PAS: Masalah dalaman bukan punca kalah
Pengarah Jentera PAS Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pengkalan Kubor Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, faktor ketidakhadiran pemimpin Pakatan Rakyat dan masalah dalaman parti bukan punca kekalahan PAS.
"Secara keseluruhan, ketidakhadiran pemimpin Pakatan terutama DAP tak jadi masalah besar. Bukan faktor. Cuma ia hanya polemik dalaman tentang apa yang berlaku.
"Kalau kita tengok, semua orang pun turun (berkempen). Tak timbul soal ada masalah (dalaman). Saya reda dengan apa yang berlaku. Soal sedih memanglah, cuma hak kita ialah usaha, ikhtiar dan tawakal," katanya pada sidang media selepas pengumuman kemenangan calon BN di markas besar PAS Kampung Geting, Tumpat.
BN mendapat 9,961 undi manakala PAS mendapat 7,326 undi. Calon bebas pula mendapat 38 undi.
Seramai 73 peratus daripada 23,929 pemilih berdaftar keluar mengundi, lebih rendah daripada kadar 80 peratus pada pilihan raya umum lepas.
Dalam pilihan raya umum ke-13 pada Mei tahun lalu, bekas ADUN BN Datuk Noor Zahidi mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon bebas, Izat Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.
PRK itu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Mat Razi Mat Ail, calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary.
Pengundi luar tak balik
Selain itu, Tuan Ibrahim juga berkata, faktor bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada masyarakat miskin di kawasan itu juga menjadi salah satu punca kekalahan mereka.
Malah, beliau juga berkata, kekalahan pilihan raya kecil kali ini juga mungkin disebabkan faktor pengundi luar yang tidak balik untuk mengundi.
"Faktor pengundi luar yang menyokong PAS tak boleh balik juga antara punca kekalahan kerana pengundi luar ini cenderung pada PAS. Dan pengundi muda di kawasan ini juga di luar jangkaan kerana prestasi pengundi muda di kawasan ini seperti ada sesuatu yang tidak kena. Kita akan tengok balik.
"Dalam masyarakat miskin, bantuan yang terlalu besar mungkin menjadi elemen. Selain itu sogokan yang tidak dapat dinafikan juga akan pengaruhi golongan miskin dan kita harap akan buat post-mortem mengenai perkara ini," katanya lagi.
Calon: Saya reda
Sementara itu, Wan Rosdi pula berkata, beliau mengucapkan terima kasih kepada seluruh jentera dan turut reda dengan kekalahan tersebut.
"Saya reda dan sebagai calon parti saya ucapkan terima kasih pada seluruh jentera parti dari seluruh kawasan dan negeri," katanya ringkas. -mk
ULASAN GB
Kita cukup lemas dengan sindrom penafian. Tak mahu mengaku mengenai "masalah dalaman".
Jika faktor pengundi luar tidak mengundi itu alasan utama, lama sebelum PRK berjalan lagi, Prof Madya Dr Agus Yusof di dalam status FB pada 2 September membuat rumusan awal:
"Hasil penelitian ringkas saya, BN dalam laluan untuk menang.
"Ini bukannya kerana BN hebat, jentera BN kuat, wang BN banyak, calon BN baik atau media BN kawal, tetapi kerana anak muda sudah bosan dengan politik PAS dan PR.
"Maka, ramai anak muda yang tidak akan balik mengundi. Dan mereka juga tidak kisah dengan hasil pilihan raya kecil ini.
"...Mengapa anak muda bosan? Jawapan mudahnya kerana krisis Erdogan vs. ulama dalam PAS dan juga kerana kerjasama dalam Pakatan Rakyat yang kacau. Maka, harapan mereka untuk melihat PR membawa wajah politik baru negara hancur."
Dan ini petikan dari beberapa komentar di blog GB
Anonymous said...
aku sokong pas sejak dr sekolah menengah..buat pertama kali aku rasa sungguh..tak tau nak gambarkan perasan aku tengok akhlak pemimpin utama parti dlm muktamar baru2 ni dan juga media..kalu ikit hati tak tau berapa bakul dah makian aku nak hamburkan tp aku masih control..tp hati aku betul2 dah tawar dkt PAS.
September 25, 2014 at 10:23 PM
Anonymous said...
Samalah jugak dgn aku, family aku, kwn2 aku....semuanya kini dah kata mula tawar dan dah tak percaya lagi pada pas terutama presiden dan geng2 ug serta ulamanya...
in response to aku sokong pas sejak dr sekolah menengah..buat pertama kali aku rasa sungguh..tak tau nak gambarkan perasan aku tengok akhlak pemimpin utama parti dlm muktamar baru2 ni dan juga media..kalu ikit hati tak tau berapa bakul dah makian aku nak hamburkan tp aku masih control..tp hati aku betul2 dah tawar dkt PAS., by Anonymous.
September 25, 2014 at 11:17 PM
Dengar dan baca kesemua keluhan ahli-ahli dan penyokong PAS. Jika pimpinan PAS tidak jujur di dalam muhasabah, PAS akan terus berhadapan dengan kekalahan demi kekalahan, kegagalan demi kegagalan.
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI