17 Sep 2009

Era Najib Altantuya : Mahathir Tak Lupa Nazri Kecamnya, Tak Kisah Insiden Gantung Kasut

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak sedih atau marah dengan cadangan seorang anggota MIC agar gambar beliau dikalung selipar.

Bekas Perdana Menteri itu berkata beliau tidak merasakan apa-apa dengan kecaman tersebut kerana "bukan saya jadi apa-apa".

Ini kerana kecaman itu datang daripada anggota parti lain dan iannya tidak merugikannya, katanya kepada Bernama di sini.

Sebaliknya, Dr Mahathir berkata, beliau amat sedih dan marah sekiranya kecaman datang daripada anggota Umno sendiri seperti yang pernah berlaku.

"Ini bukan kali pertama saya dikecam. Dulu orang dah lupa macam mana pemimpin Umno kecam saya. Nazri (Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz) dan Menteri Besar Kedah dahulu nak buang saya daripada Umno.

"Tapi masa itu tak ada siapa bagi reaksi apa pun. Tak ada orang berani cakap apa," katanya.


Cadangan kalungan selipar itu dibuat oleh Timbalan Ketua MIC bahagian Paya Besar, Pahang, M. Sukumaran pada perhimpunan agung MIC Ahad lepas di ibu negara kerana mendakwa Dr Mahathir mencampuri urusan parti itu melalui kenyataan-kenyataan yang dibuatnya.

Ekoran itu, Sukumaran dikecam hebat dan dianggap sebagai biadab. Beliau kemudian memohon maaf dengan memberi alasan beliau telah terlepas cakap.

Malah, anggota MIC itu ingin menemui Dr Mahathir untuk meminta maaf secara peribadi.

Mengulas lanjut isu itu, Dr Mahathir berkata : "Tiba-tiba saya jadi popular. Orang semua pertahankan saya. Seperti yang saya katakan, dulu saya kena kecam, kena kata...suruh buang daripada Umno. Tapi orang tak react (beri reaksi). Pasal apa dulu tak react, kali ini react.

"Dulu bila saya kena kecam, tak ada sesiapa pertahankan saya. Taklah secara terbuka. Orang senyap-senyap beranilah tapi orang kenamaan dan orang terkenal tak beranilah pertahan saya," katanya.

Dr Mahathir berkata beliau sedih apabila orang partinya sendiri dan orang yang duduk dalam kabinetnya sendiri mengecamnya.

Katanya beliau lebih marah terhadap kecaman yang dilontarkan oleh anggota Umno dan bekas anggota kabinetnya daripada kecaman yang dibuat oleh anggota MIC.

"Saya duduk dalam Umno dari mula parti itu ditubuhkan. Yang tegur saya ini belum beranak pun lagi," katanya.

Mengenai hasrat Sukumaran ingin menemuinya untuk memohon maaf, Dr Mahathir berkata: "Minta maaf tak apa, tak minta maaf pun tak apa. Bagi saya tak ada apa-apa. Saya yang sedih bila orang parti saya sendiri, orang yang duduk dalam kabinet saya sendiri kecam saya,"

Dr Mahathir berkata Sukumaran kini menjadi mangsa percakapannya sendiri.

Selasa lepas, Presiden MIC Datuk Seri Samy Vellu mengumumkan penggantungan serta-merta keanggotaan Sukumaran ekoran kecamannya itu. -Bernama

Era Najib Altantuya : Hishamuddin Bebaskan ISA Untuk Bersihkan Imejnya

Keputusan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussien membebaskan lima tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri(ISA)dilihat sebagai taktik untuk membersihkan imej beliau yang dicalar dengan pelbagai kontrovesi bersabit isu hak asasi dan tolerasi agama.

Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Md Akin, menyambut baik pembebasan lima tahanan itu, namun mempersoalkan motif di sebalik langkah itu.

Beliau berkata Keadilan berpendapat kerajaan telah melakukan penzaliman keatas lima tahanan itu dengan menahan mereka tanpa bukti atau memberi mereka peluang untuk mempertahankan diri di mahkamah.

"Saya percaya bahawa pembebasan lima tahanan ISA ini yang diumumkan oleh Menteri Dalam Negeri adalah satu kaedah untuk membersihkan imej beliau kerana dalam kes yang berkaitan dengan isu kepala lembu. Kita lihat Menteri Dalam Negeri mengambil sikap yang biadap dengan menghalalkan tindakan tersebut dan bersetuju pula dengan kelompok yang mencemari dan cuba menimbulkan ketegangan kaum dan juga agama. Ini menimbulkan respon yang negatif kepada rakyat" ujarnya.

Seluruh negara sebelum ini dikejutkan dengan berita sekumpulan orang termasuk beberapa pemimpin Umno mengarak kepala lembu di hadapan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor bagi membantah pemindahan sebuah kuil hindu dari seksyen 19 ke seksyen 23 di Shah Alam.

Kejadian selepas solat Jumaat itu bersikap perkauman kerana lembu adalah binatang suci dalam agama Hindu.

Lebih mengejutkan ialah tindakan Hishamuddin menyokong penunjuk perasaan berkenaaan. Beliau berkata tindakan penunjuk perasaan berkenaan tidak boleh dilihat sebagai berbau perkauman kerana mereka mempunyai asas kukuh untuk membuat bantahan seumapama itu.

Shamsul percaya tindakan yang diambil oleh Hishamuddin juga bertujuan untuk meraih modal politik bagi pilihanraya kecil pilihan raya kecil Bagan Pinang pada 11 Oktober ini.

Beliau berkata pembebasan lima tahanan itu hanya menzahirkan keghairahan Umno untuk menggunakan ISA untuk kepentingan politik sempit dan bukan untuk tujuan keselamatan negara.

"Kita konsiten dengan pendirian, Pemuda Pakatan dan Pakatan Rakyat, bahawa undang-undang lapuk dan zalim seperti ISA mesti dihapuskan dengan segera" tambah beliau.
Lima tahanan dibebaskan ialah Mat Shah Mohd Satray, Abdullah Daud, Ahmad Kamil Md Hanafiah, Mohd Nasir Ismail @ Hassan, dan Muhammad Amir Md Hanafiah. -TVA



Inkues Teoh Beng Hock : Hishamuddin Berada Di Pejabat SPRM Jam 5.45 am

Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Nadzri Ibrahim, mengakui bahawa Teoh Beng Hock telah disoal siasat semalaman dalam satu percubaan untuk “mengikat” kenyataan Teoh terhadap beberapa dokumen yang didakwa melibatkan salah guna wang kerajaan negeri.

Ketika ditanya Peguam yang mewakili keluarga Teoh, Gobind Singh Deo, mengapa soal siasat tidak disambung keesokannya, Mohd Nadzri berkata Teoh mungkin mengubah fikirannya jika dia dibenarkan pulang.

Teoh Setiausaha politik, Exco Selangor Ean Yong Hian Wah, ditahan untuk disoal siasat semalaman sehingga awal pagi 16 Julai lalu, di ibu pejabat SPRM di Plaza Masalam, Shah Alam, sebelum ditemui mati.

Gobind mempersoalkan mengapa terdapat satu keperluan mengikatkan kenyataan tersebut sebagai dokumen-dokumen yang boleh digunakan keesokan harinya.

Gobind kemudian berkata, “Saya mencadangkan anda berniat untuk memastikan beliau di sana semalaman supaya mengakui beberapa perkara tertentu dengan menggunakan tekanan mental dan fizikal terhadapnya sehingga dia tertekan.”

Nadzri, yang ditugaskan merekodkan kenyataan Teoh daripada 1.30pagi hingga 3.30pagi pada 16 Julai, tidak bersetuju dengan cadangan Gobind.

Terdahulu, dia mengakui tidak ada keperluan untuk Teoh yang hanya seorang saksi, untuk dipersoalkan semalaman.

Sementara itu, seorang lagi pegawai SPRM, memberitahu beliau terdengar Ahli Majlis Perbandaran Kajang, Tan Boon Wah memarahi Teoh dengan suara yang kuat dan tinggi di dalam tandas pejabat SPRM Selangor, beberapa jam sebelum Teoh ditemui mati.

Penolong Penguasa SPRM Putrajaya, Bulkani Paharuddin berkata, kejadian itu berlaku pada kira-kira pukul 2.30 pagi, ketika beliau mengiringi Tan ke tandas.

Bulkani berkata, sewaktu Tan masuk ke dalam tandas, beliau berdiri di luar pintu tandas dan tidak lama selepas itu seorang lelaki Cina yang berseluar putih dan berbaju gelap (Teoh) datang dari arah bertentangan dan terus memasuki tandas yang sama.

Katanya, ketika ingin beredar dari situ, beliau terdengar suara Tan memarahi lelaki berbaju gelap dan berseluar putih dalam bahasa Mandarin dengan menyebut “Ni Lor” iaitu “Awaklah” dalam nada kuat dan tinggi.

Bagaimanapun beliau tidak mendengar respons atau jawapan daripada seorang lagi lelaki iaitu Teoh.

Ketika disoal oleh Gobind sama ada beliau mengetahui berapa ramai yang keluar atau masuk tandas ketika insiden itu berlaku, Bulkani berkata beliau tidak tahu kerana tidak masuk ke dalam tandas dan tidak menunggu lama di luar tandas.

Gobind berkata:”Jadi kamu tidak lihat siapa yang bersuara kerana kamu tidak masuk dan berada lama di luar tandas?”

Bulkani menjawab: “Ya, tetapi saya anggap itu suara Tan, suara lain saya tidak dengar.”

Gobind: Tan menafikan mengenai insiden itu dan saya cadangkan kamu tidak tahu siapa sebenarnya yang bersuara kepada lelaki berseluar putih dan berbaju gelap itu (Teoh).

Bulkani: “Saya yang bawa Tan ke tandas.”

Gobind: Saya cadangkan yang segala kenyataan kamu tentang insiden di tandas itu adalah penipuan semata-mata.

Bulkani: “Saya tidak tipu”.

Sementara itu, penolong kanan penguasa SPRM Selangor, Raymond Nion Anak John Timban dalam keterangannya pada prosiding hari ke-21, berkata beliau ada ternampak Teoh bersama seorang lelaki Cina di ruang tamu, bahagian pendidikan masyarakat di pejabat SPRM Selangor, kira-kira pukul 12.30 tengah malam, 16 Julai lepas.

Seterusnya, saksi ke-23 itu berkata beliau sekali lagi ternampak Teoh sedang baring seorang diri di atas sofa di depan bilik penolong kanan penguasa SPRM Selangor Mohd Nadzri Ibrahim semasa beliau ingin meninggalkan pejabat kira-kira pukul 6 pagi. (16 Julai).

Ketika disoal Koroner Azmil Muntapha Abas yang mengendalikan inkues, sama ada beliau ada ternampak sesiapa melalui pejabatnya, Raymond berkata beliau ada melihat Mohd Nadzri, pemangku Penguasa Kanan SPRM Selangor, Mohd Anuar Ismail dan Timbalan Pengarah SPRM Selangor, Hishamuddin Hashim lalu di depan pejabatnya kira-kira pukul 5.45 pagi (16 Julai), tetapi tidak mengingati mereka menghala ke arah mana.


IMBASAN

Timbalan Pengarah SPRM Selangor bunuh Teoh, dan Khir Toyo juga terbabit?

Surat misteri dari pegawai-pegawai SPRM Selangor yang ada kaitan dengan kes kematian Teoh Beng Hock, membabitkan Timbalan Pengarah SPRM Selangor, Hishamuddin Hashim pasti menggegarkan sehari dua ini.

Pendedahan dalam surat yang sudahpun diserahkan kepada pihak polis itu juga akan mengaitkan komplot jahat Hishamuddin dengan bekas Menteri Besar Selangor, Dr Khir Toyo. Hishamuddin dilihat orang yang terakhir menyiasat mendiang Teoh Beng Hock, dan keluar dari pejabat SPRM Selangor, pada pukul 6.10 pagi, 16 Julai tanpa mengetuk kad perakam waktunya (punch card)

Hishammuddin adalah orangnya yang menyelamatkan Khir Toyo daripada beberapa tuduhan rasuah, antaranya yang pernah dikemukakan oleh Ahmad Lutfi Othman. Detikdaily banyak menyiarkan aduan rasuah Lutfi, dan surat berkenaan merakamkan satu daripada pertuduhan yang dikemukakan Lutfi kepada Khir Toyo, membabitkan pembinaan jalan sejauh 20.5 km di Sekinchan kepada kontraktor yang hampir disenaraihitamkan, Meram Holding bernilai RM92.5 juta.

Timbalan Pengarah SPRM Selangor itu juga dikaitkan dengan lelaki misteri yang mempunyai DNA pada bahagian talipinggang Teoh Beng Hock. Bagaimanapun Hishamuddin tidak bersedia melakukan ujian DNA pada kali pertama, dan selepas dipaksa berbuat demikian pada kali kedua, DNA beliau diambil secara tertutup, iaitu di biliknya sendiri, tidak seperti mana pegawai-pegawai SPRM yang lain, termasuk pengarah sendiri,

Malah pegawai-pegawai SPRM memang mengetahui cara atau gaya siasatan Hishamuddin, iaitu dengan memegang bahagian depan talipinggang seseorang saksi atau suspek dan mengangkatnya beberapa kali serta menggoncangnya. Beliau bertubuh sasa dan berkeupayaan untuk berbuat demikian.

Hishamuddin juga dikatakan telah mengarahkan pegawai bawahannya di SPRM Selangor untuk mengelap/ mengesat kesan cap jari pada tingkap yang dipercayai tempat Teoh jatuh. Sebab itu pihak polis langsung tidka menjumpai apa-apa kesan cap jari baru atau lama pada tingkap tersebut. Persoalannya, kenapa Hishamuddin mengarahkan untuk bertindak sedemikian.

Dari segi rekod, Hishamuddin pernah ditangkap khalwat dengan pegawai bawahan SPRM berpangkat penyiasat bernama Nor Azlina Mustafa di tepi Tasik Shah Alam pada awal tahun 2009 oleh dua anggota polis tetapi dibebaskan selepas beliau menunjukkan kada kuasa beliau dan memaklumkan beliau dan pegawai tersebut sedang menjalankan operasri. Nor Azlina kemudiannya ditukar ke Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya. Bagaimanapun Azlina masih sering dilihat bersama Hishamuddin di pejabat SPRM Selangor.

Detikdaily






Era Najib Altantuya : Undi Pos, Agus Gesa SPR Pandang Serius Teguran Rakyat

Isu mengenai pengundi pos yang kononnya akan dimanipulasi oleh Barisan Nasional pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan kawasan Bagan Pinang pada 11 Okt ini dijangka digembar-gemburkan oleh pembangkang.

Ini kerana terdapat 4,604 pengundi pos, yang merupakan 33.7 peratus daripada 13,644 pemilih berdaftar, di kawasan berkenaan yang mempunyai beberapa kem dan pusat latihan tentera.

"Perkara ini harus ditangani kerajaan, khususnya SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) supaya ketelusan agensi itu dapat dilihat," kata penganalisis politik Prof Madya Dr Mohamad Agus Yusoff kepada Bernama di sini.

Pas sejak dari awal lagi mengatur langkah mendesak SPR mengkaji sistem undi pos yang digambarkan dimanipulasi oleh BN.

Hari ini, Pemuda Pas mendesak agar parti itu dibenarkan berkempen di kem-kem tentera di kawasan itu, dengan mendakwa kerajaan menggunakan Kementerian Pertahanan bagi mengadakan aktiviti dalam kem sedangkan pembangkang tidak diberi ruang.

Mohamad Agus berkata dakwaan kononnya BN memanipulasi undi pos, hanya suatu persepsi tetapi BN dan SPR perlu memandangnya secara serius kerana rakyat akan menilai.

Katanya setiap kali apabila bilangan undi pos di sesuatu kawasan pilihan raya banyak, maka timbul dakwaan "kerajaan menang kerana undi pos".

Pada pilihan raya umum 2008, tidak semua 5,191 undi pos di kawasan itu dibolot oleh calon BN yang meraih 3,080 manakala Pas mendapat 1,189.

Mohamad Agus berkata selain persepsi negatif mengenai undi pos, isu lain yang akan timbul di Bagan Pinang ialah nasib penduduk Kampung Buah Pala, isu kematian Teoh Beng Hock dan insiden "kepala lembu" di Seksyen 23, Shah Alam.

Seorang lagi penganalisis politik, Prof Dr Ahmad Atory Hussein berkata, beliau berpendapat isu di Bagan Pinang akan lebih tertumpu kepada soal calon bertanding.

"Siapa yang akan diletakkan oleh BN dan Pas akan menjadi perkiraan," katanya.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Azman Mohammad Noor dari BN pada 4 Sept lepas akibat jangkitan dalam darah. -Bernama

Era Najib Altantuya : Isa Samad Berdolak Dalik

Ketua Umno Bahagian Telok Kemang Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad masih berdolak-dalik apabila wartawan mengajukan soalan adakah beliau calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.

"Saya tak tahu..... saya pun tak dapat apa-apa ilham lagi. Saya tak tahu apa keputusan daripada pucuk pimpinan. Pemilihan calon ini diputuskan pucuk pimpinan dan ini adalah amalan biasa dalam Umno.

"Kita serah kepada kebijaksanaan pucuk pimpinan untuk memilih calon yang sesuai di Bagan Pinang. Biar mereka menilai," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis perasmian program gotong-royong khidmat masyarakat bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) oleh Ketua Pengarah AADK Datuk Abd Bakir Zin di sini, hari ini.

Pada mesyuarat Umno Bahagian Teluk Kemang 10 Sept lepas, Ketua Pemuda bahagian itu, Mohd Faizal Ramli berkata bahagian itu sebulat suara menamakan Mohd Isa sebagai calon BN.

Namun, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mahukan Umno Negeri Sembilan menyenaraikan sekurang-kurangnya tiga nama sebelum dipilih calon BN di Bagan Pinang.

Ditanya sokongan Umno bahagian itu yang sebulat suara mahu beliau menjadi calon, Mohd Isa yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan berkata ia adalah atas keyakinan.

"Maknanya keyakinan untuk bekerja bersama-sama untuk memastikan kerusi DUN Bagan Pinang terus kekal milik BN," katanya.

Ditanya jika pucuk pimpinan memilih calon lain daripada yang dicadangkan oleh bahagian itu, beliau berkata sudah tentu pucuk pimpinan mempunyai alasan tertentu.

"Sebagai anggota parti dan setelah apa yang diputuskan pucuk pimpinan, sokongan mesti diberikan terhadap calon yang dipilih. Semasa pilihan raya kita tidak bercakap lagi mengenai individu, kita bercakap sebagai satu pasukan yang nak menang. Yang penting, pastikan kemenangan BN," katanya.

Katanya lagi beliau telah mula berkempen dan dari segi sambutan orang ramai termasuk dari kaum India dan Cina terhadap BN setakat ini adalah baik dan menggalakkan.

"Semangat ahli-ahli parti tinggi manakala 'respond' masyarakat pun nampak begitu baik. Isu pun tidak susah sangat.....cuma isu lama yang dibangkitkan. Ini merupakan satu taktik pembangkang untuk meraih simpati. Saya harap rakyat jangan terkeliru dan mudah percaya dengan apa yang diperkatakan pembangkang," katanya. - Bernama

Era Najib Altantuya : Siapa Yang Nak Bunuh Khir Toyo?

Banyak pihak hari ini terkejut dengan laporan polis yang dibuat oleh Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo di ibu pejabat polis daerah Shah Alam kononnya beliau menerima sepucuk surat ugutan bunuh terhadapnya.

Mantan menteri besar Selangor itu menerima ugutan tersebut dalam sepucuk surat yang sampai pagi tadi ke pejabat DUN beliau di Sungai Panjang.

Surat itu antaranya bertulis: "Hentikan cubaan menjatuhkan kerajaan Selangor. Jika tidak, saya bebas mencari kamu di Selangor."

"Saya boleh tembak kamu atau sumpitan beracun yang boleh membunuh kamu dalam masa beberapa saat sahaja," surat itu dipetik.

Sekeping surat itu yang bertulisan tangan di kedua-dua halamannya dikirim dari Bukti Raja, Kelang pada 15 Sept berdasarkan cop pada setemnya.

Ugutan bunuh seperti yang berlaku ke atas ADUN-ADUN Terenganu tidak berapa lama dahulu mendedahkan ia hanya satu rekaan apabila terbukti di dalam kejadian itu ia dilakukan oleh "orang-orang mereka" sendiri untuk memburukkan pihak lain.

Apatah lagi alasan untuk membunuh Khir Toyo nampaknya semacam tidak logik iaitu "Hentikan cubaan menjatuhkan kerajaan Selangor. Jika tidak, saya bebas mencari kamu di Selangor." Apakah kerana hendak menjatuhkan kerajaan Selangor maka Khir Toyo seorang saja yang wajar dibunuh?

Apa yang nyata seperti seolah-olah Khir Toyo mengakui fakta bahawa beliau terlibat di dalam konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan Selangor.

Apakah laporan polis Khir Toyo ini mengulangi taktik ADUN Terengganu tersebut atau untuk menjustifikasikan tindakan polis untuk terus melakukan siasatan ke atas ADUN-ADUN Pakatan Rakyat dalam rancangan UMNO BN untuk merampas Selangor?


Era Najib Altantuya : Inkues, Peguam Teoh Persoal Kebenaran Fakta Insiden Dalam Tandas

Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberitahu prosiding inkues kematian Teoh Beng Hock bahawa beliau terdengar ahli Majlis Perbandaran Kajang, Tan Boon Wah memarahi Teoh dengan suara yang kuat dan tinggi di dalam tandas pejabat SPRM Selangor, beberapa jam sebelum Teoh ditemui mati.

Penolong Penguasa SPRM Putrajaya, Bulkani Paharuddin berkata kejadian itu berlaku kira-kira pukul 2.30 pagi ketika beliau mengiringi Tan ke tandas.

"Sewaktu Tan masuk ke dalam tandas, saya berdiri di luar pintu tandas dan tidak lama selepas itu seorang lelaki Cina yang berseluar putih dan berbaju gelap (Teoh) datang dari arah bertentangan saya dan terus memasuki tandas yang sama.

"Ketika saya pusing nak berjalan semula ke arah pantry saya terdengar suara Tan memarahi lelaki berbaju gelap dan berseluar putih dalam bahasa Mandarin dengan menyebut 'ni lor' iaitu 'awaklah' dalam nada kuat dan tinggi.

"Bagaimanapun saya tidak mendengar respons atau jawapan daripada seorang lagi lelaki itu (Teoh)," katanya.

Bulkani kemudian menjelaskan beliau memahami bahasa Mandarin kerana pernah mendapat pendidikan di sekolah Cina dari darjah satu sehingga darjah enam.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai lepas di tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor kepada SPRM Selangor yang berpejabat di plaza itu.

Kepada soalan peguam Tan Hock Chuan yang mewakili kerajaan Malaysia berapa lama insiden itu berlaku, saksi itu berkata beliau hanya berada di luar tandas kira-kira dua minit sebelum berjalan ke pantri untuk menghabiskan makanan yang ditinggalkannya ketika mengiringi Tan ke tandas.

Seterusnya saksi ke-22 itu berkata kira-kira lima minit selepas insiden itu, beliau melihat Tan berjalan melepasi pantri dan beliau tidak bertanyakan apa-apa (mengenai insiden dalam tandas) kepada ahli majlis itu.

Ketika ditanya Hock Chuan bagaimana beliau boleh mengetahui bahawa lelaki berseluar putih dan berbaju gelap itu adalah Teoh, Bulkani berkata beliau dapat mengecam Teoh setelah beberapa kali melihat gambar Teoh disiarkan di televisyen ekoran penemuan mayat mangsa di tingkat lima bangunan Plaza Masalam.

"Selepas beberapa hari televisyen tunjuk gambar Teoh, kemudian baru saya teringat dialah lelaki yang saya terjumpa di tandas yang memakai seluar putih dan berbaju hitam," katanya, sambil menambah selepas insiden di tandas itu beliau tidak lagi berjumpa Teoh sehinggalah mangsa ditemui mati pada hari yang sama.

Terdahulu, Bulkani berkata beliau dan dua lagi pegawai SPRM ditugaskan untuk mengiringi Tan dari rumahnya di Balakong ke pejabat SPRM Selangor bagi tujuan membantu satu siasatan.

Ketika disoal peguam pemerhati keluarga Teoh, Gobind Singh Deo, sama ada beliau mengetahui berapa ramai yang keluar atau masuk tandas ketika insiden itu berlaku, Bulkani berkata beliau tidak tahu kerana tidak masuk ke dalam tandas dan tidak menunggu lama di luar tandas.

"Jadi kamu tidak lihat siapa yang bersuara kerana kamu tidak masuk dan berada lama di luar tandas?" soal Gobind dan Bulkani menjawab: "Ya, tetapi saya anggap itu suara Tan, suara lain saya tidak dengar."


Gobind: Tan menafikan mengenai insiden itu dan saya cadangkan kamu tidak tahu siapa sebenarnya yang bersuara kepada lelaki berseluar putih dan berbaju gelap itu (Teoh).

Bulkani: "Saya yang bawa Tan ke tandas."

Kepada soalan Gobind sama ada beliau terlibat dalam kumpulan yang menyoal siasat Tan pada malam 15 Julai, Bulkani berkata beliau tidak terlibat, cuma ada bertanyakan beberapa soalan kepada Tan di bilik ping-pong bersama seorang lagi pegawai SPRM.

Gobind: Saya cadangkan yang segala kenyataan kamu tentang insiden di tandas itu adalah penipuan semata-mata.

Bulkani: "Saya tidak tipu".

Sementara itu, penolong kanan penguasa SPRM Selangor Raymond Nion John Timban dalam keterangannya pada prosiding hari ke-21, berkata beliau ada ternampak Teoh bersama seorang lelaki Cina di ruang tamu bahagian pendidikan masyarakat di pejabat SPRM Selangor, kira-kira pukul 12.30 tengah malam, 16 Julai lepas.

"Masa itu saya tidak tahu siapa lelaki Cina itu kerana dia adalah orang luar dan semasa saya nampak Teoh bersama lelaki Cina itu tiada pegawai SPRM bersama mereka," katanya.

Seterusnya, saksi ke-23 itu berkata beliau sekali lagi ternampak Teoh sedang baring seorang diri di atas sofa di depan bilik penolong kanan penguasa SPRM Selangor Mohd Nadzri Ibrahim semasa beliau ingin meninggalkan pejabat kira-kira pukul 6 pagi (16 Julai).

Kepada soalan Hock Chuan sama ada beliau terlibat dalam siasatan dakwaan penyalahgunaan peruntukan kerajaan negeri Selangor oleh majikan Teoh, Yong, Raymond berkata beliau hanya terlibat pada peringkat permulaan kerana perlu mengendalikan dua kes lain yang dibicarakan di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya dan Klang.

Ketika disoal Koroner Azmil Muntapha Abas, yang mengendalikan inkues, sama ada beliau ada ternampak sesiapa melalui pejabatnya sepanjang berada di pejabat SPRM Selangor, Raymond berkata beliau ada melihat Mohd Nadzri, pemangku Penguasa Kanan SPRM Selangor Mohd Anuar Ismail dan Timbalan Pengarah SPRM Selangor Hishamuddin Hashim lalu di depan pejabatnya kira-kira pukul 5.45 pagi (16 Julai) tetapi tidak mengingati mereka menghala ke arah mana.

Prosiding inkues bersambung 29 Sept.

Era Najib Altantuya : Pemuda PR Mahu Proses Undi Pos Dirombak

Pemuda Pakatan Rakyat menghantar memorandum ke Suruhanjaya Pilihan Raya Malayasia (SPR) membantah penggunaan Borang 2, tempat mengundi dan kaedah berkempen untuk pengundi pos.

Memorandum berkenaan mendesak SPR mengambil tindakan segera bagi memperbaiki beberapa aspek penting yang melibatkan pengundi pos dan juga mekanisme pengundian.

Ketua Penerangan Pas Suhaizan Kaiat berkata peraturan mewajibkan pengundi pos mengisi Borang 2 merupakan satu pencabulan ke atas prinsip kerahsian undi.

“Pemuda PR melihat tiada sebarang alasan yang munasabah kenapa Borang 2 ini diperlukan, apatah lagi dengan mewajibkan pengundi pos mendedahkan nombor kertas undi yang diberikan kepadanya.

“Peraturan Borang 2 ini juga jelas bertentangan dengan Seksyen 5 Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 yang melarang mana-mana pegawai, kerani, jurubahasa atau agen untuk mendapatkan atau mendedahkan maklumat identiti pengundi dan juga nombor kertas undi yang diberikan kepada mana-mana pengundi,” katanya.

Menurutnya Pemuda PR juga mendesak SPR menetapkan tempat mengundi bagi pengundi Pos.

Suhaizan berkata kaedah pengundi pos mengundi menggunakan kertas undi yang diposkan kepada mereka membuka ruang berlakunya penyelewengan semasa proses menghantar Sampul B.

“Pemuda PR mendesak SPR hendaklah menggunakan hanya satu sahaja mekanisme iaitu pengundi pos hendaklah mengundi di tempat yang berdekatan dengan mereka seperti pejabat kedutaan, pejabat daerah, kem tentera, balai polis dan lain-lain pejabat kerajaan,” katanya.

Memorandum bantahan berkenaan juga menuntut SPR memberi ruang kepada semua parti bertanding pada Pilihanraya untuk berkempen dan menemui pengundi pos terutamanya di kem-kem tentera.

“Apa yang menjadi masalahnya selama ini ialah parti-parti pembangkang langsung tidak diberikan ruang untuk berkempen kepada anggota-anggota tentera, sedangkan Barisan Nasional menggunakan Kementeri Pertahanan untuk menemui dan menjalankan aktiviti di kalangan anggota tentera.

“Ini telah mewujudkan suasana yang amat tidak adil kepada parti-parti pembangkang kerana tidak dapat menyampaikan maklumat kepada para pengundi tersebut,” katanya.

Sekiranya isu keselamatan menjadi alasan untuk tidak membenarkan akses tersebut, Pemuda PR mencadangkan supaya SPR dan pihak berkuasa kem membantu menyediakan ruang kepada calon-calon untuk bertemu mereka.

“Adalah tidak munasabah apabila undang-undang pilihanraya memberikan tempoh berkempen kepada setiap calon, tetapi ianya tidak dibenarkan untuk dilaksanakan kepada para pengundi pos yang merupakan pengundi dalam pilihanraya tersebut,” katanya.

Sementara itu, semalam Pemuda PR telah mengadakan mesyuarat dan sebulat suara memutuskan menyerah memorandum bantahan berkenaan sebagai desakan kepada SPR.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, Pemuda turut mengemukakan beberapa cadangan kepada SPR dalam usaha memastikan pilihanraya berjalan dengan telus.

“Di mana kita tegaskan keprihatinan dan masalah yang terpaksa kita hadadapi adalah tentang pengundi pos. Di mana esok (hari ini) sebagai susulan daripada desakan Pemuda PR supaya terdapat satu ketelusan dalam mengendalikan undi pos ini kita akan kemukakan cadangan secara terperinci kepada SPR,” katanya.

Mengulas mengenai Pilihanraya Kecil Bagan Pinang, Shamsul berkata Pemuda PR turut tidak menolak kemungkinan berlakunya budaya gengsterisme di kalangan penyokong Umno Barisan Nasional.

“Ya kita bincang tentang Yang Berhormah Anthony bangkitkan dalam perbincangan tadi. Budaya gengsterisme di kalangan penyokong Umno dan BN. Ini perkara serius yang mereka bangkitkan apatah lagi di kawasan panas seperti Bagan Pinang ini.

“Walaupun majoriti di kawasan itu 2,300 memihak kepada BN tetapi undi yang perlu kita dapat untuk memenangi kawasan itu tidaklah begitu tinggi. Sebab itu ini membuka ruang untuk menang kawasan ini,” katanya.



Era Najib Altantuya : Royalti - Pusat Jangan Berdalih Lagi

Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Kerajaan Kelantan, Datuk Omar Mohamed menggesa Kerajaan Pusat supaya mempercepatkan bayaran royalti petroleum.

Beliau yang memberi maklum balas terhadap kenyataan Timbalan Menteri Kewangan II, Datuk Dr Awang Adek Hussin kelmarin menyatakan kajian Kelantan menuntut supaya isu tuntutan royalti petroleum itu memerlukan kerjasama antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan pusat.

“Sepatutnya, Kerajaan Pusat memberi hak kepada Kerajaan Negeri sesuai dengan tugas dan tanggungjawab Kerajaan Pusat memiliki pendapatan dari sumber petroleum itu.

“Sekiranya Kerajaan Pusat berhak mendapatnya daripada jumlah royalti berkenaan, maka sudah tentu Kerajaan Negeri juga berhak mendapatkannya,” katanya.

Menurut Omar, kajian hanya boleh dibuat apabila ia akan dibayar walaupun jumlahnya itu sudah dimaklumkan kepada Kerajaan Pusat.

“Saya mencadangkan supaya Datuk Awang Adek yang juga rakyat Kelantan mestilah bersama dengan Kerajaan Negeri untuk mempercepatkan tuntutan royalti berkenaan.

“Sebenarnya, rakyat Kelantan termasuk Datuk Awang Adek berharap sumber hasil dari Kerajaan Negeri Kelantan itu dapat dirasai oleh semua pihak termasuk rakyat jelata, pegawai kanan memberi kerjasama tanpa sebarang usaha menggagalkan tuntutan terbabit,” katanya.

Mengulas lanjut kenyataan Awang Adek itu, Omar berkata, kerjasama antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Pusat diakui telah lama wujud dan terjalin erat.

Menurutnya, hal itu dapat dibuktikan kerana banyak hasil yang dipungut oleh Kerajaan Pusat dari rakyat negeri Kelantan dibawa kepada Kerajaan Pusat (Kuala Lumpur).

Katanya, berapa banyak pula jabatan Kerajaan Pusat termasuk sekolah dan hospital berada di Kelantan termasuk Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) walaupun tidak semua negeri wujud pada waktu permulaan dahulu.

“Dengan kerjasama demikian, saya cadangkan supaya wakil Kerajaan Negeri yang diiktiraf dalam mana-mana portfolio Kerajaan Pusat yang ada di negeri Kelantan supaya kerja-kerja Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat akan dapat dijalankan dengan baik.

“Kerajaan Negeri yang dipimpin di bawah pemerintahan Tok Guru Nik Aziz, manakala Kerajaan Pusat dipimpin Datuk Seri Najib Tun Razak, saya percaya dan yakin mereka ini mampu menyelesaikan masalah berbangkit antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat termasuk soal royalti petroleum mendapat kerjasama erat di Kota Bharu dan Kuala Lumpur,” katanya.

Era NAjib Altantuya : Sikap Double Standard SPR Tetapkan Tarikh PRK Dikecam

Dewan Pemuda Pas Terengganu mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengamalkan sikap ‘double standard’ dalam menetapkan tarikh pembuangan undi di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Negeri Sembilan.

Ketuanya, Mohd Nor Hamzah berkata, keadaan itu terbukti apabila SPR tidak mengemukakan sebarang hujah menetapkan hari pengundian pada waktu cuti di kawasan terbabit tetapi tidak berlaku di Manek Urai, Kelantan dan Permatang Pasir, Pulau Pinang.

Sehubungan itu, beliau turut menyifatkan SPR sebagai tidak telus kerana masih lagi terikat dengan pihak lain sehingga tidak memberi ruang kepada pembangkang, sebaliknya membuka peluang kepada parti pemerintah.

“Di Bagan Pinang, Negeri Sembilan iaitu di kawasan UMNO, SPR boleh pula menetapkan hari pengundian pada waktu cuti, mungkin dengan harapan supaya Barisan Nasional (BN) menang berikutan kawasan terbabit sebelum ini disandang ADUN daripada BN.

“Ini menunjukkan SPR bersikap ‘double standard’ apabila di kawasan yang disandang Pas, tarikh pengundian ditetapkan pada hari bekerja. Kita melihat SPR masih tidak telus,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, semalam.

Menurut Mohd Nor, faktor itu turut memperlihatkan SPR cuba mencari ruang sepenuhnya untuk melihat UMNO dan BN menang.

Bagaimanapun katanya, pemimpin UMNO perlu bersiap sedia untuk menghadapi tsunami yang akan melanda Pilihan Raya Umum ke -13 sekiranya BN kalah di Bagan Pinang.

Menurutnya, tidak mustahil kemenangan pembangkang di kawasan BN adalah petanda berlaku perubahan besar-besaran pada pilihan raya umum akan datang.

SPR menetapkan 3 Oktober depan sebagai hari penamaan calon, sementara pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang pula pada 11 Oktober.

Pilihan raya kecil kawasan itu adalah yang kesembilan diadakan di negara ini selepas pilihan raya umum ke-12, Mac tahun lalu.

Pilihan raya kecil Bagan Pinang diadakan berikutan kematian penyandang kerusi sebelumnya, Azman Mohd Noor daripada BN pada 4 September lalu akibat jangkitan dalam darah. -SH

Era Najib Altantuya : Khairy Resah BN Belum Tetapkan Calon

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berharap calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang dapat ditentukan dengan segera kerana ia menimbulkan banyak sangat tanda tanya di kalangan orang Umno dan juga pengundi di Bagan Pinang.

"Bagi saya spekulasi ini tidak sihat. Jadi, saya harap soal calon BN daripada Umno ini dapat kita putuskan dalam masa yang terdekat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama wartawan Negeri Sembilan di sini, Khamis malam. Turut hadir Presiden Kelab Akhbar Negeri Sembilan Razali Pilus.

Ditanya adakah Umno dalam dilema untuk memilih calon berkenaan, beliau berpendapat tiada dilema sebab beliau dan juga pucuk pimpinan percaya bahawa kriteria yang paling penting ialah hendak mencari calon yang boleh menang.

"Apa saja latar belakang calon itu, kalau dia boleh diterima oleh pengundi di DUN Bagan Pinang, maka itulah calon yang kita perlu pilih," katanya.

Mengenai persoalan jika calon yang dipilih mempunyai rekod sedikit tercalar yang boleh menjejaskan kemenangan BN, Khairy yang juga Anggota Parlimen Rembau berkata: "Bagi saya calon itu perlulah memenuhi kriteria boleh menang dan sekiranya itulah calon yang kita rasa boleh menang, maka itulah calon yang perlu kita sokong.

"Pendirian Pemuda adalah jelas bahawa soal calon ini adalah hak mutlak pucuk pimpinan, tapi kita harap pucuk pimpinan pilih calon yang mana mengikut kajian kita buat adalah calon yang terbaik untuk menang di Bagan Pinang.

"Tapisan itu perlu kerana kita tidak hendak keadaan berlaku seperti di Permatang Pasir," katanya.

Sementara itu, katanya Pemuda Umno akan mengambil pendekatan lebih berkesan untuk mendekati dan meraih sokongan pengundi mudi terhadap BN di Bagan Pinang.

"Pengundi muda ini tidak ada kecenderungan tetap...... dia boleh berubah. Jadi kita kena pastikan bahawa mereka ini dilengkapi dengan maklumat terperinci, sama ada melalui media arus perdana atau pun terutamanya melalui IT," katanya. -Bernama

Era Najib Altantuya : Yokio Hatoyama, PM Baru Jepun

Yukio Hatoyama dilantik sebagai Perdana Menteri Jepun baru oleh ahli Parlimen Dewan Rendah selepas pemimpin terdahulu, Taro Aso dan barisan Kabinetnya melepaskan jawatan secara rasmi semalam.

Peletakan jawatan Aso dan Kabinetnya itu dibuat pada pagi semalam bagi membuka laluan kepada Hatoyama dan barisan menteri barunya untuk mengambil alih pemerintahan Jepun.:

Aso yang mengetuai Parti Liberal Demokratik (LDP) kalah teruk kepada pembangkang, Parti Demokratik Jepun (DPJ) pimpinan Hatoyama dalam pilihan raya lalu.

Kekalahan itu juga menyaksikan berakhirnya dominasi LDP yang menguasai tampuk pemerintahan negara ini sejak lebih lima dekad lalu.

Hatoyama, 62, yang diundi oleh ahli Parlimen Dewan Rendah semalam bakal menghadapi tugas sukar dalam usaha memulihkan kemelesetan ekonomi dan hubungan negara ini dengan sekutunya, Washington.

"Saya teruja dengan sejarah yang tercipta ini dan pada masa sama saya juga merasai tanggungjawab yang berat. Perjuangan bermula sekarang," katanya kepada wartawan.

Menurut laporan media, Hatoyama kini sudah memilih Katsuya Okada, yang tidak pernah menyandang jawatan dalam Kabinet, sebagai menteri luar dan Hirohisa Fuji sebagai menteri kewangan.:

Barisan Kabinet baru beliau dijangka diimbangi dengan bekas anggota LDP, parti sosialis dan pemuda konservatif.

Era Najib Altantuya : Pemuda PR Bersatu Di Bagan Pinang

Pemuda Pakatan Rakyat (PR) berjanji akan bekerja keras dan bersatu hati menghadapi lawan mereka dari Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, 11 Oktober ini.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar berkata, kesemua pemimpin Pemuda PR berikrar akan memberi sokongan penuh kepada calon Pas, walaupun pilihan raya kecil kali ini berlainan daripada pilihan raya kecil sebelumnya.

“Pilihan raya kecil ini lain daripada yang lain kerana kita berhadapan dengan kira-kira 5,000 undi pos. Inilah masalah terbesar kita, saya juga menyeru agar terdapat satu ketelusan dalam mengendalikan undi pos.

“Kita tidak mahu sebarang penipuan oleh pihak-pihak tertentu,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Pemuda Pakatan Rakyat kali ke-2 di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini, semalam.

Shamsul berkata, Pemuda PR akan menghantar satu kertas cadangan secara terperinci kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagaimana untuk mengendalikan undi pos.

“Kita akan hantar cadangan itu esok (hari ini) di pejabat SPR di Putrajaya dan saranan penting dari Pemuda PR adalah ketelusan dan membenarkan kita berkempen kepada pengundi-pengundi pos terbabit. Jika UMNO dibenarkan berkempen maka kita juga mesti dibenarkan berkempen juga,” katanya.

Katanya, masalah utama yang dihadapi oleh pengundi pos apabila SPR meletakkan borang kedua kertas undi mempunyai nombor siri yang boleh mengesan pengundi menyokong mana-mana calon.

“Kami juga meminta agar nombor siri ini dihapuskan, kerana saya yakin ia menjadi dilema kepada pengundi pos dan masa depan mereka,” katanya.

Isnin lalu, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengumumkan tarikh penamaan calon pada pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang ditetapkan pada 3 Oktober manakala hari pembuangan undi pada 11 Oktober.

DUN Bagan Pinang mengalami kekosongan selepas penyandangnya Azman Mohammad Noor yang mewakili BN meninggal dunia pada 4 September lalu.

Sementara itu, mengulas mengenai tarikh 16 September, iaitu hari kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia, Shamsul berkata, kerajaan BN tidak ambil serius mengenai tarikh ini sedangkan ia adalah tarikh sebenar kelahiran kesemua negeri dalam negara Malaysia.

“Kita serius dan komited mempromosikan hari kelahiran Malaysia, sekurang-kurangnya di negeri yang diperintah kerajaan PR,” katanya. -SH

Era Najib Altantuya : Shahrizat berdolak dalik malapetaka kaum Penan

Jelas, berpandukan laporan Jawatankuasa Khas yang menyiasat kes wanita dan gadis Penan dirogol telah tidak mengkhususkan peranan dan tindakan untuk membawa pesalah ke muka pengadilan dan langkah-langkah bagi menjamin keselamatan wanita kaum Penan.

Wanita KEADILAN berasa amat hairan bagaimana seorang Menteri Wanita, Shahrizat Abdul Jalil (gambar kiri) yang diamanahkan untuk memelihara kesejahteraan wanita telah membisu dan beraksi tidak tegas serta berdolak dalik mengenai permasalahan wanita kaum Penan yang sentiasa menghadapi risiko dicabuli kehormatan mereka oleh mereka yang tidak berperikemanusiaan; yang sanggup merogol anak-anak semuda 10 tahun, dan ada yang dirogol berulangkali.

Sebaliknya, beliau telah bersungguh-sungguh mempertahankan kelekehan polis dan kepolisian PDRM Sarawak dalam memastikan perogolan wanita kaum Penan tidak berulang lagi sewenang-wenangnya dan dengan begitu mudah sekali.

Yang lebih menghairankan ialah kenyataan Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Alfred Jabu, yang mendakwa bahawa beliau ragu kes rogol ke atas wanita Penan benar-benar berlaku dan kumpulan NGO telah mempengaruhi wanita-wanita Penan untuk mereka-reka cerita rogol berkenaan. Kes rogol yang dirujuk oleh Alfred Jabu adalah yang telah disahkan berlaku oleh Jawatankuasa Khas, yang diketuai oleh Shahrizat Abd Jalil, yang menyiasat kes rogol tersebut. Laporannya telah dihebahkan kepada dunia oleh Wanita KEADILAN sejurus setelah mendapatinya.

Kerajaan BN di Sarawak tidak langsung mewujudkan rasa selamat dan aman di hati rakyat Sarawak, khususnya kaum Penan. Kerajaan BN Sarawak tidak dapat menjamin dan memelihara keselamatan fizikal, mental, emosi dan jiwa rakyat Sarawak. Kerajaan BN Sarawak dilihat sentiasa menjamin keselamatan dan kesejahteraan taukeh-taukeh kaya seperti syarikat pembalakan yang mempunyai pekerja yang merogol anak gadis dan wanita Penan sesuka hati mereka.

Syarikat-syarikat balak ini dengan mudah menepis isu rogol terhadap wanita Penan sebagai bukan permasalahan mereka dan mereka tidak patut dipersalahkan. Ketandusan sifat kemanusiaan, apalagi untuk menganggap anak-anak gadis kaum Penan sebagai insan seperti juga anak-anak kandung taukeh balak itu sendiri, yang perlu dilindungi sebaik mungkin, tidak menapak di hati dan sanubari mereka yang hanya rakus mengaut keuntungan hasil pembalakan.

Kerajaan Sarawak pimpinan BN telah melahirkan para ahli perniagaan besar, dan Timbalan Menteri yang kekontangan nilai dan rasa tanggungjawab sosial terhadap rakyat yang ditindas dan dicabuli kehormatan mereka.

Persekongkolan Sharizat Abdul Jalil dengan kedua mereka itu merupakan suatu malapetaka bagi rakyat jelata, khususnya kaum Penan di Sarawak.

*Kenyataan media ini dikeluarkan Hjh. Zuraida Kamaruddin, Ketua Wanita Parti KEADILAN Rakyat, juga ahli parlimen Ampang, Selangor. -MerdekaReview

Era Najib Altantuya : SPR Perlu Hormati Pengundi Pos

PAS menyeru semua pihak termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menghormati hak dan kebebasan pasukan anggota keselamatan khususnya membabitkan kerahsiaan undi mereka.

Anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab melalui undi pos pada masa ini dikatakan terancam dari sudut kerahsiaan undi mereka akibat beberapa prosedur mengundi yang ditetapkan SPR.

Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub berkata, anggota keselamatan harus diberi hak dan kebebasan untuk mengundi tanpa berasa terancam.

"Kita mengajak semua pihak termasuk SPR bersama memperjuangkan ke arah wujudnya satu ketelusan yang sepenuhnya terhadap anggota keselamatan."

"Sebarang kaedah yang boleh menimbulkan suasana tidak selesa dan mengancam kerahsiaan undi anggota keselamatan, perlu dihapuskan sama sekali," katanya ketika dihubungi.

Beliau yang juga ketua Pengarah Pilihan raya PAS Bagan Pinang berkata, selain desakan parti politik dan badan bukan kerajaan (NGO), para anggota yang sudah bersara juga boleh memainkan peranan menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap sistem pengundian pos yang pernah mereka lalui.

"saya juga minta bekas anggota keselamatan yang sudah bersara supaya berani tampil mengemukakan apa yang mereka rasa tidak kena dengan prosedur undi pos ini," katanya lagi.

Sebelum ini Salahudin menyambut baik keputusan SPR menetapkan hari mengundi bagi pilihan raya kecil Bagan Pinang pada hari cuti.

Menurutnya, ianya hasil perjuangan PAS selama ini yang tidak pernah berhenti menuntut supaya SPR tidak lagi menetapkan tarikh pengundian pada hari bekerja seperti di Manek Urai dan Pengkalan Pasir.

Penetapan itu juga akan memberi ruang yang lebih selesa kepada pengundi untuk menunaikan tanggungjawab mereka tanpa mengira latar belakang kecenderungan politik.

Justeru, beliau juga optimis PAS mampu menang di kerusi Dun tersebut jika jumlah keluar mengundi mencecah antara 70 hingga melebihi 80 peratus.

Pengundian pada tarikh tersebut diharapkan mampu memberi kelebihan kepada PAS apabila pengundi lebih senang pulang membuang undi tanpa perlu memohon cuti.

