut hadir dalam sidang media itu ialah Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Pengarah Pilihan Raya PAS Dr Hatta Ramli.

Sebelum ini Osman memberi kata dua kepada PKR supaya memohon maaf dan menarik balik kenyataan parti itu tidak menyokong rang undang-undang persendirian berkaitan hudud jika mahukan sokongannya pada pilihan ra kecil itu.

Sementara itu, Mohamad berkata, isu sama ada PKR akan memohon maaf berhubung keputusan mereka yang tidak bersetuju rang undang-undang itu dibentangkan di Parlimen tidak timbul.

"Sudah selesai. Perbezaan pandangan ini hingga kiamat akan ada. Kita manusia, cari penyelesaian dan bersemuka dan selesai.

"Benda dah selesai. Mereka dah beri penjelasan. Tak ada timbul soal minta maaf," kata Mohamad.

Beliau yang mesra dipanggil Abang Mat turut melancarkan jentera PAS bagi membantu PRK Permatang Pauh demi memastikan kerusi parlimen itu kekal milik PKR.

"Kita lancar jentera PAS dan bergabung tenaga dengan PKR supaya mengekalkan kemenangan dan majoriti pada 7 Mei nanti," katanya lagi. -mk


ULASAN GB

Syukur alhamdulillah. Mudah-mudahan calon Pakattan rakyat menang besar di P44 Permatang Pauh. Kemenangan yang cukup penting untuk memberi isyarat jelas kepada Najib dan BN: bahawa rakyat kini menderita di bawah pimpinannya apatah lagi dengan pengenaan GST.

Video Najib & Rosmah Berjoget Sakan Di Kazakhstan Menjadi Viral Di Media Sosial


Sebuah video menjadi viral di laman sosial facebook dan whatsapps sejak beberapa hari lalu dimana di dalam video berkenaan kelihatan PM Malaysia, Najib Tun Razak dan Rosmah dengan disertai beberapa orang lain termasuk pasangan anaknya yang baru melansung perkahwinan sedang rancak berjoget.

Melihat dari suasana persembahan tersebut, dipercayai ianya berlansung di hotel di mana majlis resepsi perkahwinan anak najib, Nooryana dengan Daniyar Kessikbayev di Kazakhstan.

Menurut kenyataan yang disiarkan Jabatan Perdana Menteri sebelum ini majlis resepsi berkenaan telah diadakan di Grand Ballroom, Hotel Royal Tulip dan ia turut dihadiri oleh lebih 250 jemputan dari Malaysia.

Rakyat sebelum ini telah mempersoalkan siapakah sebenarnya yang menanggung perbelanjaan ssebgitu ramai tetamu dari Malaysia ke Kazakhstan tersebut. GB juga ada mengulas sebelum ini. Petikan:

Anehnya pemergian mereka ke sana lansung tidak diberitakan. Ianya hanya diketahui apabila akhbar di Kazakhstan yang memberikan liputan.

Dilaporkan lebih 250 orang jemputan dari Malaysia mengikuti rombongan tersebut. Wah ramai tu... Berapa kos dan siapa yang menanggung perbelanjaan? Mungkin ia acara persendirian Najib dan Rosmah dan tidak sepatutnya ditanggung oleh negara.

Tetapi berdasarkan maklumat di akhbar Kazakhstan satu pertemuan dua hala di antara Najib dan Presiden Kazakhstan telah berlansung pada Nursultan Nazarbayev pada 17 April yang lalu. Bererti lawatan Najib itu ke Kazkhstan itu adalah satu LAWATAN RASMI yang ditanggung dengan wang rakyat.

Apakah ia juga bererti kesempatan itu digunakan oleh Najib dan Rosmah membawa 250 orang jemputan untuk majlis yang bukan majlis rasmi negara iaitu majlis resepsi perkahwinan anaknya dengan ditanggung menggunakan wang rakyat?

Nampaknya dari awal, Najib dan PMO telah sembunyikan laporan Najib & dan Rosmah ke Kazakhstan itu bersama-sama lebih 250 jemputan dari pengetahuan rakyat.

Tun Mahathir turut mengkritik majlis perkahwinan anak Najib berkenaan dengan menyifatkannya sebagai "perkahwinan abad ini".

"Tetapi bila mereka pergi ke Kazakhstan dengan 300 orang, (ia) tak dilaporkan oleh media arus perdana.

"Siapakah 300 orang ni?" tanya bekas perdana menteri itu di majlis 'Bicara Negarawan: Anda Tidak Keseorangan' di Kuala Lumpur seperti dilaporkan oleh sebuah portal hari ini.

Tatkala GST sedang mengganas menyebabkan kehidupan rakyat begitu tertekan rupa-rupanya lain hal yang berlaku di Kazakhstan, Najib dan Rosmah sedang berjoget sakan. Sama halnya semasa bencana banjir melanda rakyat pantai timur dulu, Najib leka bermain golf bersama Obama...

