31 Dis 2009

Harga Roti, Gula Naik Sempena Tahun Baru 2010

Raikan sambutan tahun baru 2010 anda dengan kenaikan harga barangan asas.

Berkuatkuasa 1 Januari depan, harga roti putih dinaikkan ekoran daripada tindakan Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna memberhentikan subsidi dan memansuhkannya daripada senarai barang kawalan.

Harga roti biasa meningkat 40 sen manakala bagi harga roti klasik combo melonjak 50 sen dari harga asal.

Sementara itu, gula naik 20 sen bagi setiap kilogram bermula esok. Harga gula mengikut kenaikan terbaru ini adalah RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak.

Menteri Hal-Ehwal Pengguna Datuk Mohd Zain Mohd Dom berkata kenaikan ini berpunca dari lonjakan harga gula mentah di pasaran dunia.

Mengulas perkara ini, Setiasaha Agung FOMCA Muhammad Sha'ani Abdullah berkata kerajaan seharusnya prihatin kepada tekanan kos kehidupan rakyat hari ini.

Beliau menambah kebajikan rakyat harus didahulukan dalam suasana kemelut ekonomi yang belum menamppakan sebarang tanda-tanda pemulihan.

“Kami tidak begitu selesa dengan kenaikan harga roti pada tahun baru ini kerana masih banyak usaha-usaha kerajaan tidak dilaksanakan lagi untuk mengurangkan beban kos beban rakyat. Dalam keadaan ini kerajaan harus fikir semula sebarang penarikan balik subsidi-subsidi kepada barangan pengguna supaya ini tidak menjadi satu beban kepada rakyat," katanya.

Mengulas isu yang sama, Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Md Akin berkata PKR mengecam kenaikan harga barangan asas ini yang disifatkan sebagai hadiah tahun baru Perdana Menteri Najib Abdul Razak kepada rakyat termiskin.

"Ini saya lihat sebagai suatu hadiah dato najib sebagai Perdana Menteri yang juga yang memimpin kerajaan Barisan Nasional kepada rakyat. Tentunya ini bukan yang menyenangkan rakyat dan sudah pasti memberi beban dan ini sudah tentu bercanggah dengan slogan 'Rakyat Didahulukan'," katanya. -TVS



RM800 juta Masalah Diwarisi Dari Era Umno-BN

Kerajaan negeri Kelantan mendakwa situasi pihaknya diarah membayar ganti rugi RM800 juta kepada sebuah syarikat pembalakan kerana melanggar beberapa perjanjian di antara kedua-dua belah pihak sejak 45 tahun lalu berpunca daripada keputusan era pentadbiran Umno-BN.

Ketika menyatakan perkara itu di sini hari ini, Exco Kerajaan Negeri Datuk Husam Musa (gambar) berkata masalah itu berpunca daripada pembatalan projek pada tahun 1975

“Masalah itu berpunca daripada pembatalan projek pada tahun 1975 iaitu semasa pemerintahan kerajaan Umno,” kata Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat ini.

Sehubungan itu kata beliau, pihaknya akan membuat rayuan kelak.

Bagaimanapun beliau tidak menyatakan bila rayuan akan dibuat oleh kerajaan negeri.

Keputusan Mahkamah Tinggi Kota Baru itu dikatakan mencatatkan sejarah tersendiri kerana jumlah ganti rugi itu adalah antara yang terbesar dalam kes sivil di negara ini.

Difahamkan keputusan itu dibuat dalam prosiding yang berlangsung semalam membabitkan Timbermine Sdn Bhd dan kerajaan negeri.

Kes itu dipercayai semula difailkan pada tahun 2004.

Jumlah ganti rugi itu termasuk RM560 juta bagi 30 peratus pemilikan syarikat dalam kawasan pembalakan seluas 112,000 hektar, ganti rugi khas RM13.6 juta, bayaran gaji pekerja yang diberhentikan (RM1.74 juta), faedah lapan peratus sejak 2004 berjumlah RM240 juta dan kos sebanyak RM200,000.

Husam berkata, syarikat itu menerima konsesi daripada kerajaan negeri pada 20 Julai 1964, namun perjanjian tersebut dibatalkan semasa pemerintahan kerajaan BN pada 1975.

Beliau menjelaskan perkara itu berlanjutan di mana syarikat terbabit telah berurusan dengan kerajaan BN daripada 1982 sehingga 1989.

“Bagaimanapun syarikat terbabit menghantar tuntutan susulan mereka pada 2004 selepas kerajaan negeri bertukar tangan,” kata beliau sambil menyifatkan masalah itu adalah perkara lama yang sepatutnya diselesaikan kerajaan negeri sebelum ini.

Kata Husam, walaupun kes tersebut tidak berpihak kepada kerajaan, namun kerajaan bersetuju untuk membuat rayuan bagi mendapatkan keputusan di sebaliknya.

“Bukan bermakna sekarang kita kena bayar RM800 juta kerana rayuan akan dikemukakan terlebih dahulu,” katanya. - Mohd Zuharman

Tangan Ghaib Pihak Ketiga Main Peranannya Di Kelantan

Susulan perubahan dalam barisan pegawai kanan Pejabat Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dipercayai kemungkinan akan melakukan rombakan Exco kerajaan negeri dalam waktu terdekat.

Malah beberapa pihak mendakwa wujud “tangan ghaib” yang kini memainkan dalam menentukan perubahan-perubahan yang sedang dan bakal berlaku dalam pentadbiran kerajaan negeri itu.

Kelmarin Nik Aziz mengumumkan setiausaha politiknya Anual Bakhri Haron dan setiausaha akhbar Mohd Saiba Yaakub akan berhenti daripada berkhidmat di Pejabat Menteri Besar awal tahun 2010 selepas mereka memutuskan tidak mahu kontrak mereka diperbaharui.

Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS menafikan tindakan mereka ada kaitan dengan perkembangan isu politik di negeri itu sejak kebelakangan ini.

"Mutakhir maklumat yang diperolehi dari sumber yang sangat dipercayai bahawa satu rombakan barisan Exco Kerajaan Kelantan akan dibuat tidak lama lagi di mana beberapa orang Exco kanan dan pimpinan PAS Negeri akan terpelanting dan tidak akan dilantik semula. Daripada nama yang disebut, saya sendiri pun terkejut dengan mereka yang bakal digugurkan.

"Saya melihat seolah-olah di Kelantan kini sudah wujud satu 'tangan ghaib' atau 'kuasa ketiga' yang memainkan peranan menyusun semula barisan kepimpinan kerajaan negeri demi menjaga periuk nasi dan kepentingan pihak tertentu," kata Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin dalam blognya.

Pemimpin PKR itu menambah sekiranya strategi dan perancangan “kuasa ketiga” ini berjalan lancar, Pejabat MB Kelantan dan juga barisan pimpinan kerajaan negeri akan dikuasai sepenuhnya oleh “kuasa ketiga” ini.

PKR merupakan salah satu anggota gandingan Pakatan Rakyat. Dua komponen yang lain ialah DAP dan PAS.

"Apakah Menteri Besar menyedari perkara ini? Atau adakah 'kuasa ketiga' ini mempergunakan Menteri Besar untuk kepentingan mereka sendiri?

"Apa pun saya mendoakan Menteri Besar akan mendapat petunjuk dan hidayah Allah dalam apa jua keputusan dan tindakan yang telah, sedang dan akan diambil beliau.

"Apa pun, natijah daripada ini semua kemungkinan besarnya akan melemahkan kerajaan negeri," katanya.

Zulkifli juga menyebut dengan "terpelantingnya tokoh-tokoh muda, hebat dan dinamik dalam saf kepimpinan negeri Kelantan ini, saya khuatir “bulan purnama” yang menyinari bumi Serambi Mekah selama 20 tahun ini akan menjadi malap dan pudar.

"Dan, kelak hanya masa dan ketika sahaja menanti untuk gerhana sang bulan berlaku di Kelantan," katanya.

Nik Aziz yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan memimpin negeri itu sejak pilihan raya umum 1990. -MI

Husam Hantar Surat Terbuka Kepada TDM

Untuk Tun Dr. Mahathir,
(Surat Terbuka)

Tun,

Amat malang sekali PM telah menolak cadangan Tun supaya sebuah Suruhanjaya Diraja menyiasat pengurusan kewangan Tun dan Pak Lah dibentuk.

Alasan Najib sekadar melepas batuk di tangga. Sapu bawah karpet. Kemudian goyang kaki.

Jika Najib seorang PM yang serius melihat pulihnya pengurusan prudent, beliau mesti berbuat sesuatu. Kalau pun enggan menubuhkan Suruhanjaya Diraja.

Menteri Kewangan boleh membentangkan Kertas Putih mengenai ke mana wang minyak RM 270 billion telah dibelanjakan. Tun harus menggerakkan cadangan ini. Paling tidak, Parlimen akan mendapat penjelasan melalui Kertas Putih MOF itu.

Ia mampu dilakukan oleh Kerajaan dan atas prinsip telus dan berakauntable, tidak ada sebab Najib enggan berbuat demikian.

Tentang penggunaan wang RM 270 billion tersebut, memang ada kebenarannya untuk diragui.

Senarai ringkas di bawah sedikit sebanyak boleh memberikan gambaran bagaimana wang itu dibazirkan sesuka hati;

a. Pembatalan kontrak Landasan Berkembar Rawang-Ipoh.
Bayaran ganti rugi kepada DRB-Hicom - RM425mil
b. Pembatalan kontrak Jambatan Kedua Malaysia-Singapura
Bayaran ganti rugi kepada Gerbang Perdana - anggaran awal RM360mil
c. Bayaran ganti rugi kepada operator lebuhraya RM380mil

Compensation to be paid to nine highway concessionaires are as follows

1. Ampang-Ulu Kelang Elevated Highway RM28 million,

2. North South Expressway (Central Link) RM18 million,

3. Seremban-Port Dickson Highway RM178 million,

4. Kulim-Butterworth Highway RM10 million,

5. Malaysia-Singapore Second Link RM6 million,

6. Sprint Highway RM34 million,

7. North Klang Valley Expressway RM9 million, and

8. Penang Bridge RM22 million.

d. RM 500 juta - pembelian bas baru untuk Rapid KL milik Khazanah. 1,000 bas sedia ada terpaksa disadai
e. Kompleks CIQ berharga RM 1 b menjadi gajah putih hasil pembatalan pembinaan Jambatan Kedua.

"The result is that more than RM1 billion has been wasted building the Customs, Immigration and Quarantine (CIQ) complex (left), foundation works for a new railway station, pilings and preliminary works on the road linking the CIQ to the bridge plus compensation to the contractors because of the cancellation of the projects."

f. Kos pembinaan Landasan Berkembar Rawang- Ipoh, mengikut PAC, meningkat RM 1.43 billion dari harga asal. Mengikut laporan lain, ia meningkat dari RM 2.7 pada Julai 2007 kepada RM4.8 billion pada Mei 2008. Peningkatan 77% dalam tempoh 10 bulan!

g. Pembatalan insinerator Broga - dianggarkan di antara RM 500 juta hingga RM 700 juta untuk bayaran pampasan dan berkaitan.

Angka di atas sahaja dah mencecah RM 5.5 billion!

Sebahagian kos ini berlaku kerana sistem runding terus. Sebahagian, untuk menyediakan peluang perniagaan kepada pihak tertentu semata-mata. Sebahagian kerana bayaran ganti rugi semata-mata.

Siapa patut disalahkan, tidak disentuh di sini. Namun, bagaimana wang yang sangat besar boleh diselamatkan jika Kerajaan cekap dan berhemat.

Saya percaya, Tun mampu mempengaruhi Najib membentangkan Kertas Putih itu pada sidang Parlimen akan datang.

Atau, jika Tun ada cadangan lain bagaimana siasatan dan penjelasan terhadap isu ini boleh dilakukan.

Terima kasih.

Husam Musa
(surat ini akan difakskan ke pejabat Tun M pada 31 Disember 2009)

Kelantan Ditimpa "Celaka"

Kerajaan Negeri Kelantan dikatakan diperintah membayar ganti rugi berjumlah RM800 juta kepada sebuah syarikat pembalakan kerana melanggar beberapa perjanjian di antara kedua-dua belah pihak sejak 45 tahun lalu.

Keputusan Mahkamah Tinggi Kota Baru itu dikatakan mencatatkan sejarah tersendiri kerana jumlah ganti rugi itu adalah antara yang terbesar dalam kes sivil di negara ini.

Difahamkan keputusan itu dibuat dalam prosiding yang berlangsung semalam ang membabitkan Timbermine Sdn Bhd dan kerajaan negeri.

Kes itu dipercayai difailkan pada tahun 2004. -BERNAMA


Ulasan GB
Sama-sama kita berdoa agar Allah selamatkan pemerintahan PAS

p/s Sebelumnya TGNA cakap "memang celaka blog tu"....
dan dua setiausahanya disingkirkan.

Parti Bulan Menghadapi Zaman Gerhananya?

Fenomena gerhana bulan separa dijangka berlaku esok - Jumaat 1 Januari 2010 bersamaan dengan 15 Muharam 1431 Hijriah, bermula pukul 1.17 pagi hingga 5.28 pagi waktu tempatan. Menurut kenyataan JAKIM hari ini, gerhana akan bermula dengan fasa penumbra pada pukul 1.17 pagi dan mencapai tahap gerhana maksimum pada pukul 3.24 pagi. Gerhana ini dijangka berakhir pada pukul 5.28 pagi.

Saya bukan tukang tilik apa lagi mempercayai khurafat yang boleh menyebabkan akidah saya tergelincir. Tapi secara kebetulan tahun 2010 disambut oleh parti Pas dengan pelbagai kenangan tidak manis sepanjang tahun 2009. Seolah-olah sedikit demi sedikit sepanjang 2009, gerhana bulan sudah melanda parti bulan (Pas).

Sebenarnya 2009 dimulai dengan sinar cemerlang untuk Pas apabila memenangi pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari 2009 dengan majoriti lumayan yang sekaligus merampas kerusi itu dari tangan BN. Ia kemudian disusuli dengan kemenangan Pas untuk kerusi Parlimen Bukit Gantang dan DUN Penanti beberapa bulan kemudian, semuanya dengan majoriti yang amat lumayan.

Tapi lepas itu Pas mengalami ujian demi ujian dari Allah. Bermula dengan isu kerajaan perpaduan, perang dingin antara dua puak dalam parti sehingga timbul cabar mencabar untuk letak jawatan, kemenangan tipis dalam PRK Manek Urai, kekalahan dalam PRK Teluk Kemang, isu amalan kronisme dalam kepimpinan tertinggi Pas dan terbaru pengunduran dua personaliti penting di pejabat Menteri Besar Kelantan. Walaupun pihak-pihak yang didakwa bertelagah enggan mengaku mereka bertelagah, namun masih ramai yang percaya jika tiada angin mustahil pokok bergoyang. Walaupun memang benar media arus perdana memainkan peranan untuk membesar-besarkan ribut kecil dalam cawan, tapi ramai berpendapat ribut dalam cawan atau ribut dalam tangki besar adalah tetap ribut juga yang tidak boleh dipandang ringan.

Oleh itu apabila 1 Januari 2010 - permulaan tahun baru - disambut oleh gerhana bulan, parti bulan (Pas) perlu melihatnya dari sudut positif. Pemimpin-pemimpin parti bulan perlu melakukan banyak kerja supaya tiada gerhana bulan lagi yang melanda Pas. Gerhana bulan yang berlaku di Malaysia pada awal pagi 1 Januari 2010 nanti hanya gerhana separa bukan gerhana penuh di mana bulan hilang terus di ufuk langit. Bayangkan jika gerhana bulan penuh melanda parti bulan pada 2010, alamatnya Pas mungkin akan berpecah menjadi parti serpihan, pakatan pembangkang di bawah PR akan musnah dan mungkin gulung tikar dan BN akan tertawa besar sambil membayangkan kabinet baru yang akan ditubuhkan di negeri-negeri yang kini dikuasai oleh PR. Dan jika itu berlaku.... pemenang PRU ke-13 sudah boleh dijangka!

Justeru selain bersolat sunat gerhana pada 1 Januari 2010, kepimpinan Pas perlu merenung kembali antara kepentingan diri sendiri, kepentingan keluarga, kepentingan parti dan kepentingan rakyat terbanyak yang masih mengharapkan perubahan pucuk pimpinan di peringkat federal dalam PRU ke-13 menjadi kenyataan.

Kepada kepimpinan Pas, jangan biarkan gerhana bulan esok 1 Januari 2010 menjadi petanda gerhana penuh yang memusnahkan parti bulan pada 2010 ini!! -Pendikargunung

30 Dis 2009

Gus Dur Kembali Ke Rahmatullah

Mantan Presiden Indonesia Abdurrahman Wahid pada 1999-2001 atau dikenali Gus Dur meninggal dunia pukul 6.45 petang tadi di Rumah Sakit Cipto Mangunkusumo (RSCM) Jakarta.

Gus Dur yang juga mantan Ketua Umum Pengurus Besar Nahdlatul Ulama (PBNU) ini dirawat di RSCM sejak Rabu petang.

Sebelum dirawat di RSCM Jakarta, Gus Dur sempat menjalani perawatan medis di RS Jombang Jawa Timur minggu lalu karena kelelahan setelah melakukan kunjungan ke beberapa pondok pesantren di Jawa Timur.

Wartawan BBC, Heyder Affan, yang berada di RSCM mengatakan para pejabat negara diantaranya Menko Kesra Agung Laksono, para aktivis Lembaga Swadaya Masyarakat dan berbagai tokoh masyarakat tampak melayat ke RSCM.

"Gus Dur telah membawa NU ke cakrawala yang lebih luas, baik di tingkat pemikiran maupun pergaulan, memperkenalkan erti pluralisme," kata Yahya Cholil Staquf, jurubicara sewaktu Gus Dur menjabat sebagai presiden, memberikan komen peranan Gus Dur di dalam organisasi terbesar Islam di Indonesia itu.

Gus Dur lahir di Denanyar, Jombang, 4 Agustus 1940, menempuh pendidikan di Universiti Al Azhar di Kairo, Mesir serta Fakulti Sastra, Universiti Baghdad, Irak.

Gus Dur dikenal sebagai seorang intelektual Muslim yang toleran, dan dekat dengan berbagai kalangan non-Muslim dan dilihat sebagai tokoh pluralis Indonesia.

Gus Dur meninggalkan seorang isteri dan empat anak perempuan.

Ulasan GB
Al-fatihah untuk Allayarham Abdurrahman Wahid.

p/s Aduka Taruna tersilap mentafsir mimpi. Bukan tokoh gerakan Islam Malaysia meninggal tetapi tokoh gerakan Islam Indonesia yang meninggal.

Enjit Jet Hilang, Bentuk Suruhanjaya Diraja Siasat

Pakatan Rakyat menolak perlaksaan ‘Program Juara Rakyat’ sebaliknya menggesa pembentukan Suruhanjaya Diraja menyiasat penyeludupan jet enjin Tentera Udara Diraja Malaysia ke tangan syarikat asing.

Naib Presiden Pas Salehuddin Ayob menjelaskan kebocoran keselamatan negara tidak boleh diluruskan melalui kempen propaganda pemerintah, sebaliknya ia harus dibahaskan di Parlimen dan disiasat dengan telus oleh sebuah suruhanjaya dibawah kuasa Yang Di-Pertuan Agong.

“Saya tetap mengatakan bahawa satu suruhanjaya diraja dibentuk untuk menyiasat sebab perkara ini adalah kes yang melibatkan keselamatan negara yang berprofil tinggi, satu isu yang tidak boleh dipandang ringan sama sekali dan melibatkan maruah Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan perlu ada suatu penyiasatan yang high handed maksudnya mesti ditangani satu Suruhanjaya Diraja yang mesti dibentuk segera," katanya.

Salehuddin berpendapat ‘Program Juara Rakyat’ adalah usaha untuk menutup kesalahan pihak tertentu.

Beliau menggesa kerajaan untuk tidak ragu-ragu mengheret pengkhianat negara yang terbabit – berpangkat tinggi mahupun awam – ke mahkamah.

“Kempen itu tidak akan dapat menyelesaikan masalah kerana yang perlu sekarang ini adalah kes tersebut dibongkar dan didedahkan apakah punca sebenarnya perkara itu boleh berlaku hingga menyebabkan kehilangan di kawasan yang dikatakan paling selamat dalam kawasan keselamatan tentera hingga enjin pesawat boleh hilang. Itu satu perkara yang besar," katanya. - FANSURINA ABDULLAH (TVS)



Najib Tak Berani Tubuh Suruhanjaya Siasat Mahathir

Kerajaan Barisan Nasional tidak akan menubuhkan apa-apa Suruhanjaya Siasatan DiRaja kerana pemimpin nombor satu negara Najib Abdul Razak sendiri merupakan seorang tokoh yang kontroversial, terpalit dengan perbagai dakwaan salah laku rasuah.

"Saya percaya beliau (Najib) tidak berani tubuh Suruhanjaya Siasatan itu," kata Ahli Parlimen Keadilan – Padang Serai, N Gobalakrishnan kepada Free Malaysia Today, hari ini ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri di Sabah semalam.

Ketika berucap kepada para pemberita selepas merasmikan kongres tahunan Parti Bersatu Rakyat Sabah ke 14 di Kota Kinabalu, Najib berkata, "selalu benar ada desakan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di Raja untuk setiap perkara yang berlaku."

Najib berkata demikian ekoran dari desakan daripada pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang supaya ditubuhkan Suruhanjaya itu bagi menyiasat dakwaan pengarang Barry Wain dalam bukunya ke atas mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam bukunya bertajuk "Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times", Wain mendakwa Dr Mahathir telah mengakibatkan Malaysia kerugian sebanyak RM100 bilion kerana rasuah dan membina projek-projek mega dalam tempuh 23 tahun pemerintahannya.

Menurut Gobalakrishnan, Najib sekali-kali tidak akan menubuhkan Suruhanjaya itu atau mana-mana Suruhanjaya bagi menyiasat salah laku Dr Mahathir atau pemimpin-pemimpin yang lain.

"Ini kerana Najib seolah-olah akan membuka pintu siasatan ke atas beliau (Najib) sendiri kepada perdana menteri yang akan menggantikan beliau kelak," terang Gobalakrishan.

Menurut beliau, Najib adalah seorang perdana menteri yang paling korup dalam sejarah tanah air, melebihi Dr Mahathir.

Memandangkan Dr Mahathir adalah mentornya maka Najib tidak akan mengambil sebarang tindakan.

Dr Mahathir pula, kata Gobalakrishnan, adalah seorang petualang yang bertanggungjawab merosakkan ekonomi Malaysia dengan merampuk kekayaaan negara menerusi hasil mahsyul Petronas, perlakuan rasuah, ketirisan dalam projek-projek rundingan terus, pembinaan projek-projek raksasa dan banyak lagi. -FMT


Suruhanjaya Diraja: Najib takut kena jerat sendiri
Oleh Fazallah Pit

Datuk Seri Najib Razak memilih jalan selamat berkaitan isu penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat pembaziran RM100 bilion yang dilakukan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KEADILAN, Badrul Hisham Shahrin berkata Najib bimbang beliau sendiri akan dihadapkan ke suruhanjaya itu apabila tidak lagi menjadi Perdana Menteri.

Beliau berkata, Najib tidak mahu memulakan budaya menyiasat bekas Perdana Menteri melalui penubuhan suruhanjaya seumpama itu, yang boleh menjerat dirinya kelak.

"Najib sendiri bukan sahaja main duit dan membazir tapi terbabit dalam kes pembunuhan," katanya yang menganggap Najib memilih ‘jalan selamat’ ketika dihubungi freemalaysiatoday.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan Najib hari ini yang enggan menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat dakwaan terhadap Dr Mahathir membazirkan wang kerajaan berjumlah RM100 bilion seperti cadangan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Najib memberi alasan suruhanjaya itu tidak perlu ditubuh semata-mata dakwaan itu berasaskan sebuah buku yang ditulis seorang penulis Barat.

Calon KEADILAN yang tewas kepada Khairy Jamaluddin dalam pertembungan paling kontroversi pada pilihan raya umum lalu, berkata, Najib juga tidak akan menyiasat Tun Abdullah Badawi.

Sebaliknya, beliau berkata, Najib secara tidak langsung telah menghadiahi bekas Perdana Menteri itu sebuah rumah bernilai RM12 juta.

Katanya, Najib jika boleh lebih seronok memberi tekanan politik kepada Dr Mahathir dan Abdullah tapi lebih takut jika ditekan kedua-dua pihak

Badrul juga secara sinis tidak menggelar Najib sebagai Perdana Menteri atau dalam bahasa Inggeris, Prime Minister, sebaliknya Crime Minister (Menteri Jenayah).

Beliau juga menyarankan kerajaan supaya membenar pengedaran buku berjudul ‘Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times’ yang mendedahkan pembaziran itu. -FMT



SPR Ikut Telunjuk BN, Sepatutnya Tumpukan Hal Lebih Penting

Cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi mengadakan tempoh bertenang selama 24 jam dan proses penamaan calon selama tiga hari mendapat reaksi berbeza daripada pemimpin parti-parti politik.

Rata-rata parti pembangkang menyifatkan cadangan berkenaan merupakan sesuatu yang sia-sia dan tidak akan memberi banyak perubahan kepada sistem pilihan raya di negara ini.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menyifatkan, cadangan berkenaan merupakan sesuatu yang mengarut dan tidak berfaedah.

Beliau berkata, cadangan supaya tempoh penamaan calon dilanjutkan selama tiga hari hanya membuang masa dan merugikan.

"Ini mengarut dan buang masa. PAS tolak sama sekali cadangan ini," katanya di sini hari ini, Mstar dipetik.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai cadangan SPR untuk meminda Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981.

Antara cadangannya ialah bagi melanjutkan tempoh bertenang selama 24 jam dan proses penamaan calon selama tiga hari bagi membendung kekecohan dan keganasan yang ditimbulkan oleh penyokong-penyokong parti bertanding.

Jika cadangan itu diluluskan maka tempoh bertenang akan bermula sehari sebelum hari pembuangan undi berbanding bermula pada pukul 12 tengah malam sebelum hari pengundian sekarang ini.

Cadangan supaya tempoh penamaan calon dipanjangkan selama tiga hari pula untuk mengelakkan pertembungan penyokong parti-parti bertanding yang datang secara serentak.

Selain itu, Salahuddin juga berkata, SPR sepatutnya menumpukan kepada usaha untuk meningkatkan integriti suruhanjaya itu terutamanya dalam isu-isu yang memberi kepentingan kepada rakyat.

"Saya nak nasihatkan kepada SPR supaya fikir perkara-perkara yang lebih besar dan memberi manfaat kepada pengundi... bukannya perkara remeh dan teknikal macam ini.

"Ada banyak isu lain perlu diteliti seperti masalah undi pos, kos perbelanjaan pilihan raya serta mengenai kebebasan media," katanya.

Jelas beliau, isu keselamatan yang dibangkitkan oleh SPR sebenarnya boleh diatasi dengan meningkatkan kerjasama dengan pasukan keselamatan.

Katanya, isu berkenaan tidak akan berbangkit sekiranya SPR menyediakan mekanisme yang terancang bagi mengelak berlakunya kekecohan di kalangan penyokong parti pada hari penamaan calon.

"SPR sepatutnya sediakan tempat yang sesuai untuk para penyokong bagi parti-parti yang bertanding.

"Mereka juga perlu tingkatkan kawalan keselamatan dengan kerjasama pihak yang berwajib bagi mengawal proses penamaan calon... itu sahaja," katanya.

Bagaimanapun katanya, cadangan bagi melanjutkan tempoh bertenang kepada 24 jam adalah sesuatu yang baik.

"Yang itu baiklah, itu tak ada masalah... tapi walau apa pun kita kena bahas dulu usul ini bila ia dibentangkan di Parlimen nanti," katanya.

Bagi Parti Keadilan Rakyat (PKR), mereka juga menolak cadangan berkenaan kerana menganggap ia hanya memberi kepentingan kepada Barisan Nasional (BN).

Sementara itu, Pengarah Strategi PKR, Tian Chua berkata, pihaknya meragui cadangan SPR itu kerana dilihat mempunyai muslihat yang tersembunyi.

"Dengan cadangan ini kita nampak macam SPR ada agenda tertentu untuk berpihak kepada BN.

"Itu semua cadangan BN, cadangan kita dari pembangkang langsung tidak diendahkan sedangkan isu-isunya adalah lebih besar dan penting.

"Kita bukan sahaja menolak, tapi kesal dengan sikap SPR yang agak berat sebelah ini,"
katanya.

Jelasnya, SPR perlu lebih prihatin dan peka dengan permintaan rakyat yang mahu beberapa isu diselesaikan dengan segera.

"Tolonglah tumpu kepada isu-isu yang lebih besar seperti pemutihan senarai pengundi, kemaskini data pilihan raya... ini lagi penting," katanya.

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan memberikan pandangan berbeza mengenai cadangan berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya menyambut baik cadangan sedemikian kerana dilihat mampu mewujudkan suasana pilihan raya yang tenteram dan aman.

"Saya pasti SPR sudah perhalusi dan menilai mengenai cadangan ini sebelum mereka suarakan.

"Bagi Umno, kami melihat cadangan ini memang ada baiknya namun perlu diperhalusi mengenai kaedah perlaksanaan," katanya.

Jelasnya lagi, walaupun cadangan tersebut diterima, hak demokrasi pengundi tidak diabaikan.

"Hak demokrasi adalah sangat penting, selagi cadangan ini tidak menggugat hak berkenaan, saya rasa tidak ada masalah jika cadangan ini diterima," katanya.



Tiga Hari: Gatal Tempat Lain, Garu Tempat Lain

Proses penamaan calon selama tiga hari adalah antara cadangan pindaan undang-undang yang bakal dibuat oleh SPR. Tujuannya ialah mengelakkan pertembungan penyokong calon dan pergaduhan.

Tidak ada masalah apa-apa untuk menyokong cadangan SPR ini. Tetapi, itu bukan bermakna cadangan ini tidak boleh dibahaskan oleh umum sebelum ia dibahaskan di peringkat legislatif.

Soalan awal ialah hanya tiga hari, mengapa tidak lima atau tujuh? Apa beza satu, tiga, lima atau tujuh? Mengapa tempoh penamaan calon dan bukan tempoh kempen?

Umum tahu, Malaysia berhadapan masalah pilihanraya yang berat sebelah. SPR menjadi pengendali pilihanraya yang bekerja keras memenangkan BN. Pengerusi SPR macam ketua cawangan Umno.

Serius sangatkah masalah penyokong calon berkumpul pada hari penamaan calon? Berapa yang sudah pecah kepala, patah kaki, terjatuh bangunan, terbom sampai berkecai? SPR punya data? Inilah yang dipanggil, gatal di betis tetapi garu di perut. Enjin yang rosak tetapi tayar yang ditukar.

SPR tidak mengendahkan masalah pilihanraya kita yang lebih besar tetapi memberi perhatian kepada masalah kecil. Cadangan ini tidak memberi kesan besar kepada proses pilihanraya Malaysia yang adil, bersih dan telus. Cadangan ini hanya menjadi ‘bedak’ untuk menutup cela-cela yang terdapat di muka SPR.

Apa maknanya tempoh penamaan calon yang panjang jika daftar pemilih masih bercelaru? Bukankah telah dibuktikan semasa PRK Bagan Pinang ada 250 nama pemilih bertindih?

Mana lebih berkesan antara cadangan ini dengan cadangan BERSIH supaya digunakan dakwat kekal di jari pengundi? Panjangkan tempoh penamaan calon boleh memerangkap pengundi hantu?

Apa ertinya cadangan ini jika sistem undi pos masih dipakai? Negara kita dalam daruratkah? Adakah undi pos terus dikekalkan walau dipertikai kerana itu adalah ‘simpanan tetap’ Umno dan Najib juga?

Apa nilainya cadangan ini jika akses kepada media oleh parti-parti yang menentang Umno masih dinafikan? Media kerajaan diperalatkan oleh Umno/BN dan mereka akan berhenti melakukannya dengan cadangan ini?

Adakah SPR menjangka masalah yang bakal timbul jika tempoh itu dipanjangkan?

Misalnya, ugutan kepada bakal calon. Ruang kepada pihak yang berniat jahat untuk mengugut bakal calon adalah terhad selepas penyerahan borang kerana tempohnya kini adalah pendek. Kalau tempohnya sehingga tiga hari, bagaimana?

Bukankah tempoh yang panjang juga membuka ruang untuk bakal calon dirasuah atau dibeli supaya menarik diri? Atau mungkin juga diculik atau di’siempat’kan? Direka-reka pertuduhan untuk menghilangkan kelayakan bakal calon bertanding juga boleh dibuat. Mustahilkah ini berlaku?

Ya, dalam sebuah negara dimana model wanita boleh diletupkan, enjin jet boleh dihilangkan, seorang yang disoal siasat boleh ‘jatuh’ dari bangunan dan mati, stadium dan masjid boleh runtuh, pelabuhan boleh diseleweng, andaian tadi adalah terlalu sukar untuk dinafikan daripada berlaku.

Bagaimana pula dengan keselamatan dokumen penamaan calon yang diserahkan? Apakah jaminan SPR? Kalau rekod kemasukan model wanita ke negara ini boleh ‘hilang’ daripada sistem komputer imigresen, bagaimana dengan rekod bakal calon yang terisi hanya di atas beberapa helaian kertas?

Itu hanya andaian masalah kecil. Andaian ini untuk menggambarkan bahawa cadangan SPR ini tidak menyelesaikan masalah ketidakadilan, ketidaktelusan dan ketidakbersihan pilihanraya kita.

Pendeknya, cadangan SPR ini membuka ruang kepada BN untuk mencipta bentuk-bentuk penipuan, penyelewengan dan pemerkosaan baru kepada sistem pillihanraya Malaysia. Pengalaman rakyat Malaysia menyertai pilihanraya puluhan kali mendorong andaian negatif dibuat kepada BN sebegitu.

SPR pula tidak berupaya membendung penyelewengan dan pemerkosaan baru itu kerana badan itu semenjak sekian lama memang berfungsi sebagai cawangan Umno yang entah ke berapa.

Kesan politik kepada umum pula ialah kepekaan rakyat kepada pilihanraya bakal menurun. Analoginya, hariraya kedua dan ketiga tidak lagi semeriah hariraya pertama. Sesiapa sahaja boleh membeli borang pencalonan dan menghantarnya.

Menyertai pilihanraya bakal menjadi seperti menyertai cabutan bertuah. Kalau tempoh penamaan calon hanya sehari pun berbelas orang orang menyertainya, bayangkan kalau tiga hari. Persepsi rakyat, pilihanraya adalah majlis cabutan bertuah. Negara yang rakyatnya hilang sensitiviti politik bakal mengharungi masa depan yang tidak menentu.

Pendek kata, cadangan SPR ini tidak menyelesaikan masalah asas sistem pilihanraya Malaysia. Cadangan ini turut membuka ruang untuk BN menerokai bentuk-bentuk penipuan baru di samping timbunan penipuan yang telah sedia ada.

SPR, garulah di tempat yang gatal. Bukan gatal tempat lain, garu tempat lain. Kecuali SPR memang tidak punya saraf gatal lagi, garu ikut sedap saja. -bongkarsauh



Husam Sedia Bersemuka Keluarga TG Nik Aziz

Exco Kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa berkata beliau bersedia untuk bersemuka dengan keluarga Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ekoran dakwaan beliau cuba melaga-lagakan pemimpin-pemimpin PAS.

Husam (gambar) juga dituduh sebagai antara mereka yang memberikan nasihat yang salah kepada Nik Aziz sehingga menyebabkan tercetusnya masalah dalaman parti itu dan kerajaan negeri Kelantan sejak kebelakangan ini.

"Saya sedia bersemuka dengan keluarga Tok Guru,” kata beliau ketika ditemui selepas mesyuarat mingguan kerajaan negeri hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan pemberita berhubung tulisan Nik Amalina Nik Abdul Aziz dalam blognya bahawa seorang Exco Kerajaan Negeri wajar meletakkan jawatan.

Nik Amalina merupakan isteri Abdul Ariffahmi Abdul Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PBMK) yang telah dinasihatkan oleh Nik Aziz agar berundur dan akan berbuat demikian Mac ini.

Difahamkan tulisan Nik Amalina tersebut merujuk kepada Husam.

Sebelum tulisan Nik Amalina, Husam juga dikatakan menjadi 'kritikan' tulisan seorang lagi anak Nik Aziz, Nik Abduh.

Kedua-dua mereka mendakwa Nik Aziz kini terpaksa berhadapan dengan isu semasa seorang diri tanpa pembelaan pemimpin PAS negeri dan pusat.

Husam berkata, dalam konteks Islam yang pertama "kita boleh bersemuka dengan mana-mana anggota, ahli termasuk keluarga bagi mencari titik pertemuan daripada segala permasalahan yang timbul."

“Saya kira anggota keluarga Tok Guru bersedia. Jadi, tak payahlah surat khabar atau orang luar nak campur atau api-apikan pula,” kata ahli jawatankuasa pusat PAS ini.

Menjawab dakwaan kononnya akan meletakkan jawatan, Husam yang juga Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan memberitahu, itu hanya khabar angin semata-mata.

“Hari itu surat khabar dah sebut saya nak letak jawatan. Saya dah hantar surat tuntutan saman terhadap akhbar terbabit. Sekarang ni timbul lagi?

“Sekarang ini kita sedang focus kepada perundingan petroleum, jadi tidak ada sebab saya hendak berhenti,” jelasnya.

Husam diamanahkan untuk mengetuai jawatankuasa berkaitan isu pertikaian royalti minyak untuk negeri itu.

Beliau menyifatkan kadang-kadang media suka mengeksploitasi satu-satu kenyataan dengan menokok tambah atau mengurangkan kenyataan sebenar.

“Kita tak buat pun tanda soal, dia (akhbar) cuba masukkan... kita tak masuk pun tanda seruan... ia pula tolong buatkan,” kata beliau dengan nada sinis memberitahu, selepas selesai isu tuntutan royalti nanti akhbar boleh membuat khabar angin "Husam nak berhenti" lagi.

Malah semalam Nik Aziz menamatkan spekulasi kononnya Husam akan meletakkan jawatannya ekoran rombakan dalam pentadbiran Pejabat Menteri Besar.

Sebaliknya Nik Aziz memberitahu, Husam yang merupakan bekas setiausaha politiknya sebenarnya pemimpin kesayangan semua orang.

"Mana boleh dia (Husam) letak jawatan... kita semua sayang pada dia, dia punya kebijaksanaan," kata beliau selepas mesyuarat Dewan Harian PAS Kelantan Exco Kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa berkata beliau bersedia untuk bersemuka dengan keluarga Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ekoran dakwaan beliau cuba melaga-lagakan pemimpin-pemimpin PAS. -MI

Zambry Ditahan Di San Franscisco

Amerika Syarikat menghalang Menteri Besar Barisan Nasional Perak, Zambry Abd Kadir daripada memasuki Amerika negara itu kerana namanya tercatat dalam senarai pengganas yang dikenalpasti oleh negara tersebut.

Memetik laporan akhbar rasmi PKR, Suarat Keadilan, Zamry berlepas ke San Francisco 9 Disember lalu atas misi perdagangan dan pelaburan anjuran Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

Menurut sumber yang rapat dengan pejabat Menteri Besar Perak, sampai sahaja di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco pihak imigresen menahan Zambry dari memasuki negara itu apabila nama beliau tersenarai dalam pangkalan data pengganas.

Sumber tersebut memberitahu Suara Keadilan keadaan itu menimbulkan kecurigaan pada pihak keselamatan dan Zambry gagal meleraikan syak wasangka pegawai AS berkenaan.
Zambry tidak ada pilihan kecuali menaiki pesawat untuk pulang ke Malaysia.

"Beliau sepatutnya mengetuai delegasi Perak untuk mempromosi peluang pelaburan dan perdagangan tetapi diarah pulang dan tidak ada perwakilan Perak untuk misi itu," kata sumber.

Misi perdagangan dan pelaburan ke Amerika Syarikat anjuran MIDA berlangsung dari 7 hingga 12 Disember di San Francisco dan Los Angeles.

Ketika dihubungi Penolong Pengarah Kanan MIDA (FDI Amerika), Norhizam Ibrahim berkata pihaknya hanya diberitahu Zambry ada komitmen lain dan tidak dapat menghadiri misi berkenaan. -FMT

UMNO Dibelenggu 3L : Lagak, Laga & Leka - Zainal Kling

UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu melupakan hasrat mengambil alih Selangor daripada Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sekiranya pemimpin mereka masih dibelenggu sindrom ‘3L’ iaitu Lagak, Laga dan Leka.

Penganalisis Politik, Profesor Datuk Zainal Kling (gambar) berkata, wabak yang menyelubungi parti itu dilihat faktor utama UMNO sukar mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap parti itu.

Katanya, sikap ‘lagak’ dalam kalangan pemimpin UMNO/BN membuatkan parti itu tidak lagi dapat menyelami hati nurani rakyat apatah lagi memahami denyutan hati mereka.

“Mereka ini dilihat kurang mendampingi serta mendekati masalah-masalah yang dihadapi oleh pengundi di kawasan mereka. Malah, mereka dilihat ‘kurang cerdik’ dan tidak unggul untuk menghadapi cabaran dalam pemimpin PR,” katanya.

Zainal berkata, sikap pemimpin UMNO Selangor yang sering bertelagah dan menuding jari antara satu sama lain membolehkan pemimpin PR mengeksploitasi keadaan tersebut dengan sebaik mungkin.

“Perasaan leka yang menyatakan mereka tidak pernah kalah dan tidak akan kalah boleh menyebabkan mereka ini seolah-olah tidak sedar situasi sebenar yang berlaku sekarang,” katanya.

Menurutnya, UMNO diingatkan supaya menangani sindrom segera.

Ditanya sama ada bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo masih relevan untuk menerajui kepimpinan UMNO Selangor jika parti itu berjaya menawan semula Selangor, Zainal berkata, Dr Khir perlu ‘membersihkan’ dirinya daripada pandangan negatif sebelum berbuat demikian.

“Malah Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Noh Omar belum tentu dapat kerana beliau tidak mempunyai sokongan akar umbi yang kuat di Selangor,” katanya. -SH

Tunggakan Isu Yang Dibawa Ke 2010

X-Fail : Persoaln Yang Belum Terjawab - Malaysiakini

Rakyat Malaysia menunggu ketibaan 2010 mengharapkan jawapan kepada isu-isu yang belum selesai tahun ini. Berikut adalah 10 kes sepanjang 2009 yang belum selesai. Namun mungkin masih ada lagi yang tidak tersenarai di sini.

Nasib Anwar bergantung pada bicara liwat 11

Awal bulan ini, parti komponen Pakatan Rakyat memperkukuhkan lagi kerjasama antara mereka dengan mempersetujui satu rangka dasar bersama.

Dengan mengetepikan ideologi politik, pakatan PKR-DAP-PAS telah berjaya duduk semeja untuk mengenal pasti bidang-bidang kerjasama dalam usaha untuk menawan Putrajaya dengan teraju Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, masa depan Pakatan masih dilindungi awan gelap kerana Anwar sendiri berdepan dengan perbicaraan kes liwat - bagi kedua kalinya.

Ia sepatutnya perbicaraan terbesar 2009, tetapi ia tidak berlaku selepas ketua pembangkang itu memfailkan cabaran demi cabaran di mahkamah terhadap tuduhan tersebut.

Ketua umum PKR itu memfailkan banyak permohonan - daripada memohon mendapatkan tambahan maklumat, kepada permohonan untuk membatalkan tuduhan tersebut. Namun, penghakimannya tidak memihak kepada beliau.

Perbicaraan liwat tersebut dijadual bermula pada 25 Januari ini dan ditetapkan berjalan selama sebulan. Apakah Anwar akan merengkok di penjara untuk kedua kalinya? Dan apakah yang akan terjadi kepada Pakatan jika itu menjadi kenyataan?

GST dan sumber minyak yang semakin kehabisan

Kerajaan dalam keadaan terdesak untuk memperolehi sumber kewangan tambahan selain daripada hasil sumber minyak dan cukai pendapatan. Petronas menyumbangkan 40 peratus daripda bajet negara sejak sekian lamanya tetapi keadaan ini mungkin terjejas kerana negara semakin kehabisan sumber itu diterokai.

Daripada 12 juta rakyat yang berkerja, hanya 1.8 peratus - atau 15 peratus sahaja - yang membayar cukai pendapatan. Yang lainnya berpendapatan rendah dan tidak perlu membayar cukai. Ekoran keputusan kerajaan mengurangkan cukai korporat daripada 40 peratus pada 1988 kepada 28 peratus sekarang, maka pengenaan cukai baru teramat diperlukan.

Maka munculkan cukai barangan dan perkidmatan (GST), yang dikatakan pada kadar 4 peratus dan bakal menghasilkan pendapatan tambahan RM1 bilion kepada kerajaan. Tapi kerajaan memerlukan tambahan kewangan lebih daripada RM1 bilion untuk menampung kekurangan kutipan cukai, maka GST dijangka meningkatkan pada masa akan datang.

Penentang GST berhujah bahawa ia menguntungkan golongan kaya kerana ia akan memindahkan beban membayar cukai kepada rakyat
biasa. Daripada memperkenalkan cukai baru itu, mereka menyarankan supaya kerajaan menangani pembaziaran dengan mempertingkatkan usaha membanteras rasuah dan memperkenalkan tender terbuka untuk projek kerajaan.

Sementara itu, kerajaan pula mensasarkan 5 peratus pertumbuhan GDP tahun depan selepas ia mengecut 3 peratus pada 2009. Bagi setengah pihak, kadar kita dianggap sebagai terlampau tinggi.

Di tengah-tengah kejatuhan jumlah pelaburan asing dan juga daya saingan negara, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan satu model ekonomi baru Februari depan.

Bagaimanapun, masalah paling ketara yang dihadapi Najib ialah berhubung pelaksanaan GST, yang akan dibahaskan dalam sidang
parlimen Mac depan. Bagi rakyat Malaysia, persoalannya ialah berapa banyak yang perlu mereka bayar nanti.

Kes pita Lingam ditutup, atau bagaimana?

Wujud pengharapan bahawa bidang kehakiman akan dipulihkan dengan pelantikan ketua hakim negara yang baru, Tun Zaki Azmi, dan kelulusan rang undang-undang pelantikan kehakiman.

Tetapi ianya meleset selepas ujian pertamanya - krisis perlembagaan negeri Perak. Ini diikuti dengan kes saman Tan Boon Wah terhadap SPRM serta permohonan-permohonon yang difail Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perbicaraan kes liwatnya. Manakala Mahkamah Tinggi sering membuat penghakiman yang memihak kepada Pakatan, tetapi mahkamah lebih tinggi lemudiannya menolaknya.

Lebih buruk lagi ialah nampaknya tiada sebarang tindakan diambil ekoran pendengaran suruhanjaya diraja mengenai kes pita Lingam.

Suruhanjaya tersebut telah mengesyorkan tindakan diambil terhadap enam individu - mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas ketua hakim negara Tun Ahmad fairuz Sheikh Abdul Halim dan Tun Eusoff Chin, peguam kanan Datuk VK Ligam, setiausaha agung Umno, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor dan ahli perniagaan Tan Sri Vincent Tan.

Setahun kemudiannya, pihak berkuasa masih belum dapat memutusakan sama ada akan mengambil tindakan terhadap mereka yang terbabit. Malah gesaan peguam terkemuka Karpal Singh kepada peguam negara supaya memberinya 'perintah' untuk mendakwa Lingam, juga tidak mendapat sebarang respons.

Ketika kita melangkah ke tahun 2010, janganlah diharapkan sangat akan usaha-usaha untuk memulihkan kebebasan kehakiman.

Tidak ketentuan PAS dan Nik Aziz

Mursyidul am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat telah berjaya menyatukan pelbagai puak dalam PAS. Menteri besar Kelantan ini - yang sering membuat kenyataan-kenyataan yang kontroversi - menjadi asas kekuatan PAS. Tapi kini ianya tidak lagi.

Kemenangan besar dalam pilihanraya umum 2008 telah memecahkan parti itu kepada dua kumpulan - dengan Nik Aziz menyokong kuat Pakatan Rakyat pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan satu lagi kumpulan yang pro-Umno.

Kumpulan pro-Umno yang diketuai Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama penyokong setianya, Datuk Dr Hasan Ali, telah menimbulkan rasa tidak senang di kalangan parti anggota Pakatan ekoran idea mereka untuk menubuhkan 'kerajaan perpaduan' dengan Umno.

Dan keadaan menjadi semakin sukar apbaila Nik Aziz berdepan dengan isu-isu peribadi. Beliau telah dituduh mengamalkan kronisme dengan melantik menantunya, Abdul Ariffahmi Ab Rahman mengenai sebuah syarikat berkaitan kerajaan negeri.

Dan pada masa ini pun, kumpulan penyokong Nik Aziz sendiri - yang digelar sebagai kumpulan 'Erdogan' - turut menjauhkan diri daripadanya. Malah, anak buah Nik Aziz yang paling menonjol, Datuk Husam Musa, juga dikatakan tidak lagi sekuat dulu menyokong Tok Guru.

Ketika semua mata tertumpu ke Selangor - yang dikatakan menjadi sasaran kedua BN selepas berjaya merampas Perak - tetapi pergolakan pula berlaku di Kelantan.

Bagaimanapun pergeseran itu akan diselesaikan, turut menentukan bukan sahaja masa depan politik PAS, tetapi juga Umno.

Bolehkah BN pulih?

Ekoran prestasi buruknya dalam pilihanraya umum 2008, Perdana Menteri yang baru, Datuk Seri Najib Tun Razak mencadangkan perubahan dan pembaharuan untuk memulihkan sokongan rakyat terhadap BN.

Isu rasuah terus menjadi duri dalam daging bagi Najib dengan ramai pemimpin Umno yang dicemari isu rasuah masih terlepas daripada tindakan. Walaupun Najib berikrar untuk membersihkan Umno dengan menggugurkan sistem kuota pencalonan untuk menangani gejala politik wang, tetapi usaha yang lebih besar lagi diperlukan untuk membanteras rasuah.

Sementara itu, parti komponen BN - MCA dan MIC - pula dilihat tidak mengendahkan gesaan Najib supaya melakukan pembaharuan. Kegagalan BN itu telah disimpulkan oleh ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin bahawa parti-parti komponen BN tidak lagi berkongsi mimpi yang sama.

Sementara itu, usaha Najib untuk memupuk sebuah kerajaan yang telus juga berdepan dengan masalah penyelewengan dan penyalahgunaan dana rakyat yang masih gagal ditangani. Begitu juga dengan tindakan susulan terhadap laporan ketua audit negara dan jawatankuasa kira-kira awam.

Pengumuman mengenai Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) dan indeks Petunjuk Prestasi Utama (KPI) tidak akan dapat menarik rakyat rakyat sekiranya inisiatif tersebut tidak mampu mengangkat perkhidmat awam yang dipenuhi dengan 'Napoleon kecil'.

Keazaman politik adalah penting bagi Najib untuk membuktikan bahawa ikrar yang dibuatnya bukan semata-mata retorik tetapi keazaman yang bersungguh-sungguh untuk memulihkan parti yang sudah lemah, ke balik kepada kegemilangannya. Tetapi apakah beliau miliki apa yang diperlukan untuk mencapainya?

Apakah sebenarnya '1Malaysia'?

Setiap kali perdana menteri baru dilantik, masing-masing menjanjikan pembaharuan, urustadbir dan negara Malaysia yang lebih baik.

Najib memulakan pentadbirannya dengan berulangkali menyeru kepada sebuah negara Malaysia yang bersatu padu, kali ini melalui platform yang digelar '1Malaysia'. Selepas lapan bulan berlalu, namun masih tidak jelas apakah yang Najib maksudkan dengan '1Malaysia'.

Sejak ucapan sulungnya sebagai perdana menteri, Najib memperagakan banyak slogan, agaknya ciptaan firma antarabangsa Apco Worldwide yang diupah untuk menggilap imejnya.

Tetapi musuh utama 1Malaysia ialah akhbar harian milik Umno Utusan Malaysia - yang terus menerus menyiarkan artikel-artikel yang berunsur rasis, sesetengahnya telah melabelkan rakyat India Malaysia sebagai 'keling' - satu istilah yang dianggap berunsur menghina.

Yang terbaru ialah isu Biro Tatanegara (BTN) yang turut mencetuskan kontroversi apabila ahli parlimen kerajaan dan pembangkang, menggesa supaya ianya dimansuhkan.

Bagaimanakah '1Malaysia' ini dapat disesuaikan dengan slogan 'Ketuanan Melayu' dan hak keistimewaan orang Melayu, masih belum dapat dilihat. Atau ianya satu lagi percubaan sinis untuk menyesuaikan mesej yang berbeza kepada penonton yang juga berbeza?

PAS berpecah kerana 'kerajaan perpaduan'

Idea mengnai 'kerajaan perpaduan' dicetuskan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang Mac lalu tetapi ia menerima tentangan hebat daripada pemimpin parti tersebut, terutama mursyidul amnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Menteri besar Kelantan itu menyalahkan 'pemimpin bermasalah' seperti timbalan presiden Nasharuddin Mat Isa, setiausaha agung Datuk Mustafa Ali dan pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali kerana berterusan mengadakan perbincangandengan Umno berhubung idea penubuhan kerajaan perpaduan itu.

Beliau menuntut supaya PAS mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) bagi menyingkirkan pemimpin yang bermasalah itu dan menggantikan Abdul Hadi sebagai presiden parti. Hadi menjawab dengan mengatakan bahawa parti itu telah menutup pintu kepada idea kerajaan perpaduan.

Nik Aziz juga menghentam Nasharuddin dan menggesanya keluar parti dan menyertai Umno kerana menyokong perbincangan dengan parti lawan itu. Nasharuddin sebelum itu mengekalkan jawatan timbalan presiden selepas berdepan cabaran dari naib presiden Datuk Husam Muda dan Mohamad Sabu.

Pemilihan tersebut menyaksikan pertembungan antara kumpulan liberal dan fundamentalis untuk menguasai parti tersebut.

Pertembungan antara kumpulan Erdogan dan konservatif dijangka akan berterusan. Dan pastinya Umno sedang menunggu peluang untuk mengambil kesempatan daripada perpecahan dalam PAS itu.

Hilang: RPK dan PI Bala

Tidak lama selepas menduduki kerusi perdana menteri, Najib sekali lagi berdepan dengan dakwaan oleh penyiasat persendirian P Balasubramaniam, yang kemudiannya hilang selepas membuat dua akuan sumpah kontroversi tahun lalu.

Bala muncul semula tahun ini dengan satu lagi dakwaan bahawa dia ditawarkan RM5 juta oleh adik lelaki Najib - Datuk Nazim - supaya menarik balik akuan bersumpahnya yang mengaitkan perdana menteri dengan Altantuya Shaariibuu.

Umum menanti rekasi daripada Najib dan adiknya itu tetapi perdana menteri hanya menolak dakwaan itu sebagai "semberono' manakala bagi Nazim pula 'tiada apa yang hendak dikatakan'.

Namun, umum masih berminat untuk mengetahui apakah yang sebenarkan berlaku dan sama ada Bala bercakap bdenar atau semuanya hanyalah satu imaginasi sahaja.

Penulis blog kontroversi Raja Petra Kamarudin juga menghilangkan diri awal tahun ini ekoran beberapa kes mahkamah terhadapnya kerana mengaitkan beberapa orang ternama, termasuk isteri perdana menteri - Rosmah - dengan kes Altantuya.

RPK dipercayai berada di London tetapi terus aktif menulis dalam blognya - Malaysia Today. Keduanya - RPK dan Bala - terus menjadi duri dalam daging bagi Najib.

Disebat atau tidak?

Isu agama dan isunpertukaran agama sekali menjadi tajuk berita tahun ini. Mahkamah Syariah Pulau Pinang membuat keputusan yang mengejut banyak pihak, apabila membenarkan seorang wanita keluar Islam pada bulan Mac. Manakala ada juga pihak yang menganggap bahawa hak kebebasan beragama akhir dihormati.

Bagaimanapun, tidak sampai dua bulan kemudiannya, Indira Gandhi memfailkan permohonan untuk mendapatkan perintah mahkamah untuk membatalkan pertukaran agama suaminya K Pamananthan dan tiga anak mereka, kepada Islam. Isu itu sampai ke peringkat parlimen bahawa mereka akan mengkaji kes-kes pertukaran agama anak-anak, tetapi tiada langkah konkrit diambil berhubung Akta (Pembaharuan) Perkahwinan.

Kemudian berlaku pula kes Majlis Agama Islam Selangor (Mais) mengambil mayat pengarah filem Mohan Singh untuk dikebumikan
secara Islam kerana dia didakwa telah memeluk Islam. Mahkamah Shah Alam memutuskan dia seorang Islam.

Dan kes membabitkan seorang model Kartika Seri Dewi Shukarnor, 32, turut menggemparkan negara apabila dia dihukum enam kali sebat dan didenda RM5,000 kerana minum arak di khalayak ramai. Dan keadaan menjadi bertambah gempar apabila dia sendiri bersetuju untuk dihukum sebat dan menolak sebarang bantuan daripada NGO dan aktivis hak wanita.

Pada bulan November, seorang surirumah S Banggarma mendakwa bahawa pihak agama negeri telah menukar agamanya kepada Islam
sewaktu dia masih kanak-kanak ketika ditempatkan di sebuah rumah kebajikan di Kepala Batas.

Juga cadangan pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali supaya diharamkan alkohol turut menimbul rasa tidak senang di kalangan bukan Islam.

Akhir sekali, masyarakat digemparkan dengan berita penangkapan bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin kerana didakwa berceramah di Selangor tanpa tauliah.

Perkara seumpama ini tidak akah berakhir. Mungkin ada lagi yang akan berlaku tahun depan.

Masih tiada keadilan untuk kaum Penan

Lapan bulan selepas berakhirnya masa mengumpulkan maklumat, laporan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang dikeluarkan September lalu, akhirnya mengesahkan laporan berita bahawa berlaku eksploitasi seks oleh pekerja balak ke atas masyarakat Penan.

Tetapi sejak itu, tiada seorang pun yang diseret ke muka pengadilan, manakala mereka yang menjadi mangsa diugut supaya tutup mulut.

Bagi memburukkan lagi keadaan, kerajaan negeri Sarawak berulangkali menafikan perkara itu berlaku dan menyifatkan laporan tersebut sebagai satu "pembohongan" oleh NGO.

Pasukan polis yang masuk untuk mengumpulkan bukti-bukti lanjut mengenai dakwaaan wanita Penan dirogol itu, tetapi balik dengan tangan kosong.

Malah, sehingga inipun tiada apa yang dilakukan untuk menjamin keselamatan masyarakat Penan, apatah lagi kanak-kanak, yang terus terdedah kepada eksploitasi seks kerana lori balak merupakan satu-satunya cara untuk mereka ke sekolah.


29 Dis 2009

Teoh Beng Hock Sah Dibunuh - Autopsi Kedua

Teka-teki kematian setiausaha politik exco Selangor, Teoh Beng Hock akhirnya terjawab apabila laporan kedua pakar patologi terkemuka, Pornthip Rojanasunand dari Thailand membuktikan kesasihan ujian forensik itu yang mensabitkan mendiang mati dibunuh Julai lalu.

Menurut sumber-sumber kementerian kesihatan Pornthip membuat rumusan itu setelah hadir sama pada bedah siasatan kedua mendiang Teoh pada 22 Novermber lalu di Hospital Sungai Buloh.

Memetik laporan akhbar rasmi PKR, Suara Keaadilan, sumber berkenaan juga mendakwa, Pornthip sudah menyerahkan laporan kepada pihak-pihak berkenaan, termasuk keluarga Teoh dan kerajaan negeri Selangor yang meminta bantuan kepakarannya selepas terdapat keraguan yang melampau terhadap kesan yang ada pada mayat mendiang.

Inkues kematian Teoh ini akan disambung pada 7 Januari 2010 selepas dua kali ditangguh.

Difahamkan, Pornthip mengguna pakai beberapa teknik dan proses baru yang meyakinkan beliau sepenuhnya bahawa Teoh mati dibunuh dan bukan membunuh diri atau pun menjadi mangsa kemalangan.

Teoh, 30, ditemui mati di tingkat lima bangunan Plaza Masalam, di mana pejabat SPRM Selangor terletak, pada 16 Julai lalu selepas disoalsiasat sepanjang malam hingga ke Subuh oleh SPRM.

Mendiang disiasat berkenaan tuntutan RM3,000 kerana pembelian bendera sempena menyambut kemerdekaan negara

Memetik laporan-laporan terdahulu, tindakan SPRM itu adalah sebahagian daripada komplot atau konspirasi Umno-BN yang mahu menjatuhkan kerajaan PR di Selangor dengan membabitkan pemimpin-pemimpin PR di negeri itu.Tujuh lagi kes membabitkan exco dan pegawai mereka, kebanyakannya dari DAP juga sedang disiasat SPRM.

Namun pelbagai laporan yang dibuat kepada suruhanjaya itu, yang membabitkan pemimpin Umno-BN, termasuk mantan Menteri Besar Khir Toyo yang didakwa memiliki rumah ala-Bali bernilai lebih RM20 juta, menjadi ’sunyi’ dan ’sepi’ dalam peti simpanan SPRM.

Teoh mati pada hari yang sama beliau sepatutnya berkahwin dengan tunangnya yang mengandung tiga bulan.

Dalam keterangan pertama Pornthip di hadapan koroner, Azmil Muntapha Abas Oktober lalu, pakar forensik Thailand itu yakin 80 peratus kematian Teoh kerana dibunuh.

Beliau membuat rumusan itu berdasarkan gambar menunjukkan tanda bulatan merah pada tengkuk mendiang yang menjadi petunjuk Teoh dicekik. Kesan jari juga dilihat pada tengkuk mangsa.

Pornthip juga menyatakan dengan tegas, Teoh juga didera kerana ada kesan luka pada dubur mangsa akibat tusukan objek keras.

Di samping itu, tegas Pornthip tiada tanda-tanda akibat jatuh pada tengkorak kepala Teoh, sebaliknya lebih mirip kepada dipukul dengan kuat.

Selain Pornthip, autopsi kedua itu juga disaksikan oleh pakar patologi, Prof Dr Peter Vanezis dari Pusat Sains Forensik Cameron, United Kingdom bagi pihak SPRM, serta Dr Khairul Azman Ibrahim dan Dr Prashant Naresh Samberkar.

Autopsi dilakukan oleh Ketua Jabatan Patologi dan Forensik Hospital Sungai Buloh, Dr Shahidan Md Noor. -FMT


SPRM Jangan Guna Alasan Lama - Shamsul

Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Md Akin mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menggunakan alasan lapuk bagi mengelak melaksanakan tanggungjawabnya berhubung kes penyiasat persendirian P. Balasubramaniam.

SPRM hari ini dipetik berkata Bala perlu tampil memberi kenyataan kepada badan itu berhubung dakwaan pembabitan kerabat keluarga Perdana Menteri Najib Razak berhubung kes Altantuya Sharibuu.

Kenyataan itu mengejutkan kerana Bala sebelum ini menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan SPRM. Beliau hanya meletakkan syarat mahukan soal siasat itu dijalankan di luar negara kerana bimbangkan keselamatannya jika kembali ke Malaysia.

“Saya mendesak SPRM jangan berhelah dan menggunakan tektik yang lama. Iaitu mengalih tumpuan dengan memberikan alasan-alasan yang kosong dan tidak munasabah”.

Beliau berkata demikian kepada TV Selangor sebagai respon daripada kenyataan Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdull.

Bala sebelum ini membuat kenyataan kepada peguamnya bahawa beliau disogok wang dan diugut oleh adik Najib dan kenalan rapat isteri Perdana Menteri supaya menafikan sebarang hubungan antara Altantuya dan Najib.

Bala adalah penyiasat persendirian yang diupah Razak Baginda pada tahun 2006 untuk membayangi Altantuya ketika warga Mongolia itu berada di Malaysia.

Razak, kenalan rapat Najib, dituduh bersubahat dengan dua pegawai polis membunuh Altantuya. Beliau bagaimanapun dibebaskan oleh mahkamah.

Menurut Shamsul, SPRM tidak perlu mencipta pelbagai alasan bagi melengahkan kes tersebut sedang SPRM telah menerima surat daripada peguam Bala, Americk Sidhu.

“Sepanjang pengetahuan saya, Americk Sidhu telah pun menulis surat bahawa beliau sedia membawa Bala dan sepatutnya perkara ini menuntut satu jawapan daripada SPRM. Dan bukannya komen sebegitu” tambahnya lagi.

Shamsul kesal kerana SPRM tidak mahu berdepan dengan Bala atau menyiasat dakwaannya terhadap pembabitan isteri Perdana Menteri Nazeem Razak dan penjual permaidani Deepak Jaikishnan.

“Malah saya pertikai mengapa sehingga sekarang, saksi-saksi seperti Deepak, seperti Nazeem Razak dan Rosmah Mansor, kalau boleh kita gunakan kerana dalam CD tersebut namanya disebut, tetapi tidak dipanggil”.

Bala sebelum ini mendakwa beliau ditawarkan rasuah 5 juta ringgit dan diugut meninggalkan Malaysia selain menafikan Perdana menteri mempunyai sebarang hubungan dengan Perdana Menteri yang ketika itu menteri pertahanan.



Bila Kaduk Naik Junjung..

Politiking Dalaman PAS, Antara Kadok Dan Sireh

Oleh Ustaz Zorkharnain Abidin

Berdepan dengan Umno dalam politik tidak punya masalah besar. PAS punya jentera sendiri sampai ke peringkat paling bawah berbanding Umno yang sangat bergantung kepada jentera kerajaan.

Umno berjaya menjadi kerajaan pun adalah kerana kongkongannya ke atas SPR. Hakikatnya Umno hanya gah pada ‘merahnya’ sahaja tetapi kosong di dalam, kelam.

Apa yang sulit, kesat dan berat bagi PAS ialah politiking dalaman. Kadang-kadang, di sesetengah negeri, pemimpin PAS negeri berkenaan lebih menumpukan politiking dalaman sehingga agenda politik menghadapai Umno sedikit terabai.

Upaya, masa, tenaga, fikiran, kemudahan, tumpuan dihabiskan untuk jatuh-menjatuh, singkir-menyingkir, aib-mengaib dan banyak lagi sesama sendiri. Sedangkan jika semuanya itu digunakan untuk berhadapan dengan Umno, mustahil Umno tidak dapat ditumpaskan dalam PRU 13 akan datang.

Saya tidak pelik kalau politiking dalaman ini berlaku di negeri yang PAS memerintah. Tentunya setiap individu atau kelompok di situ punya agenda masing-masing. Pertembungan idealisme dan tindakan tentu berlaku, itu biasa sahaja. Kadang-kadang pertembungan itu mematangkan tanpa menafikan ia juga boleh meruntuhkan.

Apa yang pelik ialah apabila ini berlaku di negeri yang PAS tidak sekuat mana, tenaga tidak seramai mana dan strategi politik tidak sehebat mana pun. Dalam keadaan begitu, masih wujud gerakan singkir-menyingkir, jatuh-menjatuh, aib-mengaib dan godam-menggodam.

Ini berpunca daripada orang yang merasa dirinya hebat, berkuasa dan serba berupaya. Sepatutnya perasaan itu dihalakan untuk berdepan dengan Umno bukan untuk berpolitiking secara dalaman.

Tidak ada untung apa-apa apabila ada anggota parti, apatah lagi yang masih berada di barisan pimpinan, disingkir atau dipetiaiskan. Setiap anggota parti, secabuk mana pun, dia perlu digilap sebagai aset, bukannya menyingkirkan anggota yang pada suatu ketika pernah menjadi aset.


PAS bukan milik individu tertentu, tetapi milik ahli dan penyokongnya. Kini ia menjadi milik rakyat. Mengurus PAS bukan seperti mengurus sebuah jentera menuai padi milik sendiri. Kalau jentera itu rosak, padi di bendang tidak akan reput, kerana ada orang lain yang mempunyai jentera yang lebih baik.

PAS milik rakyat, kini menjadi harapan rakyat dan PAS berhadapan dengan ‘persepsi’ rakyat. Kalau PAS rosak, caca-merba, kucar-kacir, sedangkan mereka yang sedang menguruskan PAS pula syok sendiri, kononnya PAS kuat, tunggulah masanya PAS akan dihukum. Ingat, ‘persepsi adalah informasi’.

Kalau PAS rosak, kepada siapa lagi rakyat akan menumpang berteduh dalam situasi Umno tidak lagi dipercayai sebagai payung mereka. Ya, rakyat ada PKR dan DAP. Tetapi ingat, PAS adalah sekutu PR. Kalau PAS kuat, PKR dan DAP pun kuat, begitu sebaliknya.

Maksudnya, kalau ada pimpinan PAS yang melemahkan PAS, dia melemahkan PR. Adakah itu dilupai?

Bagi sebuah kereta, komponen yang paling kecil pun wajib dijaga dengan baik. Kita mungkin tidak memerlukan hon dalam keadaan biasa, tetapi apabila ada kenderaan di hadapan tidak bergerak ketika lampu isyarat berwarna hijau, apa yang dicari? Hon bukan! Justeru, jangan menghina dan memperkecilkan hon.


Benar kata orang tua-tua, kadok kalau naik junjung, dia merasa dirinya sireh. Tetapi sireh, walau pun menjalar di bumi, tetap kekal sebagai sireh. Dia tetap dipungut oleh pemakan sireh. Hanya pemakan sireh yang kenal mana kadok dan mana sireh.

Kadok adalah kadok, sireh adalah sireh.

Buat mereka yang mengikuti perkembangan PAS di negeri paling utara semenanjung, ‘hati boleh panas, tetapi kepala mesti dingin’.

Ulasan GB

GB tak perlu ulas tulisan di atas. Rasanya semua faham kot. Kalau tak faham, kenaler berkunjung ke Perlis berjumpa Ust Zol Al-Hafiz.

Hassan Shukri: Tekad Pertingkat Bidang Pendidikan Islam

Mantan Senator, Hassan Shukri, 70, nyata tidak menduga sumbangannya dalam pendidikan Islam membolehkan beliau dinobatkan sebagai Tokoh Ma'al Hijrah 1431 Hijriah peringkat negeri Selangor

Beliau yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Selangor berkata, sumbangannnya dalam bidang pendidikan Islam bermula dari Perak hinggalah ke Selangor.

Katanya, sikap kepeduliannya kepada masyarakat membuatkan beliau mudah didekati rakyat setempat sekaligus berpeluang menjalankan usaha dakwah ke seluruh Malaysia setelah menyertai PAS pada awal 1970-an.

"Ini adalah kerana peranan saya pada waktu itu banyak menumpukan kepada nak meningkatkan pendidikan dan juga sistem pelajaran di Sekolah-sekolah Rendah dan juga Menengah Agama Rakyat di seluruh negeri Perak. Di negeri Selangor saya juga banyak memberi perhatian terhadap perkembangan-perkembangan yang ada kaitan dengan masyarakat," Hassan berkata demikian kepada Tv Selangor yang ditemui di kediamannya di Taman Melewar, Batu Caves semalam.

Katanya, anugerah itu menjadi motivasi kepadanya untuk terus memperjuangkan dakwah Islam selain memperkukuhkan PAS sebagai sebuah parti bertunjangkan Islam sebagaimana yang ditunjukkan dalam peristiwa hijrah Rasulullah.

"Saya tidaklah pernah bahawa sesungguhnya kerja-kerja saya itu akan dinilai, akan dianugerah dan sebagainya. Tetapi nampaknya saya ucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Jabatan Agama Islam Negeri Selangor dan juga Majlis Agama Islam Negeri Selangor serta Kerajaan Negeri Selangor yang telah memilih saya untuk dianugerahkan sebagai Tokoh Ma'al Hijrah negeri Selangor bagi tahun 1431 Hijriah," katanya.

Beliau yang memulakan kerjaya guru di Madrasah Yahyawiyyah, Perak pada 1958 ini menambah, kepercayaan yang diberikan tidak akan dipersiakan malah bersedia menyumbangkan pemikiran kepada usaha memperkukuhkan akidah dan keyakinan umat Islam di negara ini.

"Insya Allah saya akan memberikan sumbangan setakat mana yang boleh untuk meningkatkan lagi pemikiran ataupun pandangan umat Islam dan juga memperkukuhkan akidah dan keyakinan umat Islam di negara kita ini supaya mereka sentiasa berpegang teguh dengan ajaran Islam dan berusaha untuk melaksanakan syariat Islam itu dalam semua aspek kehidupan," katanya.



Husam tak letak jawatan, kita semua ‘sayang dia’ - TG Nik Aziz

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menamatkan spekulasi kononnya Exco kerajaan negeri Datuk Husam Musa akan meletakkan jawatannya ekoran rombakan dalam pentadbiran pejabat menteri besar.

Sebaliknya Nik Aziz memberitahu, Husam yang merupakan bekas setiausaha politiknya sebenarnya pemimpin kesayangan semua orang.

“Mana boleh dia (Husam) letak jawatan... kita semua sayang pada dia, dia punya kebijaksanaan,” kata beliau selepas mesyuarat Dewan Harian PAS Kelantan di sini petang ini.

Ketika ditanya mengenai desas-desus bahawa Husam akan meninggalkan Kabinet kerajaan negeri dan kerusi Dewan Undangan Negeri, Nik Aziz berkata, “siapa kata dia (Husam) nak letak jawatan? Karut semua itu.”

Dimaklumkan perkara itu dilaporkan oleh blog sejak beberapa hari lalu, Nik Aziz yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan menegaskan, “celaka blog itu. Tak ada kerja lain... tau nak laga-lagakan orang.”

“Suka buat dosa. Berdosa menulis perkara bukan-bukan tanpa bukti dan fakta jelas,” tambah beliau.

Husam juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan. Malah juga diamanahkan untuk mengetuai jawatankuasa berkaitan isu pertikaian royalti minyak untuk negeri itu.

Dalam perkembangan berasingan dua setiausaha kanan Menteri Besar Kelantan sah akan meninggalkan jawatan mereka atas keputusan sendiri awal tahun depan manakala Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula menyangkal ia berkaitan dengan tekanan politik.

Kata Nik Aziz, setiausaha politik Anual Bakhri Haron dan setiausaha akhbar Mohd Saiba Yaakub memutuskan tidak mahu kontrak mereka diperbaharui.

Keputusan mereka tiada kaitan dengan isu kontroversi yang menyelubungi negeri Kelantan sejak kebelakangan ini, umum Nik Aziz selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Harian PAS Kelantan di sini petang ini.

“Mereka tidak diminta letak jawatan, mereka sendiri yang meminta mahu meletakkan jawatan,” kata Nik Aziz yang merupakan Pesuruhjaya PAS Kelantan.

Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan sejak 1990, menerima keputusan mereka tetapi tidak menamakan pengganti hari ini.

“Ia (pengganti) akan diputuskan kemudian,” kata beliau. -MI

Sang Menantu Melepas Lagi

Desas-desus sebelum ini yang menyatakan menantu Tun Abdullah Ahmad Badawi, Khary Jamaluddin dilantik timbalan menteri nampaknya tidak menjadi kenyataan. Jawatan Timbalan Menteri Pelancongan yang dilepaskan oleh Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Taib akan disi oleh anak kelahiran Sarawak, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Beliau berkata pengganti Sulaiman akan diumumkan dalam sedikit masa lagi. "Lebih kurang tapi tidak boleh umumkan lagi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Parti Demokratik Progresif Sarawak(SPDP) di Dewan Suarah Kuching di sini hari ini.

Beliau ditanya mengenai nama pengganti Sulaiman, yang juga anak lelaki sulung Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang meletak jawatan atas alasan peribadi.

Pada 10 Disember lalu, Abdul Taib berkata Sulaiman terlalu sedih selepas kehilangan ibunya, Puan Sri Laila Taib, yang meninggal dunia kira-kira enam bulan lalu.

Sulaiman, 41, yang juga Timbalan Ketua Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) telah dilantik sebagai Timbalan Menteri pada 19 Mac 2008 semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi memegang jawatan Perdana Menteri dan apabila Najib mengambil alih jawatan Perdana Menteri April tahun ini, beliau dikekalkan.

Sulaiman adalah Anggota Parlimen Kota Samarahan yang pernah diwakili oleh ayahnya

TG Nik Aziz Diasak Lagi Oleh Pihak Berkepentingan

Desas-desus menyatakan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dijangaka mengumumkan rombakan Pejabat Mentri Besar Kelantan hari ini membabitkan dua pegawai kanannya bertiup kencang di seluruh negara semenjak ianya mula didedahkan oleh blogger Penarik-beca.

Notis menggugurkan setiausaha akhbar dan setiausaha politik beliau sudah dikeluarkan hari ini. Ia dijangka akan diketahui secara rasmi apabila Dewan Harian Perhubungan PAS, yang akan dipengerusikan oleh Nik Aziz, mengadakan mesyuaratnya har ini.

Kelmarin, setiausaha politik Nik Aziz, Anual Bakhri Haron dan setiausaha akhbar Mohd Saiba Yaakub menafikan pihaknya ada menerima makluman berkaitan perubahan kedudukan mereka, Malaysian Insider melaporkan.

Laporan-laporan blog semalam menyebut mereka akan digantikan mulai Jumaat ini. Bagaimanapun notis penggantian mereka akan berkuat kuasa awal Februari, kata sumber.

Dalam pada itu, Setiausaha PAS Kelantan Mohd Zaki Ibrahim ketika dihubungi memberitahu beliau ada mendengar perkara tersebut tetapi tidak “melihatnya secara hitam putih.”

“Kalau benar, kemungkinan Tok Guru akan mengumumkan apabila diadakan mesyuarat Dewan Harian, yang kita adakan setiap Selasa,” katanya.

Bagaimanapun Ahli Dewan Undangan Negeri kerusi Kelaboran ini menambah, jika tindakan itu menjadi kenyataan ia merupakan perkara biasa.

“Bukan sesuatu yang luar biasa. Selaku Mentri Besar, Tok Guru ada bidang kuasa untuk menukar dan menggantikan pegawai-pegawainya... bukan sesuatu yang pelik,” kata beliau lagi.

Menteri Besar Kelantan disebut-sebut akan membuat rombakan pentadbiran kerajaan negeri untuk mengharungi cabaran tahun 2010 ekoran beberapa isu kontroversi sejak kebelakangan ini.

Keputusan menggugurkan beliau dikaitkan dengan perkembangan pentadbiran negeri itu termasuk isu menantu Nik Aziz, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman yang didesak melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Mentri Besar Kelantan (PMBK).

Ariffahmi akan meninggalkan PMBK Mac depan.

Laporan blog-blog juga mendakwa keputusan menggantikan Anual berkait dengan hubungan beliau dengan Exco Kerajaan Negeri Datuk Husam Musa.

Bagaimanapun kebenaran itu menjadi tanda tanya memandangkan Husam juga mempunyai hubungan rapat dengan Nik Aziz.

Anual pernah didakwa oleh anak Nik Aziz sebagai antara pegawai yang memberikan nasihat yang salah kepada Mursyidul Am PAS itu dan cuba melaga-lagakan beliau dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Semntara itu Husam telah menjwab secara halus di sini.

TERKINI


Digugur: 2 setiausaha MB ambil sikap tunggu dan lihat

Jangkaan Pejabat Menteri Besar Kelantan akan membuat rombakan terhadap struktur organisasinya membabitkan dua pegawai kanan masih menjadi teka-teki.

The Malaysian Insider difahamkan dua pegawai tersebut ialah setiausaha politik Menteri Besar, Annual Bakhri Haron dan setiausaha akhbarnya, Mohd Saiba Yaakub.

Semalam desas-desus ada mengatakan kononnya notis pengguguran terhadap dua pegawai berkenaan telah dikeluarkan.

Annual Bakhri semasa dihubungi sebentar tadi tidak menafikan maklumat yang berupa khabar angin itu, namun enggan mengulas lanjut.

“Biar dulu, saya sendiri belum ada (terima) hitam putih perkara itu. Saya cuma dengar perkara itu akan dibincang dalam mesyuarat Dewan Harian petang ini. Jadi, apa pun biar dulu.

“Saya tak mahu mendahului sebarang keputusan dan kenyataan. Sesuatu perkara itu segalanya mungkin. Untuk lebih specifik dan saintifik lebih baik tunggu sehingga ianya ada hitam putih,” katanya.

Annual Bakhri berkhidmat sebagai setiausaha politik Menteri Besar selama lebih 10 tahun.

Pada masa sama Mohd Saiba turut menafikan notis tersebut.

“Setakat ini tidak ada lagi. Kontrak saya akan tamat pada 2 Feb,” kata beliau yang telah berkhidmat di pejabat Menteri Besar itu selama lapan tahun.

Sehubungan itu baginya rombakan organisasi dalam satu-satu jabatan adalah perkara biasa.

“Bahkan mungkin lebih baik. Dan bagi saya, jika benar ia berlaku ke atas saya, saya boleh katakan bak kata pepatah “pucuk dicita ulam mendatang”,” katanya yang sudah sekian lama berhasrat untuk menyambung pengajian.

Menurut sumber, walaupun belum jelas namun perkara itu sudahpun menjadi bahan percakapan sekeliling bermula sejak semalam lagi.

Sementara itu Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim semasa ditemui lewat malam tadi berkata belum ada maklumat rasmi berhubung perkara tersebut.

“Saya pun juga sekadar mendengar khabar angin saja. Pengesahan hitam putih dari tok guru tidak ada lagi,” katanya.

Menjawab spekulasi kononnya notis bersabit perkara berkenaan sudah pun dikeluarkan, beliau berkata sekiranya benar Menteri Besar akan bincang pada mesyuarat mingguan parti yang akan diadakan hari ini.

Mesyuarat mingguan parti dikenali dengan mesyuarat Dewan Harian diadakan setiap Selasa di kediaman rasmi Menteri Besar di JKR 10.

Sehubungan itu beliau yang juga selaku Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan menafi rombakan itu ada kaitan dengan beberapa siri krisis yang melanda pentadbiran kerajaan negeri sejak kebelakangan ini.

“Tidak. Jika benar berlakunya rombakan ia hanya secara kebetulan, tidak ada kaitan langsung dengan krisis PMBK atau sebagainya. Mungkin kebetulan kontrak pegawai tersebut telah tamat.

“Dan tok guru merasai mungkin perlu ada perubahan di pejabatnya,” katanya turut menegaskan masalah berkenaan adalah di bawah bidang kuasa Menteri Besar.

Krisis PMBK (Perbadanan Menteri Besar Kelantan) dianggap kontroversi berprestij dalam pentadbiran kerajaan negeri ekoran melibatkan menantu Nik Aziz, Abdul Ariffahmi Abdul Rahmah yang dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif September lalu.

Susulan krisis berkenaan Ariffahmi didesak supaya meletakkan jawatannya.

Sebelum ini Nik Aziz pernah membuat kenyataan tiada rombakan terhadap barisan exco kerajaan negeri sebaliknya jika berlaku pertukaran di kalangan pegawai kerajaan adalah perkara biasa di dalam sesebuah organisasi. - Mohd Zuharman (MI)

Jawatankuasa Disiplin PAS Jawatankuasa Haram

Saya tetap tegas tentang isu Lembaga Disiplin dengan menyatakan bahawa Jawatankuasa Disiplin PAS yang dipengerusikan oleh Tuan Ibrahim Tuan Man adalah sebuah jawatankuasa haram kerana pembentukannya bertntangan dengan perlembagaan parti.

Semalam Tuan Ibrahim telah menyatakan bahawa Hassan Ali dan Khalid Samad belum diputuskan bersalah.

"Setelah bermesyuarat pada Sabtu lalu, pihak jawatankuasa mendapati ada satu keperluan untuk memanggil kedua-dua pihak bagi mendengar keterangan mereka. Ini adalah proses biasa dalam parti," Harakahdaily dipetik.

Beliau meminta pihak media tidak membuat laporan yang menggambarkan seolah-olah Hasan dan Khalid sudah dibuktikan bersalah kerana pihak jawatankuasa belum membuat apa-apa keputusan berhubung perkara itu.

"Buat masa sekarang, pihak jawatankuasa tidak boleh cakap mereka bersalah atau tidak sebab belum mendengar keterangan daripada mereka. Sebab itu lah jawatankuasa akan memanggil mereka untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripada kedua-duanya," kata beliau.

Persoalan yang masih belum terjawab ialah apakah status Jawatankuasa Disiplin PAS ini apabila ianya diketahui dibentuk tidak mengikut Perlembagaan parti.

Saya telah membuat pendedahan ini berkali-kali tetapi semua Jawatankuasa PAS Pusat seperti terkunci mulut, meredhakan salahlaku berlaku di dalam parti di peringkat tertinggi parti.

Tuan Ibrahim sepatutnya SEDAR DIRI, bahawa beliau tidak ada kuasa lansung untuk bertindak "menghakimi" apa-apa kes masalah disiplin parti malaha beliau sepatutnya malu memegang jawatan yang tidak disahkan oleh Perlembagaan.

Saya pernah menyatakan di SINI bukan sahaja Tuan Ibrahim bersifat bias, malah beliau dilihat tidak mempunyai kelayakan untuk berlaku adil sebagai seorang Pengerusi J/K Disiplin.

Oleh kerana pembentukan J/K Disiplin itu terkeluar dari Perlembagaan PAS, maka semua tindakannya, arahan dan keputusannya adalah tidak sah dan tidak wajar dipatuhi.

Saya sudah bersedia untuk diambil tindakan sebab saya tahu tindakan apapun dari J/K Disiplin parti tidak mempunyai penguatkuasaan undang-undang.

Perbetulkan dahulu hal itu.


Misalnya di dalam isu Jawatankuasa Disiplin. GB telah kemukakan fakta-fakta asas bahawa Jawatankuasa Disiplin yang dipengerusikan oleh Tuan Ibrahim Tuan Man adalah sebuah jawatankuaa yang tidak sah, kerana ianya bertentangan dengan Perlembagaan.

Faktanya jelas. Dari Perlembagaan. Walaupun ada yang mendakwa GB tak gunakan perlembagaan pindaan terkini, tetapi apabila diminta untuk membawakan mana-mana resolusi muktamar untuk menunjukkan fasal-fasal penting yang dipinda mengenai Jawatankuasa Disiplin, ia tidak dapat dikemukakan, maka dituduhnya GB memfitnah.

GB telah mengulanginya berkali-kali untuk meletakkan kebenaran ke tempatnya yang hakiki, tetapi tiada dari kalangan pimpinan yang tampil memberikan keterangan, yang bererti bahawa apa yang didedahkan itu benar.

GB mengutarakannya supaya PAS kembali ke pangkal jalan. PAS perlu bergerak mengikut asas Perlembagaan. PAS perlu diperkasakan dengan menyedarkan pemimpin-pemimpin parti yang telah terlajak perahunya di dalam menggunakan kuasanya.

Apabila hujjah GB tidak berjawab atau terjawab, maka diwujudkan istilah "fitnah yang benar" yang kononnya tak boleh disebarkan, kerana ia memudharatkan parti. Yang mengimplikasikan bahawa "kebenaran itu mesti disembunyikan demi maruah parti. Konsekuennya, naiknya maruah parti lantaran kebenaran tidak didedahkan. Bermaruahkah apabila fitnah yang benar itu disembunyikan? Sedangkan kudis yang bernanah akan terus bernanah, membesar dan membusuk lantaran ianya disembunyikan.


National Interest Atau Self-Interest? - Husam

Malaysia mungkin dikenakan sanction atas penjualan enjin pesawat secara gelap. Kesan kepada ekonomi dan negara kita secara keseluruhan tentu amat besar. Kenyataan Balasubraniam yang tersebar menerusi internet mengenai isu PM-Altantuya, amat menjejaskan dan belum nampak formula mengatasinya. Imej Kerajaan kita terjejas teruk. PKFZ dan lubang hitam terbesar yang ditinggalkannya tak mungkin dapat ditutup dalam tempoh dekat. Hampir tumbangnya kerajaan pimpinan Najib gara-gara MP BN tuang sidang Parlimen semasa undian, tentulah menggerikan penyokong BN.

Lebih menakutkan kekurangan solid vote untuk Najib itu memang direstui oleh MP BN itu sendiri kerana dah malas.
Di peringkat antarabangsa, kita nampaknya belum mencapai standing terhormat seperti dulu.

Kerajaan seakan nampak tidak solid. Isu BTN sahaja, pimpinan utama berbelah bagi. Enjin jet, seakan terbahagi dua antara ingin mendedahkan dan ingin mendiamkan.

PM mungkin mengikuti jejak Pak Lah. Lebih banyak berdiam dari memberikan respon segera. PM seakan terpisah dari realiti. Beliau lebih memberi fokus terhadap agenda yang hendak ditonjolkan yang dirangka oleh penasihat strategik beliau dan pasif terhadap isu sebenar yang berbangkit saban hari. Beliau articulative ketika membincangkan agenda utopia rangkaan kumpulan penasihat dan seakan membiarkan isu sebenar bergerak sendiri.

Dalam setengah hal, kita mengulangi keadaan seakan kerajaan dipandu secara auto pilot dalam urusan seharian kerana pimpinan sibuk menyiapkan gagasan utopia untuk dijadikan gula-gula. Banyak keadaan terkunci pada mode lama, termasuk SOP urusan diplomatik dan luar negara.

Belum dibincangkan susunan parti-parti komponen.

Keadaan nampaknya kritikal.

Peluang untuk rencana perubahan mengambil tempat lebih kukuh terbuka luas.

Asal pemain-pemain agenda perubahan tidak pula terperangkap dengan isu dalaman yang tidak mustahak. Kemucut-kemucut sekalipun, jika tidak diurus, boleh menghilangkan fokus dan menjadi kulit pisang yang licin dan membahayakan.

Konsep berkerajaan yang baik ialah pengasingan antara family matters dan state matters. Bukan sahaja legally, tetapi juga morally.

PAS - satu masa dulu pernah digelar Parti Asri Sekeluarga - kerana pemegang beberapa jawatan tinggi ada kaitan keluarga dengan Presiden PAS waktu itu, Datuk Asri. Serangan sedemikian ketika PAS berdepan dengan krisis politik pada waktu itu, merugikan PAS dan menjadi modal lawan yang berkesan sekali.

Antara isu yang sukar ditepis oleh Dr. Mahathir ialah penglibatan anak-anaknya dalam perniagaan. Isu bail out syarikat kapal Mirzan oleh Petronas kekal dibangkitkan sampai ke hari ini. Anaknya yang lain, Mokhzani akhirnya membuat pengumuman berundur dari dunia korporat apabila menjadi sasaran serangan dan digunakan sebagai bukti amalan kronisma Mahathir sekitar awal 1990an.

Abdullah Badawi sangat popular sebelum isu anak dan menantunya muncul dalam kehidupan politik beliau. Beliau berjaya membawa UMNO/BN menang paling besar dalam sejarah politik negara pada tahun 2004.

Selepas riak dan alpa dengan kemenangan besar itulah, isu penglibatan perniagaan syarikat anaknya, Scomi mula menikam politik beliau. Ditambah dengan penglibatan ekonomi dan politik KJ, Abdullah akhirnya kecundang dalam masa yang sangat singkat.

Anak dan menantu atau keluarganya, gagal mempertahankan beliau. KJ telah berkhidmat secara langsung dengan Pak Lah melalui jawatan di Tingkat Empat, yang tak lama kemudian ditentang hebat termasuk oleh ahli UMNO sendiri.

KJ kemudian memperolehi saham ECM Libra, yang menjadi isu hangat.

Sekalipun KJ melepaskan jawatannya di Tingkat Empat dan menjual sahamnya dalam ECM Libra, namun Pak Lah terus dikaitkan dengan KJ dan anaknya Kamaludin dalam banyak perkara.

KJ berada di belakang semua keputusan Pak Lah - dalam minda hampir semua orang.

Namun, politik Malaysia memandang serong politik keluarga seperti ini. Kemenangan besar tahun 2004 tidak berulang. Isu-isu keluarga antara penyumbang kepada tumbangnya Pak Lah selepas pilihanraya 2008.

Dihimpit antara kritikalnya kedudukan negara dan sedikit sebanyak gangguan dalaman yang wujud, peliharalah integriti pemimpin-pemimpin kita dengan anggota keluarga tidak merasa diri mereka adalah stake holder yang lebih penting dari pihak yang dipilih oleh rakyat secara yang sah.

Dilihat dari sirah Rasulullah, ada keadaan-keadaan di mana anggota keluarga memberikan pandangan atau diminta pandangan dalam pelbagai isu. Namun, keputusan akhir adalah di tangan Rasulullah s.a.w dan isu-isu itu pula bukan berbentuk monetary gain atau percaturan politik keluarga tetapi lebih kepada public interest.

A'isyah memberi pendapat kepada suami baginda bahawa ayahandanya Abu Bakar seorang yang penghiba dan tidak perlu dilantik menggantikan Rasulullah sebagai imam solat yang dikira penting. Rasulullah s.a.w meneruskan hasrat baginda. A'isyah memberikan pandangan itu atas kepentingan awam dan bukan untuk kepentingan dirinya sendiri.

Salah seorang isteri Rasulullah memberikan idea Rasulullah mesti memulakan tahalullul sebagai penyelesaian terhadap keengganan sesetengah sahabat menerima terma perjanjian Hudaibiyyah dan idea ini diterima dan berjaya.

Namun, sampai kepada isu monetary gain, rule of law dan isu governance yang lain, Rasulullah mengambil sikap menjunjung prinsip pemisahan itu mengatasi hubungan kekeluargaan. Baginda sampai berkata, kalau anaknya sendiri didapati melakukan jenayah, hukuman sepatutnya akan dikenakan dan ia akan dilakukukan oleh baginda sendiri.


Batas inilah yang perlu dipelihara ketika madsyarakat sedang tertunggukan kebangkitan yang solid tanpa kecelaruan sedangkan kecelaruan tersebut boleh dielakkan. -Husam Musa