17 Ogo 2014

[VIDEO] PAS Bersetuju TSKI Disingkirkan, Cadang W Azizah & Azmin Sbg Pengganti -updated


Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang berlansung pagi ini telah membuat keputusan yang sangat dinamik di dalam waktu yang singkat, demikian dinyatakan oleh Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kayat di dalam FBnya.

"Berkat doa semua pihak, Alhamdulillah, PAS Pusat dapat membuat keputusan yang sangat dinamik di dalam waktu yang singkat," tulisnya.

"Ringkasnya adalah: PAS Pusat bersetuju supaya Tan Sri Khalid Ibrahim digugurkan dari jawatan Menteri Besar Selangor," menurutnya lagi.

Mesyuarat berlangsung bermula jam 10 pagi ini bertempat di Bilik Mesyuarat Utama tingkat 5, Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut, di sini dalam masa kurang 90 minit.

Didalam pada itu, ramai yang memberi respons positif menyokong keputusan Jawatankuasa PAS Pusat berkenaan.


Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tiba di ibu negara sejak semalam dan telah mempengerusikan mesyuarat pagi ini.

Harakahdaily melaporkan, mesyuarat PAS Pusat hari ini sebulat suara bersetuju mencadangkan dua calon iaitu Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Mohammad Azmin Ali bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

"PAS tidak akan menuntut jawatan Menteri Besar Selangor. PAS juga menghormati semangat yang ada dalam Pakatan Rakyat dalam mencadangkan nama calon Menteri Besar.

"Sehubungan dengan itu juga, PAS sebulat suara pada hari ini bersetuju untuk mengangkat dua nama bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Nama yang dicadangkan oleh PAS ialah Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (Presiden PKR) dan Mohammad Azmin Ali (Timbalan Presiden PKR)," kata Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam kenyataan yang dibacakan Timbalan Presiden Mohammad Sabu pada sidang media sejurus selesai mesyuarat tengah hari ini.

Keputusan itu katanya dibuat selepas PAS Pusat membuat pertimbangan dalam pelbagai sudut.

Keputusan tersebut adalah salah satu daripada tiga keputusan yang dicapai dalam mesyuarat hari ini.

Selain itu, mesyuarat turut memutuskan bahawa empat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor dari PAS akan terus berada dalam kerajaan negeri Selangor, untuk memastikan khidmat kepada rakyat tidak terjejas.

Manakala satu lagi keputusan adalah penegasan bahawa PAS akan terus komited dengan Pakatan Rakyat dalam melaksanakan kerjasama politik Tahaluf Siyasi.


Mesyuarat pagi ini menjadi tumpuan seluruh negara kerana ia dikatakan bakal menjadi penentu kepada penyelesaian kemelut yang sedang berlaku di Selangor.

Ianya juga dikatakan bakal menjadi tanda aras kepada survival politik serta kerjasama ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat, ekoran kemelut yang berlaku ini.

DAP bersetuju dengan cadangan PKR yang menamakan Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid yang telah dipecat dari partinya 9 Ogos lalu.

Atas pengalaman sebelum ini, PAS bagaimanapun dikatakan mahu lebih daripada satu nama calon dicadangkan untuk jawatan itu.

Mesyuarat pagi ini dibuat selepas dua kali ditangguhkan sebelum ini iaitu pada 10 dan 13 Ogos lalu.

Dua hari lalu, Lajnah Politik PAS Pusat terlebih dahulu mengadakan mesyuarat bagi menentukan rangka perbincangan mesyuarat PAS Pusat hari ini.

PAS sebelum ini telah menegaskan komitmen mereka bahawa akan terus teguh bersama Pakatan Rakyat.


PAS kekal dalam Pakatan, serah 2 nama calon MB, Wan Azizah dan Azmin

PAS hari ini memutuskan untuk kekal dalam Pakatan Rakyat (PR) dan bersetuju dengan pilihan PKR untuk melantik Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail diangkat menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.

Parti Islam itu bagaimanapun turut menyerahkan nama Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali sebagai nama calon lain untuk diangkat menjadi menteri besar.


"PAS tidak akan menuntut jawatan menteri besar Selangor. PAS juga menghormati semangat yang ada dalam Pakatan Rakyat dalam mencadangkan nama calon menteri besar Selangor.

"Sehubungan dengan itu, PAS sebulat suara pada hari ini bersetuju untuk mengangkat dua nama bagi menggantikan Khalid. Nama yang dicadangkan oleh PAS ialah Dr Wan Azizah dan Azmin," kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu di Ibu Pejabat PAS hari ini.

Dua nama itu kemudiannya akan ditentukan dalam mesyuarat Pakatan Rakyat yang dijadualkan berlangsung petang ini.
-TMI




















IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



Wala' Tidak Sama Dengan Taksub

Wala' - satu perkataan keramat yang sekarang ini menjadi peluru bagi kumpulan tertentu di dalam PAS bagi menyerang lawannya ekoran krisis MB Selangor.

Tidak wala kepada Presdien, tidak wala kepada Majlis Syura Ulamak, tidak wala kepada parti dan sebagainya.

Dua orang ADUN PAS dituduh tidak wala kepada parti apabila menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi menteri besar Selangor kelmarin.

Pihak yang mungkin "geram" dengan tindakan kedua-dua itu seperti dirasuk iblis dan syaitan, menuduh dan mefitnah kononnya mereka berdua dibayar sekian-sekian juta, kononnya YB Saari seorang spy PKR yang menyusup masuk dalam PAS untuk menghancurkan PAS dan pelbagai tohmahan lagi.

Maka bertimbunlah caci-maki dengan segunung kata nista bercampur fitnah dilemparkan kepada dua orang YB berkenaan termasuk cerita kononnya YB Saari Sungip dimasukkan ke IJN kerana "balasan TAllah".

Ini menyebabkan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga ADUN Meru terpaksa mengeluarkan satu kenyataan berbunyi:


Saari Sungib yang kukenali..." - Adun PAS Meru

"Yb Shaari bukan sebarang pejuang. Pengalaman dlm bersidang, traveling dan diam sebilik dgn beliau didalam dan diluar negara...beliau tidak berhenti-henti membaca Al Quran, berzikir dan bersalawat.

Jam 3 pagi dah bangun solat mlm walau dimana berada.

Pelbagai usul yg dibawa dlm Sidang DUN sejak menjadi ADUN Pas menaikkan imej Pas dimata rakyat.

Pernah ditahan ISA dan diseksa. Banyak buku2 yg telah ditulis. Kesihatannya juga terganggu semenjak akhir2 ini.

Saya menangis bila membaca pelbagai bad remarks yg dicampakkan keatas dirinya.

Saya yakin pengorbanannya besar kpd jamaah.

Sanggup korbankan diri utk jamaah. Biarlah Jawatankuasa Disilplin berperanan ......"

-YB Dr Abdul Rani Osman-
ADUN Meru

Ramai yang tidak mengenali YB Saari lantas itu menuduh beliau dengan pelbagai tuduhan.

Beliau ialah Presiden pertama Jemaah Islah Malaysia (JIM) sewaktu JIM dibuhkan di dalam tahun 1990 dahulu. PAS pada ketika itu masih terumbang-ambing dengan tidak mempunyai silibus usrah yang kemas sehinggalah ada diantara beberapa kumpulan usrah di dalam PAS sendiri terutama di universiti-universiti tempatan dan luarnegara menggunakan beberapa teks usrah karya Saari Sungip (nama penanya Auu Urwah) dijadikan silibus usrah masing-masing.

Di dalam salah satu teks usrahnya beliau ada menyentuh bab WALA.

Oleh itu untuk menuduh beliau tidak wala adalah satu kejanggalan, kerana beliau lebih faham pengertian wala dari sekalian penyerangnya.