Wahai Malaysia, inilah PM yang anda ada kini...


25 Apr 2015

Akhirnya YDP PAS Pmtg Pauh Hadir Semasa Penamaan Calon


Pakatan ‘bersatu’ selepas Wan Azizah kemuka nama bertanding Permatang Pauh

Di saat calon mengemukakan nama mereka untuk bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh, para pemimpin Pakatan Rakyat (PR) mempamerkan imej yang semuanya berjalan dengan lancar dengan gabungan itu.

PR pagi ini memperlihatkan perpaduan sepenuhnya apabila calon PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berjalan ke pusat penamaan calon.

Beliau tiba di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Penanti pada kira-kira jam 8.50 pagi disertai para pemimpin PR dan penyokong.

Antara yang hadir ialah Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali dan Ahli Jawatankuasa Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan pemangku Pengerusi DAP Tan Kok Wai, Ketua Parlimen Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung Lim Guan Eng, serta puluhan wakil rakyat lain daripada gabungan itu.

YDP PAS Kawasan Permatang Pauh Omar Hassan, yang sebelum ini mahu PKR menarik balik kenyataan menentang rang undang-undang ahli persendirian mengenai hudud, juga dilihat di khalayak ramai berdiri bersama Dr Wan Azizah dan anak-anak perempuan Datuk Seri Anwar Ibrahim; Nurul Izzah, Nurul Nuha dan Nurul Iman.


Di barisan hadapan adalah sekumpulan pemuda berbaju t hitam #KitaLawan menjerit "reformasi" dan "hidup rakyat".

Calon Bebas Salleh Ishak tiba di pusat penamaan calon 8.25 pagi diikuti oleh calon Barisan Nasional Suhaimi Sabudin pada jam 8.46 pagi.

Pemimpin PKR dan PAS malam tadi terlibat dalam perbincangan berhubung permintaan PAS Permatang Pauh PAS agar Dr Wan Azizah secara terbuka memohon maaf dan menarik balik pendirian parti itu mengenai isu hudud.

Tiada permohonan maaf dibuat tetapi nampaknya isu perbalahan berjaya diselesaikan secara baik.

Ahli jawatankuasa PAS pusat dan timbalan pesuruhjaya Pulau Pinang Mujahid berkata, hasil pertemuan antara pemimpin PAS negeri; Mohamad, Omar dengan Dr Wan Azizah dan Azmin adalah positif.

Beliau berkata, PAS kawasan dan akar umbi menerima Dr Wan Azizah sebagai calon PKR dan PR.

"Seperti yang saya selalu berkata, keputusan parti pusat akan diguna pakai," katanya kepada pemberita di pusat penamaan calon PRK Permatang Pauh, pagi ini.

Beberapa kompromi dicapai dalam pertemuan tetapi Mujahid bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

"Ada kompromi tetapi tiada permohonan maaf dibuat. Adalah sukar untuk berbuat demikian apabila anda tidak boleh menentukan ‘faultline’ itu," katanya.

Mujahid berkata, jentera PAS di Permatang Pasir, yang anggotanya beliau bermesyuarat pada Khamis, bersedia untuk digerakkan.

PAS mempunyai jentera pilihan raya yang kuat di Permatang Pasir, di mana bekas ahli Parlimen Permatang Pauh, Anwar memenangi undi dalam pilihan raya umum 2013.

Sementara itu, Azmin berkata mesyuarat malam tadi berakhir dengan baik dengan kedua-dua pihak mencapai persetujuan untuk menumpukan usaha mereka dalam kempen.

"Setiap Bahagian gembira mendengar penjelasan daripada pihak lain. Tidak ada permintaan meminta maaf. Hanya penjelasan.

"PAS meminta penjelasan, PKR juga meminta penjelasan. Kami menerima penjelasan dengan baik," katanya.

Azmin juga mengucapkan terima kasih kepada PAS yang menghantar orang-orangnya dari negeri-negeri utara bagi membantu kempen PR di Permatang Pauh

ULASAN GB

Sepatutnya menjadi pengajaran kepada semua pihak. Jangan terlalu cepat untuk membuat keputusan sendiri yang akhirnya terpaksa membuat pusingan U.

Tindakan tegas pelu diambl terhadap Ketua Ulama PAS Permatang Pauh yang sebelum ini telah mengeluarkan "fatwa" songsangnya yang kemudiannya digunakan oleh media UMNO kononnya "haram dan berdosa" untuk mengundi calon yang menolak hudud sedangkan sudah dijelaskan bahawa permasalahan hudud adalah permasalahan khilafiah yang mana Ketua Dewan Ulamak Sedunia, Syeikh Yusof AL-Qardhawi sendiri berfatwa supaya ditegakkan dahulu kehidupan Islam, bukan hudud.

