2 Okt 2012

Tindakan JPA Ultra Vires: Mohamad Roslan Kekal Datuk Bandar MBPJ

Datuk Mohamad Roslan Sakiman masih kekal sebagai Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya(MBPJ) kerana jawatan berkenaan adalah statutori yang tertakluk di bawah Akta Kerajaan Tempatan.

Kenyataan ini dikeluarkan Sekretariat Media Unit Perhubungan Awam MBPJ hari ini.

Tulis kenyataan itu lagi, oleh kerana arahan tersebut adalah tidak sah, maka Mohamad Roslan masih lagi merupakan Datuk Bandar MBPJ dan masih boleh berkhidmat di MBPJ.

Ini kerana, Seksyen 10 Akta Kerajaan Tempatan 1976, jelas memberi kuasa kepada Kerajaan Negeri untuk melantik Datuk Bandar, di mana Datuk Bandar dilantik mengikut prosedur di bawah undang-undang.

Surat itu juga memaklumkan MBPJ tidak bersetuju dengan surat arahan penempatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) kepada Mohamad Roslan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.

Surat yang bertarikh 27 September 2012 tersebut diterima oleh Majlis pada 28 September 2012 dan arahan penempatan Mohamad Roslan sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) di Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor berkuatkuasa mulai 1 Oktober 2012.

“Dengan ini Majlis dengan tegas membantah arahan tersebut yang ternyata bercanggah dengan Seksyen 10 Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang jelas menyatakan memberi kuasa mutlak kepada Kerajaan Negeri untuk melantik Datuk Bandar Pihak Berkuasa Tempatan.

“Arahan pertukaran tersebut adalah tidak sah kerana Mohamad Roslan dilantik sebagai Datuk Bandar Petaling Jaya oleh Kerajaan Negeri dan perlantikan itu masih berkuatkuasa, ” kenyataan itu dipetik.

Kenyataan itu juga memaklumkan pada masa ini MBPJ dalam proses menyediakan bajet 2013 yang mana bertemakan PJ Prihatin.

Bajet ini dikemukakan kepada penduduk PJ yang mana kini dalam proses akhir pembentangan bajet yang dijadualkan pada hari Rabu, 3 Oktober ini.

“Arahan Jabatan Perkhidmatan Awam yang dikeluarkan secara serta merta dan tergesa-gesa ini akan menjejaskan proses penyediaan bajet 2013 ini yang melibatkan kepentingan orang awam khususnya rakyat Petaling Jaya juga boleh menjejaskan sistem pentadbiran dan pengurusan MBPJ,” kata kenyataan itu lagi.

Sehubungan itu Majlis Bandaraya Petaling Jaya dengan tegasnya menggesa Jabatan Perkhidmatan Awam memandang serius perkara ini.

Kemungkinan perkara ini terpaksa dibawa ke mahkamah untuk satu deklarasi yang menyatakan tindakan arahan penempatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik kepada Mohamad Roslan adalah tidak sah dan ultra vires. -selangorku

[BOHONG LAGI] BN Bohongi Rakyat, Lepas Beri Habuan Tarif Elektrik Dinaikkan

Selepas menabur pelbagai habuan kepada rakyat menerusi Bajet 2013, kerajaan Umno BN kemudian menarik semula wang rakyat melalui kenaikan tarif elektrik.

Ini berikutan kenyataan Menteri Tenaga, Teknologi dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui bahawa kenaikan tarif elektrik tidak akan dapat dielakkan, tetapi enggan menjelaskan masa dan jumlah kenaikan tersebut.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, kenaikan tersebut memang telah diduga, malah banyak lagi barangan keperluan lain termasuk cukai dan perkhidmatan dijangka mengalami kenaikan.

“Kita memang sudah agak, bajet yang dibentang minggu lalu bohong saja, hanya untuk mengaburi mata rakyat. Konon nak bagi itu ini (kepada rakyat), tapi nanti dalam diam (kerajaan) akan naikkan pelbagai harga barang dan perkhidmatan lagi,” jelasnya kepada Keadilan Daily.

