9 Apr 2013

[VIDEO] PAS Umumkan Calon: Salehuddin Di Pulai Husam Di Putrajaya


PAS hari ini mengumumkan Timbalan Presiden parti itu Mohamad Sabu akan bertanding di Parlimen Pendang, manakala Naib Presiden Datuk Husam Musa di Putrajaya.

Selain itu, dua lagi Naib Presiden PAS iaitu Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub masing-masing akan bertanding di Parlimen Pokok Sena, Kedah dan Pulai, Johor.

Pengumuman calon-calon tersebut dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada satu sidang media di Pusat Media PAS di Pejabat Agung parti itu sebentar tadi.


"Saya sendiri saya tak boleh umum, biar negeri yang umum," katanya dalam nada berseloroh.

Ketika ditanya tentang kerusi yang akan ditandingi Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Tuan Guru Abdul Hadi dalam nada bergurau berkata "dia bertanding seluruh Malaysia".

Mohamad Sabu kemudian mencelah dengan mengumumkan bahawa presiden PAS itu akan mempertahankan Parlimen Marang yang diwakilinya.

Pada sidang media sama, Kerabat Diraja Terengganu, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad turut diumum sebagai calon PAS bagi Parlimen Kuala Terengganu manakala bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari pula di Larut, Perak.

Selain itu, Wan Aishah Wan Arifin juga turut diumum sebagai calon bagi Parlimen Jempol Negeri Sembilan.-HD



Pas: Husam sah di Putrajaya, Salahuddin Pulai


Pas mengumumkan Timbalan Presiden parti itu, Mohamad Sabu akan bertanding di kerusi Parlimen Pendang, manakala Naib Presidennya, Datuk Husam Musa pula di Putrajaya, yang kini disandang oleh Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Tengku Adnan juga merupakan Setiausaha Agung Umno.

Husam, yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan, sebelum ini disebut-sebut akan diturunkan di Putrajaya.

Selain itu, dua lagi Naib Presiden Pas iaitu Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub masing-masing akan bertanding di kawasan Parlimen Pokok Sena di Kedah dan Pulai, Johor.

Pengumuman calon-calon tersebut dibuat oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada sidang media di sini hari ini.


Dalam pada itu, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad diumum sebagai calon kerusi Parlimen Kuala Terengganu manakala bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari pula akan bertanding di Larut, Perak seperti dilaporkan sebelum ini.

Penyanyi Wan Aishah Wan Arifin pula diumum sebagai calon kerusi Parlimen Jempol, Negeri Sembilan.

Abdul Hadi mengesahkan beliau akan mempertahankan kerusi Marang.

Sebanyak 76 kerusi Parlimen akan ditandingi Pas manakala di peringkat Dewan Undangan Negeri pula parti itu akan bersaing di 230 kerusi.

Ketika Abdul Hadi ditanya pemberita mengenai masalah pertindihan kerusi yang berlaku khususnya di Labuan, beliau berkata, perkara itu akan diselesaikan di peringkat pusat dalam masa terdekat.
-SH



Belum Apa-apa Seluar Papagomo Dah Terlucut, Tak Layak Jadi Calon!


Peguam persoal kelayakan Papagomo jadi calon

Pengumuman penulis blog kontroversi Papagomo untuk bertanding menentang ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim disambut dengan tanda tanya oleh para pengamal undang-undang yang mempersoalkan kelayakan bekas anggota polis itu sebagai calon.

Tanda tanya itu timbul memandangkan Papagomo, atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris sebelum ini didapati bersalah atas kesalahan rasuah dan didenda ketika bertugas sebagai konstabel polis trafik.

Mahkamah Rayuan pada tahun lalul mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi, dan Wan Muhammad Azri didenda RM10,000 dan dijatuhi hukuman penjara 14 hari.

Seorang peguam, Razlan Hadri Zulkifli, berkata Wan Muhammad Azri tidak boleh bertanding disebabkan hukumen berkenaan memandangkan keputusan mahkamah itu dibuat pada tahun lalu.

“Maka, Wan Muhammad Azri tidak boleh bertanding melainkan Wan Muhammad Azri bukan Papagomo,” katanya.

Seorang lagi peguam, Ranjit Singh juga sependapat dan berkata individu yang dikenakan hukumen denda RM2,001 dan lebih tinggi tidak boleh bertanding, seperti yang diperuntuk dalam Perkara 48 dalam Perlembagaan Persekutuan.

Peruntukan itu menyebut, seorang anggota parlimen hilang kelayakan apabila didapati bersalah dan dijatuhi hukumen utuk tempoh tidak kurang dari satu tahun dan didenda tidak kurang dari RM2,000 dan tidak menerima pengampunan.

Perkara itu juga menyatakan, individu yang didapati bersalah tidak dibenarkan untuk bertanding dalam tempoh lima tahun. -mk

[BONGKAR] Ada Apa Di Tingkat 2 Blok B4 Putrajaya?


Kompleks B jabatan perdana menteri. Blok b4 dekat dengan mampu, bph. Memang hak milik kerajaan. Kat sini kalo nak tengok pejabat B4 dari luar JPM tengok kat bumbung yang mana paling banyak antena dan piring satelite tu la dia.

Apa dia blok B4?

Nama yang ingin dikenali orang awam ialah bahagian penyelidikan. Tapi disebalik nama penyelidikan tu sebenarnya unit perisikan dari segi politik dan lain2 yang gua masih riky2 lagi.

Semenjak tak mendapat majoriti 2/3 pada PRU12 lepas, ada satu unit ditubuhkn iaitu unit khas pilihan raya atau unit strategi pilihanraya. Ia dibuat untuk mengekalkan penyamun2 dan lanun2 supaya kekal memerintah agar semua rahsia rompakan selamat dilindungi dari terbongkar ketahuan oleh rakyat amnya.

Inilah LOGO unit tu.
Korang sure tak pernah nampak kan?
korang fikir gua menipu ya?

Unit ni ada kat tingkat 2 blok B4 ni dan staf yang tak terlibat dilarang masuk, Selain tu..ada lagi satu unit ditubuhkan dengan tujuan propaganda iaitu mencetak risalah, harakah palsu, bunting2 palsu untuk kelirukan orang ramai. Masa bersih dulu..ramai jugak orang2 aras 2 ni turun untuk buat kacau. Geng2 inilah yang buat latihan memanjat bumbung kereta polis dan media propaganda tv3 diarah mengulang ulang adegan ini.Semua ni adalah rancangan dari B4.

Adakah ini kerja orang PAS?




Ini contoh banner yang mengelirukan orang ramai,Siapa punya kerja ni? ni la kerja kerja B4 ...gambar ni diambil di sekitar Meru. Dap tak bertanding sini dun meru! Kecuali sungai pinang! " banyak baner provok Hudud & Dap. Itu BN punya. .
lokasi sekitar Meru & tinjau kawasan dun meru."

Lokasi cetak dalam satu bilik lokasi -4..separuh bilik tu bawah tanah. Kat situ jugak ada tempat musnahkn dokumen..bilik bakar dokumen. Itu bukti BN memang kerjanya MENYAMUN. Bila bukti documen tak ada,Sukar bagi PR menyiasat skandal2 mereka nanti.Ini akan diceritakan dalam part 2 nanti.

Bahagian ni adalah terlalu sulit untuk semua staf2 yang ada kat sini. Orang luar dilarang sama sekali untuk masuk. Selain itu,unit B4 ini juga mempunyai beberapa rumah operasi di Kuala Lumpur terutama di jalan Bellamy. Dan menarik sekali Hassan Ali pernah berjumpa dengan beberapa org2 aras 2 ni. Sebab itulah dia buat U turned beb.nanti sambungan part 3 jika gua rajin mengisahkan skandal2 Hasan Ali ni pulak.

Sekarng ni bahagian B4 tengah sibuk sebab hampir pilihanraya. Bahagian yang buat banner, risalah memang tengah sibuk buat keje. Ape je bentuk provokasi terhadap PR datang dari sini.

Kalo korang perasan bunting diaorang memang cantik2 jer..tu memang kerja B4 yang cetak dan tempat cetak tu dah macam kilang dah dan mesin yang diaorang guna hanya ada kat 3 tempat iaitu ..NSTP, Bank Negara, dan kat sinilah.

Cuba korang try cari web penyelidikan ni memang tak akan jumpa der....maklumat pasal bahagian ni memang terhad. Orang2 blok lain pun tak taw pasal blok ni punye kerje. Staf kat sini semua islam sebab bahagian ni anti dengan agama lain. Bahagian ni hanye untuk kegunaan PM dan TPM je.

Ds Anwar mesti taw fungsi jabatan ni.Sebab dia pernah jadi TPM dulu. MILF pernah datang kat rumah operasi jalan Bellamy KL tahun lepas dan pasal Sulu tu pun ramai kawan2 syak propaganda B4 ni tapi takde bukti je.

Dekat sini ada SB bukit aman..sorang supt, sorang Asp dan beberapa anggota pangkat rendah. Ada tentera berpangkat kolonal, pegawai2 dan anggota pangkat rendah. Selain tu ada satu aras menempatkan sejumlah senjata api yang mampu melumpuhkan Putrajaya. Sebabtulah Tun M sering sebut,negara akan huru hara. Rupanya ada asasnya.Mereka merancang sesuatu yang jahat untuk mengelakkan kerajaan bertukar tangan dengan cara PLAN B.

Berkenaan peruntukan wang plak opis ni memang banyak duit yang dikenali sebagai tabung khidmat rahsia .Tempat ni memang betul2 safety. Akses keluar masuk, cctv...XXX yang tak boleh gua ceritakan detail sangat. sekarang ni diaorang dah start shif 24jam keje.

Lagi satu unit ni ada unit komunikasi dikenali sebagai Radio Saifer. Mampu ceroboh hp orang lain, tengok mesej, dengar perbualan dan baca email orang senang senang aja. Selain tu hantar terima maklumat dari perisik2 Malaysia yang ada kat dalam or luar negara. Kalo kat luar negara diorang selindung sebalik nama Wisma Putra.


Dari bulan 11 tahun lepas sampai bulan 2. baru baru ni ada satu bilik operasi untuk pantau pilihan raya dah disiapkan.Jaga jaga, dari sinilah arahan menipu undi akan diputuskan bagaimana. Bilik ni terletak di tingkat -3 dikawal oleh unit teknikal.

Perasan tak orang buat demo contoh pertahan kalimah Allah dan ape2 demo anjuran perkasa,umno atau ape2 pun itu memang B4 yang buat. Design kebanyakan memang sama. Kalo korang perasan orang demo kat masjid tanpa orang umno or perkasa ,banner diorg bercetak cantik.Tu la baner yang dicetak kat B4 nih.


Perhatikn bila umno or perkasa buat demo sekali dengan banner..same tak? Kalo semua negeri buat demo gua rasa dari Perlis sampai Johor pun banner diorg sama.Kebanyakkan banner or risalah ni diorang packing dalam kotak dan baru diedarkan kat kawasan2 tertentu. Dia orang tak guna kenderaan jabatan. Kete2,lori2 kat opis B4 ni semuanya didaftarkan atas nama orang lain walaupun keta kerajaan. Keta, lori2 ni tak berlogo langsung..

Bahagian ni jugak ada kem askar. Yang gua taw kem Changkat dekat Batu Gajah. Kem ni kem gerakan operasi perisikan atau GOP. Gua pernah riky2 kt sane. Bukan kem askar biasa tapi semuanya adalah perisik yang berselindung. Kenderaan kat kem tu bukan kenderaan celoreng tentera tapi kenderaan 4x4 awam cam biasa didaftarkn atas nama orang lain.

Risikn kem ni gua tak taw camane yang pasti ada satu bukit berbentuk busut yang tersimpn sejumlah senjata. Senjata2 ni kalo nak keluarkan diorg akan gunakn lori2 biasa yang orang tak kan terfikir pun ada senjata.

Apa tujuan busut senjata kat kem tu?

Tujuannya

kalo ada delagasi luar negara datang selalunya diorg bagi senjata atau wang tunai. dan kadang2 bahgian ni yang bagi diorang tunai or senjata. Bab ni gua tak bape taw sangat. Yang jaga senjata ni askar pencen pangkat pegawai waran 1..

Tak semua SB or askar taw fungsi jabatan ni. Lagi satu kem dekat Johor yang gua terlupa nama tempat kat mane dan memang ceruk. Kem Johor ni untuk pegawai2. Kat sini kebnyakan staf adalah pegawai bergred M41 iaitu pegawai PTD..kalo ada 500 staf, pegawai hampir 400 orang..


Peta jalan ketempat penjahat negara


Pengarah CIA pernah datang kat rumah operasi jalan Bellamy. Ape2 ops selalunya diaorg buat kat situ. Banyak rumah2 operasi kat area kat yg bak pernah dgr rumah mukhlis, rumah hamid. Tu nama org yang jaga rumah tu. Nama Jln gua tak ingat plak. Yang jln Bellamy tu adalah sekolah latihan aka rumah operasi jugak.

Kemungkinan diorg akan pantau pru13 dan arahan arahan jahat ni dekat situ.

p/s : Apa tujuan gua dedahkan rahsia besar kerajaan BN? tujuannya ialah untuk menyelamatkan negara dari diperintah oleh orang orang jahat yang menunggang kekayaan negara demi kepentingan sendiri tampa memikirkan hak hak rakyat yang telah dicabuli.Sama samalah kita tumbangkan kerajaan jahat BN ini dan kita penjarakan mereka akibat jenayah yang mereka lakukan selama 55 tahun menjadi pemerintah! -kingofgoblok

BN Tak ‘Gentleman’ Guna Media Milik Rakyat – Dr Maszlee


Kerajaan Sementara Barisan Nasional patut bersikap ‘gentleman’ dengan memberi ruang kepada Pakatan Rakyat untuk bentang manifesto mereka, termasuk mengadakan debat terbuka, kata tokoh akademik, Dr Maszlee Malik.

Pensyarah Kuliyyah Ilmu Wahyu & Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) itu mengulas pelancaran manifesto BN semalam yang disiar secara langsung di saluran RTM.

Selain TV1, ia disiar selama sejam di stesen televisyen utama seperti TV3, NTV7, Astro Awani dan TV Al-Hijrah.

Bagaimanapun, bekas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim sebelum ini hanya menawarkan 10 minit kepada Pakatan untuk kemukakan manifesto mereka di RTM.

“BN kalau nak bertanding, tandinglah secara ‘gentleman’. Kena ada level playing field’ (padang sama rata). Akses media, ruang untuk bertemu rakyat dan peluang untuk menerangkan manifesto.

“Lagi pun media yang digunakan ialah media milik rakyat, yang ditampung oleh wang pembayar cukai. Tidak boleh ada keistimewaan, media kena neutral,” kata Maszlee ketika dihubungi
.

Katanya, sekiranya media bersikap terbuka kepada dua-dua belah pihak, rakyat boleh membuat penilaian berdasarkan manifesto ditawarkan.

“Macam pendakwa raya dengan peguam bela. Kena bawa bukti. Kalau dengar sebelah pihak sahaja, macam mana hakim nak buat keputusan adil?,

“Nak bercakap sejam, cakaplah. Tapi beri ruang pada orang lain untuk bentang manifesto... dan lagi baik kalau ada debat,” kata Maszlee.

Mengulas mengenai debat, katanya, ia bukan semata-mata budaya Eropah, tetapi diamalkan oleh negara demokrasi di seluruh dunia.

“Debat politik kini diamalkan di Mesir, sebelum pilihan raya. Di Indonesia diadakan debat calon Gabenor Jakarta. Malah, Kenya baru-baru ini pun adakan debat Presiden mereka yang pertama.

“Bila tidak ada ruang dan padang sama rata, terbukti pihak BN tidak ‘gentleman’,” tegas Maszlee.

Ulasan GB

Bukan sahaja tidak gentleman, malah ia merupakan satu penyalahgunaan kuasa.

Berpuluh tahun lamanya kerajaan UMNO BN telah menyalahgunakan kuasa, namun hukum kebenaran dan keadilan akan tetap mengambil tempatnya. Yang menyalahgunakan kuasa akan tetap terhukum akhirnya..... perhatikanlah pemerintah-pemerintah di seluruh dunia, yang menyalahgunakan kuuasa akan tetap mendapat balasan... Mubarak adalah contoh paling baik untuk renungan Najib serta seluruh pemimpin UMNO BN..

Jangan main-main dengan "sunnatullah"....

Bloomberg Lapor BN Menciplak Manifesto Pakatan Rakyat


Barisan Nasional dimalukan oleh media antarabangsa gara-gara "menciplak" manifesto Pakatan Rakyat Menjelang PRU-13.

TERKINI : Bukan sahaja Pakatan Rakyat yang mendakwa Datuk Seri Najib menciplak manifesto mereka, media antarabangsa Bloomberg juga membuat laporan yang sama.

Laporan bertajuk "Malaysia’s Najib Unveils Poll Manifesto Similar to Anwar’s" itu, Bloomberg melaporkan, Perdana Menteri Najib Razak berjanji akan melawan rasuah, menurunkan kos sara hidup dan membina lebuhraya pan-Borneo jika kekal sebagai kerajaan selepas pilihan raya umum nanti.

"Semua janji ini dibuat oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar ketika membentangkan manifesto Pakatan Rakyat enam minggu sebelum Barisan Nasional membentangkannya dalam perhimpunan hujung minggu lalu," lapor Bloomberg.

Link : bloomberg


Mustafa Ali : Umno-BN Ciplak Manifesto PR


Umno-BN didakwa menciplak manifesto Pakatan Rakyat (PR) yang disiapkan lebih awal bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU13) kali ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, berdasarkan pembentangan dilakukan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak di Stadium Tertutup Bukit Jalil malam tadi, jelas memberi gambaran manifesto Umno-BN itu menciplak manifesto PR dalam banyak perkara.

“Apabila diperhatikan, rupa-rupanya banyak sekali manifesto Umno-BN ini adalah diciplak dari manifesto PR yang kita bentang sebelum ini.

Ketika PR membentangkan manifesto ini, pemimpin Umno-BN berkata ia akan membankrapkan negara tetapi inilah juga manifeto yang diciplak Umno-BN,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau memberi contoh manifesto PR menjanjikan penurunan cukai eksais kereta secara berperingkat dengan tujuan menghapuskannya dalam tempoh lima tahun supaya harga kereta lebih berdaya saing di samping mewujudkan industri automatif negara yang benar-benar berdaya saing serta boleh mengeluarkan kereta pada harga serendah RM25,000 sebuah.

Manakala Umno-BN, dakwanya, membentangkan manifesto Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta secara peringkat antara 20 hingga 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional.

“Yang lain seperti pembinaaan 150,000 rumah mampu milik dalam kategori kos rendah (bawah RM75,000) dam kategori kos sederhana rendah (RM150,000 hingga RM250,000) akan dibina dalam tempoh penggal pertama pentadbiran PR.

“Manakala Umno-BN mahu membina sejuta rumah mampu milik melibatkan sektor awam dan swasta termasuk 500,000 buah rumah PR1MA,” katanya.

Mustafa juga menyentuh tawaran slot selama 10 minit secara rakaman kepada PR yang disifatkannya sekadar “melepas batuk di tangga” dan tidak menggambarkan kebebasan media di negara ini.




Ketua Menteri & Exco Serah Kereta Rasmi Kepada SUK


George Town - Pemegang amanah sebagai Y.A.B Ketua Menteri Pulau Pinang, Tuan Lim Guan Eng, hari ini, mengumumkan penyerahan kunci kenderaan rasmi Kerajaan Negeri kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Farizan Darus di sini.

Menurutnya, penyerahan kunci kenderaan rasmi Kerajaan Negeri turut melibatkan pemegang amanah Timbalan Ketua Menteri I dan Timbalan Ketua Menteri II serta Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang lain.

"Kenderaan rasmi tidak harus disalahguna untuk kegunaan persendirian atau parti sebaliknya ia harus digunakan untuk tujuan rasmi Kerajaan Negeri sahaja.

"Inilah intergriti yang dipegang oleh Kerajaan Negeri sungguhpun kini hanya sebagai pemegang amanah," ulas Guan Eng pada sidang akhbar di Komtar, sebentar tadi.

Tambahnya, intergriti harus dipraktikkan secara fizikal dan bukan hanya tahu melafazkannya.

"Bercakap adalah perkara lain dan melakukannya pula adalah suatu perkara yang lain pula.

"Hari ini kita (pemegang amanah Kerajaan Negeri) akan menyerahkan kunci kenderaan masing-masing kepada Setiausaha Kerajaan Negeri," tambahnya.

Guan Eng turut menegaskan bahawa penggunaan kenderaan rasmi adalah hanya untuk majlis rasmi Kerajaan Negeri dan bukan digunakan untuk tujuan berkempen.

"Sungguhpun menjelang Pilihanraya Umum (PRU13), kenderaan rasmi ini tidak akan digunakan untuk ceramah dan kempen.


"Begitu juga pemandu, mereka hanya akan bertugas mengikut waktu pejabat dan apabila menghadiri majlis-majlis rasmi kerajaan," tambahnya.

Dalam pada itu, Guan Eng turut mengulas manisfesto yang dilancarkan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Sungguhpun manisfesto BN menyentuh soal kekangan rasuah, namun BN tidak pula menyatakan tatacara (measurements) membanterasnya.

"Salah satunya ialah melalui pengumuman awam pengisytiharan aset dan pelaksanaan tender terbuka," katanya.

Katanya lagi, Kerajaan Negeri telah mengamalkannya sejak 2008 dan ianya terbukti berkesan apabila kempen anti-rasuah Kerajaan Negeri Pulau Pinang dipuji oleh Transparency International.

"Seterusnya menghalang pemimpin dan ahli keluarga pimpinan kerajaan berurus niaga dengan kerajaan demi kepentingan peribadi.

"Melalui pendekatan ini, rasuah dapat dihindari," ulasnya lagi.

Ulasan GB

Sejak UMNO BN memerintah dan menjadi kerajaan federal atau negeri, belum pernah dengar mereka menyerahkan kunci kenderaan rasmi selepas parlimen atau DUN dibubarkan.

Malah yang ketara ialah menteri dan exco-exco di peringkat negeri masih menggunakan kenderaan rasmi bukan saja melakukan tugasan rasmi malah berkempen untuk partinya BN.

Tahniah kerajaan Pulau Pinang, anda telah melakukannya dengan betul!