[GAMBAR & VIDEO] Pmtg Pauh: Wan Azizah Ditentang BN & 2 Bebas -updated


Penamaan calon bagi PRK Permatang Pauh pagi ini berjalan lancar selepas calon Bebas pertama, Isahak Salleh tiba di di Pusat Penamaan Calon PRK Permatang Pauh di Institut Kemahiran Belia Negara, Bukit Mertajam di Berapit jam 8.15 pagi.

Ia diikuti calon BN, Suhaimi Sabudin jam 8.45 pagi dan calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selang tujuh mint kemudian.

Calon Bebas kedua pula adalah, Azman Shafie yang tiba pada jam 9.05 pagi.

Sehingga jam 9.30 pagi, hanya empat calon berada di pusat penamaan calon.

Proses penamaan calon dijadual berlangsung selama sejam bermula 9 pagi sebelum Pegawai Pengurus Pilihan Raya Jusni Ismail mengumumkan nama-nama calon bertanding.

Difahamkan, salah seorang calon Bebas, Dr Abdullah Zawawi yang menawarkan diri bertanding semalam telah menarik diri dengan alasan sudah ada calon Bebas lain bertanding.

PRK Permatang Pauh diadakan berikutan keputusan Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon ahli Parlimen kawasan itu Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui anggota keluarganya sekali gus menyebabkan Anwar hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun bagi sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan proses penamaan calon hari ini dan pengundian 7 Mei.

Pada PRU lepas, Anwar mengalahkan Dr Mazlan Ismail dari BN dengan majoriti 11,721 undi.

Parlimen Permatang Pauh mempunyai 71,890 pengundi berdaftar terdiri daripada 71,252 pengundi biasa, 627 pengundi awal dan 11 pengundi tidak hadir luar negara.

Pengundian awal akan diadakan pada 3 Mei di Dewan Gemilang Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah dan pengundian biasa pada 7 Mei di 25 buah sekolah di kawasan itu.

PRK Permatang Pauh adalah pilihan raya kecil ke-10 selepas pilihan raya umum ke-13 yang berlangsung pada 5 Mei 2013.

Sembilan pilihan raya kecil sebelum ini adalah PRK Dun) Kuala Besut, Terengganu (24 Julai 2013); PRK Dun Sungai Limau, Kedah (4 Nov 2013); PRK Dun Kajang, Selangor (23 Mac 2014); PRK Dun Balingian, Sarawak (29 Mac 2014); PRK Parlimen Bukit Gelugor, Pulau Pinang (25 Mei 2014); PRK Parlimen Teluk Intan, Perak (31 Mei 2014); PRK Dun Pengkalan Kubor, Kelantan (25 September 2014); PRK DUN Chempaka, Kelantan (22 Mac 2015); dan PRK Parlimen Rompin (5 Mei 2015). -SH


Kenapa Azizah wajar jadi calon

Saya menyokong kuat ketika Anwar Ibrahim dicadangkan untuk menjadi calon pilihan raya kecil (PRK) Kajang pada tahun lalu. Dan kemudian Anwar akan menggantikan Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor. Projek untuk menjadikan Anwar calon ini gagal. Anwar Ibrahim digantikan dengan Wan Azizah.

Justeru, sokongan saya beralih. Tulisan saya beralih. Propaganda dan selebaran saya beralih. Sokongan saya beralih dari Anwar Ibrahim ke Wan Azizah. Saya terus menyokong Dr Wan Azizah dari menjadi calon N25 Kajang hingga ke kerusi menteri besar.

Kali ini secara terbuka saya nyatakan saya mahu dan menyokong Dr Wan Azizah menjadi calon di PRK Permatang Pauh. Saya juga mahu Dr Wan Azizah menang. Tulisan ini adalah tanda pertama dalam usaha saya memberi sokongan ini. Dalam tulisan ini juga saya cuba memberi pencerahan kepada ahli parti dan orang ramai tentang kenapa Wan Azizah wajib dicalonkan di Permatang Pauh.

Saya bukan orang parti. Tetapi saya menyokong langkah untuk menjadikan presiden Parti Keadilan Rakyat sebagai calon P044 di Permatang Pauh dalam pilihan raya kecil yang akan datang ini. Bagi saya, jika Dr Wan Azizah tidak dicalonkan pada Sabtu 25 hari bulan ini, maka ini kesilapan politik yang amat besar. Saya ulangi, satu kesilapan politik.

Kenapa dan mengapa saya menulis ayat-ayat ini? Apakah saya tidak sedar akan makna dari apa yang saya cadangkan ini?

Saya amat sedar tentang apa yang saya tulis ini. Malah saya menulis untuk memperluaskan lagi kesedaran saya ini. Saya mahu mempengaruhi para pengundi di Permatang Pauh dan juga sesiapa sahaja yang tidak faham kenapa Dr Wan Azizah wajib menjadi calon.

Pandangan saya, Dr Wan Azizah Wan Ismail wajib menjadi calon kerana Anwar Ibrahim. Sebab utama kenapa Dr Wan Azizah dicalonkan ialah Anwar Ibrahim. Bila saya menulis ini mungkin ada sosok-sosok yang beranggapan bahawa saya ini 'tukang kipas' atau ' kaki bodek'. Ini satu kesilapan membaca politik. Bodek dan kipas bukan mazhab politik saya.

Ketika saya menulis ini Anwar Ibrahim dalam penjara. Anwar Ibrahim dipenjara atas tuduhan meliwat. Ini satu tuduhan lawak. Ramai yang ketawa apabila membaca tuduhan ini. Kalau tidak percaya siapa ketawa, sila tanya Hishammuddin Hussein, menteri pertahanan kita. Atau sila pergi tanya menteri besar Johor Khaled Nordin. Mereka ketawa atau tidak ketika Anwar dijatuhkan hukuman kerana liwat? Jika masih belum puas ketawa sila tanya YB Azalina Osman wakil Pengerang.

Dalam bacaan politik yang betul, Anwar Ibrahim sengaja dipenjarakan kerana Anwar telah belot bukan kerana Anwar meliwat. Kata kunci di sini ialah belot dan bukan liwat.

Anwar Ibrahim ialah bekas timbalan perdana menteri dan juga timbalan presiden parti United Malays National Organisation. Selama 16 tahun Anwar Ibrahim telah bergelumang dalam sarang penyamun dan perompak. Anwar tahu cara menyamun dan merompak. Anwar akhirnya belot pada tahun 1998. Anwar tidak mahu lagi bersama gerombolan penyamun dan perompak.

Pembelotan Anwar ini menyebabkan gerombolan penyamun dan perompak ini hilang Perak, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang. Gerombolan ini juga hilang kuasa majoriti dua pertiga dalam Parlimen.

Paling menyedihkan ialah kehilangan Selangor – wilayah terkaya di Malaysia dan terkaya di Asia Tenggara. Selangor – yang semenjak zaman berzaman menjadi lubuk emas serta tempat mencari dan menjual projek. Kini Selangor dikawal dan ditadbir oleh Pakatan. Semua ini terjadi kerana Anwar Ibrahim. Semua ini berlaku kerana Anwar belot.


Justeru Anwar wajib dipadamkan dari nyawa dan badan politik Melayu-Islam-Bumiputera. Anwar wajib dimatikan dari politik Malaysia. Anwar Ibrahim wajib dihapuskan dari nadi politik Asia Tenggara. Anwar Ibrahim wajib dihilangkan dari politik negara-negara Islam. Anwar Ibrahim wajib diketepikan dari arena politik antarabangsa. Jalan terbaik ialah menuduh Anwar meliwat. Jalan terbaik ialah Anwar wajib disimpan dalam penjara.

Memenjarakan Anwar Ibrahim di Sungai Buluh bermakna memadamkan nama Anwar Ibrahim dari ingatan anak anak muda Malaysia. Generasi yang teringat akan Anwar bertugas sebagai menteri pelajaran, sebagai menteri kewangan atau sebagai timbalan perdana menteri masih ada tetapi ingatan ini semakin susut. Tidak sesegar 1998.

Justeru memenjarakan Anwar Ibrahim, once and for all, untuk sekali rembat, nama Anwar Ibrahim akan dihapuskan dari mulut politik rakyat Malaysia.

Cita-cita United Malays National Organisation ialah memadamkan Anwar Ibrahim dari ingatan. Memenjarakan Anwar Ibrahim dapat menjadikan pengaruh politik sosok Anwar yang telah memporak perandakan United Malays National Organisation ditamatkan.

Ingatan kolektif tentang Anwar Ibrahim wajib dilupuskan. Generasi muda, anak pelajar, anak mahasiswa, akan tidak tahu sama sekali sosok yang bernama Anwar Ibrahim ini. Semua wajib digelapkan.

Sesiapa yang membaca Salalatus Salatin atau Sejarah Melayu akan teringat akan sultan Melaka. Jika sultan murka maka si polan yang menjadi sasaran akan dibunuh satu keluarga. Tidak cukup dengan ini sultan akan memerintahkan agar rumah si polan ini dibuang ke laut. Tidak cukup dengan ini tapak rumah juga akan dibuang ke laut.