Bertemu SPR 28 Sept

PAS bagaimanapun akan mengadakan pertemuan dengan SPR pada 28 Sept depan bagi membincang secara khusus berkaitan undi pos yang dilihat tidak telus dan boleh dimanipulasi.

Pertemuan itu antara lain memfokuskan kepada prosedur mengundi yang dilihat memberi ancaman kepada anggota, dan rantaian keselamatan peti undi sebelum hari penjumlahan.

Ketua pengarah Operasi Pilihan raya PAS Bagan Pinang, Dr. Dzulkifli Ahmad pula berkata, ancaman pengundian wujud pada prosedur di mana setiap anggota diminta memasukkan kedua dua sampul borang kehadiran mengundi dan sampul kertas undi ke dalam satu sampul lain sebelum diletakkan dalam beg peti undi.

"Ini satu bentuk ancaman kepada anggota, bila boring kehadiran dilettakkan bersama kertas undi, bermakna kerahsiaan undi mereka dicabuli.

"Ini yang kita akan bincang dengan SPR," katanya kepada harakahdaily.

Pemuda pakatan dahului serahan memorandum

Sementara itu, pemuda pakatan rakyat juag akan menghantar satu memorandum kepada SPR berhubung perkara sama pasa 17 Sept ini.

Pengerusi Jawatankuasa Khas Undi Pos pemuda pakatan, Suhaizan Kayat berkata, memorandum berkenaan bagi mendesak SPR memansuhkan Borang 2 undi pos yang mengandungi maklumat anggota yang mengundi.

Selain itu, mereka juga akan mendesak supaya SPR memberi ruang kepada calon bertanding untuk bertemu para pengundi pos khususnya memasuki kem mereka.

"Calon perlu diberi peluang bertemu pengundi dalam kem. Di pihak kerajaan, mereka menggunakan Kementerian Pertahanan dan agensi kerajaan lain untuk masuk 'berkempen', kita pula tidak dibenar langsung, ini tidak adil," katanya.

Tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu ialah 3 Oktober sementara tarikh pengundian, ditetapkan 11 Oktober depan.

Bagan Pinang mempunyai 13,664 pengundi dan 4,604 adalah pengundi pos.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Azman Mohammad Noor dari Barisan Nasional pada 4 September lepas akibat jangkitan dalam darah. -harakahdaily

Era Najib Altantuya : GMI Desak ISA Dimansuhkan

Pembebasan lima tahanan ISA disambut baik Gerakan Mansuhkan ISA (GMI). Walau bagaimanapun, keraguan tetap wujud.

Itu reaksi Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh ketika mengulas pembebasan lima tahanan termasuk suami kepada aktivis GMI, Norlaila Othman.

"Pertamanya GMI kita sambut baik pembebasan lima tahanan itu,sebab tentulah pembebasan ini disambut dengan peniuh kesyukuran oleh isteri, anak dan keluarga tahanan yang selama ini sudah menanggung kesukaran. Bagi kita, kita juga tumpang gembira terutamanya Puan Norlaila Othman isteri salah seorang tahanan iaitu Mat Shah Mohd Satray kerana Puan Norlaila ahli jawatankuasa GMI yang selama ini telah berjuang sama-sama dalam kempen anti ISA dengan tabah dan gigih" ujarnya.

Mat Shah Mohd Satray ditahan 7 tahun tiga bulan di Kem kamunting.
Turut dibebaskan Abdullah Daud yang ditahan 7 tahun 6 bulan, Ahmad Kamil Md Hanafiah ditahan selama 2 tahun 4 bulan, Mohd Nasir Ismail @ Hassan, 2 tahun 4 bulan dan Muhammad Amir Md Hanafiah yang juga ditahan selama 2 tahun 4 bulan.

Namun menurut Syed Ibrahim, pembebasan terpilih yang lakukan kerajaan menimbulkan pelbagai persoalan .

"Walaupun kita sambut baik pembebasan tersebut, namun persoalan yang sering kita tanya mengapa mereka ini ditahan pada awalnya? Apakah buktinya? Apakah yang mereka ini buat sehingga mereka in terpaksa melalui hukuman tanpa bicara tanpa pembelaan selama dua dan ada yang hampir 8 tahun? dan ada pula yang menyebabkan mereka ini dikatakan telah insaf dan sedar? soalnya.

Pembebasan mereka yang dikatakan pernah mengancam keselamatan negara katanya tidak cukup untuk melangsaikan "hutang" hukuman yang terpaksa ditempuhi.

Dalam pada itu, Syed Ibrahim juga turut mempersoalkan tentang kuasa seorang menteri.

"Persoalan juga kita tanya apakah benar sekarang ini seorang menteri dia boleh bebaskan seseorang atas budi bicaranya? sama ada sebelum hari raya, sebelum hari raya haji, sebelum Deepavali, atau pun sebelum apa-apa peristiwalah termasuk sebelum pilihanraya?" tambah beliau lagi.

Sehingga ke hari ini ada lagi tahanan ISA yang masih dikurung di kem Kamunting.Lantas GMI tetap mendesak mereka dibebaskan dan ISA dimasuhkan. -TVA



Era Najib Altantuya : Awang Adek Hussein Pembohong Tuduh Kerajaan Kelantan Tak Berminat Jayakan ECER

Kerajaan Kelantan sentiasa bekerjasama dengan kerajaan pusat, terutama dalam menjayakan projek-projek yang dilaksanakan bawah pelan Pembangunan Ekonomi Wilayah Pantai Timur (ECER), kata Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sehubungan itu, beliau menolak dakwaan Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussein, kononnya Kelantan tidak menaruh minat yang tinggi untuk menjayakan ECER menyebabkan negeri itu tertinggal di belakang berbanding Pahang.

"Dia (Awang Adek) kata Kelantan tidak kerjasama (berhubung ECER) dengan pusat sedangkan kita ada jawapan bertulis daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK)," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di Kota Darulnaim di Kota Bharu hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Dr Awang Adek bahawa Kelantan tidak berminat terhadap projek-projek bawah program pembangunan ECER sebagaimana yang dirangkakan.

Dr Awang Adek, yang juga timbalan pengerusi badan perhubungan Umno negeri itu, berkata apa yang dilihatnya kerajaan negeri tidak bersungguh-sungguh dalam perkara itu seperti yang berlaku terhadap projek Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Bagaimanapun, Nik Aziz enggan mengulas mengenai perkara itu dan menyerahkannya kepada Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa untuk urusan selanjutnya. -Bernama


Era Najib Altantuya : SKMM Salahguna Kuasa (updated)

Tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat portal berita Malaysiakini berhubung klip video demo kepala lembu memperlihatkan salahguna kuasa suruhanjaya berkenaan.

Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat Latheefa Koya menyifatkan tindakan berkenaan dibuat bagi memberi tekanan kepada laman-laman web yang dianggap menjadi masalah kepada Umno Barisan Nasional.

Menurutnya tindakan berkenaan juga bakal memberikan kesan buruk kepada Umno Barisan Nasional dalam usaha mereka cuba mengawal kebebasan penyampaian maklumat khususnya di internet.

“Jelas mereka mengambil tindakan untuk melindungi kes datangnya dari isu kepala lembu untuk melindungi pihak tertentu.

“Setakat ni saya rasa mereka tidak dapat mengawal tetapi akan cuba mengawal. Mereka sudah mula dengan tindakan akta hasutan dan sebaginya itupun sudah terlibat dalam tindakan campur tangan walaupun telah dijanjikan mereka tidak akan campur tangan dalam isu internet,” katanya ketika dihubungi TV Antara.

Latheefa berkata Malaysiakini mempunyai hak untuk tidak tunduk dengan desakan SKMM kerana klip-klip video berkenaan jelas merupakan satu fakta dan bukannya palsu.

Menurutnya, walaupun cuba mengawal internet kerajaan Umno Barisan Nasional mungkin menemui kegagalan.

“Mereka boleh cuba kawal tapi akhirnya penyampaian maklumat yang benar tidak boleh di kawal di internet kecuali mereka ingin menjadi seperti China terdapat tapisan dan jika ia berlaku kita akan ada masalah dalam isu perdagangan bebas dan sebagainya,” katanya.

Sebelum ini seramai 12 lagi kakitangan Malaysiakini disiasat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung penerbitan video berkenaan.

SKMM dalam satu suratnya mendesak akhbar web itu menarik balik dua video: Temple demo: Residents march with cow's head (28 Ogos) dan Hisham: Don't blame cow-head protesters (2 Sept).

14 September lalu beberapa NGO dan hak asasi manusia serta penulis blog mengdakan demo bantahan di depan pejabat Malaysiakini terhadap tindakan SKMM.

Pengarah Institut Nasional Untuk integriti Pilihan Raya (NIEI) Amin Iskandar yang memimpin kumpulan berkenaan berkata, mereka mengutuk tindakan SKMM menyiasat 12 kakitangan Malaysiakini.

“Pada 8 Ogos pegawai SKMM menyiasat, tiba di pejabat Malaysiakini di Bangsar Utama untuk mengambil kenyataan kakitangan Malaysiakini termasuk Ketua Pegawai Eksekutif, editor, wartawan, jurukamera dan seorang kakitangan teknikal yang terlibat dalam penghasilan video kepala lembu di hadapan pejabat Bangunan Setiuausaha Kerajaan Negeri Selangor, dan Sidang Media Menteri Keselamatan Dalam Negeri Hishamuddin pada 2 September.

“Kami percaya tindakan SKMM malafede dan bertentangan dengan demokrasi dan kebebasan Malaysia dalam Perlembagaan Malaysia dan hak asasi manusia, Artikel 19 semua orang mempunyai hak kebebasan pendapat dan ekpresi kebebasan termasuk memegang pendapat tanpa campur tangan dan mendapat maklumat dan idea dari mana-mana media,” katanya.

Sehubungan itu pihaknya meminta kerajaan dan SKMM menghentikan siasatan yang melanggar hak asasi manusia itu sebaliknya menghormati maklumat yang disalurkan menerusi internet.

Menurutnya, tindakan berkenan tidak seharusnya berlaku setelah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melaungkan slogan 1Malaysia ‘Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan’. -TVA



Era Najib Altantuya : MB N9 Dicabar Jawab Tuduhan Salahlaku (updated)

Belum pun Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang bermula, Umno Barisan Nasional sudah berdepan dengan satu lagi masalah apabila kreadibiliti Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan dicabar.

Mohamad diminta menjawab lima isu besar setelah Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat Badrul Hisham Shaharin menyerahkan surat terbuka kepadanya pagi tadi di Wisma Negeri.

Badrul berkata Mohamad perlu menjawab mengenai isu tuduhan ‘kerajaan adik beradik’ kerana campurtangan keluarganya dalam pentadbiran kerajaan negeri dan juga agihan projek dan kontrak kerajaan.

Beliau menambah, isu penswastaan air Negeri Sembilan yang diteruskan walaupun mendapat tentangan pelbagai pihak juga perlu dijawab.

Katanya melalui penswastaan berkenaan, Menteri Besar menjanjikan kenaikkan harga kepada rakyat dan keuntungan kepada syarikat swasta.

“Menteri Besar mesti jawab secara spesifik berkaitan dua syarikat yang mendapat keistimewaan. Bagaimana dua syarikat Bumi Highway dan Selia Selenggara yang punya kaitan dengan keluarga MB mendapat begitu banyak kontrak dan tender dalam Negeri Sembilan?" kata Badrul.

“Yang kita tuntut dalam isu penswastaan air adalah dedahkan perjanjian konsesi penswastaan. Yang kedua perlu didedahkan jadual kenaikan kadar tarif air yang dijanjikan kepada syarikat ? Siapa yang kini memegang kepentingan di sebalik konsesi air ini? Adakah ia berkaitan rapat dengan parti pemerintah?" tambah beliau.

Memorandum itu juga menuntut Mohamad menjelaskan campurtangan beliau dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) keatas salahlaku dalam pentadbiran dan pimpinan kerajaan negeri.
.
Mohamad juga perlu menjelaskan mengenai janji-janji yang ditabur sebelum PRU 12 Mac lalu yang sehingga kini tidak kelihatan antaranya pembinaan Hospital Daerah Rembau, Masjid Pedas, Pusat Tuisyen Emas dan projek Lapangan Terbang Ringan.

Badrul juga menanyakan mengenai jumlah perbelanjaan kerajan negeri yang dilihat membazirkan wang rakyat sedangkan syarikat-syarikat di bawahnya tidak menunjukkan prestasi yang baik.

“Jika SPRM membuat siasatan secara terperinci ternyata kedudukan BN di Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan pasti akan jatuh kerana sekurang-kurangnya 5 ADUN terdiri dari Bn terpalit dengan kegiatan rasuah yang kita buktikan sahih.

“Kita mempunyai rekod perbelanjaan pengurusan jabatan kerajaan Negeri Sembilan agak lebih tinggi daripada jabatan-jabatan kerajaan di banyak negeri namun malangnya hari ini kita saksikan pembaziran terus berlaku,” katanya. -TVA



Era Najib Altantuya : Kerajaan PR Bayar Serentak Bonus Raya

Sejumlah RM4.5j uta diperuntukkan Kerajaan Negeri sebagai habuan hari raya kepada 9,000 kakitangan kerajaan sempena Aidilfitri 2009.

Ini meliputi 7,588 kakitangan tetap,952 orang kakitangan kontrak dan selebihnya kakitangan sambilan yang akan menerima bonus daripada kerajaan negeri pada tahun ini.

Hal ini diumumkan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam sidang media di bangunan SUK selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco petang tadi.

“Kerajaan Negeri melalui Ahli Exco telah bersetuju untuk memberikan bantuan khas kewangan tahun 2009 kepada semua anggota perkhidmatan awam dalam kumpulan sokongan di negeri Selangor”, kata Menteri Besar.

Khalid berkata, bantuan ini akan dibayar secara sekaligus sebelum Aidilfitri,dan bukan seperti yang diumumkan kerajaan persekutuan.

Tambah beliau,“Ini berbeza daripada apa yang diumumkan kerajaan persekutuan,yang mana dia dibayar dua peringkat. RM250 sebelum hari raya dan kemudiannya dibayar selepas,masa yang akan datang. Kita akan bayar kesemuanya sebelum hari raya".

Sejumlah RM500 akan diberikan kepada setiap seorang bagi meringankan beban mereka menyambut perayaan Hari Raya Adilfitri yang dijangkakan jatuh pada hari Ahad ini.

Sementara itu di kedah Kerajaan Kedah hari ini mengumumkan pembayaran bonus Hari Raya sebanyak RM500 kepada kesemua 5,300 penjawat awam kumpulan sokongan yang berkhidmat di bawah pentadbiran kerajaan negeri itu.

Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, pembayaran bonus hari raya itu melibatkan peruntukan kerajaan sebanyak RM2.65 juta dan akan dibayar secara serentak esok.

Bayaran bonus itu diberi kepada semua penjawat awam kumpulan sokongan termasuk yang berkhidmat secara kontrak, sambilan dan sementara, katanya kepada pemberita selepas mesyuarat exco kerajaan negeri di Alor Setar.

Azizan juga berkata kerajaan negeri akan menganjurkan Majlis Rumah Terbuk pada 24 Sept ini di kediaman rasminya di Sri Mentaloon.

Di Pulau Pinang, Kerajaan negeri bersetuju meluluskan bayaran khas RM500 kepada semua 3,299 pegawai kumpulan sokongan kerajaan negeri.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng, berkata selaras dengan dengan tindakan kerajaan pusat, bayaran khas itu akan dibuat dengan dua ansuran.

"Arahan pembayaran RM500 ini akan dikeluarkan kepada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan semua agensi kerajaan negeri," katanya dalam ucapan sempena sambutan Hari Malaysia, di sini hari ini.

Katanya pembayaran pertama RM250 akan dilakukan hari ini bagi membolehkan wang tersebut digunakan untuk menyambut Aidil Fitri manakala bakinya akan dibayar akhir Disember.

"Bayaran ini akan melibatkan peruntukan kerajaan negeri berjumlah RM1,649,500 dan gaji juga akan dibayar lebih awal untuk dua bulan ini untuk menyambut dua perayaan iaitu Hari Raya Puasa dan Deepavali," katanya.

Beliau juga berkata kerajaan negeri bercadang untuk menderma RM30,000 dalam usaha membela nasib wanita Penan di Sarawak yang dilaporkan mengalami penderaan seksual oleh pekerja pembalakan.

"Saya akan mencadangkan dalam mesyuarat exco nanti bahawa kerajaan negeri menderma wang berkenaan untuk membela nasib wanita Penan," katanya.