Ada yang berkata, oh YB Saari cuma boleh berteori tentang wala... tetapi tidak praktikalnya.

Sungguh dasyat tohmahan itu. Sedangkan sebenarnya penuduh-penuduh itu tidak faham perbezaan di antara wala dan taksub.

Apabila Presiden PAS satu ketika membuat tuduhan terhadap ahli PKR mengenai pil kuda, ramai yang masih menyokongnya... maka itu bukan wala tetapi taksub!


GB tidak menentang Presiden PAS. Tetapi GB tentang ialah ketaksuban kepada pemimpin. Apabila TG Haji Abd Hadi membuat kesilapan, kita perlu menegurnya. Misalnya di dalam cadangan terhadap Kerajaan Perpaduan dahulu. GB terpaksa menentang habis-habisan kerana bagi GB ia adalah satu pengkhianatan terhadap parti dan Pakatan Rakyat.

Di dalam isu Selangor. Apabila TG Haji Hadi membuat kenyataan yang premature menyokong Khalid Ibrahim dikekalkan sebagai MB Selangor, dan kemudian diikuti oleh sokongan dari Pemangku Ketua Ulama PAS sehingga Majlis Syura Ulama membuat keputusan yang sama, maka GB terpaksa "menentang"nya.

Ramai menuding GB tidak wala!

Hal ini pernah GB jelaskan di dalam tulisan GB:

Soal integriti adalah soal yang lain. Tetapi soal Khalid tidak mematuhi arahn kepimpinan partinya sendiri adalah jelas satu penderhakaan dan pengkhianatan terhadap partinya sendiri. Majlis Syura Ulamak mengajar ahlinya supaya tidak ikut arahan kepimpinan parti?.....

Nampaknya Muktamar PAS akan datang perlu membincangkan semula Perlembagaan Parti khususnya berkaitan dengan peranan dan keanggotaan ahli Majlis Syura Ulamak. Ia perlukan penilaian, penelitian dan pemerkasaan semula supaya tidak lagi menjadi alat sekumpulan tertentu di dalam parti/jemaah bagi mencapai matlamat tertentu.

Jika GB dan yang-lain yang mengkritik keputusan Majlis Syura Ulama dituduh ingkar kepada arahan kepimpinan parti, maka tindakan Majlis Syura Ulamak yang membela Khalid Ibrahim yang ingkar kepada partinya itulah menjadi penyebabnya!

Cukup memalukan lagi apabila seorang anggota Majlis Syura Ulamak tanpa segan-silu melakukan "fitnah" keatas seorang pemimpin DAP di dalam isu terowong di Pulau Pinang sehingga ia berhadapan dengan saman dari KM Pulau Pinang berkenaan. Fitnah itu adab seorang ulamakkah?

Juga memalukan apabila ramai mempertikaikan seorang anggota Majlis Syura Ulamak sebenarnya menantu Tuan presiden sendiri yang entah berapa hari berada di dalam PAS, tetiba boleh menjadi seorang anggota Majlis Syura Ulamak. .

Ini semua menyebabkan kredibiliti Majlis Syura Ulamak tercalar dan keputusan-keputusannya tidak dapat dihormati oleh para ahli. Lantaran itu GB meminta supaya institusi Majlis Syura Ulamak disemak segera untuk memperkasakannya supaya ianya menjadi badan yang dihormati di dalam sesebuah harakah Islamiah.

Dulu lagi di dalam satu tulisan GB pada 7 Ogos 2008 bersempena maal hijrah GB telah menyatakan bahawa parameter adab berjemaah (wala) itu perlu dinilai dan didefinisikan semula.

Persoalan "adab jemaah" yang ditimbulkan oleh beberapa rakan di lingkaran usrah-usrah kini perlu ditafsirkan dengan parameter baru. "Adab jemaah" bukan lagi dengan mengakui keperluan untuk mengkritik secara berbisik atau apa yang dikatakan "mengikut saluran parti". Cara itu sudah terlalu semalam, sudah ketinggalan zaman.

Kini sudah ada istilah-istilah baru yang mengambil tempat yang diterima sebagai "adab jemaah", seperti "wistle-blowing" - satu kaedah di mana ahli organisasi mendedahkan kepincangan yang dikesannya secara terbuka, "pengurusan strategik" di mana penetapan visi, misi dan objektif organisasi dibuat secara telus dan dipacu bersama oleh pemimpin dan ahli serta "etika professional" dimana nilai-nilai sejagat diakui diterima pakai oleh segenap lapisan petugas dan pekerja organisasi. Mereka yang berdiam diri terhadap kepincangan dan berrahsia untuk menutup kelemahan dilihat sebagai "tidak beradab" malah dikira bersubahabat dengan kegagalan organisasi di zaman kontemporari ini.

Definisi tradisional mengenai wala' lebih sangat menghampiri taksub dimana pemimpin atau ulamak tidak boleh dikritik. Mereka kononnya sebagai kumpulan makhluk suci yang tidak boleh disalahi. Ini amat pertentangan dengan ajaran Islam dimana Rasulullah sendiri berlapang dada apabila dikritik. Baca kisah ini:

Dalam sejarah perkembangan Islam, tradisi kritik bukanlah sesuatu yang asing. Suatu hari, saat bergerak menuju medan perang Badar, Rasulullah memutuskan kepada pasukannya untuk berkemah di kawasan sumur pertama yang mereka temui. Tak ada satupun dari para sahabat yang “berani” menolak perintah dari Rasulullah tersebut. Hingga seorang sahabat yang dikenal sebagai pakar strategi perang bernama Khabab bin Mundzir berdiri seraya berkata:

"Wahai Rasulullah, apakah penentuan posisi tersebut adalah wahyu dari Allah? Atau hanya berdasarkan strategi perang yang merupakan pendapat anda?”

"Oh bukan sama sekali ya Khabab. Tempat ini kupilih berdasarkan pendapatku semata,”jawab Rasulullah.

"Wahai Rasulullah, jika aku boleh memiliki pendapat, menurutku tempat ini tidak strategis. Sebaiknya kita pindah ke tempat air yang paling dekat dengan musuh. Kita membuat markas di sana dan menutup sumur-sumur yang ada di belakangnya. Kita buat lubang-lubang dekat perkemahan dan kita isi dengan air hingga penuh. Dengan demikian kita akan berperang dan mempunyai persediaan air yang cukup. Sedangkan musuh tidak mempunyai persediaan air minum,'' jelas Khabab.

Marahkah Rasulullah pendapatnya dibantah oleh salah seorang sahabatnya? Alih-alih murka dan memerintahkan “sahabat lancang” itu untuk menuruti perintahnya, setelah berpikir sejenak, seraya tersenyum senang Rasulullah malah berkata:

"Pendapatmu sungguh lebih baik dari pendapatku." Dan kemudian sejarah mencatat, strategi tersebut sangat ampuh dan menjadikan kaum Muslimin bisa memenangkan pertempuran atas orang-orang Quraisy Mekah.

Sedangkan Rasulullah saw sendiri berlapang dada untuk menerima pandangan "orang bawahan"...

Sepertimana Ibnu Qayyim apabila dikritik kerana menyalahi pendapat gurunya Imam Ibnu Taimiyah, beliau berkata: Aku menyayangi Ibnu Taimiyah, tetapi kebenaran itu lebih aku sayangi daripada Ibnu Taimiyah.

Sekian wallahu 'alam.







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



Isu Khalid Ibrahim Mudah - Sakmongkol


Akibat Terlalu banyak Baca Komik

Agak nya perkara ini terlalu sukar untuk difahami. Inilah akibatnya bila terlalu banyak membaca komik gila gila. Atau baca 2-3 muka surat setahun. Atau ingat memadai menulis kebijaksanaan yang didapati dari perbualan dikedai mamak. Isu Khalid Ibrahim pada saya mudah.