Kezaliman ini terjadi di zaman kerajaan Melayu Melaka. Hari ini jika boleh, Anwar Ibrahim, anak anak dan kaum keluarga Anwar Ibrahim juga akan dibuang ke laut dan termasuk rumah-rumah mereka sekali. Inilah sebenarnya cita-cita dan niat gerombolan Ketuanan Melayu. Inilah cara terbaik untuk menghapuskan nama Anwar Ibrahim dari pentas politik Malaysia.

Kerana ini niat United Malays National Organisation, maka apa sahaja niat gerombolan ini maka kita wajib lakukan sebaliknya. Jika gerombolan ini mahu hitam kita wajib mahu putih. Jika gerombolan ini mahu babi maka kita wajib mahu harimau. Jangan sesekali kita terperangkap dengan niat dan cita-cita mereka.

Dr Wan Azizah adalah Anwar Ibrahim. Wan Azizah mewakili Permatang Pauh bermakna Anwar Ibrahim masih lagi mewakili Permatang Pauh. Jika tidak ada Wan Azizah maka kita calonkan Nurul Izah. Jika bukan Nurul jika calonkan Nurul Nuha. Apakah ini keterlaluan?

Tidak, ini bertujuan untuk kita terus menghidupkan nama Anwar Ibrahim dalam persada politik Malaysia dan politik antarabangsa.

Apakah para pembaca terlupa, apabila Nurul Izzah dilokap di Jinjang, sebanyak 35 media besar dunia telah menulis dan melapor “daughter of Anwar Ibrahim detained” (anak Anwar Ibrahim ditangkap). Dalam perang propaganda politik ini yang kita mahukan.

Saya sedar ada yang beranggapan jika Wan Azizah menjadi calon ini adalah amalan kroni. Parti Keadilan Rakyat akan dilihat parti kaum keluarga. Memang betul Wan Azizah ialah isteri kepada Awar Ibrahim. Kita tidak mencalonkan Siti Saodah penjual nasi lemak dari Kubang Semang. Kita calonkan Dr Wan Azizah kerana dia isteri Anwar. Kita mengangkat Nurul Izzah atau Nurul Nuha kerana mereka anak Anwar Ibrahim.

Kita lakukan ini dengan penuh kesedaran politik. Kita pilih mereka dengan kesedaran politik dan strategi untuk menumpaskan cita-cita jahat United Malaya National Organmistion yang merancang untuk menghapuskan nama Anwar Ibrahim.

Gerombolan Ketuanan Melayu tahu bahawa Wan Azizh adalah calon menang untuk PKR. Justeru mereka berharap PKR akan jadi bodoh untuk meletakkan Mak Jah dari Kampung Mengkuang Mati sebagai calon.

Kepada yang menganggap Dr Wan Azizah ini adalah calon kroni, sebenarnya mereka ini tidak faham tahap perkembangan sosioekonomi Tanah Melayu. Mereka termakan propaganda sengkek akhbar United Malays National Organisation.

Harus diakui pada hari ini - tahun 2015 - Tanah Melayu masih lagi di tahap ekonomi separuh feudal dan separuh kolonial. Tahap ini bukan sahaja di Tanah Melayu, malah watak ekonomi ini wujud di Indonesia, Sri Lanka, India, Bangladesh atau Pakistan. Tahap ekonomi sebegini melahirkan budaya separuh feudal dan separuh kolonial.

Dalam budaya separuh feudal ini nama keluarga amat penting. Pertalian darah amat penting. Justeru di Pakistan kita ada keluarga Bhutto, di India kita ada Ghandi, di Bangladesh kita ada Mujibur. Di Indonesia kita ada Megawati, di Filipina kita ada Macapagal dan Aquino. Di Tanah Melayu kita ada Najib, Hishamuddin, Khairy Jamaluddin, Lim Guan Eng, Dr Tan, Nurul Izzah, Gobind Singh, Affendi Nawawi, Musa Aman dan Kitingan.

Nama-nama ini adalah pemain politik dalam negara kita. Mereka ini muncul dari budaya feudal.

Bukan satu jenayah untuk dilahirkan sebagai anak atau menantu perdana menteri. Bukan juga jenayah jika dilahirkan dalam keluarga politik. Inilah hakikat tahap sosiobudaya dalam negara kita pada ketika ini. Tahap ini wajib kita lalui dan kita terima.

Apakah ini budaya yang baik? Untuk saya pada ketika ini bukan persoalan sama ada ini baik atau tidak. Untuk saya pada tahap ini yang wajib kita bincangkan ialah bagaimana boleh menggunakan jalur budaya ini untuk menumbangkan kerajaan United Malays National Organisation.

Tujuan kita menumbangkan kuasa parti ketuanan Melayu ini ialah untuk melahirkan budaya keunggulan sosok yang berfikrah. Sosok yang dijadikan pemimpin kerana keupayaan, kerana merit bukan kerana nama keluarga atau kerana menantu PM, anak PM atau anak menteri.

Mencalonkan Dr Wan Azizah Wan Ismail di P044 Permatang Pauh adalah sebahagian dari perancangan jangka panjang untuk menggagalkan rancangan jangka pendek United Malaya National Organisation. Rancangan jangka pendek gerombolan Ketuanan Melayu ialah agar kita semua melupakan Anwar Ibrahim. -Hishamuddin Rais/mk





[VIDEO] Wanita Tanggalkan Baju Kerana Nasi Ayam RM18


Video viral: Baling pinggan lebih baik dari bogel - Pakar psikoterapi

KUALA LUMPUR: Tahap kemarahan dan emosi wanita yang di dalam video viral yang menunjukkan aksi membuka pakaian di Petaling Street disifatkan di takuk yang sangat bermasalah selain tidak stabil.

Pakar psikoterapi Azman Shah Aziz berkata, wanita itu sebenarnya tidak mempunyai apa-apa untuk ditunjukkan selain tiada motif khusus semasa perbuatan berkenaan.

"Individu ini biasanya mengalami masalah mental dan dalam situasi ketidakstabilan emosi.

"Kalau dia marah sangat kenapa sampai hendak membuka baju? Marah bagaimanapun terutama kepada seorang wanita tidak sampai hendak membuka baju.

"Kalau marah dan hendak lepaskan perasaan itu rasanya baling pinggan lebih baik dari bogel," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Azman mengulas rakaman yang memaparkan seorang wanita membuka pakaiannya di tengah-tengah kawasan membeli-belah yang sibuk sekali gus mendapat reaksi luar biasa dari pengamal laman media.

Insiden dipercayai berlaku di Petaling Street, video yang dimuat naik di YouTube pada Jumaat itu mendapat tontonan lebih daripada 30,000.

Dalam pada itu kata Azman, tahap kemarahan wanita berkenaan dilihat sukar dikawal dan tidak berfikir panjang dengan tindakan membuka baju di khalayak.

"Satu-satunya tindakan drastik pada tahap kemarahan yang boleh dilakukan adalah buka baju dan berbogel.

"Ia perbuatan melampau, sia-sia dan tidak mempunyai perkaitan langsung dengan apa juga punca kemarahannya," jelasnya.

Wanita yang pada mulanya disangka pelancong itu akhirnya dikenal pasti sebagai warga tempatan apabila dia bertutur menggunakan Bahasa Melayu dalam video itu. -astroawani




24 Apr 2015

Golongan Progresif PAS Dipinggirkan Untuk Menangkan Agenda UMNO


Percaturan menghancurkan PAS Oleh Mujahid Yusof Rawa

Suasana sukar yang dilalui oleh PAS hari ini adalah merupakan antara ujian paling getir yang pernah dilaluinya. Suasana PAS dalam keadaan sekarang tidak meninggalkan kita banyak pilihan ia hanya dua iaitu antara PAS undur ke belakang atau PAS maju ke hadapan.

Pencapaian PAS tidak pernah difikirkan oleh pemimpin PAS sebelum ini apabila dengan izin Allah adanya Pakatan Rakyat telah membolehkan PAS berada pada tahapnya hari ini. Di Pulau Pinang walaupun berbekalkan hanya satu kerusi PAS dapat berperanan sebagai kerajaan berbanding dengan Johor yang ada empat kerusi PAS namun peranannya adalah sebagai pembangkang sahaja.

Pencapaian PAS dalam memecahkan tembok perkauman dipermudahkan dengan adanya PR di mana telah terbukti di tempat yang kerusi campuran PAS berjaya menembusi dengan sokongan pengundi Cina dan India. Sentimen pengundi Cina dan India banyak dipengaruhi oleh asakan PR dan manisfesto yang dibawa. PAS telah berjaya memanfaatkan sokongan ini apabila ia bersama PR dan berjaya mendapat sokongan pengundi bukan Melayu.

Umno Kecewa

Perkembangan dan pencapaian PAS sangat menyakiti Umno, sebab itulah sejak pasca 2008 lagi, Umno cuba melemahkan kebangkitan PAS. Taktik Umno menggunakan umpan “perpaduan Melayu” bagi melemahkan kemaraan PAS. Usaha sejak 2008 tanpa henti kononnya Melayu perlu bersatu-padu dan mengharapkan PAS dan Umno dapat melakukannya. Digerakkan slogan palsu ini bukan kerana Melayu perlu bersatu tetapi supaya PAS menjadi lemah dan memecahbelahkan kekuatan PR.

Slogan “perpaduan Melayu” naik satu tahap lagi dengan mempertaruhkan Islam sebagai umpan untuk PAS. Maka bermulalah episod isu Islam untuk menggoda PAS supaya PAS dipisahkan dari PR. Mereka membawa isu sentimen Islam dengan mempromosikan PKR sebagai liberal Islamnya manakala DAP adalah anti-Islam.