Azan menjangkakan tarif perkhidmatan pangggilan telefon dan sistem jalur lebar juga akan meningkat selepas ini.

“Jika dulu satu minit panggilan dikenakan caj 10 sen, lepas ini mungkin 15 hingga 20 sen. Begitu juga jalur lebar untuk internet,” kata Pengerusi KEADILAN Terengganu itu lagi.

Menurut Azan, kira-kira dua minggu sebelum persidangan Parlimen, beliau mendapat maklumat dari pegawai kastam dan kerajaan bahawa ada arahan agar taklimat diberi kepada peniaga untuk menaikkan cukai perkhidmatan.

“Caj perkhidmatan juga akan dinaikkan dalam diam, kerana saya tahu sudah ada taklimat oleh pegawai kerajaan agar peniaga mengubah sistem perkiraan caj dan hasil kutipan caj itu akan diserah kepada kerajaan,” katanya.

“Kerajaan sekarang seperti doktor gigi, asyik beri pelali (habuan) hingga rakyat tidak sedar, tiba-tiba saja semua gigi sudah tiada (rongak),” kata beliau sinis.

Perdana Menteri semasa membentangkan Bajet BN 2013 Jumaat lalu, mengumumkan penarikan subsidi gula sebanyak 20 sen sekilogram menjadikannya RM2.50.

Ketika menghulur rebat RM200 untuk pembelian telefon pintar, kerajaan juga turut merembat kembali wang rakyat melalui sistem kesalahan trafik Automated Enforcement System (AES).

Sistem itu menetapkan kadar saman tinggi dengan kompaun serta merta antara RM300 hingga RM2,000. -KD

Menteri: Kenaikan tarif elektrik tak dapat dielak.

Menteri Tenaga, Teknologi dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata penyelarasan tarif elektrik pada masa depan tidak dapat dielakkan ekoran peningkatan harga bahan api antarabangsa termasuk arang batu dan gas asli.

Walau tidak menjelaskan masa dan kuantum kenaikan tersebut, Chin berkata harga tarif yang lebih tinggi akan menggalakkan masyarakat menjimatkan tenaga dan beralih kepada teknologi hijau.

Dalam satu wawancara dengan akhbar berbahasa Cina Sin Chew Daily, Chin mendedahkan bahawa penggunaan elektrik negara meningkat 3.4 peratus setiap tahun, lebih rendah daripada pertumbuhan KDNK.

Katanya, perkara itu menyebabkan kerajaan meluluskan lebih banyak loji tenaga dan mengambil kira loji tenaga nuklear.

Dengan memberi contoh Denmark, yang merekodkan penggunaan elektrik yang stabil sejak 20 tahun lalu, Chin berkata pertumbuhan ekonomi yang tinggi tidak semestinya melibatkan penggunaan tenaga yang tinggi.

"Mungkin tidak tidak dapat elak peningkatan penggunaan tenaga namun jika kita boleh mengurangkan peningkatan, kita boleh lambatkan pembinaan lebih banyak loji tenaga," katanya.

Beliau turut menekankan kepentingan untuk meningkatkan kesedaran kepada orang ramai dan kanak-kanak untuk menjimatkan tenaga.

Menurut laporan itu, Chin mengakui bahawa kerajaan mengambil kira rancangan untuk membina sekurang-kurang sebuah loji tenaga nuklear pada masa depan, namun tiada keputusan muktamad dibuat, katanya.

Chin pada minggu lalu enggan mengulas apabila ditanya sama ada kenaikan tarif elektrik itu akan dikuatkuasa pada November.
-mk

Rebat Untuk Smartphone: Najib Memperbodohkan Rakyat

Rebat RM200 bagi pembelian telefon pintar 3G adalah satu langkah yang tidak bijak oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib mengumumkan pakej khas one-off, bernilai RM300 juta, bagi belia yang berusia 21-30 tahun, dan memperoleh pendapatan bulanan sebanyak RM3, 000 dan ke bawah.