* Pertama Khalid Ibrahim ini bebal atau tidak? Jawatan MB ini bukan suatu jawatan yang dipilih secara lansung oleh rakyat. parti yang mana kamu jadi ahli telah mencadangkan nama kamu sebagai MB dan cadangan itu pula disetujui oleh rakan2 lain. Maka kamu jadilah MB.

* Apabila parti yang menjadi penaung kamu sudah tidak ada lagi keyakinan terhadap kamu, dan memutuskan supaya kamu diganti, kamu sepatutnya secara hormat dan muliakan diri, berundur.

* Parti2 lain yang dahulu nya bersetuju dengan parti penaung, mestilah ada keyakinan keatas tindakan yang diambil oleh parti tersebut.

* Adalah salah dari segi prinsip, parti lain pula yang menjadi galang ganti mempertahankan seorang yang partinya sendiri tolak.


Adalah menjadi suatu yang memalukan, sesudah tidak ada mandate daripada parti kamu, kamu kesana sini menjual cerita hiba kamu untuk mendapat simpati dari pihak lain. Dan pihak lain pula tidak ada presence of mind untuk merujuk perkara tersebut daripada parti yang menaungi pengadu yang melalak sana sini.

Kenapa Khalid berdegil sangat untuk kekal jadi MB. Adakah nyawa nya bergantung kepada jawatan tersebut? Adakah jika tidak jadi MB, dia akan masuk jel?

Adakah ianya bersangkut paut dengan cara misteri dia menyelesaikan hutang RM66 juta nya? Khaid tak boleh kata ini perkara peribadi. Bila berhutang dahulu, Khalid was a nobody. Dia hanya seorang yang telah diberi saham Guthrie dan mahu mencagar saham tersebut untuk membiayai pembelian saham Guthrie. Bila dia mahu lunaskan hutang, dia berjawatan MB. Adakah kah orang ingat, Rashid Manaf mahu melayani Khalid Ibrahim kalau dia hanya seorang adun dari Ijok atau pelabuhan Kelang?

Siapa yang membayar hutang ini? Khalid kata dia pinjam dari bank lain untuk bayar hutang dengan bank Islam. Saya tidak pernah dengar ada bank lain membeli suatu bad loan dari bank lain. Apa cagaran yang Khalid boleh beri kepada bank baru tersebut?

Adakah dia takut cerita sebenar penjualan tanah kepada Tropicana dan kemudian Tropicana jual pula kepada Ecoworld akan terdedah? Jika terdedah ianya akan mendedahkan bagaimana crook nya si Kalid ini.

Tropicana dan Ecoworld adalah business oligarchs. Adakah Khalid sebenarnya berkhidmat untuk kepentingan business oligarchs ini?


Pertama tanah ratusan ekar itu dijual kepada Danny Tan pemilik Tropicana secara bayaran installment. Selama 20 tahun. Si Danny Tan membayar pendahuluan hanya RM50juta. Setahu saya jika bayaran belum disempurnakan, hak milik masih dalam tangan kerajaan. Jika demikian, bagaimana Tropicana boleh jual kepada Ecoworld pada harga yang berlipat ganda tanpa menyerahkan hak milik?

Tropicana sebetulnya menjual asset kerajaan. Jika Khalid membenarkan ini terjadi dia telah commit breach of trust. bagaimana ini boleh terjadi kecuali dengan izin MB? Bererti MB telah terlibat dalam transaksi yang mencurigakan.

Tapi ini semua butiran2 mengenai tindakan2 yang mencurigakan. Ianya akan terburai kelak.

Prinsip asasnya ialah:- Jika parti yang nominate kamu sudah menarik balik nomination tersebut, maka adalah perkara yang terhormat lagi mulia kamu berundur. Ini bukan suatu pengwarisan dari bapak kita. -sakmongkol









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI