31 Ogo 2015

Detik 3.00 Ptg: Sebuah Parti Baharu Bakal Dilahirkan...

GHB umum parti baharu hari ini

Gerakan Harapan Baru (GHB) akan mengumumkan parti baharu pukul 3 petang hari ini sebelum ia dilancarkan secara rasmi pada 16 September ini sempena Hari Malaysia.

"Walaupun namanya bukan parti Islam selepas permohonan itu ditolak oleh kerajaan, kami akan umumkan hari ini parti baharu kami," kata Timbalan Pengerusi GHB Salahuddin Ayub kepada The Malaysian Insider.

Sehingga kini, tidak dapat dipastikan apakah nama yang akan digunakan parti baharu ini kerana ia hanya akan diputuskan dalam mesyuarat GHB yang berlangsung pagi ini.

Sebelum ini, GHB memutuskan namanya adalah Parti Amanah Rakyat atau singkatannya Amanah.

Mereka akan mengambil alih sebuah parti politik sedia ada namun ia bukan parti Kita setelah pemegang jawatan parti berkenaan menolaknya dengan membuat laporan polis.

Dua hari lepas, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan penolakan permohonan untuk mendaftarkan Parti Progresif Islam.

Zahid berkata, ini kerana nama agama termasuk Islam tidak dibenarkan lagi digunakan kepada mana-mana parti politik kerana Islam untuk semua bukan untuk parti tertentu sahaja.

Berbeza dengan penubuhan parti serpihan PAS sebelum ini, Hamim dan Berjasa, parti baharu yang dirancang oleh GHB ini akan bersama pembangkang bukannya kerajaan yang memerintah negara.

Proses penubuhan parti baharu ini juga dilihat lebih tersusun kerana membentuk jawatankuasa melalui GHB di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak terlebih dahulu sebelum penubuhan parti.

GHB kini mempunyai penyelaras di semua peringkat negeri mahupun kawasan Parlimen di seluruh negara. Ia terdiri daripada pemimpin PAS sebelum ini yang sudah meletakkan jawatan.


Tujuh Ahli Parlimen PAS Bakal Sertai Parti Baharu

Sekurang-kurangnya tujuh Ahli Parlimen PAS akan menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB) yang akan mengumumkan pembentukan parti baharu pada sambutan Hari Kebangsaan negara, Isnin.

Setiausaha GHB, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, PAS hanya boleh memecat mereka daripada parti, tidak di peringkat parlimen atau kerusi negeri.

"Pemimpin PAS yang akan menyertai parti baharu ini kekal sebagai Ahli Parlimen dan wakil rakyat kerana kami membentuk gabungan baharu Pakatan 2.0 dengan kerjasama DAP dan PKR," katanya.

Tindakan tujuh Ahli Parlimen itu dilihat akan menggugat penguasaan parti Islam itu di Parlimen, sekali gus menyukarkan mereka untuk memastikan agenda hudud menjadi realiti.

Antara Ahli Parlimen yang akan menyertai GHB adalah, Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (Kuala Terengganu), Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar), Mohamed Hanipa Maidin (Sepang) dan Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja).

Turut bersama mereka adalah Kamarudin Jaffar (Tumpat), Khalid Samad (Shah Alam) dan Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai).

"Mereka akan menyertai parti baharu secara rela hati," kata Dzulkefly.

GHB juga tidak menghiraukan pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengenai Pendaftar Pertubuhan akan menolak permohonan untuk membentuk parti baharu yang dikenali sebagai Parti Progresif Islam.

Mujahid berkata, mereka akan mengumumkan pembentukan parti baharu itu pada Hari Merdeka.

"Kami tidak tahu kenapa RoS menolak nama parti itu. Islam ada agama rasmi negara.

"Sepatutnya tiada masalah untuk menggunakan perkataan Islam sebagai nama parti, kecuali mereka cuba menyukarkan GHB untuk membentu parti baharu," katanya.

Berhubung dakwaan pihak RoS bahawa GHB tidak mengemukakan sebarang kertas cadangan untuk membentuk parti baharu, Mujahid berkata, banyak parti tidak aktif yang boleh digunakan.

"Islam akan tetap menjadi asas kepada parti baharu kami," katanya. -mstar


ULASAN GB

Setelah berjaya dengan cemerlang menyertai Himpunan Bersih 4.0 selama 34 bermula kelmarin, kini sampai masanya GHB membuat perisytiharan rasmi parti baharunya petang ini.

Sekalipun nama asal yang dicadangkan iaitu Parti Progresif Islam telah ditolak oleh ROS, ia bukan menjadi masalah.

Pepatah menyatakana "Dimana ada kemahuan di situ ada jalan".... ada banyak alternatif yang telah disenaraikan oleh pimpinan GHB di dalam menghadapi sebarang kemungkinan oleh kerajaan tidak meluluskan parti baharu yang dikemukakan oleh GHB.

Petang ini, jam 3.00 akan tercatat lagi satu sejarah baharu... sebuah parti baharu berlandaskan Islam bakal tertubuh.. sebuah parti baharu yang akan menjadi komponen Pakatan 2.0 untuk merealisasikan perjuangan menengakkan kebenaran dan keadilan di dalam negara ini.

Semuga semuanya berjalan lancar dan cemerlang... Allahu Akbar!!!





ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.





IKLAN BERBAYAR




[VIDEO & GAMBAR] LIVE - Peserta BERSIH Nyanyi Lagu NEGARAKU

Peserta menyanyikan lagu Terima Kasih Rakyat Malaysia dan lagu Negaraku pada jam 12 tengah malam.

Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah sebelum itu melaungkan "Merdeka" sepuluh kali diikuti oleh orang ramai. Mereka mula bersurai perlahan-lahan. Sementara itu, Polis Kuala Lumpur pula memberi jaminan keadaan bandar raya Kuala Lumpur selamat untuk sambutan Hari Kemerdekaan Negara ke-58 yang akan berlangsung esok.




12:40am: Suasana sedikit tegang apabila sekumpulan petugas bertindak menghalau media supaya pulang namun ia tidak diendahkan. Malah petugas media menggesa pihak polis menghalau terlebih dahulu peserta Bersih 4.0.

12.35am: Dataran Merdeka – Terdapat beberapa peserta alami kecederaan ringan selepas terkena mercun yang dilempar ke arah mereka, lapor The Star Online. Dua suspek yang membaling mercun juga dilapor turut cedera apabila ditangkap orang ramai

12.10am Jalan Raja Laut – Letupan kuat kedengaran di seberang jalan menghadap bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Orang ramai kemudian mengepung pihak yang didakwa membaling mercun dan memanggil polis. Keadaan tegang.

Gambar seorang gadis Cina berselfie dengan Mohamad Sabu viral di media sosial. Ramai yang mengutuk Mat Sabu.

Apa yang GB lihat, gadis Cina tersebut adalah seorang "peminat" Mat Sabu. Sekadar bergambar. Jadi apa ada hal?

Cuma yang anti Mat Sabu dan anti parti baharunya akan menjadikan itu sebagai satu isu. Dalam simpanan GB ada banyak gambar pemimpin-pemimpin PAS dan UMNO yang bergambar dengan gadis-gadis jelita tak tutup aurat, tapi GB tak mahu siarkan untuk tidak mengaibkan sdra. seIslam...

Ulasan sahabat-sahabat:
1. Pemikiran orang Pas sekarang ni dah makin mengecil macam pemikiran nyamuk. Mereka telah hilang big picture dari Bersih 4.0 ini. Yang depa nampak dan dok sebar ialah gambar Abang Mat ambil gambar sebelah amoi, yang diambil dengan cara amat mendadak, menurut seorang sahabat yang jadi saksi. Itulah pemikiran orang Pas kini, makin mengecil dan tak lari dari penyakit memfitnah dan melabel orang

2. Ada seorang ulama Kedah yg sudah aruah yg pernah terserempak dgn seorang wanita yg pernah dinasihatinya ketika wanita itu bermasalah lama dulu. Wanita itu terlalu gembira berjumpa beliau lalu terus memegang tangan beliau dikhalayak ramai dan mengucapkan kesyukuran. Beliau tidak menepis tangan wanita itu tetapi setelah keadaan tenang baru beliau "memperbetulkan balik" adab dia dan wanita itu.

Sheikh Yusof Qardawi juga pernah begitu.Ikut Al-Qardawi,menjaga air muka wanita yg "tiba-tiba excited " itu juga sangat penting.


LINTAS LANSUNG: Malaysiakini melaporkan:

11pm: Dataran Merdeka - Kira-kira sejam lagi untuk BERSIH 4 menutup tirai, jumlah peserta meningkat kepada kira-kira 80,000 orang. Sesetengah pihak pula mendakwa jumlah semasa mungkin melepasi 100,000 orang.


10.30pm: Menara Maybank - Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua meminta peserta BERSIH 4 tidak terlalu bimbang apabila tidak ramai orang Melayu menyertainya.

Kata Pua, keadaan itu berlaku kerana PAS tidak menggerakkan ahlinya dan meminta orang ramai memberi masa kepada Gerakan Harapan Baru ditubuhkan secara rasmi.

10.17pm: Jalan Parlimen - Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba bersama anaknya, Nurul Nuha Anwar.

Wan Azizah berkata, beliau akan menyampaikan ucapan kepada peserta BERSIH 4 selepas ini. Beliau kemudian dikerumuni orang ramai yang mahu bergambar dengannya.

Laungan "Reformasi" juga kedengaran ketika Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berjalan ke arah pentas berhampiran Dataran Merdeka.

10pm: Jalan Tuanku Abdul Rahman - Band Rakyat Rhythm menarik perhatian peserta dengan lagu mereka, Malaysiaku dan Rasa Sayang. Mereka menggunakan baldi plastik, tin serbuh minuman dan kayu untuk menghasilkan irama.

9.40pm Dataran Merdeka - Depan pentas BERSIH, orang ramai membuat rantaian manusia ketika seorang anggota jawatankuasa pemandu BERSIH Farhana Halim berucap.

Peguam itu berkata beliau bersedia untuk berjalan lagi 34 jam dan 34 hari lagi untuk memastikan Datuk Seri Najib Razak berundur.

“Kita mahu Najib dan Rosmah berundur,” katanya.

8.00pm: Buat masa ini kuliah maghrib disampaikan oleh Presiden IKRAM, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad.


7.45pm Jalan Tuntuk Abdul Rahman - Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB) dan bekas timbalan presiden PAS, Tn. Hj. Mohamad Sabu mengimami solat Maghrib berjemaah.


7.00pm : Datuk Husam Musa hadir ke program BERSIH 4.0 dan menyampaikan ucapan. Sila ke bahagian video di bawah untuk ikuti ucapannya.

6.45pm Dataran Merdeka - Pasukan Paramedik BERSIH 4 mengesyaki kes keracunan makanan yang melibatkan peserta berpunca daripada air minuman kotak yang disuntik bahan kimia tertentu.

Seorang anggota Paramedik, Nesa Balakrishnan berkata, semalam pihaknya menerima tujuh pesakit yang terkena tanda-tanda cirit-birit dan sakit tekak.

"Pemeriksaan kita mendapati minuman yang diagihkan ada kesan suntikan di bahagian atas kotak.

"Minuman diagihkan dengan diletakkan dalam kotak ais. Bila peserta ambil minuman dalam keadaan basah, tak perasan kesan suntikan itu,"
katanya kepada Malaysiakini.

Sementara itu hari ini pasukan perubatan itu menerima tiga pesakit.

Difahamkan, pasukan Paramedik telah membuat laporan polis berhubung kes keracunan berpunca daripada minuman tersebut.

6.15pm: Masjid Jamek - Walaupun PAS sebelum ini tidak mengeluarkan kenyataan rasmi meminta ahlinya untuk menyertai himpunan BERSIH 4, namun kelihatan Naib Presidennya Idris Ahmad turut berada di perhimpunan ini.

Beliau yang memakai baju korporat PAS Perak yang berwarna kuning ditemani beberapa rakannya. Turut kelihatan bersama beliau, bekas anggota jawatankuasa PAS Pusat Abdul Ghani Shamsuddin.

Ditanya mengapa beliau hadir pada perhimpunan hari kedua ini, Idris hanya tersenyum.

Ditanya lagi mengapa pimpinan lain tidak turut serta dalam perhimpunan BERSIH 4, beliau hanya ketawa dan enggan mengulas.

Ulasan GB: Sekalipun ramai juga orang PAS kutuk BERSIH 4.0.. tiba-tiba hadirin dikejutkan dengan kehadiran Naib Presiden PAS, Ust Idris Ahmad di program BERSIH 4.0. Apa agaknya komen pengutuk-pengutuk BERSIH 4.0 dari kalangan ahli-ahli PAS?


6.00 pm: Masjid Jamek - Peserta BERSIH 4 terus membanjiri sekitar jalan Masjid Jamek dan Stesen LRT Masjid Jamek.

Ribuan peserta berkumpul dan berarak dengan pelbagai ragam.

Antaranya sekumpulan peserta berarak sambil memukul bahan buangan seperti tong cat, botol mineral dan tin minuman sebagai alat muzik.

Terdapat juga perarakan tarian singa yang disertai pemuzik yang berarak dari Jalan Tun Perak ke Masjid Jamek.

5.20pm: Pasar Seni - Dr Mahathir Mohamad tidak bercadang untuk menyertai perhimpunan BERSIH 4 walaupun menyatakan sokongan kepada ribuan orang yang berdemonstrasi sejak tengah hari semalam.

Mantan perdana menteri senja semalam turun di Dataran Merdeka sebentar tanpa sebarang kenyataan kecuali "teruskan, teruskan."

Petang ini, dalam kenyataan di sebuah restoran, beliau berkata: "Semangat saya bersama anda semua. Saya kena pulang ke rumah."

Petang semalam, mengulas perhimpunan tersebut, isterinya Tun Dr Siti Hasmah Ali berkata ringkas: "Inilah kuasa rakyat."

5.15pm: Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa memuji peserta BERSIH 4 yang disiplin dan patuh pada arahan pihak berkuasa untuk tidak masuk ketempat larangan serta membuat sebarang kekacauan.

"Setakat ini okay. Peserta ramai dan keadaan terkawal. Peserta BERSIH dilihat berdisiplin dan patuh pada arahan.

"Tidak ada sebarang tangkapan di Kuala Lumpur," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

5.15pm: Pasar Seni - Dalam sidang medianya, Dr Mahathir Mohamad berkata beliau turun ke Kuala Lumpur sebagai menyatakan sokongan kepada rakyat yang sedang mengadakan bantahan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.


Ditanya sama ada beliau menyokong BERSIH, mantan perdana menteri berkata beliau menyatakan solidariti dengan orang ramai.

Ditanya beliau bersetuju menggunakan demonstrasi untuk menukar kerajaan, Dr Mahathir berkata:

"Kalau kerajaan tidak peduli undang-undang, (kita) kenalah menggunakan demonstrasi sebagai pilihan terakhir.

"Lihat apa yang terjadi sewaktu Ferdinand Marcos memerintah Filipina, rakyat terpaksa menggulingkannya."

4.55pm: Pasar Seni - Dr Mahathir Mohamad mengadakan sidang media di sebuah restoran di sebelah Pasar Seni.

Sebelumnya beliau menyampaikan ucapan di depan kompleks tersebut setelah bergerak dari stesen Komuter KL.


Beliau dan isteri diiringi oleh Datuk Zaid Ibrahim.

4.30pm: Stesen Komuter KL - Dr Mahathir Mohamad dan isterinya Dr Siti Hasmah Ali telah tiba, dijangka sedang menuju ke arah kumpulan ribuan penyokong BERSIH 4 di Jalan Tun Perak.


Dr Mahathir, yang diiringi bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim, kelihatan disambut beberapa penyokong BERSIH di stesen ini.

Sementara itu, bekas presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik muncul di perhimpunan BERSIH 4 di Perth, Australia semalam.

3.35pm: Dataran Merdeka - Hujan mulai turun. Sementara ada peserta yang mencari tempat berteduh, ramai juga yang tidak mengendahkan suasana basah itu. Mereka teruk bersorak dan melaungkan "Najib Undur" dan "Hidup Rakyat".

3.30pm Tiga menteri kabinet dan pemimpin tertinggi Umno mengulas kehadiran bekas menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada perhimpunan BERISH 4 semalam.

Bernama melaporkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid berkata perkara itu tidak sepatutnya menjadi isu kerana bekas Perdana Menteri itu hanya berada di kawasan perhimpunan itu selama "enam minit".

Dalam laporan yang lain, agensi berita itu meaporkan Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan kehadiran Dr Mahathir itu sebagai "mengecewakan dan dikesali".

Ismail berkata Dr Mahathir merupakan individu yang paling lantang menentang demonstrasi jalanan terutama ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat sebagai timbalan perdana menteri dan berlaku demonstrasi besar-besaran oleh kumpulan reformasi, lapor Bernama.

"Akhirnya Tun (Dr Mahathir) sendiri dahulunya penentang kuat kepada demonstrasi jalanan akhirnya dia sendiri terlibat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Beluran di Sandakan, hari ini.

Sementara itu, Bernama melaporkan bahawa Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak membidas Dr Mahathir dianggapnya telah melanggar prinsip beliau sebelum ini yang menolak demonstrasi jalanan. 3pm: Dataran Merdeka - Kira-kira 50,000 peserta menyertai BERSIH, kira-kira sembilan jam sebelum perhimpunan selama 34 jam berakhir tengah malam ini.

Dalam tinjauan udara, kebanyakan mereka berada di sekitar simpang Jalan Tun Perak-Jalan Tuanku Abdul Rahman, kawasan paling dekat dengan Dataran Merdeka yang dibenarkan.

Dataran Merdeka sedang dipersiapkan untuk sambutan Hari Kebangsaan ke-58 esok.

Daripada jumlah itu, 10,000 berjalan-jalan di Jalan Tun Perak, antara persimpangan tersebut ke Menara Maybank. Selebihnya berada di Jalan Tuanku Abdul Rahman (dari arah kompleks Sogo) dan sekitar Leboh Pasar Besar.

2.30pm: Jalan Tun Perak - Selepas berehat selama dua jam, ribuan penyokong Bersih mendengar ucapan-ucapan dan berhibur dengan persembahan dalam keadaan berjerebu.

Dalam ucapannya, ahli jawatankuasa BERSIH New Sin Yew berkata semua peserta berbaju kuning dengan tulisan BERSIH 4 dianggap "penjenayah" kerana kerajaan mengharamkan pakaian itu Jumaat lalu.

"Kita semua hari ini jadi penjenayah. Kerana Zahid Hamidi mengharamkan baju BERSIH tetapi apa kita buat, kita datang juga.

"Kita tidak takut undang-undang yang menindas. Hak kita dijamin dalam Perlembagaan - hak untuk bergerak dan meluahkan perasaan. Kerajaan tidak hormat hak kita," kata New.

"Tunjukkan kepada kerajaan, (kita) tidak takut kerajaan, sepatutnya kerajaan takut pada kita."

Beberapa sukarelawan cuba mengawal kebingitan bunyi vuvuzela dengan menaikkan plakad "No vuvuzelas" tetapi tidak ramai pengguna alat tiupan itu mempedulikannya.

2.30pm: Dataran Merdeka - Selepas mesyuarat dengan Ketua Polis Dang Wangi Zainol Samad, Pegerusi BERSIH Maria Chin Abdullah memberitahu bahawa sambutan ambang kemerdekaan dipindahkan ke Bukit Jalil.

"Sambutan malam ini diadakan di Bukit Jalil, tapi perarakan Merdeka esok akan diadakan di sini (Dataran Merdeka)," katanya.

Maria kemudiannya berkata beliau mengucapkan terima kasih kepada polis kerana bekerjasama dan beliau berjanji akan menamatkan perhimpunan BERSIH sebelum tengah malam.

Sementara itu, Maria berkata beliau tidak ambil berat khabar angin bahawa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan membuat penampilan sekali lagi dalam perhimpunan itu.

"Jika dia datang, kita akan sambutnya sebagai peserta," kata Maria.

Sementara itu, Bernama melaporkan persiapan akhir sambutan Hari Kebangsaan 2015 di Dataran Merdeka terjejas kerana laluan masuk dihalang oleh peserta perhimpunan Bersih 4 yang berkumpul memenuhi kawasan sekitar lokasi itu.

Pengerusi Jawatankuasa Acara Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan 2015, Datuk Seri Othman Mahmood berkata persiapan untuk acara Hari Kebangsaan yang akan disambut esok itu tidak berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.

"Setakat pagi ini, saya dan beberapa pegawai dari Jabatan Perdana Menteri hanya dapat menyempurnakan persiapan sambutan sebanyak 50 peratus sahaja.

"Banyak peralatan dan barangan keperluan tidak dapat dibawa masuk ke Dataran Merdeka dan kami hanya mempunyai kurang daripada 17 jam untuk menyempurnakan persiapan itu," katanya ketika ditemui oleh pemberita di ibu negara, hari ini.

2.25pm: Perdana menteri memperkecilkan jumlah peserta BERSIH 4 dengan menggambarkan mereka hanyalah segelintir rakyat Malaysia yang tidak berpuas hati.

Datuk Seri Najib Abdul Razak berkata pihaknya boleh mengumpulkan ratusan ribu penyokong berbanding BERSIH yang hanya berjaya menarik kira-kira 20,000 peserta, lapor Star Online.

Bercakap di Hari Peneroka di Kuala Terengganu hari ini, beliau juga berkata majoriti rakyat masih bersama kerajaan. BERSIH juga tidak mengambil berat kebajikan orang ramai, khususnya di luar bandar, tambahnya.

Perhimpunan 34 jam anjuran BERSIH antaranya bertujuan mendesak Najib berundur atas skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan juga wang RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya.

1.55pm: Jalan Tun Perak - Di tengah-tengah 30,000 penyokong BERSIH 4, sekali-sekala muncul mesej sinis yang mengkritik perdana menteri sehingga menjadi perhatian ramai.

Plakad kuning bertulisan "Najib! Dermalah RM20,000, saya nak kahwin!" menyindir Datuk Seri Najib Abdul Razak yang dilaporkan memilik wang RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya.


"Saya ingin menyindir Najib. Saya masih bujang, mahu berkahwin tetapi saya tidak mampu," kata Firdaus Misnan, 29, kepada Malaysiakini.

1.30pm: Dalam kenyataannya, Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah mengutuk tindakan mengedar minuman kepada peserta perhimpunan semalam yang didakwa menyebabkan keracunan makanan.

Menyifatkan tindakan satu usaha "sabotaj", Maria menasihati peserta-peserta BERSIH agar mengambil minuman percuma di khemah-khemah rasmi tajaan penganjur perhimpunan selama 34 jam itu.

1pm: Jalan Raja - Bersih mengumumkan bahawa sebarang mesej yang tersebar di WhatsApp meminta peserta hadir ke Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) untuk mengutip elaun RM200 adalah palsu.

"Jika anda mahu derma, pergi mencari Najib. Kami tidak memberikan sumbangan. Kita hadir di sini ikut kemahuan kita sendiri," kata seorang juruhebah.

12.45pm Jalan Tun Perak - Walaupun matahari memuncak di atas kepala dan masa makan tengah hari, kira-kira 30,000 peserta Bersih 4 memenuhi jalan-jalan berdekatan Dataran Merdeka sambil tidak henti-henti melaungkan "Bersih".

Mereka yang berbaju kuning kembali memenuhi jalan ini mulai dari Menara Maybank ke arah simpang Jalan Tun Perak-Jalan Tuanku Abdul Rahman, kira-kira 200 meter dari Dataran Merdeka.

Tinggal lagi 11 jam menjelang tengah malam untuk sambutan Hari Kebangsaan ke-58. Bersih menganjurkan perhimpunan ini selama 34 jam mulai 2 petang semalam.

12pm: Dataran Merdeka - Aktivis Bersih Mandeep Singh berkata hasil pertemuan dengan polis tadi, pihak keselamatan memberi kerjasama yang baik.

"Segalanya berjalan lancar, Rakyat malaysia bersama anggota keselanatan untuk rakyat Malaysia.

Beliau juga mengingatkan peserta supaya tidak memasuki kawasan larangan dan perhimpunan masih berbaki 12 jam lagi.

Perhimpunan bermula 2 petang semalam dan akan berakhir tengah malam ini.

"Rundingan yang baik dan jangan duduk kawasan larangan. Inilah sejarah rakyat Malaysia bersama anggota keselamatan. Kita harap semua berjalan lancar," katanya.

Sebelum itu, di Jalan Tun Perak, Mandeep menyampaikan ucapan dan membidas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Najib kata kita tidak patriotik, tapi kami datang untuk sambut merdeka sejak jam 2 petang semalam," katanya sambil berkata rakyat Malaysia sudah muak dengan perdana menteri.

Beliau turut mencabar Najib mengadakan sesi sidang tergempar parlimen bagi supaya mengadakan undi tidak percaya.

Kemudian beliau menggesa terus berhimpun sehingga demonstrasi itu tamat tengah malam ini.

Selepas ucapan Mandeep, ahli musik menaiki trak untuk menyanyikan lagu Ella, 'Standing In The Eyes of The World', dan Bon Jovi, 'It's my life', dan peserta menyanyi bersama-sama.

11am: Muka depan akhbar utama di rak jualan hari ini juga berwarna kuning sebagai tanda kepada perhimpunan Bersih 4.

Tinjauan segera kepada liputan akhbar itu mendapati muka depan akhbar Cina dan Tamil dengan tajuk penuh berwarna bagi perhimpunan itu, telah mendominasi rak akhbar.


Akhbar pro-Umno turut tidak terkecuali, menyampaikan secara negatif mereka berkaitan perhimpunan tersebut.

Berita Harian bertajuk 'Bersih 4 Tak Sayang Negara', manakala akhbar Mingguan Malaysia bertajuk 'DAP kuasai Bersih 4.0' mengekalkan perhimpunan itu adalah "haram".


New Straits Times, bagaimanapun, mendapati letupan di Bangkok lebih mempunyai nilai berita daripada tajuk halaman depan, walaupun ia meletakkan di sisi bahagian bawah bertajuk 'Merdeka Spirit'.

9.50am: Jalan Tun Perak - Kira-kira 1,500 penyokong Bersih berlegar-legar di jalan-jalan berdekatan Dataran Merdeka. Ada yang masih tidur dan ada juga yang baru bangun.

Beberapa kumpulan peserta muncul dari arah stesen LRT Masjid Jamek dan beberapa ratus lagi bergerak dari arah Pudu Sentral.

Mereka yang menuju ke kawasan lapang berhampiran Dataran disambut wakil rakyat Bakri, Er Teck Hwa, yang membahagi-bahagikan roti dari sebuah lori yang dibawanya dari Johor.

9.40am: Jalan Raja - Seorang peserta perhimpunan, Isaiah Jacob, tampil ke pentas untuk menyampaikan ucapan.

Orang Kurang Upaya (OKU) ini, yang sudah tiga kali menyertai demonstrasi Bersih, mengajak peserta memperjuangkan hak dan menuntut perubahan.

"Najib, dengarlah rintihan rakyat," katanya.

Ucapan beliau mendapat tepukan gemuruh. Selepas ucapan, beberapa peserta mengucapkan terima kasih, ada juga peserta yang mengambil kesempatan bergambar bersama Isaiah.

Peserta di Dataran Merdeka bertambah menjadi kira-kira 7,000 kerana ramai peserta akan hadir pada hari kedua perhimpunan.

9.28pm - Jalan Raja - Penganjur mengumumkan program hari ini dengan tiga pentas dibina berdekatan Dataran Merdeka, di Masjid Jamek depan Bank OCBC dan di Jalan TAR.

Mereka turut mengarahkan peserta berhenti menggunakan vuvuzela kerana ia mengganggu pihak keselamatan dan pengawalan peserta.

Mereka juga meminta setiap orang meminimakan muatnaik foto dan video ke internet kerana ia mengurangkan kualiti talian internet kepada orang lain dalam himpunan itu.

9.00am - Senaman diikuti ibadat keagamaan masing-masing.

10am-12pm - Pesembahan BangsART, Awake (Chinese band), persembahan Bangra, ucapan oleh Yi Leong & Khairol Najib.

12pm-2pm - Pengumuman dan makan tengahari

2pm -7pm - Persembahan dan ucapan

7pm -9pm - Pengmuman dan makan malam.

7.30pm - Solat Maghrib

7.50pm - Solat Hajat

8.10pm Zikir/Doa Munajat

8.40pm - Solat Isyak

9.00pm - Tazkirah

9pm-11.59pm - Ucapan tentang 'What next?' Diketuai oleh pemimpin Bersih dari pelbagai tempat

Tengah malam - Penutupan oleh Maria Chin Abdullah & Nyanyian NegaraKu.


Penganjur kata mereka akan memaklumkan sebarang pindaan program.

9am Dataran Merdeka - Kira-kira 40 polis bermotosikal tiba di belakang sekatan. Dalam jarak jauh dari sekatan itu, anggota jawatankuasa pemandu BERSIH Ivy Josiah berada di atas pentas mengetuai senaman dengan peserta.

Beliau berjaya memujuk Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah untuk bersamanya di atas pentas. "Putrajaya, perlu bersih, kami memerhatikan anda," Josiah berkata sambil mengetuai senaman tarian.

Peserta hadir untuk menyertainya. Aktiviti itu berakhir apabila Josiah mengingatkan mereka supaya menjaga kebersihan jalan, mematuhi peraturan dan yang paling tidak memecahkan sekatan.

Dengan acara itu, BERSIH memulakan aktivitinya hari ini.

8.45am Dataran Merdeka - Kebanyakan peserta yang bangun menyertai kira-kira 4,000 peserta lain di kawasan itu. Peserta yang hadir ke situ majoritinya dari Jalan Tun Perak.

Empat helikopter Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melintasi di udara, peserta dengan penuh semangat melambai dan menjerit "Bersih" kepada mereka.

Sementara itu, sebuah pentas sementara sedang disediakan depan Dataran Merdeka dan banyak berkumpul di sekitar pentas dengan menjangkakan terdapat aktiviti pagi.

Beberapa sukarelawan BERSIH tutut membantu pekerja Alam Flora mengimpun dan membuang sampah semalam, yang kemudiannya dimasukkan ke dalam lori sampah.


BERSIH di bandar New York


Bandar New York (NYC): Sebagai sebahagian daripada gerakan Global BERSIH, kira-kira 500 rakyat Malaysia menghadiri himpunan Bersih 4 yang diadakan bertentangan dengan ibu pejabat PBB di bandar New York hari ini.

Ucapan telah disampaikan oleh beberapa orang rakyat Malaysia termasuk menantu kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim Syaheedah Jes Izman. Turut hadir anak lelaki Anwar, Nurul Ihsan.

Peserta kemudian berarak sejauh 300 meter ke persimpangan dengan pintu masuk utama pejabat PBB di mana ucapan disampaikan. Kemudian peserta yang bersemangat itu bersurai selepas menyanyikan lagu Negaraku.

Perhimpunan tu dianjurkan oleh beberapa anak muda Malaysia di NYC yang dikenali jawatankuas bertindak Bersih 4.0 NYV. Mereka juga mencetak baju T kuning BERSIH yang diharamkan mengikut versi mereka yang direka oleh anak perempuan Anwar, Nurul Hana. 8:00am Simpang Jalan TAR-Jalan Tun Perak Sekumpulan 20 individu melaungkan "Bebas Anwar! menarik perhatian peserta Bersih. Kumpulan itu juga melaungkan "Reformasi!".


7:44am Jalan Raja - Ribuan peserta memula hari mereka pagi ini dengan membersihkan diri dan bersarapan pagi.

Seorang sekretariat BERSIH memberitahu Malaysiakini bahawa senaman yang dijadualkan pagi ini dianjakkan ke jam 9 pagi untuk membolehkan para peserta bersiap sedia.

Sementara itu kelihatan tidak ada perarakan latihan untuk Hari Kemerdekaan di Dataran Merdeka hari ini seperti yang diumumkan semalam kerana pihak berkuasa akan meggunakan tempat itu untuk sambutan hari kebangsaan itu pada Isnin.

7:15 am Jalan Raja - Ratusan para peserta berdiri tegak sambil menyanyikan Negaraku.

7am Jalan Raja - MP Shah Alam Khalid Samad mendakwa sekurang-kuranya 30 peratus daripada para peserta terdiri daripada golongan Melayu.

Katanya, jumlah peserta dari kaum lain meningkat secara mendadak kali ini.

"Jika anda hitung, 30 peratus daripada 200,00 penyokong adalah sama dengan perhimpunan sebelum ini.

Isu kaum dalam perhimpunan itu tidak harus dilayan," katanya dalam satu ceramah ringkas kepada kira-kira 100 orang.

6.30am Simpang Jalan TAR-Jalan Tun Perak. Para peserta perhimpunan mula bangun dari tidur dan mengemaskan tempat tidur mereka. 6am Simpang Jalan Raja-Jalan Tun Perak - Para peserta bergegas ke Masjid Jamek sebaik sahaja azan Subuh dilaungkan.

Beberapa orang peserta bagaimanapun memilih untuk menunaikan fardu Subuh di Jalan Raja bersama rakan-rakan mereka.

Pelbagai gelagat para peserta dapat diperhatikan di kawasan sekitar perhimpunan.

Selain hamparan tikar, kotak dan beg tidur, ada juga yang menggunakan rajut.

5.05am Jalan Tun Perak - Sekumpulan anak muda mengedar sandwic percuma kepada para peserta.

Mereka menyediakan 1,500 sandwic tuna untuk diagihkan kepada peserta yang bermalam di kawasan perhimpunan.

Kumpulan ini bertegas untuk tidak menerima bayaran, seperti ditunjukkan pada slogan "Duit kopi tak mahu" di poster yang dibawa.

4.52am: Jalan Raja - Seorang peserta bersama pasangannya berlindung dalam sebuah khemah.

Pemuda yang hanya ingin dikenali dengan nama Andy itu berkata khemah tersebut untuk melindungi barangan berharganya.

Katanya, tindakannya mendirikan khemah itu "tidak apa-apa" walau perkara itu ditegah DBKL.

'Hadir ke BERSIH 4 (dianggap) haram, pakai baju (dianggap) haram jadi apalah sangat dengan satu khemah kecil?".

Selain itu, dua lagi khemah turut dikesan di Jalan Parlimen.

3.11am Jalan Raja - Lim Kit Siang menginap di salah sebuah khemah yang didirikan Mohamad Sabu, berhampiran sekatan polis dekat Dataran Merdeka.

2am Simpang Jalan Raja-Jalan Tun Perak – Ribuan peserta yang tadinya cergas bertenaga kini hampir kesemuanya rebah.

Ada yang melelapkan mata di atas hamparan dan ada juga yang hanya berbaring di atas aspal, dengan berbantalkan lengan.

Deru angin mendinginkan lagi malam yang kian larut.

1am Jalan TAR – Pemimpin pasukan perubatan BERSIH, Geng Ta mengesahkan, pasukannya terima 13 kes keracunan makanan setakat ini.

Seramai 13 orang peserta mengadu mengenai sakit perut dan cirit birit dan seterusnya, enam orang dihantar ke Hospital Kuala Lumpur, katanya.

“Pasukan perubatan kami akan mengendalikan kes ini sebagai keracunan makanan,” katanya yang menambah, keadaan para peserta itu kini stabil dan tidak dianggap serius.

Tambahnya, ia mungkin berpunca daripada minuman yang diminum oleh para peserta berkenaan.

Katanya, ada pihak mengesyaki minuman yang diletakkan di tepi jalan itu dicemari oleh pihak tertentu.

“Kami menghantar segala laporan ini kepada polis kerana kes ini sepatutnya disiasat polis,” kata Geng Ta.



Unit Arief berjaya menahan seorang pemprovokasi
yang cuba melempar mercun


Seorang lelaki Cina memberi air minumnya kepada lelaki muslim untuk mengambil wuduk utk solat Asar...hanya di ‪#‎Bersih4









































p/s Blog GB akan cuba kemaskinikan entri ini dari masa ke semasa. Sila refresh setiap 30 minit.





ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.





IKLAN BERBAYAR




30 Ogo 2015

[VIDEO & GAMBAR] BERSIH 4.0 Disambut Di Serata Dunia -UPDATED

Bersih Global bermula di serata dunia

Sementara beribu peserta turun padang ke Kuala Lumpur di perhimpunan Bersih 4 hari ini, beribu lagi melakukan perkara yang sama di serata dunia dalam cara mereka tersendiri.

Di Perth, Australia, rakyat Malaysia berkumpul sejak pagi di Langley Park untuk perhimpunan Bersih 4 mereka sendiri yang dianjurkan Bersihkan Malaysia Perth dan Malaysian Progressive Australia.

Gambar-gambar dimuatnaik ke laman Facebook Bersih 4 Perth, menunjukkan para peserta – ramai antara mereka memakai kemeja-T kuning Bersih 4 dan memegang bendera Malaysia – berkumpul di tempat pertemuan di Langley Park sementara mereka bersedia untuk berarak ke arah Konsulat Jeneral Malaysia di Adelaide Terrace berhampiran.

Terdapat juga gambar menunjukkan Hyundai Veloster kuning yang diparkir di pintu gerbang bangunan Konsulat Jeneral tersebut. Nombor plat kereta tersebut tertera 'BERS1H'.

Pengguna Facebook Soon Yee Yap yang memuat naik beberapa gambar himpunan menulis, "Langit juga cerah untuk perhimpunan ini. #Bersih4 #Bersih4Perth."

Di Canberra, kira-kira 100 rakyat Malaysia berkumpul di hadapan Rumah Parlimen dalam solidaiti bersama rakyat Malaysia di seluruh dunia menuntut reformasi dan peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata Global Bersih di ibu kota Australia.

Kumpulan tersebut berkata mereka juga menuntut Najib menyerahkan akaun banknya untuk dilihat awam bagi semua penemuan tentang skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Najib sedang mengambil semua langkah yang ada untuk melindungi korupsi. Beliau dengan angkuh mengendahkan harapan rakyat Malaysia untuk integriti dan keadilan.

"Beliau sudah kehilangan semua kesahihan untuk kekal di dalam jabatan," kata Sum Dek Joe, jurucakap Global Bersih di Canberra dalam satu kenyataan.

Beliau berkata penting bagi rakyat Malaysia di Canberra untuk menyatakan pendirian tentang isu yang mereka bimbangkan tentang perkembangan politik dan ekonomi di Malaysia dan kerap mengikuti berita atas talian.

"Sesetengah pelajar Malaysia juga di bawah tekanan yang kuat kerana kejatuhan ringgit yang mendadak, yang bermakna keluarga mereka perlu membayar lebih wang untuk membiayai pembelajaran mereka di Australia."

Perarakan tersebut yang dianjurkan bahagian global kumpulan reformasi itu bermula pada 3pm (Australia Eastern Standard Time), merupakan perhimpunan Malaysia yang terbesar pernah berkumpul di Canberra.

Ini kali ketiga rakyat Malaysia di Canberra berkumpul dalam solidariti di bawah nama Bersih. Mereka berkumpul sebelum ini untuk perarakan Bersih 2.0 ada 2011 dan Bersih 3 pada 2012.

Suasana dan semangat untuk berdiri dalam solidariti dengan rakyat Malaysia juga dilihat di Sydney dan Melbourne, Australia.

Di Sydney, rakyat Malaysia berkumpul di Dewan Bandaraya di George Street untuk meluahkan kebimbangan mereka tentang situasi di Malaysia dan kekecewaan mereka dengan kepimpinan kerajaan.

Di Melbourne dan Brisbane, beribu rakyat Malaysia dan rakan-rakan berkumpul di Federation Square untuk tujuan yang sama.

Peserta perhimpunan di merata dunia juga berkongsi saat Bersih 4 mereka di lokasi masing-masing melalui kumpulan Global Bersih di Facebook dan Twitter.

Terdapat peserta perhimpunan Bersih 4, sama ada dalam kumpulan besar atau kecil atau sebagai individu, di Freedom Square Taipei, Taiwan, Suzhou di China; Wellington dan Auckland di New Zealand; Ontario, Kanada, Switzerland, Perancis; Singapura, Mongolia, Qatar dan juga Timor Leste.

Sebuah kumpulan berpakaian kuning juga berkumpul d University of Washington di Seattle, Amerika Syarikat dalam satu gambar di Twitter.

Terdapat juga program solidariti di dalam laut, di mana penyelam di Bali mengambil gambar bawah laut dengan kain rentang kuning Bersih 4. -TMI


CHRIST CHURCH NEW ZEALAND

DOHA, QATAR

JAKARTA

MELBOURNE, AUSTRALIA

CANBERRA, AUSTRALIA

LONDON

HONG KONG

ULAANBATAR, MONGOLIA

ONTARIO, KANADA

PHNOM PHEN, CAMBODIA

SUZHOU, CHINA

SYDNEY, AUSTRALIA

TAIPEI, TAIWAN

TOKYO, JEPUN

WELLINGTON

BALI, INDONESIA














ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.





IKLAN BERBAYAR