"Ini adalah untuk memberi manfaat kepada 1.5 juta belia," kata Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata ketika membentangkan Bajet 2013 Jumaat lepas.

Walau bagaimanapun, pengarah strategik PKR, Rafizi Ramli, berkata langkah itu hanya akan memperkayakan peniaga, kerana Najib juga mengumumkan bahawa rebat hanya akan sah apabila dibeli dari kedai-kedai yang dilantik.
"Ia adalah satu pengumuman yang bodoh.  Berapakah harga sebuah telefon pintar?  Harga purata adalah sekitar RM1, 000”.

"Jika anak muda mahu menikmati rebat RM200, dia akan terpaksa membelanjakan RM800 dari poket sendiri untuk membeli telefon pintar.  Jadi, peniaga mendapat RM800”.

"Jika anda tidak mengeluarkan RM800 anda tidak akan mendapatkan telefon pintar. Mereka yang akan mendapat manfaat adalah peniaga yang dilantik, bukannya Rakyat, " kata Rafizi.

Rafizi juga mengkritik peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan untuk mendapatkan telefon pintar tersebut, pembeli juga mesti melanggan pakej internet.

"Itu bermakna anda tidak boleh lagi menjadi pengguna prabayar yang anda perlukan untuk melanggan pakej internet jika anda mengambil kesempatan daripada rebat, yang pasti kos akan menjadi lebih tinggi.

"Ini akan terus meningkatkan perbelanjaan orang-orang yang membeli telefon pintar.  Ia adalah ekonomi bodoh Najib.  Dia tidak faham?  Dia tidak berfikir? " Kata Rafizi.

"RM200 tidak mencukupi untuk membeli telefon pintar.  Pengumuman adalah hanya untuk menarik pengundi muda.  Jika Najib fikirkan dia boleh memenangi pilihan raya umum yang akan datang dengan skim itu, dia akan silap."

Beliau menambah bahawa Najib telah menyediakan gula-gula untuk kumpulan sasaran tetapi telah melakukan sedikit untuk wanita dan warga emas dalam Bajet 2013.

Dan juga Anak Muda mahukan pendidikan percuma la… bukannya kurangkan harga telefon..... bodoh punya NAJIB...  lagi bagus kalau duit itu digunakan untuk buat jalan tar pergi ke ba'kelalan atau buat jalan-jalan lain di Sarawak… ataupun RM300juta itu digunakan untuk manafaatkan rakyat dengan lebih bijak… tak gitu Najib??? -reformasi anak muda

Yang Kaya Semakin Kaya, Yang Miskin Semakin Miskin

Malaysia kini menghadapi jurang perbezaan dari segi pendapatan dan keuntungan syarikat di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP), kata Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Beliau yang menyertai sesi debat memberitahu Parlimen bahawa cadangan untuk Bajet 2013 yang dibuat oleh Barisan Nasional (BN) tidak cukup untuk mengurangkan perbezaan antara kaya dan miskin di Malaysia.

Ketua pembangkang itu berkata pendapatan isirumah masih lagi rendah dan menunjukkan yang kaya semakin kaya dan yang miskin semakin miskin.

“Ini bermakna pertumbuhan ekonomi dan projek yang diumumkan oleh BN tidak memberi manfaat kepada majoriti penduduk,” kata Anwar.

Beliau berkata berdasarkan tinjauan, 44.2 peratus penduduk isirumah di Malaysia mendapat kurang dari RM2,500 sebulan, dan hanya mewakili 14 peratus dari kekayaan ekonomi jika dibandingkan dengan 50 peratus yang dipegang oleh 20 peratus penduduk Malaysia yang terkaya.

“Keghairahan mengejar unjuran ekonomi tanpa melihat polisi untuk merapatkan jurang miskin dan kaya dapat dilihat dalam ETP yang dicadangkan perdana menteri,” kata Anwar.

“Analisis dan perbandingan dalam nilai ekonomi yang dibuat dalam projek ETP dan gaji yang diberi kepada pekerja, bahawa pada tahun 2020 gaji pekerja akan mendapat kurang dari keuntungan syarikat.

“Sekarang, ratio gaji dan keuntungan ialah sekitar 28 peratus, di bawah ETP ia akan jatuh kepada 21 peratus,” katanya lagi.

Anwar berkata, pelan ekonomi nasional harus berubah dari hanya mahu mencapai pertumbuhan ekonomi dan ekuiti, tetapi harus memastikan pendapatan RM4,000 sebulan kepada seluruh isirumah dalam penggal pertama pentadbiran Pakatan Rakyat (PR).

Dia juga berkata pertumbuhan ekonomi harus dijana oleh perniagaan kecil dan sederhana dan bukan “seorang dua bos besar”.

Bercakap di Parlimen, ketua pembangkang juga membentangkan Bajet alternatif PR dengan memberi fokus kepada peningkatan pendapatan isirumah. -TMI


FACTS & FIGURES




In a fair and just society, economic growth should benefit everyone.

Unfortunately this is not happening in Malaysia in spite of years of economic growth.

We have now an aristocracy of wealth where a small group of Malaysians are very rich (22 billionaires at the last count) whilst many others are barely scraping by.

We have on one hand people living in spacious multi-million ringgit homes whilst on the other hand there can be as many as 21 people crammed together in a low cost flat.

The statistics prove that the inequality gap is a major problem:

* The bottom 40% of households have an average income of RM1,222 whilst the top 20% households earn an average of RM8,157.
* 58% of households earn less than RM3,000 per month. (In 2009, the Fereal Territories Minister recommended that any urban household with less than RM3,000 would be considered poor).
* Income growth has been strong only for the top 20% of Malaysian income earners, particularly since 1990.
* The disparity within the urban group remains high with no improvements in the last decade.
* In 2007, Malaysia ’s Gini coefficient was 0.441 an improvement of 0.462 in 2004. However in 1990, the Gini coefficient was 0.442, which means that we have hardly made any progress in addressing the problem of income inequality since that time. (Gini coefficient is a measure of inequality ranging from 0 to 1, with 0 representing absolute equality and 1 representing absolute inequality).




Parlimen Mesir Kini Mempunyai 140 Ahli Parlimen Yang Hafiz Quran



Majlis Rakyat Mesir (Parlimen Mesir) sekarang ini memiliki :

- Lebih 140 orang ahli Parlimen yang hafiz Quran.
- Lebih 100 orang ahli Parlimen yang hafal lebih 10,000 hadith.
- Lebih 180 orang ahli Parlimen yang hafal lebih daripada setengah al-Quran.
- Lebih 170 orang ahli Parlimen yang memiliki PhD dalam pelbagai bidang kepakaran.
- Lebih 50 orang ahli Parlimen tidak memiliki kereta.
- Lebih 350 orang ahli Parlimen pernah dipenjarakan bagi tempoh antara 6 bulan sehingga 9 atau 10 tahun.

Ponteng, Najib & MP BN Tidak Hormat Parlimen - Parlimen Pun Tidak Akan Terima Mereka Lagi!



Anwar bidas PM tiada di dewan ketika bajet dibahas.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas perdana menteri yang tiada di Dewan Rakyat sewaktu beliau membahaskan Bajet 2013 yang dibentangkan Datuk Seri Najib Razak Jumaat lalu.

"Secara tradisinya menteri kewangan akan hadir di dewan sewaktu perbahasan.

Hendak debat (dia) tak berani.

Hendak bahas di Parlimen dia tak datang," kata Anwar sewaktu memulakan perbahasannya sekitar jam 11.40 pagi tadi.

Menurut Anwar, Najib sebaliknya hanya membiarkan penyokong-penyokong kerajaan mempertahankan bajet itu.

Namun tambahnya, mereka bukan anggota jemaah menteri, tidak tahu perangkaan yang dipetik mereka sendiri dan hanya bergantung kepada statistik yang diberikan Jabatan Statistik Negara.

Beliau berkata demikian sewaktu membidas MP Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang mencelah dan mendakwa kerajaan Persekutuan memberikan peruntukan yang jauh lebih banyak daripada cukai dikutip dari negeri-negeri Pakatan.

"Permatang Pauh (Anwar) boleh persoal angka-angka ini tetapi ia datang daripada Jabatan Statistik," katanya.

Anwar kemudian menjawab yang statistik sentiasa boleh dimanipulasi dan dibohongi.

"Tidak benar pendapatan Selangor kurang daripada belanjawan. Ia tidak logik dari segi ekonomi, dari mana wang itu diperolehi?" kata Anwar. -mk

Has Najib no respect for Parliament?

PETALING JAYA: The national budget is so important that the Federal Constitution requires a fresh election if the government of the day fails to get majority support for it.

Today is the first day of Parliamentary debate for Budget 2013, but Prime Minister Najib Tun Razak and senior cabinet members are missing from the Dewan Rakyat, leaving only the ruling coalition’s backbenchers to represent them.

This is nothing short of contempt of Parliament.

Worse , Najib used the weekend to criticise Pakatan Rakyat’s shadow budget and even said that the opposition’s Buku Jingga was not worth the paper it was printed on.

Opposition Leader Anwar Ibrahim, a former finance minister, was appalled by the situation and he has made his anger known.

Indeed, the entire nation should be appalled.

With the entire government machinery behind him and the mainstream media to carry his statements without rebuttal, it is convenient and easy for Najib to insult the opposition.

But the true mark of a man, in this case a national leader, is how he is able to convince others of the excellence of his decisions against opposing opinions.

Najib, especially since he is also the Finance Minister, must be responsible enough to sit in the Dewan Rakyat and defend the budget against Pakatan lawmakers.

It is not only about engaging opposition lawmakers, who are also mandated by the rakyat, but also about being responsible enough to explain his decisions for Budget 2013.

The opposition MPs may point out some flaws in the policy that may have escaped government scrutiny, and the ministers, being absent, are guilty of gross negligence.

If the Finance Minister himself is absent from Parliament, how is he to note the points mentioned by Pakatan lawmakers? Did Najib ask any of the backbenchers to take notes and deliver them to him?

Worse, Dewan Rakyat Speaker Pandikar Amin Mulia is keeping silent about this instead of rebuking the Finance Minister.

Some may argue that Najib is a busy man, being Prime Minister as well as Finance Minister and Women’s Minister.

True indeed, but no one forced him to shoulder those additional burdens.

Najib and the other ministers need to get their acts together and respect the House.

The budget is an important piece of document and it must be debated thoroughly to ensure every issue is addressed.

If Najib thinks he has no time to debate the budget he himself presented, perhaps he should relinquish the Finance Minister’s post to someone who has the time.




Ulasan GB

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap mengambil tempatnya.

Apabila anda tidak menghormati Parlimen, maka Parlimen pun tidak akan menghormati anda lagi. Itu jelas.

Parlimen tidak akan sudi lagi menerima kedatangan MP-MP bongkak dan angkuh seperti najib dan sekalian MP BN yang gagal untuk hadir di dalam sessi perbahasan bajet 2013 hari ini.

Ingat satu masa dulu, seorang MP yang tidak menghormati parlimen - bercakap sesedap hati, mengeluarkan bahasa lucah dan komen seksisnya terhadap seorang Ahli Parlimen wanita dari DAP. Apa berlaku kepada beliau? Parlimen tidak lagi berkenan menerima kehadirannya.

Apa yang berlaku pada hari ini jelas bahawa BN sudah berada di penghujung usianya sebagai pemerintah di negara ini. Ia dibenarkan sendiri oleh tindak-tindak mereka yang tidak menghormati parlimen.

Kamu-kamu tidak hormat parlimen, parlimen pun berkata SELAMAT JALAN kepada kamu semua.

InsyaAllah kita akan mendapat kerajaan yang baru tidak berapa lama lagi.