Serangan media ini bermula sejak 2008 hingga kini namun PAS tidak berganjak menyatakan komitmen kepada PR. Isu perpaduan Melayu dan Islam hanyalah usaha untuk melemahkan kemaraan PAS dan tanda kekecewaan Umno, tidak lebih dan tidak kurang.

Usaha Pecahkan Saf PAS

Salah satu taktik Umno melemahkan PAS ialah menyokong dari dalam PAS mereka yang sedia mengambil jalur keras untuk membawa Islam. Hujah yang selama ini dibawa oleh ISMA dan PERKASA sudah menyusup dalam PAS kononnya untuk memelihara dasar parti, PR tidak menguntungkan Islam dan mara ke Putrajaya hanya untuk memenuhi kehendak Anwar dan PAS menjadi kuda tunggangan DAP.

Begitu juga isu keputusan Tahaluf Siyasi PAS dituntut beberapa kali oleh Multaqa Ulama PAS untuk dibuat penilaian semula walaupun PAS berpegang dengan tahalufnya.

Percaturan kali ini bukan aturan dan aturcara yang ditetapkan oleh PAS dalam mencari penyelesaian. Kalau hendak dikatakan PAS tidak pernah berkonflik itu satu pembohongan tetapi PAS ada caranya sendiri, namun kali ini ‘orang luar’ yang mencaturkan PAS dan penyelesaiannya adalah mengikut skrip yang tamat ceritanya ialah “lemahkan PAS dan kemudian hancurkannya!”

Membentuk Kelompok

Walaupun selama ini isu kelompok memang tidak dapat dielakkan dalam PAS tetapi ia hanya perbezaan pendapat yang masih di bawah kawalan. Namun semenjak kebelakangan ini usaha memecahkan lebih berstruktur dan canggih.

Taktik musuh PAS cuba membahagikan dua kelompok antara yang mempertahankan keberlangsungan PR yang mereka gelar “Anwarinas” dan kelompok yang kononnya mempertahankan dasar PAS iaitu “ulama”. Umno tahu selagi kelompok yang mahu melihat PAS maju ke hadapan melalui PR menguasai parti maka amat sukar strategi Umno melemahkan PAS dari dalam.

Taktik pecah seterusnya ialah menanamkan kebencian kepada kelompok yang mahu bersama PR dengan tohmahan dan fitnah seolah kelompok ini lebih pentingkan kuasa dan sedia menggadaikan perjuangan PAS demi bersama PR.

Kelompok ini difitnah sebagai mengamal Islam liberal, tunduk kepada Lim Guan Eng dan menjadi barua kepada parti lain malah hilang wala’ kepada parti. Taktik ini berjaya didoktrinkan sehingga perpecahan dalam PAS bukan lagi perbezaan pendapat biasa tetapi perpecahan yang menguntungkan strategi musuh yang sudah merekrut unsur dalam PAS sendiri.

Alat paling berkesan ialah sosial media yang menjadi rujukan utama doktrin pemisahan kelompok oleh musuh. Anasir dalam PAS digunakan untuk mengapikan lagi kebencian sehinggakan tidak ada lagi perasaan hormat menghormati malah ramai yang menjadi mangsa doktrin ini tanpa disedari.

Grand Design dan End Game

Trend memisahkan kelompok dalam PAS ini sejak 2008 adalah untuk membina momentum bagi MAT (Mesyuarat Agung Tahunan) parti di mana ia adalah usaha penghapusan satu kelompok dalam PAS untuk membuka jalan supaya PAS akan lebih mesra Umno dan seterusnya meninggalkan PR.

Ini adalah “Grand Design” dan “End Game” yang ingin dicapai oleh elemen Umno dalam PAS. Para konspirator melontarkan isu hudud, isu persempadanan semula dan isu anti Islam sebagai umpan menarik PAS lebih jauh ke dalam perangkap jahat mereka.

Pencapaian objektif strategi mereka ialah pecahkan PAS supaya PAS tiada lagi dalam PR dan kerana itu lebih mudah untuk Umno menguasai PAS dan sekaligus melemahkan PAS yang sudah jauh ke hadapan kini.

Seruan Saya

Mari kita secara jujur dan ikhlas serta dengan mendapat petunjuk Allah untuk berfikir sejenak kegilaan apakah yang telah menimpa PAS hari ini. Ulama, wala’ dan dasar parti cuba dipertaruhkan bagi tujuan kelompok kecil yang bekerja untuk tuan-tuan besar di luar PAS yang mahu melihat PAS lemah dan kemuncaknya hancur.

Ketahuilah bahawa ia bukan soal ada “Anwarinas”, “liberal”, “anti hudud” atau “broker dan barua” dalam PAS seperti yang cuba dimomok-momokkan, ia adalah tentang satu konspirasi jahat dan para konspirator ada di kalangan ahli PAS dan pimpinan PAS sendiri di semua sektor parti. Tentera setia mereka ialah di kalangan facebookers hantu, bloggers upahan dan pengadu domba yang cap jarinya menyertai PAS belum pun kering lagi.

Pesan saya, jaga dan selamatkanlah PAS daripada para konspirator dan PAS pada saat ini memerlukan kepimpinan yang tegas dan kembali kepada landasan perjuangan yang betul, berhemah dan berperinsip.

Lebih utama PAS memerlukan ahlinya yang bijak membaca gerak geri para konspirator, umpama pepatah, “sekilas ikan di air sudah ku tahu jantan betina”.


MAZLAN ALIMAN MENULIS MENGENAI RAKAN SEPERJUANGANNYA, BACALAH DENGAN HATI

Salahudin Ayub, YB Aminolhuda Hassan, Hj Dzulkifly Ahmad, Hj Khairudin Abd Rahim dan Onn Jaafar adalah antara sahabat akrab sejak saya menyertai PAS pada tahun 1986. Kami membina karier dari bawah. Menampal poster, naikkan bendera atas pokok, kutip derma jihad dan kerja kerja asas sebagai aktivis parti. BerUsrah dan bertamrin bersama sama. Kami wujudkan Pusat Tarbiyyah Amaliyyah yang di ketuai sendiri oleh Aminolhuda bagi memperkasa tarbiyyah pemuda.

Bintang Salahudin lebih cerah dari saya; namun saya tahu keperitan yang beliau hadapi sewaktu beliau menjadi Ketua Dewan Pemuda PAS Johor sepenuh masa dengan elaun RM300 sebulan. Acapkali kesempitan wang, hingga susu anak pun tidak mampu di beli. Dia tidak lupa diri bila jadi Ahli Parlimen. Selalu membantu saya terutamanya menjelang hariraya dan naik sekolah. Kalau jumpa dia akan tanya secara berseloroh, 'duit belanja ada?' Lantas hulur sejumlah wang kepada saya kerana dia pernah alami keperitan dalam hidupnya. Dia mahu berkongsi sedikit keselesaan dengan rakannya yang lain.

Sejak zaman Al Marhum Ismail Ibrahim sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Johor, kami adalah exco Pemuda PAS. Aminolhuda akan singgah dan tumpangkan saya untuk pergi bermesyuarat di Batu Pahat. Beliau sahabat yang ambil berat mengenai saya. Tidak berkira orangnya. Hj Khairudin, meskipun engineer; sebahagian besar gajinya adalah untuk jamaah. Sanggup jual kuih dan buka kedai makan nak tampung kos operasi Dewan Pemuda. Kadangkala nak tuang minyak kereta pun tak ada duit.

Dzulkifli Ahmad, saya anggap arkitek parti di Johor. Pemikiran dan cara bekerjanya hebat. Seorang perancang parti yang work smart. Bangunan PAS Johor yang sedang berdiri megah waktu ini adalah hasil 'buah tangannya'.


Apapun yang orang perkatakan mengenai Onn Jaafar, beliau adalah aktivis parti yang gigih. Walau dikata loklak, ceroi dan lain lain, kerja buatnya selesai sebagaimana arahan. Jika kita ni jam 1 pagi dah tidur; beliau masih menampal poster dan macam macam dilakukan hingga ke dinihari sejak 20 tahun dulu lagi. 'Ana ni tak reti bagi kuliah, tukang tampal poster pun tak pe lah'. Guraunya menceriakan kami.

Ukhuwwah yang terbina mengeratkan kami. Walau ada yang sudah berjawatan penting dalam parti dan bergelar YB, hubungan kekal terpelihara. Justeru, bila ada fitnah yang disebarkan, kami sama sama hadapi, walau terasa pedihnya. Menitik air mata mengingatinya.

Sekarang musim pemilihan parti, pilu tetap terasa bila kawan baik berubah sikap kerana berbeza pandangan. Seperti kata Dato' Mahfuz Omar, 'saya mengenali Salahudin sudah sekian lama. Sembahyang sunat dia lebih banyak dari saya. Tapi, bila orang fitnah dia baru baru ini (ada ceritanya) saya sangat terasa. Di mana letaknya akhlak kita?'.

Mahalnya nilai sebuah persahabatan. Jangan kerana jawatan dan berbeza pandangan, kita bersengketa dan berpecah. Hilang segala galanya meskipun di pupuk sekian lama.

Moga Allah pelihara persaudaraan ini hingga ke akhir hayat

Mazlan Aliman