Putrajaya - Mahkamah Rayuan di sini hari ini memerintahkan saman RM100 juta yang dikemukakan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar dibicarakan di Mahkamah Tinggi.
Panel tiga hakim mahkamah itu, yang diketuai Hakim Datuk Ramly Ali, sebulat suara menolak rayuan Khairy agar saman itu diketepikan.
Hakim Ramly berkata mengikut Peraturan Mahkamah Tinggi, kes itu tidak wajar diketepikan.
"Kes ini perlu dibicarakan kerana terdapat beberapa ketidakpastian mengikut Seksyen 43 Akta Bukti," katanya.
Khairy mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 21 Dis tahun lepas yang menolak permohonannya untuk mengetepikan saman fitnah itu.
Beliau memohon mengetepikan saman berkenaan dengan memberi alasan bahawa saman sivil itu bersifat remeh, menyusahkan dan menyalahguna proses mahkamah.
Panel itu, yang turut dianggotai Hakim Datuk Zaharah Ibrahim dan Hakim Anantham Kasinater, memerintah Khairy membayar RM10,000 kos guaman kepada Anwar.
Peguam Datuk Sulaiman Abdullah yang mewakili Anwar memberitahu pemberita bahawa Mahkamah Tinggi menetapkan 14 Nov dan 20 Nov untuk perbicaraan saman itu.
Pada 7 Mac, 2008, Anwar, yang genap berusia 65 tahun esok, memfailkan saman terhadap Khairy, dengan mendakwa Khairy yang ketika itu Timbalan Ketua Pemuda Umno, mengeluarkan kata berbaur fitnah dan menyebabkan klip video bertajuk 'Anwar and kin no threat' disiarkan dalam laman web, termasuk Malaysiakini.com.
Ketua pembangkang itu juga mendakwa klip video dalam Malaysiakini.com mengandungi kata-kata yang diucapkan Khairy pada satu ceramah di Lembah Pantai, di sini pada atau kira-kira pada 20 Feb, 2008.
Dalam pernyataan bela diri yang difailkan pada 8 Okt, 2010, Khairy berkata beliau bersandar pada pembelaan justifikasi dan perlindungan bersyarat.
Khairy diwakili peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah. -Bernama